Nuffnang

Pengikut

bumiperak

0
sumber :-

bumiperak


Israel bedil lebih 950 peluru ke Gaza sehingga sabtu lalu

Posted: 18 Nov 2012 06:21 AM PST

 An explosion and smoke are seen after Israeli strikes in Gaza City

 Palestinian youths attend a rally held in the refugee camp of Ain el-Helweh on the outskirts of the southern Lebanese city of Sidon
 Palestinians inspect the rubble of a destroyed house after an Israeli airstrike next to a mosque, back, in the Jabaliya refugee camp, northern Gaza Strip
 The sister of Audi Naser, a 10 -year-old boy was killed in an Israeli air strike, cries during his funeral in Beit Hanun, northern Gaza Strip
 Overnight, Israeli strikes hit two media centres in Gaza city as Israel widened its range of targets to go after military commanders of the territory's Hamas rulers
Gaza's Hamas Prime Minister Ismail Haniyeh and Egyptian Prime Minister Hesham Kandil visit a man wounded in an Israeli strike, at the hospital in Gaza City

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

0
sumber :-

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


NIBONG TEBAL - DR MANSOR BOLEH MENANG TAPI BUKAN KERANA KETOKOHANNYA

Posted: 18 Nov 2012 01:44 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEMALAM aku tulis isu calon PKR di Parlimen Nibong Tebal.  Dengar-dengar khabar DS Anwar dan umumkan nama Dr Mansor walaupun sebilangan besar masyarakat di situ yang masih yakin dengan PR mahukan orang lain yang telah bekerja keras di kawasan itu selama ini.  Orang itu pastinya bukan Dr Mansor.

Tanyalah orang-orang di Nibong Tebal sendiri, sewaktu bekas Wakil Rakyat PKR Parlimen Nibong Tebal bertukar menjadi katak, siapa yang awal-awal lagi menyuntik semangat para penyokong PR di kawasan itu?  Pasti mereka akan jawab bukan Dr Mansor.  Habis siapa?  Bila aku sebut nama Chegu Bard, pasti ada yang kata aku memang penyokong Chegu Bard maka aku kena naikkan nama Chegu Bard.  Habis tu, aku bukan penyokong DS Anwar kah?  Bukankah dengan restu DS Anwar maka nama Dr Mansor naik?

Silap besar jika mereka kata aku sebut nama Chegu Bard kerana aku penyokong kuat Penyelaras SAMM itu.  Buktinya, cuba tanya Chegu Bard sendiri bahawa aku pernah menulis mengkrtik Chegu Bard sewaktu selesai Pemilihan di dalam PKR dulu yang mana Chegu Bard 'tewas' di dalam merebut jawatan Ketua AMK.  Sewaktu pemilihan tu, aku secara terbuka berkempen untuk Chegu Bard tetapi apabila beliau 'tewas' (benarkah tewas?), aku di antara yang mahu Chegu Bard 'bersabar' menerima kekalahan yang hakikatnya kemenangan bagi beliau.  Aku dihentam kerana tulisan aku, tapi aku tak kisah sebab aku tahu perasaan mereka yang tidak boleh terima keputusan yang sememangnya janggal sekali.

Ertinya aku mahu sebut bahawa aku juga pernah kritik Chegu Bard.  Adakah aku anti DS Anwar?  Lagi tidak lojik kerana baru-baru ini aku baru saja serah memorandum KOBAT Kor Bekas Angkatan Tentera kepada DS Anwar.  Kalau aku tak suka DS Anwar, buang masa saja aku mahu hulur memorandum kat dia.  

Isu di Nibong Tebal ini bukan isu sokong DS Anwar mahu pun menyebelah Chegu Bard.  Isunya layakkah Dr Mansor mendirikan rumah di kawasan yang dulunya semak samun, tetapi bila sudah ditebas rumput lalang maka beliau sewenang-wenangnya 'disuruh' duduk di situ?  Jika gila sangat mahu duduk di situ pun, berilah salam atau bincang-bincanglah sikit dengan orang yang telah banyak bazirkan masa menebas rumput lalang kat situ.  Ini masalahnya.

Alasan bahawa selaku Timbalan KM P.Pinang maka beliau layak berdepan dengan Ketua Umno/Bn di kawasan itu adalah merupakan alasan 'lawak bodoh'.  Cuba kita cakap pada DS Anwar, beliau selaku Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR maka beliau elok bertanding dengan Najib di Pekan, agaknya apa komen DS Anwar?  Carilah alasan terbaik sikit.  Tiada alasan terbaik yang lain kecuali kena terima hakikat siapakah yang diinginkan oleh rakyat di Nibong Tebal dan calon itu mestilah orang yang setia dengan parti dan bekerja kuat untuk parti.  Alasan pegang jawatan itu dan ini bukanlah alasan bijak malahan melucukan.

Kalau aku berada di tempat Dr Mansor, walaupun didesak oleh ketua untuk bertanding di kawasan yang aku tahu aku tidak buat apa-apa di situ selama ini, aku akan tarik diri kerana malu kepada diri sendiri.  Kalaupun dia menang nanti, semua tahu kemenangan dia bukan kerana dia disukai ramai orang tetapi kerana bencinya rakyat kepada Umno/Bn.  Tapi adakah parti beruntung memiliki Wakil Rakyat yang menang tapi bukan di atas ketrampilan atau ketokohannya?  

Di dalam kita semakin hampir mahu ke Putrajaya, DS Anwar tidak boleh lagi lakukan kesilapan.  DS Anwar kena lihat pandangan akar umbi bukan hanya boleh berharap dengan kebencian rakyat kepada Umno/Bn semata-mata.  Jika kita menang tetapi kita memiliki Wakil Rakyat yang pengundinya pun tidak redha kepadanya buat apa?

 



RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Perkembangan global sinari PAS, Pakatan

Posted: 18 Nov 2012 07:44 PM PST

Oleh Lanh
KETIKA menjadi editor luar negara sebuah akhbar harian nasional pada tahun-tahun 1990-an dulu, antara perkembangan global yang mendebarkan saya dan petugas berita luar negara lain adalah kejatuhan SovietUnion dan kejayaan Barisan Penyelamat Islam (FIS) dalam pilihan raya yang meletakkannya hampir menerajui kerajaan Algeria. Peristiwa terlerainya SovietUnion yang membawa kepada kemerdekaan 15 republik termasuk Rusia sudah banyak diulas tetapi tidak demikian halnya dengan kejayaan FIS
FIS pimpinan Abbasi Madani dan Ali Benhaj adalah parti Islam pertama di dunia memenangi sesebuah pilihan raya. Bagaimanapun kemenangan itu tidak dapat diterima, pihak tentera dengan segera mengambil alih kuasa. Akhirnya kedua-dua tokoh FIS itu merengkok dalam penjara. Negara dan kuasa Barat bersorak gembira, tidak ada langsung pihak yang mencela rampasan kuasa tentera. Pendeknya Barat tidak dapat menerima pihak Islamis memerintah hatta negara umat Islam sendiri. Namun perkembangan global sekarang seperti kejayaan kumpulan Islamis di Tunisia dan Mesir menubuhkan kerajaan dengan tidak disanggah kuasa dan negara Barat, menunjukkan sudah berlaku perubahan drastik dalam percaturan politik dunia. Demikian juga perubahan ke arah pemerintahan lebih Islamik berlaku di negara seperti Turki, Bosnia malah wilayah autonomi seperti Aceh tidak pula tidak digugat oleh kuasa Barat. Apakah ini petanda bahawa pihak Islamis berpotensi untuk berperanan lebih kuat di negara-negara umat Islam termasuk Malaysia?
Read More / Baca Lagi >>

PAS mara dengan 'tahaluf siyasi' bersama Pakatan

Posted: 18 Nov 2012 07:43 PM PST

Muktamar PAS ke-58 yang melabuhkan tirainya semalam pastinya meniup semangat berkobar-kobar kepada ahli dan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang bakal diumumkan pada bila-bila masa.

Pelbagai saranan, kritikan, cadangan dan arahan diberikan oleh pucuk pimpinan parti dan diperdebatkan oleh perwakilan demi menghasil "satu input masak" agar memastikan fokus mereka tidak tersasar dengan gerak kerja agresif menggantikan Umno.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya menggariskan empat tindakan khusus kepada jentera parti di semua peringkat supaya lebih berdisplin dan bersedia segala aspek bagi memastikan kemenangan sebanyak mungkin kerusi yang ditandingi.

Lapan arahan khusus juga dikeluarkan kepada ahli dan pemimpin supaya mematuhi segala arahan dan keputusan parti bagi menjamin kesepaduan dan keutuhan dalam jamaah dan hubungan dengan masyarat umum dan pengundi.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin UMNO: Tolong Melayu Atau Tipu Melayu?

Posted: 18 Nov 2012 07:39 PM PST

Oleh Shahbudin Husin
Hubungan UMNO dengan Melayu dan sejauh mana pemimpin UMNO menolong bangsanya sendiri menjadi perdebatan dan perbincangan di mana-mana sekarang ini. Di ketika kuasa yang dipegang selama lebih 50 tahun ini hampir terlepas bila-bila masa, semua pihak dalam UMNO mula bercakap soal Melayu dengan lebih kerap sekarang ini.


Mereka melaung dan menjerit seolah-olah hanya UMNOlah yang memperjuang dan menolong Melayu. Orang Melayu semakin kerap diingatkan agar jangan terlalu mudah melupakan jasa-jasa UMNO, diminta menyedari hanya UMNOlah kononnya pejuang Melayu sambil diminta mengekalkan teraju kuasa terus dipegang oleh UMNO.

Tanpa UMNO, Melayu dilihat akan susah, kelaparan dan papa kedana semula.

Dalam masa yang sama jika ada orang Melayu yang dilihat terlalu kuat mahukan perubahan dan menyokong Pakatan Rakyat, kecaman segera muncul, apakah mereka ini tidak sayang Melayu?

Momokan kononnya hanya UMNO yang boleh memperjuangkan kepentingan Melayu kini boleh didengari di mana-mana.Read More / Baca Lagi >>

Selepas 25 Tahun Buat Dosa SB Bertaubat & Minta Maaf Pada PAS

Posted: 18 Nov 2012 06:19 PM PST

Kota Bharu: Seorang bekas polis yang bertugas dengan Cawangan Khas (SB) selama 25 tahun, Abdullah Omar memohon maaf atas segala dosa yang beliau lakukan terhadap PAS sepanjang bertugas sebagai polis.

"Dosa apa yang saya tak buat terhadap PAS sepanjang lima pilihan raya yang lepas..... saya tidak mahu sebut di sini, biar saya dan Allah sahaja yang tahu.

"Tetapi maafkanlah saya, saya sudah bertaubat," katanya yang tampil sebagai perwakilan Taiping yang menyokong usul Pilihan Raya yang dibawa PAS Pusat.

Abdullah juga merupakan bekas OCPD Taiping pernah bertugas sebagai SB selama 25 tahun berterima kasih kepada PAS kerana sanggup menerima beliau yang pernah berdosa dengan PAS dan rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Tolak katak politik

Posted: 18 Nov 2012 06:06 PM PST

Oleh Markus Lim
Penulis pernah terserempak dengan seekor katak ketika melalui sebuah kawasan paya tidak beberapa lama dahulu. Wajahnya cukup hodoh manakala saiz badan katak itu pula agak luar biasa berbanding katak biasa.Kelihatan ketika itu, katak tersebut sedang menunggu untuk memerangkap mangsa.

Mujur, katak tersebut tidak merasa terancam dengan kehadiran penulis di kawasan berkenaan. Malahan, katak itu seolah-olah reda dengan kehadiran penulis. Haiwan yang tergolong dalam keluarga amfibia itu mungkin tidak sehebat harimau bintang mahupun seekor cheetah…namun sekurang-kurangnya ianya mampu berdiri sama tinggi sebagai seekor haiwan yang digeruni…tidak seperti segelintir katak-katak lain yang tidak bermaruah dan berintegriti.
Katak yang dimaksudkan penulis merujuk kepada katak politik yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Katak-katak politik ini nampaknya lebih rela menghambakan diri mereka dengan elemen kekayaan, kuasa dan pengaruh bagi meningkatkan mobiliti sosial.
Read More / Baca Lagi >>

Mat UMNO dah gabra

Posted: 18 Nov 2012 06:05 PM PST

Oleh: Shirzad Lifeboat
Bagi sesetengah yang turut berada di Pusat Dagangan Dunia Putra tahun demi tahun, sama ada secara default atau kerana ingin turut sama berseronok dengan suasana pesta tatkala UMNO mengadakan persidangan, picturesque (pemandangan) di persekitaran bagunan tersebut mengesahkan mood happy happy itu.

Sedang perwakilan UMNO berseloroh menyampaikan pidato dan disambut dengan gelak dan hilai ketawa – dari Pengerusi Tetap membawalah kepada Presiden (memberikan gambaran seolah-olah raison d-etre parti tersebut adalah untuk berseronok-seronok dan tidak semestinya kerana perjuangan politik Melayu), di ruang legar pula keadaannya lebih kurang macam pasar jalanan Uptown di mana sekian banyak gerai menjual sekian banyak barangan dikunjungi oleh sekian banyak pengunjung. Yelah, para perwakilan serta rombongan mereka itu kebanyakannya dari luar Kuala Lumpur dan juga dari luar bandar. Nak shopping di pusat membeli belah premium di ibu kota agak kekok. Mungkin ongkos yang dibawa atau diberikan oleh calon (atas nama bantuan kos perjalanan dan penginapan) tidaklah sebanyak mana. Maka mahu tak mahu shopping di dewan legar PWTC sahajalah jawabnya
Kalau nak makan, pergilah ke tingkat atas bangunan The Mall di seberang jalan. Di situ juga ada banyak gerai dan harganya pun tidaklah mahal sangat. Kalau nak style sikit mungkin boleh lepak di beberapa restoran berfesyen di sebelah hadapan bangunan berkenaan. Bila boleh duduk minum kopi dengan harga kopi lebih RM5 secawan, baru ada ummph, baru ada perwatakan pemimpin. Nanti bila balik ke cawangan boleh dijadikan modal untuk bercerita.
Read More / Baca Lagi >>

OIC perlu beri tekanan henti serangan ke atas Gaza

Posted: 18 Nov 2012 05:40 PM PST

KUALA LUMPUR 18 Nov: Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) perlu memberi tekanan kepada regim Zionis agar menghentikan segera keganasan di Gaza, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.
Sehingga kini, serangan tentera Zionis Israel menyebabkan ramai penduduk Palestin terkorban, termasuk kanak-kanak, wanita, warga tua dan orang awam.
Menurutnya, pada 1973 misalnya, Raja Arab Saudi, Raja Faisal Al Saud melakukan sekatan minyak kepada Israel dan negara bersekutu bagi mendesak serangan terhadap Palestin dihentikan.
"Langkah ini boleh diadakan sekali lagi dan OIC perlu mengadakan sidang tergempar untuk bincangkan perkara ini,"
Read More / Baca Lagi >>

Perbezaan pandangan dalam PAS, tetapi pemimpin menegaskan parti kekal bersatu

Posted: 18 Nov 2012 05:37 PM PST

Pemimpin-pemimpin PAS mengambil gambar selepas akhirnya muktamar. — Gambar oleh Saw Siow Feng
KUALA LUMPUR, 19 Nov — Pemimpin-pemimpin PAS menegaskan parti Islam itu kekal bersatu dan mempamerkan kematangan dalam kongres terakhir menjelang pilihan raya umum (PRU) dengan kepimpinan pusat mengetengahkan dasar inklusif bagi semua rakyat Malaysia - dasar-dasar yang pragmatik sementara sayap-sayap lain memberi tumpuan kepada tema tradtional hudud dan dasar konservatif. Sepanjang persidangan tiga hari di kubu kuat politik mereka di Kelantan, kepimpinan pusat yang secara tradisinya konservatif menjauhkan diri dari membincangkan pelaksanaan undang-undang jenayah dan hukuman kontroversi hudud, sebaliknya lebih menumpukan kepada dasar praktikal di bawah manifesto 'negara kebajikan' mereka. Akan tetapi topik tersebut masih dibawa oleh sayap pemuda, wanita dan ulama.
"Perbezaan ini bukan kerana perbezaan cita-cita, tetapi kerana perbezaan dalam kematangan. Ia bergantung sama ada anda memahami perjuangan dan strategi PAS," kata Aiman Athirah, ketua penerangan Dewan Muslimat PAS atau sayap wanita kepada The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

PAS bukan parti kampung, sedia tadbir negara

Posted: 18 Nov 2012 05:35 PM PST

KOTA BHARU: PAS bukan 'parti kampung' bahkan sebuah parti yang kini bersedia untuk mentadbir Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Beliau berkata PAS kini didukung ahli dari pelbagai lapisan termasuk pegawai tinggi kerajaan dan pegawai keselamatan yang telah bersara.

(Gambar: Husam bersama petugas Harakah di muktamar.)

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan berkata Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 meletakkan PAS bukan saja untuk PAS tetapi juga PAS untuk semua.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Muktmar Tahunan PAS ke-58 yang berakhir di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) dekat sini petang semalam.

Read More / Baca Lagi >>

Anwar gesa tekanan kepada Israel, henti serang Gaza

Posted: 18 Nov 2012 05:33 PM PST

KUALA LUMPUR 18 Nov: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Israel menghentikan serangan ke atas Gaza, yang sehingga kini mengorbankan lebih 50 nyawa rakyat Palestin.
Katanya, tindakan rejim Israel  memusnahkan kawasan penempatan Palestin merupakan pencabulan terhadap undang-undang antarabangsa.
"Kami mengecam tindakan kejam ini dan mahu masyarakat antarabangsa melakukan apa sahaja demi menghentikan keganasan.
"Pengeboman yang berterusan dan memanggil 75,000 tentera simpanan adalah ancaman terhadap keamanan dan kestabilan di rantau ini," kata Anwar dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Kalau membaca Utusan, bacalah dengan terbalik

Posted: 18 Nov 2012 03:03 PM PST


Banyak kritikan terhadap Utusan Malaysia kerana akhbar itu memainkan isu-isu untuk memecah belahkan rakyat. Utusan merupakan akhbar untuk UMNO kerana akhbar itu kepunyaan UMNO. Utusan itu merupakan 'kuda pelejang' untuk UMNO dan apa sahaja yang dilakukan oleh UMNO itu adalah kerja baik dari sudut pandangan Utusan. Utusan sudah hilang kredibiltinya yang tidak mungkin dapat dipulihkan lagi.
Tetapi kalau kita pandang dari sudut yang lain ada caranya untuk menganggap Utusan itu akhbar yang mampu untuk memberikan kita berita dan rencana yang baik untuk kita. TETAPI untuk melakukannya ia bersyarat.
Syaratnya hanya satu: iaitu kita mesti ada formula untuk melakukannya. Seperti matematik formula adalah penting untuk mendapat jawapan yang tepat. Formulanya ialah, kita mesti membacanya dengan terbalik. Membaca dengan terbalik adalah jalan terbaik untuk mendapat kebenaran dari Utusan.
Read More / Baca Lagi >>

Before attacking Nurul, Umno should ask Rosmah why she was prancing onstage to 'Jai Ho!'

Posted: 18 Nov 2012 02:59 PM PST

Before attacking Nurul, Umno should ask Rosmah why she was prancing onstage to 'Jai Ho!'Nurul Izzah Anwar was definitely not prancing on stage to "Jai Ho", which the wife of the Prime Minister was accused of doing. No, unlike Rosmah Mansor, the Lembah Pantai MP had only made an intellectual statement in response to a question from a participant on "religious freedom".
This young, charismatic politician had quoted the Qur'anic verse 256 when a participant asked for her view about religious freedom:
"There shall be no compulsion in [acceptance of] the religion. The right course has become clear from the wrong. So whoever disbelieves in Taghut (Idolatry) and believes in thy Lord has grasped the most trustworthy handhold with no break in it. And thy Lord is Hearing and Knowing.
According to her, the Qur'an addresses all mankind and the verse had made clear Islam's stance on freedom of choice, and she, however, added that she would go with the prevalent view that Muslims in Malaysia be bound by the Syariah.
It simply means here that there is no compulsion in choosing a faith. Islam is a Din (having faith in the path along which righteous Muslims should live complying with the divine law). It's a way of life and for Muslims they are required to be strong in their faith (aqidah) when in submission to God.
A change of faith
There is of course absolute freedom of religion in Islam. But Nurul was quoted of saying that "there is no compulsion in 'religion'", whether for Muslims or non-Muslims. She has a point here. Islam is all about an individual's own voluntary submission to Allah; there can be no coercion but guidance because faith cannot be forced upon anyone, even on those who are born Muslims.
They can only be guided to have stronger faith in the Din. That must be the purpose of having Islamic education at all levels in schools and madrasah – with the intention of gradually making Muslims strengthen their belief and faith in Islam (submission to God).
Read More / Baca Lagi >>

Creating a corrupt society: Are M'sians BEGGARS to queue for BN's GE13 rice, oil and flour?

Posted: 18 Nov 2012 02:58 PM PST

Creating a corrupt society: Are M'sians BEGGARS to queue for BN's GE13 rice, oil and flour?The popular trend these days is to announce through the grapevine that residents should rush to a nearby field or public centre as free rations of rice, oil and flour are being distributed.
But before you can collect your bundle of aid on producing your NRIC, you have to sweat it out listening to some rhetoric on the microphone on why you should support a politician or his/her party, come GE-13.
Many households now already will tell you they are having excess bags of rice, oil and flour. Some are wondering what to do with these more than ample supplies cramping their kitchen cupboards. Maybe, if there was a buy-back syndicate in operation, the beggar-Malaysians would be happy to trade-off the groceries for cash – never mind even if it is below market rates.
At the rate the politicians are going around handing out rice, oil and flour and in some cases T-shirts and CDs, one certainly cannot be faulted for thinking that Malaysians have been hit so badly by some massive natural disaster that they now need help in the form of emergency food aid.
Or has the economy become so rock-bottom that the government needs to give handouts to help relief starving Malaysians?
What kind of political campaign is this? Sounds very much like a tribal tyranny does it not?
Time for Malaysians to ask of themselves: Are we a Corrupt Society
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar bersemangat menyerlah kehebatan Abdul Hadi

Posted: 18 Nov 2012 02:57 PM PST

Mohd Sayuti Omar,
ULASAN MUKTAMAR

Muktamar tahunan Pas kali ke 58 yang berlangsung di Pusat Tarbiyah Islamiyah (Putik) di Kelantan selama tiga hari telah pun melabuhkan tirai lewat petang ini dengan sempurna seadanya. Selama empat hari tiga malam ahli, penyokong Pas dan pemerhati berkampung di Kota Bharu Kelantan. Muktamar bermula dengan sidang oleh ketiga-tiga dewan yang merupakan sayap kepada Pas, Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat pada 14 November hingga 15 Novermber.


Muktamar penuh bermula pada 16 November dengan dihadiri oleh hampir 2,000 perwakilan dan 4,000 para pemerhati dari seluruh negara. Turut sama hadir dimajlis perasmian ialah Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw dan lain-lain jemputan kenamaan.

Menambahkan kemeriahan dan 'kesumringahan'  muktamar itu juga ialah himpunan rakyat yang diadakan pada sebelah malam 16 November bertempat di Stadium Sultan Mohamad Ke IV. Kehadiran lebih 40,000 dengan menampilkan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim memberi petanda sihat yang Pas dan Pakatan Rakyat kian mendapat sambutan.
Read More / Baca Lagi >>

Umno murtad kerana tolak dan buang Islam..!!

Posted: 18 Nov 2012 02:55 PM PST

KOTA BHARU, 18 Nov —Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini melabel parti dominan Melayu itu sebagai murtad kerana menolak Islam .
Veteran PAS itu turut menegaskan, tanpa mengira mana-mana pihak termasuk Umno sekalipun, jika menolak dan memperlekehkan Islam dengan sengaja boleh dianggap murtad kerana tidak mahu menerima hukum Allah sebagai panduan hidup.
"Tak kira siapa pun, tak kira kalau tok guru sekalipun, kalau murtad...murtad lah.
"Usahkan Umno, tok guru berserban, berjanggut, kalau dia tolak Islam dengan cara ... hati dia betul, Islam tak guna ... dia murtad walaupun tidak ada mufti beritahu, tapi kalau dia tolak Islam dengan sengaja, yakin bahawa Islam tak guna ... dia murtad," katanya kepada pemberita.
"Umno tolak Islam, maka nampak dia memperlekehkan Islam. Dia buang Islam, macam lekehkan benda salah ... macam ubat habis tempoh dia buang.
Jadi bila Umno buang (Islam), agama apa Umno tu?" kata Nik Aziz (gambar) ketika Muktamar Tahunan PAS ke-58 di Pusat Tarbyiah Islamyiah Kelantan (Putik) hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Scorpene: Jika tiada rasuah, kenapa halang peguam? -Sivarasa

Posted: 18 Nov 2012 02:52 PM PST

KUALA LUMPUR 18 Nov:  Tindakan kerajaan menghalang dua peguam Perancis ke Malaysia mengukuhkan dakwaan  rasuah dalam pembelian Scorpene, kata Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.
"Halangan akan menguatkan persepsi masyarakat dunia bahawa kerajaan Malaysia mengamalkan rasuah (dalam kes Scorpene). Perkara ini mencemarkan imej Malaysia sendiri,"
"Kalau kerajaan telus, kalau tidak ada rasuah, kenapa takut?," soalnya mengulas jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
Kelmarin, Hishamuddin menyatakan  peguam terbabit, Wiliam Bourdon dan Joseph Breham akan ditahan jika hadir ke Malaysia dan meminta mana-mana pihak tidak mempolitikkan 'keputusan yang dibuat'
Mengulas lanjut, Sivarasa menegaskan kes mengenai Scorpene difailkan di Mahkamah Perancis kerana kerajaan enggan menjalankan siasatan.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar Ibrahim: BN Takut Sebab Kita Nak Tukar Sistem Yang Rosak

Posted: 18 Nov 2012 02:48 PM PST

Pengulungan Presiden Muktamar 58 - Part 2

Posted: 18 Nov 2012 02:31 PM PST

Pengulungan Presiden Muktamar 58 - Part 1

Posted: 18 Nov 2012 02:30 PM PST

Pengulungan Ketua Pemuda Muktamar 58

Posted: 18 Nov 2012 10:02 AM PST

Pengulungan Ketua Muslimat Muktamar 58

Posted: 18 Nov 2012 08:55 AM PST

Mazlan Aliman : Ucapan Khas ANAK. Muktamar 58

Posted: 18 Nov 2012 08:29 AM PST

Perwakilan OKU : Ucapan Khas Muktamar 58

Posted: 18 Nov 2012 08:29 AM PST

Aiman Atirah: Perbahasan Usul Pilihanraya Yang Bersih

Posted: 18 Nov 2012 08:02 AM PST

Muktamar 58 ; Bekas OCPD Dan SB Bahas Usul Pilihanraya Yang Bersih

Posted: 18 Nov 2012 07:13 AM PST


BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT