Selasa, 4 Disember 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Mampukah PKR tewaskan Shafie di Semporna?

Posted: 04 Dec 2012 06:05 PM PST




REBUT…Nazmahwati (kanan) Vs Dr Zamri (kiri) bakal 'berebut' Calon Parlimen Semporna untuk menentang Shafie Apdal.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

KEMUNCULAN muka-muka baru dalam dunia politik Pakatan Rakyat, terutama Parti KeAdilan Rakyat (PKR) di Semporna agak mengelirukan kepada para penyokong setempat.

Mengimbau sejenak senario politik di Semporna yang pernah menggemparkan ahli-ahli UMNO dan penyokong parti-parti komponen BN apabila muncul wanita muda berusia 30-an yang bercita-cita besar untuk menentang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Parlimen Semporna pada PRU-13.
Cita-cita yang begitu tinggi telah menjadi tandatanya di kalangan rakyat Semporna kerana mereka curiga bagaimana wanita muda ini mampu menumbangkan Naib Presiden UMNO yang menjadi 'Qarun; di zaman pemerintahan UMNO setelah menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang menjadi lubuk emas dan telah menjadi Ahli Parlimen Semporna selama tujuh penggal itu.

Wanita muda yang dimaksudkan itu ialah Nazmahwati Walli iaitu Ketua Sri Kandi PKR Cabang Semporna yang menawarkan diri untuk bertanding pada PRU 13 atas tiket PKR bagi menentang 'suami' artis terkenal, Shafie Apdal.

Kemunculan Nazmah dalam arena politik, khususnya PKR Cabang Semporna memang mendapat sokongan 70 peratus daripada penduduk-penduduk yang tinggal di pesisiran pantai dan kepulauan yang telah diabaikan oleh ADUN-ADUN BN/UMNO dalam segala segi termasuk prasarana dan hak asasi.

Penulis yang terus mengikuti perkembangan dan perjalanan politik PKR di Semporna menyaksikan sendiri kenapa semangat Nazmah membuak-buak setelah melihat kecurangan yang dilakukan oleh semua Wakil Rakyat UMNO di Semporna.

Namun semangat Nazmah mungkin terhalang kerana muncul beberapa pesaing yang menawarkan diri untuk mewakili Pakatan Rakyat kerana masing-masing mempunyai niat yang berlainan kerana walaupun tidur sebantal, tetapi mimpi lain-lain.

Antara calon yang digelar pengacau daun termasuklah Dr Zamri Habi yang cuba menangguk di air keruh dan menahan lukah di pergentingan sehingga berusaha untuk meminggirkan mereka yang telah berjuang mengorbankan wang ringgit, masa dan kesetiaan selama ini seperti Nazmah.

Dalam hal ini, sebaiknya Zamri mengelakkan perpecahan berlaku dalam PKR Semporna dengan menawarkan diri bertanding menentang Datuk Nasir Tun Sakaran, Datuk Ramlie Marhaban atau Datuk Herman; dan membiarkan Nazmah bertanding menentang Shafie Apdal.

Mungkin rakyat Sabah curiga dan bertanya mampukah Zamri atau Nazmah menumbangkan Shafie yang sudah terlalu banyak menabur bakti dan 'wang' kepada seluruh rakyat Semporna selama 7 penggal; terutama agehan projek pembangunan yang menjadi buruan Ketua Cawangan, kontraktor dan majoriti pengundi?

Majoriti pengundi tidak yakin Zamri akan menolak tawaran jutaan ringgit yang mungkin ditawar Shafie agar menarik diri (sudah menjadi lumrah kepada calon pembangkang di Semporna); tetapi mereka cukup yakin Nazmah tidak mampu dibeli dengan wang ringgit atau projek oleh Shafie.

Apapun terpulanglah kepada kebijaksanaan pengundi Semporna sama ada mahu mengekalkan BN/UMNO terus bertapak di Semporna sehingga beberapa generasi 'Sikubung' akan datang atau menukar baju baru?

Musa Hassan pernah salahguna kuasa

Posted: 04 Dec 2012 02:17 AM PST




PERTAHAN.....Ramli turut mempertahankan pengganti Musa, Tan Sri Ismail Omar, dan berharap Ismail diberikan peluang membuktikan keupayaannya.
Oleh : MD IZWAN

KUALA LUMPUR : Tan Sri Musa Hassan pernah menyalahgunakan kuasanya semasa memegang jawatan Ketua Polis Negara (KPN) dan bersubahat dengan Peguam Negara (AG) menggugurkan satu kes jenayah melibatkan dirinya pada 2006, kata bekas rakan setugas dan pesaingnya Datuk Ramli Yusuff.
Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) memberi respon kepada dakwaan bekas KPN dalam sidang media minggu lalu, di mana Musa menuduh Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara menteri dan ahli politik yang campur tangan dengan urusan polis.
"JSJK pernah menangkap seorang penjenayah bernama Goh Cheng Poh@Tengku Goh pada Disember 2006. Tengku Goh membuat afidavitnya dan membabitkan nama Musa Hassan.
"Kemudiaan, saya serahkan kepada pejabat AG, namun tidak difailkan di mahkamah mengakibatkan permohonan habeas corpus oleh Tengku Goh dibenarkan dan dibebaskan," kata Ramli kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi.
Polis veteran bersara itu menjadi pengkritik lantang Musa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang beliau menyalahkan kedua-duanya kerana meletakkan dirinya di kandang tertuduh atas tuduhan rasuah pada tahun 2007, di mana beberapa media arus perdana mensensasikan sebagai kes 'Polis RM27 juta'.
"Sebaliknya, AG mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mendapatkan fail sulit berkenaan kes ini dan memburu pemberi maklumat untuk mengubah keterangan asal mereka," kata Ramli, yang pernah menjadi orang nombor tiga dalam pasukan polis.
Apabila ditanya apakah bukti untuk menyokong tuduhan itu, Ramli berkata "Kalau apa yang saya katakan tidak betul, saya bersedia dikenakan tindakan undang-undang oleh Musa atau Gani. Berani kerana benar."
Ramli turut mempertahankan pengganti Musa, Tan Sri Ismail Omar dan berharap Ismail diberikan peluang membuktikan keupayaannya.
"Persepsi buruk bermula daripada zaman Musa Hassan. Tan Sri Ismail Omar sedang berusaha memperbaiki imej tersebut," kata Ramli merujuk kepada persepsi buruk dikalangan orang ramai terhadap pasukan polis.
"Pada saya, tidak adil lah jika Musa berterusan menyerang IGP sekarang."
Ramli mendakwa kritikan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Musa dan kerajaan bukanlah perkara baru menurut Ramli kerana bekas KPN itu sebelum ini pernah melakukan perkara sama.
"Dia mula menjadi vokal dan mengkritik kerajaan semasa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin mengumumkan dia tidak dilanjutkan perkhidmatannya," kata Ramli yang mengganggap ia sebagai punca ketakpuashatian Musa.
Musa bertugas sebagai KPN selama lebih tiga tahun sebelum bersara pada 13 September 2010 selepas kes rasuah ditutup pada Julai 2007 kerana kurang bukti.
Dalam kenyataannya minggu lalu, Musa mendakwa keenggannya mengikut arahan Hishammuddin adalah antara salah satu punca beliau tidak dilanjutkan kontrak sebagai KPN.
Pasukan polis dan beberapa agensi penguatkuasaan berada dibawah portfolio menteri dalam negeri.
"Apabila saya mendapati arahan yang diberikan kepada pegawai baru dan OCPD (Ketua Polis Daerah) tanpa pengetahuan saya, jadi pastinya suatu yang salah berlaku.
"Jadi saya tekankan kepadanya Sesyen 4(1) Akta Polis... arah dan kawal dalam pasukan polis adalah hak KPN, bukan seorang menteri. Saya beritahu dia secara baik, tapi dia tidak suka.
"Sebab itu (jawatan) saya tidak disambung," dakwa Musa dalam sidang akhbar dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), sebuah pemantau bukan kerajaan (NGO) yang mengakui mereka akan "mencabar sebarang statistik yang dikeluarkan oleh PDRM".
NGO tersebut mendakwa mereka mempunyai statistik jenayah 'sebenar' daripada pasukan polis yang dituduh mereka telah 'dimanipulasi' sebelum dikeluarkan kepada orang awam.
MyWatch juga mengakui mereka memiliki bukti melibatkan pegawai atas polis dengan kumpulan bawah tanah.
Mereka merancang untuk mendedahkannya secara berperingkat, bermula minggu depan jika PDRM masih enggan bekerja dengan mereka.
Musa juga memetik Seksyen 4 (1) Akta Polis, yang menyatakan arahan polis hanya perlu datang dari KPN, yang akan bertanggungjawab terhadap arahan tersebut.
Beliau berkata bahawa arahan dan kawalan ke atas pasukan polis perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya pada KPN, sambil menambah bahawa tiada individu lain harus diberikan hak sama demi untuk semak dan imbang dalam sistem.
Beliau turut mengkritik penggantinya, Ismail sebagai seorang pegawai yang hanya mengikut perintah kepada ahli politik yang berpengaruh. (MKINI)

Dulu Musa Hassan minta SB 'follow' seseorang,, hahaha sekarang SB 'follow' dia pulak ...

Posted: 04 Dec 2012 12:18 AM PST


PETALING JAYA: Ironic as it may sound, former inspector-general of police Musa Hassan has claimed that he is being tailed by special branch officers.
This followed his controversial press conference last week, where he claimed that criminal elements had infiltrated the police force and revealed that politicians interfered with investigations.
Apart from him, Musa said that R Sri Sanjeevan from the NGO My Watch which organised the press conference was also being tailed. Musa is the patron of the newly-formed NGO.
"To me it's funny lah. Why must you put me under surveillance? As if I am a threat to security.
"I would like to advise them not to follow me lah. I won't destroy the nation, that's number one. Number two, I think you have better work to do, like following criminals, who are really jeopardising the safety of the public," the former IGP told FMT.
"So I think it is stupid of them [to follow us], wasting the rakyat's money. If you want anything just call me, I'll tell you everything," he added.
On how he found out, Musa said:"Of course I know who is following me but I didn't want to confront them. Don't want to embarrass them. Of course they ran away when they saw me."
Asked why he was being tailed, Musa shrugged and replied: "I don't know, probably instructions from up top. Maybe the IGP himself, I don't know."
Musa said that although in the past he had been tracked by syndicates and tontos "plenty of times", this was his first time being followed by a policeman.
"Never by policemen, but by syndicates and tontos you know, who want to know my movements. I still remember when I was in the drugs unit. That's why whenever I got out of the house, I would never follow the same route for fear that people might either follow me or ambush me and all that. We must be aware of my environment, being a trained police officer, you know," he added.
While Musa said he did not feel threatened, Sanjeevan admitted that he was slightly more rattled.
"From the day we held that press conference, we have been followed. The same face, the same cars are around here. The cracking sounds on my phone…," he added.
Sanjeevan said that there was no reason for the police to resort to these "harassing" tactics as MyWatch was merely an NGO that was concerned about the welfare of the country.
"I feel it is a breach of human rights, this is all abuse of power and is being instructed at the higher level. The thing is, we've got nothing to hide. We're just concerned because crime happens and it is not political, it does not care who we are.
"If you want, just call us up, record our statements. Please don't plant SBs on the people who are trying to help you reform," he added.
Sanjeevan reiterated the call for the current IGP Ismail Omar to meet them in person in order for them to work together and share information. - FMT

Tiada ulasan: