MIMPI SENJA |
EDISI GEMPAQ : 2 Kamera AES disembur cat merah Posted: 08 Dec 2012 03:09 AM PST SELALUNYA KERJA2 SEMBUR CAT MERAH NI ADALAH DARI PUAK2 UMNO LA ..... JANATUL FIRDAUS YAACOB DAN NIZAM ZAIN 8 Disember 2012 Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan disembur cat merah, dipercayai hari ini. – Foto Sinar Harian oleh Nizam Zain SHAH ALAM – Dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Lembah Klang menjadi sasaran perbuatan vandalisme dengan kedua-duanya disembur cat merah, dipercayai dilakukan awal pagi ini. Hasil tinjauan Sinar Harian Online di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) petang ini mendapati kamera itu masih berfungsi seperti biasa, namun proses rakaman mengalami gangguan ekoran cat merah pada permukaan kamera. Tinjauan mendapati kamera cuba merakam imej kenderaan yang dipandu melebihi had laju memandangkan 'flash' masih berfungsi. Pengguna di laluan tersebut didapati memandu seperti biasa. Laporan Bernama semalam menyebut bahagian 'flash' kamera AES itu ditutup dengan plastik. Bagaimanapun plastik itu tidak kelihatan hari ini, sebaliknya bahagian kamera disembur dengan cat merah. Situasi yang sama dilaporkan di Kilometer 301.7 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah ke Kuala Lumpur. Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi Sinar Harian, mengesahkan menerima laporan berhubung perbuatan itu pada jam 2 petang tadi. Imran berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. Menurut beliau, pihak kontraktor terbabit dari bilik kawalan mendapati kedua-dua kamera tersebut gagal mengesan sebarang pesalah lalu lintas sejak jam 2.15 pagi tadi. "AES di lokasi tersebut didapati tidak berfungsi dan apabila diperiksa ada kesan cat merah pada sensor kamera itu, kontraktor berkenaan segera melaporkan insiden berkenaan di Balai Polis Salak Tinggi. "Pihak polis belum dapat mengesyaki pelaku kejadian ini, dan akan segera menyiasat," katanya. Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu menyifatkan perbuatan tidak bertanggung jawab ini sebagai protes orang awam terhadap pelaksanaan AES. "Ini memang satu tunjuk perasaan oleh orang ramai yang tidak puas hati dengan sistem AES ini. Ia dianggap tidak adil dan membebankan, bagaimanapun saya tidak setuju dengan perbuatan tersebut. "Saya telah arahkan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) untuk menjalankan siasatan dan Kerajaan Negeri sedia memberi kerjasama sekiranya pihak berkuasa tempatan (PBT) memerlukan pemantauan rapi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian. Insiden ini dipercayai perbuatan provokasi pihak tertentu yang kurang berpuas hati dengan arahan penangguhan untuk menyarung kamera AES tersebut yang dijadualkan petang kelmarin atas nasihat pejabat peguam negeri. Edytorial: Cat merah?? Apakah ini kerja orang Umno yang turut tidak berpuas hati dengan AES?? Nampaknya kemarahan rakyat tidak lagi dapat dibendung!! Inilah perlawanan rakyat!! |
Hahahahaha MP Bayan Baru sertai UMNO semula .... cari makan beb ... Posted: 07 Dec 2012 11:40 PM PST MP Bebas Zahrain sertai semula Umno 8 Disember 2012 [DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim hari ini menyertai semula Umno bersama 347 yang lain - dua tahun selepas keluar dari PKR. Beliau menyerahkan surat permohonan menyertai Umno kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pulau Pinang hari ini. Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berada di Pulau Pinang sempena lawatan kerja sehari ke negeri itu, yang kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat. "Saya menyerahkan surat permohonan menyertai Umno kepada Presiden Umno... bersama saya hari ini 347 yang lain," kata beliau ringkas ketika dihubungi sebentar tadi. Zahrain, bekas ahli Umno, menyertai PKR dan bertanding pada pilihan raya umum 2008 atas tiket PKR. Zahrain memenangi kerusi Bayan Baru dengan memperoleh 27,618 undi menewaskan calon BN, Ooi Siew Kim yang menerima 16,589 undi. Bagaimanapun beliau keluar PKR awal 2010 dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas yang mesra Barisan Nasional. Selain beliau, beberapa wakil rakyat lain turut keluar PKR ketika itu. Ketika mengumumkan keputusan keluar PKR pada 12 Februari 2010, Zahrain, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang berkata, beliau akan menjadi Ahli Parlimen yang bebas sepenuhnya dan tidak mesra BN. Zahrain berkata, beliau bertindak demikian kerana hilang sudah kepercayaan kepada kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Beliau berkata, keputusannya itu juga kerana sudah hilang keyakinan kepada prinsip keadilan yang diperjuangkan oleh PKR. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan