Nuffnang

Pengikut

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Rakyat Malaysia dipercayai anggota militan Jemaah Islamiah JI ditembak mati di Filipina

Posted: 15 Dec 2012 09:09 PM PST

alt
KUALA LUMPUR 16 DIS - Seorang rakyat Malaysia, dipercayai pengganas, ditembak mati oleh polis Filipina di sebuah hotel di Davao pada Jumaat lalu.
Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/ Anti Pengganas) Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, dikatakan bergelut dengan pihak polis yang ingin memeriksa beg sandang berisi bom buatan sendiri dibawa isterinya sebelum ditembak.
"Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam (waktu Filipina) (8.40 malam waktu Malaysia) tadi, suspek bersama isterinya, Annabel Nieva Lee warga Filipina sedang mendaftar keluar dari hotel penginapannya sebelum didatangi anggota polis," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mohamad Fuzi berkata isteri suspek turut ditahan pihak berkuasa Filipina untuk diambil keterangan.
"Pihak Polis Diraja Malaysia akan bekerjasama dengan polis Filipina untuk mengesan identiti sebenar suspek," katanya.
Difahamkan Mohd Noor Fikrie, yang berasal dari Kedah, berada di Filipina sejak beberapa bulan lepas dan menganggotai kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI).

Agak-agak hampa ada ke lagi orang yang nak kat Berahim katak ni?

Posted: 15 Dec 2012 08:17 PM PST


Sedia Bertanding Atas Mana-mana Tiket Untuk Pertahan Kerusi Pasir Mas

E-mailPrint
alt
KUALA LUMPUR 16 Dis - Anggota Parlimen Pasir, Mas Datuk Ibrahim Ali bersedia untuk bertanding atas mana-mana tiket pada pilihan raya umum akan datang bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas yang disandangnya.
Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) berkata beliau sedia berunding dengan mana-mana pihak atau bertanding atas tiket Bebas bagi mempertahankan kerusi itu.
"Perlu ada perbincangan sebelum boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak. Saya mengharapkan sokongan semua pihak termasuk pembangkang dan Barisan Nasional (BN) kerana saya tahu saya boleh buat lebih baik daripada mereka.
"What banner saya bertanding? Saya terbuka untuk semua. Saya kena tengok dasar perjuangan, tingkah laku mereka. Tapi kalau kena bertanding atas tiket bebas, saya tetap akan bertanding dan tidak kisah berapa penjuru sekali pun," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan dan Persidangan Agung Perkasa ke-3 di sini semalam.
Kira-kira 7000 orang membanjiri Taman Tasik Titiwangsa bagi menghadiri perhimpunan dan persidangan pertubuhan tersebut. Perhimpunan Tahunan Perkasa kali ini turut membawa usul dalam kerangka satu resolusi iaitu, Perpaduan Bangsa, Kebebasan Beragama, Pluralisme, LGBT/ Liberalisme dan Faham Serba-Boleh, Pelan Tindakan Pendidikan Negara, Ekonomi, Isu Gaza dan Jenayah Perang, Campurtangan Kuasa Asing, Perkara 153 dan 87 Perlembagaan Negara serta termasuk Kestabilan Politik, Keselamatan dan Kesejahteraan Rakyat.
Dalam majlis yang sama, Perkasa turut menganugerahkan 'Bintang Tertinggi Perkasa' kepada Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria, iaitu bintang paling atas dalam perlembagaan pertubuhan tersebut berdasarkan ketokohan dalam bidang agama dan menjadi individu keempat menerima anugerah itu.
Sebelum ini, Perkasa telah menganugerahkan beberapa lagi tokoh negara antaranya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Arshad Ayub.

PAS sekutu penting - Karpal

Posted: 15 Dec 2012 08:38 AM PST


GEORGETOWN - Pengerusi DAP, Karpal Singh yakin hubungan erat antara parti dalam Pakatan Rakyat (PR) akan merealisasikan impian parti itu untuk merampas Putrajaya.
Beliau berkata, walaupun sering memberi kritikan terhadap Pas kerana mengenakan dasar-dasar Islam ke atas bukan Islam terutamanya di Kelantan, beliau sentiasa menyokong Pas dan menyifatkannya sebagai "sekutu yang penting."
"Pas adalah sekutu penting dalam PR. Kita mungkin mempunyai perbezaan pendapat dengan Pas, tetapi Pas adalah sebuah parti yang berprinsip kukuh," katanya.
Karpal turut menyalurkan semangatnya kepada lebih 2,000 perwakilan apabila meminta supaya Barisan Nasional (BN) 'disembelih'.
"Walau kita kukuh sekarang, namun kita tidak boleh lupa dengan musuh kita, BN. Kita mesti berjuang habis-habisan untuk memastikan kita dapat menggantikan BN. Kasi 'sembelih' BN.
"Tiada keraguan dalam fikiran saya bahawa Pakatan Rakyat boleh mencapai objektif kerana kita kuat sekarang, contohnya Pulau Pinang, ia menunjukkan sebuah Kerajaan Negeri yang bagus di bawah pemerintahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Apa yang dicapai di Pulau Pinang, akan dicapai di Putrajaya juga nanti," katanya.
Karpal berkata, suatu ketika dahulu, tiada siapa menyangka bahawa DAP akan bekerjasama dengan Pas, namun kini seluruh senario politik Malaysia telah berubah.
"Kita juga mesti berubah mengikut peredaran masa. Dalam politik, tiada kawan atau musuh yang kekal, tetapi kita mesti mempunyai prinsip dan DAP akan tetap berpegang kepada prinsip-prinsipnya," katanya.
Karpal turut mengingatkan perwakilan supaya tidak melupakan pemimpin veteran.
"Tanpa mereka, parti ini tidak akan makmur seperti apa yang dilihat hari ini. Jika tidak kerana mereka (veteran), anda tidak akan berada di mana anda berada sekarang.
"Jangan memandang rendah kuasa veteran. DAP dibina hasil titik peluh dan darah mereka ini," katanya.
Pada masa yang sama, Karpal sekali lagi menyatakan sokongannya terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dilantik menjadi Perdana Menteri apabila PR memerintah negara nanti.
Menurutnya, DAP akan memberi kerjasama yang penuh untuk menentukan Anwar.
-sinarharian.com

dollah yankee

0
sumber :-

dollah yankee


Mindef hina Tun Mahathir

Posted: 15 Dec 2012 06:00 AM PST

Sumber nya ada lah dari sini : 


dollah yankee -
Sepatutnya kena bagi Tun Mahathir yang rasmi, sebab dia 22 tahun jadi PM ... apa punya turrrr Mindef ni!

Woitt Mazidul ! TV3(1/4) sudah minta maaf,lu bila lagi??!

Posted: 15 Dec 2012 05:20 AM PST



Sebentar tadi pihak penerbit majalah 3 telah menceritakan perkara yang sebenar yang mana Mazidul selaku wartawan pada segmen minggu lepas itu telah menipu kita semua dan seluruh rakyat malaysia am nya.

Olih itu gurkah-gurkah politik di'port' mahukan Mazidul sendiri yang meminta maaf pada kita semua dan mat-mat motor besar, sebab sebelum ini dia beria-ria mempertahankan apa yang di-tipu.

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah..Kantoiiiiii ... 
Nasib baik ada internet, terima kasih lah Ronald Reagan !

RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Ceramah Perdana | TGNA |- Putik 11 Dec 2012

Posted: 15 Dec 2012 08:54 PM PST

Jangan Ketawa : Ucapan Dasar Presiden PERKASA Sempena Persidangan Agung Tahunan 15-12-2012

Posted: 15 Dec 2012 08:53 PM PST

DAP tuntut kerusi lebih: Perkara biasa - Mahfuz

Posted: 15 Dec 2012 08:43 PM PST

KMPP: Melayu takkan hilang di Pulau Pinang..!!! Bumi Dipijak Milik Kroni Dan Pengkhianat

Posted: 15 Dec 2012 08:40 PM PST

MCA Belajar Dari UMNO: The Star belajar spinning dari Utusan - Musataf Ali

Posted: 15 Dec 2012 08:31 PM PST

Ceramah Perdana | Syaikh Mohd Ali AL- Sobuni

Posted: 15 Dec 2012 08:06 PM PST

Ceramah Perdana | Ust Hj Abd Latiff Abd Rahman

Posted: 15 Dec 2012 08:05 PM PST

Lafaz Bai'ah Pejuang Muda Vs Lafaz Ikrar Perkasa

Posted: 15 Dec 2012 07:56 PM PST

Rekod Dunia : Malaysia negara paling rasuah di dunia

Posted: 15 Dec 2012 07:37 PM PST

UMNO Terus DIbelenggu Doa Laknat PAS Tahun 1985

Posted: 15 Dec 2012 07:35 PM PST

Sejurus Peristiwa Berdarah MEMALI, seluruh jentera kerajaan dan UMNO telah digunakan untuk memburukkan mangsa2 peristiwa tersebut.
Media2 milik UMNO seperti Utusan Malaysia dan TV1+2 telah melabel Ustaz Ibrahim Libya sebagai pengganas Islam yang mahu mengamuk dan menjahanamkan Malaysia secara berdarah.
Musa Hitam, Menteri Dalam Negeri pada waktu itu mengubah lebel kepada mangsa2 Kg Memali dari penjenayah pada paginya, pengganas komunis pada tengahari dan akhirnya kepada pelampau agama.
Secara ringkasnya, Peristiwa Memali itu boleh di baca di akhir posting ini.

Pada waktu itu, PAS mendapati masyarakat Melayu tiada lansung simpati kepada mangsa2 Memali. Malahan, majoriti Melayu samada berdiam diri ataupun turut sama menyebarkan fitnah ke atas Asy-Syahid Ustaz Ibrahim Libya serta 13 syuhada lagi.
Seluruh jentera kerajaan digunakan untuk menguatkan fitnah ke atas mangsa2 Memali.
Hatta, Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri Kedah turut sama dilacurkan oleh UMNO untuk menguatkan fitnah mereka ke atas Syuhada2 Memali.
Bayangkan Ustaz Azhari Abdul Razak serta Pak Ya Junid yang mulanya Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah telah dipecat kerana mengeluarkan fatwa Ustaz Ibrahim Libya itu syahid.
Hatta, 3 kali batu nesan di pusara para Syuhada' itu dibuang oleh pihak2 berkuasa sampailah TUanku Sultan Kedah sendiri mencemar duli dan menziarahi pusara Syuhada' Memali tersebut
TINDAKAN SUSULAN PAS
Di kala itu, dalam keadaan PAS yang sebegitu lemah dan daeef, Tok Guru Nik Aziz telah mengajar ke semua ahli PAS untuk membaca Qunut Nazilah seperti di atas.
Perhatikan bahagian doa qunut nazilah yang ini:
Di kala itu puluhan malahan ratusan ribu ahli2 dan penyokong PAS mengamalkan doa ini di dalam solat sunat, solat witir, solat duhha malahan solat fardhu kerana membalas kezaliman dan fitnah yang dihambur ke atas para Syuhada' Memali. Kalau mereka tak baca lafaz ini, berdetik dalam hati mereka meminta Allah SWT menurunkan bala pada UMNO./
Peritiwa Memali berlaku pada tahun 1985, tidak sampai lima tahun setelah PAS mengamalkan doa ini, UMNO telah porak peranda dan pecah kepada Semangat 46 serta UMNO (Baru).
Read More / Baca Lagi >>

Goyang : Najib Altantuya Sudah ENAM KALI Ke Sabah!

Posted: 15 Dec 2012 07:16 PM PST




Seperti dijangka, perdana menteri, Najib Altantuya telah pun tiba di Sabah sebentar tadi, menjadikan lawatan kali ini adalah lawatan keenam sepanjang tahun ini.

Perkara ini disahkan sendiri timbalan speaker Dewan Rakyat yang juga ahli parlimen Beluran, Ronald Kiandee dalam satu mesej di Twitter.

@rkiandee Akan hadir majlis pecah tanah masjid DUN Sekong dan Mesyuarat Agong LDP di sandakan oleh YAB PM pagi ini. Kali ke6 PM lawat sabah tahun ini

Bagaimanapun, lawatan Najib Altantuya kali ini tidak dihebahkan kepada umum oleh Jabatan Penerangan dan pejabat ketua menteri Sabah termasuk agensi berita nasional, Bernama seperti kebiasaannya, dipercayai bagi mengelakkan dari diketahui seluruh Malaysia.

Strategi tersebut digunakan berikutan presiden Umno itu tidak mahu lawatan keenamnya dipublisitikan secara meluas setelah banyak kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) pecah di negeri itu sejak akhir-akhir ini.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar sandarkan sokongan kepada DAP di P. Pinang menjelang PRU

Posted: 15 Dec 2012 07:13 PM PST

 
NIBONG TEBAL, 16 Dis — Datuk Seri Anwar Ibrahim menyandarkan sokongannya kepada DAP untuk terus memimpin Pulau Pinang menjelang pilihan raya umum (PRU) walaupun tidak disenangi oleh penduduk Melayu tempatan, sambil berkata beliau lebih rela menjadi "alat Cina" DAP daripada bekerja dengan MCA.
Perkara tersebut dinyatakan Anwar (gambar) dalam sebuah ceramah besar semalam di negeri kepulauan tersebut selepas Barisan Nasional (BN) mendapat kembali keyakinan memenangi semula 17 kerusi dewan undangan negeri (Dun) dan peluang sama rata di lima negeri lain milik Pakatan Rakyat (PR).
Umno dan BN ketika ini memiliki 11 kerusi manakala selebihnya daripada 40 kerusi Dun adalah milik PR.
"Mereka boleh kata Anwar telah jadi alat Cina. Jadi apa masalahnya?
"Lebih bagus saya baik dengan Lim, yang jauh lebih baik daripada Chua tetapi jika kamu mahu memilih Chua, silalah teruskan. Saya lebih rela memilih pemimpin Cina dalam PKR dan DAP," kata Anwar kepada ribuan yang merujuk kepada rakannya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dan musuh mereka presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Dr Chua dan partinya dilihat sering mengkritip DAP dengan menggunakan akhbar rasmi mereka The Star untuk menghentam setiausaha agung DAP tersebut kerana mengawal projek pembangunan dan gagal melindungi kepentingan masyarakat Cina.
DAP juga dituduh sebagai mendokong rancangan kerajaan negara Islam oleh PAS.
Walaubagaimanapun, media lain yang dikawal oleh BN menggambarkan DAP sebagai anti-Islam dan anti-Melayu dalam negeri pengeluaran dan pelancongan tersebut.
Anwar merupakan penceramah utama dalam perhimpunan semalam yang diadakan sempena Kongres Kebangsaan DAP di pulau itu.
Read More / Baca Lagi >>

Kongres DAP : Ahli Melayu tiada masalah pendirian hudud DAP

Posted: 15 Dec 2012 07:11 PM PST

Keahlian orang Melayu dalam DAP bukan lagi perkara luar biasa walaupun jumlah mereka belum lagi seramai keanggotaan kaum Cina atau India.

Malaysiakini  semalam bertemu beberapa di antara mereka di Kongres Kebangsaan ke-16 DAP di Pulau Pinang dan berpeluang memahami perkara yang menarik minat mereka untuk menyertai parti yang dilihat masih lagi didominasi oleh kaum bukan Melayu ini.

Zainal Mohd Nasir dapMohd Nasir Zainal, 54, (kiri) merupakan antara ahli pengasas bahagian Sungai Tong, Terengganu yang ditubuhkan pada tahun 2000.

Menurutnya, beliau berminat dengan sebuah parti yang menampilkan keahlian pelbagai kaum dan DAP merupakan pilihan terbaik.

Menurutnya beliau boleh memilih untuk menyertai PKR namun pada peringkat awal penubuhannya PKR dianggotai terlalu ramai bekas ahli Umno - dan ia bertentangan dengan prinsipnya yang tidak menyukai Umno.Ditanya tentang pendirian DAP yang menolak pelaksanaan hudud, Nasir nyata tiada masalah dengan perkara itu kerana menurutnya pelaksanaan hudud itu sendiri tidak meliputi golongan bukan Islam.

"Hudud itu untuk orang Islam, untuk bukan Muslim saya rasa tiada masalah," katanya.

Menurutnya, beliau menghormati perjuangan PAS dalam isu hudud dan yakin parti itu akan mendapat persetujuan semua pihak sebelum melaksanakannya.

Mengimbau kembali awal penglibatannya, Nasir berkata beliau pernah ditanya ibu bapanya kenapa beliau "masuk parti Cina dan bukan parti Melayu".

"Saya beritahu mereka saya berminat dengan DAP.
Read More / Baca Lagi >>

Menolak politik fitnah dan persepsi

Posted: 15 Dec 2012 07:00 PM PST

Oleh Mohd Riduan Khairi
Perkataan fitnah selalu ditafsirkan oleh masyarakat Melayu sebagai 'menuduh secara dusta'. Ini sesuai dengan definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan sebagai, "Tuduhan (khabar, kisah dan lain-lain) yang diada-adakan (dibuat-buat) untuk memburukkan atau membencanakan seseorang."


Namun perkataan fitnah di dalam al-Quran dan Sunnah membawa maksud yang lebih luas mencakupi maksud syirik, maksiat, ujian atau bala, melakukan kerosakan, pembunuhan, kesakitan, peperangan dan lain-lain.

Menuduh secara dusta tanpa bukti dan menyebarkan persepsi serong untuk menimbulkan huru-hara juga termasuk dalam skop luas fitnah yang dimaksudkan oleh agama Islam.

Ini kerana hujung-hujungnya tuduhan dusta dan persepsi serong akan membawa kepada yang bencana dan bala lebih besar.

Lihat kepada tuduhan dusta yang disemarakkan oleh kaum munafik kepada Ummul Mukminin Aisyah bt Abu Bakar dalam peristiwa yang disebut sebagai 'hadis Ifk'. Begitu juga tuduhan bahawa kononnya bahawa Abu Hurairah banyak memalsukan hadis Nabi.

Tidak lepas juga Muawiyah b Abu Suffyan ra, antara susuk sahabat Nabi yang paling banyak dicerca, dicela dan ditohmah dengan pelbagai tuduhan palsu. Walhal Syaikhul Islam Ibn Taimiyah menyebutkan beliau sebagai raja yang paling mulia dalam Islam. Bahkan ada yang memasukkan beliau sebagai salah seorang khulafa' ar-Rasyidin.Read More / Baca Lagi >>

Politik Wang : Bantuan wang bawa bahaya - Wan Saiful

Posted: 15 Dec 2012 06:58 PM PST



Wan Saiful Wan Jan SHAH ALAM – Politik wang atau janji memberi peruntukan kepada rakyat, boleh menyumbang ketidakstabilan ekonomi dan berbahaya kepada negara, jika digunakan sebagai cara memancing undi.

Ketua Eksekutif Institut Perhubungan Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan berkata, amalan menjanjikan habuan dalam bentuk kewangan menyebabkan rakyat bergantung harap terhadap bantuan tanpa berusaha memajukan diri.

Beliau berkata, ahli politik sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) disifatkan sama sahaja, iaitu berlumba memberi wang ganjaran kepada rakyat sekiranya mereka menang.

"Keadaan ini menyebabkan rakyat dimanjakan atau hanya mengharapkan bantuan daripada kerajaan tanpa berusaha memajukan diri.

Read More / Baca Lagi >>

Sejauh manakah kredibiliti tinjauan pendapat?

Posted: 15 Dec 2012 06:55 PM PST

Oleh Markus Lim
Tinjauan pendapat, bancian, survei mahupun exit poll ― inilah antara terma-terma yang sering digunakan oleh badan/organisasi dalam mengendalikan kajian mereka.
Kelazimannya, fokus kajian mencakupi pelbagai bidang: politik, ekonomi, sosial mahupun yang bersifat spekulatif.

Semuanya dicanangkan dalam bentuk yang mudah difahami dan ditelaah agar responden yang disasarkan dapat menjawab persoalan-persoalan yang diberikan dengan mudah sekaligus menjayakan objektif tinjauan pendapat itu. Sebut sahaja mengenai survei atau tinjauan pendapat, beberapa badan terkemuka dunia terus terlintas dalam fikiran umum. Antaranya, Gallup Poll, Pew Research International, Zogby dan IPSOS.
Semuanya tampil dengan reputasi yang menggerunkan. Di negara kita pula, Pusat Kajian Merdeka atau lebih dikenali sebagai Merdeka Research Center merupakan satu-satunya badan tinjauan pendapat yang paling dominan.
Acap kali dalam tempoh setahun, terbit beberapa tinjauan pendapat mengenai populariti kepimpinan negara dan sentimen rakyat terhadap sesuatu isu berbangkit.
Read More / Baca Lagi >>

Kongres DAP : Maksimum potensi wanita elak hijrah ke luar negara

Posted: 15 Dec 2012 06:54 PM PST


GEORGE TOWN, 15 DISEMBER:  Ketidakcekapan penggunaan sumber tenaga profesional dalam negara mengakibatkan ramai tenaga kerja berbakat dan profesional berhijrah ke luar negara.
Timbalan Pengerusi DAP Wanita Perak, Shasha Veraiah, berkata penghijrahan ini juga membabitkan sejumlah besar golongan wanita.
"Kini lebih ramai bilangan wanita daripada lelaki melanjutkan pelajaran ke universiti dan mempunyai kelayakan profesional,
"Untuk mengelak lebih ramai rakyat Malaysia terutamanya wanita berhijrah ialah dengan memberikan mereka peranan yang signifikan dalam  membangunkan ekonomi negara," katanya.
Dalam perbahasan pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16, semalam, beliau berkata Agenda Wanita Malaysia (AWM) Pakatan Rakyat sudah dirangka agar golongan wanita lebih terbela dan diberi peluang sewajarnya.
"Antaranya mensasarkan peningkatan kadar guna tenaga wanita mahir dan separa mahir daripada 46 peratus kepada 60 peratus melalui pendidikan dan latihan modal insan wanita.
"Kita melihat dengan penubuhan agensi hak sama rata dalam pekerjaan yang bertujuan mengatasi isu gaji, peluang setara dan pelbagai isu yang berkaitan, masalah ini boleh diselesaikan," katanya.
Selain menubuhkan Institut Latihan Kepimpinan Wanita, ia juga bakal menyemak dan menerapkan falsafah hormat wanita dan peka gender dalam agenda pendidikan negara dan sebagainya.
"Dengan cara itu golongan wanita tidak lagi akan merasa diri mereka terpinggir dan dapat memberi sumbangan yang lebih besar kepada negara," katanya.

Kerajaan BN balas mandat rakyat dengan ‘racun’, ‘projek swasta’

Posted: 15 Dec 2012 06:52 PM PST


GEORGE TOWN, 16 DISEMBER: Ibarat kacang lupakan kulit, kerajaan Barisan Nasional (BN) membalas mandat yang diberi rakyat pada 2008 dengan sisa toksik dan rampasan tanah.
Bendahari DAPSY Negeri Johor, Ee Chin Li, berkata janji transformasi BN selepas tsunami 2008 menjadi satu transformasi 'jahat'.
"Rakyat, pengundi di Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak sudah memberi mandat kepada BN untuk membentuk kerajaan, namun seperti di Pahang, kerajaan BN membalas budi mereka dengan 'hadiah' kilang nadir bumi Lynas yang akan menghasilkan sisa radioaktif yang bakal membahayakan kesihatan penduduk di Kuantan," katanya ketika sesi perbahasan Kongres DAP Kebangsaan di PISA.
Beliau berkata, ada laporan menyatakan BN juga bersekongkol menghalau penduduk Orang Asal di Sarawak untuk membina empangan manakala di Johor pula keadaan yang hampir sama berlaku apabila kerajaan negeri melancarkan Projek Petrokimia, di Pengerang.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan Rakyat: Berbeza tetapi bersatu

Posted: 15 Dec 2012 06:51 PM PST

Saya mendapat banyak pertanyaan tentang perbezaan di antara Karpal Singh dan PAS terutamanya setelah mendengar ucapan Karpal dalam kongress tahunan DAP yang sedang berlansung di Pulau Pinag sekarang ini.. Dalam ucapan beliau semalam, Karpal telah berlembut serta mengakui yang PAS merupakan rakan yang terkuat DAP dalam Pakatan Rakyat walaupun ada beberapa perkara yang berbeza di antara kedua-dua parti itu terutamanya tentang isu yang berkaitan dengan agama Islam dan hukum-hukumnya.
Mereka bertanyakan perkara ini kerana saya telah menyertai parti itu di dalam kongress yang sebelum ini pada 8hb Januari yang lalu. Oleh kerana pertanyaan itu datangnya bertalu-talu akhir-akhir ini maka saya merasakan saya perlu memberikan jawapan walaupun ia merupakan jawapan yang pendek sahaja.
Seperti MCA dan UMNO juga, maka DAP dan PAS tentulah mempunyai perbezaan di antara kedua-duanya. Kalau tidak ada perbezaan maka tidak mungkin wujud dua parti PAS dan DAP. Perbezaan itu memang satu hakikat dan tidak mungkin kedua-dua parti itu sama. Itulah sebabnya ada elemen permuafakatan di antara kedua-dua parti itu bersama PKR dalam apa yang di sebut sebagai Pakatan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

TV3 dah mohon maaf... Mazidul bila lagi?

Posted: 15 Dec 2012 06:43 PM PST

Pihak TV3 memohon maaf kerana tidak memuatkan kenyataan "Ini Bukan Aksi Sebenar". Sewaktu paparan visual segmen berkenaan disiarkan.

TV3 juga ingin menjelaskan bahawa wartawan yang berkenaan, Mazidul Akmal Sidik, sama sekali tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak apabila membuat komentar mengenai kelajuan kedua-dua penunggang motosikal terbabit.

Akhirnya penerbit Majalah 3 dan TV3 mengambil tindakan yang betul kerana memohon maaf secara umum berkaitan isu lakonan aksi pelesit jalanan oleh penunggang Superbike dalam Majalah 3 minggu lalu.

Kenyataan ini disiarkan sejurus sebelum bermulanya siaran Majalah 3 15 Disember 2013.
Read More / Baca Lagi >>

Prinsip Dewan Himpunan Penyokong Pas tidak ubah

Posted: 15 Dec 2012 06:16 PM PST

KOTA BHARU – Dewan Himpunan Penyokong Pas Pusat (DHPPP) tetap mempertahankan hak dan suara orang bukan Islam kerana ianya merupakan dasar utama penubuhan sayap keempat Pas tersebut.

Ketua DHPPP, Hu Pang Chaw berkata, keadilan untuk orang bukan Islam tetap menjadi salah satu daripada tanggungjawab yang perlu dijaga.

"Tugas utama kami adalah untuk mewakili rakyat bukan Islam negeri ini dan kami bertanggungjawab atas segala perbincangan yang melibatkan isu-isu berkaitan," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, isu yang melibatkan remaja bukan Islam baru-baru ini bukanlah sesuatu yang perlu dihebahkan, sebaliknya hanya memerlukan perbincangan dan penjelasan yang jelas daripada pihak yang sepatutnya.

Sebelum ini, dua remaja lelaki Cina disaman Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) kerana didakwa berkelakuan tidak senonoh berhampiran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini.

Read More / Baca Lagi >>

Himpunan Kebangkitan Rakyat Perak hari ini

Posted: 15 Dec 2012 06:13 PM PST


KUALA LUMPUR: Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) peringkat negeri Perak diadakan pada hari ini  bermula jam 3 petang sehinggalah 12 malam, bertempat di Bandar Seri Iskandar, Perak.
HKR Perak adalah siri himpunan rakyat terakhir sebelum Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Nasional yang akan berlangsung pada 12 Januari 2013.
Antara matlamat himpunan adalah sebagai persediaan untuk himpunan yang lebih besar dan utama di Kuala Lumpur, membawa masyarakat memahami isu-isu utama negara menjelang PRU13 dan menggerakkan jentera parti dan NGO ke arah menyuntik semangat perubahan dalam masyarakat.

Aturcara

Program akan bermula seawal 9 pagi dengan pertandingan futsal 7 sebelah.

Konvoi berkereta dan motosikal yang bermula jam 10 pagi daripada segenap pelusuk negeri Perak dijangkakan akan tiba di Bandar Seri Iskandar jam 5 petang dan bakal turut serta di dalam Pameran Superbike, Vespa Klassik, Scrambler, Skuter dan juga Kereta.

Acara untuk Pemuda, Wanita dan Pertandingan Melukis untuk Kanak-Kanak turut diadakan serentak.

Read More / Baca Lagi >>

Majlis Peguam harus dedahkan peguam dibelakang SD kedua Bala, kata aktivis

Posted: 15 Dec 2012 06:11 PM PST

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Aktivis politik, Haris Ibrahim, akan melobi Majlis Peguam untuk mendedahkan identiti peguam kanan yang menulis pengakuan kontroversi kedua penyiasat peribadi P Balasubramaniam tentang pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.
Haris, yang juga peguam sebelum ini, mengatakan beliau akan membuat permohonan di pejabat Majlis Peguam esok (Isnin), memetik alasan bahawa peguam kanan melakukan "dosa besar" kerana merangka akuan bersumpah (SD) tanpa berunding dengan Balasubramaniam terlebih dahulu.
"Terdapat bukti mencukupi membolehkan Majlis Peguam untuk menyiasat perkara ini. Jika majlis melihat ini sebagai serius seperti yang saya llihat, dan ramai peguam kanan lain, mereka akan dapat ke akar kemelut ini sekali dan untuk semua," Haris (gambar) memberitahu The Malaysian Insider ketika dihubungi di sini.
Beliau menegaskan perkembangan terkini sekitar perkara itu, terutamanya dengan kemunculan semula ahli perniagaan Deepak, memberikan alasan yang cukup untuk majlis mengambil tindakan.
Haris menjelaskan pada masa lalu identiti peguam di sebalik SD kedua Balasubramaniam kekal "misteri", baru-baru ini secara terbuka dinyatakan oleh Deepak sendiri, semasa pendedahan dalam satu temu bual dengan lidah rasmi PAS, Harakah.
Dalam temubual itu, yang dirakam dan dimuat naik oleh "TVPAS" di saluran Youtube, peniaga karpet itu terlepas cakap nama peguam tersebut apabila menjelaskan peranan beliau dalam SD kedua.
Akan tetapi pada minit ke 14:39 dalam klip itu, nama peguam tersebut disenyapkan.
Read More / Baca Lagi >>

Pas tak kisah gambaran DAP

Posted: 15 Dec 2012 06:08 PM PST


Abdul Hadi Awang
KUALA TERENGGANU – Pas tidak kisah gambaran DAP berhubung kerjasama antara kedua-dua parti itu, termasuk menyifatkan hubungan mereka berdasarkan atas prinsip pluralisme atau kepelbagaian agama.

Perkara itu dijelaskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan pluralisme merupakan satu bentuk fahaman yang tidak boleh dipaksa.

Bagaimanapun, beliau meminta orang Islam supaya berpendirian tegas terhadap agama sendiri.

"Pluralisme itu merupakan kehidupan manusia yang kita tidak boleh paksa dan kita tegas dengan agama kita sendiri kerana ALLAH TAALA membawa dua pendekatan. Pertama, tiada agama yang ALLAH terima melainkan Islam.

"Yang kedua, tiada paksaan dalam agama dan sebab itu dalam negara Islam diizinkan bukan Islam jadi rakyat," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti Umno 6.0 di Paka, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

HKR PGU6 : Sidang Media bersama Tuan Guru Presiden PAS

Posted: 15 Dec 2012 10:11 AM PST


BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT