RAKYAT MARHAEN |
- Himpunan 1 Juta Rakyat, 12 Jan di Stadium Merdeka
- Mahasiswa Desak Kerajaan Selesaikan Isu Pengangguran Graduan Pendidikan IPTS
- Mahkamah: Ucapan 'durian runtuh' Najib bukan fitnah
- Dr Ariffin lapor polis ekoran didakwa fitnah
- Duit Judi, Calon Umno PRU13 dapat RM3 juta - Datuk Tamrin Ghafar
- Tawaran PR cetus gelombang baru politik
- Seeking justice or vendetta?
- 'Rosmah would rather DESTROY Najib than be made a scapegoat for UMNO & DR M'
- Keajaiban Dunia Ke 10 Di Malaysia: Harga Lorong 0.9km RM14.9 Juta
- Umno masih hidangkan makanan basi ! Isu amanat Haji Hadi di recycle semula
- Pas: Tak perlu bangkit lagi isu Amanat Hadi
- Terdesak : BN guna isu amanat kempen PRU13
- Rasuah punca Stadium Sultan Mizan bernilai RM300 juta runtuh
- Lynas: Rakyat jadi tikus makmal
- 'Ahli radiologi suarakan keraguan pelan kitar semula Lynas'
- Skandal RM40 juta: Cabar Musa Aman temu ICAC bersihkan nama
- Ambiga: Pemerhati Bersih tidak memihak kepada parti politik
- Janji PR vs Janji BN PRU13 - Ust Idris Ahmad
- Kenapa Saya Tinggal Umno - Dato' Tamrin Gahafar Baba
- Syeikh Muhammad Ali As Shoubuni: Isu SYRIA !
- Rafizi Ramli - Pt Sulong 07 Dis 2012 Part6
- Rafizi Ramli - Pt Sulong 07 Dis 2012 Part5
- Rafizi Ramli - Pt Sulong 07 Dis 2012 Part4
Posted: 19 Dec 2012 09:03 PM PST | ||
Posted: 19 Dec 2012 09:03 PM PST | ||
Himpunan 1 Juta Rakyat, 12 Jan di Stadium Merdeka Posted: 19 Dec 2012 09:03 PM PST Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Mohamad Sabu berkata, ia sebagai menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu rakyat berhimpun di stadium jika ingin menyatakan sebarang tuntutan terhadap kerajaan. Saranan tersebut dibuat Najib sebelum Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan pada 28 April lalu. "Kita mohon (adakan perhimpunan) dibuat di Stadium Merdeka kerana itulah cadangan Perdana Menteri yang kita sayangi," kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), dekat sini hari ini. Timbalan Presiden PAS itu juga berkata, permohonan menggunakan stadium dibuat atas nama Sasterawan Negara. Beliau bagaimanapun tidak menyebut nama Sasterawan Negara yang dimaksudkan. | ||
Mahasiswa Desak Kerajaan Selesaikan Isu Pengangguran Graduan Pendidikan IPTS Posted: 19 Dec 2012 08:58 PM PST PETALING JAYA, 20 DIS :Mahasiswa PKR mendesak kerajaan menyelesaikan masalah pengangguran yang melibatkan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) lepasan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) seperti yang dijanjikan dalam Belanjawan 2013. Presiden Mahasiswa PKR, Haziq Abdul Aziz berkata kreadibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak layak dipersoalkan kerana gagal menyelesaikan masalah pengangguran graduan universiti. Jelasnya, baru-baru ini 2000 graduan ISMP Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) menganggur akibat tidak diberi peluang permohonan pekerjaan oleh Kementerian Pelajaran. "2000 graduan ISMP ini dikatan tidak layak untuk memohon pekerjaan sebagai guru sekolah-sekolah kerajaan walaupun MQA mengiktiraf sijil ijazah pendidikan UNITAR. "Malah silibus ISMP UNITAR adalah sama dalam silibus ISMP di maktab perguruan dan IPTA. Namun mereka tidak diberi peluang yang sama rata dalam perhononan menjadi guru," kata pada sidang media di Ibu Pejabat PKR. Read More / Baca Lagi >> | ||
Mahkamah: Ucapan 'durian runtuh' Najib bukan fitnah Posted: 19 Dec 2012 08:57 PM PST Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas membenarkan permohonan Najib untuk membatalkan saman itu. Peguam yang mewakili Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun memberitahu pemberita bahawa selepas membaca keseluruhan ucapan Perdana Menteri, hakim itu berpendapat ucapan itu tidak berbentuk fitnah. Katanya mahkamah juga memutuskan ucapan itu adalah satu bentuk kiasan yang tidak merujuk kepada mana-mana pihak. "Oleh itu mahkamah membatalkan saman plaintif (peneroka felda) dan membenarkan permohonan defendan (Najib). Mahkamah memerintahkan plaintif membayar RM3,000 setiap seorang kepada defendan," katanya. | ||
Dr Ariffin lapor polis ekoran didakwa fitnah Posted: 19 Dec 2012 08:53 PM PST KUALA LUMPUR: Ekoran dakwaan difitnah oleh sebuah portal berita, Naib Pengerusi DAP, Dr Ariffin SM Omar akan membuat laporan polis hari ini. Read More / Baca Lagi >>Beliau akan membuat laporan polis itu di Balai Polis Jalan Stadium dekat sini tengahari ini. Sebelum ini laman web pro-Umno, Antarapos.com telah melaporkan kononnya Ariffin mendakwa monopoli Melayu dalam perkhidmatan awam punca rasuah. Ekoran itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin mendakwa, Ariffin menuduh orang Melayu sebagai paling korup. "Apabila kita kata perkauman, DAP tak mengaku tetapi kenyataan dia menuduh orang Melayu sebagai paling korup menunjukkan ternyata benar mereka bersikap demikian," kata Muhyidin sebagaimana dilaporkan laman web yang dipimpin bekas kakitangan CCSB, organ penerangan kerajaan negeri Selangor yang menamatkan perkhidmatan mereka. Laman AntaraPos penuh dengan berita negatif tentang kerajaan negeri Selangor, bekas majikan mereka sebelum ini. (Kandungan AntaraPos..penuh dengan laporan negatif hal Selangor) Senator Dr Ariffin SM Omar menafikan tuduhan beliau mengatakan monopoli orang Melayu dalam perkhidmatan awam punca berlakunya rasuah dan salahguna kuasa seperti didakwa Muhyiddin. Dr Ariffin sebaliknya berkata beliau hanya mencadangkan supaya kerajaan menambah bilangan penjawat awam daripada pelbagai kaum serta menuduh laman portal pro Umno, Antara Pos memutar-belitkan kenyataannya. | ||
Duit Judi, Calon Umno PRU13 dapat RM3 juta - Datuk Tamrin Ghafar Posted: 19 Dec 2012 08:22 PM PST | ||
Tawaran PR cetus gelombang baru politik Posted: 19 Dec 2012 08:02 PM PST TEMERLOH - Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Pahang pada 9 Disember 2012 di Dataran Kerdau berjaya membina satu gelombang baru dalam politik Pahang kerana penganjurannya berbeza dengan HKR lain yang dianjurkan Pakatan Rakyat (PR). Perbezaannya terserlah apabila di akhir perhimpunan tersebut diisytiharkan satu tawaran untuk rakyat negeri ini. Sinar Harian mengambil kesempatan menemu ramah orang yang bertanggungjawab mengetuai HKR iaitu Dr Hamzah Jaaffar, merangkap Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang. Apa rumusan Dr terhadap sambutan HKR tempoh hari? Pertamanya saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada AJK HKR, pihak keselamatan dan juga rakyat yang hadir pada petang dan malam HKR diadakan. Sambutan yang diterjemahkan menerusi kehadiran yang luar jangkaan itu menggambarkan rakyat sudah bersedia untuk membuat perubahan. Walaupun pada malam tersebut terdapat perlawanan bola sepak antara Malaysia-Thailand tetapi rakyat telah memilih untuk mendengar amanat pimpinan PR sebagai persiapan bagi menghadapi perlawanan yang sengit antara PR-BN dalam PRU akan datang. Apakah faktor mendorong kehadiran ramai? | ||
Posted: 19 Dec 2012 08:01 PM PST The truth, as bitter as it is, remains that carpet trader Deepak is livid at how 'ungrateful' both Najib and Rosmah have been to him. Deepak Jaikishan, whose carpets once adorned the residence of Prime Minister Najib Tun Razak, is now crying foul, implicating the premier in the Mongolian interpreter's death. In 2008, Deepak was said to have paid private investigator P Balasubramaniam (Bala) RM5 million for the latter to retract his first statutory declaration which directly linked Najib to Altantuya's death. But on Nov 12, 2009, Bala via YouTube disclaimed the second SD, saying he was paid by Deepak to withdraw the first SD. Deepak, meanwhile, said he did so at the behest of a "female friend" who later turned out to be Rosmah Mansor. The "I want to clear my conscience drama" came about after Deepak lost millions in government contracts. He had a 20-year contract to build 16 1Malaysia Mara hostels abroad worth RM2 billion but the deal was suspended. Read More / Baca Lagi >> | ||
'Rosmah would rather DESTROY Najib than be made a scapegoat for UMNO & DR M' Posted: 19 Dec 2012 08:00 PM PST When BN lost its long-held two-thirds majority of seats in Parliament, many blamed Khairy Jamaluddin and his father-in-law Abdullah Badawi, who was then the prime minister and president of UMNO, the dominant party in the ruling coalition. Read More / Baca Lagi >>None of the UMNO-BN leaders and supporters would admit that it performed badly because it had become rotten to the core, eroded and corroded by corruption, greed and infighting. No, UMNO members who were used to decades of 'lording' it had to find a 'mega-scapegoat'. There was no talk at all of self-examination, self-review or self-cleansing and rejuvenation. From branch to division to the central leadership, UMNO leaders screamed for blood - it was not their fault and someone would have to take the blame. And that person was Badawi, who to be fair did very little but nap at meetings while his son-in-law called the shots and allegedly scurried away a handsome fortune. But the point here is the blame game - this is how UMNO cleanses itself. It only knows how to sweep dirt under the carpet and that's why it continues to stay dirt-filled and infectious. So when the next crisis comes, Malaysians should not be shocked if UMNO ferrets out another 'scapegoat', no matter how highly-placed that person might now be. 'Toy-boy' Deepak turning rogue: What's going on here? Unfortunately, with Najib Razak replacing Badawi, any hope UMNO members harbored of starting anew was soon shattered and with a double blow too. Not only did the scandal-plagued Najib come with grossly overweight baggage, his wife proved to be the proverbial straw that broke the camel's back. At 61, the self-styled First Lady of Malaysia is often the butt of cruel jokes. Her FLOM 'title' is often interpreted as Fat Lady of Malaysia. Yes, the music and dance-loving Rosmah has more than her fair share of bulging curves. And while fortunate to look a decade younger than her age, her name is often enough to strike fear into the hearts of her servants, her associates and even her husband's peers and colleagues in the government and political arena. No one would take Rosmah for a bimbo despite her penchant for showiness, luxury and shopping sprees. She is very much the power behind Najib's throne and calls the shots for the difficult or tricky situations that come in their way. This was recently exposed by her former 'toy-boy' Deepak Jaikishan, a carpet trader who revealed that she had 'SOSed' him for help after a controversial statutory declaration was made public implicating her and Najib in the murder of a Mongolian national Altantuya Shaariibuu. From close friend, Deepak has suddenly turned rogue 'whistle-blower' after a purported falling-out with her. Those who know their circle find this "high suspicious". Nonetheless, Deepak is now stoically snapping every opportunity to tell unpleasant tales about Rosmah, whom he accuses of influencing mutual friends to freeze his business loans and other monetary accounts. Too full of herself | ||
Keajaiban Dunia Ke 10 Di Malaysia: Harga Lorong 0.9km RM14.9 Juta Posted: 19 Dec 2012 07:59 PM PST Jingga 13 Sabah telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sabah agar siasatan secara menyeluruh dibuat terhadap jalan satu lorong berjarak 0.9 km berharga RM14.9 juta yang dianggarkan jalan paling mahal di Malaysia dan mungkin di dunia. Jalan raya yang menghubungkan bangunan Yayasan Sabah yang dinamakan juga Menara Tun Mustapha ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah jaraknya hanya 0.9 km. Malah jalan ini dibina bagi menghubung pejabat Ketua Menteri Sabah yang terletak di menara itu ke bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah yang hanya berjarak 0.9 km. Difahamkan bahawa Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah mengumumkan bahawa kos jalan tersebut adalah RM14.9 juta. Harga yang cukup luar biasa sedangkan menurut kajian, kos sebatang jalan adalah kira-kira RM1 juta sahaja paling tinggi. | ||
Umno masih hidangkan makanan basi ! Isu amanat Haji Hadi di recycle semula Posted: 19 Dec 2012 07:58 PM PST Hari ini Umno melihat PAS semakin berkembang, dipercayai dan diterima baik oleh banyak pihak, terutama masyarakat Islam di negara ini , ini terbukti dengan bertambahnya ahli Dewan Penyokong PAS dan penyertaan tokoh-tokoh penting ke dalam PAS. Sebaliknya Umno sendiri dalam keadaan tercungap-cunyap, tinggal nyawa ikan, ibarat nazak menunggu mati, namun mereka masih cuba bertahan bagi menyelamatkan kedudukannya. Seperti biasa mereka tidak serik untuk terus memainkan kembali isu lapok dengan harapan dapat menghidupkan sisa-sisa survival politik mereka. Maka tidaklah mengejutkan dalam sehari dua ini isu Amanat Haji Hadi tahun 1981 diolah semula. Niat mereka tak ada lain,,semata-mata mahukan isu tersebut akan bermain di bibir umat Islam di negara ini,, sekali gus boleh memadam imej baik yang dimiliki oleh PAS.. Kesian pulak melihat nasib Umno! Mereka sebenarnya sudah tidak boleh berfikir secara sihat lagi,, ditambah pula mereka kepupusan ahli-ahli yang cerdik dan berilmu,, lalu timbullah tidakan-tindakan bebal lagi bodoh. Mana mungkin makanan basi boleh dimakan lagi, walaupun setelah direncah dan dimasak semula. Cerita lapok atau makanan basi ini lazimnya menjadi habuan tong sampah!! Sedarlah wahai pemimpin Umno!! Isu-isu besar, yang melibatkan rasuah, kecurangan dan salahguna kuasa pemimpin Umno masih belum terjawab. Inilah yang rakyat mahu dengar dan dapatkan penjelasan, bukan mendengar cerita basi yang sudah tidak relevan. Oleh : rahimothman | ||
Pas: Tak perlu bangkit lagi isu Amanat Hadi Posted: 19 Dec 2012 07:56 PM PST Oleh yang demikian katanya, tidak ada keperluan isu itu dibangkitkan semula pada hari ini sedangkan Umno juga setelah "ditegur" dengan cara itu, tidak lagi mengeluarkan kenyataan seumpama itu. "Ucapan (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) itu kena dilihat dalam konteks pada waktu itu. Waktu itu pemimpin Umno pun kata, agama suku politik suku. Memang politik katanya tidak ada kena-mengena dengan agama. Itu ucapan pemimpin Umno dan macam-macam lagi. "Dan penghinaan yang dibuat oleh pemimpin Umno terhadap Islam itu sendiri. Jadi untuk bendung perkara itu kena bersihkan, tak boleh cakap macam itu," ujar beliau. | ||
Terdesak : BN guna isu amanat kempen PRU13 Posted: 19 Dec 2012 07:55 PM PST SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) dilihat akan menggunakan isu amanat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang. Profesor Madya Dr Fuad Mohd Jali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyifatkan, BN pasti akan membawa isu ini bagi membuat pembuktian mengenai ketidakwajaran amanat sedemikian. Menurutnya, isu amanat adalah antara isu terhangat yang akan menjadi pilihan BN untuk berkempen. "Bukan salah mana-mana pihak jika isu ini menjadi agenda utama dalam siri kempen PRU13 nanti. "Tidak kira parti mana, apa sahaja isu yang berlaku sekitar empat tahun sepanjang pentadbiran di bawah kerajaan negeri, pasti menjadi tajuk utama setiap parti," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Katanya, bukan hanya tempoh tersebut, isu lama juga akan dibangkitkan jika masih terdapat pihak tidak berpuas hati. Read More / Baca Lagi >> | ||
Rasuah punca Stadium Sultan Mizan bernilai RM300 juta runtuh Posted: 19 Dec 2012 07:53 PM PST KUALA LUMPUR 20 Dis: Penyelewengan dan rasuah punca Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Kuala Terengganu dengan kos pembinaan RM300 juta yang runtuh pada 2009 sehingga kini tidak dibaik pulih. Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Terengganu, Azan Ismail berkata, stadium tersebut tidak mungkin dibaik pulih semula selagi Umno BN memerintah negeri itu. "Stadium tersebut dibina oleh tiga syarikat kroni kerajaan Umno BN. Nilai asalnya berjumlah RM191 juta. Kemudian kosnya dinaikkan kepada RM300 juta kerana kononnya akibat kelewatan ia disiapkan. "Mengapa setelah lebih tiga tahun tidak ada sebarang kerja baik pulih? Ini kerana mereka telah mendapat durian runtuh hasil keruntuhan stadium tersebut," katanya ketika dihubungi. Menurut Azan, beliau berulang kali membangkitkan isu ketirisan dan pembaziran di Parlimen tetapi tiada sebarang jawapan. Read More / Baca Lagi >> | ||
Lynas: Rakyat jadi tikus makmal Posted: 19 Dec 2012 07:51 PM PST
Saya ingin memetik kenyataan Ketua Pengarah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom(AELB) Raja Abdul Aziz Raja Adnan (dari Malaysiakini -http://www.malaysiakini.com/news/217019) bahawa proses rawatan sisa buangan dari Kilang Lynas masih belum diuji dan kerana itu, AELB masih tidak dapat mengesahkan bahawa proses itu selamat dan boleh mengurangkan residu radioaktif kepada bahan yang rendah tahap radiasinya serta selamat untuk dihantar ke luar negara sebagai produk komersial. Read More / Baca Lagi >>Sesuatu yang janggal apabila ramai pihak mengakui bahawa proses kosultansi rakyat atau 'public engagement' dari peringkat awal projek Lynas ini dengan penduduk terdekat sangat lemah, Lesen Sementara Operasi (TOL) tetap diluluskan. Terbukti bahawa TOL itu diluluskan dalam keadaan proses rawatan sisa buangan masih belum diuji selamat dan rakyat sekali lagi tidak dibawa berbincang mengenainya. Ini lah yang saya katakan sebelum ini, penduduk terdekat khususnya di sekitar Balok yang majoritinya terdiri dari kalangan kaum Melayu termasuklah dari kalangan anggota tentera laut dan penguatkuasa APMM di sekitar 20 ribu orang seolah-olah 'DITIKUS MAKMALKAN' untuk menguji dan mengesahkan tahap keselamatan kilang Lynas itu. | ||
'Ahli radiologi suarakan keraguan pelan kitar semula Lynas' Posted: 19 Dec 2012 07:51 PM PST Walaupun Lynas berulangkali menyatakan bahawa sisa daripada penapisan nadir bumi di Gebeng, Pahang, boleh dikitar semula menjadi produk komersial yang selamat, tetapi seorang ahli radiologi Australia mengingatkan bahawa teknologi seumpama itu masih belum terbukti berjaya. Peter Karamoskas Peter (kiri), seorang ahli radiologi nuklear selama 13 tahun dan mewakili orang awam Australia dalam Jawatankuasa Keselamatan Radiasi Australia, menyuarakan keraguannya mengenai pelan kitar semula Lynas itu kepada New Matilda, sebuah lamanweb berita Australia. Laporan New Matilda memetik Karamoskas sebagai berkata satu juta meter padu meter sisa Penulenan Larut Air (Water Leach Purification - WLP) - sisa paling kritikal yang dihasilkan oleh kilang penapisan - menjana dalam tempoh 10 tahun beroperasi, perlu dicampur dengan lima kali jumlah agregat untuk mengurangkan bacaan radioaktifnya dari 6Bq untuk 1Bq, untuk sisa selamat. Walaupun beliau berkata proses yang sama telah digunakan di Belanda, tetapi bahan buangan yang dihasilkan adalah jauh lebih kurang radioaktif, hampir pada 1Bq. Karamoskas, yang pakar dalam kesan kesihatan akibat radiasi, menegaskan bahawa kaedah ini belum pernah digunakan ke atas bahan-bahan dengan bacaan WLP 6Bq, dan ia adalah sangat tidak mungkin menjadi penyelesaian jangka panjang dari aspek keselamatan atau ekonomi. Read More / Baca Lagi >> | ||
Skandal RM40 juta: Cabar Musa Aman temu ICAC bersihkan nama Posted: 19 Dec 2012 07:07 PM PST KUALA LUMPUR 20 Dis: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli cabar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman ke Hong Kong bertemu Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) untuk membersihkan nama baik beliau. Ia ekoran kenyataan Musa yang kononnya pembangkang hanya bersandarkan 'fitnah dan pembohongan' untuk menyerang beliau dan Barisan Nasional (BN) bagi meraih sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU 13). "Kalau dia (Musa) rasa itu adalah fitnah, beliau perlu ambil beberapa tindakan untuk bersihkan nama. Antaranya tindakan undang-undang terhadap saya. Malah saya sentiasa sedia untuk bersemuka dengan Musa di mahkamah," kata Rafizi kepada Keadilan Daily. Beliau menyarankan Musa menjawab isu RM40 juta dan konsesi balak secara terperinci, bukan mengeluarkan kenyataan umum mengatakan itu merupakan fitnah. "Musa langsung tak jawab isu ini. Kalau betul-betul tak terlibat, sila umumkan akaun siapa yang dimasukkan untuk dana tersebut. Siapa penderma, yang dapat konsesi balak dan sebagainya," jelasnya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Ambiga: Pemerhati Bersih tidak memihak kepada parti politik Posted: 19 Dec 2012 04:17 PM PST KUALA LUMPUR, 20 Dis – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menafikan dakwaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam kerana melabelkan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) tersebut sebagai "partisan", sebaliknya menegaskan pemerhati pilihan raya mereka mengguna pakai standard pemerhati pilihan raya global yang turut menetapkan "tidak memihak kepada parti politik" sebagai salah satu pra syaratnya. Pengerusi bersama pergerakan berkenaan, Datuk Ambiga Sreenavasan menambah penggunaan pemerhati ketika pilihan raya adalah amalan yang sudah lama diterima pakai dan digunakan banyak negara termasuk Indonesia. "Kami faham maksud mereka, yang mahu kami lebih tersusun dan tidak menganggu proses pilihan raya. Memang itu bukan niat kami," kata Ambiga kepada The Malaysian Insider. "Kami memberikan latihan kepada pemerhati kami dan mengguna pakai standard antarabangsa untuk pemerhati pilihan raya domestik," katanya. Standard yang dirujuk Ambiga adalah seperti termaktub di dalam Deklarasi Prinsip Antarabangsa bagi Pemerhati Pilihan Raya Bebas Politik dan Pemantauan Organisasi Awam dan Syarat Pelaksanaannya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Janji PR vs Janji BN PRU13 - Ust Idris Ahmad Posted: 19 Dec 2012 04:10 PM PST | ||
Kenapa Saya Tinggal Umno - Dato' Tamrin Gahafar Baba Posted: 19 Dec 2012 04:09 PM PST | ||
Syeikh Muhammad Ali As Shoubuni: Isu SYRIA ! Posted: 19 Dec 2012 04:07 PM PST | ||
Rafizi Ramli - Pt Sulong 07 Dis 2012 Part6 Posted: 19 Dec 2012 09:12 AM PST | ||
Rafizi Ramli - Pt Sulong 07 Dis 2012 Part5 Posted: 19 Dec 2012 09:11 AM PST | ||
Rafizi Ramli - Pt Sulong 07 Dis 2012 Part4 Posted: 19 Dec 2012 09:11 AM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan