Khamis, 13 Disember 2012

bumiperak

bumiperak


Asri: Persaingan PAS dan Umno demi Islam.. eh PKR bagaimana?

Posted: 13 Dec 2012 12:42 AM PST

Umno dan PAS tidak perlu berhenti bersaing jika persaingan mereka itu bertujuan menawarkan khidmat yang lebih baik kepada rakyat. Persaingan untuk memberikan khidmat adalah persaingan yang sihat dan memberikan kebaikan bukan negara. Tidakkah kita lihat bahawa kewujudan persaingan di pasaran membolehkan orangramai mendapat barangan yang lebih berkualiti. Sementara monopoli tanpa saingan akan merosakkan kualiti khidmat dan merugikan orang awam.Persaingan PAS dan Umno jika atas dasar ingin menawarkan khidmat yang lebih baik, bukan kerana dendam dan permusuhan yang lahir dari politik kepuakan, akan memakmurkan masyarakat muslim secara khusus dan negara secara amnya. Jika persaingan itu atas slogan yang Allah firman (maksudnya) "Bersegeralah kepada kebaikan"(Surah al-Maidah, 48) maka ia menjadi pahala kebajikan untuk semua pihak yang terlibat.
Saingan politik
Seperti yang selalu ditegaskan, pada asalnya, Islam tidak suka perasaan tamakkan jawatan tanpa sebab yang berasas yang Allah redha. Keinginan mendapatkan kedudukan politik untuk kepentingan diri atau sebagai kebanggaan adalah dilarang dalam agama ini. Ini jelas daripada hadis-hadis, antaranya sabda Nabi s.a.w: "Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinanan, ianya akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ianya sesuatu yang nikmat pada permualaannya tapi keburukan pada akhirnya" (Riwayat al-Bukhari).
Baginda juga pernah menasihati `Abd ar-Rahman bin Samurah: "Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa pemintaan maka engkau dibantu" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Islam melihat kerakusan inginkan jawatan disebabkan perasaan sukakan kedudukan dan nama hanya akan penyesalan di akhirat dan melemahkan jawatan itu sendiri. Namun dalam masa yang sama, seseorang boleh berusaha mendapatkan jawatan politik jika dia merasakan dia dapat memberikan khidmat yang lebih baik daripada orang lain. Ini seperti yang al-Quran ceritakan tentang permintaan Nabi Yusuf a.s : (maksudnya) Yusuf berkata: "Jadikanlah aku mentadbir perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya.Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; dia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan". (Surah Yusuf, 55-56).
Kata Ibn Taimiyyah rh (meninggal 728H): "Nabi Yusuf meminta jawatan kepimpinan untuk kebaikan agama, itu bukan sesuatu yang menyanggahi pergantungan kepada Allah, tidak juga termasuk dalam pemintaan jawatan yang dilarang" (Ibn Taimiyyah, Majmu'ah al-Fatawa, 8/68, Riyadh: Maktabah al-Abikan)
Kata al-Imam al-Qurtubi (meninggal 671H) mengulas ayat ini: "..demikian juga hukumnya pada hari ini. Sekiranya seseorang insan tahu mengenai dirinya, bahawa dia dapat menegakkan kebenaran dalam kehakiman dan hisbah, sementara tiada seorang pun yang sesuai dan setanding dengannya maka jawatan itu fardu `ain ke atas dirinya. Wajib dia mengendali dan memintanya. Dia juga hendaklah memberitahu sifat-sifat yang melayakkannya iaitu ilmunya, kemampuannya dan lain-lain" (Tafsir al-Qurtubi, 9/21, Beirut: Dar al-Fikr).
Saling memerlukan
Persaingan PAS dan Umno adalah sesuatu yang baik jika mengujudkan keadaan "check and balance" antara penguasa dan rakyat. Ia akan menghidupkan suasana amar makruf dan nahy munkar (promoting good and forbidding evil). Tindakan pemerintah akan diteliti oleh pembangkang dan tindakan pembangkang adalah mewakili kemaslahatan rakyat. Maka wujudlah pemerintah yang berkualiti dan pembangkang yang bermanfaat. Keduanya membawa kebaikan kepada rakyat dan keduanya berlumba-lumba untuk mencari pahala dalam lapangan politik.
Saya masih ingat pernah semasa saya berbual bersendirian dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi di London, beliau menyebut: "Umno memerlukan PAS. Kewujudan PAS menjadikan Umno sentiasa beringat dengan tindakan mereka. Tanpa PAS, Umno akan terlupa dan tidak berhati-hati terutama berkaitan Islam." Saya percaya itu ucapan yang bukan atas kepentingan politik. Dalam persada politik Malaysia, menghapuskan persaingan antara PAS dan Umno bukan sesuatu yang baik untuk rakyat dan umat. Bahkan itu boleh menjurus ke arah monopoli, kerakusan, bertambah berluluasanya rasuah, hilangnya sifat berhati-hati dalam tindakan dan pelbagai lagi.
Apa yang perlu dihapuskan?
Malangnya, hal ini kadang-kala tidak berlaku. Persaingan politik dikendalikan atas kepentingan diri ataupun puak, bukan untuk kepentingan rakyat lagi. Perlumbaan melakukan kebaikan itu dipadamkan oleh banyaknya perlumbaan menghapuskan pesaing politik. Berlakunya manipulasi isu dari kedua belah pihak. Kedua pihak akhirnya menerima padah; maruah dan nilai tercemar. Kelantan yang dikuasai PAS telah menjadi mangsa buli sekian lamanya. Hal yang sebaliknya juga berlaku apabila segala tindakan pemimpin Umno jarang dinilai positif oleh PAS. Politik prasangka memenuhi ruang. Kerakusan kuasa dan harta meruncingkan lagi permusuhan itu.
Persaingan yang bertujuan untuk menggalakkan kebaikan dan menghalang keburukan bertukar menjadi persaingan yang membawa keburukan dan menghalang kebaikan. Media kerajaan yang menggunakan wang rakyat hanya diberi ruang kepada satu pihak sahaja untuk mencerca pihak yang lain semahunya. Idea-idea politik dan pembangunan dari pihak yang bersaing tidak mendapat ruang yang adil dalam media kerajaan. Padahal, jika niat benar-benar untuk pembangunan rakyat, apa salahnya idea-idea baik itu didengari oleh rakyat dan dilaksanakan oleh pihak kerajaan sekalipun dari pembangkang. Namun itu tidak berlaku. Politik idea dibunuh oleh politik permusuhan puak dan peribadi. Dalam masa yang sama, ceramah dan ucapan pembangkang juga banyak yang bukan mengemukakan cadangan dan idea yang bernas, tetapi lebih kepada menyerang keburukan-keburukan peribadi pihak lain. Sedaya mampu hanya untuk mencari salah dan silap, sekalipun dalam perkara peribadi orang lain. Seakan mesejnya, "pilihlah kami, kerana mereka lebih buruk dari kami". Sepatutnya, "pilihlah kami kerana kami dapat menawarkan service yang lebih baik".
Sikap dan pendekatan yang seperti ini patut dihapuskan. Sikap yang lebih rasional dan insaf perlu disuburkan.
Di sebalik lambang
Dalam Umno dan PAS, ramai yang menilai pihak yang lain berdasarkan warna parti. Warna itu pula telah diberikan pelbagai persepsi permusuhan politik yang diapi-apikan oleh pelbagai keadaan dan pihak. Seakan, tiada lagi kebaikan yang boleh diharapkan di pihak yang satu lagi.
Hakikatnya, di sebalik nama dan lambang parti masing-masing, ahli-ahli PAS dan Umno adalah Muslim. Kehidupan ini bukan segalanya politik. Ya, ada Muslim yang baik dan ada yang tidak mengamalkan agamanya. Sementara yang kuat beragama itu pula, bukan semestinya dia berjaya menghayati agama dalam setiap aspek. Setiap kita ada kelemahan dan kekurangan. Hal ini terpakai untuk semua orang tanpa mengira parti. Parti bukan agama. Parti mungkin berperanan dalam menggerakkan satu juzuk dari kehidupan bermasyarakat dalam negara ini. Orang PAS dan Umno ada yang baik dan takutkan Allah. Ada yang cuba sedayanya mengamalkan agama apa yang mereka faham. Ada juga yang tidak pedulikan agama, ataupun mempergunakan agama. Berserban dan bersongkok bukan jaminan kebaikan untuk sentiasa dilakukan. Bukan semua orang Umno jahat, bukan semua orang PAS baik. Begitu juga sebaliknya. Mereka tidak lahir atas lambang parti. Mereka kebanyakan lahir sebagai orang muslim. Mereka mengakui Islam sebagai agama mereka. Allah menamakan mereka semua muslimin, sebelum mereka itu dikaitkan dengan nama parti mereka. Firman Allah: (maksudnya) "dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. DIAlah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamaNya); dan DIA tidak menjadikan kamu menanggung kesusahan dalam agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: 'muslimin' semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi untuk kamu, dan supaya kamu pula menjadi saksi untuk umat manusia. Maka, dirikanlah solat, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. maka (Allah Yang demikian sifatnya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik pemberi pertolongan. (Surah al-Hajj, 78).
Kita bersaudara
Tidak menjadi masalah bersaing dalam politik. Tidak menjadi masalah juga bercita menukar kerajaan atau mengekalkannya. Namun, antara orang PAS dan Umno, di sebalik tembok parti, mereka kena ingat mereka saudara seagama. Banyak perkara dalam kehidupan ini yang mereka berkongsi perkara yang sama. Mereka percaya pada Allah yang sama, Nabi yang sama, al-Quran yang sama dan seterusnya. Banyak perkara pokok dan asas yang mereka sama dibandingkan perkara yang mereka berbeza. Walaupun pada juzuk politik mereka berbeza, mereka wajib menghormati hak sebagai saudara muslim dalam kehidupan ini. Perbezaan parti tidak boleh menghalang mereka dalam masa yang sama untuk kasih saudara seagama. Tidak wajar menghalang mereka untuk duduk berbincang dan berpakat yang perkara yang mereka sama-sama imani. Tidak wajar menghalangi mereka memberi salam dengan jujur dan melahirkan ukhuwwah islamiyyah tanpa dikaitkan dengan soal perbezaan pendekatan politik.
Sesiapa yang bersahabat dengan kedua pihak, akan menemui kebaikan yang wujud di kedua belah pihak. Mungkin kita tidak setuju dengan lambang tertentu, namun dalam kehidupan bukan semua yang disandarkan dengan lambang tertentu itu sentiasa seiras dengan lambangnya. Sesiapa yang taklid buta dengan menganggap segala yang dibuat oleh partinya benar bererti dia telah memaksumkan partinya. Sesiapa yang mengikut dan bersetuju dengan segala yang baik dan buruk dalam partinya bererti dia bagaikan kaldai yang tidak mampu menilai.
Maka, apabila seorang Muslim dari PAS atau Umno menghulurkan tangan kepada saudaranya, janganlah dipentingkan sangat partinya, lihatlah keluasan hidup ini dan hak-hak Muslim atas Muslim yang lain yang tercatat dalam agama ini. Akidah merentasi parti. Sentiasalah kita ingat firman Allah: (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan".  (Surah al-Maidah, 8).
* Penulis adalah bekas Mufti Perlis.


MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Pelakon Terlampau: Cabul Gadis Di Sesi Ujibakat

Posted: 13 Dec 2012 09:39 PM PST

  
Friday, 14 December 2012 12:22

Gambar hiasanGambar hiasanKUALA LUMPUR: "Dia menyuruh saya melakonkan watak dicabul sebelum dia benar-benar mencabul saya," kata seorang gadis berusia 21 tahun yang membuat laporan polis selepas mendakwa dicabul seorang pelakon tambahan ketika menjalani sesi uji bakat dikendalikan lelaki itu.
Kejadian berlaku di sebuah rumah di ibu kota kira-kira jam 5 petang kelmarin dan mangsa yang meminta identitinya dirahsiakan mendakwa, empat lagi gadis turut menjadi mangsa pelakon berusia 40-an itu.

Menurutnya, dia tertarik untuk menyertai sesi uji bakat itu selepas terbaca iklan dibuat pelakon lelaki terbabit di laman sosial Facebook untuk mencari pelakon wanita baru bagi memegang watak heroin dalam satu filem yang bakal diusahakan.

Gadis itu berkata, selepas menghubungi pelakon terbabit, dia diarahkan datang ke sesi uji bakat berkenaan di sebuah rumah di ibu kota.

"Pelakon itu bagaimanapun mengarahkan saya supaya hadir ke sesi uji bakat bersendirian dan tidak boleh ditemani sesiapa. Biarpun agak pelik dengan arahan itu, tapi saya langsung tidak mengesyaki sesuatu yang buruk," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurutnya, sebaik saja tiba di rumah yang dimaklumkan, pelakon itu membawanya ke sebuah bilik kosong di dalam rumah.
"Sebaik saja masuk ke dalam bilik, saya mula curiga apabila mendapati tiada kamera ataupun peralatan penggambaran dipasang bagaimana biasa dilakukan untuk sesi uji bakat.
"Saya tambah curiga apabila dia memberitahu sesi uji bakat itu hanya membabitkan kami berdua dan babak yang perlu dilakonkan ialah saya dicabul olehnya," kata mangsa.
Menurutnya, belum pun sempat dia bertanya lebih mengenai aksi yang dimahukan, pelakon lelaki itu terus menghampirinya sebelum memeluk, mencium dan meraba bahagian sulitnya.
"Tersentak dengan kejadian itu, saya mempersoalkan tindakannya, namun berulang-kali dia mendakwa itu semua hanya aksi untuk uji bakat," katanya.
Bagaimanapun, katanya, menyedari lelaki itu berniat jahat dan mahu mengambil kesempatan ke atasnya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, kira-kira jam 10 malam, kelmarin.
Mangsa difahamkan sebelum ini ada wanita yang datang ke sesi uji bakat itu dihalau pelakon lelaki terbabit selepas mencabul mereka dengan alasan mereka tidak sesuai dengan watak heroin filem yang akan dibuat.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK).
Khairi turut meminta supaya wanita lain yang pernah menjadi mangsa lelaki itu tampil membuat laporan untuk memudahkan polis melakukan siasatan.
- Mohd Firdaus Ibrahim, Muhaamad Hafis Nawawi / Harian Metro
http://www.hmetro.com.my/articles/Ujibakatterlampau/Article

MS : Jangan burukkan lagi nama ARTIS yang memang telah dipandang serong oleh masyarakat. Tunjukan lah perangai yg baik. Harap Zed Zaidi dapat betulkan perangai anak buahnya yang berperangai macam SYAITAN ni .

Lagi artis tak pakai seluar dalam ... mai tengok

Posted: 13 Dec 2012 07:29 AM PST

Kantoi Tak Pakai Seluar Dalam : Anne Hathaway Malu!

  
Thursday, 13 December 2012 12:17

..
Insiden bahagian 'privasi' terlihat umum gara-gara kesalahan memakai busana, pernah dialami selebriti seperti Lindsay Lohan, Paris Hilton, Britney Spears mahupun diva popular, Jennifer Lopez. Tapi Bagaimana reaksi pelakon jelita Anne Hathaway jika perkara yang sama terjadi kepadanya. Tambah-tambah paparazzi sempat merakamkan gambarnya dan ia menjadi bahan tatapan umum di banyak media hiburan?
Kejadiaan memalukan itu terjadi sewaktu bintang Catwoman iyu menghadiri tayangan perdana file terbarunyaLes Miserables pada 10 Desember lalu di New York. Ketika itu Hathaway yang mengenakan gaun hitam ketat rekaan pereka terkenal Tom Ford mahu turun dari sebuah kereta, tetapi entah macam mana dia gaunnya terselak secara tidak sengaja.

Lebih malang sebaik saja pintunya kereta dibuka, berpuluh-puluh kerdipan 'flash' kamera daripada para paparazzi ke arahnya. Tanpa dia sedari, ketika itulah kemaluannya terlihat.

Anne Hathaway benar-benar merasa malu. Apalagi fotonya itu beredar secara luas di internet.

"Sungguh mengecewakan. Mereka telah melihat segalanya', ujar aktres berusia 30 tahun kepada NY Daily News.

Anna Hathaway mengenakan gaun hitam taffeta rekaan pereka terkenal Tom Ford sewaktu menghadiri tayangan 'Les Miserables' baru-baru.Anna Hathaway mengenakan gaun hitam taffeta rekaan pereka terkenal Tom Ford sewaktu menghadiri tayangan 'Les Miserables' baru-baru.

- mD

Datok K patah bahu tangan dan kaki dalam kemalangan di New Zealand. Siti batal konsert

Posted: 13 Dec 2012 02:08 AM PST

Semasa Budiey makan tengahari di sebuah restoran tadi, hampir tersedak juga setelah membaca di Twitter  tentang satu kemalangan telah menimpa keluarga kepada penyanyi terkenal Dato' Siti Nurhaliza. Berita yang mengejutkan ramai peminat dan media juga.
Dato' Siti Nurhaliza juga telah menulis pesanan buat peminatnya di Twitter tentang pembatalan konsert pada malam ini di Banjarmasin.
"Salam, maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua team konsert, CT tak dapat ke sana kerna ada sesuatu yang tak terduga. Mohon memahami ya."
twitter datuk siti nurhaliza
Pengurus Siti Nurhaliza, Rozi Sangdewi juga turut menyiarkan status berkenaan dengan hal ini di Facebooknya:
"Kita merancang Allah menentukan. Setiap sesuatu yg terjadi itu ada hikmahnya. Moga segalanya baik-baik sahaja. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Doa kami semua mengiringi, insyaAllah, tabah hati, dan senantiasa dlm lindungan Allah s.w.t. Kekal cekal. -Sangdewi buat boss. KL-Jakarta-Pekan Baru-Jakarta- KL. (Tidak ke Banjarmasin wpun kami sudah berada di dlm kapal terbang tadi..)."
Budiey pun mencari kepastian di Twitter dan menjumpai jawapan. Setelah beberapa jam, satu berita telah disiarkan di Utusan Online di mana berita ini memberitahu suami kepada Dato' Siti Nurhaliza iaitu Datuk Seri Khalid atau terkenal dengan gelaran Datuk K telah terlibat dalam satu kemalangan di New Zealand.
Datuk K cedera patah bahu, tangan dan kaki dalam kemalangan di New Zealand. Beliau dilaporkan stabil.
Suami penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa cedera dalam kemalangan di New Zealand hari ini dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Menurut Siti Nurhaliza, suaminya yang menunggang motosikal kuasa besar mendapat kecederaan patah bahu, tangan dan kaki, namun keadaannya tidak membimbangkan.
Berita ini mengingatkan Budiey dengan gambar-gambar yang pernah Budiey lihat di internet seketika masa dulu di mana sebelum ini, Datuk K ada naik motor bersama Siti Nurhaliza- seterusnya

7 parah Van rempuh Bas Express di Plaza Tol Jitra

Posted: 13 Dec 2012 01:52 AM PST


ITRA: Tujuh termasuk pemandu parah apabila van yang dinaiki warga kerja Universiti Utara Malaysia (UUM) merempuh sebuah bas ekspres di Plaza Tol Jitra, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, van yang dalam perjalanan dari Alor Setar ke UUM di Sintok tersebut merempuh bahagian belakang bas ekspres dari Kota Baharu, Kelantan yang sedang menunggu giliran membayar tol. 

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Ibrahim Mohamed Yusuf ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata van tersebut dipercayai dipandu laju.

Akibat rempuhan itu, bahagian depan van remuk teruk mengakibatkan pemandu yang dikenali sebagai Mohd Esman Osman, 54 serta penumpang hadapan tersepit, katanya.

Semua yang parah kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), sementara tiada penumpang bas ekspres itu cedera, katanya. - Bernama

dollah yankee

dollah yankee


25 persen..kah..kah..kah..!

Posted: 13 Dec 2012 04:37 AM PST



KUALA LUMPUR, December 06th - The pledge of openness on the expenditure for the London Olympics by Youth and Sports Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek has been turned into a hollow promise by National Sports Council director-general Datuk Seri Zolkples Embong.
In August, the minister at a packed press conference declared that there would be full disclosure of the records of the RM20 million spent on Olympic preparations if the public wanted to see the records.
Yesterday, at the National Aquatic Centre where both men were present, the minister asked Zolkples to explain after he was asked about the undertaking he had given.
Zolkples took the view that the public does not have access to the expenditure and deemed it non-obligatory: "We cannot give to the public every detail of the accounts. It is not necessary."
.................................................................................................................... 
Gurkah-gurkah politik di'port' cukup 'terbakaq' bila baca kenyataan Ketua Pengarah MSN ini. Memang betul 'haram-jadah' ,sebab mula-mula mereka bagi kita syiokk bila menteri yang jaga benda ni kata mereka telus dan demokrasi untuk dedahkan akaun perbelanjaan itu, tapi apa sudah jadi?!
Gurkah-gurkah ini kata mereka dan rakyat malaysia yang lain berhak untuk nak tahu ke-mana  dan macam mana duit 20 juta itu dihabiskan sebab yang itu bukan duit petronas, bukan duit TNB,bukan duit telekom malaysia,bukan duit CIMB,bukan duit pak tiri laki mak dia dan juga bukan duit 'ah long',duit tu ada lah duit kita semua,duit rakyat.
Gurkah-gurkah ini nak tahu pasal apa akaun itu mereka  dan rakyat malaysia yang lain tak boleh tengok? Kenapa juga akaun itu tak di bagi kepada ahli-ahli parlimen untuk mereka tengok?
Gurkah-gurkah ini mahu menteri yang bertanggung jawab iaitu Shabery Cheek (yang bila bercakap,air liur dia penuh di-kiri dan kanan bibir) menjawab kenapa bukan dia sendiri yang bagi kenyataan kata akaun itu tak boleh bagi rakyat tengok? Apa? sudah makan sikit ka?! sebab dulu dia juga yang berJANJI (DI-TEPATI) untuk mendedahkan akaun itu kepada kita semua.
Dalam kes ini siapa yang lebih berkuasa wahai Shabery Cheek? You ka atau Ketua Pengarah you? You kata boleh dan nak bagi tahu semua dekat orang akaun itu, ketua pengarah you pula kata tak boleh..takboleh..mana boleh! Apa?! main-main ka?!
dollah yankee -
Berapa banyak pula depa dah rembat dari 20 juta tu pun tak tau laa...

Woitt Mazidul ! Bala sudah datang !

Posted: 13 Dec 2012 02:54 AM PST


dollah yankee -
di-sini Woittt..! Mazidul..!, , dan juga disini  Bala datang lagi, Bala datang lagi..!

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


ISA SAMAD KIAN TERDESAK!

Posted: 13 Dec 2012 07:55 PM PST

ISA SAMAD KIAN TERDESAK!Beberapa hari ini media arus perdana menyiarkan kenyataan Tan Sri Isa Samad, bahwa Felda memberi tempoh 14 hari kepada saya selaku Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK), Harakah dan Suara Keadilan agar memohon maaf dan membayar pampasan dalam jumlah tertentu berhubung dengan isu penjualan minyak sawit kepada syarikat yahudi.Untuk makluman, sampai hari
ini notis tuntutan tersebut belum saya terima. Saya hanya berpandukan berita dalam media sahaja. Beberapa pemberita hubungi saya, adakah saya akan minta maaf?Kenapa saya mesti minta maaf?
Isa dan Ahmad Maslan tuduh saya buat fitnah. Lebih melucukan, Isa Samad kata invois yang saya dedahkan itu berkaitan getah, bukan minyak sawit…..Alahai rendahnya knowledge Isa Samad. Sebagai Pengerusi Felda, adakah dia tidak tahu kewujudan anak syarikat, FELDA IFFCO OIL PRODUCTS SDN BHD(FIOP)FIOP dulunya dikenali FELDA OIL PRODUCTS SDN BHD(FOP) ditubuhkan sejak tahun 1977. Menerima ribuan tan metrik minyak sawit mentah(MSM) dari kilang2 Felda seluruh negara pada setiap bulan. Sejak bila pulak FIOP memproses getah??? Telah saya katakan, maklumat dihujung jari. Saya bukan menerima maklumat tepi jalan. Ini bukan cerita tahun 60an atau dahulu kala yang penguasa zalim boleh tutup penyelewengan mereka. Apatah lagi era 75% kakitangan Felda menyokong Pakatan Rakyat!
Saya bukan sekadar memiliki invois dan Trade Confirmation, bahkan bukti2 lain yang akan saya dedahkan dari masa ke semasa. Bunge Agribusiness Singapore Pte Ltd yang membeli minyak sawit Felda adalah rangkaian induknya, Bunge Limited, yang beribu pejabat di White Plains, New York dan beroperasi di lebih 30 buah negara.
Sudah diketahui umum, BL adalah sebuah syarikat Yahudi yang menjalankan perniagaan dengan matlamatnya ' menguasai dan memonopoli'. BL bermula di Amsterdam pada tahun 1750 diasaskan keluarga Bunge. Ia bermula dengan berniaga kulit, rempahratus dan getah dari tanah jajahan Belanda. Berkembang hingga ke sektor perkapalan, menubuhkan syarikat Bunge and Born di Buenos Aires, Argentina. Bergabung dengan pedagang gandum berbangsa Yahudi bernama Alfred Hirsch, yang kemudiannya menjadi Presiden syarikat selama 30 tahun.
Dominasi syarikat Yahudi ini hingga ke sektor perladangan, menguasai berjuta juta kawasan tanah subur di Argentina hingga menguasai ekonominya.
Untuk makluman, FGVH telah membeli sebuah sykt rangkaian Bunge Limited, Twin Rivers Technologies Holding. Inc(TRT) Amerika Syarikat dengan suntikan dana RM1.3 bilion. Dr Rosli Yaakob, Penasihat ekonomi ANAK telah dedahkan kepincangan syarikat ini. FGVH juga telah membuat hubungan dengan satu lagi syarikat Yahudi, Loius Dreyfus selaku rakan kongsi strategik. MOU yang dimeterai antara FGVH dengan Loius Dreyfus disaksikan sendiri Perdana Menteri.
Kalau saya nak hurai, terlalu panjang. Cukup kalau dikatakan hubungan dagang Felda dengan syarikat yahudi tidak boleh dinafikan dan bukan baru!
Saya bersedia untuk hadapi Isa Samad di Mahkamah. Insyaallah, berani kerana benar, takut kerana salah. Bukan itu sahaja, akan saya bongkar penyelewengan Jabatan Seranta Felda dibawah seliaan Ahmad Maslan dan Datuk Eshanuddin, kedudukan kritikal FGVH itu sendiri dan banyak lagi kemelut dalam Felda.
" Sekiranya kamu menolong Agama Allah, Allah pasti menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu"- maksud Firman Allah.
Tekad dan azam ANAK ialah menyingkirkan pengkhianat dan petualang yang sedang menjahanamkan institusi orang melayu, FELDA. Kami akan lawan habis2an….!!!

Umno Kata ANAK Bohong Apabila…..

Posted: 13 Dec 2012 07:54 PM PST

1.Umno kata ANAK bohong apabila:

  • Mendakwa Isa samad tak layak menjadi Pengerusi Felda kerana beliau telah terpalit dengan rasuah / politik wang dan pernah dikenakan tindakan disiplin oleh Umno
Akhirnya:
  • Selepas 9 bulan menjadi Pengerusi Felda,beliau telah membelanjakan duit Felda berjumlah RM 353,00.00  untuk jamuan raya bersama pengundinya di Bagan Pinang.Sedangkan Pengerusi Felda sebelum ini hanya diperuntukkan sekitar RM 30 Ribu untuk jamuan raya yang dibuat bersama kakitangan Felda di Ibu Pejabat Felda. 
2.Umno kata ANAK bohong apabila:
  • Mazlan Aliman mendakwa Felda pinjam 6 bilion dari KWSP
Akhirnya:
  • Dato Ahmad Maslan mengaku di Parlimen memang Felda pinjam dari KWSP tapi jumlahnya lebih besar iaitu 6.5 bilion.
3.Umno kata ANAK bohong apabila:
  • Mendakwa Pengarah Besar Felda Dato Dzulkefli Wahab dipaksa bercuti dalam usaha menyingkirkan beliau dari Felda.Ahmad Maslan dan Isa Samad memberi alasan Dato Dzul sambung belajar untuk persedian melaksanakan transformasi dalam Felda.
 Akhirnya:
Read More / Baca Lagi >>

Wajah politik baru

Posted: 13 Dec 2012 07:50 PM PST

Ubah, tukar, ganti diantara bahasa politik yang bergema sekarang, sama ada di Kelantan, Sabah dan Malaysia. Di Kelantan UMNO jadikan perkataan TUKAR sebagai agenda untuk merampas Kelantan dari PAS. Sabah pula mengunakan perkataan UBAH untuk menjatuhkan Kerajaan UMNO Sabah, manakala rakyat Malaysia beria-ia benar untuk GANTI kerajaan BN kepada PR.

Ramalan demi ramalan dikeluarkan oleh pihak-pihak yang ingin menjadi jaguh kepada andaian keputusan PRU13. ada yang mengatakan BN akan kekal memerintah tapi menang tipis, ada yang mengatakan BN menang tapi tidak cukup korum 2/3 manakala ada yang memberi angka bahawa BN akan menang dengan 125 kerusi Parlimen.

Pihak yang menyokong PR mengatakan tidak sukar untuk PR menang mejoriti sekiranya dilihat keatas kebanjiran rakyat berhimpun semasa memberi sokongan kepada majlis PR. Disetiap program jelajah Anwar Ibrahim ke seluruh negara, pulohan ribu rakyat hadir disetiap program untuk melahirkan sokongan kepada PR, rakyat tidak peduli dengan ancaman dan sabotaj yang dialami oleh PR.
Read More / Baca Lagi >>

Sepanyol sita aset RM112 juta Hosni Mubarak

Posted: 13 Dec 2012 07:43 PM PST


Hosni Mubarak dipenjara seumur hidup MADRID - Polis Sepanyol merampas aset bernilai RM102 juta (AS$34 juta) yang dikaitkan dengan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, yang digulingkan awal tahun lalu.

Sepanyol mengambil tindakan itu selepas pihak berkuasa Mesir membuat permintaan antarabangsa agar menyekat aset 130 orang yang dikaitkan dengan pemerintahannya.
Polis mendakwa sebanyak £18.4 juta pula dibekukan oleh pihak bank Sepanyol.

Aset Mubarak yang lain di Madris, sebuah resort di Marbella dan tujuh kereta mewah turut disita.

Dua bangunan di daerah Madrid Moraleja bernilai £7 juta manakala tujuh hartanah di Marbella bernilai lebih £3 juta disita.

Read More / Baca Lagi >>

UTUSAN DIDAPATI BERSALAH MEMFITNAH YB KARPAL SINGH KERANA ISU PENENTANGANNYA MAU JADIKAN NEGARA INI NEGARA ISLAM!!!!!

Posted: 13 Dec 2012 07:40 PM PST


Mahkamah Tingggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Utusan Malaysia, lidah biawak rasmi UMNO, membayar YB Karpal Singh RM50,000 kerana didapat bersalah memfitnah dirinya dua hari sebelum PRK Permatang Pauh tahun 2008 dengan mengaitkan seolah-olah beliau anti Islam.

TAKE NOTE NAJIB: Indonesian Parliament slams Utusan's insult on Habibie

Posted: 13 Dec 2012 07:39 PM PST

JAKARTA - Indonesia's House of Representatives says it will soon send a letter to Malaysian authorities in protest of a recent editorial published in a Malaysian newspaper that referred to former Indonesian President B.J. Habibie (pic) as a "dog of imperialism."
"We'll send a letter to the Malaysian prime minister. We condemn such things," House Deputy Speaker Pramono Anung said in Jakarta on Wednesday.
"We think it is improper to make such a statement, not to mention it came from a former information minister. He should have known better as to how to communicate well with his neighbors," Pramono added, as reported by Ind
TAKE NOTE NAJIB: Indonesian Parliament slams Utusan's insult on HabibieIn an editorial piece published by Malaysian newspaper Utusan Malaysia on Monday, former Malaysian Information Minister Zainuddin Maidin criticized Habibie's recent public lecture at Malaysia's Universiti Selangor, calling him arrogant and likening the former president to Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim before ending the article by calling them both "dogs of imperialism."
"I can't imagine how tortured the audience at [Universiti Selangor] must have felt to have to listen to a man with such a high ego, especially after he finally got an opportunity to speak in front of people whom he deems as dumb, after a long period when Indonesian people no longer wish to listen to him nor respect him," Maidin said in the editorial.
Pramono said Maidin's statement could hurt bilateral ties between Indonesia and Malaysia.
Separately, the chairman of Indonesia's ruling Democratic Party, Anas Urbaningrum, issued a statement similarly condemning Maidin's commentary.
Read More / Baca Lagi >>

Presiden Anak tolak tuntutan Felda, enggan minta maaf

Posted: 13 Dec 2012 07:37 PM PST



mazlan aliman SHAH ALAM – Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman menegaskan, beliau tidak akan meminta maaf seperti yang dituntut oleh Felda berhubung dakwaannya bahawa agensi itu menjual minyak sawit mentah kepada Israel.

Mazlan berkata, beliau bukan sahaja enggan mohon maaf, malah tuntutan tersebut sama sekali tidak menggugatkan semangatnya untuk terus mendedahkan penyelewengan Felda kepada rakyat.

"Saya yakin apa yang saya dedahkan adalah benar.

"Malah saya akan teruskan membuat pendedahan sama ada melalui sidang media ataupun ceramah saya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Read More / Baca Lagi >>

Melaka Maju: Turap jalan guna bahan terbuang

Posted: 13 Dec 2012 07:35 PM PST

ALOR GAJAH - Penduduk Kampung Bukit Bonbon, Jalan Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim), Kuala Sungai Baru, di sini, bengang kerana terpaksa melalui jalan utama yang rosak setiap hari.

Tinjauan di sepanjang laluan empat kilometer yang menempatkan lebih 20 buah rumah penduduk mendapati laluan yang rosak teruk itu hanya diturap dengan serpihan batu marmar.


Penduduk, Abd Razak, 50, berkata, kali terakhir laluan itu diturap pada 2007 sebelum ia rosak semula sejak setahun lalu.

"Apabila masalah ini dikemukakan kepada pihak yang berkaitan, tindakan diambil tetapi seperti melepaskan batuk di tangga apabila bahan terbuang digunakan untuk menurap kerosakan jalan.

"Kami difahamkan pihak berkenaan menurapnya dengan batu buangan dari serpihan membina rumah, malah ada serpihan batu marmar tajam hingga tayar kenderaan pecah," katanya.

Menurutnya, keadaan lebih membebankan pengguna apabila terpaksa melalui laluan itu pada hari hujan kerana air memenuhi laluan berlopak.

Read More / Baca Lagi >>

Ada Berani : Deepak cabar Papagomo dan blogger UMNO siar video sepenuhnya

Posted: 13 Dec 2012 07:33 PM PST


Ahli perniagaan Deepak Jaikishan mencabar kepada penulis blog pro-Umno agar menyiarkan secara penuh video perbualannya yang didakwa menunjukkan beliau mengakui diperguna PKR.

Deepak mengakui beliau merupakan individu dalam video tersebut yang menurutnya dirakam tanpa disedarinya pada petang 30 November lalu, semasa perhimpunan agung Umno ke-66 berlangsung.

Deepak interviewMenurut Deepak, perbualan itu berlangsung di antara dirinya dan seorang ahli majlis tertinggi Umno serta dua lagi penulis blog pro-Umno.

Tambahnya, video itu telah disunting dan dipertontonkan dengan konteks yang salah kepada orang ramai.

Katanya lagi, beliau tiada apa-apa yang mahu disembunyikan justeru beliau mencabar agar video itu ditayangkan sepenuhnya.

"Saya tidak lari daripada apa-apa dan tiada yang perlu disembunyikan.

"Perkara yang saya katakan adalah perkara yang saya mahu nyatakan. Perkara yang mereka tulis adalah perkara yang mereka mahu dengar.

"Tolong tayangkan video itu dari awal hingga akhir," katanya sambil menambah bahawa percakapan dan transkrip percakapannya yang dimuatkan dalam blog pro-Umno itu tidak selari dengan apa yang beliau tuturkan.

"Jika anda tengok video itu, mereka tulis apa yang saya kata dengan berbeza sama sekali," tegasnya.

Royal Highness Raja Zarith Sofiah : Social entrepreneurship

Posted: 13 Dec 2012 07:28 PM PST

Ali Imran (3) : 145 - Ustaz Shofwan Badrie

Posted: 13 Dec 2012 07:26 PM PST

Gejala MURTAD - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 13 Dec 2012 07:25 PM PST

Bina RUMAH Sebelah Kuil - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 13 Dec 2012 07:25 PM PST

Jamming Lagu HARDCORE Tapi Solat - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 13 Dec 2012 07:24 PM PST

Beza INFAQ & Zakat - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 13 Dec 2012 07:24 PM PST

Hukum KOMISYEN - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 13 Dec 2012 07:23 PM PST

Ramasamy : Petronas should be answerable to the Parliament !

Posted: 13 Dec 2012 07:22 PM PST

12-12-12 : 'Stateless Indians' protest [Full]

Posted: 13 Dec 2012 07:22 PM PST

Unarmed protesters come under fire in S Sudan

Posted: 13 Dec 2012 07:21 PM PST

Car bomb close to Syrian capital Damascus kills 16

Posted: 13 Dec 2012 07:20 PM PST

More punch-ups in Ukraine parliament

Posted: 13 Dec 2012 07:19 PM PST

Analyst: Fight in Syria 'far from over'

Posted: 13 Dec 2012 07:17 PM PST

DAP, PR buktikan ramalan ahli nujum UMNO/BN salah

Posted: 13 Dec 2012 05:48 PM PST


KUALA LUMPUR, 13 DISEMBER: DAP perlu buktikan bahawa ramalan ahli nujum UMNO/BN itu salah apabila mendakwa pelbagai senario buruk termasuk berulangnya rusuhan kaum 13 Mei, huru-hara dan negara akan muflis dalam tempoh tiga tahun jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi PRU-13 dan mentadbir Putrajaya.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ini terbukti tidak berlaku rusuhan kaum dan negeri muflis selepas PR memerintah Pulau Pinang, Selangor, Kedah hampir lima tahun dan Kelantan sudah lebih 22 tahun.
Beliau berkata, jika pemerintahan PR begitu teruk, Datuk Seri Najib tidak perlu melalui dua tahun kesengsaraan menangguhkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kerana kurang yakin UMNO/BN akan memperolehi mandat baru untuk terus memerintah.
"Najib tidak perlu memilih jalan tidak mengikut perlembagaan dan tidak demokratik pada Februari 2009 apabila merampas kuasa kerajaan PR Perak, negeri yang dipilih rakyat sehingga rakyat bertekad akan mengembalikan kuasa pada PRU-13 nanti.
"Pemimpin dan propagandis UMNO/BN perlu diberitahu agar menghentikan 'ramalan akhir zaman' bohong demi rakyat jika mereka benar-benar cintakan Malaysia," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Kelantan yang diperintah oleh PAS lebih 22 tahun lalu, serta Pulau Pinang, Selangor dan Kedah yang diterajui PR masih belum muflis malah menunjukkan rekod urus tadbir yang lebih baik dan menegakkan kebajikan rakyat berbanding ketika negeri berkenaan diperintah oleh BN.
Read More / Baca Lagi >>

Antara sumpah Najib, sumpah Mahsuri dan sumpah Hantu Raya

Posted: 13 Dec 2012 05:47 PM PST

Oleh Hafiz Zainuddin
SUMPAH bukan perkara asing bagi dunia Melayu. Ia sudah menjadi sebahagian daripada nilai dan sejarah zaman berzaman.
Benar atau salah sumpah Mahsuri, Kedah mula bangkit selepas tujuh keturunan selepas kematiannya difitnah. Dalam sastera Melayu klasik, Hikayat Marakarma mencatatkan bagaimana Maharaja Angkasa Indera Dewa atau Betara Angkasa Indera Dewa turun dari Kayangan ke dunia bersama isterinya tanpa kebenaran Betara Guru, akibatnya, mereka disumpah menjadi sepasang suami isteri yang miskin dan  melarat dibenci orang.
Antara kisah sumpah paling popular ialah kisah si Tanggang. Si Tanggang lakonan Jins Shamsudin telah menidakkan Si Deruma sebagai ibunya dengan angkuh, lantas berdoalah ibu tua itu kepada tuhan, "Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya." Semena-mena sahaja langit bertukar gelap, laut bergelora dan malanglah nasib Si Tanggang dan anak kapalnya menjadi batu.
Begitu juga halnya dengan makhluk yang terkenal dengan gelaran sebagai Sang Kelembai. Makhluk berupa gergasi yang menghuni di hutan ini mempunyai kesaktian menyumpah orang yang ditegurnya menjadi batu. Manifestasi 'kewujudan sang kelembai' ini boleh dilihat melalui batu berbentuk gajah di Batu Gajah, Perak dan Gua Mat Sirat di Kampung Kepayang Ipoh.
Ini cuma sekelumit kecil kisah sumpah dan sumpahan yang popular dan dekat dalam masyarakat kita. Takkan selesai kalau diceritakan semuanya di sini.
Manifestasi sumpah
Read More / Baca Lagi >>

Khalid Samad: 'Saya wakil rakyat semua kaum'

Posted: 13 Dec 2012 05:46 PM PST

KALAH sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya. Itulah yang pegangan dan kepercayaan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang sentiasa mengetengahkan pendekatan baru untuk memenangi hati rakyat yang dianggapnya "sudah selesa" dengan pendirian politik berkecuali. Namun detik 2008 mengubah segala persepsi itu.
Malah menjadikannya lebih komited untuk terus memperkenalkan Pas di kalangan masyarakat bandar khusus orang Melayu yang sebelum ini adalah penyokong dalam senyap BN.

Ikuti temu bual bersama  Khalid yang juga Yang Dipertua Pas Shah Alam menerusi segmen Bicara Bersama Ahli Parlimen Penggal Pertama baru-baru ini.

SINAR HARIAN ONLINE: Adakah pernah YB menjangkakan kemenangan pada Pilihan Raya Umum 2008 berpihak kepada Pakatan Rakyat khususnya parti Pas itu sendiri?

KHALID SAMAD: Pada tahun 2008, memang kita telah melihat terdapat ada banyak perubahan dari segi kesedaran rakyat, keinginan untuk melihat akan berlakunya perubahan dan sensitiviti rakyat terhadap beberapa isu yang telah berlaku ketika hampir dengan pilihan raya.

Pada asalnya, Shah Alam adalah kubu Umno-BN, dan tidak dianggap sebagai salah kerusi yang mempunyai potensi yang tinggi untuk dimenangi kerana pernah mencatat majoriti terbesar bagi pihak Umno-BN pada 1990-an dan 2004 pun bila saya bertanding menentang calon yang sama, Datuk Aziz Shamsudin telah kalah dengan majoriti 13,000 undi. Maka bila saya bertanding pada 2008, saya mengharapkan akan berlakunya penurunan dari segi majoriti tetapi tidak menjangka akan menang, bukan sekadar menang tetapi menang dengan majoriti yang hampir 10,000 undi.

Maka rasa itu bukti akan perubahan yang berlaku, tidak dizahirkan oleh rakyat jelata walaupun pada 1999 kita pernah hampir menang tapi pada ketika itu, persempadanan Shah Alam itu pun berbeza, pada 2004 persempadanan yang baru dan pada ketika itu, saya kalah dengan majoriti 13,000 undi, lalu ia kerusi yang dianggap sukar untuk dimenangi.

Shah Alam ternyata bukan kawasan "simpanan tetap" Umno-BN sebelum 2008, tidak boleh dikatakan begitu, oleh kerana pada 1999 itu hampir dimenangi oleh calon Barisan Alternatif yang pada ketika itu diwakili oleh saudara Ezam Md Noor tetapi ia pernah menjadi kubu kuat Umno-BN.
Read More / Baca Lagi >>