Nuffnang

Pengikut

MIMPI SENJA

1
sumber :-

MIMPI SENJA


Pergaduhan di Sg Petani - Blogger UMNO bertanggungjawab sebar fitnah

Posted: 19 Dec 2012 02:07 AM PST


(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 19 Dis: Umno menerusi bloggernya paling berperanan memainkan sentimen perkauman dalam insiden Sungai Petani, Kedah kononnya untuk menyatupadukan orang Melayu, kata Datuk Johari Abdul.
Ahli Parlimen Sungai Petani itu mengulas khabar angin kononnya berlaku rusuhan di daerah tersebut.
Jelas Johari, ia hanyalah pergaduhan antara dua kumpulan samseng tetapi berita itu sengaja disebar oleh Umno melalui media sosial seperti facebook, twitter dan sistem pesanan ringkas (SMS) dan menyatakan insiden berkenaan merupakan pergaduhan antara kaum.
"Apa yang kita lihat, blogger Umno paling kuat mainkan sentimen perkauman. Ia adalah percubaan Umno kononnya untuk mengembalikan perpaduan orang Melayu, menampakkan seolah-olah ditindas kaum lain," katanya kepada Keadilan Daily.
"Saya juga hairan apabila orang Sungai Petani sendiri tak tahu mengenai hal itu, tapi orang luar berlebih-lebihan menyampaikan berita yang tak betul ini," katanya.
Menurut Johari, polis turut memaklumkan keadaan di Sungai Petani terkawal dan tiada kematian. Hanya kecederaan ringan melibatkan ahli kumpulan yang bergaduh.
"Ia hanya helah untuk mengambil kesempatan di atas kejadian yang langsung tiada kena-mengena dengan perkauman," tegas beliau.
"Saya minta mana-mana ahli politik hentikanlah semarak sentimen perkauman kerana ia langsung tidak memberi anda kemenangan. Jangan sampai keamanan negara tergadai," serunya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=41417

dollah yankee

0
sumber :-

dollah yankee


Pilihanraya pada Januari 2013 ...

Posted: 19 Dec 2012 04:47 AM PST


Pilihanraya ini sepatutnya telah pun diadakan, tetapi pihak Istana Negara telah mengarahkan ianya ditangguhkan kerana hal ini telah dipolitikan olih pihak yang disebelah sana ...

Istana Negara pada 20 September yang lalu telah memperkenankan bagi mengadakan pilihanraya masjid untuk memilih Jawatankuasa Kariah Masjid-Masjid di seluruh Pulau Pinang bagi tahun 2013-2015 yang akan bermula pada Januari hingga April 2013 tahun depan.

Pilihanraya masjid itu akan ditentukan melalui satu mesyuarat agung dan digariskan melalui tatacara pemilihan jawatankuasa kariah masjid. Satu tatacara pemilihan jawatankuasa kariah masjid ini telah pun dirangka olih Majlis Agama Islam negeri Pulau Pinang bagi melaksanakan pilihanraya tersebut.

Kepada anak-anak kariah di kawasan masing-masing, pendaftaran ahli-ahli kariah masih lagi diteruskan sehingga 31 hb Disember 2012. Harap maklum.

dollah yankee -
ini kiranya macam pra PRU-13 lahhh...

RAKYAT MARHAEN

2
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Posted: 19 Dec 2012 09:03 PM PST


Posted: 19 Dec 2012 09:03 PM PST


Himpunan 1 Juta Rakyat, 12 Jan di Stadium Merdeka

Posted: 19 Dec 2012 09:03 PM PST

 
KUALA LUMPUR: Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) secara rasmi mengumumkan, Himpunan 1 juta rakyat pada 12 Januari tahun hadapan akan diadakan di Stadium Merdeka.

Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Mohamad Sabu berkata, ia sebagai menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu rakyat berhimpun di stadium jika ingin menyatakan sebarang tuntutan terhadap kerajaan.

Saranan tersebut dibuat Najib sebelum Gabungan Menuntut Pilihan Raya  Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan pada 28 April lalu.

"Kita mohon (adakan perhimpunan) dibuat di  Stadium Merdeka kerana itulah cadangan Perdana Menteri  yang kita sayangi," kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), dekat sini hari ini.

Timbalan Presiden PAS itu juga berkata, permohonan menggunakan stadium dibuat atas nama Sasterawan Negara.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut nama Sasterawan Negara yang dimaksudkan.
Read More / Baca Lagi >>

Mahasiswa Desak Kerajaan Selesaikan Isu Pengangguran Graduan Pendidikan IPTS

Posted: 19 Dec 2012 08:58 PM PST

Pengangguran Graduan Pendidikan IPTS 01
PETALING JAYA, 20 DIS :Mahasiswa PKR mendesak kerajaan menyelesaikan masalah pengangguran yang melibatkan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) lepasan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) seperti yang dijanjikan dalam Belanjawan 2013.
Presiden Mahasiswa PKR, Haziq Abdul Aziz berkata kreadibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak layak dipersoalkan kerana gagal menyelesaikan masalah pengangguran graduan universiti.
Jelasnya, baru-baru ini 2000 graduan ISMP Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) menganggur akibat tidak diberi peluang permohonan pekerjaan oleh Kementerian Pelajaran.
"2000 graduan ISMP ini dikatan tidak layak untuk memohon pekerjaan sebagai guru sekolah-sekolah kerajaan walaupun MQA mengiktiraf sijil ijazah pendidikan UNITAR.
"Malah silibus ISMP UNITAR adalah sama dalam silibus ISMP di maktab perguruan dan IPTA. Namun mereka tidak diberi peluang yang sama rata dalam perhononan menjadi guru," kata pada sidang media di Ibu Pejabat PKR.
Read More / Baca Lagi >>

Mahkamah: Ucapan 'durian runtuh' Najib bukan fitnah

Posted: 19 Dec 2012 08:57 PM PST

Mahkamah: Ucapan 'durian runtuh' Najib bukan fitnah
Warga belia Felda Wilayah Jengka bersama sepanduk 'We Love PM' ketika memberi sokongan kepada PM berhubung keputusan kes 8 Peneroka menyaman beliau hari ini. - Foto Bernama
 
TEMERLOH - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan saman fitnah yang difailkan lapan peneroka Felda terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung ucapannya semasa mengumumkan 'durian runtuh' untuk peneroka di Felda Jengka 8, Bandar Jengka, Pahang, 8 Mei lepas.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas membenarkan permohonan Najib untuk membatalkan saman itu.
  
Peguam yang mewakili Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun memberitahu pemberita bahawa selepas membaca keseluruhan ucapan Perdana Menteri, hakim itu berpendapat ucapan itu tidak berbentuk fitnah.
  
Katanya mahkamah juga memutuskan ucapan itu adalah satu bentuk kiasan yang tidak merujuk kepada mana-mana pihak.
  
"Oleh itu mahkamah membatalkan saman plaintif (peneroka felda) dan membenarkan permohonan defendan (Najib). Mahkamah memerintahkan plaintif membayar RM3,000 setiap seorang kepada defendan," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Dr Ariffin lapor polis ekoran didakwa fitnah

Posted: 19 Dec 2012 08:53 PM PST


KUALA LUMPUR: Ekoran dakwaan difitnah oleh sebuah portal berita, Naib Pengerusi DAP,  Dr Ariffin SM Omar akan membuat laporan polis hari ini.

Beliau akan membuat laporan polis itu di Balai Polis Jalan Stadium dekat sini tengahari ini.

Sebelum ini laman web pro-Umno, Antarapos.com telah melaporkan kononnya Ariffin mendakwa monopoli Melayu dalam perkhidmatan awam punca rasuah.

Ekoran itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin mendakwa, Ariffin menuduh orang Melayu sebagai paling korup.

"Apabila kita kata perkauman, DAP tak mengaku tetapi kenyataan dia menuduh orang Melayu sebagai paling korup menunjukkan ternyata benar mereka bersikap demikian," kata Muhyidin sebagaimana dilaporkan laman web yang dipimpin bekas kakitangan  CCSB, organ penerangan kerajaan negeri Selangor yang menamatkan perkhidmatan mereka.

Laman AntaraPos penuh dengan berita negatif tentang kerajaan negeri Selangor, bekas majikan mereka sebelum ini.


(Kandungan AntaraPos..penuh dengan laporan negatif hal Selangor)


Senator Dr Ariffin SM Omar menafikan tuduhan beliau mengatakan monopoli orang Melayu dalam perkhidmatan awam punca berlakunya rasuah dan salahguna kuasa seperti didakwa Muhyiddin.

Dr Ariffin sebaliknya berkata beliau hanya mencadangkan supaya kerajaan menambah bilangan penjawat awam daripada pelbagai kaum serta menuduh laman portal pro Umno, Antara Pos memutar-belitkan kenyataannya.
Read More / Baca Lagi >>

Duit Judi, Calon Umno PRU13 dapat RM3 juta - Datuk Tamrin Ghafar

Posted: 19 Dec 2012 08:22 PM PST

Tawaran PR cetus gelombang baru politik

Posted: 19 Dec 2012 08:02 PM PST



TEMERLOH - Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Pahang pada 9 Disember 2012 di Dataran Kerdau berjaya membina satu gelombang baru dalam politik Pahang kerana penganjurannya berbeza dengan HKR lain yang dianjurkan Pakatan Rakyat (PR).
 Dr Hamzah Jaaffar
Perbezaannya terserlah apabila di akhir perhimpunan tersebut diisytiharkan satu tawaran untuk rakyat negeri ini.

Sinar Harian mengambil kesempatan menemu ramah orang yang bertanggungjawab mengetuai HKR iaitu Dr Hamzah Jaaffar, merangkap Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang.


Apa rumusan Dr terhadap sambutan HKR tempoh hari?

Pertamanya saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada AJK HKR, pihak keselamatan dan juga rakyat yang hadir pada petang dan malam HKR diadakan.

Sambutan yang diterjemahkan menerusi kehadiran yang luar jangkaan itu menggambarkan rakyat sudah bersedia untuk membuat perubahan.

Walaupun pada malam tersebut terdapat perlawanan bola sepak antara Malaysia-Thailand tetapi rakyat telah memilih untuk mendengar amanat pimpinan PR sebagai persiapan bagi menghadapi perlawanan yang sengit antara PR-BN dalam PRU akan datang.


Apakah faktor mendorong kehadiran ramai?
Read More / Baca Lagi >>

Seeking justice or vendetta?

Posted: 19 Dec 2012 08:01 PM PST

The truth, as bitter as it is, remains that carpet trader Deepak is livid at how 'ungrateful' both Najib and Rosmah have been to him.

A wealthy carpet trader has after four years decided to "clear his conscience" and hopes the real perpetrator/s behind the murder of Altantuya Shaariibuu will not go unpunished.
Deepak Jaikishan, whose carpets once adorned the residence of Prime Minister Najib Tun Razak, is now crying foul, implicating the premier in the Mongolian interpreter's death.
In 2008, Deepak was said to have paid private investigator P Balasubramaniam (Bala) RM5 million for the latter to retract his first statutory declaration which directly linked Najib to Altantuya's death.
But on Nov 12, 2009, Bala via YouTube disclaimed the second SD, saying he was paid by Deepak to withdraw the first SD. Deepak, meanwhile, said he did so at the behest of a "female friend" who later turned out to be Rosmah Mansor.
The "I want to clear my conscience drama" came about after Deepak lost millions in government contracts. He had a 20-year contract to build 16 1Malaysia Mara hostels abroad worth RM2 billion but the deal was suspended.
Read More / Baca Lagi >>

'Rosmah would rather DESTROY Najib than be made a scapegoat for UMNO & DR M'

Posted: 19 Dec 2012 08:00 PM PST

When BN lost its long-held two-thirds majority of seats in Parliament, many blamed Khairy Jamaluddin and his father-in-law Abdullah Badawi, who was then the prime minister and president of UMNO, the dominant party in the ruling coalition.
'Rosmah would rather DESTROY Najib than be made a scapegoat for UMNO & DR M'None of the UMNO-BN leaders and supporters would admit that it performed badly because it had become rotten to the core, eroded and corroded by corruption, greed and infighting. No, UMNO members who were used to decades of 'lording' it had to find a 'mega-scapegoat'. There was no talk at all of self-examination, self-review or self-cleansing and rejuvenation. From branch to division to the central leadership, UMNO leaders screamed for blood - it was not their fault and someone would have to take the blame.
And that person was Badawi, who to be fair did very little but nap at meetings while his son-in-law called the shots and allegedly scurried away a handsome fortune. But the point here is the blame game - this is how UMNO cleanses itself. It only knows how to sweep dirt under the carpet and that's why it continues to stay dirt-filled and infectious. So when the next crisis comes, Malaysians should not be shocked if UMNO ferrets out another 'scapegoat', no matter how highly-placed that person might now be.
'Toy-boy' Deepak turning rogue: What's going on here?
Unfortunately, with Najib Razak replacing Badawi, any hope UMNO members harbored of starting anew was soon shattered and with a double blow too. Not only did the scandal-plagued Najib come with grossly overweight baggage, his wife proved to be the proverbial straw that broke the camel's back.
At 61, the self-styled First Lady of Malaysia is often the butt of cruel jokes. Her FLOM 'title' is often interpreted as Fat Lady of Malaysia. Yes, the music and dance-loving Rosmah has more than her fair share of bulging curves. And while fortunate to look a decade younger than her age, her name is often enough to strike fear into the hearts of her servants, her associates and even her husband's peers and colleagues in the government and political arena.
No one would take Rosmah for a bimbo despite her penchant for showiness, luxury and shopping sprees. She is very much the power behind Najib's throne and calls the shots for the difficult or tricky situations that come in their way. This was recently exposed by her former 'toy-boy' Deepak Jaikishan, a carpet trader who revealed that she had 'SOSed' him for help after a controversial statutory declaration was made public implicating her and Najib in the murder of a Mongolian national Altantuya Shaariibuu.
From close friend, Deepak has suddenly turned rogue 'whistle-blower' after a purported falling-out with her. Those who know their circle find this "high suspicious". Nonetheless, Deepak is now stoically snapping every opportunity to tell unpleasant tales about Rosmah, whom he accuses of influencing mutual friends to freeze his business loans and other monetary accounts.
Too full of herself
Read More / Baca Lagi >>

Keajaiban Dunia Ke 10 Di Malaysia: Harga Lorong 0.9km RM14.9 Juta

Posted: 19 Dec 2012 07:59 PM PST

Jingga 13 Sabah telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sabah agar siasatan secara menyeluruh dibuat terhadap jalan satu lorong berjarak 0.9 km berharga RM14.9 juta yang dianggarkan jalan paling mahal di Malaysia dan mungkin di dunia.

Jalan raya yang menghubungkan bangunan Yayasan Sabah yang dinamakan juga Menara Tun Mustapha ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah jaraknya hanya 0.9 km. Malah jalan ini dibina bagi menghubung pejabat Ketua Menteri Sabah yang terletak di menara itu ke bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah yang hanya berjarak 0.9 km.

Difahamkan bahawa Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah mengumumkan bahawa kos jalan tersebut adalah RM14.9 juta. Harga yang cukup luar biasa sedangkan menurut kajian, kos sebatang jalan adalah kira-kira RM1 juta sahaja paling tinggi.
Read More / Baca Lagi >>

Umno masih hidangkan makanan basi ! Isu amanat Haji Hadi di recycle semula

Posted: 19 Dec 2012 07:58 PM PST

Hari ini Umno melihat PAS semakin berkembang, dipercayai dan diterima baik oleh banyak pihak, terutama masyarakat Islam di negara ini ,  ini terbukti  dengan bertambahnya ahli Dewan Penyokong PAS dan penyertaan tokoh-tokoh penting ke dalam PAS.

Sebaliknya Umno sendiri dalam keadaan tercungap-cunyap, tinggal nyawa ikan, ibarat nazak menunggu mati, namun mereka masih cuba bertahan bagi menyelamatkan kedudukannya.  Seperti biasa mereka tidak serik untuk terus memainkan kembali isu lapok dengan harapan dapat  menghidupkan sisa-sisa survival politik mereka.
Maka tidaklah mengejutkan dalam sehari dua ini isu Amanat Haji Hadi tahun 1981 diolah semula. Niat mereka tak ada lain,,semata-mata mahukan isu tersebut akan bermain di bibir umat Islam di negara ini,, sekali gus boleh  memadam imej baik yang dimiliki oleh PAS..

Kesian pulak melihat nasib Umno!  Mereka sebenarnya sudah tidak boleh berfikir secara sihat lagi,, ditambah pula mereka kepupusan ahli-ahli yang cerdik dan berilmu,, lalu timbullah tidakan-tindakan bebal lagi bodoh. Mana mungkin makanan basi boleh dimakan lagi, walaupun setelah direncah dan dimasak semula. Cerita lapok  atau  makanan basi  ini lazimnya menjadi habuan tong sampah!!  

Sedarlah wahai pemimpin Umno!!  Isu-isu besar, yang melibatkan rasuah, kecurangan dan salahguna kuasa pemimpin Umno masih belum terjawab. Inilah yang rakyat mahu dengar dan dapatkan penjelasan,  bukan mendengar cerita basi yang sudah tidak relevan.    
 Oleh : rahimothman

Pas: Tak perlu bangkit lagi isu Amanat Hadi

Posted: 19 Dec 2012 07:56 PM PST


Mustafa Ali KUALA LUMPUR - Amanat Hadi 1981 yang menyebut Umno itu kafir selari dengan keadaan politik ketika itu bersabit penerimaan parti berkenaan terhadap Islam, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Oleh yang demikian katanya, tidak ada keperluan isu itu dibangkitkan semula pada hari ini sedangkan Umno juga setelah "ditegur" dengan cara itu, tidak lagi mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

"Ucapan (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) itu kena dilihat dalam konteks pada waktu itu. Waktu itu pemimpin Umno pun kata, agama suku politik suku. Memang politik katanya tidak ada kena-mengena dengan agama. Itu ucapan pemimpin Umno dan macam-macam lagi.

"Dan penghinaan yang dibuat oleh pemimpin Umno terhadap Islam itu sendiri. Jadi untuk bendung perkara itu kena bersihkan, tak boleh cakap macam itu," ujar beliau.

Read More / Baca Lagi >>

Terdesak : BN guna isu amanat kempen PRU13

Posted: 19 Dec 2012 07:55 PM PST

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) dilihat akan menggunakan isu amanat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Profesor Madya Dr Fuad Mohd Jali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyifatkan, BN pasti akan membawa isu ini bagi membuat pembuktian mengenai ketidakwajaran amanat sedemikian.

Menurutnya, isu amanat adalah antara isu terhangat yang akan menjadi pilihan BN untuk berkempen.

"Bukan salah mana-mana pihak jika isu ini menjadi agenda utama dalam siri kempen PRU13 nanti.

"Tidak kira parti mana, apa sahaja isu yang berlaku sekitar empat tahun sepanjang pentadbiran di bawah kerajaan negeri, pasti menjadi tajuk utama setiap parti," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, bukan hanya tempoh tersebut, isu lama juga akan dibangkitkan jika masih terdapat pihak tidak berpuas hati.

Read More / Baca Lagi >>

Rasuah punca Stadium Sultan Mizan bernilai RM300 juta runtuh

Posted: 19 Dec 2012 07:53 PM PST

KUALA LUMPUR 20 Dis: Penyelewengan dan rasuah punca Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Kuala Terengganu dengan kos pembinaan RM300 juta yang runtuh pada 2009 sehingga kini tidak dibaik pulih.
Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Terengganu, Azan Ismail berkata, stadium tersebut tidak mungkin dibaik pulih semula selagi Umno BN memerintah negeri itu.
"Stadium tersebut dibina oleh tiga syarikat kroni kerajaan Umno BN. Nilai asalnya berjumlah RM191 juta. Kemudian kosnya dinaikkan kepada RM300 juta kerana kononnya akibat kelewatan ia disiapkan.
"Mengapa setelah lebih tiga tahun tidak ada sebarang kerja baik pulih? Ini kerana mereka telah mendapat durian runtuh hasil keruntuhan stadium tersebut," katanya ketika dihubungi.
Menurut Azan, beliau berulang kali membangkitkan isu ketirisan dan pembaziran di Parlimen tetapi tiada sebarang jawapan.
Read More / Baca Lagi >>

Lynas: Rakyat jadi tikus makmal

Posted: 19 Dec 2012 07:51 PM PST

Zulkefly Mohamad Omar,
Saya ingin memetik kenyataan Ketua Pengarah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom(AELB) Raja Abdul Aziz Raja Adnan (dari Malaysiakini -http://www.malaysiakini.com/news/217019) bahawa proses rawatan sisa buangan dari Kilang Lynas masih belum diuji dan kerana itu, AELB masih tidak dapat mengesahkan bahawa proses itu selamat dan boleh mengurangkan residu radioaktif kepada bahan yang rendah tahap radiasinya serta selamat untuk dihantar ke luar negara sebagai produk komersial.

Sesuatu yang janggal apabila ramai pihak mengakui bahawa proses kosultansi rakyat atau 'public engagement' dari peringkat awal projek Lynas ini dengan penduduk terdekat sangat lemah, Lesen Sementara Operasi (TOL) tetap diluluskan.

Terbukti bahawa TOL itu diluluskan dalam keadaan proses rawatan sisa buangan masih belum diuji selamat dan rakyat sekali lagi tidak dibawa berbincang mengenainya.

Ini lah yang saya katakan sebelum ini, penduduk terdekat khususnya di sekitar Balok yang majoritinya terdiri dari kalangan kaum Melayu termasuklah dari kalangan anggota tentera laut dan penguatkuasa APMM di sekitar 20 ribu orang seolah-olah 'DITIKUS MAKMALKAN' untuk menguji dan mengesahkan tahap keselamatan kilang Lynas itu.
Read More / Baca Lagi >>

'Ahli radiologi suarakan keraguan pelan kitar semula Lynas'

Posted: 19 Dec 2012 07:51 PM PST

Walaupun Lynas berulangkali menyatakan bahawa sisa daripada penapisan nadir bumi di Gebeng, Pahang, boleh dikitar semula menjadi produk komersial yang selamat, tetapi seorang ahli radiologi Australia mengingatkan bahawa teknologi seumpama itu masih belum terbukti berjaya.

NONEPeter Karamoskas Peter (kiri), seorang ahli radiologi nuklear
selama 13 tahun dan mewakili orang awam Australia dalam Jawatankuasa Keselamatan Radiasi Australia, menyuarakan keraguannya mengenai pelan kitar semula Lynas itu kepada New Matilda, sebuah lamanweb berita Australia.

Laporan New Matilda memetik Karamoskas sebagai berkata satu juta meter padu meter sisa Penulenan Larut Air (Water Leach Purification - WLP)  - sisa paling kritikal yang dihasilkan oleh kilang penapisan -  menjana dalam tempoh 10 tahun beroperasi, perlu dicampur dengan lima kali jumlah agregat untuk mengurangkan bacaan radioaktifnya dari 6Bq untuk 1Bq, untuk sisa selamat.

Walaupun beliau berkata proses yang sama telah digunakan di Belanda, tetapi bahan buangan yang dihasilkan adalah jauh lebih kurang radioaktif, hampir pada 1Bq.

Karamoskas, yang pakar dalam kesan kesihatan akibat radiasi, menegaskan bahawa kaedah ini belum pernah digunakan ke atas bahan-bahan dengan bacaan WLP 6Bq, dan ia adalah sangat tidak mungkin menjadi penyelesaian jangka panjang dari aspek keselamatan atau ekonomi.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal RM40 juta: Cabar Musa Aman temu ICAC bersihkan nama

Posted: 19 Dec 2012 07:07 PM PST

KUALA LUMPUR 20 Dis: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli cabar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman ke Hong Kong bertemu Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) untuk membersihkan nama baik beliau.
Ia ekoran kenyataan Musa yang kononnya pembangkang hanya bersandarkan 'fitnah dan pembohongan' untuk menyerang beliau dan Barisan Nasional (BN) bagi meraih sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU 13).
"Kalau dia (Musa) rasa itu adalah fitnah, beliau perlu ambil beberapa tindakan untuk bersihkan nama. Antaranya tindakan undang-undang terhadap saya. Malah saya sentiasa sedia untuk bersemuka dengan Musa di mahkamah," kata Rafizi kepada Keadilan Daily.
Beliau menyarankan Musa menjawab isu RM40 juta dan konsesi balak secara terperinci, bukan mengeluarkan kenyataan umum mengatakan itu merupakan fitnah.
"Musa langsung tak jawab isu ini. Kalau betul-betul tak terlibat, sila umumkan akaun siapa yang dimasukkan untuk dana tersebut. Siapa penderma, yang dapat konsesi balak dan sebagainya," jelasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Ambiga: Pemerhati Bersih tidak memihak kepada parti politik

Posted: 19 Dec 2012 04:17 PM PST


Ambiga Sreenavasan menambah penggunaan pemerhati ketika pilihan raya adalah amalan yang sudah lama diterima pakai. – Gambar fail
KUALA LUMPUR, 20 Dis – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menafikan dakwaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam kerana melabelkan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) tersebut sebagai "partisan", sebaliknya menegaskan pemerhati pilihan raya mereka mengguna pakai standard pemerhati pilihan raya global yang turut menetapkan "tidak memihak kepada parti politik" sebagai salah satu pra syaratnya.
Pengerusi bersama pergerakan berkenaan, Datuk Ambiga Sreenavasan menambah penggunaan pemerhati ketika pilihan raya adalah amalan yang sudah lama diterima pakai dan digunakan banyak negara termasuk Indonesia.
"Kami faham maksud mereka, yang mahu kami lebih tersusun dan tidak menganggu proses pilihan raya. Memang itu bukan niat kami," kata Ambiga kepada The Malaysian Insider.
"Kami memberikan latihan kepada pemerhati kami dan mengguna pakai standard antarabangsa untuk pemerhati pilihan raya domestik," katanya.
Standard yang dirujuk Ambiga adalah seperti termaktub di dalam Deklarasi Prinsip Antarabangsa bagi Pemerhati Pilihan Raya Bebas Politik dan Pemantauan Organisasi Awam dan Syarat Pelaksanaannya.
Read More / Baca Lagi >>

Janji PR vs Janji BN PRU13 - Ust Idris Ahmad

Posted: 19 Dec 2012 04:10 PM PST

Kenapa Saya Tinggal Umno - Dato' Tamrin Gahafar Baba

Posted: 19 Dec 2012 04:09 PM PST

Syeikh Muhammad Ali As Shoubuni: Isu SYRIA !

Posted: 19 Dec 2012 04:07 PM PST

Rafizi Ramli - Pt Sulong 07 Dis 2012 Part6

Posted: 19 Dec 2012 09:12 AM PST

Rafizi Ramli - Pt Sulong 07 Dis 2012 Part5

Posted: 19 Dec 2012 09:11 AM PST

Rafizi Ramli - Pt Sulong 07 Dis 2012 Part4

Posted: 19 Dec 2012 09:11 AM PST


Tukar Tiub

0
sumber :-

Tukar Tiub


DUA AJENDA YANG JELAS - TAK KAN TAK NAMPAK

Posted: 19 Dec 2012 07:00 PM PST




INI BUKAN ANCAMAN
INI  SATU JANJI
 SPR dakwa  Bersih ada agenda partisan
December 19, 2012
KUALA LUMPUR, 19 Dis — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mempersoalkan kemampuan Datuk Ambiga Sreenevasan untuk memastikan "pemantau dari kalangan orang ramai" Bersih 2.0 memastikan mereka mematuhi undang-undang dan tidak mengganggu kerja badan penggendali pilihan raya itu.

Timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, dilaporkan oleh portal berita berbahasa Melayu mengatakan Bersih 2.0 ditubuhkan oleh mereka yang mempunyai agenda partisan

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... TAK KAN BARU INI SEDAR?.... kah kah kah...

kah kah kah,.... SELAMA INI MANA PEGI... kah kah kah

kah kah kah... MEMANG ADA AJENDA.... kah kah kah...

kah kah kah...DUA AJENDA.... kah kah kah...

kah kah kagh,.... SATU NAK TIBAI SPR BARUA GEROMBOLAN.... kah kah kah...

kah kah kah... KEDUA NAK TIBAI  GEROMBOLAN.... kah kah kah..

woit... DOK ROK CETONG....  kah kah kah...

woit.....NGOOOK LAMBAT FAHAM... kah kah kah


-------

MUJSTAHIL SEORANG PROGOL AKAN MINTA MAAF

Posted: 19 Dec 2012 05:00 PM PST



 

Serangan biadab: Rais Yatim wajar pohon maaf

Harakahdaily,19 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Serangan dangkal dan biadab Zainudin Maidin ke atas mantan Presiden Indonesia, BJ Habibie kini merebak kepada Almarhum Gus Dur dan Amien Rais pula.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ternyata Zainudin mewakili sosok pimpinan Umno yang angkuh dan anti-demokrasi.

Justeru, ujarnya Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim sewajarnya tidak berdolak-dalih dan memberi alasan lagi memandangkan perancangan biadab menghina tokoh pimpinan Indonesia ini disiarkan di dalam Utusan Malaysia, sebuah media yang diketahui dimiliki oleh Umno.

"Justeru, apakah tidak wajar untuk pimpinan Umno mendesak Zainudin dan Utusan Malaysia supaya memohon maaf secara terbuka?

"Saya percaya dan yakin bahawa kebiadaban sebegini tidak sekali-kali mewakili sentimen rakyat malah dibantah keras oleh majoriti rakyat Malaysia yang amat menghormati tokoh-tokoh Indonesia tersebut," ujarnya dalam satu kenyataan.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... MUSTAHIL  RAIS YATIM AKAN MINTA MAAF.... kah kah kah...

kah kah kah.... RAIS INI CUBA MELUPAKAN  SESUATU.... kah kah kah...

klah kah kah... SESUATU ITU IALAH SANG AMAH YANG JADI MANGSA ROGOL.... kah kah kah..

woit... AMAH INDON LAGI MALAON INI ROGOL.... INIKAN PULAK GUS DUR YANG DAH MATI.... kah kah kah...

NOTA:
orang jelebu yang baca tulisan ini
atau sesiapa saje yang jumpa rais yatim
tanya pada dia :

budak uitm yang dihadiahkan kemera itu
sudah bunting atau belum?

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah




------

SATU LAGI PROJEK DI LANCAR UNTUK TIPU MELAYU

Posted: 19 Dec 2012 04:30 PM PST



TERUSKAN MOMENTUM 
HINGGA KE 12 JANAURI



RISDA PERLU KEKAL MOMENTUM
Mohd. Shafie Apdal memukul gong pada Majlis Makan Malam Apresiasi dan Inspirasi RISDA 2012 sambil diperhatikan oleh Yussoff Dohab (dua dari kiri), Wan Mohamad Zuki Mohamad (kanan), Mohamat Muda (kiri) dan Ahmad Sufi Alias di Ibu Pejabat RISDA Kuala Lumpur, malam tadi. - MELOYO

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) perlu mengekalkan momentum sebagai sebuah organisasi yang disegani dan dalam masa sama memartabatkan budaya kerja seiring dengan kemajuan zaman.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, komitmen yang padu diperlukan daripada setiap kakitangan RISDA bagi membawa lebih banyak kejayaan dan membantu pekebun kecil keluar daripada kelompok kemiskinan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit.... MACAM MACAM CARA DI BUAT UNTUK TIPU MELAYU.... kah jkah kah...

kah kah kah..YANG INI JADI  4 PENDEKAR BADUT MELAYU... kah kah kah...

jkah kah kah... BADUT  NAK KELENTONG MELAYU.... kah kah kah...

woit... HENTIKANLAAA PROJEK BODOHKAN MELAYU INI.... kah kah kah..

kah  jkah kah.... DAH RAMAI MELAYU BODOH... kah kah kah...

kah kah kah... BILA MELAYU MULA BERANI PANDAI....  DATANG PROJEK BODOH.... kaha kah kah...

TERUSKAN MOMENTUM
HINNGA SATU JUTA
12 JANUARI




--------

SIAPA KAH TAN SERI YANG BUAT KERJA MAKSIAT ITU?

Posted: 19 Dec 2012 06:30 AM PST




Aktivis dedah nama peguam terlibat dalam akuan bersumpah Bala kepada Majlis Peguam


December 19, 2012
KUALA LUMPUR, 19 Dis — Aktivis, Haris Ibrahim menulis kepada Majlis Peguam sekali lagi hari ini, kali ini mendedahkan nama peguam yang terlibat dalam menulis akuan bersumpah kedua P Balasubramaniam (gambar) berkenaan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.
Dalam suratnya, Haris mengekalkan pendiriannya bahawa peguam yang bergelar "Tan Sri" itu tidak sepatutnya menulis akuan bersumpah kedua Balasubramaniam tanpa merujuk kepada penyiasat persendirian itu, dengan mengatakan Balasubramaniam sudah mengaku membuat pembohongan dalam akuan bersumpah tersebut semasa beliau menandatangani dokumen itu.

PILIH DAN CARI 
YANG MANA SATU 
TAN SERI ITU


TAN SERI MARLON BRANDO?
  
TAN SERI HARIS IBRAHIM

TAN SERI CECIL RAJENDRA

TAN SERI EEE

TAN SERI   AL JONGANGI

TAN SERI HAJI BANGANGI

Aktivis dedah nama peguam terlibat dalam akuan bersumpah Bala kepada Majlis Peguam


December 19, 2012
KUALA LUMPUR, 19 Dis — Aktivis, Haris Ibrahim menulis kepada Majlis Peguam sekali lagi hari ini, kali ini mendedahkan nama peguam yang terlibat dalam menulis akuan bersumpah kedua P Balasubramaniam (gambar) berkenaan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.
Dalam suratnya, Haris mengekalkan pendiriannya bahawa peguam yang bergelar "Tan Sri" itu tidak sepatutnya menulis akuan bersumpah kedua Balasubramaniam tanpa merujuk kepada penyiasat persendirian itu, dengan mengatakan Balasubramaniam sudah mengaku membuat pembohongan dalam akuan bersumpah tersebut semasa beliau menandatangani dokumen itu.



------

SERANGAN KE ATAS NAJIB MEREBAK KE TERENGGANU

Posted: 19 Dec 2012 06:00 AM PST



TIDAK ADA JALAN LAIN
HANYA JALAN RAYA
SEBELUM PILIHAN RAYA

KOMENTAR TUKAR TIUB
berita semakin kuat
jika united malays national organisation
mahu diselamatkan
maka najib wajib di singkirkan

bila najib di ketepikan
bermakna rosmah juga diketepikan
dua laki bini ini dilihat sebagai beban

tim muhyiddin hanya menunggu masa
tim muhyiddin akan bergerak ketika najib bercuti

deepak dan musa hasan
sedang menunggu  tanda isyrat
bila tanda sampai lagi kesah besar akan keluar

Pelekat tolak Najib, sokong Muhyiddin
WARTAWAN SINAR HARIAN
16 Disember 2012
Pelekat
Pelekat yang ditampal di peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu di Batu Burok di sini
KUALA TERENGGANU – Penemuan dua pelekat dengan gambaran tulisan seolah- olah menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi menyokong timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu, Batu Burok dilihat cubaan pihak tertentu untuk menarik perhatian editorial di sini.

Bagaimanapun, pelekat dengan tulisan 'Najib Perdana Menteri dok rok cetong. Kami nok Muhyiddin' dengan lambang 1Malaysia tertera di bawahnya mungkin bertujuan menghangatkan bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Tidak pasti sama ada ia dilakukan dengan tujuan tertentu untuk melaga-lagakan ahli dan penyokong Barisan Nasional (BN) ataupun wujud gerakan yang benar-benar menolak Najib, pemimpin Umno bagaimanapun tidak melihat ia sebagai perkara serius.

Pengarah Strategi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan menganggap ia hanya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba melaga-lagakan kepimpinan BN.

Beliau turut menjangka lebih banyak lagi perkara yang timbul daripada pihak tidak bertanggungjawab untuk menambah kehangatan PRU13.

"Isu-isu untuk melaga-lagakan. Lepas ni, macam-macam lagi yang timbul," katanya ketika dihubungi Sinar Harian tanpa mengulas lanjut.

Pelekat tersebut kelihatan ditampal beberapa hari lalu di peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu dan juga di pintu masuk di tingkat bawah yang merupakan laluan utama ke blok bangunan ini.



Sementara itu, perang poster di negeri ini dilihat masih dalam keadaan terkawal, namun 'bunga-bunga' ke arah itu sudah pun kelihatan apabila beberapa poster dan kain rentang memburukkan pemimpin dan parti lain turut dipasang di tempat umum sebelum ini.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak begitu disedari orang ramai apabila pihak bertanggungjawab pantas mengambil tindakan menurunkannya dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

Terbaru, keadaan juga dilihat agak panas apabila warga Felda Selasih di Jabi baru-baru ini turut menghalang konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda yang disertai Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak),iaitu persatuan yang cenderung kepada pembangkang, sehingga menimbulkan kekecohan walaupun tiada kejadian tidak diingini berlaku.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

woit... GERAKAN ANTI NAJIB MULA MEREBAK.... kah kah kah..

kah kagh kah...AHLI GEROMBOLAN TELAH  MULA SEDAR.... kah kah kah..

kah kah kah... NAJIB IALAH BEBAN.... kah kah kah..

jkah kah kah... ROSMAH BUKAN BEBAN TAPI BABAN.... kah kah kah...

kah kah kah... KESIAN AHLI GEROMBOLAN TERPAKSA MEMIKUL BABAN ROSMAH... kah kah kah..

kah kah kah...MANA BERAT MATA MEMANDANG... BERAT LAGI MEMIKUL ROSMAH.... kah kah kah

NOTA:
apa dia  - dok rok cetong
kah kah kah





---------

ABANG LONG ABANG NGOK MEMALUKAN AYAHANDA HINGGA JADI MAK BONDA

Posted: 19 Dec 2012 03:00 AM PST





 JAWAPAN KITA IALAH
SATU JUTA
KE JALAN RAYA
Insiden Sg Petani: Sebuah Propaganda Gagal


Sungai Petani dikejutkan dengan berita kononnya berlaku pergaduhan antara kaum cuba diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menyebarkan khabar angin pergaduhan besar berlaku di beberapa kawasan.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah membuat pemerhatian penuh melalui aktivis SAMM yang menetap di Sungai Petani membuat kesimpulan bahawa, pada permulaannya hanya terdapat pergaduhan kecil membabitkan kumpulan anak muda yang gagal mengawal diri dan tiada sebarang kebencian antara kaum berlaku di sebalik pergaduhan tersebut. Namun campurtangan kumpulan extreme kaum merencatkan suasana dan mampu mengundang kecelakaan lebih besar. 

Semua ini terjadi hasil daripada politik perkauman ekstream Umno dan Barisan Nasional yang sering melagakan kaum. Poltik perkauman ekstream Umno Barisan Nasional umpama memasang bom jangka di kalangan masyarakat. Inilah yang mereka mahu, pergaduhan antara kaum akan menyebabkan setiap kaum berpaut kepada parti berasaskan kaum bagi berlindung lantas memberi sedikit nafas kekuatan biarpun memberi kesan buruk kepada seluruh kemasyarakatan dalam jangka masa yang panjang.

SAMM berpendapat tiada gunanya berbilion wang ringgit dibelanjakan atas nama perpaduan semenjak merdeka. Kewujudan Jabatan Perpaduan contohnya hanya membazir bila regim Umno Barisan Nasional sendiri sentiasa membakar api perkauman.

Walaubagaimanapun, keadaan di Sungai Petani terkawal di atas tahap kesedaran yang baik dari kalangan rakyat Malaysia yang belajar betapa pergaduhan antara kaum hanya akan memberi kelebihan kepada parti perkauman seperti Umno. Rakyat pasti tidak sedia untuk memberi nafas baru kepada Umno dan seraya itu menolak sebarang usaha mengembangkan propaganda jahat golongan ini kononnya pergaduhan besar antara kaum berlaku dan merebak ke serata tempat.

SAMM dengan segala rangkaian kekuatan bertekad memastikan negara ini stabil lebih-lebih lagi dengan pilihanraya yang menjelang, kesempatan pastinya diambil oleh Umno dan Barisan Nasional. SAMM akan menyekat segenap ruang terutamanya berita yang membangkitkan bibit-bibit pergaduhan antara kaum, ketika kepedulian pihak berkuasa terhadap blog pro-Umno yang membawa propaganda jahat tidak diambil tindakkan malah menjadi bahan berita untuk media perdana yang dikuasai Barisan Nasional.

SAMM menggesa orang ramai di seluruh negara khususnya di Sungai Petani bertenang dan tidak menghadam berita yang mengghairah kebencian antara kaum. Yakinlah segala usaha 'orang jahat' itu tidak akan berhasil selagi kita menggenggam pedoman betapa isu perkauman sudah berkubur tidak ada dalam kamus Malaysia baru.

Sekian,

Che'GuBard
Ketua Penyelaras SAMM Kebangsaan




INI KERJA ABANG LONG DAN ABANG NGOK
BERSAMA AYAHANDA  DAN MAK BONDA



-------

YB HUSSAM MUSA KATA NAJIB DAN ROSMAH AKAN LARI?

Posted: 18 Dec 2012 09:10 PM PST



DI MALAYSIA SANTA  KLAUS
TELAH DIARAHKAN OLEH SHAHRIZAT
DATANG MEMBAWA LEMBU
KE SETIAP BAHAGIAN DAN CAWANGAN
UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION

APA KAH HUBUNGAN DEEPAK DENGAN ROSMAH?
HANYA SETAKAT
KAKAK DAN ADIK?
kah kah kah
LIHAT MUKA SAMA KACAK SAMA SEPADAN
SAMA GEMPAL SAMA TEMBAM
MACAM TEMPAYAN BERSAMA GUNI


KOMENTAR TUKAR TIUB
presiden obama dan keluarga bercuti minggu ini
untuk menyambut christmas

najib dan rosmah pun tak mahu kalah

berita telah  tersebar
bahawa najib dan rosmah
juga akan bercuti krismas ke luar negara?

luar negara dimana?

adala ini persediaan untul lari?
saperti yang dikatan oleh yb husam kelmarin?

kelmarin dalam harakah daily:
yb hussam telah berkata bahawa najib dan mahathir
akan melarikan diri jika pakatan rakyat
mendirikan pentabiran baru di putra jaya



JENG JENG JENG
kesah cuti x-mas najib dan rosmah ini
dilihat dari sudut yang lain pula oleh tim muhyiddin

dikhabarkan tim muhyiddin cukup gumbira
kerana ini adalah percutian akhir untuk najib dan rosmah

satelah deepak dan musa hasan buka cerita
ramai taiko dan gedebe united malays national organisation
telah menghadap muhyiddin
merekan mahu muhyiddin ' make a move'
untuk memastikan pru13 ini dapat dirangkul kembali

malah telah mula kedengaran bahawa deepak
sedang menunggu tanda isyarat
untuk membuka lebih banyak lagi 
kesah dan fakta tentang keterlibatan najib dan rosmah
dalm kes pembunuhan altantuya



CERITA DEEPAK SETAKAT INI
apakah deepak ini hanya adik angkat kepada rfosmah
atau jeng jeng jeng
lebih dari itu?
kitav tunngu dan lihat



The Vacation Cliff: What's at Stake

Every year, President Obama returns to Hawaii to celebrate Christmas with his family and friends. Unfortunately, the nation faces an impending fiscal cliff at the end of the year if Congress fails to act.

The Republicans know that the President cannot depart on his vacation until this is resolved and have been using that to their advantage. President Obama invited Speaker Boehner for Mai Tais at the White House Mess in the hope that the Aloha spirit would help move the fiscal cliff negotiations forward. 


--------

ADA CERITA DALAM CERITA - ADA CERITA DALAM GAMBAR

Posted: 18 Dec 2012 08:04 PM PST






MELAWAN 
 IMPERIALIS AMERIKA


INGATAN  UNTUK SEJARAH:
gambar ini  sedang berligar dalam alam maya
tt telah menerimanya berkali-kali
dalam fb dan dalam blog 
ramai yang telah menghantar gambar ini

gambar ini muncul secara tetiba tahun ini
kerana  ianya ada tercetak dalam
buku ingatan politik senator s .husin ali

FAKTA GAMBAR INI:
ini bukan gambar demo baling
ini demo anti-amerika 
pada 19 oktober 1973  ketika perang ramadan
atau perang yum kippur
perang arab-isreal

ini gambar dalam pejabat pak duta amerika
ketika ini kedutaaan amerika di jalan ampang
bangunan  AIA yang kini masih wujud

polis dalam gambar ini  ialah ocpd kuala lumpur
disebelahnya ialah duta amerika

tt datang bersama delegasi mahasiswa 
untuk membatah sokongan amerika terhadap isreal
punca kekuatan zionis israel pada tahun 1973 ialah imperialis amerika
punca kekuatan zionis israel pada tahun 2012 ialah imperialis amerika
yang juga disokong oleh zionis tempatan di malaysia

sebelum demo ini 
pada 16 oktober  anak mahasiswa dari UM 
telah datang berdemo   dihadapan kedutaan amerika
kami diserang lalu bertempur dalam kota kuala lumpur

IBRAHIM ALI
ada ceriita dalam cerita
tak perlu dituliskan disini
kalau ada ruang kosong
mungkin tt akan menulis
dalam memoir tt
yang sedang diusahakan
(ini pun jika difikirkan penting)

NOTA:
sosok muda berkaca mata itu
ialah sidek fadil
anak muda india itu ialah
mahasiswa UM dari fakulti ekonomi

tt memakai baju hijau
inilah baju harian tt dalam kampus
juga ada lilitan kain hitam
kerana bergabung  tanda setiakawan
terhadap warga palestin yang terkorban

NOTA:
yang penting sekarang
ialah kita turun berdemo 
sekali lagi pada 12 januari ini
ini lah ibu  dan bapak segala demo
diharapkan demo ini akan membawa kemenangan

INI GAMBAR DEMO ITU


fakta salah:



Like This Page · December 14 

Hishamuddin Rais, 23, setiausaha agung Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya dan Ibrahim Ali, 23, presiden Kesatuan Siswa Institut Teknologi Mara sedang berunding dengan polis semasa demonstrasi mahasiswa, 1974.
 — with Tukar Tiub and Ronasina Kartunis.

INI SELEBARAN MENGHASUT
UNTUK TURUN BERDEMO


--------

SIAPA TAHU BILA PILIHAN RAYA AKAN DI ADAKAN?

Posted: 18 Dec 2012 07:18 PM PST






MENGIKUT KATA YB KHALID SAMAD
DULU BILA DIA DI TANYA BILA PRU13
AKAN DI ADAKAN
DIA MENJAWAB: wallah hu alam bisawab wal rosmah pil jawab
HANYA ALLAH dan ROSMAH SAJE YANG MENGETAHUI
kah kah kah


NOTA:
jangan silap faham
sambil ketawa pun 
kita boleh menghasut
tak percaya 
sila datang ke dewan china 
malam sabtu ini
lihat bagaimana
tt ketawa sambil menghasut
kah kah kah


------

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT