Nuffnang

Pengikut

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

0
sumber :-

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ISU NURUL IZZAH - TIBA-TIBA UMNO MAHU JADI JUARA

Posted: 12 Nov 2012 12:26 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

MASIH aku nak sentuh isu Nurul Izzah yang masih menjadi 'lauk' buat media lidah syaitan siang dan malam itu.  Media berlidah syaitan ini mendapat sokongan dari sang pengampu termasuk beberapa ekor yang bertaraf ' ustaz' dan yang tak bergelar 'ustaz' pun dah mula nak 'start' jadi 'ustaz' apabila mahu juga mengulas isu Nurul Izzah.

Aku bukan ustaz seperti Us Nasha.  Tapi aku bukanlah jahil sangat sampai tak tahu nak beza mana satu Melayu dan mana satu Islam.  Bagi aku semua manusia sama, baik bangsa apa pun samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Orang Asli atau apa kaum sekalipun semuanya sama.  Apa yang membezakan mereka hanyalah iman atau kepercayaan beragama mereka.  Di sisi Allah tiada beza sedikitpun kecuali ketakwaan kepadanya.  Itu jelas.

Benarkah apabila kita sebut Melayu maka semestinya Melayu itu Islam?  Siapa boleh jamin setiap Melayu itu Islam?  Atau setiap yang berugama Islam itu mesti Melayu?  Jika tiada siapa pun boleh jamin, terima lah hakikat bahawa Melayu itu sama seperti Cina, India dan sebagainya kecuali jika Melayu itu berugama Islam maka Melayu Islam itu sama juga dengan Cina atau India yang berugama Islam di sisi Allah.

Ada yang berkata, maksud Perlembagaan yang menyatakan bahawa Melayu itu Islam adalah bererti untuk menjadi 'Melayu' mestilah berugama Islam.  Siapa yang tergila-gila sangat untuk menjadi Melayu ini?  Adakah kaum Cina atau India tergila-gila untuk menjadi Melayu sehingga mereka sanggup menukar agama mereka?  Dan, benarkah setelah mereka memeluk Islam maka bangsa atau keturunan mereka automatik menjadi bangsa Melayu?  Bertukarkah status bangsa atau kaum mereka di dalam dokumen seperti Kad Pengenalan setelah mereka memeluk Islam?  Us Ridhuan Tee semua kenal dia berbangsa Cina tetapi adakah di dalam dokumen beliau sekarang telah ditukar kepada bangsa Melayu?  

Berbalik kepada isu Nurul Izzah.  Nurul Izzah sebut, yang membawa maksud tiada bezanya Melayu dan mana-mana kaum pun di dalam negara ini apabila memilih hak beragama, KECUALI bagi umat-umat Islam mereka terpaksa mematuhi syariat atau hukum yang ditetapkan.  Ertinya, samada mereka Melayu, Cina atau India, sekiranya mereka ini berugama Islam sudah pasti mereka tiada hak untuk keluar dari Islam.  Tetapi, jika mereka ini hanya berstatus Melayu, apa jaminan mereka tidak boleh menukar agama?  Adakah Perlembagaan yang dicipta oleh barat itu berupaya menghalangnya?  

Sebab itu Nurul Izzah sebut dia lebih pentingkan pendidikan agama agar Melayu itu istiqomah dengan ugama Islam.  Sekiranya Melayu yang ada tidak yakin dengan Islam atau menentang hukum Islam ertinya Melayu ini bukan Islam.  Jika Melayu yang bukan Islam ini memilih untuk berugama Kristian, siapa yang perlu dipersalahkan sedangkan Perlembagaan membenarkannya untuk membuat pilihan berugama?  Maka, benarlah kata Nurul Izzah bahawa pendidikan agama itu penting.  Apabila Melayu itu Islam, sudah semestinya mereka tertakluk kepada Syariat dan hukum Islam iaitu tidak boleh menukar agama.  Bukan Melayu sahaja, bahkan jika Cina atau India yang telah berugama Islam sekalipun mereka tidak boleh menukar agama selain dari Islam.  Hukuman murtad di dalam Islam itu amat berat, masalahnya adakah ianya telah dilaksanakan mengikut yang ditetapkan oleh Allah?

Jika tiada peruntukan undang-undang murtad di dalam negara ini atau undang-undang itu berada di bawah tapak kaki Perlembagaan, maka tidak perlulah media-media pencacai mahu mengulas isu tersebut.   Kalau mahu ulas ayat Al-Quran, jangan ditafsirkan dengan Perlembagaan.  

Pendek kata, isu Nurul Izzah ini amat 'simple', tidak perlu Alim Ulamak yang mengulasnya kerana rata-rata masyarakat Islam tahu bahawa Melayu satu perkara lain, Islam satu perkara lain.  Jika seseorang Melayu itu tidak berugama Islam, apa masalahnya jika dia mahu menjadi Kristian?  Melayu yang tidak Islam ini termasuk di dalam ayat " Tiada paksaan di dalam agama".  Ini berbeza jika Melayu itu berugama Islam, ayat tersebut bukan untuk yang telah berugama Islam.  Di dalam Islam semua yang diperintahkan itu wajib dipatuhi termasuk larangan untuk keluar agama Islam, Itulah maksud Nurul Izzah./wfauzdin.blogspot.com
















dollah yankee

0
sumber :-

dollah yankee


Muka jambu,barang baik tapi ganassss beb!!

Posted: 12 Nov 2012 05:45 AM PST




Disini... Lepas sepak betis,dia ketuk kepala dengan handphone pulak! 
Kah..Kah..Kah..

dollah yankee -
Ini macam kalu, Taib Mahmud 'keras' sorang-sorang lah jawabnya bila malam.
Kah..Kah..Kah..

RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Muktamar 58 : Ulama tak berhasrat sentuh isu Izzah

Posted: 12 Nov 2012 09:26 PM PST

logo muktamar SHAH ALAM - Dewan Ulama Pas tidak berhasrat membawa isu kontroversi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ke Muktamar Pas ke-58 ini.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, mereka mempunyai perkara lain yang lebih utama daripada isu itu berbanding pemimpin sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Tidak, kami (Dewan Ulama) tidak akan bawa isu (Nurul Izzah) ke dalam muktamar. Banyak perkara lain yang ingin kami usulkan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Banjir : Paras air sungai Selangor di Kuala Badong melebihi aras bahaya

Posted: 12 Nov 2012 09:24 PM PST

KUALA LUMPUR, 13 Nov — Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di sekitar Sungai Selangor di Kuala Badong, Kuala Selangor berjaga-jaga berikutan air sungai berkenaan telah melebihi aras bahaya dengan bacaan 4.04 meter.
Kawasan sekitar dikhuatiri akan dinaiki air, menurut portal JPS yang dikemaskini pada 10 pagi ini.
Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat pula telah melebihi aras amaran dengan bacaan 4.11m, dan JPS meminta penduduk sekitar berwaspada.
Dalam pada itu,  Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan mangsa banjir di Perak setakat 9.30 pagi ini berjumlah 35 orang daripada sembilan keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Agama Rakyat, Kampung Padang Serai di Manjung.
Portal banjir MKN bagaimanapun tidak memberi maklumat terbaharu mengenai bilangan mangsa di Selangor, Johor dan Melaka.
Setakat malam tadi, bilangan mangsa banjir di Selangor ialah 1,357 orang daripada 345 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan -- empat di Kuala Langat, dua di Sepang dan satu di Kuala Selangor.
Menurut MKN, bilangan mangsa di Johor dan Melaka ialah masing-masing 138 di Batu Pahat dan 84 orang di Jasin. — Bernama

SAMM teruskan 'Le Tour De Scorpene' tanpa kebenaran polis

Posted: 12 Nov 2012 09:23 PM PST

MELAKA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Melaka akan meneruskan Le Tour De Scorpene peringkat negeri Melaka malam ini walaupun tanpa kebenaran polis.

Zuraidi Abdullah, penyelaras SAMM Melaka berkata, pihaknya telah bertemu dengan pihak polis Melaka Tengah semalam bagi membincangkan program ini.

"Malam ini, SAMM Melaka menjemput kehadiran semua golongan masyarakat ke program SAMM RAPAT RAKYAT ABU : Jelajah Bongkar Skandal Scorpene bertempat di Peringgit Jaya (berhampiran Petronas dan AEON Jusco), Melaka bermula sekitar jam 9.00 malam," kata Zuraidi dalam kenyataannya hari ini.

Dalam pertemuan dengan polis yang diketuai ACP Muhammad semalam, SAMM telah memaklumkan kepada polis tentang proram ini.
Read More / Baca Lagi >>

Bolehkah Pakatan percayai Zaid untuk terimanya semula?

Posted: 12 Nov 2012 09:22 PM PST



 
"Kritikan yang paling tajam sering seiring dengan idealisme yang mendalam dan cinta kepada negara." - Robert F Kennedy
Ramai dalam Pakatan yang meletakkan beliau dalam kategori yang sama dengan katak-katak yang melompat parti. Ikutilah bahagian pertama wawancara dengan bekas Menteri Undang-undang Datuk Zaid Ibrahim mengenai perkara itu.

Mengapa Datuk berhasrat bertanding di Pekan?
Kenyataan saya untuk bertanding di Pekan adalah berkaitan dengan berita bahawa (Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang) akan menjadi calon  (di situ). Saya tidak fikir presiden PAS harus didedahkan kepada risiko seperti itu. Tidak ada keperluan untuk pendekatan gung-ho seperti itu. Beliau perlu menang. Tawaran saya itu dibuat dalam konteks jika tidak ada siapa yang berwibawa, maka saya bersedia.

Bolehkah Datuk ceritakan keadaan yang membawa kepada peletakan jawatan Datuk sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri dan penggantungan Datuk dan seterusnya nama Datuk digugurkan sebagai calon dari Umno dalam pilihan raya umum 2008?
zaid ibrahim quits pkr 191110 05Keputusan saya untuk meletak jawatan dalam kabinet adalah kerana ia tidak dapat dipertahankan bagi saya untuk menyokong keputusan kerajaan menahan (pemimpin DAP) Teresa Kok (kiri), (blogger) Raja Petra Kamarudin dan seorang lagi wartawan akhbar (Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng ) di bawah ISA.

Saya diambil kononnya untuk melakukan reformasi dalam badan
kehakiman dan undang-undang yang zalim. (Maka) saya tidak boleh mempertahankan tindakan seumpama itu. Jadi saya letak jawatan. Saya juga tidak tahu mengapa saya digugurkan sebagai calon pada tahun 2008, kecuali orang yang mengambil tempat saya itu adalah setiausaha politik PM sekarang.

Datuk menuduh (timbalan presiden PKR) Azmin Ali melakukan penyelewengan dalam pemilihan parti PKR. Adakah pandangan Datuk sudah berubah terhadap mekanisme pemilihan dalamam PKR?Read More / Baca Lagi >>

Umno sedang 'tunda najis hanyut'

Posted: 12 Nov 2012 09:20 PM PST


PETALING JAYA: PKR menyifatkan serangan menggila terhadap naib presidennya, Nurul Izzah Anwar umpama tindakan 'menunda najis yang hanyut'.

Ini kerana, tindakan ini adalah langkah terbaru Umno dalam percubaan mengembalikan sokongan dan kepercayaan rakyat yang semakin terhakis.

Demikian kata Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty (gambar) dalam kenyataan medianya hari ini.

Kenyataan beliau ini mengulas serangan terhadap Nurul Izzah selepas kenyataan berhubung kebebasan beragama yang dinyatakan beliau.

"Sesungguhnya, kenyataan spontan dan bersahaja YB Nurul Izzah pada majlis berkaitan adalah secara umum dan memang boleh mengundang pelbagai persepsi dan tafsiran.
Read More / Baca Lagi >>

Hari Deepavali: Lawan kejahatan untuk peroleh keadilan – Anwar

Posted: 12 Nov 2012 09:18 PM PST

KUALA LUMPUR 18 November: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak kaum India yang rata-ratanya penganut Hindu menjadikan sambutan Hari Deepavali sebagai panduan melawan kejahatan demi mendapatkan keadilan.
Beliau menyifatkan menentang kejahatan sebagai langkah pertama untuk mendapatkan keadilan sebelum mencapai kemenangan yang disimbolik melalui perayaan pesta cahaya.
"Tentang masalah bahasa mereka, kelayakan kewarganegaraan dinafikan, tahap kemiskinan dan permasalahan sosial dan ekonomi yang harus ditangani dengan baik.
"Sejarah sambutan ini punya kaitan kehebatan perlawanan antara yang membawa semangat kebaikan dan perubahan menumpaskan kejahatan.
"Kita harap mesej ini boleh memberi jaminan keadilan kepada semua  khususnya kepada masyarakat India," katanya pada perutusan Hari Deepavali, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar: Sokongan Masyarakat India Terhadap PR Meningkat

Posted: 12 Nov 2012 09:17 PM PST


PETALING JAYA 13 NOV: Dasar yang diperkenalkan negeri Pakatan Rakyat (PR) khususnya di Selangor dilihat berjaya meningkatkan sokongan kaum India terhadap gabungan parti itu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.
Demikian menurut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenai sokongan kaum India terhadap PR di ibu pejabat PKR di sini.
Katanya, sambutan yang diterima masyarakat India terhadap program dan skim yang dianjurkan Kerajaan Negeri Selangor sebagai contoh berjaya menarik perhatian mereka yang sebelum ini seringkali diabaikan ketika pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan Umno-BN dahulu.
"Selangor di bawah pimpinan PR berusaha menjaga masyarakat India di negeri ini dengan menyediakan pelbagai program bantuan termasuk memberikan bantuan pendidikan sebanyak RM4 juta disemua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
"PR juga berusaha memdapatkan kad pengenalan terhadap beberapa individu daripada kaum India yang tinggal di pedalaman selama berpuluh tahun tetapi masih tidak diberikan kewarganegaraan," katanya yang merupakan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

HOW NOW, Najib? Felda share price FALLS BELOW IPO price

Posted: 12 Nov 2012 09:15 PM PST

HOW NOW, Najib? Felda share price FALLS BELOW IPO price
Share price for Felda Global Venture Holding marked its historic low today as it briefly dipped below its initial public offering price of RM4.55 today, hitting RM4.53, the lowest point to date, before easing to RM4.57 at noon.
The dip is lower than the RM4.57 recorded on September 11 on inter-day trading, which then rebounded within four days to RM4.95.
However, since then, FGV shares have been on downward trend again, shedding RM0.35 to RM4.60 as of last Friday.
Felda settlers have been forced to take up loans to obtain the 800 shares, which the government said were 'gift' for settlers alongside the RM15,000 'windfall' in the wake of FGV's controversial listing.
National Felda Settlers' Children Association (ANAK) has claimed that settlers would suffer losses if share price fell below RM4.70.
The company's initial public offering institutional price was RM4.55, while its retail price was RM4.45.
Felda chairman Isa Samad has been insisting that the fall was temporary due to the drop in global oil palm commodity prices.

Bantu Islam, bukan jadi batu penghalang - Tuan Ibrahim

Posted: 12 Nov 2012 09:13 PM PST



(Tuan Ibrahim berucap di Padang Rengas - foto Muslimeen United)

 PADANG RENGAS: "Cukuplah zaman kita menjadi penyokong PAS, sudah tiba masanya kita menjadi pekerja dan pembantu kepada PAS," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam majlis Kembali Ilmu di Kg Biong, Sauk, Padang Rengas dekat sini.

Untuk mencapai matlamat tersebut, beliau menggesa kepada semua ahli agar bersiap dan memperkemaskan jentera dan organisasi disemua peringkat.

Ini bagi memastikan misi untuk menawan Putrajaya akan berhasil, tegas Tuan Ibrahim sebagaimana yang dilaporkan oleh blog Muslimeem United.

(Sebahagian orang ramai yang hadir - foto Muslimeen United)

Beliau juga mengingatkan kepada ahli-ahli supaya jangan menjadi batu penghalang kepada kemenangan Islam, "Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan sesuatu tindakan parti, maka ada salurannya, jangan kita menggunakan media musuh sebagai medan kita meluahkan ketidakpuasan."
Read More / Baca Lagi >>

Terdesak : BN batal projek kondominium Batu Caves jika tawan Selangor, kata Najib..ha.ha..masa BN luluskan tak ingat diri...!!!!

Posted: 12 Nov 2012 09:12 PM PST

Najib berkata kompleks kuil Batu Caves mesti dipertahankan. ― Gambar oleh Saw Siow Feng
BATU CAVES, 13 Nov — Dalam usaha menarik kembali sokongan masyarakat India kepada Barisan Nasional (BN) Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membuat pengumuman bahawa kerajaan pimpinannya akan membatalkan projek pembinaan kondominium 29 tingkat berhampiran pusat keagamaan masyarakat Hindu di Batu Caves jika kembali memerintah Selangor selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13. Bersempena sambutan pesta cahaya Deepavali hari ini juga, Pengerusi BN itu turut berjanji akan meletakkan kawasan kompleks Batu Cave ini sebagai tapak warisan dunia menjelang 2015, yang mana dilihat usaha untuk menarik sokongan masyarakat India dengan PRU ke-13 yang semakin hampir.
"Saya nak menyatakan ini, BN akan pertahankan kompleks Batu Caves ini seandainya BN berjaya ambil alih Selangor.
"Projek kondominium 29 tingkat itu akan dibatalkan,  kita tidak mahu pembangunan di kawasan ini boleh mengancam kompleks Batu Caves," katanya semasa Majlis Rumah Terbuka Sambutan Deepavali anjuran MIC di kompleks berkenaan di sini.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi akan terus menghantui Chief Nazri..!!

Posted: 12 Nov 2012 08:43 PM PST

Adnan Yaakob!! Hutan Simpan Kekal Kemasul diceroboh...siapa punya projek ni?

Posted: 12 Nov 2012 07:10 PM PST

Tony Pua: Cerita-Cerita Syed Mokhtar Al-Bukhari Dan Kita

Posted: 12 Nov 2012 07:06 PM PST

Tony Pua: Chua Tee Yong, Pernahkah Kamu Pergi Kemas Kira Lembu NFC?

Posted: 12 Nov 2012 07:05 PM PST

Ijtima' Tarbawi DPPNT : Wakil Palestin

Posted: 12 Nov 2012 07:04 PM PST

Ijtima' Tarbawi DPPNT : Ust Nik Abduh Nik Aziz

Posted: 12 Nov 2012 07:03 PM PST

Ijtima' Tarbawi DPPNT : Ust Riduan Mohd Nor

Posted: 12 Nov 2012 07:02 PM PST

NUS tamatkan biasiswa penulis blog seks yang mengkagumi CSL...!!!

Posted: 12 Nov 2012 06:47 PM PST


KUALA LUMPUR, Nov 13 — Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) telah menamatkan biasiswa pelajar yang mengendalikan blog seks, Alvin Tan, menurut laporan Straits Times di republik tersebut hari ini.
Namun demikian, pelajar tersebut tidak dibuang daripada NUS.
Selain itu, dia juga perlu membayar penuh yuran pengajiannya tanpa mendapat subsidi sebagai pelajar luar negara jika mahu melengkapkan pengajian tahun akhirnya di pusat pengajian undang-undang universiti tersebut.
Laporan akhbar itu juga berkata hukuman yang dijatuhkan ke atas pelajar tahun dua tersebut menjadi tumpuan utama orang awam selepas NUS mengumumkan minggu lepas bahawa maklumat mengenai hukuman tidak akan didedahkan memandangkan prosiding disiplin adalah sesuatu yang sulit.
Semalam Menteri Pendidikan Singapura Heng Swee Keat menyelar pelajar terbabit yang mendapat biasiswa dari republik tersebut dengan menyifatkan kelakuannya "patut dikeji dan bukan menggambarkan seorang graduan".
Kenyataan keluar selepas soalan tersebut diajukan oleh ahli parlimen (MP) Singapura yang mahu mengetahui mengenai hukuman yang dikenakan oleh Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) ke atas Tan.
Read More / Baca Lagi >>

NGO belia: Sikap terbuka penting untuk hapus politik ganas

Posted: 12 Nov 2012 06:46 PM PST



Arena politik Malaysia: Beradab atau ganas? SHAH ALAM – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, ketika ini keterbukaan dalam berpolitik di negara semakin meningkat manakala orang muda khasnya belia pula vokal dalam memperjuangkan sesuatu isu.

"Namun, golongan ini sewajarnya sedar bahawa walau maju macam mana pun, kita tidak boleh lari daripada hakikat bahawa Malaysia sebenarnya sebuah negara yang sensitif terutamanya yang berkaitan dengan agama, budaya dan kepercayaan.

"Jika ahli politik Malaysia bersikap tidak bertimbang rasa terhadap isu-isu seperti ini, saya yakin masa depan negara akan menuju kehancuran,"katanya.

Ujar Maliki, dengan memiliki lebih 200 suku kaum di Malaysia, sudah cukup menunjukkan negara ini mempunyai struktur masyarakat yang unik dan mengamalkan kepercayaan agama yang berbeza serta perlu dihormati oleh setiap orang.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar 58 : Pemimpin Pas sedia dikritik

Posted: 12 Nov 2012 06:42 PM PST


.
logo muktamar SHAH ALAM - Perwakilan Pas bebas membentangkan sebarang usul, walaupun pada tahap mengkritik pemimpin sendiri, pada Muktamar Agungnya, tanpa sekatan.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, sejak awal, Pas tidak pernah menyekat mana-mana perwakilan dalam membentangkan usul, malah menganggap ia perlu bagi memantapkan parti itu.

Menurutnya, sungguh pun ada garis panduan yang perlu diikuti namun ia tidak menyekat kebebasan bersuara setiap perwakilan.

"Mereka bebas membawa apa sahaja usul, termasuklah yang berbentuk kritikan terhadap pemimpin. Ia sudah lama diamalkan dan sehingga kini, tidak pernah wujud sebarang masalah.

"Berhubung isu panas atau kontroversi, sudah pasti perwakilan bijak membezakan isu yang wajar dibahaskan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Ekonomi Malaysia Hebat : Permintaan menurun, kilang-kilang P.Pinang kurangkan pekerjaan dan pengeluaran

Posted: 12 Nov 2012 06:40 PM PST

GEORGETOWN, Nov 13 — Kejatuhan permintaan global telah memaksa kilang Pulau Pinang untuk membekukan pengambilan, mengurangkan pengeluaran dan melaksanakan empat hari minggu, walaupun penganalisis meramalkan ekonomi Malaysia berkembang lebih perlahan pada suku ketiga.
The Malaysian Insider difahamkan kilang di Pulau Pinang, hub utama elektronik telah mula berhanti mengambil pekerja, termasuk tidak menggantikan yang telah pencen atau berhenti.
Banyak loji juga telah mengurangkan output untuk mengurangkan kos.
Ekonomi Malaysia mungkin berkembang pada kadar perlahan dalam suku ketiga oleh kerana eksport jatuh, tetapi permintaan domestik kukuh, sebahagiannya didorong oleh perbelanjaan kerajaan menjelang pilihan raya tahun depan, membantu perkembangan menurut tinjauan pendapat Reuters.
Eksport menyumbang kira-kira 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia, dan ini terjejas akibat daripada permintaan yang lemah bagi komoditi dan komponen elektronik di China serta Kesatuan Eropah.
Read More / Baca Lagi >>

Nurul Izzah Jadi Mangsa Untuk Lindungi Najib Di Majlis Soi Lek Hina Islam

Posted: 12 Nov 2012 06:36 PM PST

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam ucapannya di perhimpunan agung MCA ke-59 pada 21 Oktober lalu berkata lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.
Dalam ucapan yang juga di hadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Soi Lek mendakwa 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.
Berikutan kenyataan Soi Lek tersebut selama lebih dua minggu media, pemimpin politik, ahli akedemik dan tokoh ilmuan Islam memprotes dan mengecam kenyataan Soi Lek tersebut.
Tempias yang lebih besar kesan dari kenyataan Soi Lek itu adalah kepada Najib yang berada di perhimpunan tersebut.
Secara langsung dan tidak Najib diberikan persepsi sebagai pemimpin yang membiarkan agama dan bangsanya dihina oleh orang lain dihadapan beliau sendiri.
Sikap dan tindakan berdiam diri Najib pula dianggap sebagai dayus dan pengkhianat kepada bangsa dan agamanya sedangkan beliau adalah pemimpin parti yang kononnya membela bangsa melayu dan agama Islam
Sedangkan kenyataan Soi Lek tersebut amat sensitif bukan sahaja kepada orang melayu dan agama Islam malah mampu mengundang ancaman kepada keselamatan negara.
Sudah pasti sekiranya mana-mana pemimpin pakatan Rakyat yang mengeluarkan kenyataan tersebut setentunya akan di tangkap di bawah ISA atau apa-apa akta berkaitan.
Read More / Baca Lagi >>

Isu Nurul Izzah - Tiba-Tiba UMNO Mahu Jadi Juara

Posted: 12 Nov 2012 06:14 PM PST

Oleh WFAUZDIN NS

Nurul IzzahMASIH aku nak sentuh isu Nurul Izzah yang masih menjadi 'lauk' buat media lidah syaitan siang dan malam itu.  Media berlidah syaitan ini mendapat sokongan dari sang pengampu termasuk beberapa ekor yang bertaraf ' ustaz' dan yang tak bergelar 'ustaz' pun dah mula nak 'start' jadi 'ustaz' apabila mahu juga mengulas isu Nurul Izzah.

Aku bukan ustaz seperti Us Nasha.  Tapi aku bukanlah jahil sangat sampai tak tahu nak beza mana satu Melayu dan mana satu Islam.  Bagi aku semua manusia sama, baik bangsa apa pun samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Orang Asli atau apa kaum sekalipun semuanya sama.  Apa yang membezakan mereka hanyalah iman atau kepercayaan beragama mereka.  Di sisi Allah tiada beza sedikitpun kecuali ketakwaan kepadanya.  Itu jelas.
Benarkah apabila kita sebut Melayu maka semestinya Melayu itu Islam?  Siapa boleh jamin setiap Melayu itu Islam?  Atau setiap yang berugama Islam itu mesti Melayu?  Jika tiada siapa pun boleh jamin, terima lah hakikat bahawa Melayu itu sama seperti Cina, India dan sebagainya kecuali jika Melayu itu berugama Islam maka Melayu Islam itu sama juga dengan Cina atau India yang berugama Islam di sisi Allah.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO sayang pada ' Chua Soi Lek'?

Posted: 12 Nov 2012 03:32 PM PST

Chua Soi Lek dipertahan kerana menentang hukum hudud, manakala Nurul Izzah di dikaitkan dengan isu 'murtad' satu gejala yang dilihat boleh mempercepatkan kejatuhan kerajaan BN dan menghakiskan sokongan rakyat kepada UMNO. Betul kata Tun Mahathir, UMNO dilihat lebih busuk daripada usus (tahi).


Itu adalah satu 'kecelakaan' sedang menimpa umat Islam di Malaysia, apabila ada pihak secara terang menolak 'undang-undang Islam' dilaksanakan. Nampak sangat UMNO begitu kecut perut kepada MCA, hanya kerana untuk mengekalkan beberapa ribu orang pengundi cina maka sanggaup mempertahankan cadangan CSL supaya kerajaan Malaysia menolak perlaksanaan hukum hudud.
Kini UMNO telah memesongkan isu dan menghala targetnya kearah Nurul Izzah, Naib Presiden PKR yang juga Ahli Perlimen Malaysia dengan berbagai-bagai ejekan dan tuduhan yang melampau apabila Nurul Izzah dikaitkan dengan isu murtad. Satu isu yang diputar belit dengan harapan rakyat menolak PR dalam PRU13 nanti.
Read More / Baca Lagi >>

Rosmah Masih Jadi Beban Berat Kepada UMNO

Posted: 12 Nov 2012 03:31 PM PST

Oleh Shahbudin Husin
Isu Rosmah Mansor yang dianggap gila glamour muncul kembali. Kali ini ketika beliau hadir di majlis persandingan pemain badminton, Lee Chong Wei dan Wong Mei Choo menjadi percakapan ramai. Dalam majlis persandingan itu, Rosmah duduk di tengah-tengah antara kedua mempelai, suatu perbuatan yang amat luar biasa dan lari dari kebiasaan.


Biasanya, ketika majlis persandingan tetamu VIP lelaki akan duduk di sebelah pengantin lelaki manakala tetamu VIP perempuan akan duduk di sebelah pengantin perempuan. Namanya pun raja sehari, maka pengantinlah menjadi raja ketika itu.

Namun dengan Rosmah duduk di tengah-tengah antara kedua mempelai, Lee Chong Wei dan Wong Mei Choo tidak lagi menjadi raja sehari. Sebaliknya Rosmah yang menjadi raja di majlis itu.

Ketika majlis resepsi pertama Lee Chong Wei dan Wong Mei Choo yang turut dihadiri oleh Yang Dipertuan Agong, Raja Permaisuri Agong, Perdana Menteri, menteri-menteri kabinet serta tetamu VIP yang lain sehari sebelum itu, Rosmah telah mengambil keputusan untuk tidak hadir menemani Najib. Read More / Baca Lagi >>

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT