RAKYAT MARHAEN |
- Muktamar 58 : Ulama tak berhasrat sentuh isu Izzah
- Banjir : Paras air sungai Selangor di Kuala Badong melebihi aras bahaya
- SAMM teruskan 'Le Tour De Scorpene' tanpa kebenaran polis
- Bolehkah Pakatan percayai Zaid untuk terimanya semula?
- Umno sedang 'tunda najis hanyut'
- Hari Deepavali: Lawan kejahatan untuk peroleh keadilan – Anwar
- Anwar: Sokongan Masyarakat India Terhadap PR Meningkat
- HOW NOW, Najib? Felda share price FALLS BELOW IPO price
- Bantu Islam, bukan jadi batu penghalang - Tuan Ibrahim
- Terdesak : BN batal projek kondominium Batu Caves jika tawan Selangor, kata Najib..ha.ha..masa BN luluskan tak ingat diri...!!!!
- Rafizi akan terus menghantui Chief Nazri..!!
- Adnan Yaakob!! Hutan Simpan Kekal Kemasul diceroboh...siapa punya projek ni?
- Tony Pua: Cerita-Cerita Syed Mokhtar Al-Bukhari Dan Kita
- Tony Pua: Chua Tee Yong, Pernahkah Kamu Pergi Kemas Kira Lembu NFC?
- Ijtima' Tarbawi DPPNT : Wakil Palestin
- Ijtima' Tarbawi DPPNT : Ust Nik Abduh Nik Aziz
- Ijtima' Tarbawi DPPNT : Ust Riduan Mohd Nor
- NUS tamatkan biasiswa penulis blog seks yang mengkagumi CSL...!!!
- NGO belia: Sikap terbuka penting untuk hapus politik ganas
- Muktamar 58 : Pemimpin Pas sedia dikritik
- Ekonomi Malaysia Hebat : Permintaan menurun, kilang-kilang P.Pinang kurangkan pekerjaan dan pengeluaran
- Nurul Izzah Jadi Mangsa Untuk Lindungi Najib Di Majlis Soi Lek Hina Islam
- Isu Nurul Izzah - Tiba-Tiba UMNO Mahu Jadi Juara
- UMNO sayang pada ' Chua Soi Lek'?
- Rosmah Masih Jadi Beban Berat Kepada UMNO
Muktamar 58 : Ulama tak berhasrat sentuh isu Izzah Posted: 12 Nov 2012 09:26 PM PST SHAH ALAM - Dewan Ulama Pas tidak berhasrat membawa isu kontroversi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ke Muktamar Pas ke-58 ini. Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, mereka mempunyai perkara lain yang lebih utama daripada isu itu berbanding pemimpin sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat (PR). "Tidak, kami (Dewan Ulama) tidak akan bawa isu (Nurul Izzah) ke dalam muktamar. Banyak perkara lain yang ingin kami usulkan," katanya kepada Sinar Harian, semalam. |
Banjir : Paras air sungai Selangor di Kuala Badong melebihi aras bahaya Posted: 12 Nov 2012 09:24 PM PST KUALA LUMPUR, 13 Nov — Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di sekitar Sungai Selangor di Kuala Badong, Kuala Selangor berjaga-jaga berikutan air sungai berkenaan telah melebihi aras bahaya dengan bacaan 4.04 meter. Kawasan sekitar dikhuatiri akan dinaiki air, menurut portal JPS yang dikemaskini pada 10 pagi ini. Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat pula telah melebihi aras amaran dengan bacaan 4.11m, dan JPS meminta penduduk sekitar berwaspada. Dalam pada itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan mangsa banjir di Perak setakat 9.30 pagi ini berjumlah 35 orang daripada sembilan keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Agama Rakyat, Kampung Padang Serai di Manjung. Portal banjir MKN bagaimanapun tidak memberi maklumat terbaharu mengenai bilangan mangsa di Selangor, Johor dan Melaka. Setakat malam tadi, bilangan mangsa banjir di Selangor ialah 1,357 orang daripada 345 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan -- empat di Kuala Langat, dua di Sepang dan satu di Kuala Selangor. Menurut MKN, bilangan mangsa di Johor dan Melaka ialah masing-masing 138 di Batu Pahat dan 84 orang di Jasin. — Bernama |
SAMM teruskan 'Le Tour De Scorpene' tanpa kebenaran polis Posted: 12 Nov 2012 09:23 PM PST MELAKA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Melaka akan meneruskan Le Tour De Scorpene peringkat negeri Melaka malam ini walaupun tanpa kebenaran polis. Read More / Baca Lagi >>Zuraidi Abdullah, penyelaras SAMM Melaka berkata, pihaknya telah bertemu dengan pihak polis Melaka Tengah semalam bagi membincangkan program ini. "Malam ini, SAMM Melaka menjemput kehadiran semua golongan masyarakat ke program SAMM RAPAT RAKYAT ABU : Jelajah Bongkar Skandal Scorpene bertempat di Peringgit Jaya (berhampiran Petronas dan AEON Jusco), Melaka bermula sekitar jam 9.00 malam," kata Zuraidi dalam kenyataannya hari ini. Dalam pertemuan dengan polis yang diketuai ACP Muhammad semalam, SAMM telah memaklumkan kepada polis tentang proram ini. |
Bolehkah Pakatan percayai Zaid untuk terimanya semula? Posted: 12 Nov 2012 09:22 PM PST Ramai dalam Pakatan yang meletakkan beliau dalam kategori yang sama dengan katak-katak yang melompat parti. Ikutilah bahagian pertama wawancara dengan bekas Menteri Undang-undang Datuk Zaid Ibrahim mengenai perkara itu. Mengapa Datuk berhasrat bertanding di Pekan? Kenyataan saya untuk bertanding di Pekan adalah berkaitan dengan berita bahawa (Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang) akan menjadi calon (di situ). Saya tidak fikir presiden PAS harus didedahkan kepada risiko seperti itu. Tidak ada keperluan untuk pendekatan gung-ho seperti itu. Beliau perlu menang. Tawaran saya itu dibuat dalam konteks jika tidak ada siapa yang berwibawa, maka saya bersedia. Bolehkah Datuk ceritakan keadaan yang membawa kepada peletakan jawatan Datuk sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri dan penggantungan Datuk dan seterusnya nama Datuk digugurkan sebagai calon dari Umno dalam pilihan raya umum 2008? Keputusan saya untuk meletak jawatan dalam kabinet adalah kerana ia tidak dapat dipertahankan bagi saya untuk menyokong keputusan kerajaan menahan (pemimpin DAP) Teresa Kok (kiri), (blogger) Raja Petra Kamarudin dan seorang lagi wartawan akhbar (Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng ) di bawah ISA. Saya diambil kononnya untuk melakukan reformasi dalam badan kehakiman dan undang-undang yang zalim. (Maka) saya tidak boleh mempertahankan tindakan seumpama itu. Jadi saya letak jawatan. Saya juga tidak tahu mengapa saya digugurkan sebagai calon pada tahun 2008, kecuali orang yang mengambil tempat saya itu adalah setiausaha politik PM sekarang. Datuk menuduh (timbalan presiden PKR) Azmin Ali melakukan penyelewengan dalam pemilihan parti PKR. Adakah pandangan Datuk sudah berubah terhadap mekanisme pemilihan dalamam PKR?Read More / Baca Lagi >> |
Umno sedang 'tunda najis hanyut' Posted: 12 Nov 2012 09:20 PM PST PETALING JAYA: PKR menyifatkan serangan menggila terhadap naib presidennya, Nurul Izzah Anwar umpama tindakan 'menunda najis yang hanyut'. Read More / Baca Lagi >>Ini kerana, tindakan ini adalah langkah terbaru Umno dalam percubaan mengembalikan sokongan dan kepercayaan rakyat yang semakin terhakis. Demikian kata Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty (gambar) dalam kenyataan medianya hari ini. Kenyataan beliau ini mengulas serangan terhadap Nurul Izzah selepas kenyataan berhubung kebebasan beragama yang dinyatakan beliau. "Sesungguhnya, kenyataan spontan dan bersahaja YB Nurul Izzah pada majlis berkaitan adalah secara umum dan memang boleh mengundang pelbagai persepsi dan tafsiran. |
Hari Deepavali: Lawan kejahatan untuk peroleh keadilan – Anwar Posted: 12 Nov 2012 09:18 PM PST KUALA LUMPUR 18 November: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak kaum India yang rata-ratanya penganut Hindu menjadikan sambutan Hari Deepavali sebagai panduan melawan kejahatan demi mendapatkan keadilan. Beliau menyifatkan menentang kejahatan sebagai langkah pertama untuk mendapatkan keadilan sebelum mencapai kemenangan yang disimbolik melalui perayaan pesta cahaya. "Tentang masalah bahasa mereka, kelayakan kewarganegaraan dinafikan, tahap kemiskinan dan permasalahan sosial dan ekonomi yang harus ditangani dengan baik. "Sejarah sambutan ini punya kaitan kehebatan perlawanan antara yang membawa semangat kebaikan dan perubahan menumpaskan kejahatan. "Kita harap mesej ini boleh memberi jaminan keadilan kepada semua khususnya kepada masyarakat India," katanya pada perutusan Hari Deepavali, hari ini. Read More / Baca Lagi >> |
Anwar: Sokongan Masyarakat India Terhadap PR Meningkat Posted: 12 Nov 2012 09:17 PM PST PETALING JAYA 13 NOV: Dasar yang diperkenalkan negeri Pakatan Rakyat (PR) khususnya di Selangor dilihat berjaya meningkatkan sokongan kaum India terhadap gabungan parti itu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. Demikian menurut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenai sokongan kaum India terhadap PR di ibu pejabat PKR di sini. Katanya, sambutan yang diterima masyarakat India terhadap program dan skim yang dianjurkan Kerajaan Negeri Selangor sebagai contoh berjaya menarik perhatian mereka yang sebelum ini seringkali diabaikan ketika pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan Umno-BN dahulu. "Selangor di bawah pimpinan PR berusaha menjaga masyarakat India di negeri ini dengan menyediakan pelbagai program bantuan termasuk memberikan bantuan pendidikan sebanyak RM4 juta disemua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). "PR juga berusaha memdapatkan kad pengenalan terhadap beberapa individu daripada kaum India yang tinggal di pedalaman selama berpuluh tahun tetapi masih tidak diberikan kewarganegaraan," katanya yang merupakan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Read More / Baca Lagi >> |
HOW NOW, Najib? Felda share price FALLS BELOW IPO price Posted: 12 Nov 2012 09:15 PM PST Share price for Felda Global Venture Holding marked its historic low today as it briefly dipped below its initial public offering price of RM4.55 today, hitting RM4.53, the lowest point to date, before easing to RM4.57 at noon. The dip is lower than the RM4.57 recorded on September 11 on inter-day trading, which then rebounded within four days to RM4.95. However, since then, FGV shares have been on downward trend again, shedding RM0.35 to RM4.60 as of last Friday. Felda settlers have been forced to take up loans to obtain the 800 shares, which the government said were 'gift' for settlers alongside the RM15,000 'windfall' in the wake of FGV's controversial listing. National Felda Settlers' Children Association (ANAK) has claimed that settlers would suffer losses if share price fell below RM4.70. The company's initial public offering institutional price was RM4.55, while its retail price was RM4.45. Felda chairman Isa Samad has been insisting that the fall was temporary due to the drop in global oil palm commodity prices. |
Bantu Islam, bukan jadi batu penghalang - Tuan Ibrahim Posted: 12 Nov 2012 09:13 PM PST (Tuan Ibrahim berucap di Padang Rengas - foto Muslimeen United) PADANG RENGAS: "Cukuplah zaman kita menjadi penyokong PAS, sudah tiba masanya kita menjadi pekerja dan pembantu kepada PAS," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam majlis Kembali Ilmu di Kg Biong, Sauk, Padang Rengas dekat sini. Untuk mencapai matlamat tersebut, beliau menggesa kepada semua ahli agar bersiap dan memperkemaskan jentera dan organisasi disemua peringkat. Ini bagi memastikan misi untuk menawan Putrajaya akan berhasil, tegas Tuan Ibrahim sebagaimana yang dilaporkan oleh blog Muslimeem United. (Sebahagian orang ramai yang hadir - foto Muslimeen United) Beliau juga mengingatkan kepada ahli-ahli supaya jangan menjadi batu penghalang kepada kemenangan Islam, "Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan sesuatu tindakan parti, maka ada salurannya, jangan kita menggunakan media musuh sebagai medan kita meluahkan ketidakpuasan." |
Posted: 12 Nov 2012 09:12 PM PST "Saya nak menyatakan ini, BN akan pertahankan kompleks Batu Caves ini seandainya BN berjaya ambil alih Selangor. "Projek kondominium 29 tingkat itu akan dibatalkan, kita tidak mahu pembangunan di kawasan ini boleh mengancam kompleks Batu Caves," katanya semasa Majlis Rumah Terbuka Sambutan Deepavali anjuran MIC di kompleks berkenaan di sini. Read More / Baca Lagi >> |
Rafizi akan terus menghantui Chief Nazri..!! Posted: 12 Nov 2012 08:43 PM PST |
Adnan Yaakob!! Hutan Simpan Kekal Kemasul diceroboh...siapa punya projek ni? Posted: 12 Nov 2012 07:10 PM PST |
Tony Pua: Cerita-Cerita Syed Mokhtar Al-Bukhari Dan Kita Posted: 12 Nov 2012 07:06 PM PST |
Tony Pua: Chua Tee Yong, Pernahkah Kamu Pergi Kemas Kira Lembu NFC? Posted: 12 Nov 2012 07:05 PM PST |
Ijtima' Tarbawi DPPNT : Wakil Palestin Posted: 12 Nov 2012 07:04 PM PST |
Ijtima' Tarbawi DPPNT : Ust Nik Abduh Nik Aziz Posted: 12 Nov 2012 07:03 PM PST |
Ijtima' Tarbawi DPPNT : Ust Riduan Mohd Nor Posted: 12 Nov 2012 07:02 PM PST |
NUS tamatkan biasiswa penulis blog seks yang mengkagumi CSL...!!! Posted: 12 Nov 2012 06:47 PM PST KUALA LUMPUR, Nov 13 — Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) telah menamatkan biasiswa pelajar yang mengendalikan blog seks, Alvin Tan, menurut laporan Straits Times di republik tersebut hari ini. Namun demikian, pelajar tersebut tidak dibuang daripada NUS. Selain itu, dia juga perlu membayar penuh yuran pengajiannya tanpa mendapat subsidi sebagai pelajar luar negara jika mahu melengkapkan pengajian tahun akhirnya di pusat pengajian undang-undang universiti tersebut. Laporan akhbar itu juga berkata hukuman yang dijatuhkan ke atas pelajar tahun dua tersebut menjadi tumpuan utama orang awam selepas NUS mengumumkan minggu lepas bahawa maklumat mengenai hukuman tidak akan didedahkan memandangkan prosiding disiplin adalah sesuatu yang sulit. Semalam Menteri Pendidikan Singapura Heng Swee Keat menyelar pelajar terbabit yang mendapat biasiswa dari republik tersebut dengan menyifatkan kelakuannya "patut dikeji dan bukan menggambarkan seorang graduan". Kenyataan keluar selepas soalan tersebut diajukan oleh ahli parlimen (MP) Singapura yang mahu mengetahui mengenai hukuman yang dikenakan oleh Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) ke atas Tan. |
NGO belia: Sikap terbuka penting untuk hapus politik ganas Posted: 12 Nov 2012 06:46 PM PST "Namun, golongan ini sewajarnya sedar bahawa walau maju macam mana pun, kita tidak boleh lari daripada hakikat bahawa Malaysia sebenarnya sebuah negara yang sensitif terutamanya yang berkaitan dengan agama, budaya dan kepercayaan. "Jika ahli politik Malaysia bersikap tidak bertimbang rasa terhadap isu-isu seperti ini, saya yakin masa depan negara akan menuju kehancuran,"katanya. Ujar Maliki, dengan memiliki lebih 200 suku kaum di Malaysia, sudah cukup menunjukkan negara ini mempunyai struktur masyarakat yang unik dan mengamalkan kepercayaan agama yang berbeza serta perlu dihormati oleh setiap orang. |
Muktamar 58 : Pemimpin Pas sedia dikritik Posted: 12 Nov 2012 06:42 PM PST Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, sejak awal, Pas tidak pernah menyekat mana-mana perwakilan dalam membentangkan usul, malah menganggap ia perlu bagi memantapkan parti itu. Menurutnya, sungguh pun ada garis panduan yang perlu diikuti namun ia tidak menyekat kebebasan bersuara setiap perwakilan. "Mereka bebas membawa apa sahaja usul, termasuklah yang berbentuk kritikan terhadap pemimpin. Ia sudah lama diamalkan dan sehingga kini, tidak pernah wujud sebarang masalah. "Berhubung isu panas atau kontroversi, sudah pasti perwakilan bijak membezakan isu yang wajar dibahaskan," katanya kepada Sinar Harian, semalam. |
Posted: 12 Nov 2012 06:40 PM PST GEORGETOWN, Nov 13 — Kejatuhan permintaan global telah memaksa kilang Pulau Pinang untuk membekukan pengambilan, mengurangkan pengeluaran dan melaksanakan empat hari minggu, walaupun penganalisis meramalkan ekonomi Malaysia berkembang lebih perlahan pada suku ketiga. Read More / Baca Lagi >>The Malaysian Insider difahamkan kilang di Pulau Pinang, hub utama elektronik telah mula berhanti mengambil pekerja, termasuk tidak menggantikan yang telah pencen atau berhenti. Banyak loji juga telah mengurangkan output untuk mengurangkan kos. Ekonomi Malaysia mungkin berkembang pada kadar perlahan dalam suku ketiga oleh kerana eksport jatuh, tetapi permintaan domestik kukuh, sebahagiannya didorong oleh perbelanjaan kerajaan menjelang pilihan raya tahun depan, membantu perkembangan menurut tinjauan pendapat Reuters. Eksport menyumbang kira-kira 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia, dan ini terjejas akibat daripada permintaan yang lemah bagi komoditi dan komponen elektronik di China serta Kesatuan Eropah. |
Nurul Izzah Jadi Mangsa Untuk Lindungi Najib Di Majlis Soi Lek Hina Islam Posted: 12 Nov 2012 06:36 PM PST Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam ucapannya di perhimpunan agung MCA ke-59 pada 21 Oktober lalu berkata lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat. Dalam ucapan yang juga di hadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Soi Lek mendakwa 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia. Berikutan kenyataan Soi Lek tersebut selama lebih dua minggu media, pemimpin politik, ahli akedemik dan tokoh ilmuan Islam memprotes dan mengecam kenyataan Soi Lek tersebut. Tempias yang lebih besar kesan dari kenyataan Soi Lek itu adalah kepada Najib yang berada di perhimpunan tersebut. Secara langsung dan tidak Najib diberikan persepsi sebagai pemimpin yang membiarkan agama dan bangsanya dihina oleh orang lain dihadapan beliau sendiri. Sikap dan tindakan berdiam diri Najib pula dianggap sebagai dayus dan pengkhianat kepada bangsa dan agamanya sedangkan beliau adalah pemimpin parti yang kononnya membela bangsa melayu dan agama Islam Sedangkan kenyataan Soi Lek tersebut amat sensitif bukan sahaja kepada orang melayu dan agama Islam malah mampu mengundang ancaman kepada keselamatan negara. Sudah pasti sekiranya mana-mana pemimpin pakatan Rakyat yang mengeluarkan kenyataan tersebut setentunya akan di tangkap di bawah ISA atau apa-apa akta berkaitan. Read More / Baca Lagi >> |
Isu Nurul Izzah - Tiba-Tiba UMNO Mahu Jadi Juara Posted: 12 Nov 2012 06:14 PM PST Oleh WFAUZDIN NS MASIH aku nak sentuh isu Nurul Izzah yang masih menjadi 'lauk' buat media lidah syaitan siang dan malam itu. Media berlidah syaitan ini mendapat sokongan dari sang pengampu termasuk beberapa ekor yang bertaraf ' ustaz' dan yang tak bergelar 'ustaz' pun dah mula nak 'start' jadi 'ustaz' apabila mahu juga mengulas isu Nurul Izzah. Aku bukan ustaz seperti Us Nasha. Tapi aku bukanlah jahil sangat sampai tak tahu nak beza mana satu Melayu dan mana satu Islam. Bagi aku semua manusia sama, baik bangsa apa pun samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Orang Asli atau apa kaum sekalipun semuanya sama. Apa yang membezakan mereka hanyalah iman atau kepercayaan beragama mereka. Di sisi Allah tiada beza sedikitpun kecuali ketakwaan kepadanya. Itu jelas. Benarkah apabila kita sebut Melayu maka semestinya Melayu itu Islam? Siapa boleh jamin setiap Melayu itu Islam? Atau setiap yang berugama Islam itu mesti Melayu? Jika tiada siapa pun boleh jamin, terima lah hakikat bahawa Melayu itu sama seperti Cina, India dan sebagainya kecuali jika Melayu itu berugama Islam maka Melayu Islam itu sama juga dengan Cina atau India yang berugama Islam di sisi Allah. |
UMNO sayang pada ' Chua Soi Lek'? Posted: 12 Nov 2012 03:32 PM PST Chua Soi Lek dipertahan kerana menentang hukum hudud, manakala Nurul Izzah di dikaitkan dengan isu 'murtad' satu gejala yang dilihat boleh mempercepatkan kejatuhan kerajaan BN dan menghakiskan sokongan rakyat kepada UMNO. Betul kata Tun Mahathir, UMNO dilihat lebih busuk daripada usus (tahi). Itu adalah satu 'kecelakaan' sedang menimpa umat Islam di Malaysia, apabila ada pihak secara terang menolak 'undang-undang Islam' dilaksanakan. Nampak sangat UMNO begitu kecut perut kepada MCA, hanya kerana untuk mengekalkan beberapa ribu orang pengundi cina maka sanggaup mempertahankan cadangan CSL supaya kerajaan Malaysia menolak perlaksanaan hukum hudud. Kini UMNO telah memesongkan isu dan menghala targetnya kearah Nurul Izzah, Naib Presiden PKR yang juga Ahli Perlimen Malaysia dengan berbagai-bagai ejekan dan tuduhan yang melampau apabila Nurul Izzah dikaitkan dengan isu murtad. Satu isu yang diputar belit dengan harapan rakyat menolak PR dalam PRU13 nanti. |
Rosmah Masih Jadi Beban Berat Kepada UMNO Posted: 12 Nov 2012 03:31 PM PST Oleh Shahbudin Husin Isu Rosmah Mansor yang dianggap gila glamour muncul kembali. Kali ini ketika beliau hadir di majlis persandingan pemain badminton, Lee Chong Wei dan Wong Mei Choo menjadi percakapan ramai. Dalam majlis persandingan itu, Rosmah duduk di tengah-tengah antara kedua mempelai, suatu perbuatan yang amat luar biasa dan lari dari kebiasaan. Biasanya, ketika majlis persandingan tetamu VIP lelaki akan duduk di sebelah pengantin lelaki manakala tetamu VIP perempuan akan duduk di sebelah pengantin perempuan. Namanya pun raja sehari, maka pengantinlah menjadi raja ketika itu. Namun dengan Rosmah duduk di tengah-tengah antara kedua mempelai, Lee Chong Wei dan Wong Mei Choo tidak lagi menjadi raja sehari. Sebaliknya Rosmah yang menjadi raja di majlis itu. Ketika majlis resepsi pertama Lee Chong Wei dan Wong Mei Choo yang turut dihadiri oleh Yang Dipertuan Agong, Raja Permaisuri Agong, Perdana Menteri, menteri-menteri kabinet serta tetamu VIP yang lain sehari sebelum itu, Rosmah telah mengambil keputusan untuk tidak hadir menemani Najib. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan