Isnin, 17 Disember 2012

bumiperak

bumiperak


Raja Rock Melayu Buka Kelab Malam Malai Rock Station Bistro di Ipoh

Posted: 17 Dec 2012 07:08 PM PST

Dakwaan yang mengatakan artis Malaysia yang seorang ini, Awie buka kelab malam Malai Rock Station Bistro di Ipoh, Perak. Kalau sudah nama kelab malam yang "dipenuhi iblis dan syaitan" tidak sah kalau tidak menawarkan air kencing syaitan iaitu arak dan juga perempuan-perempuan seksi. Benarkah Awie?


Melihat koleksi gambar-gambar di bawah ini, anggapan kami mungkin di Jakarta ataupun di Thailand tetapi sangkaan kami meleset apabila lokasinya sebenarnya bertempat di Ipoh, Perak iaitu di negara kita Malaysia di mana terletak di belakang Jaya Jusco @ "Kinta City".

Dakwaan artis Malaysia, Awie buka kelab malam di Ipoh Perak muncul apabila fanpage kelab malam Malai Rock Station Bistro, Ipoh sendiri berkongsi gambar di sini. Walaubagaimanapun, gambar-gambar di fanpage tersebut sekarang ini dilihat telah ditarik balik untuk tatapan umum…..

Dalam pada masa yang sama mungkin laporan berita Kosmo seperti di atas ini yang disiarkan pada 9 Disember 2012 yang lalu boleh membantu bagi menjawab persoalan ini….





 

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Hayat politik Najib akan berakhir sebelum PRU 13

Posted: 17 Dec 2012 09:05 AM PST


Kenyataan terbuka Deepak Jaikishan: Hayat politik najib berakhir sebelum PRU 13?

 Husam Musa

 Kenyataan terbuka Deepak Jaikishan yang dibuat secara berasingan dengan tiga media alternatif, sarat dengan implikasi besar dan perhitungan strategik.
Ia dibuat menjelang Perhimpunan Agung Umno di mana Najib berucap merasmikannya. Kenyataan Deepak sepenuhnya tertuju kepada Najib.
Deepak mengaitkan keluarga Perdana Menteri secara langsung dan tidak langsung dengan isu pembunuhan Altantuya — sehingga bagi insan waras — Najib sudah dalam kandang tersangka sebagai terbabit dalam apa jua cara.
Najib harus mengambil langkah memberikan penjelasan  sepenuhnya. Jika tidak, selain dirinya, Umno adalah pihak yang akan terkesan. Sedangkan pilihanraya sangat hampir. Najib tidak boleh lagi berdiam diri atas falsafah "diam itu emas".
Kenyataan Deepak sangat serius kesannya:
1. "Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya."
"Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala. Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya. Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan-kemahuan Bala."

2. "Saya rasa kes ini tidak akan senyap sehingga kes Altantuya selesai dengan adil. Bagi saya, dunia ini dikuasai oleh Tuhan Yang Maha Esa. Saya rasa selagi kes ini tidak selesai, perkara ini tidak akan terhenti."
3. "Sebenarnya, selepas perkara ini berlaku, mereka telah mengambil tindakan cuba mensenyapkan saya. Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang telah menolong kawan, tetapi hadiah yang dihantar adalah hantar 50 orang penguatkuasa kerajaan datang melawat, masa kes Bala terdedahlah. Jadi kita pun tahulah pada ketika itu, Najib is sitting Prime Minister. Dihantar pula 50 orang penguatkuasa datang dan angkut lima enam lori."
4. "Jangan makan kawan. Jadi tindakan yang dibuat untuk kawal situasi dengan hantar 50 penguatkuasa untuk menyeyapkan kita, supaya kita senyap, jangan cakap. Kita tahulah, ini bukan kawan. Kalau macam ini, baik hari itu bagi dia tenggelam."
5. "Bagi saya cerita ini tidak akan selesai sehingga Altantuya dibicarakan dengan adil dan mendapat hak dia. Kita tidak mahu dilibatkan. Sangat jelas  penglibatan kita pada malam itu hanya tolong kawan dan SD itu sendiri dibuat oleh peguam mereka."
Setiap satu dari kenyataan ini adalah ekplosif. Semuanya dengan jelas tertuju kepada isu pembunuhan Altantuya dan PM dan  keluarganya dengan beraninya dilibatkan.
Bagaimana Najib akan menerajui Umno/BN menghadapi pilihanraya paling genting dengan isu peribadi membelit dirinya?
Adakah Umno sanggup mempertahankan Presiden mereka jika mereka sedar survival Umno ditambah beban oleh isu peribadi Presiden partinya, ketika Umno sendiri tercungap-cungap keletihan?
Semua perkembangan, termasuk isu Scorpene yang semakin membarah dan kenyataan akuan bersumpah Bala yang terus hidup, menunjuk kepada terbebannya Umno dengan isu peribadi Najib.
Umno mempunyai pilihan.
Melepaskan Najib sebelum pilihanraya mungkin menaikkan sedikit harapan Umno untuk meneruskan survival — di atas premis PM baru akan sentiasa membawa harapan baru.
Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalaman menggerakkan tindakan Deepak.
Deepak bukan ahli politik tetapi kenyataannya  dibuat menjelang Perhimpunan Agung Umno — menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira.
Najib ternyata sudah begitu lemah dan hayat politiknya kini bergantung kepada ihsan rakan separtinya tidak mengambil apa-apa langkah susulan. Satu kenyataan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad atau Muhyiddin Yassin cukup untuk menamatkan hayat politik Najib sebelum PRU 13.
Malaysia tentunya sangat malang mempunyai PM selemah itu dan terbelit dengan isu sekejam itu.
Malaysia tidak akan terasa aman selagi Perdana Menterinya tidak dibersihkan dengan isu pembunuhan Altantuya oleh satu badan bebas.
Najib yang benar-benar tidak bersalah harus mengizinkan pihak ketiga yang bebas menyiasat isu ini secara menyeluruh.
Jika tidak, kenyataan Deepak dan Bala adalah benar dan kita juga dalam bahaya!

[Video] Ceramah DSAI di HKR Perak 16/12/12

Posted: 17 Dec 2012 07:43 AM PST

Suami-suami di luar sana, awasi isteri tuan2 ... 39% wanita berkahwin curang terhadap suami

Posted: 17 Dec 2012 07:19 AM PST


KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menafikan laporan media baru-baru ini yang mendakwa 39 peratus wanita berkahwin di negara ini curang terhadap pasangan mereka.
Timbalan Menteri berkenaan Datuk Noriah Kasnon berkata kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) mendapati kecurangan pasangan bukan merupakan punca utama pembubaran perkahwinan atau perceraian.
"Malahan, melalui kajian berkenaan, masalah kecurangan dilihat tidak begitu serius di kalangan pasangan yang telah berkahwin di negara ini," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013.
Beliau berkata menurut kajian itu, sebanyak 41.8 peratus kes perceraian di negara ini kerana tiada persefahaman manakala pasangan curang serta enggan dimadu masing-masing enam peratus, dan tidak bertanggung jawab 11.4 peratus.
Laporan itu, yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Cina, meletakkan wanita Malaysia di tempat ketiga di dunia dalam isu wanita curang terhadap pasangan selepas Ghana sebanyak 62 peratus dan Thailand 59 peratus.
Noriah berkata kajian Jabatan Kemajuan Islam ke atas 3,312 pasangan pada tahun 2005 pula mendapati kurang dua peratus daripada jumlah pasangan yang berkahwin mengaku berlaku curang kepada pasangan masing-masing.
"Bagi kes kaunseling pula menunjukkan punca utama perceraian disebabkan kurang perhatian daripada pasangan, tiada persefahaman, penyalahgunaan media sosial, pengaruh rakan, pergaulan bebas serta lemah tenaga batin, dan ia tiada kaitan dengan kes kecurangan," katanya.
Beliau juga berkata kecanggihan Internet serta laman sosial yang pesat berkembang ketika ini menjadi kebimbangan kepada keharmonian institusi kekeluargaan apabila kecurangan dan hubungan sulit sukar dikesan pasangan.
Sehubungan itu, katanya, kementerian melalui LPPKN akan menjalankan satu kajian spesifik berhubung kesan media baharu terhadap institusi keluarga yang dijangka dilaksana tahun depan.
Menyifatkan pegangan agama dan didikan moral yang sempurna menjadi faktor utama kesejahteraan keluarga, Noriah berkata hasil kajian itu kelak diharap berupaya menyediakan asas kukuh untuk mengekalkan hubungan kekeluargaan dan membendung masalah kecurangan pasangan berkahwin. BERNAMA

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ITU BARU "REAL" PUNYA KERJA KOMUNIS

Posted: 17 Dec 2012 01:39 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA melalak melolong lah pemimpin Umporno terutamanya Timbalannya, Si Lembam apabila tiada wakil kaum Melayu di dalam CEC Parti DAP.  Hujah beliau, ini menunjukkan DAP parti perkauman.  Betapa cerdiknya Si Lembam membuat tafsiran sedemikian yang menyebabkan ramai yang bertanya ada berapa orang kaum India atau Cina berada di dalam MT Umporno, kecuali jika ada pun 'separuh india' atau Kutty.

Masalahnya tidak kira berapa orang Cina atau Melayu berada di saf kepimpinan sesebuah parti asalkan mereka bersih dari rasuah.  Bagaimana dengan saf utama yang berada di dalam Umporno berbanding dengan DAP?  Jauh langit dari bumi.  Saf kepimpinan DAP lebih terbukti bersih dari saf Melayu di dalam Umporno.

Ketua Pemuda Umporno pernah terlibat di dalam politik wang sewaktu pemilihan di dalam parti mereka tetapi sekadar diberi amaran, melainkan si Isa Doraemon sahaja yang digantung.  Ali Ketam dari Melaka pun terbabit dengan rasuah politik wang tetapi masih menjadi bos di Melaka.  Ketua Wanita?  Hah...Kak Ijat lagi dahsyat, sehinggakan satu dunia tahu kisah keluarga Kak Ijat bela lembu dalam kondo.  Inilah di antara beberapa contoh saf yang ada di dalam Umporno.  Itu belum diambil cerita Khir anak Toyol yang pernah berhajat mahu menjadi Ketua Pemuda Umporno.  

Cuba ceritakan apa pula kisah pemimpin di dalam DAP yang melakukan perbuatan seperti yang tokoh-tokoh Umporno telah lakukan.  Jawapannya, tiada. Ertinya, walaupun Cina tetapi mereka bersih dari Melayu yang berada di saf kepimpinan Umporno sekarang.

Oleh itu, hujah Si Lembam hanya tinggal sebagai hujah bodoh.  Hujah yang menunjukkan betapa takutnya beliau dan parti sekutu Apco itu kepada DAP.  Mereka tahu, kekuatan DAP banyak membantu kekuatan PR.  Hakikatnya, jika ada pun wakil Melayu di dalam DAP, Si Lembam tetap akan memburukkan DAP juga tetapi hujahnya berbeza.  Beliau mungkin akan berhujah pula bahawa masih ada orang-orang Melayu yang sanggup menjadi pemimpin di dalam parti "Komunis DAP".  Hujah DAP itu komunis sudah sinonim dengan ahli-ahli Umporno.  Tidak mengapa, asalkan 'Komunis' ini tidak membunuh umat-umat Islam di Memali.  "Komunis" ini tidak rampas tanah rezab Melayu.  "Komunis" ini juga tidak hina Raja-Raja Melayu.

Rakyat sekarang melihat Umporno sudah kekeringan idea untuk menyerang PR.  Apa lagi yang boleh dilakukan oleh Umporno untuk menunjukkan parti mereka masih kuat dan gagah, sedangkan Presiden mereka terkenal dengan gelaran "Roti Canai Kosong tanpa telor"?  Akhirnya, mereka terpaksa kembali kepada cara komunis yang sebenar iaitu lakukan keganasan dan baling batu dan cat kepada musuh mereka.  Itu baru real punya kerja Komunis!!

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


‘Frightened Musa wants to save his skin’

Posted: 17 Dec 2012 08:42 PM PST

Prominent lawyer Rosli Dahlan, who has dealt with Musa Hassan first hand, has an answer as to why the ex-IGP is reappearing in the media spotlight, flanked by PKR members.

PETALING JAYA: Musa Hassan's sudden criticism of the government and the police is an attempt to reinvent his image and cosy up to Pakatan Rakyat out of fear that should the Barisan Nasional government fall, his head will be the first to roll, according to lawyer Rosli Dahlan.
The prominent lawyer, who previously represented Musa's rival, ex CCID chief Ramli Yusuf, is currently pursuing a legal suit against Utusan Malaysia and 16 others in a case related to the former inspector-general of police's purported links with underworld figures.
As such, Rosli has first hand experience with Musa and has nothing but scorn for the ex top-cop as well as his recent revelations of alleged ministerial interference and criminal elements in the police.
"Musa is a manipulator, opportunist and a liar. He is a principal lecturer at UiTM in media warfare, so we should not be surprised that he is using the media to reinvent his image," he told FMT.
"Clearly, Musa knows he will be in trouble if Pakatan forms the next government," added Rosli.
Former Kuala Lumpur CID chief Mat Zain previously accused Musa of fabricating evidence in Opposition Leader Anwar Ibrahim's 1998 black eye Incident.
Rosli said Musa was also the investigating officer in Anwar's first sodomy charge and the incumbent IGP when the second sodomy charge was "orchestrated".
"So it is no surprise that he now becomes a turncoat, against the government that gave him his mercurial rise to be IGP and enjoyed two extensions by contract in order to save his own skin," he added.
Musa appeared at a press conference late last month with several NGO leaders linked to the opposition, fuelling speculation that he would be joining Pakatan Rakyat soon.
The press briefing was organised by a new NGO called the Malaysian Crime Watch Task, or MyWatch, and was the setting for which Musa dropped the bombshell that ministers allegedly meddled in police investigations.
Anwar later said that PKR was open to Musa joining them if he wished to do so, although Musa had firmly stated that he would remain neutral.

'Leopard does not change its spots'

Read More / Baca Lagi >>

Dato' Husam Musa | Ceramah Perdana - Putik.

Posted: 17 Dec 2012 08:39 PM PST

Orang Melayu- Teruskan Bersatu diluar UMNO!

Posted: 17 Dec 2012 08:37 PM PST

Sungguh menghairan kita, perkara yang amat mudah tidak boleh difaham oleh UMNO dan pengikut nya. Orang Melayu yang diluar UMNO pun Melayu juga. Melayu, DAP, Melayu PAS dan Melayu PKR tidak kurang keMelayuan mereka dari Melayu UMNO. Yang UMNO hendak sombong dan angkuh mengakui bahawa yang Melayu itu hanya mereka sahaja, mengapa? Kerana mereka membela agama, bangsa dan tanah air?

Hang Jebat tidak kurang Melayu daripada Hang Tuah. Jebat hanya berpegang kepada prinsip raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.Ini prinsip yang mudah difaham oleh mereka yang berakal waras.
 

Pemimpin UMNO kesana kemari bercerita mengenai wasatiyah dan maqasid shar-iyah, tapi ketawa bila orang kafir mempermainkan, mengejek dan mempersenda agama Islam. Ketua besar UMNO, parti Melayu yang terbesar memakai baju kami tentang hudud bersama sama dengan orang kafir. Ini tidak mengeherankan sangat kepada mereka yang tahu latar belakang ketua besar UMNO ini. 

Pemimpin UMNO bersyarah kepada orang Melayu bawahan supaya berbelanja berjimat cermat dan berhemah, tapi gagal melakukan apa yang mereka nasihatkan. Isteri ada cincin RM74 juta , beg tangan RM300-400 ribu sebuah, jam tangan RM 600 ribu- orang yang serupa menasihati rakyat mengurus wang RM500 dengan berhemah. 
Read More / Baca Lagi >>

Zam cemari maruah bangsa, negara

Posted: 17 Dec 2012 08:33 PM PST

Sebagai penyokong totok Mahathir, Zainudin berharap penulisannya itu akan membantu Umno mengekalkan kuasa dalam PRU 13 nanti.

Oleh Saifudin Nasution Ismail
Tulisan Zainudin Maidin atau juga dikenali sebagai Zam bertajuk 'Persamaan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim' (UM 10 Disember 2012) selayaknya dibakulsampahkan jika Editor UM wartawan yang berintegriti, peka dan tajam pemikirannya.
Bukan saja faktanya salah, malah tulisannya juga tidak beretika, berniat jahat dan sarat dengan fitnah. Lebih memalukan lagi, Zainudin adalah bekas Ketua Pengarang Utusan dan mantan Menteri Penerangan.
Belum pun badai yang melanda Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim dengan pembantu rumah Indonesia reda, Zainudin pula mengundang ribut taufan sehingga Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia membuat bantahan rasmi dan meminta Zainudin memohon maaf.
Malang sekali, Kementerian yang sepatutnya memancarkan sinar kebenaran telah dihitamkan oleh Menteri dan mantan Menterinya yang angkuh, sombong dan berfikiran separuh matang.
Hubungan bangsa serumpun dengan Indonesia yang sentiasa aman dan saling membantu terjejas kerana sikap biadap pemimpin kita sepertimana yang dibuktikan oleh Zainuddin.  Kemesraan yang mahu diperelokkan lagi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tercalar dengan tulisan Zainudin.
Zainudin tidak sepatutnya cemburu dengan Anwar yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin di Indonesia sejak zaman Pak Mohamad Natsir lagi.  Pada era pemerintahan Seoharto, hampir separuh anggota Kabinet Indonesia adalah sahabat Anwar.
Anwar menjalin hubungan rapat dengan cendikiawan dan pemimpin Indonesia termasuk Habibie sejak beliau memimpin Abim dan aktif dalam World Assembly of Muslim Youth (Wamy).
Hubungan rapat Anwar dengan pemimpin Indonesia ini sebenarnya membantu merapatkan lagi hubungan Malaysia-Indonesia di zaman mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mahathir pecat Zam dari Utusan
Read More / Baca Lagi >>

Keluarga mangsa ISA terus dicengkam sengsara

Posted: 17 Dec 2012 08:32 PM PST

KUALA LUMPUR: Di sebalik kenyataan kerajaan mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), hakikatnya masih ada mangsa yang menanggung sengsara kerana akta yang zalim itu.

Kesengsaraan itu dirasai oleh 27 keluarga, membabitkan 27 tahanan ISA yang masih meringkuk di Kem Tahanan Perlindungan (Kemta), Kamunting.

10 di antara mereka merupakan warganegara Malaysia, manakala selebihnya dari negara luar seperti Sri Lanka, Bangladesh, India dan Iraq.

Mungkin ramai di kalangan rakyat Malaysia berasakan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan ISA dimansuhkan, maka semua tahanannya dibebaskan.

Hakikatnya, ramai yang tidak tahu bahawa masih ada tahanan akta itu yang masih terkurung dan tertakluk dengan undang-undang baru, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA yang menggantikan ISA.

GMI, peguam ke Tawau
Read More / Baca Lagi >>

Loke umum tidak bertanding DUN Lobak

Posted: 17 Dec 2012 08:26 PM PST

Beliau yakin pengundi-pengundi DUN Lobak akan terus memberikan mandat kepada wakil DAP. 

SEREMBAN: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Loke Siew Fook (Lobak-DAP) mengumumkan tidak akan bertanding di DUN Lobak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti. Beliau mengumumkan perkara ini di akhir sessi perbahasan beliau ketika Persidangan Ketiga (Belanjawan 2013) Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri yang ke-12 semalam.
"Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pengundi- pengundi DUN Lobak kerana memberi mandat dan kepercayaan kepada saya untuk menjadi wakil mereka dalam dewan yang mulia ini hampir sembilan tahun lepas.
"Saya ingin umumkan bahawa saya tidak akan bertanding di DUN Lobak pada PRU-13 tetapi dikerusi yang lain.
"Saya yakin pengundi-pengundi DUN Lobak akan terus memberikan mandat kepada wakil DAP dalam mewakili suara Lobak di dalam Dewan yang mulia ini dulu, kini dan selamanya," kata Loke.
"Saya juga ingin memohon maaf kepada Speaker, barisan Exco, ADUN-ADUN dan pegawai-pegawai kerajaan jika terdapat kata-kata saya yang menyinggung perasaan anda semua. Dengan rendah diri saya memohon maaf.," kata Loke.
Kempen aman tanpa provokasi
Read More / Baca Lagi >>

Andaian Najib salah, kata Pas

Posted: 17 Dec 2012 08:24 PM PST


Naib Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Tanah Merah, Datuk Abdul Fattah Mahmood KOTA BHARU - Pas Kelantan menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak yang mempersoalkan keupayaan Pakatan Rakyat (PR) untuk menerajui negara kerana masih banyak perkara asas belum disepakati sebagai tidak tepat.

Exconya, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, walaupun pada asasnya parti-parti komponen dalam PR berbeza, tetapi masih sepakat dalam merancang untuk turun kepada masyarakat dengan lebih teratur.

"Walaupun kita berbeza, tetapi kita boleh duduk bersama dan merangka satu gerak kerja untuk membangunkan masyarakat dan negara, itu lebih penting," katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Kursus Panel Penceramah Pemadam Negeri Kelantan 2012 di Khalifa Suites Hotel & Apartment di sini, semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kelantan turut menolak dakwaan Najib yang menyifatkan pelbagai isu asas termasuk ideologi, kepimpinan, dan hala tuju, masih gagal disepakati seolah- olah menggambarkan ketidakupayaan pentadbiran PR.
Read More / Baca Lagi >>

Umno pindah semula pengundi ke T’ganu, S’ngor lawan habis-habisan

Posted: 17 Dec 2012 08:23 PM PST

KUALA LUMPUR 18 Dis: Pengalaman Terengganu berjaya ditawan semula oleh BN pada 2004 menerusi penipuan pilihan raya dan bukan atas kehendak rakyat menjadikan KEADILAN Selangor bersedia melawan taktik jahat Umno untuk merampas negeri itu.
Lebih dari itu, Timbalan Pengerusi KEADILAN Negeri, Zuraida Kamaruddin berkata, Selangor malah akan 'mematahkan' serangan pembangkang negeri untuk memenangi pilihan raya.
"Memang ada usaha kerja-kerja kotor Umno BN di Selangor. Kita akan berdepan tanpa membiarkan taktik jahat mereka memenangi PRU akan datang.
"Petugas-petugas setiap kawasan akan diberikan penerangan dengan jelas bagi mendedahkan mereka berhubung taktik ini," kata Ahli Parlimen Ampang itu ketika dihubungi.
Semasa berucap pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Dungun, Terengganu Jumaat lalu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendedahkan, Umno BN sedang berusaha membawa pengundi Terengganu ke Selangor bagi membantu parti itu menawan semula Selangor dalam PRU13.
Read More / Baca Lagi >>

K’jaan abai 300,000 rakyat, tapi warga asing dapat IC

Posted: 17 Dec 2012 08:22 PM PST

KUALA LUMPUR 18 Dis: Umno BN mengabai tuntutan 300,000 rakyat yang menetap puluhan tahun di negara ini untuk mendapatkan hak kerakyatan mereka, tetapi warga asing diiktiraf sebagai warganegara.
Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, kerajaan ternyata tidak serius menangani masalah kewarganegaraan rakyat sendiri, malah tergamak memberi kad pengenalan (IC) kepada warga asing yang sememangnya tidak layak.
Beliau membidas sikap kerajaan dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang sehingga kini masih belum membuat sebarang tindakan berhubung permohonan IC biru 308 rakyat India, minggu lalu.
"Sehingga kini masih tiada tindakan serius dari JPN. Inilah bukti kerajaan tak ambil pusing untuk menyelesaikan masalah rakyat," kata Surendran ketika dihubungi.
"Kita juga mempersoal tindakan jahat Umno yang begitu mudah memberi kerakyatan kepada warga asing hanya untuk menang pada PRU 13," tegasnya.
Jumaat lalu, hampir 2,000 berhimpun untuk mendapat hak kerakyatan di Pejabat Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya.
Read More / Baca Lagi >>

Gempur: Mahasiswa dan PRU13

Posted: 17 Dec 2012 08:21 PM PST

Nur Mohd Iqzuan bin Samsudin,
Idea untuk mahasiswa bertanding dalam pilihan raya umum telah lama diketengahkan. Idea ini telah pun cuba direalisasikan melalui Parti Mahasiswa Negara namun gagal. Dan seterusnya, pada Perhimpunan Mahasiswa Negara yang diadakan pada bulan Januari tahun lepas (2011) di Kuala Lumpur juga mengusulkan idea ini di 'Parlimen Mahasiswa' namun tidak mendapat undi majoriti mahasiswa yang hadir untuk meluluskannya.

Hal ini ditimbulkan semula apabila ada ura-ura mengatakan bahawa pimpinan mahasiswa kini ada juga yang ingin turut serta dalam Pilihan Raya Umum ke-13 kelak, memandangkan kepada pindaan AUKU yang terbaru. Ia dikuatkan lagi dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Khaled Nordin dalam membenarkan mahasiswa bertanding atas tiket mana-mana parti politik baru-baru ini.

Gempur memahami hasrat dan cita-cita mahasiswa untuk menjadi salah satu kuasa yang dapat mengubah atau sekurang-kurangnya mempengaruhi polisi dalam badan legislatif demi menjaga kebajikan dan kepentingan mahasiswa dan rakyat. Namun, cita-cita ini haruslah didasari dengan realiti dan hakikat sebenar daripada pelbagai sudut termasuklah realiti sistem yang diguna pakai sekarang dan juga hakikat keupayaan gerakan mahasiswa itu sendiri.

Negara kita menggunakan sistem politik federal dan sistem pilihanraya District (Single Member Distrist) yang mana terdapat pilihan raya peringkat negeri yang mempertandingkan kerusi untuk Dewan Undangan Negeri dan pilihan raya peringkat persekutuan yang mempertaruhkan kerusi Dewan Rakyat. Dan secara kebiasaannya, kedua kerusi ini akan dipertandingkan secara serentak walaupun ia bukanlah syarat yang wajib. Oleh itu, soal sama ada mahasiswa ingin bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri atau di kerusi Parlimen perlulah dijawab terlebih dahulu.
Read More / Baca Lagi >>

Tahniah : Aliran modal haram, M'sia di tempat ke-2 di dunia

Posted: 17 Dec 2012 08:19 PM PST


Hampir RM200 bilion wang kotor mengalir keluar dari Malaysia pada tahun 2010 - meletakkan negara ini di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China, dalam pengaliran modal global.

azlanBadan pemantau - Global Finandial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington - dalam laporan terbarunya yang
menjejaki pengaliran modal, berkata tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010 adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

GFI telah memperkenalkan kaedah baru dan lebih konservatif dalam membuat anggaran aliran keluar wang haram, yang membantu untuk memberi tumpuan ekslusif terhadap wang kotor. Oleh itu, anggaran dari laporan terdahulu telah disemak semula.

Tahun lepas, GFI telah meletakkan angka aliran keluar wang haram bagi Malaysia pada tahun 2009 ialah AS$46.86 bilion (RM143.3 bilion). Ini telah diubah kepada AS$30.41 bilion (RM93 bilion).

Laporan terbaru mendapati lonjakan dramatik pengaliran modal di Malaysia - dari AS$30.41 bilion (RM93 bilion) pada tahun 2009 kepada AS$64.38  bilion (RM196.8 bilion) pada tahun 2010.

GFI belum memperolehi data untuk 2011 dan 2012, tetapi ini akan dimasukkan ke dalam laporan yang akan datang.

Pemantau kewangan global itu telah memberi amaran bahawa pengaliran modal di Malaysia adalah "pada skala yang dilihat di beberapa negara Asia".Read More / Baca Lagi >>

Syrian refugees brace for harsh winter

Posted: 17 Dec 2012 08:08 PM PST

The Shade of The Day of Judgement - Mufti Ismail Menk

Posted: 17 Dec 2012 08:06 PM PST

Saifuddin Nasution | Isu Syria dan Gaza| Campurtangan Menteri rosakkan Institusi negara

Posted: 17 Dec 2012 08:05 PM PST

Anwar Ibrahim: Kita boleh ambil-alih Putrajaya! [HKR Perak]

Posted: 17 Dec 2012 08:04 PM PST

Surendran: Kerajaan Pusat Mesti Selesai Kes IC Masyarakat India

Posted: 17 Dec 2012 04:32 PM PST

Samseng MIC 04
SHAH ALAM 18 DIS : Kerajaan Umno-BN diminta segera menyelesaikan masalah ketiadaan dokumen pengenalan diri melibatkan masyarakat India di negara ini dan tidak berdolak dalik berhubung isu berkenaan.
In kerana menurutnya Naib Presiden PKR, N Surendran, umum mengetahui perkara itu memang berlaku dengan beratus ribu masyarakat India terutamanya di Semenanjung dinafikan hak memiliki dokumen pengenalan diri biarpun mereka adalah rakyat yang lahir dan menetap di negara ini.
Beliau berkata, cabaran supaya dibuktikan terdapat kira-kira 300,000 masyarakat India tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, hanya akan dibuat seandainya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunjukkan komitmen bagi menyelesaikan masalah berkenaan.
surendran pc 01"Saya nak Najib dan kerajaan terangkan dulu kepada rakyat mengapa selepas 55 tahun merdeka masih ada begitu ramai rakyat negara kita yang dinafikan kad pengenalan biru walaupun mereka rakyat. Jikalau mereka (kerajaan Umno-BN) dapat memberikan jawapan yang munasabah, saya akan menunjukkan bukti mengenai kes 300,000 ini.
"Kita menuntut supaya kerajaan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin dan jangan keluarkan cabaran-cabaran yang kosong dan tidak bermakna ini," katanya kepada TVSelangor di sini hari ini.
Surendran mengulas kenyataan dibuat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk SK Devamany yang sedia meletakkan jawatan jika pakatan pembangkang dapat membuktikan dakwaan 300,000 masyarakat India di negara ini tiada dokumen pengenalan diri seperti dilaporkan Bernama.
Read More / Baca Lagi >>

JANGAN TEMBAK KAMI DARI BELAKANG…. Kematian Beng Hock dan Sarbani bukankah tembak dari belakang?

Posted: 17 Dec 2012 04:19 PM PST

"Saya ingin katakan kepada ahli politik daripada semua parti... janganlah tembak dari belakang.  SPRM adalah tentera untuk memerangi rasuah. Jika anda menembak kami dari belakang, kepada siapa lagi masyarakat boleh meminta pertolongan untuk menentang rasuah?"

Demikian kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed pada majlis jamuan malam sempena sambutan Hari Pencegahan Rasuah Sedunia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini malam kelmarin. Beliau merayu kepada ahli politik semua parti, agar tidak 'menembak SPRM dari belakang', kerana kecenderungan berbuat demikian  akan hanya menyulitkan lagi usaha memerangi rasuah.

Nak tanya sikit duhai  Datuk Seri Abu Kassim Mohamed !  Apakah kematian menyayat hati Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani satu ketika dulu bukan kejadian tembak dari belakang?  Kenapa kejadian yang berlaku dalam rumah SPRM sendiri itu,  hingga hari ini SPRM tak berani mengambil  tanggung jawab?  Sedangkan kematian misteri tersebut berlaku dalam pengawasan SPRM !!    Mana lebih kejam?  Tindakan rakyat menegur ketidaktelusan SPRM atau tindakan tangan ghaib SPRM merentap nyawa Beng Hock dan Ahmad Sarbani ??

Oleh : rahimothman

CELAKA : Dihukum gantung cuma sebab guna perkataan 'kotor dan jahat'

Posted: 17 Dec 2012 04:17 PM PST

Kalau nak kira, 2 perkataan tu pun tak berapa tepat. Mungkin lebih tepat kalau wakil rakyat dari DAP tu guna perkataan busuk dan zalim. BN bukan takat main kotor tapi kotor yang cukup busuk. Bukan takat jahat tapi bertindak zalim.

MalaysianInsider melaporkan:
SEREMBAN, 17 Dis — Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Datuk Razak Mansor hari ini mengarahkan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Temiang Ng Chin Tsai keluar dewan selepas Adun DAP itu enggan menarik balik kenyataannya.

Speaker yang membuat keputusan itu mengikut Peraturan 6(5) Peraturan Tetap dewan, turut menggantung Ng daripada menyertai sidang dewan selama dua hari termasuk hari ini. - TMI
Juga dilaporkan:    
Razak memutuskan demikian berikutan tindakan Ng yang enggan menarik balik perkataan 'jahat dan kotor' yang ditujukan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2013 pada sidang DUN di sini hari ini.

Walaupun berkali-kali diminta untuk menarik balik kenyataan "jahat dan kotor" itu, yang disifatkan Razak sebagai tidak sesuai digunakan di dalam dewan, Ng tetap berdegil sebelum diiringi oleh Bentara dewan untuk keluar meninggalkan dewan. - Ibid.
Pasai mempertahankan kata BN "jahat dan kotor" sorang ahli Dewan Undangan dari DAP sanggup digantung dari menghadiri sidang DUN Negeri Sembilan.

Tahniah untuk YB Ng Chin Tsai pasai sanggup mempertahankan tak tarik balik penggunaan dua perkataan tu.

Tanyalah pada sapa pun dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat, malah kalau tanya kat orang BN pun aku yakin dengan mudah dan sepontan boleh bagi bukti yang memang BN main kotor dan main jahat.

Kalau tengok bab rasuah dan penyalahgunaan kuasa pun dah cukup. Kalau nak disenaraikan sehari semalam pun tak habih lagi bukti rasuah dan penyalahgunaan kuasa BN yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin Umno, MCA, MIC dan lain-lain parti dalam BN termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Kalau nak kira, 2 perkataan tu pun tak berapa tepat. Mungkin lebih tepat kalau wakil rakyat dari DAP tu guna perkataan busuk dan zalim. BN bukan takat main kotor tapi kotor yang cukup busuk. Bukan takat jahat tapi bertindak zalim.

Ataupun mungkin lebih sesuai dirangkumkan dalam satu perkataan. CELAKA!!!

The Deepak J Saga: What’s going on?

Posted: 17 Dec 2012 04:12 PM PST

The Deepak J Saga: Now a MACC Lawyer is allegedly involved


The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) was today dragged into a row over questions surrounding a lawyer on its operations panel who is alleged to have drafted private investigator P. Balasubramaniam's controversial second sworn statement on the 2006 death of Altantuya Shaariibuu.
Zaid IbrahimFormer Minister Datuk Zaid Ibrahim suggested today that a key member of the MACC's five check-and-balance mechanism responsible for closing the file on the case may have had a direct hand in doing so, fuelling questions on the extent of a possible cover-up into the explosive crime that has put two elite Police commandos on death row and sent the private investigator into exile.
The lawyer-turned-politician wrote in his blog that both the Attorney-General and the MACC have "conveniently refused to investigate the allegations made by the private investigator P. Balasubramaniam, who apparently got the information from Abdul Razak Baginda, and whose claims have been corroborated by carpet merchant Deepak Jaikishan".
He reminded Malaysians that Balasubramaniam ― popularly known as PI Bala ― had made a second statutory declaration (SD) cancelling his first sworn statement made a day earlier that the police had suppressed key evidence.
"This second declaration was prepared by a well-known lawyer whom he did not know. Deepak named this famous lawyer in an interview with Harakah. If one probes a little further, one will find that the same famous lawyer sits as a member of the MACC's operations review panel," Zaid, a one-time de facto Law Minister during the Badawi administration, wrote. However, he stopped short of naming the lawyer.
"It was this panel that decided there was no evidence to investigate the allegations made by either Bala or Deepak," Zaid added.
Read More / Baca Lagi >>

Anti Melayu : Kit Siang kesal media putar belit fakta

Posted: 17 Dec 2012 04:11 PM PST


Lim Kit Siang GEORGETOWN - Penasihat DAP, Lim Kit Siang kesal dengan tindakan beberapa media yang cuba meniupkan api kemarahan rakyat terhadap parti itu apabila memutar belit fakta dengan menggambarkan seolah-olah DAP mengamalkan budaya anti-Melayu.

Kit Siang berkata, adalah tidak wajar menuduh DAP anti-Melayu apabila tiada calon Melayu tercalon jawatan penting dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16.

"Kita menerima keputusan dibuat perwakilan di kongres semalam (kelmarin). Dakwaan kita anti-Melayu tidak benar sama sekali. Gambaran yang dibuat salah, hanya kerana melantik dua wakil Melayu, DAP terus dilabelkan anti-Melayu.

"Kita mohon selepas ini media lebih bertanggungjawab untuk melaporkan sebarang isu bagi menghentikan kebencian rakyat terhadap DAP," katanya kepada media, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat merempat dan papa : BEG TANGAN Rosmah Bernilah RM1 juta.....

Posted: 17 Dec 2012 04:06 PM PST

Beg tangan Birkin adalah beg buatan tangan Hermes dan dinamakan dengan nama seorang pelakon dan penyanyi Jane Birkin. Beg tangan ini menjadil simbol kekayaan kerana harganya yang tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh orang awam. Harga bagi sebuah beg adalah diantara US$9,000 (lebih RM25 ribu) hingga US$150,000 (lebih RM450 ribu).

Harganya menjadi lebih mahal bergantung kepada jenis bahan yang digunakan. Beg-beg tangan ini diedarkan ke butik Hermes pada jadual yang tidak berkala dan dalam jumlah yang terhad, ini mencetuskan rebutan dan, secara tidak langsung ia telah menjadi eksklusif. Ia akhirnya menjadi kegilaan ramai, ia dikatakan mempunyai senarai menunggu yang panjang sehingga 6 tahun, dan dikatakan mempunyai senarai menunggu paling lama dalam sejarah.


Victoria Beckham antara artis antarabangsa yang mempunyai koleksi beg tangan Birkins.


Dan gambar-gambar Rosmah di bawah ialah bersama dengan beg tangan Birkins hadiah daripada Robin Tan, anak lelaki Vincent Tan kepada wanita pertama Malaysia. Dianggarkan setiap beg tangan Birkins berharga US$ 120,000 (lebih RM360 ribu) dan telah dibayar dibawah nama Sports Toto.



Gambar-gambar Rosmah bersama 3 beg tangan Birkins yang berbeza.

Pemimpin-pemimpin PAS telah merancang untuk menaikkan isu koleksi beg tangan Rosmah, yang dipercayai bernilai RM1 juta dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu.

"Ini bukan satu isu yang remeh. Bagaimana dia mampu memiliki beg-beg yang mahal seperti itu. Mengapa dia dan Najib boleh berbelanja melebihi kemampuannya? Ini adalah isu serius. RM1 juta boleh dibelanjakan dengan baik untuk pembinaan kemudahan-kemudahan di luar bandar, untuk biasiswa dan lain-lain,"
menurut Mahfuz.

Deepak, Najib Altantuya Dan Umno: Siapa Yang Terkorban Dulu?

Posted: 17 Dec 2012 04:03 PM PST

Kenyataan terbuka Deepak Jaikishan yang dibuat secara berasingan dengan tiga media alternatif, sarat dengan implikasi besar dan perhitungan strategik.
Ia dibuat menjelang Perhimpunan Agung Umno di mana Najib Altantuya berucap merasmikannya. Kenyataan Deepak sepenuhnya tertuju kepada Najib Altantuya.
Deepak mengaitkan keluarga Perdana Menteri secara langsung dan tidak langsung dengan isu pembunuhan Altantuya — sehingga bagi insan waras — Najib Altantuya sudah dalam kandang tersangka sebagai terbabit dalam apa jua cara.
Najib Altantuya harus mengambil langkah memberikan penjelasan  sepenuhnya. Jika tidak, selain dirinya, Umno adalah pihak yang akan terkesan. Sedangkan pilihanraya sangat hampir. Najib Altantuya tidak boleh lagi berdiam diri atas falsafah "diam itu emas".
Kenyataan Deepak sangat serius kesannya:
1. "Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya."
"Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala. Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya. Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan-kemahuan Bala."
Read More / Baca Lagi >>

Harun Taib: Mufti jangan campuri politik

Posted: 17 Dec 2012 04:00 PM PST


Harun Taib
SHAH ALAM - Mufti-mufti dinasihat agar tidak masuk campur dalam hal berkaitan politik tanah air jika tidak tahu sejarah perkembangan sesebuah parti politik itu, kata Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang menggesa  Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang pernah dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.

Menurut Harun, Abdul Hadi tidak perlu menarik balik kenyataan yang pernah dibuat itu kerana apa yang dikatakan itu berpunca daripada kepimpinan Umno terdahulu.

"Kita (Pas) akui ucapan itu pernah dibuat dan beliau (Abdul Hadi) tidak perlu tarik balik. Harussani perlu ingat sejarah. Perlu ingat isu debat yang dibatalkan Umno semasa kepimpinan Mahathir ( Tun Dr Mahathir Mohamad).

"Kalau mufti tidak tahu sejarah politik, jangan campur tangan. Mufti perlu tutup mulut," katanya kepada Sinar Harian semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Dah Kantoi : Putrajaya pertimbang bekukan AES kerana bertindih dengan sistem saman polis

Posted: 17 Dec 2012 03:57 PM PST

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Putrajaya mempertimbangkan untuk membekukan pelaksanaan kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) untuk mengelakkan saman berganda dengan sistem saman polis yang boleh menambahkan kesusahan kepada pengguna jalan raya, menurut sumber.
Projek swasta bernilai RM700 juta bermula pada bulan September dengan 14 kamera fasa percubaan tetapi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berikrar untuk melancarkan sebanyak 831 kamera menjelang akhir 2013 untuk menangkap pemandu laju dan mencegah lebih banyak kematian di jalan raya.
Gambar fail menunjukkan kamera perangkap kelajuan. Hampir 300,000 saman telah dikeluarkan sejak pelaksanaan AES pada September 23, 2012.
Pihak polis yang menguatkuasakan undang-undang hadlaju, berkata mereka akan meneruskan penguatkuasaan dan meletakkan perangkap kelajuan mudah alih berhampiran kamera AES, meningkatkan prospek denda dua kali bagi pemandu ingkar. "Kerajaan sedang mempertimbangkan membekukan pelaksanaan AES disebabkan pertindihan sistem saman. Ini akan menyebabkan kesusahan," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
Beliau juga menyatakan beberapa ahli parlimen dari Barisan Nasional (BN) juga meminta kerajaan untuk menghentikan pelaksanaan sehingga semua pandangan dipertimbangkan.
Sumber lain berkata kerajaan mahu memastikan AES akan membantu memastikan pemandu mengikut had laju sepanjang perjalanan mereka bukannya hanya di kawasan-kawasan di mana kamera diletakkan.
"Sistem ini adalah untuk menguatkuasakan had laju dan memastikan keselamatan jalan raya," tambah beliau.
Kira-kira 10,000 pemandu sudah membayar saman mereka di bawah AES sejak ia dilaksanakan 23 September lepas. JPJ berkata ia juga mengeluarkan hampir 300,000 saman sejak itu.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan berkata awal bulan ini bilangan kesalahan trafik menurun sebanyak tiga perempat semenjak kamera AES digunakan.
"Rancangan pelaksanaan AES tidak akan ditangguh dan ia akan diteruskan kerana ia adalah satu usaha murni dan bukan untuk menghukum pengguna jalan raya," katanya dipetik dari agensi berita Bernama.
Daripada 14 kamera yang sudah dipasang di seluruh negara: tujuh di Perak, dua di Selangor, dan lima di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Empat kamera lagi adalah unit mudah alih.
Tetapi polis mengumumkan ia akan mengekalkan perangkap kelajuan bersama-sama AES untuk menangkap pemandu memandu laju, kata timbalan menteri kepada Parlimen bulan lepas, dalam usaha membuktikan kontroversi dan mencetuskan lebih banyak bantahan orang ramai kepada kamera baru yang dipasang di lebuh raya dan jalan awam lain.
"Kerajaan tidak akan menghentikan saman ekor oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dikuatkuasakan.
"Pendekatan sekarang yang digunakan oleh polis akan masih lagi dilaksanakan kerana AES akan dilaksanakan oleh JPJ," kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop menjawab soalan di Parlimen pada 5 November.
Timbalan menteri itu menegaskan penggunaan kamera AES dan perangkap kelajuan polis  akan membantu mengurangkan kadar kemalangan negara dengan meningkatkan kesedaran dan "persepsi ditangkap".
Beberapa ahli parlimen berhujah bahawa AES hanya akan memberi manfaat kepada dua syarikat menjalankan sistem tersebut — Beta Tegap dan Ates — oleh kerana syarikat tersebut didakwa akan mendapat RM16 dari setiap saman yang dikeluarkan oleh sistem.

Dun N9 : DAP kesal Speaker wujudkan ‘precedent’ buruk

Posted: 17 Dec 2012 09:39 AM PST

ADUN Lobak dari DAP, Loke Siew Fook membantah sessi atau agenda tidak mengikut aturcara atau tradisi Persidangan DUN. 

Sekitar DUN Negeri Sembilan
SEREMBAN: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Loke Siew Fook (Lobak-DAP) hari ini melahirkan rasa kesal terhadap Speaker Dato' Razak Mansor kerana mewujudkan duluan (precedent) apabila melangkaui sessi perbahasan Rang Undang -Undang Enakmen Perbekalan (2013) dan Usul Anggaran Pembangunan Negeri Sembilan (Belanjawan 2013).
Selepas berakhir sessi pertanyaan-pertanyaan lisan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN); Razak memulakan sessi perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan 2012 (Belanjawan Tambahan 2012).
Ketika Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan (Rantau – BN) baru memulakan bacaan Belanjawan Tambahan 2012; Loke bingkas bangun dan membantah bahawa sessi atau agenda tersebut tidak mengikut aturcara atau tradisi Persidangan DUN.
"Jumaat lepas kerajaan telah bentangkan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan (2013) dan Usul Anggaran Pembangunan Negeri Sembilan (Belanjawan 2013).
"Sepatutnya kita harus bahaskan Belanjawan 2013 dahulu kerana ianya telah dicadangkan dan disokong pada hari pertama Persidangan DUN berlangsung.
Susunan tidak betul
Read More / Baca Lagi >>