Sabtu, 8 Disember 2012

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Wancana begini terlalu menakutkan Umno

Posted: 08 Dec 2012 06:25 AM PST


MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


EDISI GEMPAQ : 2 Kamera AES disembur cat merah

Posted: 08 Dec 2012 03:09 AM PST


SELALUNYA KERJA2 SEMBUR CAT MERAH NI ADALAH DARI PUAK2 UMNO LA .....
JANATUL FIRDAUS YAACOB DAN NIZAM ZAIN
8 Disember 2012
Kamera AES disembur cat merah
Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan disembur cat merah, dipercayai hari ini. – Foto Sinar Harian oleh Nizam Zain
SHAH ALAM – Dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Lembah Klang menjadi sasaran perbuatan vandalisme dengan kedua-duanya disembur cat merah, dipercayai dilakukan awal pagi ini.
Hasil tinjauan Sinar Harian Online di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) petang ini mendapati kamera itu masih berfungsi seperti biasa, namun proses rakaman mengalami gangguan ekoran cat merah pada permukaan kamera.
Tinjauan mendapati kamera cuba merakam imej kenderaan yang dipandu melebihi had laju memandangkan 'flash' masih berfungsi. Pengguna di laluan tersebut didapati memandu seperti biasa.
Laporan Bernama semalam menyebut bahagian 'flash' kamera AES itu ditutup dengan plastik. Bagaimanapun plastik itu tidak kelihatan hari ini, sebaliknya bahagian kamera disembur dengan cat merah.
Situasi yang sama dilaporkan di Kilometer 301.7 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah ke Kuala Lumpur.
Ketua Polis  Daerah Sepang,  Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi Sinar Harian, mengesahkan menerima laporan berhubung perbuatan itu pada jam 2 petang tadi.
Imran berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.
Menurut beliau, pihak kontraktor terbabit dari bilik kawalan mendapati kedua-dua kamera tersebut gagal mengesan sebarang pesalah lalu lintas sejak jam 2.15 pagi tadi.
"AES di lokasi tersebut didapati tidak berfungsi dan apabila diperiksa ada kesan cat merah pada sensor kamera itu, kontraktor berkenaan segera melaporkan insiden berkenaan di Balai Polis Salak Tinggi.
"Pihak polis belum dapat mengesyaki pelaku kejadian ini, dan akan segera menyiasat," katanya.
Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu menyifatkan perbuatan tidak bertanggung jawab ini sebagai protes orang awam terhadap pelaksanaan AES.
"Ini memang satu tunjuk perasaan oleh orang ramai yang tidak puas hati dengan sistem AES ini. Ia dianggap tidak adil dan membebankan, bagaimanapun saya tidak setuju dengan perbuatan tersebut.
"Saya telah arahkan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) untuk menjalankan siasatan dan Kerajaan Negeri sedia memberi kerjasama sekiranya pihak berkuasa tempatan (PBT) memerlukan pemantauan rapi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Insiden ini dipercayai perbuatan provokasi pihak tertentu yang kurang berpuas hati dengan arahan penangguhan untuk menyarung kamera AES tersebut yang dijadualkan petang kelmarin  atas nasihat pejabat peguam negeri.

Edytorial: Cat merah?? Apakah ini kerja orang Umno yang turut tidak berpuas hati dengan AES?? Nampaknya kemarahan rakyat tidak lagi dapat dibendung!! Inilah perlawanan rakyat!!

Hahahahaha MP Bayan Baru sertai UMNO semula .... cari makan beb ...

Posted: 07 Dec 2012 11:40 PM PST


MP Bebas Zahrain sertai semula Umno
WARTAWAN SINAR HARIAN
8 Disember 2012
Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim
Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim
[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim hari ini menyertai semula Umno bersama 347 yang lain - dua tahun selepas keluar dari PKR.
Beliau menyerahkan surat permohonan menyertai Umno kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pulau Pinang hari ini.
Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berada di Pulau Pinang sempena lawatan kerja sehari ke negeri itu, yang kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat.
"Saya menyerahkan surat permohonan menyertai Umno kepada Presiden Umno... bersama saya hari ini 347 yang lain," kata beliau ringkas ketika dihubungi sebentar tadi.
Zahrain, bekas ahli Umno, menyertai PKR dan bertanding pada pilihan raya umum 2008 atas tiket PKR.
Zahrain memenangi kerusi Bayan Baru dengan memperoleh 27,618 undi menewaskan calon BN, Ooi Siew Kim yang menerima 16,589 undi.
Bagaimanapun beliau keluar PKR awal 2010 dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas yang mesra Barisan Nasional. Selain beliau, beberapa wakil rakyat lain turut keluar PKR ketika itu.
Ketika mengumumkan keputusan keluar PKR pada 12 Februari 2010, Zahrain, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang berkata, beliau akan menjadi Ahli Parlimen yang bebas sepenuhnya dan tidak mesra BN.
Zahrain berkata, beliau bertindak demikian kerana hilang sudah kepercayaan kepada kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Beliau berkata, keputusannya itu juga kerana sudah hilang keyakinan kepada prinsip keadilan yang diperjuangkan oleh PKR.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


DAP GEARS UP FOR GE13: Teresa to give up Wanita post, Anthony to withdraw from DAPSY

Posted: 08 Dec 2012 09:36 PM PST

DAP GEARS UP FOR GE13: Teresa to give up Wanita post, Anthony to withdraw from DAPSYMajor changes in DAP appear to be taking place in line with the party's phenomenal growth since taking the non-Malay electorate by storm in the 2008 general election.
Party insiders have been dropping hints of a "new team" to lead DAP into the "next level in GE13", or the country's 13th general election which is widely expected to be held by March 2013.
Yet, many were surprised when Seputeh MP Teresa Kok announced on Twitter that she would not defend her post in the DAP Women's wing where she is the National Secretary.
Teresa also revealed that DAPSY chief Anthony Loke would not seek re-election as the party's Youth chief.
Anthony Loke w/draws from contesting in DAPSY # I w/draw from DAP Wanita. I need to concentrate in party#govt affairs : Teresa Kok@teresakok
Trouncing MCA & Gerakan
DAP or the Democratic Action Party is due to hold internal elections for party leaders for the 2013-2016 term at its national congress scheduled to be held in Penang on December 15 and 16.
The party had postponed the elections, originally scheduled for August 2011, in anticipation of the 13th General Election. Coalition mates PKR had held theirs in 2010 and is only due to conduct internal polls again next year, while PAS completed their election in 2011.
Meanwhile, more than 2,000 DAP delegates from all over the country are slated to attend the Penang congress. Lim Guan Eng, the DAP Secretary-General and Penang Chief Minister, is expected to rally the troops and put his party into high gears for GE13, in which DAP is forecast to trounce the BN's MCA and Gerakan.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Ribuan Pengundi Kemboja Dan Myamar

Posted: 08 Dec 2012 08:24 PM PST


Oleh: mohdnoorawang

"Sudahkan PAS Terengganu dan apakah tindakkan untuk mengatasi situasi pengundi pengundi "warga Kemboja dan warga Myamar"  dalam senarai pengundi yang terdapat pengundi SPR?.

Ribuan pengundi warga Kemboja dan warga Myarmar digunakan oleh UMNO/BN Terengganu dengan kerjasama pengkianat negara nombor satu, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) dan Jabatan Pendaftran Negara tujuan merampas Terengganu dari PAS dalam pilihanraya umum tahun 2004 yang lalu.

Arus dan gelombang penduduk Terengganu mahu menukar kerajaan UMNO/BN mungkin tidak menjadi kenyataan dalam PRU13. Terbukti PRU yang 12 PAS Terengganu gagal menawan semula Terengganu dari tangan jahat UMNO/BN. Hakikatnya tsunami politik tidak melanggarNebgeri Terengganu.

Kenyataan menteri besar Terengganu dalam media perdana, Dato' Ahmad Said cukup konfiden dapat menyekat kemaraan PAS dan kekal berkuasa slepas PRU13.

Mungkin dengan dua perkara utama Terengganu khasnya UMNO/BN Terengganu konfiden kekal berkuasa boleh dirumus secara rengkas ialah;-

Read More / Baca Lagi >>

DAP pledges no riots if it loses in polls

Posted: 08 Dec 2012 08:23 PM PST

Chong urged the ruling BN to make similar guarantees of peace. — File pic
KUALA LUMPUR, Dec 9 ― The DAP has vowed it will not cause riots if the party fails to form the government at the next general election, and challenged other parties to make a similar pledge. "We have said we will respect the people's choice in the coming elections; if we are not elected or not elected as (the) government by the people, we will not create riots," DAP Wanita chief Chong Eng said at the party's Socialist Youth (DAPSY) and Wanita National Congress here today.
She said DAP is seeking for Datuk Seri Najib Razak, who is chairman of the ruling Barisan Nasional (BN) and prime minister, "to make the same commitment if Barisan Nasional loses in elections, (that) they will peacefully give way for Pakatan to rule".
Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad warned last month that federal opposition Pakatan Rakyat (PR) would resort to street demonstrations if it loses in the general election that must be called by next April.
But PR leaders have dismissed his warning, saying that they are committed to democratic processes under the Federal Constitution, including elections.

Anwar Ibrahim:Jelajah Merdeka Rakyat Serdang, Kedah

Posted: 08 Dec 2012 07:58 PM PST

Video : Pendedahan pemuda UMNO menggunakan kerambit menikam petugas PR Gombak (Slow Motion)

Posted: 08 Dec 2012 07:54 PM PST

Anwar - Pakatan memiliki pengalaman,kepakaran & kelayakan untuk memerintah...

Posted: 08 Dec 2012 07:34 PM PST


Pakatan Rakyat tidak akan sesekali mengorbankan hak orang Melayu-Islam, bahkan martabat itu akan diangkat lebih tinggi daripada sepanjang Umno memerintah, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tak mungkin KEADILAN dan PAS akan nafi majoriti hak orang Melayu apabila menguasai pemerintahan Kerajaan Persekutuan. Begitu juga DAP.

"Kita tidak akan korbankan martabat Islam dan Melayu. Kedudukan ini akan didaulatkan lebih tinggi dari Umno BN semasa mereka memerintah negara selama 56 tahun," katanya.Read More / Baca Lagi >>

Kalau Musa Hassan hendak melakukan kebaikan, apa salahnya?

Posted: 08 Dec 2012 07:31 PM PST

Saya amat tertarik dengan apa yang dinyatakan oleh beberapa orang bekas pegawai tinggi Polis yang telah bersara semasa kita sedang menghadapi saat akhir pilihanraya umum kali ini, yang merupakan 'mother of all general elections'. Kenyataan yang banyak di keluarkan oleh bekas IGP, Musa Hassan membuatkan beliau menjadi bahan polimik dan perbincangan di kalangan ramai rakyat yang sentiasa mengikuti perkembangan terakhir sebelum pilihanraya yang amat mendebarkan pihak BN ini.
Bagi pembangkang mereka bukan lah pihak yang 'desperate' seperti UMNO dan BN kerana kekalahan sudah menjadi pakaian mereka sejak dari kita mula mencapai kemerdekaan dahulu. Pemimpin-pemimpin pembangkang telah ramai ditahan di bawah ISA bertahun-tahun lamanya. Pengalaman serta tekanan yang terlalu kuat kepada pimpinan parti ini telah membuatkan PAS sebagai satu parti yang mempunyai 'resilience' yang tinggi. Jika PAS dan DAP dituduh pihak yang desperate, itu merupakan tuduhan liar.
Begitu juga DAP yang telah menjadi mangsa mainan politik ganas BN sehinggakan Lim Guan Eng pernah ditahan kerana memperjuangkan nasib seorang kanak-kanak perempuan di bawah umur yang di katakan telah di perkosa oleh seorang pemimpin besar UMNO. Anwar Ibrahim tidak payah di ceritakan lagi sekarang kerana duduk didalam tahanan memang sudah menjadi mainan bagi beliau.
Dalam isu bekas pegawai polis ini, yang paling menarik ialah isu kenyataan Musa Hassan, seorang IGP, yang sangat 'controversial' semasa menjadi IGP dahulu. Beliau dikatakan telah memainkan peranan penting untuik memperlakukan apa yang di perlukan oleh pimpinan UMNO dan BN yang begitu 'desperate' sehinggakan Musa berserta dengan Peguam Negara telah banyak melepaskan pemimpin-pemimpin durjana dari terperangkap di dalam penjara Sungei Buluh dan penjara-penjara yang lain.
Kini Musa membuat kejutan dengan bercakap tentang apa yang berlaku di dalam pasukan polis semasa beliau menjadi IGP dahulu. Kini Musa sedang menceritakan bagaimana pemimpin politik telah masuk campur di dalam hal ehwal dan urusan polis  dan pemimpin yang di maksudkan oleh Musa itu termasuklah Perdana Menteri, Najib Tun Razak, dan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein, sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Jika rusuhan 13 Mei berlaku lagi, ORANG MELAYU PALING RUGI

Posted: 08 Dec 2012 07:28 PM PST

Semakin dekat kita menghampiri pilihanraya umum untuk benar-benar diadakan, semakin banyak laungan terdesak oleh ahli-ahli politik yang tidak bertanggungjawab menggambarkan bahawa tragedi berdarah 13 Mei akan berlaku sekali lagi jika kebanyakkan parti politik dan mereka yang berkepentingan tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya.
Jika  rusuhan 13 Mei berlaku lagi, ORANG MELAYU PALING RUGIHakikat bahawa ugutan ini ditujukan kepada kaum Bumiputera yang terdapat dalam masyarakat kita secara terang-terangan kerana ia dinyatakan dalam bahasa kebangsaan jelas dan boleh didapati dalam setiap media cetak dan atas talian menjadikan saya curiga akan tujuan sebenar ahli politik yang mendakwa bahawa mereka hanya mahu menyelamatkan keadaan jika keputusan piliharaya tidak menyebelahi mereka untuk meneruskan kuasa dalam struktur yang sedia ada.
Pada fikiran saya, ahli-ahli politik ini bukan sahaja cuba meletakkan tekanan kepada pengundi Melayu untuk memberi undi kepada mereka, malah mereka dengan terang-terangan memberitahu strategi mereka- jika kalah, mereka akan membuat kacau dan mengganas. Akibatnya, ketidakstabilan politik akan berlaku secara otomatik jika parti pembangkang menang dalam pilihanraya.
Ugutan ke atas pengundi dan juga kenyataan mahu melancarkan kekacauan dan bertindak samseng dalam masyarakat kita tidak boleh diterima sama sekali. Beberapa ahli akedemik dan politik dari pakatan pembangkang telah mengutuk tindakan menakut-nakutkan rakyat tidak lama dahulu. Namun begitu tidak banyak yang telah dilakukan oleh komuniti peniaga dan juga persatuan profesional yang lain untuk mengutuk dan memberi amaran kepada ugutan ini walaupun merekalah yang akan kerugian besar jika episod 13 Mei berlaku lagi.
Banyak lagi yang perlu dilakukan oleh mereka yang mempunyai kepentingan untuk mengutuk individu dan juga organisasi yang mengugut kerana ugutan mereka akan benar-benar berlaku semakin kita menghampiri hari itu nanti.
Ugutan terbuka Sharizat
Read More / Baca Lagi >>

Diekori Cawangan Khas? Banyak yang mahu dikongsi oleh Musa yang TERDESAK

Posted: 08 Dec 2012 07:28 PM PST

Diekori Cawangan Khas? Banyak yang mahu dikongsi oleh Musa yang TERDESAKApabila kita mempunyai perdana menteri (PM) yang licik seperti Mahathir Mohamad, ketua polis negara (KPN) yang patuh seperti Musa Hassan dan Peguam Negara (AG) yang dipersoalkan kredibilitinya seperti Abdul Gani Patail, terlalu banyak perkara yang boleh dipalsukan untuk mengekalkan status quo dan menyembunyikan sistem yang dibina dengan begitu teliti oleh Mahathir dan parti UMNO untuk mengaut keluar wang negara sehingga ke ringgit yang terakhir.
Kita semua tahu salah laku Mahathir seperti penyalahgunaan kuasa dan wang serta pembaziran ke atas perbendaharaan negara tanpa rasa perlu menabung untuk kecemasan, sekali gus meninggalkan orang Melayu 'kering kontang' seperti pengemis di tempat kelahiran mereka sendiri.
Walau bagaimanapun, Mahathir berjaya mewujudkan beberapa orang jutawan Melayu dan juga beberapa bilionaire Melayu, namun seperti apa yang dikatakan bekas pengerusi MRCB, "Apalah maknanya mempunyai beberapa orang jutawan apabila puluhan ribu yang lain hilang punca pendapatan?"
Tetapi, dalam buku Mahathir, seperti biasa, dia merupakan penyelamat dan wira bangsa dan tiada siapa yang berani untuk mempersoalkannya. Seperti biasa, bukan dirinya tetapi orang Melayu lah yang tidak "bersyukur" dan patut dipersalahkan atas nasib yang menimpa diri mereka sendiri.
Lubuk buaya

Sekarang, mari kita kembali kepada Musa Hassan, yang telah bersara sebagai Ketua Polis Negara pada September 2010 yang pada masa yang sama sedang bertelingkah dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Musa bersama dua lagi adik beradiknya iaitu pelakon terkenal Jalaluddin dan Fuad, bekas ahli parlimen UMNO Ampang Jaya, telah dilahirkan dalam keluarga yang berpegang teguh dengan ajaran agama. Mereka membesar dalam persekitaran yang kuat didikan namun tidak terlalu kaya. Akibatnya, mereka terpaksa bekerja keras untuk menyara diri sendiri.
Dengan latar belakang sedemikian, ia tidak menghairankan jika Musa mampu untuk menunjukkan bahawa dia mempunyai pendapatnya sendiri walaupun telah menjadi anjing peliharaan Mahathir selama beberapa dekad – lebih-lebih lagu sejak tuduhan liwat dikenakan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.
Read More / Baca Lagi >>

Presiden Mesir batal dekri khas, referendum kekal 15 Dis

Posted: 08 Dec 2012 07:27 PM PST



Mohammed Mursi KAHERAH - Presiden Mesir, Mohammed Morsi telah memutuskan untuk membatalkan dekri yang menyediakan kuasa baru - berusia dua minggu, yang beliau sendiri berikan ke atas dirinya, di sebalik tunjuk perasaan yang berlarutan hampir seminggu.

Bagaimanapun referendum 15 Disember ini ke atas draf perlembagaan diteruskan.

Perkara itu diumumkan oleh Penasihatnya, Mohamed Selim el-Awwa, semalam.

Kuasa baru itu antara lain memberi Presiden Mesir kekebalan daripada dicabar di mahkamah.

Mohammed sebelum ini berkata kuasa itu hanya bersifat sementara sehingga perlembagaan baru dirangka dan diluluskan.
Read More / Baca Lagi >>

Usia bersara swasta: Bekas Presiden MTUC kecewa

Posted: 08 Dec 2012 07:26 PM PST



Zainal RampakKUALA LUMPUR - Pelaksanaan umur persaraan sektor swasta kepada 60 tahun mulai 1 Julai 2013 adalah terlalu lambat dan kementerian berkaitan dilihat terlalu berlembut dengan tuntutan majikan, kata bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Tan Sri Zainal Rampak.
Beliau berkata, sikap terlalu bertolak ansur Kementerian Sumber Manusia yang membenarkan majikan swasta memohon penangguhan sebelum 28 Feb 2013 adalah satu tindakan yang mengecewakan.
"Kenapa kementerian melengah-lengahkan pelaksanaan umur persaraan ini, golongan pekerja swasta harus diberi penghargaan untuk tempoh perkhidmatan mereka yang lama.
"Pekerja swasta juga adalah aset kepada sebuah organisasi kerana mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kerjaya mereka," katanya kepada Bernama ketika mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam semalam bahawa keputusan itu dibuat selepas perbincangan tiga hala bersama wakil majikan, pekerja dan pelbagai agensi kerajaan berkaitan.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan percaya kiamat pada 21/12/12

Posted: 08 Dec 2012 07:25 PM PST


Shamsul Bahrin Din PARIT BUNTAR - Umat Islam di negara ini digesa tidak terpedaya dengan ramalan berlakunya hari kiamat pada 21 Disember 2012 oleh segelintir musuh Islam bagi mengelakkan akidah mereka tercemar.

Imam Masjid Batu 2, Shamsul Bahrin Din dalam khutbah Jumaatnya, berkata, dakwaan musuh Islam mendakwa terdapat bukti kononnya menjurus kepada kepercayaan itu adalah tidak berasas memandangkan pengetahuan hari kiamat hanya diketahui Allah SWT.

Menurutnya, segelintir media massa turut memainkan peranan negatif dalam menyebarkan iklan satu jenama shampu yang menggunakan isu itu sebagai jalan cerita sehingga menyebabkan ada umat Islam terpedaya, menggambarkan keadaan musuh Islam yang cuba merosakkan akidah mereka secara halus.

"Lebih membimbangkan, saban hari ada sahaja hadis palsu yang dimuat turun menggunakan medium internet kononnya untuk membuktikan hari kiamat berlaku pada 21/12/12 adalah sahih.
Read More / Baca Lagi >>

PAS mulls legal action over ‘khalwat’ report

Posted: 08 Dec 2012 07:24 PM PST

KUALA LUMPUR, Dec 9 — PAS has denied four non-Muslims were caught for khalwat in Kelantan, saying that the state government is considering legal action against The Star for carrying the unsubstantiated report and creating fear among those outside the Islamic faith.
The Islamist party also said the MCA-owned paper is carrying such reports for its political masters as the general election is due next year.
PAS secretary-general Datuk Mustafa Ali (left) bluntly described the report in The Star yesterday as "vile" and an "outright lie", claiming that the paper was trying to serve the interests of its political masters.
"Without any proof or evidence, The Star has concocted a vile report, and I believe it provides strong ground for the Kelantan state government to consider legal action against the paper," Mustafa told PAS news portal Harakah Daily.
He explained that khalwat is an offence "which comes under the purview of Islamic enforcement officers and which must go through the Syariah court before any punishment can be imposed", saying that the report of fines being imposed on non-Muslims for khalwat shows the editors' "ignorance" of the country's laws.
The English-language daily reported that four non-Muslims — two men on a plane-spotting outing and a non-Muslim couple in Kelantan — were nabbed for "khalwat" (close proximity), a crime under Syariah law.
Read More / Baca Lagi >>

Egypt Turmoil: Update from Al Jazeera's correspondent

Posted: 08 Dec 2012 07:23 PM PST

Egypt's Morsi rescinds controversial decree

Posted: 08 Dec 2012 07:23 PM PST

DR ASRI-IQ-ULASAN KENYATAAN ULAMA MUDA UMNO "TIADA JIHAD DI PALESTINE'

Posted: 08 Dec 2012 06:51 PM PST

Bendera Pas Berkibar Megah Di Ghozzah

Posted: 08 Dec 2012 06:47 PM PST


Benarlah perjuangan yang dibangkit atas semangat dan roh akidah Islamiyah tidak mudah untuk dicabar dan dinafikan. Makin ianya ditekan, ia akan bangkit dan terus bangkit. Perjuangan Islam seperti Pas itu juga tidak pernah gerun dengan tekanan dan kejahatan ke atasnya. Ia akan merebak dan tumbuh subur seperti rerumput selepas dibakar hangus oleh sekawan api yang lahap.

Rumput persis lalalng, boleh dibakar hangus dan sisa-sisanya menjadi puing tetapi akar tunjang (Islamnya) tidak akan ikut sama hangus. Selepas semuanya menjadi abu dan setelah hujan turun menyiram bumi ia akan bangkit kembali, malahan daya suburnya makin tinggi. Nah, begitulah juga dengan sunnah dan fitrah perjuangan Islam.

Kehebatan Pas kini ternyata tidak terlawan oleh parti sekular Umno yang menjadikannya sebagai musuh tradisi. Hingga kapan pun Umno tidak akan menang! Barang kali di sinilah menyebabkan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat tegak dan teguh dengan pegangan dan keyakinannya, bahawa Pas jauh lebih benar dari Umno.


Sehelai bendera Pas dicelah-celah ribuan bendera Hammas.
Saya melihat kehebatan Pas ini dari sudut terpencil yang mungkin tidak terpandang oleh sesiapa; iaini mengenai kegigihan dan kesungguhan pendokongnya meletakkan lambang parti itu di mana-mana saja. Lambang atau panji adalah simbol kekuatan hayat sesebuah perjuangan atau parti itu. Lambang atau bendera Pas sehingga ini sudah berada di mana-mana, bukan saja di bumi Malaysia, tetapi nun juah di dunia dan benua terpencil.Read More / Baca Lagi >>

Bendera PAS Dan Malaysia Berkibar Di Gaza Sempena Ulang Tahun Ke 25 Tahun HAMAS

Posted: 08 Dec 2012 06:44 PM PST


Kepada siapa yang tak percaya, atau yang kata saya reka, inilah buktinya, bendera PAS memang ada berkibar di Gaza, malah berkibar dari atas puncak bangunan yang boleh dilihat di seluruh Gaza… Allahu Akhbar..







G4LOv.jpg (960×640)











Foto ~ Shahrina Ahmad Sharkawi

PAS pertimbangkan tindakan undang-undang atas laporan ‘khalwat’ oleh The Star

Posted: 08 Dec 2012 06:40 PM PST

Mustafa (kanan) berkata tanpa sebarang bukti, 'The Star' melaporkan berita itu membuta tuli. – Gambar fail
KUALA LUMPUR, 9 Dis – PAS menafikan empat orang bukan Islam ditangkap kerana berkhalwat di Kelantan dan mengatakan bahawa kerajaan negeri mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap akhbar The Star kerana laporan yang tidak berasas untuk mewujudkan rasa takut di kalangan orang-orang bukan Islam. Parti Islam itu turut berkata, akhbar milik MCA itu mengeluarkan laporan sedemikian untuk tuan politik mereka oleh kerana pilihan raya umum (PRU) yang bakal diadakan tahun hadapan.
Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengecam keras laporan dalam The Star semalam sebagai "tidak berasas" dan "penipuan yang jelas" dengan mendakwa akhbar tersebut hanya bekerja demi tuan politiknya.
"Tanpa sebarang bukti, The Star melaporkan berita membuta tuli dan saya percaya kerajaan negeri Kelantan mempunyai asas untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar tersebut," kata Mustafa kepada portal rasmi online PAS, Harakahdaily.
Beliau menjelaskan khalwat adalah kesalahan "yang hanya tertakluk dibawah pegawai penguatkuasa Islam dan perlu melalui mahkamah Syariah sebelum hukuman dijatuhkan", sambil menambah laporan saman dikenakan ke atas orang bukan Islam kerana berkhalwat menunjukkan "kejahilan" pengarang akhbar tersebut mengenai undang-undang di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Kembara Oren lepasi jerat provokasi Umno

Posted: 08 Dec 2012 06:38 PM PST


KUALA TERENGGANU: Kematangan penganjur konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda peringkat negeri Terengganu berjaya daripada memasuki jerat provokasi Umno BN yang berakhir semalam.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Terengganu, Shalahuddin Jaafar berkata program konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda berjaya mencapai sasarannya sekaligus mengelak berlaku provokasi yang cuba dicetuskan oleh Umno-BN.
Katanya, keseluruhan agenda jelajah tersebut mendapat sambutan baik dari masyarakat Felda kecuali di Felda Selasih dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Jabi, Setiu berlaku sedikit ketegangan.

"Alhamdulillah, program Kembara Oren Selamatkan Felda berjaya dan dapat sambutan baik dari warga Felda yang kita lalu dan singgah kecuali sedikit provokasi di Felda Selasih, Dun Jabi, Setiu.

"Kami berjaya elak tercetusnya pergaduhan kerana kematangan pihak penganjur dan para peserta kembara ini. Kami percaya ianya didalangi oleh pihak Umno dan agen-agen Barisan Nasional," ujarnya kepada Harakahdaily di Taman Rekreasi Lata Hot Spring, Hulu Besut, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Ustaz Azizan yakin Pakatan kekal di Kedah

Posted: 08 Dec 2012 06:37 PM PST



(Tuan Guru Haji Musa memimpin doa dengan diaminkan oleh Datuk Seri Anwar dan juga Ustaz Azizan)

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yakin Pakatan Rakyat akan mengekalkan kuasanya di Kedah dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kita yakin di negeri Kedah, kita akan berjaya mempertahankan kerajaan kita dengan kerjasama semua pihak dalam Pakatan Rakyat," kata Azizan sewaktu berucap dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti dekat sini.

Azizan menolak sebarang usaha yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) untuk cuba membeli undi rakyat.

Ianya disifatkan oleh Azizan sebagai tindakan menggelabah BN dalam membendung kebangkitan rakyat.

"Sebelum tahun 2008, bila kita kata kita akan menawan Kedah, mereka ingat kita main-main.

"Bila kita berjaya baru mereka sedar," kata Azizan yang berucap panjang lebar menjelaskan isu itu dalam ucapannya.
Read More / Baca Lagi >>

Lebih 10,000 hadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka

Posted: 08 Dec 2012 06:37 PM PST

MELAKA: Kira-kira 10,000 rakyat negeri Melaka membanjiri perkarangan Pejabat DAP Melaka pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Melaka malam tadi.


Kehadiran rakyat seramai itu bukan sahaja rekod kepada negeri Melaka malah memperlihatkan kebangkitan dan semangat peubahan yang ada pada rakyat negeri ini, kerana jarang sekali rakyat akan hadir ke program Pakatan Rakyat dengan jumlah seperti itu.

Biarpun himpunan malam Umno BN menganjukan program karnival di tapak asal program iaitu di Kampung Bukit Palah, namun kehadiran orang ramai ke program Pakatan Rakyat boleh dikatakan tidak terjejas.

Orang ramai berpusu-pusu memenuhi perkarangan pejabat DAP Melaka dan ada yang terpaksa berdiri di bahu-bahu jalan dan di pembahagi jalan.


Program semalam bermula pada jam 4.00 petang dengan konvoi motosikal dan kereta yang telah mendapat sambutan luar dugaan.

Antara pimpinan tertinggi PR Pusat ialah Timbalan Presiden PAS,  Muhammad Sabu; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Pimpinan PR negeri yang hadir ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari; Pengerusi PKR Negeri Melaka, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Pengerusi DAP Negeri Melaka, Goh Leong San.
Read More / Baca Lagi >>

Rodziah : Badan Bebas Perlu Cari Punca Kematian Aminulrasyid

Posted: 08 Dec 2012 06:35 PM PST

SHAH ALAM, 9 DIS : Kerajaan perlu mewujudkan sebuah badan bebas bagi menyiasat punca kematian Aminulrasyid Amzah,15, kira-kira dua tahun lepas.
Ia penting kerana bukan sekadar pembebasan pihak tertuduh,Koperal Jenain Subi,49, atas alasan polis tidak berniat untuk membunuh Aminulrasyid.
Exco Selangor, Rodziah Ismail berkata, kerajaan perlu telus dalam memberikan fakta yang sebenar punca kejadian demikian supaya boleh dijadikan pengajaran.
"Saya terkejut apabila alasan kes itu tidak sengaja walaupun yang kita ketahui lebih 20 das tembakan dibuat serta pertuduhan bahawa Aminulrasyid berhasrat untuk menyerang pegawai serta dakwaan wujudnya parang, semua ini tiada bukti.
"Polis dengan kuasa yang ada boleh mengeluarkan kenyataan tanpa bukti yang akhirnya terjebak adalah pelajar sekolah yang mati dalam keadaan dramatik yang tidak diketahui puncanya," katanya.
Ujarnya, beliau sedia membantu keluarga Aminulrasyid untuk mendapatkan hak perundangan di bawah geran demokrasi yang disediakan Kerajaan Negeri.
Beliau berkata demikian ketika ditemui TVSelangor selepas Program Ramah Mesra Adun Batu Tiga Bersama Peserta Mimbar Selangor yang diadakan di Hotel De Palma, di sini.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO Dulu Kini Dan Selamanya Parti RASUAH

Posted: 08 Dec 2012 06:34 PM PST


Baru-baru ini politik tanah air digegarkan lagi dengan satu siri skandal 'projek rembat tanah rakyat' oleh UMNO-BN di negeri Selangor.

Pendedahan itu dicetuskan oleh ADUN DAP Sekinchan, Ng Suee Lim ketika sesi Petrsidangan Dewan Undangan Negeri Selangor yang lalu. Beliau mendedahkan bahawa terdapat 24 bidang tanah 'dibeli' dengan harga murah oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) di Selangor.

Kemudian, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua, terus membongkar status tanah yang dijual dengan harga paling murah iaitu RM1 sekaki persegi yang kini dibangunkan dengan kondominium mewah yang dianggarkan bernilai ratusan juta ringgit.

Kita difahamkan, terdapat banyak lagi bukti membabitkan beberapa lot tanah yang akan didedahkan kepada umum, satu persatu.

Ketika ini UMNO sedang giat bertempik ke hulu ke hilir dengan slogan membela rakyat, slogan mendukung Islam dan memperjuangkan ekonomi rakyat. Rupa-rupanya dalam diam UMNO-BN Selangor selama ini membuat 'onar' kepada rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

PAS Bakal Mufliskan The Star Pula!

Posted: 08 Dec 2012 06:33 PM PST



Selepas akhbar rejim pencacai Umno, Utusan Malaysia terpaksa meminta Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mengutip derma bagi membiayai tuntutan saman fitnah yang oleh pemimpin Pakatan Rakyat kini dianggarkan RM2.4 juta, hari ini satu lagi akhbar kawalan rejim milik MCA pula bakal menerima nasib serupa!

Parti Islam Semalaysia (PAS) menafikan empat orang bukan Islam ditangkap kerana berkhalwat di Kelantan dan mengatakan bahawa kerajaan negeri mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap akhbar The Star kerana laporan yang tidak berasas untuk mewujudkan rasa takut di kalangan orang bukan Islam.
Parti Islam itu turut berkata, akhbar itu mengeluarkan laporan sedemikian untuk tuan politik mereka oleh kerana pilihanraya umum yang bakal diadakan tahun hadapan.
Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali mengecam keras laporan dalam The Star semalam sebagai "tidak berasas" dan "penipuan yang jelas" dengan mendakwa akhbar tersebut hanya bekerja demi tuan politiknya.
"Tanpa sebarang bukti, The Star melaporkan berita membuta tuli dan saya percaya kerajaan negeri Kelantan mempunyai asas untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar tersebut," kata Mustafa kepada portal rasmi dalam talian PAS, Harakahdaily.
Read More / Baca Lagi >>