Selasa, 4 Disember 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Mampukah PKR tewaskan Shafie di Semporna?

Posted: 04 Dec 2012 06:05 PM PST




REBUT…Nazmahwati (kanan) Vs Dr Zamri (kiri) bakal 'berebut' Calon Parlimen Semporna untuk menentang Shafie Apdal.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

KEMUNCULAN muka-muka baru dalam dunia politik Pakatan Rakyat, terutama Parti KeAdilan Rakyat (PKR) di Semporna agak mengelirukan kepada para penyokong setempat.

Mengimbau sejenak senario politik di Semporna yang pernah menggemparkan ahli-ahli UMNO dan penyokong parti-parti komponen BN apabila muncul wanita muda berusia 30-an yang bercita-cita besar untuk menentang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Parlimen Semporna pada PRU-13.
Cita-cita yang begitu tinggi telah menjadi tandatanya di kalangan rakyat Semporna kerana mereka curiga bagaimana wanita muda ini mampu menumbangkan Naib Presiden UMNO yang menjadi 'Qarun; di zaman pemerintahan UMNO setelah menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang menjadi lubuk emas dan telah menjadi Ahli Parlimen Semporna selama tujuh penggal itu.

Wanita muda yang dimaksudkan itu ialah Nazmahwati Walli iaitu Ketua Sri Kandi PKR Cabang Semporna yang menawarkan diri untuk bertanding pada PRU 13 atas tiket PKR bagi menentang 'suami' artis terkenal, Shafie Apdal.

Kemunculan Nazmah dalam arena politik, khususnya PKR Cabang Semporna memang mendapat sokongan 70 peratus daripada penduduk-penduduk yang tinggal di pesisiran pantai dan kepulauan yang telah diabaikan oleh ADUN-ADUN BN/UMNO dalam segala segi termasuk prasarana dan hak asasi.

Penulis yang terus mengikuti perkembangan dan perjalanan politik PKR di Semporna menyaksikan sendiri kenapa semangat Nazmah membuak-buak setelah melihat kecurangan yang dilakukan oleh semua Wakil Rakyat UMNO di Semporna.

Namun semangat Nazmah mungkin terhalang kerana muncul beberapa pesaing yang menawarkan diri untuk mewakili Pakatan Rakyat kerana masing-masing mempunyai niat yang berlainan kerana walaupun tidur sebantal, tetapi mimpi lain-lain.

Antara calon yang digelar pengacau daun termasuklah Dr Zamri Habi yang cuba menangguk di air keruh dan menahan lukah di pergentingan sehingga berusaha untuk meminggirkan mereka yang telah berjuang mengorbankan wang ringgit, masa dan kesetiaan selama ini seperti Nazmah.

Dalam hal ini, sebaiknya Zamri mengelakkan perpecahan berlaku dalam PKR Semporna dengan menawarkan diri bertanding menentang Datuk Nasir Tun Sakaran, Datuk Ramlie Marhaban atau Datuk Herman; dan membiarkan Nazmah bertanding menentang Shafie Apdal.

Mungkin rakyat Sabah curiga dan bertanya mampukah Zamri atau Nazmah menumbangkan Shafie yang sudah terlalu banyak menabur bakti dan 'wang' kepada seluruh rakyat Semporna selama 7 penggal; terutama agehan projek pembangunan yang menjadi buruan Ketua Cawangan, kontraktor dan majoriti pengundi?

Majoriti pengundi tidak yakin Zamri akan menolak tawaran jutaan ringgit yang mungkin ditawar Shafie agar menarik diri (sudah menjadi lumrah kepada calon pembangkang di Semporna); tetapi mereka cukup yakin Nazmah tidak mampu dibeli dengan wang ringgit atau projek oleh Shafie.

Apapun terpulanglah kepada kebijaksanaan pengundi Semporna sama ada mahu mengekalkan BN/UMNO terus bertapak di Semporna sehingga beberapa generasi 'Sikubung' akan datang atau menukar baju baru?

Musa Hassan pernah salahguna kuasa

Posted: 04 Dec 2012 02:17 AM PST




PERTAHAN.....Ramli turut mempertahankan pengganti Musa, Tan Sri Ismail Omar, dan berharap Ismail diberikan peluang membuktikan keupayaannya.
Oleh : MD IZWAN

KUALA LUMPUR : Tan Sri Musa Hassan pernah menyalahgunakan kuasanya semasa memegang jawatan Ketua Polis Negara (KPN) dan bersubahat dengan Peguam Negara (AG) menggugurkan satu kes jenayah melibatkan dirinya pada 2006, kata bekas rakan setugas dan pesaingnya Datuk Ramli Yusuff.
Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) memberi respon kepada dakwaan bekas KPN dalam sidang media minggu lalu, di mana Musa menuduh Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara menteri dan ahli politik yang campur tangan dengan urusan polis.
"JSJK pernah menangkap seorang penjenayah bernama Goh Cheng Poh@Tengku Goh pada Disember 2006. Tengku Goh membuat afidavitnya dan membabitkan nama Musa Hassan.
"Kemudiaan, saya serahkan kepada pejabat AG, namun tidak difailkan di mahkamah mengakibatkan permohonan habeas corpus oleh Tengku Goh dibenarkan dan dibebaskan," kata Ramli kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi.
Polis veteran bersara itu menjadi pengkritik lantang Musa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang beliau menyalahkan kedua-duanya kerana meletakkan dirinya di kandang tertuduh atas tuduhan rasuah pada tahun 2007, di mana beberapa media arus perdana mensensasikan sebagai kes 'Polis RM27 juta'.
"Sebaliknya, AG mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mendapatkan fail sulit berkenaan kes ini dan memburu pemberi maklumat untuk mengubah keterangan asal mereka," kata Ramli, yang pernah menjadi orang nombor tiga dalam pasukan polis.
Apabila ditanya apakah bukti untuk menyokong tuduhan itu, Ramli berkata "Kalau apa yang saya katakan tidak betul, saya bersedia dikenakan tindakan undang-undang oleh Musa atau Gani. Berani kerana benar."
Ramli turut mempertahankan pengganti Musa, Tan Sri Ismail Omar dan berharap Ismail diberikan peluang membuktikan keupayaannya.
"Persepsi buruk bermula daripada zaman Musa Hassan. Tan Sri Ismail Omar sedang berusaha memperbaiki imej tersebut," kata Ramli merujuk kepada persepsi buruk dikalangan orang ramai terhadap pasukan polis.
"Pada saya, tidak adil lah jika Musa berterusan menyerang IGP sekarang."
Ramli mendakwa kritikan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Musa dan kerajaan bukanlah perkara baru menurut Ramli kerana bekas KPN itu sebelum ini pernah melakukan perkara sama.
"Dia mula menjadi vokal dan mengkritik kerajaan semasa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin mengumumkan dia tidak dilanjutkan perkhidmatannya," kata Ramli yang mengganggap ia sebagai punca ketakpuashatian Musa.
Musa bertugas sebagai KPN selama lebih tiga tahun sebelum bersara pada 13 September 2010 selepas kes rasuah ditutup pada Julai 2007 kerana kurang bukti.
Dalam kenyataannya minggu lalu, Musa mendakwa keenggannya mengikut arahan Hishammuddin adalah antara salah satu punca beliau tidak dilanjutkan kontrak sebagai KPN.
Pasukan polis dan beberapa agensi penguatkuasaan berada dibawah portfolio menteri dalam negeri.
"Apabila saya mendapati arahan yang diberikan kepada pegawai baru dan OCPD (Ketua Polis Daerah) tanpa pengetahuan saya, jadi pastinya suatu yang salah berlaku.
"Jadi saya tekankan kepadanya Sesyen 4(1) Akta Polis... arah dan kawal dalam pasukan polis adalah hak KPN, bukan seorang menteri. Saya beritahu dia secara baik, tapi dia tidak suka.
"Sebab itu (jawatan) saya tidak disambung," dakwa Musa dalam sidang akhbar dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), sebuah pemantau bukan kerajaan (NGO) yang mengakui mereka akan "mencabar sebarang statistik yang dikeluarkan oleh PDRM".
NGO tersebut mendakwa mereka mempunyai statistik jenayah 'sebenar' daripada pasukan polis yang dituduh mereka telah 'dimanipulasi' sebelum dikeluarkan kepada orang awam.
MyWatch juga mengakui mereka memiliki bukti melibatkan pegawai atas polis dengan kumpulan bawah tanah.
Mereka merancang untuk mendedahkannya secara berperingkat, bermula minggu depan jika PDRM masih enggan bekerja dengan mereka.
Musa juga memetik Seksyen 4 (1) Akta Polis, yang menyatakan arahan polis hanya perlu datang dari KPN, yang akan bertanggungjawab terhadap arahan tersebut.
Beliau berkata bahawa arahan dan kawalan ke atas pasukan polis perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya pada KPN, sambil menambah bahawa tiada individu lain harus diberikan hak sama demi untuk semak dan imbang dalam sistem.
Beliau turut mengkritik penggantinya, Ismail sebagai seorang pegawai yang hanya mengikut perintah kepada ahli politik yang berpengaruh. (MKINI)

Dulu Musa Hassan minta SB 'follow' seseorang,, hahaha sekarang SB 'follow' dia pulak ...

Posted: 04 Dec 2012 12:18 AM PST


PETALING JAYA: Ironic as it may sound, former inspector-general of police Musa Hassan has claimed that he is being tailed by special branch officers.
This followed his controversial press conference last week, where he claimed that criminal elements had infiltrated the police force and revealed that politicians interfered with investigations.
Apart from him, Musa said that R Sri Sanjeevan from the NGO My Watch which organised the press conference was also being tailed. Musa is the patron of the newly-formed NGO.
"To me it's funny lah. Why must you put me under surveillance? As if I am a threat to security.
"I would like to advise them not to follow me lah. I won't destroy the nation, that's number one. Number two, I think you have better work to do, like following criminals, who are really jeopardising the safety of the public," the former IGP told FMT.
"So I think it is stupid of them [to follow us], wasting the rakyat's money. If you want anything just call me, I'll tell you everything," he added.
On how he found out, Musa said:"Of course I know who is following me but I didn't want to confront them. Don't want to embarrass them. Of course they ran away when they saw me."
Asked why he was being tailed, Musa shrugged and replied: "I don't know, probably instructions from up top. Maybe the IGP himself, I don't know."
Musa said that although in the past he had been tracked by syndicates and tontos "plenty of times", this was his first time being followed by a policeman.
"Never by policemen, but by syndicates and tontos you know, who want to know my movements. I still remember when I was in the drugs unit. That's why whenever I got out of the house, I would never follow the same route for fear that people might either follow me or ambush me and all that. We must be aware of my environment, being a trained police officer, you know," he added.
While Musa said he did not feel threatened, Sanjeevan admitted that he was slightly more rattled.
"From the day we held that press conference, we have been followed. The same face, the same cars are around here. The cracking sounds on my phone…," he added.
Sanjeevan said that there was no reason for the police to resort to these "harassing" tactics as MyWatch was merely an NGO that was concerned about the welfare of the country.
"I feel it is a breach of human rights, this is all abuse of power and is being instructed at the higher level. The thing is, we've got nothing to hide. We're just concerned because crime happens and it is not political, it does not care who we are.
"If you want, just call us up, record our statements. Please don't plant SBs on the people who are trying to help you reform," he added.
Sanjeevan reiterated the call for the current IGP Ismail Omar to meet them in person in order for them to work together and share information. - FMT

dollah yankee

dollah yankee

dollah yankee


Ini baru lah Kah..Kah..Kah..!!!

Posted: 04 Dec 2012 04:02 AM PST

dollah yankee -
DI-SINI agak melucukan bila cerita ini dibawa. Gurkah-gurkah politik disini cuma nak tanya pembaca sekalian "PERNAH TENGOK MACAM MANA JIN SHAMSUDIN PEGANG PEN BILA NAK MENULIS?!"
Kah..Kah..Kah..

Rembat,jangan tak rembat !

Posted: 04 Dec 2012 03:07 AM PST

Mula-mula dia (menteri) ambil. Lepas tu bagi pula dekat bini dia, lepas bagi dekat bini, bagi pula dekat anak dia. Lepas tu bagi pula dekat adik, abang, adik ipar, pak sedara, anak 'menakan' dan sedara-sedara yang terdekat. Macam tu lah pusingan berjalan selama 50 tahun.

"Jangan bekerja untuk saya,tapi bekerja lah bersama-sama saya!".
Kah..Kah..Kah.. last-last dia sapu semua! 

Terkejut? Apa yang nak terkejut! itu ada lah perkara biasa di negara ini yang dipanggil 'boleh land'.


Oleh Mohd Farhan Darwis
December 04, 2012
KUALA LUMPUR, 3 Dis — PKR hari ini mendakwa keluarga bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi terlibat dalam pembekalan meter melalui program penggantian meter analog kepada elektronik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Pengerusi Biro Pelaburan PKR, Wong Chen berkata, syarikat Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd yang dimiliki Noor Asiah Mahmood, adik kepada isteri pertama Abdullah, Allahyarhmah Tun Endon Mahmood, memiliki 15 peratus pegangan saham dalam Malaysian Intelligence Meters Sdn Bhd, salah sebuah daripada lima syarikat yang membekalkan meter elektronik tersebut kepada TNB.
Beliau turut berkata, program yang dihentikan sementara waktu atas arahan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pada Oktober lalu menunjukkan pengguna akan membayar sebanyak RM6.88 bilion kepada keuntungan TNB dalam tempoh 10 tahun.
"Kajian kami menunjukkan TNB mempunyai 8.03 juta pengguna sekarang ini dan harga purata setiap meter berharga RM250.
"Justeru itu, program ini berpotensi mencapai sehingga RM2 bilion.

"Untuk tahun kewangan 2012, hasil TNB daripada semua pengguna adalah RM34.4 bilion.
"Jika meter elektronik ini memberi peningkatan konservatif dua peratus, beban tambahan pengguna adalah sebanyak RM688 juta setahun.

dollah yankee - Bukan yang tu saja,banyak lagi depa dah 'gagau'!

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


ANWAR MEMANG PEMIMPIN YANG BERANI...BUKAN PENAKUT KONTOT MACAM NAJIB!!

Posted: 04 Dec 2012 07:27 PM PST

SATU LAGI KEJAYAAN NEGERI SELANGOR (PR)...AES MULA DITURUNKAN...

Posted: 04 Dec 2012 12:59 AM PST


Di persimpangan Puchong/Putrajaya/SKVE menghala ke Kajang....Hehe!!

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


RAKYAT MALAYSIA BOIKOT RESTORAN McD HANYA HANGAT-HANGAT TAHI AYAM JER!!!!!!

Posted: 04 Dec 2012 09:09 PM PST


Apakah begitu mudah sekali sejuk dan lemau semangat warga kita?

Begitu mudah lupa sengsara warga Palestine yang dibunuh secara kejam termasuk kanak-kanak yang tidak berdosa oleh rejim Israel Yahudi Laknatullah?

Benarlah kata-kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bab ini...MELAYU MUDAH LUPA.

Bila berlakunya gencatan senjata antara Israel dan Hamas bukannya beerti kita perlu lakukan perkara yang serupa dalam kerja jihad kecil memboikot Restoran McDonald.

Apabila ibu bapa Cina turun ke jalan raya bersama kanak-kanak

Posted: 04 Dec 2012 09:07 PM PST

Oleh Lim Hong Siang
Saya masih ingat betapa terpegunnya diri saya apabila melihat ibu bapa Melayu membawa anak mereka ke jalan raya untuk berdepan dengan FRU. Padahal saya mengenali aktivis Gerakan Mansuhkan ISA, Nashita Md Noor dalam satu demonstrasi di KLCC pada tahun 2006, ketika anak perempuannya menangis dalam pelukannya setelah menyaksikan keganasan polis yang melampau. Saya mengandaikan ia sebagai "amali demokrasi" untuk anaknya, sebelum didedahkan kepada teori.


Namun pengamatan saya mendapati ramai yang tidak merestui perbuatan ini, khususnya Cina. Selain tuduhan kerajaan bahawa demonstran memperalatkan anak mereka sebagai benteng, ada juga pandangan bahawa ibu bapa amat tidak bertanggungjawab kerana mendedahkan anak mereka kepada risiko. Sesetengah orang yang berpandangan sedemikian tidak berani untuk mengutuk salahlaku polis, sebaliknya mempersalahkan mangsa keganasan polis. Logik sedemikian lagi terpegun buat saya - masyarakat ini tidak lagi mengutuk peragut, sebaliknya mempersalahkan mangsa kerana memakai beg tangan bertali - kononnya memberi kesempatan kepada penjenayah. Beberapa tahun kemudian Nashita diundang menjadi kolumnis MerdekaReview. Saya mencadangkan agar beliau menulis mengapa dirinya sanggup membawa anak yang kecil ke jalan raya, sungguhpun menyedari risikonya. Akhirnya saya mendapat tajuk artikel berbunyi, "Anak dibawa turun ke jalan raya kerana yakin peserta bukan perusuh!"
Read More / Baca Lagi >>

Umno ‘munafik’ anti-Israel sokong Palestin

Posted: 04 Dec 2012 09:06 PM PST

Oleh SAFAR JUMAAT
UMNO usah berpura-pura bila melahirkan rasa simpati terhadap apa yang sedang berlaku di Gaza sekarang. Apakah mudah sesiapa melupakan apabila Persidangan NAM di Kuala Lumpur tidak lama dahulu, Malaysia telah mengiktiraf Fatah sebagai wakil rasmi Palestin sedangkan, wakil Hamas yang hadir tidak diberi peluang untuk menyampaikan ucapan.

Amerika Syarikat, EU, Rusia dan PBB memang tidak senang dengan Hamas, tetapi pendirian Malaysia yang mengiktiraf Fatah, seolah-olah menjadi talam dua muka dalam penderitaan yang berlaku di Gaza. Malaysia masih meneruskan perdagangan minyak kelapa sawit dan getah dengan Israel. Hubungan dengan Apco dan pasukan kriket Israel yang dibenarkan datang ke Malaysia menyebabkan umat Islam yang bersimpati dengan penderitaan rakyat Palestin kecewa!
Hari ini, Umno seolah-olah mahu bersendirian mengatakan mereka amat bersimpati dengan apa yang berlaku di Gaza. Beberapa hari sebelum gencatan senjata, Sekolah Shati, di Khen Yunis, Gaza Selatan dibedil Israel, ketika mereka tahu di situlah rakyat Palestin berlindung. Tentera Israel terus mara ke Al-Zaytoun. Kem pelarian di bom. Sepuluh hari pertama, lebih 600 orang maut dan 3,000 cedera, termasuk kanak-kanak dan wanita.
Read More / Baca Lagi >>

Najib taja program indie ‘beli jiwa’ anak muda

Posted: 04 Dec 2012 09:05 PM PST

Oleh RAYUSA
INDIE adalah singkatan perkataan independent (bebas), iaitu trend yang dilihat dalam muzik, filem dan budaya kecil yang berkembang pada akhir kurun ke-20.
Pengertian yang lebih umum baginya adalah untuk lebih bebas daripada arus perdana. Ia semakin dikaitkan dengan budaya kecil yang ditafsirkan melalui hubungannya dengan muzik, fesyen, tabiat, dan kepercayaan.

Budaya indie adalah cara hidup yang menurut gaya masyarakat yang dianggap secara sedar menyimpang daripada arus perdana. Satu kepercayaan yang sekata dalam budaya indie adalah anti-establishment. Pengaruh utama bagi budaya indie terhasil daripada medan muzik indie yang dihubungkan dengan budaya buat sendiri (DIY) dalam seni. Banyak pengikut budaya indie dikaitkan dengan senario medan muzik, dan seni bebas tempatan.
Sejak kemunculannya pada awal 1980-an, semakin ramai remaja tertarik dengan kepercayaan dan budaya indie. Seperti budaya kecil sebelumnya, budaya indie telah menjadi sebahagian budaya remaja arus perdana, dalam sesetengah cara mencapai status pengikut yang pada awalnya ditolak. Pada 2000-an, budaya indie telah bercampur dengan budaya kecil lain seperti alternatif, punk, hipster, sekolah seni, hippie, grungers, dan gaya hidup M.
Rock indie meletakkan dirinya sebagai genre muzik pada 1980-an apabila kumpulan seperti Pixies dan Sonic Youth yang tidak pernah mencapai kejayaan besar dalam aliran utama, mencapai tahap kepujian kritikal dan pengikut kultus dalam kalangan kumpulan peminat bagi alternatif atau muzik yang tidak bersama label utama.
Read More / Baca Lagi >>

Umno-BN gagal urus kerajaan Terengganu

Posted: 04 Dec 2012 09:04 PM PST

TAHUKAH anda, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu di bawah pentadbiran Menteri Besarnya, Dato' Seri Ahmad Said telah pun membelanjakan hampir RM10 bilion wang rakyat dalam tempoh satu penggal pemerintahannya.

Beliau yang dikenali dengan panggilan 'Mat Said' sebenarnya bukanlah MB pilihan rakyat mahu pun kehendak wakil-wakil rakyat BN. Ini kerana, pada awal pelantikannya sebagai MB Terengganu bagi menggantikan mantannya, Dato' Seri Idris Jusoh yang tidak mendapat perkenan Sultan Terengganu penuh dengan kontroversi.
Terengganu yang sememangnya kaya dengan hasil minyak (petroleum dan gas) boleh memperkayakan kroni-kroni pemimpin yang menerajui negeri dengan cepat dan mudah.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanggol, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah menempelak kerajaan Umno-BN Terengganu yang dipimpin oleh Ahmad 'menumpukan' pelbagai projek kepada sebuah syarikat yang bernama Teluk Kalong Construction Sdn Bhd.
"Sebuah syarikat yang bernama Teluk Kalong Construction Sdn Bhd kepunyaan 'Ah Gu' orang kanan Ahmad Said, macam-macam projek yang dia (Ahmad Said) beri, bukan satu bukan dua… banyak.
Read More / Baca Lagi >>

Kesilapan bodoh disengajakan UMNO-MCA

Posted: 04 Dec 2012 09:03 PM PST


KUALA LUMPUR, 5 DISEMBER: Pemimpin UMNO dan MCA silap besar kerana melakukan 'auta' terang-terangan apabila kenyataan mereka yang memburukkan kewibawaan DAP saling bercanggah antara satu sama lain.
UMNO juga mengugut dengan mendakwa orang Melayu akan hilang kuasa dan ditindas jika mereka mengundi DAP, begitu juga dengan pemimpin MCA pula mengugut orang Cina.
Perkara itu menimbulkan persoalan, adakah mereka sengaja berbuat demikian untuk membodohkan rakyat atau dua parti terbabit sememangnya saling bermusuhan.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan berkata, Najib dan pemimpin BN yang lain tidak lagi boleh memperbodohkan rakyat kerana mereka kini mempunyai akses kepada pelbagai saluran maklumat alternatif terutamanya melalui media internet.
Sambil menganggap tindakan UMNO dan MCA itu sesuatu yang memalukan, Kit Siang dengan nada menyindir berkata, mereka sepatutnya menyusun dan menyelaraskan perbezaan untuk menghasilkan satu "penipuan besar ke atas DAP".
Read More / Baca Lagi >>

Hakim Perancis mahu rekod penuh kes Altantuya: Dia adalah KAITAN UTAMA

Posted: 04 Dec 2012 08:59 PM PST

Hakim Perancis mahu rekod penuh kes Altantuya: Dia adalah KAITAN UTAMAHakim penyiasatan Perancis yang mendengar kes Scorpene di Paris telah memutuskan bahawa pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu ada berkait rapat dengan penglibatan kerajaan Malaysia dalam pembelian dua kapal selam dari DCNS. Mereka mahu menyiasat penglibatannya dalam perkara ini dalam usaha mendapatkan maklumat mengenai dakwaan rasuah yang dibangkitkan terhadap DCNS.
Hakim penyiasatan Perancis telah meminta rekod perbicaraan pembunuhan Altantuya dan mungkin akan datang ke Malaysia, di mana dia telah dibunuh, jika mereka menganggapnya perlu untuk berbuat demikian, jelas Apoline Cagnat, salah seorang peguam Perancis yang bertindak bagi pihak kumpulan aktivis Malaysia SUARAM.
Cagnat mendedahkan maklumat ini kepada Ahli Parlimen Malaysia pada hari Selasa dalam taklimat yang terpaksa diadakan di Singapura. Pasukan undang-undang SUARAM telah dijemput oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi taklimat di Parlimen Malaysia tetapi mereka tidak dibenarkan berbuat demikian oleh pentadbiran Najib.
Ironi
Read More / Baca Lagi >>

Janggalnya gaya sumpah orang Umno!!!

Posted: 04 Dec 2012 08:52 PM PST

Inilah gambar  ketika ucapan penggulungan PAU 2012 semalam,  dimana Najib sedang mengetuai ahli-ahli Umno melafazkan sumpah setia, sehidup semati dengan menggenggam  buku lima dan meletakkan di dada sebelah kiri.
Nampak agak janggal gaya sumpah parti cap keris telanjang ini, kerana  belum pernah dibuat oleh mereka sebelum ini.  Kata orang apabila seseorang itu  berkelakuan pelik, itu buang tabiat namanya ! Buang tabiat ini biasanya tanda-tanda orang nak mati. Barang kali betul,, Umno dah nak mati!!  Kita tunggu dan lihat apa yang berlaku selepas PRU 13 nanti !!  Umno masih bernyawa atau terus padam!
 
Oleh : rahimothman

Najib chided for AMAZING SILENCE over Deepak bombshells

Posted: 04 Dec 2012 08:42 PM PST

Najib chided for AMAZING SILENCE over Deepak bombshellsDespite the extensive coverage to the latest allegations on prime minister Najib Razak and his wife by a businessman, the UMNO president refused to clear his name at the party's 66th annual general assembly.
PAS information chief Tuan Ibrahim Tuan Man said by ignoring the matter, Najib had allowed a good opportunity to clear his name to go to waste.
"The people were waiting for PM's response in his winding speech, but he did not even touch the subject. Had the opportunity been taken give an explanation, it would reach many as his speech was given such wide coverage," he said.
He opined that Najib's silence only fuelled suspicion at the same thing giving credibility to the allegations.
Carpet dealer Deepak Jaikishan spoke to several media recently on his relationship with Najib's family and his involvement in getting a witness in the murder case of Altantuya Shaariibuu, private investigator P Balasubramaniam, to retract his statutory declaration claiming Najib's personal involvement in the saga.
Read More / Baca Lagi >>

Habibie guru demokrasi rantau ini

Posted: 04 Dec 2012 08:41 PM PST

Presiden Ketiga Indonesia, B.J. Habibie yang kini berada di Malaysia memenuhi beberapa undangan untuk menyampaikan ceramah adalah antara tokoh pemimpin terhebat di rantau ini.

Beberapa hari lalu, beliau menyampaikan ceramah di Pulau Pinang dan esok (Khamis) akan menyampaikan pidatonya di Dewan Pro Canselor Unisel, Shah Alam.

Beliau memberi fokus ceramahnya mengenai transisi Indonesia ke dunia demokrasi iaitu sesuai dengan peranan beliau mengubah Indonesia menjadi negara demokrasi.

Nama penuhnya Bacharuddin Jusuf Habibie  adalah presiden ketiga Republik Indonesia. Lahir di Pare-Pare, Sulawesi Selatan, pada 25 Jun 1936.

Bayangkan, dalam tempoh singkat memegang jawatan Presiden Indonesia – 21 Mei 1998 hingga 20 Oktober 1999 – beliau telah berjaya membuka gerbang demokrasi seluas-luasnya di negara 240 juta rakyat itu.

Ini tentunya sangat luar biasa, justru beliau digelar sebagai Guru Demokrasi di rantau ini.

Walaupun dalam masa yang singkat sebagai presiden, namun B.J. Habibie telah:

1)  Memberi kebebasan pada rakyat untuk menyalurkan aspirasi mereka sehingga banyak bermunculan partai-partai politik baru yakni sebanyak 48 partai politik.

2) Membebaskan tahanan politik dari NGO (Napol) seperti Sri Bintang Pamungkas dan Mochtar Pakpahan.
Read More / Baca Lagi >>

Selangor turunkan kamera AES Jumaat

Posted: 04 Dec 2012 08:40 PM PST

Exco Selangor Ronnie Liu berkata pihak berkuasa terbabit pada hari Jumaat ini akan menurunkan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik yang dipasang di negeri itu.
"Saya akan maklumkan masanya kepada pemberita," kata Liu yang bertanggungjawab ke atas kerajaan tempatan.

Kamera perangkap laju itu dipasang di kilometer 6.6 Lebuhraya Lembak Kelang Selatan (SKVE) dan di kilometer 301.6 di Lebuhraya Utara Selatan.

Liu turut mempersoalkan satu gambar yang didakwa menunjukkan pekerja menurunkan kamera berkenaan di SKVE, yang beredar di ruang Internet.

"Ianya palsu. Ia mungkin (dirakam) ketika mereka memasang (kamera) tersebut. Saya sudah hantar orang untuk periksa dan kamera itu masih ada," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Mengenali Abdul Hadi Awang

Posted: 04 Dec 2012 08:39 PM PST


Masa depan adalah milik mereka yang telah mempersiapkan diri untuknya dari saat ini - peribahasa Afrika

Mukadimah



YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah seorang tokoh dengan permulaan latar belakang yang biasa. Beliau dilahirkan dan dibesarkan dalam sebuah keluarga ulama di Kampung Rusila berhampiran pantai Marang, Terengganu; sebuah kampung nelayan yang membentuk diri beliau hari ini.

Beliau memperolehi ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan menyambung pelajaran di peringkat Sarjana dalam Sains Politik Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Beliau adalah Menteri Besar Terengganu bagi tahun 1999-2004 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang serta Ahli Parlimen Marang sejak beberapa dekad yang lalu.

Beliau kini merupakan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS).


Tokoh ulama dan negarawan

Read More / Baca Lagi >>

Abd Rahman : Tun M patut dipersalah jika Melayu P Pinang mundur

Posted: 04 Dec 2012 08:38 PM PST


PULAU PINANG: Bekas Perdana Menteri, Tun  Dr Mahathir adalah orang yang paling bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah Melayu Pulau Pinang jika benar Umno dan Barisan Nasional (BN) ikhlas mahu menolong mereka.

Bekas Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin (gambar)  berkata, Dr Mahathirlah orangnya yang mendedahkan mengenai masalah Melayu Pulau Pinang ketika beliau melawat Tanjung To' Kong dahulu.

"Siapa yang mula buat cerita tentang peminggiran orang Melayu.  Setahu saya ia berlaku sejak di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Takut debat, Najib kerah anak muda serang ceramah Pakatan – Anwar

Posted: 04 Dec 2012 08:37 PM PST

KUALA LUMPUR 5 Dis: Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Perdana Menteri yang penakut diajak berdebat tetapi menggunakan anak muda untuk menyerang beliau dan mengganggu ceramah Pakatan Rakyat.
"Najib (Razak) tak berani debat dengan saya. (Dia) suruh pula Ketua Pemuda Cawangan Umno Gombak turun untuk lawan saya. Penakut!" katanya ketika berucap pada Ceramah Merdeka Rakyat di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2, Gombak malam tadi.
Sekumpulan samseng Umno yang sebahagiannya didakwa pesilat menyerang dengan membuat bising dan melontar kata-kata kesat semasa ceramah berlangsung.
Dalam serangan itu, sekurang-kurangnya dua penyokong Pakatan Rakyat cedera.
Read More / Baca Lagi >>

Serang JMR Gombak : SMS provokasi beberapa hari sebelum serangan

Posted: 04 Dec 2012 08:34 PM PST

 
KUALA LUMPUR: Serangan sekumpulan samseng terhadap ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi didakwa didahului dengan penyebaran khidmat pesanan ringkas SMS 'berupa arahan' beberapa hari sebelumnya.

SMS itu didakwa menyatakan arahan supaya membantah kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program yang diadakan di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di sini malam tadi itu.

Perkara itu turut disahkan Timbalan Ketua Cabang PKR Gombak, Amirudin Shari dalam kenyataan kecamannya terhadap serangan itu pagi ini.

"Beberapa hari sebelum program, pimpinan Pakatan Rakyat Gombak telah dimaklumkan bahawa terdapat pesanan ringkas (SMS) yang berlegar  untuk menggesa Pemuda Umno Gombak turun untuk menghalang program yang akan berlangsung berlangsung,a' katanya.

Ekoran itu, sebagai langkah keselamatan katanya, pihaknya khususnya kepimpinan Pakatan Rakyat Gombak telah membuat satu laporan polis pada 3 Disember 2012 di Balai Polis Gombak bagi mengelakkan hal yang tidak diingini berlaku.
Read More / Baca Lagi >>

Kuah pun kuah lah, kuah daging rasa daging juga

Posted: 04 Dec 2012 08:30 PM PST

Kalau dikaji dan diselidik secara 'pragmatic' BN tidak mungkin dapat bertahan dalam pilihanraya kali ini. Selalu saya berkata setiap perubahan itu mesti bersebab. Dalam kes UMNO ini parti itu telah hilang keyakinan dari rakyat dan sedang berada di dalam krisis keyakinan yang amat parah. UMNO semakin dalam masalahnya dan sukar untuk memperbetulkannya. Kesalahannya ialah kerana terlalu lalai dan tidak mahu membetulkan keadaan semasa masalah belum sampai ketahap ini. Dr Mahathir telah membiarkan pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab berada di pesada kepimpinan sehinggakan sekarang ini UMNO sarat dengan pimpinan seperti itu.
Semasa Dr Mahathir meletakkan jawatan UMNO sudah tersedia dengan masalah besar yang menunggu masa sahaja akan meletup. Perletakkan jawatan Dr Mahathir sememangnya tepat pada masanya kerana jika Dr Mahathir mengambil masa yang lebih sedikit sebelum bersara beliau sendiri akan melalui zaman malap ini. Abdullah Badawi mengambil tempat Dr Mahathir semasa UMNO sudah bersedia untuk menghadapi masalah besar, tetapi beliau cepat-cepat mengadakan pilihanraya sebelum tembelang busuk UMNO itu pecah dan merebak.
Read More / Baca Lagi >>

DEBAT TERBUKA WANITA MALAYSIA - 13-Mei-1969 & Perpaduan Nasional

Posted: 04 Dec 2012 08:23 PM PST


Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Pusat
CADANGAN DEBAT TERBUKA WANITA MALAYSIA
Antara
Ketua Muslimat PAS Malaysia
Dengan
Ketua Wanita UMNO Malaysia
ATAS ISU TRAGEDI 13 MEI 1969 & PERPADUAN NASIONAL

Dewan Muslimat PAS Pusat mengambil serius berhubung satu kenyataan dan ucapan oleh Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia di Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO Malaysia 2012 bertempat di PWTC pada 28 November 2012 yang lalu di hadapan khalayak awam dan disebarkan juga di media-media cetak dan elektronik dalam negara.

Dalam ucapan beliau pada hari tersebut, beliau antaranya menyatakan bahawa :-
"..Terdapat pelbagai kemungkinan implikasi yang boleh difikirkan, tetapi sesuatu yang paling menakutkan ialah sekiranya parti kita menjadi parti yang tidak lagi relevan dan ditolak rakyat. Kita mesti pertahankan ini dari berlaku dan sebab itulah kita perlu bangkit sekarang dengan penuh kesedaran bahawa kita memegang amanah untuk terus menjunjung bangsa dan mendaulatkan negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Bancian Online Sinar Harian Jam 12.00 T/Hari 5-12-2012

Posted: 04 Dec 2012 08:13 PM PST

Menjawab soalan cepumas DS Najib di AGM Umno, jika anda ahli Umno, pilihan anda:

Sokong penuh Umno meskipun tidak dipilih calon
 
7 % (870)
Masih sokong Umno meskipun tidak dipilih calon
 
3 % (338)
Tidak akan kerja masa PRU13
 
7 % (866)
Saya akan sabotaj Umno-BN
 
30 % (3691)
Saya akan lompat parti
 
53 % (6391)
Jumlah Undian: 12156

Susulan Perhimpunan Agung Umno 2012, jika anda seorang pengundi, parti pilihan anda?

Pas
 
93 % (14873)
Umno
 
7 % (1181)
Jumlah Undian: 16054

Susulan Perhimpunan Agung Umno 2012, jika anda seorang pengundi, perikatan pilihan anda?

Barisan Nasional
 
8 % (1303)
Pakatan Rakyat
 
92 % (14382)
Jumlah Undian: 15685

Anda yakin Barisan Nasional akan menguasai kembali kerusi 2/3 di Parlimen pada PRU13?

Saya yakin
 
7 % (1102)
Saya tidak yakin
 
88 % (13650)
Saya tidak pasti
 
5 % (758)
Jumlah Undian: 15510

RAKYAT MALAYSIA TOLAK BUDAYA POLITIK SAMSENG UMNO

Posted: 04 Dec 2012 08:01 PM PST

Saya mengecam sekeras - kerasnya tindakan provokasi dan budaya samseng yang dilakukan oleh Pemuda UMNO bagi mengganggu Program Jelajah Merdeka Rakyat ke Parlimen Gombak. Program ini berlangsung malam tadi, 4 Disember 2012 di Dataran Shaharudin Batu 8 1/2 Gombak.
Beberapa hari sebelum program, pimpinan Pakatan Rakyat Gombak telah dimaklumkan bahawa terdapat pesanan ringkas (SMS) yang berlegar  untuk menggesa Pemuda UMNO Gombak turun untuk menghalang program yang akan berlangsung berlangsung. Justeru itu, kepimpinan Pakatan Rakyat Gombak  telah membuat satu laporan polis pada 3 Disember 2012 di Balai Polis Gombak bagi mengelakkan hal yang tidak diingini berlaku.
Malangnya lebih 100 orang Pemuda UMNO hadir untuk melakukan provokasi bagi mengganggu ceramah yang berlangsung sehingga keadaan tegang dan berlakunya kekecohan di hadapan tapak ceramah. Rempuhan yang dibuat serta tindakan membaling batu yang dimulakan oleh Pemuda UMNO ini menggambarkan sifat dan budaya samseng yang telah lama berakar dalam UMNO. Tambah mengecewakan, seorang penyokong Pakatan Rakyat telah ditikam dengan senjata tajam.
Read More / Baca Lagi >>

JINGGA 13 Gesa Polis Siasat Insiden Serangan Di Gombak

Posted: 04 Dec 2012 07:58 PM PST

SHAH ALAM, 5 DIS : JINGGA 13 mengutuk keras tindakan tidak berakhlak dan bermoral yang didakwa dilakukan penyokong Umno-BN yang merusuh dan mengganggu ceramah Jelajah Merdeka Rakyat.
Kejadian malam semalam  di Batu 8 Gombak  ternyata melampaui batas sehingga mengakibatkan seorang petugas dicederakan menggunakan senjata tajam yang dipercayai kerambit.
Koordinator Penerangan Jingga 13 Malaysia, Mohd Rudey Abd Rahman berkata, tindakan terdesak didakwa didalangi Umno-BN menyebabkan penularan budaya politik samseng yang sebelum ini  berlaku di Johor dan Melaka.
Beliau berkata, polis perlu menyiasat dan mengheret mereka yang bertanggungjawab dan mendakwa mereka yang menjadi dalang ke muka pengadilan.
"Pimpinan Umno-BN harus dipertanggungjawabkan di atas insiden jenayah tersebut kerana mereka tidak akan berani bertindak sedemikian tanya didalangi atau diarah oleh pimpinan Umno-BN," katanya dalam satu kenyataan media.
Jelas beliau, tindakan terdesak ini dilihat seolah-olah mereka cuba memberi amaran kepada Pakatan Rakyat dengan amaran yang pernah dikeluarkan oleh Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang menghasut dan mengapi-apikan mengenai tragedi 13 Mei 1969.
"Inilah amalan 'assabiyyah' yang terus diamalkan di dalam Umno yang sanggup menzalimi orang lain berteraskan tiupan rasis dan kepuakkan yang melampau yang bertentangan dengan Islam.
"Inilah sikap sebenar Umno-BN yang perlu ditolah seluruh rakyat Malaysia yang mencintai keamanan," katanya.

ABU: Peristiwa 13 Mei Tidak Akan Berulang

Posted: 04 Dec 2012 07:56 PM PST

SHAH ALAM 5 DIS: Usaha Umno-BN menggunakan hasutan jahat seperti tragedi berdarah 13 Mei akan berulang kembali jika gagal memerintah Putrajaya menggambarkan betapa terdesaknya parti itu meraih kembali sokongan rakyat.
Pengasas gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim berkata, tragedi 13 Mei tidak akan berlaku seperti apa yang digambarkan Umno-BN kerana rakyat di negara ini semakin matang dan tidak hanya bergantung kepada satu saluran maklumat sahaja.
Katanya, Umno-BN tidak berubah dengan tradisinya mengeluarkan ucapan berbaur perkauman bagi menakutkan rakyat supaya memilih parti itu ketika Pilihan Raya Umum-13(PRU13) akan datang.
"Pada tahun 2009, isu kepala lembu..mereka (Umno-BN) nak lagakan Melayu dengan Hindu, Islam dengan bukan Islam,"dakwanya dalam temubual khas dengan TV Selangor.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil bahawa tragedi 13 Mei akan terjadi sekiranya Umno gagal ke Putrajaya ketika Persidangan Agung Umno baru-baru ini.
Katanya, rakyat kini tidak hanya bergantung kepada saluran media yang dikawal sepenuhnya rejim Umno-BN tetapi menggunakan media alternatif seperti internet, blog dan laman sosial facebook dan twitter.
Read More / Baca Lagi >>

ANOTHER 'CHICKEN-OUT' on the way: Tony dares Tee Yong to visit RM200mil S'gor BN land grab sites

Posted: 04 Dec 2012 07:56 PM PST

Datuk Chua Tee Yong has proven himself to be obsessed with "land scandals" especially in Selangor.
ANOTHER 'CHICKEN-OUT' on the way: Tony dares Tee Yong to visit RM200mil S'gor BN land grab sitesThe independent audit by the international reputable auditing firm, KPMG as well as the Selangor state government White Paper tabled at the latest state assembly sitting proving beyond doubt that the Government under the leadership of Tan Sri Khalid Ibrahim has collected back every single sen of the RM392 million debt oustanding from Talam Corporation.
These debts were incurred during the reign of Barisan Nasional (BN) and was never collected while BN was in power.
Despite the above, Datuk Chua is remarkably persistent in his jihad to find the elusive needle in the haystack to prove his RM1 billion non-existent land scandal in Selangor under Pakatan Rakyat.
Given his insatiable quest for "land scandals" in Selangor and the obvious need to lead the ineffective Selangor MCA leadership, I would like to offer the perfect opportunity to Datuk Chua to uncover the real land scandals in Selangor.
RM200mil Selangor BN land ROBBERY
I would like to invite Datuk Chua Tee Yong, the MCA "land scandals" and accounting expert, to jointly visit the 24 parcels of state land which which were given to Barisan Nasional component parties – UMNO, MCA, MIC and Gerakan – between 2000 and 2008. These pieces of land were transferred to BN parties for nominal sums despite being worth in excess of RM200 million.
Selangor Barisan Nasional component parties have been quick to defend the land-grab despite the obvious corruption, abuse of power and conflict of interests involved. Selangor UMNO Information Chief Abdul Shukor Idrus, who is also the state assemblyman for Kuang who argued that "what's wrong with giving the land to UMNO" as reward for the "contributions by UMNO in fighting for indepedence and developing this country".
MCA Selangor Secretary and ADUN for Kuala Kubu Baru, Datuk Wong Koon Mun agreed with his UMNO colleague, claiming that there's nothing wrong with alienating land to MCA, by comparing the political party to "temples and schools" which were also given land on the cheap.
Wong even added that the sites served as de facto centres for community life, including as community hall and even as schools and kindergartens, in lieu of purpose-built buildings.
Another dye-in-the-wool HYPOCRITE??
Read More / Baca Lagi >>

Calon PRU13: Muslimat Pas hantar 30 nama

Posted: 04 Dec 2012 07:55 PM PST


Siti Zailah Mohd Yusoff


RANTAU PANJANG – Dewan Muslimat Pas telah mengemukakan senarai 30 nama kepada pucuk pimpinan Pas untuk dipilih sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, kesemua mereka merupakan calon berwibawa serta difikirkan sesuai untuk turun gelanggang PRU13.
Menurutnya, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan pusat untuk meletakkan mereka di mana-mana kawasan yang difikirkan sesuai.
"Kita telah mengenal pasti calon-calon Muslimat berkelayakan untuk diletakkan sebagai calon pilihan raya umum tidak lama lagi.

"Lokasi serta calon yang dipilih kita serahkan kepada pimpinan pusat untuk membuat penentuan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Siti Zailah berkata, calon-calon berkenaan terdiri dari pelbagai latar belakang dan ada dalam kalangan mereka berusia sekitar 20-an.
Menurutnya, mereka merupakan golongan berpendidikan serta mampu menjadi seorang pemimpin.
"Ada dalam kalangan mereka juga golongan profesional seperti peguam serta doktor yang dirasakan benar-benar layak serta berwibawa.
"Keseluruhan lebih 30 calon yang disenaraikan ini adalah Muslimat dari seluruh negara," katanya.

Campurtangan Menteri KDN : Pemuda Pas desak tubuh jawatankuasa

Posted: 04 Dec 2012 07:52 PM PST


Pemuda Pas desak tubuh jawatankuasa
Suhaizan (tengah) bersama ahli Pemuda Pas Johor di hadapan Balai Polis Kluang.
 
SENAI - Pemuda Pas Johor mendesak jawatankuasa ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan, mengenai wujudnya campur tangan menteri dalam urusan polis.
Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, jika benar campur tangan berlaku, ia bertentangan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis 1967 di mana arahan serta kawalan anggota badan berkanun itu adalah di bawah KPN, bukan menteri.
"Sekiranya tuduhan ini benar, menteri bertanggungjawab wajib dihukum. Bagaimanapun, sekiranya ia palsu, wajarlah Tan Sri Musa dikenakan hukuman.
"Rakyat di negara ini mahu melihat polis bersih daripada unsur-unsur salah. Dewan Pemuda Pas Johor sudah membuat laporan supaya polis menyiasat kes ini dan jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasatnya," katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.
Difahamkan laporan polis itu dibuat Setiausaha Pemuda Pas negeri, Mahathir Mat Zili di Balai Polis Kluang, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Kes Aminulrasyid: Koperal Jenain bebas... 21 tembakan untuk hentikan kereta..!!!

Posted: 04 Dec 2012 07:50 PM PST


SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menerima rayuan Koperal Jenain Subi dan membebaskan dia daripada hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya pada September 2011 berhubung kes menembak mati remaja lelaki berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah dua tahun lalu.
Aminulrasyid Amzah Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempertimbangkan rayuannya memutuskan demikian selepas mendapati Jenain, 49, tidak mempunyai niat untuk membunuh remaja berkenaan tetapi tujuan utamanya hanya untuk menghentikan kenderaan dipandunya.
Jenain yang bertugas di Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi, 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda.
Pertengahan September lalu, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid.
Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepala.
Ketika menjatuhkan hukuman September 2011, Hakim Latifah Mohd Tahar memutuskan bahawa penggunaan senjata oleh Jenain, yang berakhir dengan 21 tembakan, satu tindakan keterlaluan dan tidak wajar untuk menghentikan kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid.
Latifah membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.