RAKYAT MARHAEN |
- ‘Frightened Musa wants to save his skin’
- Dato' Husam Musa | Ceramah Perdana - Putik.
- Orang Melayu- Teruskan Bersatu diluar UMNO!
- Zam cemari maruah bangsa, negara
- Keluarga mangsa ISA terus dicengkam sengsara
- Loke umum tidak bertanding DUN Lobak
- Andaian Najib salah, kata Pas
- Umno pindah semula pengundi ke T’ganu, S’ngor lawan habis-habisan
- K’jaan abai 300,000 rakyat, tapi warga asing dapat IC
- Gempur: Mahasiswa dan PRU13
- Tahniah : Aliran modal haram, M'sia di tempat ke-2 di dunia
- Syrian refugees brace for harsh winter
- The Shade of The Day of Judgement - Mufti Ismail Menk
- Saifuddin Nasution | Isu Syria dan Gaza| Campurtangan Menteri rosakkan Institusi negara
- Anwar Ibrahim: Kita boleh ambil-alih Putrajaya! [HKR Perak]
- Surendran: Kerajaan Pusat Mesti Selesai Kes IC Masyarakat India
- JANGAN TEMBAK KAMI DARI BELAKANG…. Kematian Beng Hock dan Sarbani bukankah tembak dari belakang?
- CELAKA : Dihukum gantung cuma sebab guna perkataan 'kotor dan jahat'
- The Deepak J Saga: What’s going on?
- Anti Melayu : Kit Siang kesal media putar belit fakta
- Rakyat merempat dan papa : BEG TANGAN Rosmah Bernilah RM1 juta.....
- Deepak, Najib Altantuya Dan Umno: Siapa Yang Terkorban Dulu?
- Harun Taib: Mufti jangan campuri politik
- Dah Kantoi : Putrajaya pertimbang bekukan AES kerana bertindih dengan sistem saman polis
- Dun N9 : DAP kesal Speaker wujudkan ‘precedent’ buruk
‘Frightened Musa wants to save his skin’ Posted: 17 Dec 2012 08:42 PM PST Prominent lawyer Rosli Dahlan, who has dealt with Musa Hassan first hand, has an answer as to why the ex-IGP is reappearing in the media spotlight, flanked by PKR members. PETALING JAYA: Musa Hassan's sudden criticism of the government and the police is an attempt to reinvent his image and cosy up to Pakatan Rakyat out of fear that should the Barisan Nasional government fall, his head will be the first to roll, according to lawyer Rosli Dahlan. The prominent lawyer, who previously represented Musa's rival, ex CCID chief Ramli Yusuf, is currently pursuing a legal suit against Utusan Malaysia and 16 others in a case related to the former inspector-general of police's purported links with underworld figures. As such, Rosli has first hand experience with Musa and has nothing but scorn for the ex top-cop as well as his recent revelations of alleged ministerial interference and criminal elements in the police. "Musa is a manipulator, opportunist and a liar. He is a principal lecturer at UiTM in media warfare, so we should not be surprised that he is using the media to reinvent his image," he told FMT. "Clearly, Musa knows he will be in trouble if Pakatan forms the next government," added Rosli. Former Kuala Lumpur CID chief Mat Zain previously accused Musa of fabricating evidence in Opposition Leader Anwar Ibrahim's 1998 black eye Incident. Rosli said Musa was also the investigating officer in Anwar's first sodomy charge and the incumbent IGP when the second sodomy charge was "orchestrated". "So it is no surprise that he now becomes a turncoat, against the government that gave him his mercurial rise to be IGP and enjoyed two extensions by contract in order to save his own skin," he added. Musa appeared at a press conference late last month with several NGO leaders linked to the opposition, fuelling speculation that he would be joining Pakatan Rakyat soon. The press briefing was organised by a new NGO called the Malaysian Crime Watch Task, or MyWatch, and was the setting for which Musa dropped the bombshell that ministers allegedly meddled in police investigations. Anwar later said that PKR was open to Musa joining them if he wished to do so, although Musa had firmly stated that he would remain neutral. 'Leopard does not change its spots' Read More / Baca Lagi >> | ||
Dato' Husam Musa | Ceramah Perdana - Putik. Posted: 17 Dec 2012 08:39 PM PST | ||
Orang Melayu- Teruskan Bersatu diluar UMNO! Posted: 17 Dec 2012 08:37 PM PST Sungguh menghairan kita, perkara yang amat mudah tidak boleh difaham oleh UMNO dan pengikut nya. Orang Melayu yang diluar UMNO pun Melayu juga. Melayu, DAP, Melayu PAS dan Melayu PKR tidak kurang keMelayuan mereka dari Melayu UMNO. Yang UMNO hendak sombong dan angkuh mengakui bahawa yang Melayu itu hanya mereka sahaja, mengapa? Kerana mereka membela agama, bangsa dan tanah air? Hang Jebat tidak kurang Melayu daripada Hang Tuah. Jebat hanya berpegang kepada prinsip raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.Ini prinsip yang mudah difaham oleh mereka yang berakal waras. Pemimpin UMNO kesana kemari bercerita mengenai wasatiyah dan maqasid shar-iyah, tapi ketawa bila orang kafir mempermainkan, mengejek dan mempersenda agama Islam. Ketua besar UMNO, parti Melayu yang terbesar memakai baju kami tentang hudud bersama sama dengan orang kafir. Ini tidak mengeherankan sangat kepada mereka yang tahu latar belakang ketua besar UMNO ini. Pemimpin UMNO bersyarah kepada orang Melayu bawahan supaya berbelanja berjimat cermat dan berhemah, tapi gagal melakukan apa yang mereka nasihatkan. Isteri ada cincin RM74 juta , beg tangan RM300-400 ribu sebuah, jam tangan RM 600 ribu- orang yang serupa menasihati rakyat mengurus wang RM500 dengan berhemah. Read More / Baca Lagi >> | ||
Zam cemari maruah bangsa, negara Posted: 17 Dec 2012 08:33 PM PST Sebagai penyokong totok Mahathir, Zainudin berharap penulisannya itu akan membantu Umno mengekalkan kuasa dalam PRU 13 nanti. Tulisan Zainudin Maidin atau juga dikenali sebagai Zam bertajuk 'Persamaan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim' (UM 10 Disember 2012) selayaknya dibakulsampahkan jika Editor UM wartawan yang berintegriti, peka dan tajam pemikirannya. Bukan saja faktanya salah, malah tulisannya juga tidak beretika, berniat jahat dan sarat dengan fitnah. Lebih memalukan lagi, Zainudin adalah bekas Ketua Pengarang Utusan dan mantan Menteri Penerangan. Belum pun badai yang melanda Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim dengan pembantu rumah Indonesia reda, Zainudin pula mengundang ribut taufan sehingga Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia membuat bantahan rasmi dan meminta Zainudin memohon maaf. Malang sekali, Kementerian yang sepatutnya memancarkan sinar kebenaran telah dihitamkan oleh Menteri dan mantan Menterinya yang angkuh, sombong dan berfikiran separuh matang. Hubungan bangsa serumpun dengan Indonesia yang sentiasa aman dan saling membantu terjejas kerana sikap biadap pemimpin kita sepertimana yang dibuktikan oleh Zainuddin. Kemesraan yang mahu diperelokkan lagi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tercalar dengan tulisan Zainudin. Zainudin tidak sepatutnya cemburu dengan Anwar yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin di Indonesia sejak zaman Pak Mohamad Natsir lagi. Pada era pemerintahan Seoharto, hampir separuh anggota Kabinet Indonesia adalah sahabat Anwar. Anwar menjalin hubungan rapat dengan cendikiawan dan pemimpin Indonesia termasuk Habibie sejak beliau memimpin Abim dan aktif dalam World Assembly of Muslim Youth (Wamy). Hubungan rapat Anwar dengan pemimpin Indonesia ini sebenarnya membantu merapatkan lagi hubungan Malaysia-Indonesia di zaman mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Mahathir pecat Zam dari Utusan Read More / Baca Lagi >> | ||
Keluarga mangsa ISA terus dicengkam sengsara Posted: 17 Dec 2012 08:32 PM PST Kesengsaraan itu dirasai oleh 27 keluarga, membabitkan 27 tahanan ISA yang masih meringkuk di Kem Tahanan Perlindungan (Kemta), Kamunting. 10 di antara mereka merupakan warganegara Malaysia, manakala selebihnya dari negara luar seperti Sri Lanka, Bangladesh, India dan Iraq. Mungkin ramai di kalangan rakyat Malaysia berasakan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan ISA dimansuhkan, maka semua tahanannya dibebaskan. Hakikatnya, ramai yang tidak tahu bahawa masih ada tahanan akta itu yang masih terkurung dan tertakluk dengan undang-undang baru, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA yang menggantikan ISA. GMI, peguam ke Tawau Read More / Baca Lagi >> | ||
Loke umum tidak bertanding DUN Lobak Posted: 17 Dec 2012 08:26 PM PST Beliau yakin pengundi-pengundi DUN Lobak akan terus memberikan mandat kepada wakil DAP. "Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pengundi- pengundi DUN Lobak kerana memberi mandat dan kepercayaan kepada saya untuk menjadi wakil mereka dalam dewan yang mulia ini hampir sembilan tahun lepas. "Saya ingin umumkan bahawa saya tidak akan bertanding di DUN Lobak pada PRU-13 tetapi dikerusi yang lain. "Saya yakin pengundi-pengundi DUN Lobak akan terus memberikan mandat kepada wakil DAP dalam mewakili suara Lobak di dalam Dewan yang mulia ini dulu, kini dan selamanya," kata Loke. "Saya juga ingin memohon maaf kepada Speaker, barisan Exco, ADUN-ADUN dan pegawai-pegawai kerajaan jika terdapat kata-kata saya yang menyinggung perasaan anda semua. Dengan rendah diri saya memohon maaf.," kata Loke. Kempen aman tanpa provokasi Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 17 Dec 2012 08:24 PM PST Exconya, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, walaupun pada asasnya parti-parti komponen dalam PR berbeza, tetapi masih sepakat dalam merancang untuk turun kepada masyarakat dengan lebih teratur. "Walaupun kita berbeza, tetapi kita boleh duduk bersama dan merangka satu gerak kerja untuk membangunkan masyarakat dan negara, itu lebih penting," katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Kursus Panel Penceramah Pemadam Negeri Kelantan 2012 di Khalifa Suites Hotel & Apartment di sini, semalam. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kelantan turut menolak dakwaan Najib yang menyifatkan pelbagai isu asas termasuk ideologi, kepimpinan, dan hala tuju, masih gagal disepakati seolah- olah menggambarkan ketidakupayaan pentadbiran PR. | ||
Umno pindah semula pengundi ke T’ganu, S’ngor lawan habis-habisan Posted: 17 Dec 2012 08:23 PM PST KUALA LUMPUR 18 Dis: Pengalaman Terengganu berjaya ditawan semula oleh BN pada 2004 menerusi penipuan pilihan raya dan bukan atas kehendak rakyat menjadikan KEADILAN Selangor bersedia melawan taktik jahat Umno untuk merampas negeri itu. Lebih dari itu, Timbalan Pengerusi KEADILAN Negeri, Zuraida Kamaruddin berkata, Selangor malah akan 'mematahkan' serangan pembangkang negeri untuk memenangi pilihan raya. "Memang ada usaha kerja-kerja kotor Umno BN di Selangor. Kita akan berdepan tanpa membiarkan taktik jahat mereka memenangi PRU akan datang. "Petugas-petugas setiap kawasan akan diberikan penerangan dengan jelas bagi mendedahkan mereka berhubung taktik ini," kata Ahli Parlimen Ampang itu ketika dihubungi. Semasa berucap pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Dungun, Terengganu Jumaat lalu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendedahkan, Umno BN sedang berusaha membawa pengundi Terengganu ke Selangor bagi membantu parti itu menawan semula Selangor dalam PRU13. Read More / Baca Lagi >> | ||
K’jaan abai 300,000 rakyat, tapi warga asing dapat IC Posted: 17 Dec 2012 08:22 PM PST KUALA LUMPUR 18 Dis: Umno BN mengabai tuntutan 300,000 rakyat yang menetap puluhan tahun di negara ini untuk mendapatkan hak kerakyatan mereka, tetapi warga asing diiktiraf sebagai warganegara. Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, kerajaan ternyata tidak serius menangani masalah kewarganegaraan rakyat sendiri, malah tergamak memberi kad pengenalan (IC) kepada warga asing yang sememangnya tidak layak. Beliau membidas sikap kerajaan dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang sehingga kini masih belum membuat sebarang tindakan berhubung permohonan IC biru 308 rakyat India, minggu lalu. "Sehingga kini masih tiada tindakan serius dari JPN. Inilah bukti kerajaan tak ambil pusing untuk menyelesaikan masalah rakyat," kata Surendran ketika dihubungi. "Kita juga mempersoal tindakan jahat Umno yang begitu mudah memberi kerakyatan kepada warga asing hanya untuk menang pada PRU 13," tegasnya. Jumaat lalu, hampir 2,000 berhimpun untuk mendapat hak kerakyatan di Pejabat Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 17 Dec 2012 08:21 PM PST
Idea untuk mahasiswa bertanding dalam pilihan raya umum telah lama diketengahkan. Idea ini telah pun cuba direalisasikan melalui Parti Mahasiswa Negara namun gagal. Dan seterusnya, pada Perhimpunan Mahasiswa Negara yang diadakan pada bulan Januari tahun lepas (2011) di Kuala Lumpur juga mengusulkan idea ini di 'Parlimen Mahasiswa' namun tidak mendapat undi majoriti mahasiswa yang hadir untuk meluluskannya. Read More / Baca Lagi >>Hal ini ditimbulkan semula apabila ada ura-ura mengatakan bahawa pimpinan mahasiswa kini ada juga yang ingin turut serta dalam Pilihan Raya Umum ke-13 kelak, memandangkan kepada pindaan AUKU yang terbaru. Ia dikuatkan lagi dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Khaled Nordin dalam membenarkan mahasiswa bertanding atas tiket mana-mana parti politik baru-baru ini. Gempur memahami hasrat dan cita-cita mahasiswa untuk menjadi salah satu kuasa yang dapat mengubah atau sekurang-kurangnya mempengaruhi polisi dalam badan legislatif demi menjaga kebajikan dan kepentingan mahasiswa dan rakyat. Namun, cita-cita ini haruslah didasari dengan realiti dan hakikat sebenar daripada pelbagai sudut termasuklah realiti sistem yang diguna pakai sekarang dan juga hakikat keupayaan gerakan mahasiswa itu sendiri. Negara kita menggunakan sistem politik federal dan sistem pilihanraya District (Single Member Distrist) yang mana terdapat pilihan raya peringkat negeri yang mempertandingkan kerusi untuk Dewan Undangan Negeri dan pilihan raya peringkat persekutuan yang mempertaruhkan kerusi Dewan Rakyat. Dan secara kebiasaannya, kedua kerusi ini akan dipertandingkan secara serentak walaupun ia bukanlah syarat yang wajib. Oleh itu, soal sama ada mahasiswa ingin bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri atau di kerusi Parlimen perlulah dijawab terlebih dahulu. | ||
Tahniah : Aliran modal haram, M'sia di tempat ke-2 di dunia Posted: 17 Dec 2012 08:19 PM PST Badan pemantau - Global Finandial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington - dalam laporan terbarunya yang menjejaki pengaliran modal, berkata tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010 adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun. GFI telah memperkenalkan kaedah baru dan lebih konservatif dalam membuat anggaran aliran keluar wang haram, yang membantu untuk memberi tumpuan ekslusif terhadap wang kotor. Oleh itu, anggaran dari laporan terdahulu telah disemak semula. Tahun lepas, GFI telah meletakkan angka aliran keluar wang haram bagi Malaysia pada tahun 2009 ialah AS$46.86 bilion (RM143.3 bilion). Ini telah diubah kepada AS$30.41 bilion (RM93 bilion). Laporan terbaru mendapati lonjakan dramatik pengaliran modal di Malaysia - dari AS$30.41 bilion (RM93 bilion) pada tahun 2009 kepada AS$64.38 bilion (RM196.8 bilion) pada tahun 2010. GFI belum memperolehi data untuk 2011 dan 2012, tetapi ini akan dimasukkan ke dalam laporan yang akan datang. Pemantau kewangan global itu telah memberi amaran bahawa pengaliran modal di Malaysia adalah "pada skala yang dilihat di beberapa negara Asia".Read More / Baca Lagi >> | ||
Syrian refugees brace for harsh winter Posted: 17 Dec 2012 08:08 PM PST | ||
The Shade of The Day of Judgement - Mufti Ismail Menk Posted: 17 Dec 2012 08:06 PM PST | ||
Saifuddin Nasution | Isu Syria dan Gaza| Campurtangan Menteri rosakkan Institusi negara Posted: 17 Dec 2012 08:05 PM PST | ||
Anwar Ibrahim: Kita boleh ambil-alih Putrajaya! [HKR Perak] Posted: 17 Dec 2012 08:04 PM PST | ||
Surendran: Kerajaan Pusat Mesti Selesai Kes IC Masyarakat India Posted: 17 Dec 2012 04:32 PM PST SHAH ALAM 18 DIS : Kerajaan Umno-BN diminta segera menyelesaikan masalah ketiadaan dokumen pengenalan diri melibatkan masyarakat India di negara ini dan tidak berdolak dalik berhubung isu berkenaan. In kerana menurutnya Naib Presiden PKR, N Surendran, umum mengetahui perkara itu memang berlaku dengan beratus ribu masyarakat India terutamanya di Semenanjung dinafikan hak memiliki dokumen pengenalan diri biarpun mereka adalah rakyat yang lahir dan menetap di negara ini. Beliau berkata, cabaran supaya dibuktikan terdapat kira-kira 300,000 masyarakat India tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, hanya akan dibuat seandainya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunjukkan komitmen bagi menyelesaikan masalah berkenaan. "Saya nak Najib dan kerajaan terangkan dulu kepada rakyat mengapa selepas 55 tahun merdeka masih ada begitu ramai rakyat negara kita yang dinafikan kad pengenalan biru walaupun mereka rakyat. Jikalau mereka (kerajaan Umno-BN) dapat memberikan jawapan yang munasabah, saya akan menunjukkan bukti mengenai kes 300,000 ini. "Kita menuntut supaya kerajaan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin dan jangan keluarkan cabaran-cabaran yang kosong dan tidak bermakna ini," katanya kepada TVSelangor di sini hari ini. Surendran mengulas kenyataan dibuat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk SK Devamany yang sedia meletakkan jawatan jika pakatan pembangkang dapat membuktikan dakwaan 300,000 masyarakat India di negara ini tiada dokumen pengenalan diri seperti dilaporkan Bernama. Read More / Baca Lagi >> | ||
JANGAN TEMBAK KAMI DARI BELAKANG…. Kematian Beng Hock dan Sarbani bukankah tembak dari belakang? Posted: 17 Dec 2012 04:19 PM PST "Saya ingin katakan kepada ahli politik daripada semua parti... janganlah tembak dari belakang. SPRM adalah tentera untuk memerangi rasuah. Jika anda menembak kami dari belakang, kepada siapa lagi masyarakat boleh meminta pertolongan untuk menentang rasuah?" Demikian kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed pada majlis jamuan malam sempena sambutan Hari Pencegahan Rasuah Sedunia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini malam kelmarin. Beliau merayu kepada ahli politik semua parti, agar tidak 'menembak SPRM dari belakang', kerana kecenderungan berbuat demikian akan hanya menyulitkan lagi usaha memerangi rasuah. Nak tanya sikit duhai Datuk Seri Abu Kassim Mohamed ! Apakah kematian menyayat hati Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani satu ketika dulu bukan kejadian tembak dari belakang? Kenapa kejadian yang berlaku dalam rumah SPRM sendiri itu, hingga hari ini SPRM tak berani mengambil tanggung jawab? Sedangkan kematian misteri tersebut berlaku dalam pengawasan SPRM !! Mana lebih kejam? Tindakan rakyat menegur ketidaktelusan SPRM atau tindakan tangan ghaib SPRM merentap nyawa Beng Hock dan Ahmad Sarbani ?? | ||
CELAKA : Dihukum gantung cuma sebab guna perkataan 'kotor dan jahat' Posted: 17 Dec 2012 04:17 PM PST Kalau nak kira, 2 perkataan tu pun tak berapa tepat. Mungkin lebih tepat kalau wakil rakyat dari DAP tu guna perkataan busuk dan zalim. BN bukan takat main kotor tapi kotor yang cukup busuk. Bukan takat jahat tapi bertindak zalim. MalaysianInsider melaporkan: SEREMBAN, 17 Dis — Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Datuk Razak Mansor hari ini mengarahkan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Temiang Ng Chin Tsai keluar dewan selepas Adun DAP itu enggan menarik balik kenyataannya. Juga dilaporkan: Razak memutuskan demikian berikutan tindakan Ng yang enggan menarik balik perkataan 'jahat dan kotor' yang ditujukan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2013 pada sidang DUN di sini hari ini.Pasai mempertahankan kata BN "jahat dan kotor" sorang ahli Dewan Undangan dari DAP sanggup digantung dari menghadiri sidang DUN Negeri Sembilan. Tahniah untuk YB Ng Chin Tsai pasai sanggup mempertahankan tak tarik balik penggunaan dua perkataan tu. Tanyalah pada sapa pun dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat, malah kalau tanya kat orang BN pun aku yakin dengan mudah dan sepontan boleh bagi bukti yang memang BN main kotor dan main jahat. Kalau tengok bab rasuah dan penyalahgunaan kuasa pun dah cukup. Kalau nak disenaraikan sehari semalam pun tak habih lagi bukti rasuah dan penyalahgunaan kuasa BN yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin Umno, MCA, MIC dan lain-lain parti dalam BN termasuk dari Sabah dan Sarawak. Kalau nak kira, 2 perkataan tu pun tak berapa tepat. Mungkin lebih tepat kalau wakil rakyat dari DAP tu guna perkataan busuk dan zalim. BN bukan takat main kotor tapi kotor yang cukup busuk. Bukan takat jahat tapi bertindak zalim. Ataupun mungkin lebih sesuai dirangkumkan dalam satu perkataan. CELAKA!!! | ||
The Deepak J Saga: What’s going on? Posted: 17 Dec 2012 04:12 PM PST The Deepak J Saga: Now a MACC Lawyer is allegedly involved The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) was today dragged into a row over questions surrounding a lawyer on its operations panel who is alleged to have drafted private investigator P. Balasubramaniam's controversial second sworn statement on the 2006 death of Altantuya Shaariibuu. Former Minister Datuk Zaid Ibrahim suggested today that a key member of the MACC's five check-and-balance mechanism responsible for closing the file on the case may have had a direct hand in doing so, fuelling questions on the extent of a possible cover-up into the explosive crime that has put two elite Police commandos on death row and sent the private investigator into exile. The lawyer-turned-politician wrote in his blog that both the Attorney-General and the MACC have "conveniently refused to investigate the allegations made by the private investigator P. Balasubramaniam, who apparently got the information from Abdul Razak Baginda, and whose claims have been corroborated by carpet merchant Deepak Jaikishan". He reminded Malaysians that Balasubramaniam ― popularly known as PI Bala ― had made a second statutory declaration (SD) cancelling his first sworn statement made a day earlier that the police had suppressed key evidence. "This second declaration was prepared by a well-known lawyer whom he did not know. Deepak named this famous lawyer in an interview with Harakah. If one probes a little further, one will find that the same famous lawyer sits as a member of the MACC's operations review panel," Zaid, a one-time de facto Law Minister during the Badawi administration, wrote. However, he stopped short of naming the lawyer. "It was this panel that decided there was no evidence to investigate the allegations made by either Bala or Deepak," Zaid added. Read More / Baca Lagi >> | ||
Anti Melayu : Kit Siang kesal media putar belit fakta Posted: 17 Dec 2012 04:11 PM PST Kit Siang berkata, adalah tidak wajar menuduh DAP anti-Melayu apabila tiada calon Melayu tercalon jawatan penting dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16. "Kita menerima keputusan dibuat perwakilan di kongres semalam (kelmarin). Dakwaan kita anti-Melayu tidak benar sama sekali. Gambaran yang dibuat salah, hanya kerana melantik dua wakil Melayu, DAP terus dilabelkan anti-Melayu. "Kita mohon selepas ini media lebih bertanggungjawab untuk melaporkan sebarang isu bagi menghentikan kebencian rakyat terhadap DAP," katanya kepada media, semalam. | ||
Rakyat merempat dan papa : BEG TANGAN Rosmah Bernilah RM1 juta..... Posted: 17 Dec 2012 04:06 PM PST Harganya menjadi lebih mahal bergantung kepada jenis bahan yang digunakan. Beg-beg tangan ini diedarkan ke butik Hermes pada jadual yang tidak berkala dan dalam jumlah yang terhad, ini mencetuskan rebutan dan, secara tidak langsung ia telah menjadi eksklusif. Ia akhirnya menjadi kegilaan ramai, ia dikatakan mempunyai senarai menunggu yang panjang sehingga 6 tahun, dan dikatakan mempunyai senarai menunggu paling lama dalam sejarah. Victoria Beckham antara artis antarabangsa yang mempunyai koleksi beg tangan Birkins. Gambar-gambar Rosmah bersama 3 beg tangan Birkins yang berbeza. Pemimpin-pemimpin PAS telah merancang untuk menaikkan isu koleksi beg tangan Rosmah, yang dipercayai bernilai RM1 juta dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu. "Ini bukan satu isu yang remeh. Bagaimana dia mampu memiliki beg-beg yang mahal seperti itu. Mengapa dia dan Najib boleh berbelanja melebihi kemampuannya? Ini adalah isu serius. RM1 juta boleh dibelanjakan dengan baik untuk pembinaan kemudahan-kemudahan di luar bandar, untuk biasiswa dan lain-lain," menurut Mahfuz. | ||
Deepak, Najib Altantuya Dan Umno: Siapa Yang Terkorban Dulu? Posted: 17 Dec 2012 04:03 PM PST Kenyataan terbuka Deepak Jaikishan yang dibuat secara berasingan dengan tiga media alternatif, sarat dengan implikasi besar dan perhitungan strategik. Ia dibuat menjelang Perhimpunan Agung Umno di mana Najib Altantuya berucap merasmikannya. Kenyataan Deepak sepenuhnya tertuju kepada Najib Altantuya. Deepak mengaitkan keluarga Perdana Menteri secara langsung dan tidak langsung dengan isu pembunuhan Altantuya — sehingga bagi insan waras — Najib Altantuya sudah dalam kandang tersangka sebagai terbabit dalam apa jua cara. Najib Altantuya harus mengambil langkah memberikan penjelasan sepenuhnya. Jika tidak, selain dirinya, Umno adalah pihak yang akan terkesan. Sedangkan pilihanraya sangat hampir. Najib Altantuya tidak boleh lagi berdiam diri atas falsafah "diam itu emas". Kenyataan Deepak sangat serius kesannya: 1. "Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya." "Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala. Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya. Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan-kemahuan Bala." Read More / Baca Lagi >> | ||
Harun Taib: Mufti jangan campuri politik Posted: 17 Dec 2012 04:00 PM PST SHAH ALAM - Mufti-mufti dinasihat agar tidak masuk campur dalam hal berkaitan politik tanah air jika tidak tahu sejarah perkembangan sesebuah parti politik itu, kata Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang pernah dikeluarkan lebih tiga dekad lalu. Menurut Harun, Abdul Hadi tidak perlu menarik balik kenyataan yang pernah dibuat itu kerana apa yang dikatakan itu berpunca daripada kepimpinan Umno terdahulu. "Kita (Pas) akui ucapan itu pernah dibuat dan beliau (Abdul Hadi) tidak perlu tarik balik. Harussani perlu ingat sejarah. Perlu ingat isu debat yang dibatalkan Umno semasa kepimpinan Mahathir ( Tun Dr Mahathir Mohamad). "Kalau mufti tidak tahu sejarah politik, jangan campur tangan. Mufti perlu tutup mulut," katanya kepada Sinar Harian semalam. | ||
Dah Kantoi : Putrajaya pertimbang bekukan AES kerana bertindih dengan sistem saman polis Posted: 17 Dec 2012 03:57 PM PST KUALA LUMPUR, 18 Dis — Putrajaya mempertimbangkan untuk membekukan pelaksanaan kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) untuk mengelakkan saman berganda dengan sistem saman polis yang boleh menambahkan kesusahan kepada pengguna jalan raya, menurut sumber. Projek swasta bernilai RM700 juta bermula pada bulan September dengan 14 kamera fasa percubaan tetapi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berikrar untuk melancarkan sebanyak 831 kamera menjelang akhir 2013 untuk menangkap pemandu laju dan mencegah lebih banyak kematian di jalan raya. Pihak polis yang menguatkuasakan undang-undang hadlaju, berkata mereka akan meneruskan penguatkuasaan dan meletakkan perangkap kelajuan mudah alih berhampiran kamera AES, meningkatkan prospek denda dua kali bagi pemandu ingkar. "Kerajaan sedang mempertimbangkan membekukan pelaksanaan AES disebabkan pertindihan sistem saman. Ini akan menyebabkan kesusahan," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider. Beliau juga menyatakan beberapa ahli parlimen dari Barisan Nasional (BN) juga meminta kerajaan untuk menghentikan pelaksanaan sehingga semua pandangan dipertimbangkan. Sumber lain berkata kerajaan mahu memastikan AES akan membantu memastikan pemandu mengikut had laju sepanjang perjalanan mereka bukannya hanya di kawasan-kawasan di mana kamera diletakkan. "Sistem ini adalah untuk menguatkuasakan had laju dan memastikan keselamatan jalan raya," tambah beliau. Kira-kira 10,000 pemandu sudah membayar saman mereka di bawah AES sejak ia dilaksanakan 23 September lepas. JPJ berkata ia juga mengeluarkan hampir 300,000 saman sejak itu. Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan berkata awal bulan ini bilangan kesalahan trafik menurun sebanyak tiga perempat semenjak kamera AES digunakan. "Rancangan pelaksanaan AES tidak akan ditangguh dan ia akan diteruskan kerana ia adalah satu usaha murni dan bukan untuk menghukum pengguna jalan raya," katanya dipetik dari agensi berita Bernama. Daripada 14 kamera yang sudah dipasang di seluruh negara: tujuh di Perak, dua di Selangor, dan lima di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Empat kamera lagi adalah unit mudah alih. Tetapi polis mengumumkan ia akan mengekalkan perangkap kelajuan bersama-sama AES untuk menangkap pemandu memandu laju, kata timbalan menteri kepada Parlimen bulan lepas, dalam usaha membuktikan kontroversi dan mencetuskan lebih banyak bantahan orang ramai kepada kamera baru yang dipasang di lebuh raya dan jalan awam lain. "Kerajaan tidak akan menghentikan saman ekor oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dikuatkuasakan. "Pendekatan sekarang yang digunakan oleh polis akan masih lagi dilaksanakan kerana AES akan dilaksanakan oleh JPJ," kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop menjawab soalan di Parlimen pada 5 November. Timbalan menteri itu menegaskan penggunaan kamera AES dan perangkap kelajuan polis akan membantu mengurangkan kadar kemalangan negara dengan meningkatkan kesedaran dan "persepsi ditangkap". Beberapa ahli parlimen berhujah bahawa AES hanya akan memberi manfaat kepada dua syarikat menjalankan sistem tersebut — Beta Tegap dan Ates — oleh kerana syarikat tersebut didakwa akan mendapat RM16 dari setiap saman yang dikeluarkan oleh sistem. | ||
Dun N9 : DAP kesal Speaker wujudkan ‘precedent’ buruk Posted: 17 Dec 2012 09:39 AM PST ADUN Lobak dari DAP, Loke Siew Fook membantah sessi atau agenda tidak mengikut aturcara atau tradisi Persidangan DUN. SEREMBAN: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Loke Siew Fook (Lobak-DAP) hari ini melahirkan rasa kesal terhadap Speaker Dato' Razak Mansor kerana mewujudkan duluan (precedent) apabila melangkaui sessi perbahasan Rang Undang -Undang Enakmen Perbekalan (2013) dan Usul Anggaran Pembangunan Negeri Sembilan (Belanjawan 2013). Selepas berakhir sessi pertanyaan-pertanyaan lisan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN); Razak memulakan sessi perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan 2012 (Belanjawan Tambahan 2012). Ketika Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan (Rantau – BN) baru memulakan bacaan Belanjawan Tambahan 2012; Loke bingkas bangun dan membantah bahawa sessi atau agenda tersebut tidak mengikut aturcara atau tradisi Persidangan DUN. "Jumaat lepas kerajaan telah bentangkan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan (2013) dan Usul Anggaran Pembangunan Negeri Sembilan (Belanjawan 2013). "Sepatutnya kita harus bahaskan Belanjawan 2013 dahulu kerana ianya telah dicadangkan dan disokong pada hari pertama Persidangan DUN berlangsung. Susunan tidak betul Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan