RAKYAT MARHAEN |
- Perkembangan global sinari PAS, Pakatan
- PAS mara dengan 'tahaluf siyasi' bersama Pakatan
- Pemimpin UMNO: Tolong Melayu Atau Tipu Melayu?
- Selepas 25 Tahun Buat Dosa SB Bertaubat & Minta Maaf Pada PAS
- Tolak katak politik
- Mat UMNO dah gabra
- OIC perlu beri tekanan henti serangan ke atas Gaza
- Perbezaan pandangan dalam PAS, tetapi pemimpin menegaskan parti kekal bersatu
- PAS bukan parti kampung, sedia tadbir negara
- Anwar gesa tekanan kepada Israel, henti serang Gaza
- Kalau membaca Utusan, bacalah dengan terbalik
- Before attacking Nurul, Umno should ask Rosmah why she was prancing onstage to 'Jai Ho!'
- Creating a corrupt society: Are M'sians BEGGARS to queue for BN's GE13 rice, oil and flour?
- Muktamar bersemangat menyerlah kehebatan Abdul Hadi
- Umno murtad kerana tolak dan buang Islam..!!
- Scorpene: Jika tiada rasuah, kenapa halang peguam? -Sivarasa
- Anwar Ibrahim: BN Takut Sebab Kita Nak Tukar Sistem Yang Rosak
- Pengulungan Presiden Muktamar 58 - Part 2
- Pengulungan Presiden Muktamar 58 - Part 1
- Pengulungan Ketua Pemuda Muktamar 58
- Pengulungan Ketua Muslimat Muktamar 58
- Mazlan Aliman : Ucapan Khas ANAK. Muktamar 58
- Perwakilan OKU : Ucapan Khas Muktamar 58
- Aiman Atirah: Perbahasan Usul Pilihanraya Yang Bersih
- Muktamar 58 ; Bekas OCPD Dan SB Bahas Usul Pilihanraya Yang Bersih
Perkembangan global sinari PAS, Pakatan Posted: 18 Nov 2012 07:44 PM PST Oleh Lanh KETIKA menjadi editor luar negara sebuah akhbar harian nasional pada tahun-tahun 1990-an dulu, antara perkembangan global yang mendebarkan saya dan petugas berita luar negara lain adalah kejatuhan SovietUnion dan kejayaan Barisan Penyelamat Islam (FIS) dalam pilihan raya yang meletakkannya hampir menerajui kerajaan Algeria. Peristiwa terlerainya SovietUnion yang membawa kepada kemerdekaan 15 republik termasuk Rusia sudah banyak diulas tetapi tidak demikian halnya dengan kejayaan FIS FIS pimpinan Abbasi Madani dan Ali Benhaj adalah parti Islam pertama di dunia memenangi sesebuah pilihan raya. Bagaimanapun kemenangan itu tidak dapat diterima, pihak tentera dengan segera mengambil alih kuasa. Akhirnya kedua-dua tokoh FIS itu merengkok dalam penjara. Negara dan kuasa Barat bersorak gembira, tidak ada langsung pihak yang mencela rampasan kuasa tentera. Pendeknya Barat tidak dapat menerima pihak Islamis memerintah hatta negara umat Islam sendiri. Namun perkembangan global sekarang seperti kejayaan kumpulan Islamis di Tunisia dan Mesir menubuhkan kerajaan dengan tidak disanggah kuasa dan negara Barat, menunjukkan sudah berlaku perubahan drastik dalam percaturan politik dunia. Demikian juga perubahan ke arah pemerintahan lebih Islamik berlaku di negara seperti Turki, Bosnia malah wilayah autonomi seperti Aceh tidak pula tidak digugat oleh kuasa Barat. Apakah ini petanda bahawa pihak Islamis berpotensi untuk berperanan lebih kuat di negara-negara umat Islam termasuk Malaysia? Read More / Baca Lagi >> | |||
PAS mara dengan 'tahaluf siyasi' bersama Pakatan Posted: 18 Nov 2012 07:43 PM PST Muktamar PAS ke-58 yang melabuhkan tirainya semalam pastinya meniup semangat berkobar-kobar kepada ahli dan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang bakal diumumkan pada bila-bila masa. Pelbagai saranan, kritikan, cadangan dan arahan diberikan oleh pucuk pimpinan parti dan diperdebatkan oleh perwakilan demi menghasil "satu input masak" agar memastikan fokus mereka tidak tersasar dengan gerak kerja agresif menggantikan Umno. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya menggariskan empat tindakan khusus kepada jentera parti di semua peringkat supaya lebih berdisplin dan bersedia segala aspek bagi memastikan kemenangan sebanyak mungkin kerusi yang ditandingi. Lapan arahan khusus juga dikeluarkan kepada ahli dan pemimpin supaya mematuhi segala arahan dan keputusan parti bagi menjamin kesepaduan dan keutuhan dalam jamaah dan hubungan dengan masyarat umum dan pengundi. Read More / Baca Lagi >> | |||
Pemimpin UMNO: Tolong Melayu Atau Tipu Melayu? Posted: 18 Nov 2012 07:39 PM PST Oleh Shahbudin Husin Hubungan UMNO dengan Melayu dan sejauh mana pemimpin UMNO menolong bangsanya sendiri menjadi perdebatan dan perbincangan di mana-mana sekarang ini. Di ketika kuasa yang dipegang selama lebih 50 tahun ini hampir terlepas bila-bila masa, semua pihak dalam UMNO mula bercakap soal Melayu dengan lebih kerap sekarang ini. Mereka melaung dan menjerit seolah-olah hanya UMNOlah yang memperjuang dan menolong Melayu. Orang Melayu semakin kerap diingatkan agar jangan terlalu mudah melupakan jasa-jasa UMNO, diminta menyedari hanya UMNOlah kononnya pejuang Melayu sambil diminta mengekalkan teraju kuasa terus dipegang oleh UMNO. Tanpa UMNO, Melayu dilihat akan susah, kelaparan dan papa kedana semula. Dalam masa yang sama jika ada orang Melayu yang dilihat terlalu kuat mahukan perubahan dan menyokong Pakatan Rakyat, kecaman segera muncul, apakah mereka ini tidak sayang Melayu? Momokan kononnya hanya UMNO yang boleh memperjuangkan kepentingan Melayu kini boleh didengari di mana-mana.Read More / Baca Lagi >> | |||
Selepas 25 Tahun Buat Dosa SB Bertaubat & Minta Maaf Pada PAS Posted: 18 Nov 2012 06:19 PM PST Kota Bharu: Seorang bekas polis yang bertugas dengan Cawangan Khas (SB) selama 25 tahun, Abdullah Omar memohon maaf atas segala dosa yang beliau lakukan terhadap PAS sepanjang bertugas sebagai polis."Dosa apa yang saya tak buat terhadap PAS sepanjang lima pilihan raya yang lepas..... saya tidak mahu sebut di sini, biar saya dan Allah sahaja yang tahu. "Tetapi maafkanlah saya, saya sudah bertaubat," katanya yang tampil sebagai perwakilan Taiping yang menyokong usul Pilihan Raya yang dibawa PAS Pusat. Abdullah juga merupakan bekas OCPD Taiping pernah bertugas sebagai SB selama 25 tahun berterima kasih kepada PAS kerana sanggup menerima beliau yang pernah berdosa dengan PAS dan rakyat. Read More / Baca Lagi >> | |||
Posted: 18 Nov 2012 06:06 PM PST Oleh Markus Lim Penulis pernah terserempak dengan seekor katak ketika melalui sebuah kawasan paya tidak beberapa lama dahulu. Wajahnya cukup hodoh manakala saiz badan katak itu pula agak luar biasa berbanding katak biasa.Kelihatan ketika itu, katak tersebut sedang menunggu untuk memerangkap mangsa. Mujur, katak tersebut tidak merasa terancam dengan kehadiran penulis di kawasan berkenaan. Malahan, katak itu seolah-olah reda dengan kehadiran penulis. Haiwan yang tergolong dalam keluarga amfibia itu mungkin tidak sehebat harimau bintang mahupun seekor cheetah…namun sekurang-kurangnya ianya mampu berdiri sama tinggi sebagai seekor haiwan yang digeruni…tidak seperti segelintir katak-katak lain yang tidak bermaruah dan berintegriti. Katak yang dimaksudkan penulis merujuk kepada katak politik yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Katak-katak politik ini nampaknya lebih rela menghambakan diri mereka dengan elemen kekayaan, kuasa dan pengaruh bagi meningkatkan mobiliti sosial. Read More / Baca Lagi >> | |||
Posted: 18 Nov 2012 06:05 PM PST Oleh: Shirzad Lifeboat Bagi sesetengah yang turut berada di Pusat Dagangan Dunia Putra tahun demi tahun, sama ada secara default atau kerana ingin turut sama berseronok dengan suasana pesta tatkala UMNO mengadakan persidangan, picturesque (pemandangan) di persekitaran bagunan tersebut mengesahkan mood happy happy itu. Sedang perwakilan UMNO berseloroh menyampaikan pidato dan disambut dengan gelak dan hilai ketawa – dari Pengerusi Tetap membawalah kepada Presiden (memberikan gambaran seolah-olah raison d-etre parti tersebut adalah untuk berseronok-seronok dan tidak semestinya kerana perjuangan politik Melayu), di ruang legar pula keadaannya lebih kurang macam pasar jalanan Uptown di mana sekian banyak gerai menjual sekian banyak barangan dikunjungi oleh sekian banyak pengunjung. Yelah, para perwakilan serta rombongan mereka itu kebanyakannya dari luar Kuala Lumpur dan juga dari luar bandar. Nak shopping di pusat membeli belah premium di ibu kota agak kekok. Mungkin ongkos yang dibawa atau diberikan oleh calon (atas nama bantuan kos perjalanan dan penginapan) tidaklah sebanyak mana. Maka mahu tak mahu shopping di dewan legar PWTC sahajalah jawabnya Kalau nak makan, pergilah ke tingkat atas bangunan The Mall di seberang jalan. Di situ juga ada banyak gerai dan harganya pun tidaklah mahal sangat. Kalau nak style sikit mungkin boleh lepak di beberapa restoran berfesyen di sebelah hadapan bangunan berkenaan. Bila boleh duduk minum kopi dengan harga kopi lebih RM5 secawan, baru ada ummph, baru ada perwatakan pemimpin. Nanti bila balik ke cawangan boleh dijadikan modal untuk bercerita. Read More / Baca Lagi >> | |||
OIC perlu beri tekanan henti serangan ke atas Gaza Posted: 18 Nov 2012 05:40 PM PST KUALA LUMPUR 18 Nov: Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) perlu memberi tekanan kepada regim Zionis agar menghentikan segera keganasan di Gaza, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty. Sehingga kini, serangan tentera Zionis Israel menyebabkan ramai penduduk Palestin terkorban, termasuk kanak-kanak, wanita, warga tua dan orang awam. Menurutnya, pada 1973 misalnya, Raja Arab Saudi, Raja Faisal Al Saud melakukan sekatan minyak kepada Israel dan negara bersekutu bagi mendesak serangan terhadap Palestin dihentikan. "Langkah ini boleh diadakan sekali lagi dan OIC perlu mengadakan sidang tergempar untuk bincangkan perkara ini," Read More / Baca Lagi >> | |||
Perbezaan pandangan dalam PAS, tetapi pemimpin menegaskan parti kekal bersatu Posted: 18 Nov 2012 05:37 PM PST "Perbezaan ini bukan kerana perbezaan cita-cita, tetapi kerana perbezaan dalam kematangan. Ia bergantung sama ada anda memahami perjuangan dan strategi PAS," kata Aiman Athirah, ketua penerangan Dewan Muslimat PAS atau sayap wanita kepada The Malaysian Insider. Read More / Baca Lagi >> | |||
PAS bukan parti kampung, sedia tadbir negara Posted: 18 Nov 2012 05:35 PM PST KOTA BHARU: PAS bukan 'parti kampung' bahkan sebuah parti yang kini bersedia untuk mentadbir Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Beliau berkata PAS kini didukung ahli dari pelbagai lapisan termasuk pegawai tinggi kerajaan dan pegawai keselamatan yang telah bersara. (Gambar: Husam bersama petugas Harakah di muktamar.) Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan berkata Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 meletakkan PAS bukan saja untuk PAS tetapi juga PAS untuk semua. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Muktmar Tahunan PAS ke-58 yang berakhir di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) dekat sini petang semalam. Read More / Baca Lagi >> | |||
Anwar gesa tekanan kepada Israel, henti serang Gaza Posted: 18 Nov 2012 05:33 PM PST KUALA LUMPUR 18 Nov: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Israel menghentikan serangan ke atas Gaza, yang sehingga kini mengorbankan lebih 50 nyawa rakyat Palestin. Katanya, tindakan rejim Israel memusnahkan kawasan penempatan Palestin merupakan pencabulan terhadap undang-undang antarabangsa. "Kami mengecam tindakan kejam ini dan mahu masyarakat antarabangsa melakukan apa sahaja demi menghentikan keganasan. "Pengeboman yang berterusan dan memanggil 75,000 tentera simpanan adalah ancaman terhadap keamanan dan kestabilan di rantau ini," kata Anwar dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Read More / Baca Lagi >> | |||
Kalau membaca Utusan, bacalah dengan terbalik Posted: 18 Nov 2012 03:03 PM PST Banyak kritikan terhadap Utusan Malaysia kerana akhbar itu memainkan isu-isu untuk memecah belahkan rakyat. Utusan merupakan akhbar untuk UMNO kerana akhbar itu kepunyaan UMNO. Utusan itu merupakan 'kuda pelejang' untuk UMNO dan apa sahaja yang dilakukan oleh UMNO itu adalah kerja baik dari sudut pandangan Utusan. Utusan sudah hilang kredibiltinya yang tidak mungkin dapat dipulihkan lagi. Tetapi kalau kita pandang dari sudut yang lain ada caranya untuk menganggap Utusan itu akhbar yang mampu untuk memberikan kita berita dan rencana yang baik untuk kita. TETAPI untuk melakukannya ia bersyarat. Syaratnya hanya satu: iaitu kita mesti ada formula untuk melakukannya. Seperti matematik formula adalah penting untuk mendapat jawapan yang tepat. Formulanya ialah, kita mesti membacanya dengan terbalik. Membaca dengan terbalik adalah jalan terbaik untuk mendapat kebenaran dari Utusan. Read More / Baca Lagi >> | |||
Before attacking Nurul, Umno should ask Rosmah why she was prancing onstage to 'Jai Ho!' Posted: 18 Nov 2012 02:59 PM PST Nurul Izzah Anwar was definitely not prancing on stage to "Jai Ho", which the wife of the Prime Minister was accused of doing. No, unlike Rosmah Mansor, the Lembah Pantai MP had only made an intellectual statement in response to a question from a participant on "religious freedom". Read More / Baca Lagi >>This young, charismatic politician had quoted the Qur'anic verse 256 when a participant asked for her view about religious freedom: "There shall be no compulsion in [acceptance of] the religion. The right course has become clear from the wrong. So whoever disbelieves in Taghut (Idolatry) and believes in thy Lord has grasped the most trustworthy handhold with no break in it. And thy Lord is Hearing and Knowing. According to her, the Qur'an addresses all mankind and the verse had made clear Islam's stance on freedom of choice, and she, however, added that she would go with the prevalent view that Muslims in Malaysia be bound by the Syariah. It simply means here that there is no compulsion in choosing a faith. Islam is a Din (having faith in the path along which righteous Muslims should live complying with the divine law). It's a way of life and for Muslims they are required to be strong in their faith (aqidah) when in submission to God. There is of course absolute freedom of religion in Islam. But Nurul was quoted of saying that "there is no compulsion in 'religion'", whether for Muslims or non-Muslims. She has a point here. Islam is all about an individual's own voluntary submission to Allah; there can be no coercion but guidance because faith cannot be forced upon anyone, even on those who are born Muslims. They can only be guided to have stronger faith in the Din. That must be the purpose of having Islamic education at all levels in schools and madrasah – with the intention of gradually making Muslims strengthen their belief and faith in Islam (submission to God). | |||
Creating a corrupt society: Are M'sians BEGGARS to queue for BN's GE13 rice, oil and flour? Posted: 18 Nov 2012 02:58 PM PST The popular trend these days is to announce through the grapevine that residents should rush to a nearby field or public centre as free rations of rice, oil and flour are being distributed. Read More / Baca Lagi >>But before you can collect your bundle of aid on producing your NRIC, you have to sweat it out listening to some rhetoric on the microphone on why you should support a politician or his/her party, come GE-13. Many households now already will tell you they are having excess bags of rice, oil and flour. Some are wondering what to do with these more than ample supplies cramping their kitchen cupboards. Maybe, if there was a buy-back syndicate in operation, the beggar-Malaysians would be happy to trade-off the groceries for cash – never mind even if it is below market rates. At the rate the politicians are going around handing out rice, oil and flour and in some cases T-shirts and CDs, one certainly cannot be faulted for thinking that Malaysians have been hit so badly by some massive natural disaster that they now need help in the form of emergency food aid. Or has the economy become so rock-bottom that the government needs to give handouts to help relief starving Malaysians? What kind of political campaign is this? Sounds very much like a tribal tyranny does it not? Time for Malaysians to ask of themselves: Are we a Corrupt Society | |||
Muktamar bersemangat menyerlah kehebatan Abdul Hadi Posted: 18 Nov 2012 02:57 PM PST
ULASAN MUKTAMAR Read More / Baca Lagi >>Muktamar tahunan Pas kali ke 58 yang berlangsung di Pusat Tarbiyah Islamiyah (Putik) di Kelantan selama tiga hari telah pun melabuhkan tirai lewat petang ini dengan sempurna seadanya. Selama empat hari tiga malam ahli, penyokong Pas dan pemerhati berkampung di Kota Bharu Kelantan. Muktamar bermula dengan sidang oleh ketiga-tiga dewan yang merupakan sayap kepada Pas, Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat pada 14 November hingga 15 Novermber. Menambahkan kemeriahan dan 'kesumringahan' muktamar itu juga ialah himpunan rakyat yang diadakan pada sebelah malam 16 November bertempat di Stadium Sultan Mohamad Ke IV. Kehadiran lebih 40,000 dengan menampilkan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim memberi petanda sihat yang Pas dan Pakatan Rakyat kian mendapat sambutan. | |||
Umno murtad kerana tolak dan buang Islam..!! Posted: 18 Nov 2012 02:55 PM PST KOTA BHARU, 18 Nov —Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini melabel parti dominan Melayu itu sebagai murtad kerana menolak Islam . Veteran PAS itu turut menegaskan, tanpa mengira mana-mana pihak termasuk Umno sekalipun, jika menolak dan memperlekehkan Islam dengan sengaja boleh dianggap murtad kerana tidak mahu menerima hukum Allah sebagai panduan hidup. "Tak kira siapa pun, tak kira kalau tok guru sekalipun, kalau murtad...murtad lah. "Usahkan Umno, tok guru berserban, berjanggut, kalau dia tolak Islam dengan cara ... hati dia betul, Islam tak guna ... dia murtad walaupun tidak ada mufti beritahu, tapi kalau dia tolak Islam dengan sengaja, yakin bahawa Islam tak guna ... dia murtad," katanya kepada pemberita. "Umno tolak Islam, maka nampak dia memperlekehkan Islam. Dia buang Islam, macam lekehkan benda salah ... macam ubat habis tempoh dia buang. Jadi bila Umno buang (Islam), agama apa Umno tu?" kata Nik Aziz (gambar) ketika Muktamar Tahunan PAS ke-58 di Pusat Tarbyiah Islamyiah Kelantan (Putik) hari ini. Read More / Baca Lagi >> | |||
Scorpene: Jika tiada rasuah, kenapa halang peguam? -Sivarasa Posted: 18 Nov 2012 02:52 PM PST KUALA LUMPUR 18 Nov: Tindakan kerajaan menghalang dua peguam Perancis ke Malaysia mengukuhkan dakwaan rasuah dalam pembelian Scorpene, kata Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah. "Halangan akan menguatkan persepsi masyarakat dunia bahawa kerajaan Malaysia mengamalkan rasuah (dalam kes Scorpene). Perkara ini mencemarkan imej Malaysia sendiri," "Kalau kerajaan telus, kalau tidak ada rasuah, kenapa takut?," soalnya mengulas jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein. Kelmarin, Hishamuddin menyatakan peguam terbabit, Wiliam Bourdon dan Joseph Breham akan ditahan jika hadir ke Malaysia dan meminta mana-mana pihak tidak mempolitikkan 'keputusan yang dibuat' Mengulas lanjut, Sivarasa menegaskan kes mengenai Scorpene difailkan di Mahkamah Perancis kerana kerajaan enggan menjalankan siasatan. Read More / Baca Lagi >> | |||
Anwar Ibrahim: BN Takut Sebab Kita Nak Tukar Sistem Yang Rosak Posted: 18 Nov 2012 02:48 PM PST | |||
Pengulungan Presiden Muktamar 58 - Part 2 Posted: 18 Nov 2012 02:31 PM PST | |||
Pengulungan Presiden Muktamar 58 - Part 1 Posted: 18 Nov 2012 02:30 PM PST | |||
Pengulungan Ketua Pemuda Muktamar 58 Posted: 18 Nov 2012 10:02 AM PST | |||
Pengulungan Ketua Muslimat Muktamar 58 Posted: 18 Nov 2012 08:55 AM PST | |||
Mazlan Aliman : Ucapan Khas ANAK. Muktamar 58 Posted: 18 Nov 2012 08:29 AM PST | |||
Perwakilan OKU : Ucapan Khas Muktamar 58 Posted: 18 Nov 2012 08:29 AM PST | |||
Aiman Atirah: Perbahasan Usul Pilihanraya Yang Bersih Posted: 18 Nov 2012 08:02 AM PST | |||
Muktamar 58 ; Bekas OCPD Dan SB Bahas Usul Pilihanraya Yang Bersih Posted: 18 Nov 2012 07:13 AM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan