Jumaat, 14 Disember 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Seorang polis wanita mendapat 'surat amaran' dari pihak atasan kerana menyokong PAS

Posted: 14 Dec 2012 08:17 PM PST

50 ribu sertai HKR peringkat Terengganu

Posted: 14 Dec 2012 05:02 PM PST


50,000 sertai HKR T'ganu, bukti rakyat berubah
DUNGUN- Kehadiran 50,000 orang rakyat negeri ini pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Terengganu membuktikan mereka mahukan perubahan pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Muhyiddin Abdul Rashid yang dimaklumkan jumlah mereka yang menyertai himpunan seramai itu menyifatkan rakyat bersedia melakukan perubahan nanti.
"Dengan kehadiran seramai ini, ia membuktikan rakyat mahukan perubahan di Terengganu. PAS Terengganu yakin dan bersedia untuk menumbangkan Umno dan BN," tegasnya.
Menurutnya, pemimpin Umno negeri kini semakin angkuh dengan rakyat termasuk merampas tanah yang telah diberikan oleh kerajaan PAS negeri sebelum ini.
"Bagaimana kerajaan PAS telah lulus tanah untuk Sekolah Agama Al-Bayan di Paka tapi kerajaan Umno telah rampas semula tanah tersebut dan serahkan tanah tersebut kepada JKKK dan isteri mereka," ujarnya.
Beberapa NGO termasuk dari kumpulan pendesak menuntut Royalti, 'R', membentangkan kes mereka kepada orang di perhimpunan ini.
Antara yang awal memberikan ucapan adalah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil. Beliau menceritakan kecelaruan yang berlaku dalam Umno sekarang
Himpunan kali ini adalah yang ke 7 selepas Seremban, Kota Bharu, Batu Pahat, Alor Setar, Melaka dan Pahang.
Esok, himpunan PAS Ganti Umno (PGU) pula akan diadakan di tapak yang sama.
Menurut wartawan Harakahdaily di tapak perhimpunan, kira 50,000 rakyat sudah hadir untuk mendengar amanat pimpinan.
Antara yang berucap wakil anti Lynas, wakil Anak, wakil royalti pusat dan Terengganu, wakil waris, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil, Datuk Saifuddin Nasution, Eng Chai Heng (DAP Terengganu), Azan Ismail (PKR Terengganu).
Turut akan berucap malam ini adalah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Umno makin angkuh dengan rakyat, bagaimana kerajaan PAS telah lulus tanah untuk sekolah agama al Bayan di Paka, tapi kerajaan Umno telah rampas semula tanah tersebut dan serahkan tanah tersebut kepada JKKK dan isteri mereka.
"Mereka pecahkan kepada 5 lot banglow untuk JKKK, pejabat tanah maklumkan ia diluluskan melalui campur tangan orang Umno," kata Muhyidin dalam ucapannya lagi.
Di Setiu pula, katanya, 100 keluarga petani yang buka tanah sejak 36 tahun lalu seluas 200 ekar telah dirampas oleh Umno dan dijadikan jelapang padi negeri dengan keluasan 1000 ekar.
"Penduduk lansung tidak diberi pampasan hasil usaha mereka yang hampir 40 tahun..kezaliman Umno terserlah," katanya.
-Harakahdaily

Perang Zed Zaidi - Julia Perez hingga libatkan ahli politik dan BJ Habibie

Posted: 14 Dec 2012 08:16 AM PST


RAZIATUL HANUM A. RAJAK
14 Disember 2012
Zed Zaidi
Zed Zaidi
PRESIDEN Persatuan Seniman, Zed Zaidi hari ini mengesahkan bahawa kemasukan pelakon Indonesia, Julia Perez ke negara ini untuk menjalani penggambaran adalah tanpa permit sah.
Menurut Zed Zaidi, perkara itu sudah dirujuk kepada bahagian pelesenan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
"Saya telah semak dengan bahagian pelesenan Finas untuk pengesahan permit Julia Perez.
"Jawapan Finas, ada permohonan SPP atas tajuk filem 'Sentuhan Malam Pertama' tetapi tiada permohonan Pekerja Filem Asing (PFA) atas nama Julia Perez," katanya melalui akaun Twitter.
Beliau menjelaskan bahawa di bawah syarat Padu Citra, Julia wajib menjadi ahli bagi salah satu daripada tiga persatuan yang diiktiraf oleh Finas.
"Dalam Persatuan Seniman, nama Julia Perez tidak berdaftar sedangkan ia syarat wajib bagi kelulusan permit SPP," katanya.
Menurut pelakon utama Sembilu itu, pihak Finas juga bakal mengambil tindakan berhubung perkara itu.
"Finas sedang menjalankan siasatan di lokasi penggambaran melalui pasukan penguatkuasaan bahagian utara untuk tindakan.
"Insya-ALLAH Finas akan datang ke lokasi untuk membuat serbuan di Padang Kota Lama," katanya.
Isnin lalu, Julia atau Jupe yang sedang menjalani penggambaran filem arahan Murali Abdullah, Sumpahan Malam Pertama di Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan di akaun Twitter yang menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia.
"Nunggu giliran take... sambil nonton sinetron Malaysia... oh my GOD... Indonesia kita jauuh majuuu... kita mahuu sekaliii... bangga jadi orang Indonesia (tunggu giliran penggambaran... sambil menonton drama Malaysia. Oh tuhan... Indonesia kita jauh maju... kita maju sekali. Bangga jadi orang Indonesia)," katanya.
Namun, tajuk drama yang ditontonnya masih belum diketahui.
Kenyataan itu mendapat respons daripada Zed Zaidi yang menyedari tentang kenyataan pelakon Indonesia itu tiga hari kemudiannya.
"Gampang Julia Prez hina industri seni Malaysia! Pemain sinetron Indonesia yang 'shooting' di Malaysia ini sangat biadab! Jupe nama manusia ke?" katanya, pagi semalam.
Kenyataan Zed Zaidi itu mendapat maklum balas daripada dua pelakon tempatan iaitu Fauziah Nawi dan Noorkhiriah.
Fauziah menulis, "memang kita asyik sanjung dia orang sekarang pada muka 'Malaysian'. 'Nothing great about their sinetron'. Tepuk dada tanya selera."
Noorkhiriah pula menulis, "ajak ramai lagi 'shooting' si sini... lepas itu apa jadi... tolonglah ambil tindakan... dah lah bayar mahal. Kita ini melukut tepi gantang nak bayaran tinggi."
Julia juga tidak terlepas membalas kenyataan Zed Zaidi itu dengan nada berang.
"Woi! Kau yang biadab!" katanya.
Dalam pada itu, Zed Zaidi menyentuh soal kemasukan Julia berlakon di Malaysia bakal disiasat sama ada secara sah atau tidak.
Beliau juga mempersoalkan tatu kalimah al-Quran di badan Julia.
Kenyataan Zed Zaidi nyata disedari Julia yang membalas kenyataannya.
"Kamu sangat jahat! Ingat banyak artis Malaysia juga di Indonesia," balasnya.
Julia nyata tidak berpuas hati dengan kenyataan Zed Zaidi yang dikeluarkan jam 10.37 pagi semalam itu.
Jam 12.18 tengah hari semalam, Jupe mengeluarkan kenyataan balas yang mengait-ngaitkan isu penghinaan ke atas bekas Presiden Indonseia, BJ Habibie.
"Gara-gara bilang sinetron malay kurang bagus ane di haram-haram ke Malaysia. OK, semua politikus Malaysia harus keluar dari Indonesia kerana menghina BJ Habibie! Puas pas (Gara-gara kata drama Malaysia kurang bagus, saya diharam-haramkan ke Malaysia. Okey semua ahli politik Malaysia harus keluar dari Indonesia kerana menghina BJ Habibie," katanya.
Pelakon Indonesia yang sinonim dengan jolokan seksi itu sering dipalit kontroversi baik di Indonesia mahupun di Malaysia.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PORTAL PRO UMNO DESAK GERAKAN KELUAR DARI BN

Posted: 14 Dec 2012 12:26 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

HAKIKATNYA kita semua tahu bahawa Bn kini kehilangan sokongan kaum Cina.  MCA dan Gerakan ternyata tidak berdaya membantu Bn sekarang.  Ini adalah kerana kaum Cina lebih terbuka pemikiran mereka tidak seperti segolongan kaum Melayu yang masih 'layu-layu' di dalam Umno.

Kaum Cina cepat peka dengan isu rasuah dan kejatuhan ekonomi.  Kaum Melayu di dalam Umno lebih peka dengan BR1M, itu bezanya.  Ini diakui sendiri oleh sebuah Portal Pro Umno di mana portal ini menyimpulkan akibat kegagalan MCA dan Gerakan mendapatkan sokongan kaum Cina, lebih baik Gerakan yang dikatakan amat memperjuangkan kaum itu keluar sahaja dari Bn.  Baca di SINI.

Sebenarnya kaum Cina tidak lagi merasa 'stim' bersama Bn adalah kerana mereka tahu hak-hak mereka sering diabaikan.  Ketidak adilan banyak berlaku ke atas kaum ini tetapi mereka juga sedar bahawa apa yang mereka rasai itu telah lama turut dirasai oleh kaum Melayu biarpun lebih 55 tahun kaum Melayu menjadi pemimpin di dalam negara ini.

Jika ada pun kaum Cina yang kaya raya, mereka adalah kroni pemimpin yang memerintah.  Begitu juga jika ada Melayu yang kaya raya.  Bukan sedikit kaum Cina yang miskin dan ramai juga Melayu yang miskin.  Oleh itu, PR tidak lagi memandang perkauman di dalam menentukan hak seluruh rakyat di negara ini.  Melayu miskin dibantu, Cina miskin juga tidak diabaikan termasuk semua kaum di dalam negara ini.  Itu bezanya PR dengan Bn.

Melayu Sabah misalnya tidak merasa RM40 juta yang masuk dari Hongkong kononnya untuk Umno Sabah.  Kaum Cina pula merasa diperdayakan apabila duit kutipan cukai mereka kepada rakyat digunakan sebanyak RM250 Juta untuk satu keluarga yang membela lembu di dalam kondo.  Kaum India pula terpaksa berhimpun di Putrajaya hanya untuk menyelesaikan Kad Pengenalan mereka sedangkan mereka sudah lama menjadi warga negara.  

Oleh yang demikian, rakyat tiada pilihan lain samada mereka dari kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Orang Asal atau apa jua kaum kecuali untuk memberi peluang kepada PR menerajui Putrajaya.  Jika tidak diberi peluang, mana mungkin rakyat boleh menilai mana yang lebih baik samada Bn atau PR?  Tetapi jika mahu menilai di dalam skop yang lebih kecil, lihat sahaja pencapai di Selangor, Penang, Kedah atau Kelantan.  Cuba sebut satu sahaja kes rasuah yang melibatkan pimpinan politik atau Wakil Rakyat yang berlaku di negeri-negeri berkenaan?

AKU CERAMAH DI FELCRA AIR HITAM, JEMPOL MALAM INI,

Posted: 14 Dec 2012 12:55 AM PST

MALAM ini (14 Dis 2012), aku dijemput untuk berceramah di Felcra Air Hitam, Jempol dalam kawasan Dun Lui.  Turut bersama malam ini adalah tokoh PAS yang aku minati iaitu YB Khalid Samad (MP Shah Alam).  Pimpinan lain adalah YB Taufik (PAS NS) dan seorang peguam iaitu T. Kumar yang terkenal dengan perjuangan membela nasib para peneroka.

Selaku Penyelaras KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera), aku harap warga tentera atau bekas tentera/perajurit dapat hadir bersama malam ini.  Bagi menghadapi rejim Umno/Bn yang kita ketahui mempunyai kekuatan yang cukup hebat dengan bantuan jentera-jentera kerajaan, bukan mudah untuk kita tewaskan.

Sehubungan itu, semua pihak atau individu yang boleh ke hadapan untuk membantu PR mestilah ke hadapan samada mengetuai sebarang gerakan atau penerangan.  Kita tidak boleh lagi membiarkan beberapa pimpinan sahaja untuk bergerak dan memberikan ceramah di dalam keadaan masa yang amat terhad sebelum PRU, maka sesiapa sahaja yang merasa boleh memberikan penerangan boleh tampil ke hadapan untuk membantu.  Bagi yang boleh memainkan peranan lain seperti gerak kerja di kawasan masing-masing, teruskan gerak kerja kerana itulah tugas paling penting malahan lebih penting dari tugas memberikan ceramah.

Tidak kurang penting juga adalah penyampaian maklumat dan 'peperangan cyber' melalui internet.  Jika kita mahir di dalam aspek ini, pergunakanlah semaksima mungkin untuk membantu PR menumbangkan rejim yang zalim itu.

InsyaAllah, jika semua boleh memainkan peranan tidak mustahil PR berjaya ke Putrajaya sepertimana tidak mustahil Malaysia boleh tewas kepada Bangladesh atau Timor Leste di dalam Bolasepak.

dollah yankee

dollah yankee


Go Go Girls !

Posted: 14 Dec 2012 02:49 AM PST

Ini lah gambar penyokong-penyokong pasokan Harimau Malaya yang ke Bangkok untuk menyokong pasokan negara pada piala Suzuki AFF, bersemangat dan bergembira sekali ...

Kita ingatkan mereka akan turut bersedih dan berduka diatas kegagalan pasokan kita, rupa-rupa nya tidak, sebab kegembiraan mereka dari stadium di teruskan di Silom Road, iaitu Bangkok Patpong yang terkenal yang macam-macam adaaaa...

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah.. kalau turun Bangkok, tak turun Silom Road, mana ada sah !!!

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Siasatan kes Altantuya perlu dibuat semula - Karpal

Posted: 14 Dec 2012 09:19 PM PST


PULAU PINANG:
Pendedahan ahli perniagaan Deepak Jaikishan tentang akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh P Balasubramaniam memerlukan kes pembunuhan Altantuya Shaariibu disiasat semula.

Pengerusi DAP, Karpal Singh, seorang peguam senior membuat cadangan itu ketika memberikan ucapan pembukaan di Kongres DAP pagi ini.

Karpal juga meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjawab segala pendedahan yang dibuat oleh Deepak itu.

Deepak dalam wawancara dengan media termasuk Harakahdaily mendedahkan beliau diarahkan oleh Najib untuk berbincang dengan P Balasubramaniam agar menarik balik pengakuan bersumpahnya yang mendakwa Najib terlibat dalam pembunuhan gadis Monggolia, Altantuya Shaariibu.

Deepak juga mendakwa, adik Najib, Nazim Razak telah bertemu dengan Bala dan bersetuju membayar wang jutaan ringgit bagi membolehkan Bala membuat perubahan kepada SDnya itu.

Turut serta dalam pertemuan itu adalah isterinya yang sedang sarat mengandung.

Hasilnya, Bala telah membuat SD 2 dan mengubah segala penyataan yang beliau buat dalam SDnya yang pertama.

Mufti Perak Harussani dapat anugerah tertinggi Perkasa yang mesra UMNO@BN

Posted: 14 Dec 2012 09:18 PM PST

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyampaikan anugerah tersebut yang dinamakan bintang pribumi Perkasa negara sempena persidangan agung tahunan Perkasa di Tasik Titiwangsa hari ini.
KUALA LUMPUR: Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria diberi anugerah tertinggi Perkasa dalam satu majlis di ibu negara.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyampaikan anugerah tersebut yang dinamakan bintang pribumi Perkasa negara  sempena persidangan agung tahunan  Perkasa di Tasik Titiwangsa hari ini.
Harussani merupakan penerima anugerah keempat selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Rahim Nor (bekas ketua polis negara) dan tokoh pendidikan Tan Sri Arshad Ayub.
Hadir sama di majlis tersebut ialah presiden Jalur Tiga Datuk Hasan Ali, Rahim, presiden MUIP Datuk S Nallakarupan serta 32 NGO Melayu.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar kecam AS, Obama main "politik dolak-dalih": Amaran sentimen anti-AS meningkat

Posted: 14 Dec 2012 09:17 PM PST

Ketua Pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim telah mengecam Amerika Syarikat dan Presiden Barack Obama kerana memainkan "politik berdolak-dalih", lalu menggesa Washington untuk menggugurkan pendirian pro-Israel yang "agresif" dan cuba membantu negara-negara Timur Tengah mencari penyelesaian atas isu persengketaan yang berlarutan di Palestin, kerana ini menjadi faktor utama sentimen anti-AS sedang meningkat di seluruh dunia Islam.
Anwar kecam AS, Obama main "politik dolak-dalih": Amaran sentimen anti-AS meningkat"Orang ramai tidak membenci rakyat Amerika kerana hak mereka atau mereka semata-mata rakyat Amerika tetapi kerana sikap berdolak dalih dan tidak adil. Bagaimanakah seorang wanita atau lelaki yang telah hidup dalam era menegakkan hak asasi manusia menerima jenayah yang dilakukan di Gaza," Anwar berkata semasa temu bual selama sejam dengan Al Mayadeen TV dari Beirut yang dirakam di Kuala Lumpur pada 20 November dan disiarkan pada 12 Disember
http://almayadeen.net/ar/Programs/Episode/udV3cAbf6kqr76ElAWpQyw/2012-12-12-
"Adalah penting bagi AS untuk tidak berpandangan sempit. [Sebagai contoh] mereka boleh memilih untuk tidak bersetuju dengan Iran tetapi mereka mesti memahami Iran ... kita bercakap mengenai keupayaan nuklear, dunia Islam hairan mengapa 'tidak' untuk Iran dan 'ya' kepada Israel. Mengapa 'ya' kepada India dan 'tidak' untuk Pakistan?
"[Ini adalah] politik berdolak dalih. Anda bercakap tentang demokrasi tetapi pada pada masa yang sama anda bekerjasama dengan orang seperti Mubarak, Ben Ali dan Gaddaffi. Terdapat percanggahan yang amat ketara ... AS dilihat seperti membiarkan perbuatan yang melampau ini berterusan.
"Anda mesti mempunyai dasar yang koheren dan konsisten supaya rakyat percaya pada anda.
Obama lebih baik daripada Mitt tetapi kurang berjaya dalam dasar Timur Tengahnya

Anwar, seorang tokoh yang amat disegani dan kerap mengadakan lawatan serta memberi ceramah di negara-negra Islam, dengan terang-terangan mempersoalkan bagaimana AS yang mendakwa dirinya sebagai jaguh demokrasi dan kebebasan" boleh menutup mata kepada pembunuhan beramai-ramai dan nasib rakyat yang tidak bersalah, terutama sekali wanita dan kanak-kanak, di semenanjung Gaza.
Beliau menggesa Obama, yang pada hematnya "lebih baik daripada Mitt Romney", untuk melakukan pembaharuan dalam dasar luar AS dengan memaksa Israel untuk lebih bertanggungjawab agar mengadakan rundingan dengan negara-negara Timur Tengah dengan terma yang lebih adil.
"Pendirian saya adalah dia lebih baik daripada Mitt Romney dari segi retorik dalam ucapannya tetapi bukan dalam tindakannya, tidak juga dalam dasar asingnya, tidak juga dalam jawapannya berikutan pembunuhan wanita dan kanak-kanak di Gaza. Ini sama sekali tidak boleh diterima."
Kemaraan Israel boleh dikawal oleh Amerika Syarikat
Read More / Baca Lagi >>

Anwar: Peluang cerah PR memerintah, M'sia jauh di belakang negara-negara 'Arab Spring'

Posted: 14 Dec 2012 09:16 PM PST

Anwar: Peluang cerah PR memerintah, M'sia jauh di belakang negara-negara 'Arab Spring'
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata ada peluang yang baik bagi Pakatan Rakyat pimpinannya untuk menggantikan kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Najib Razak, yang disifatkannya sebagai "autoritarian" dan jauh ketinggalan di belakang kebanyakkan negara-negara Tengah Timur yang baru-baru ini mengalami perubahan rejim kerana rakyat mereka bangkit menuntut berakhirnya pemerintahan yang mengamalkan rasuah dan zalim.
"Kita mempunyai jangkaan yang realistik, saya berani mengatakannya. Dalam pilihan raya 2008, kita telah menang majoriti mudah sebanyak 51% daripada undi. Kita kalah di negeri-negeri Sabah dan Sarawak terutamanya di kalangan suku kaum pribumi. Sejak 4 tahun yang lalu, kita telah bekerja keras dan dapat menembusi kawasan tumpuan luar bandar …jadi sudah tentu, kemungkinan itu ada, "Anwar berkata semasa temu bual dengan Al Mayadeen TV dari Beirut yang dirakam di Kuala Lumpur pada 20 November yang lalu dan telah disiarkan pada 12 Disember.
http://almayadeen.net/ar/Programs/Episode/udV3cAbf6kqr76ElAWpQyw/2012-12-12-.
Kepelbagaian - kekuatan PR, bukan kehancuran

Ketua de facto Parti Keadilan Rakyat yang berusia 64 tahun itu menolak kemungkinan bahawa gabungan tiga parti, PR mungkin berpecah akibat perbezaan ideologi politik selepas tamatnya pilihanraya umum. PR terdiri daripada PKR parti berbilang kaum, PAS yang Islamik dan DAP yang sekular.
Anwar mendakwa kepelbagaian akan menjadi kekuatan PR dan bukan memusnahkannya.
"[Kami terdiri dari] PKR, parti Islam [PAS] dan DAP yang diasaskan oleh kaum Cina, kami terdiri dari pelbagai latar belakang. Satu lebih kepada sekularisme dan satu lagi Islam. [Tetapi] kita mempunyai garis panduan dasar yang jelas, apa yang kita maksudkan dengan kebebasan bersuara, badan kehakiman, suara hati dan dasar ekonomi yang mesti menggalakkan pertumbuhan, mesti berpendirian teguh dalam melaksanakan keadilan, kesaksamaan dan pengagihan yang saksama dan ... Islam adalah agama rasmi Malaysia tetapi ia masih memastikan kebebasan menyeluruh untuk rakyat bagi mengamalkan kepercayaan mereka, "kata Anwar.
PAS tidak ekstimis
Read More / Baca Lagi >>

Kongres DAP : DAP bersama Pas kerana prinsip

Posted: 14 Dec 2012 09:14 PM PST


DAP, yang mengadakan kongres tahunan hari ini, yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menegaskan, asas parti itu mendekati dan bekerjasama dengan Pas dalam Pakatan Rakyat (PR) bukanlah kerana negara Islam atau hudud, tetapi atas prinsip menggalakkan demokrasi, pluralisme, kepelbagaian budaya, hak asasi manusia, hak-hak wanita dan pembangunan negara.
Lim Kit Siang
Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, negara sekarang berada di persimpangan jalan, sama ada mahu mengekalkan hegemoni Umno dan Barisan Nasional (BN) atau menukar landskap politik dengan mewujudkan dua parti sistem.

"Hubungan kami dalam PR, bersama dengan PKR, adalah sama rata (seimbang) di mana kami menghormati persamaan dan perbezaan satu sama lain.

"Itu sebabnya pemimpin-pemimpin DAP telah menyampaikan pendirian kami berkenaan dengan salun rambut Kelantan kepada kepimpinan Pas dari awal-awal lagi meskipun kami tidak mengumumkan menerusi media," katanya lagi.

Walaupun mengakui tugas PR pada  PRU13 sukar kerana mereka memerlukan sekurang-kurangnya penambahan 30 kerusi Parlimen lagi daripada yang dimenangi pada tahun 2008 lalu, sebelum menawan Putrajaya.

Kongres tahunan kali ini juga menyaksikan pemilihan barisan kepimpinan parti.
Read More / Baca Lagi >>

Kongres DAP : Karpal ulangi sokongan Anwar jadi perdana menteri

Posted: 14 Dec 2012 09:13 PM PST


Karpal Singh
GEORGETOWN - Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mengulangi sokongannya kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri jika pembangkang menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.
  
"Apabila kami menang dan tawan Putrajaya, kami dalam DAP akan memberi kerjasama untuk tentukan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri," katanya pada ucapan perasmian Kongres Kebangsaan DAP kali ke-16, di Penang International Sport Arena (PISA) di sini hari ini.
  
Pendirian beliau itu nyata bertentangan dengan resolusi Pas baru-baru ini yang memilih presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai perdana menteri jika pakatan pembangkang dipilih menjadi kerajaan baharu Malaysia.
  
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa Pas akan menjadi sekutu penting dalam pakatan pembangkang, meskipun mereka (Pas) mungkin mempunyai prinsip yang berbeza.
  
Read More / Baca Lagi >>

Kongres DAP : Berikan DAP tambahan 3 kerusi parlimen, 10 kerusi Dun - LGE

Posted: 14 Dec 2012 09:12 PM PST

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berucap semasa Kongres Kebangsaan DAP ke-16 di Pulau Pinang pagi ini. — Gambar oleh KE Ooi
GEORGE TOWN, 15 Dis — Peranan dan kesetiaan parti DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) sudah terbukti sejak kemenangan pilihan raya "Tsunami 2008" dan menggesa penambahan bilangan kerusi dalam pilihan raya umum (PRU), kata setiausaha agungnya Lim Guan Eng. Menurut Lim, kejayaan DAP boleh diukur terutamanya dalam mengekalkan prestasi dan komitmen tinggi mereka kepada PR sejak 2008 hinggalah sekarang.
"Kami sudah buktikan dan menjadi rakan setia kepada PAS dan PKR.
"DAP berharap kesetiaan kami diiktiraf dengan membenarkan DAP bertanding lebih banyak kerusi pada PRU nanti," kata beliau semasa berucap di Kongres Kebangsaan DAP ke-16 di Pulau Pinang pagi ini.
Ketua menteri Pulau Pinang tersebut juga menggesa PR menimbangkan untuk memberi mereka tambahan tiga kerusi Parlimen 10 kerusi dewan undangan negeri (Dun) semenanjung Malaysia, manakala Sabah dan Sarawak mereka pula akan berbincang sesama sendiri dalam pembahagian kerusi.
"Kami sasar tiga tambahan kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dun di semenanjung.
"Manakala Sabah dan Sarawak pula akan berbincang sesama sendiri dalam pembahagian kerusi," tambah beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Kongres DAP : PAS sekutu penting dalam Pakatan, kata Karpal

Posted: 14 Dec 2012 09:11 PM PST


 
Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini menyatakan penghargaan secara terbuka ke atas kerjasama PAS dalam Pakatan Pakatan Rakyat.Karpal menyifatkan PAS sebagai "sekutu penting" yang "berprinsip tegas" walaupun kadang kala berbeza pandangan dengan DAP.

dap national congress 151212 2"PAS adalah sekutu penting dalam Pakatan Rakyat. Kita mungkin ada pandangan berbeza dengan PAS tetapi PAS adalah parti yang berprinsip tegas dan parti yang DAP sangat percayai di samping
PKR," katanya.

Beliau turut mengulangi pendirian DAP yang menyokong ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara.

"DAP menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Malaysia," kata Karpal ketika menyampaikan ucapan dasar di Kongres ke-16 parti itu di Pulau Pinang, pagi ini.

Pakatan Rakyat Perak umum belanjawan seimbang

Posted: 14 Dec 2012 09:10 PM PST


IPOH: Buat pertama kalinya Pakatan Rakyat Negeri Perak mengumumkan belanjawan seimbang untuk bajet alternatif 2013 untuk negeri ini dengan anggaran hasil dan terimaan pembangunan sebanyak RM1,262,326,905 serta terimaan pembangunan sebanyak RM48,000,000, manakala jumlah perbelanjaan pula dianggarkan RM1,262,321,848 iaitu lebihan RM5,057.


Kutipan hasil cukai untuk tahun 2013 dianggarkan sebanyak RM596,016,580, hasil bukan cukai pula RM258,821,631, manakala terimaan sebanyak RM359,488,694.

Demikian diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dalam sidang media bajet Pakatan Rakyat Perak 2013 di pejabat PAS negeri di sini, semalam.

Beliau yang juga Adun Pasir Panjang berkata, bajet tersebut menjuruskan kepada bajet yamg seimbang dengan memberikan tumpuan kepada empat tunggak utama iaitu pendemokrasian ekonomi, mengupayakan masyarakat dan memperkasakan golongan masyarakat.

Read More / Baca Lagi >>

HKR Terengganu : Najib rampas hak royalti Terengganu - Saifudin

Posted: 14 Dec 2012 09:09 PM PST


DUNGUN: Datuk Seri Najib Razak disifatkan sanggup untuk merampas hak royalti rakyat Terengganu untuk diserahkan kepada Pahang bagi mempastikan kemenangannya di Pekan.

(Saifudin berucap di HKR Terengganu)

Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution berkata, langkah ini amat jelas satu tindakan Najib untuk mempertahankan kerusinya itu.

Ini kerana, kajian yang dibuat oleh syarikat carigali minyak Lundin Oil dari Perancis mengesahkan telaga minyak itu terletak di luar pantai Terengganu bukannya Pahang.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat Terengganu di hadapan kira-kira 50,000 orang yang menyertai himpunan di Kuala Paka itu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengesahkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu telaga minyak yang baru ditemui itu terletak dalam kawasan Terengganu.

Syarikat cari gali minyak di kawasan berkenaan iaitu Lundin Oil mengesahkan tentang penemuan itu dan menyatakan ia berada di kawasan negeri ini.

Najib dalam kenyataannya baru-baru ini berkata, "Medan minyak ini terletak kira-kira 160 km di luar persisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan dengan negeri Pahang, pada kedalaman air 76 meter.
Read More / Baca Lagi >>

HKR Terengganu : Walau dikecam saban hari, puluhan ribu bersama Pakatan

Posted: 14 Dec 2012 09:08 PM PST


(Anwar berucap di pentas HKR Terengganu malam tadi)

DUNGUN: Kehadiran puluhan ribu rakyat ke setiap Himpunan Kebangkitan Rakyat membuktikan mereka tidak terpengaruh dengan Umno BN yang saban hari mengencam Pakatan Rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat sendiri sudah sedar dan mahu melakukan perubahan.

"Umno cuba laga-lagakan PKR, PAS dan DAP dan wujudkan suasana seolah-olah survival Melayu hanya bergantung pada umno.

"Sebab itu Terengganu dulu empat tahun  hilang Melayu, di Selangor tak ada Melayu,  di Pulau Pinang tinggal mamak dua tiga orang.

"Tonton televisyen, empat hari empat malam cerita betapa pentingnya Umno dan pimpinan Pakatan dikecam.

"Tapi bila hadir himpunan, puluhan ribu rakyat bangkit. Maknanya rakyat tak bodoh, mereka nak dengar sendiri apa Pakatan kata," kata beliau sewaktu berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat Terengganu di Dataran PGU Paka, dekat sini malam tadi.

Tegas beliau, ulama besar dunia, Sheikh Yusuf Al Qaradhawi turut menyokong kebangkitan rakyat yang tertindas akibat ketidakadilan pemerintah.

"Dalam buku Kebangkitan Rakyat Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh Abim ada dijelaskan soal kebangkitan rakyat.

"Ustaz umno terus gunakan televisyen untuk jelaskan Qaradhawi bercakap untuk rakyat Mesir sahaja. Ustaz ini tak baca buku itu.
Read More / Baca Lagi >>

Syrian rebels seize army base in western Aleppo

Posted: 14 Dec 2012 09:02 PM PST

Ahmad said-stadium gong badak runtuh

Posted: 14 Dec 2012 09:01 PM PST

Himpunan 1 Juta: Rakyat yakin BN tumbang PRU13

Posted: 14 Dec 2012 02:41 PM PST


DUNGUN: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu terus menyeru rakyat turun ke Himpunan 1 Juta Umat di Kuala Lumpur pada 12 Januari depan bagi menyatakan tuntutan mereka.

Bercakap di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Dataran PGU, Paka dekat sini malam ini, Mohamad berkata, pada himpunan tersebut, rakyat akan menuntut pilihan raya dan bersih dan adil.

Tuntutan ini katanya kerana rakyat yakin kerajaan Umno BN mampu ditumbangkan dalam pilihan raya umum ke-13 jika pilihan raya dijalankan secara telus.

"Semua NGO oren, merah, hijau dengan tuntutan masing-masing dan kita gabungkan dengan Bersih untuk menuntut pilihan raya bersih.

"Kita akan nyatakan segala tuntutan dan perhimpunan akan berlangsung aman tanpa gas pemedih mata," katanya.

Mohamad berkata, sewajarnya rakyat berasa marah terhadap sikap kerajaan Umno BN yang menzalimi mereka.

Read More / Baca Lagi >>

Anak muda diseru bersama R Terengganu

Posted: 14 Dec 2012 02:41 PM PST


(Wakil R Terengganu berucap di pentas HKR)

DUNGUN: Sekretariat Mengembalikan Royalti Minyak Terengganu (R) akan memulakan siri penerangan berhubung tuntutan mereka pada 21 Disember ini.

Pengerusi R Terengganu, Fauzi Abu Samad berkata, siri penerangan akan digerakkan ke semua kawasan di Terengganu bagi memberi kesedaran kepada rakyat  tentang hak mereka mendapat royalti petroleum sebanyak 20 peratus.

"Kalau kita dapat 20 peratus royalti, banyak perkara yang kita boleh lakukan termasuk menghapuskan PTPTN.

(Sebahagian orang ramai yang memenuhi tapak HKR)

"Kita tak mahu wang ehsan atau dana khas kerana hak kita lebih dari itu.

"R akan pastikan konvoi penerangan bergerak ke seluruh kawasan agar semua rakyat tahu hak mereka," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

7 daripada 10 rakyat mahukan perubahan - Kadir

Posted: 14 Dec 2012 02:40 PM PST


DUNGUN: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, tujuh daripada 10 rakyat kini mahukan perubahan.

Justeru, beliau menyifatkan perjuangan untuk melakukan perubahan pada PRU13 nanti merupakan satu jihad dengan menumbangkan kerajaan Umno BN.

Berucap pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Paka, dekat sini, beliau berkata ini kerana Umno kini dipimpin oleh 'perompak dan penyamun'

"Mereka curi duit berbilion-bilion2, juta-juta tak main dah, kita perlu tumbangkan kerajaan Umno BN untuk pastikan negara selamat daripada perompak yang berlesen ini," ujarnya.

Menyentuh mengenai Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, katanya mereka yang hadir hanya menangis dan menyanyi sehaja sedangkan inti pati perjuangan nasib Melayu sudah tidak ada.

Menurutnya, mereka hanya mengampu dan menangis tetapi tiada hala tuju perjuangan.

Ini, tambah beliau berbeza dengan para pejuang Umno pada zaman Datuk Onn Jaafar sehingga Tun Hussein Onn.

"Pemimpin Melayu Umno kini jadi penderhaka kepada bangsa Melayu sendiri. Umno untuk Umno sshaja, mereka tidak bela Bumiputera dan Melayu lagi," katanya.

Justeru, ujarnya lebih setengah daripada bangsa Melayu dipinggir daripada menerima bantuan dan pembelaan.

"Lebih 50 tahun Umno khianati bangsa sendiri," ujarnya.

50,000 sertai HKR T’ganu, bukti rakyat berubah

Posted: 14 Dec 2012 02:39 PM PST

(Orang ramai memenuhi Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Terengganu di Kuala Paka)

DUNGUN: Kehadiran 50,000 orang rakyat negeri ini pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Terengganu membuktikan mereka mahukan perubahan pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Muhyiddin Abdul Rashid yang dimaklumkan jumlah mereka yang menyertai himpunan seramai itu menyifatkan rakyat bersedia melakukan perubahan nanti.

"Dengan kehadiran seramai ini, ia membuktikan rakyat mahukan perubahan di Terengganu. PAS Terengganu yakin dan bersedia untuk menumbangkan Umno dan BN," tegasnya.

Menurutnya, pemimpin Umno negeri kini semakin angkuh dengan rakyat termasuk merampas tanah yang telah diberikan oleh kerajaan PAS negeri sebelum ini.

"Bagaimana kerajaan PAS telah lulus tanah untuk Sekolah Agama Al-Bayan di Paka tapi kerajaan Umno telah rampas semula tanah tersebut dan serahkan tanah tersebut kepada JKKK dan isteri mereka," ujarnya.

Beberapa NGO termasuk dari kumpulan pendesak menuntut Royalti, 'R', membentangkan kes mereka kepada orang di perhimpunan ini.
Read More / Baca Lagi >>

Lensa : Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Terengganu, Dataran PGU Paka Dungun

Posted: 14 Dec 2012 02:36 PM PST




















Dato' Seri Anwar Ibrahim : HKR Peringkat Negeri Terengganu

Posted: 14 Dec 2012 02:30 PM PST

Posted: 14 Dec 2012 01:52 PM PST

Hj Mat Sabu : HKR Peringkat Negeri Terengganu

Posted: 14 Dec 2012 01:51 PM PST

Dtk Saifuddin Nasution : HKR Peringkat Negeri Terengganu

Posted: 14 Dec 2012 01:20 PM PST

Hj Muhyiddin TPJ 2 PAS : HKR Peringkat Negeri Terengganu

Posted: 14 Dec 2012 01:10 PM PST

Ngo Royalti : HKR Peringkat Negeri Terengganu

Posted: 14 Dec 2012 12:52 PM PST

Ahmad Said- Rakyat tak bersyukur nak tukar kerajaan

Posted: 14 Dec 2012 12:33 PM PST