Nuffnang

Pengikut

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

0
sumber :-

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Al Fatihah. Alang Cha ah. Bakal Calon DUN Johol Nahas jalan raya.

Posted: 01 Nov 2012 07:19 AM PDT


 

Shaharudin Md Isa atau lebih di kenali Alang Cikgu Chaah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya berhampiran Rumah Rakyat Senaling, Kuala Pilah pada 1hb Nov jam 11.15 pg. Takziah untuk seluruh ahli keluarga Allahyarham. Al-Fatihah.

 Innalillah wa inna ilaihi raji'un

أَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ


"Ya Allah, janganlah Engkau haramkan permohonan kami untuk kebajikannya dan janganlah Engkau membiarkan kami di timpa fitnah setelah ketiadaannya dan ampunkanlah kami dan dia juga rakan kami yang 

 terdahulu beriman dan janganlah Engkau sematkan perasaan hasad dengki kedalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau bersifat pengasih dan penyanyang."

Sebaik sahaja dapat berita musibah, penulis terus ke  Hospital Tuanku Ampuan Najihah K Pilah. Waktu itu Ambulan baru saja sampai dan sempat membantu menurunkan usungan jenazah ke bilik mayat. Terdapat kecederaan seolah2 berlubang di bahagian antara kepala dan tengkuk belakang yang membuatkan darah terus mengalir. Sebelum itu arwah Alang Cha ah melalui jalan rumah rakyat senaling berhadapan rumah Chegu Hamzah dengan bermotosikal.dan terlanggar boggol jalan. Arwah tercampak dan kepalanya terhentak ke jalan raya. Arwah meninggal di tempat kejadian,

Sewaktu di bilik mayat. beberapa rakan ada mengatakan kemungkinan arwah Alang Cha ah diserang jantung sebelum merempuh bonggol jalan. 

Arwah mendapat pendidikan menengah di Sek Men Sains Tuanku Jaafar K Pilah 1976 dan berpindah ke Sek Men KGV di awal 1979 hingga 1981. Bersama-sama Abang yg tua Along Zainal, Angah Tajuddin dan penulis aktif dalam sukan Ragbi mewakli Squad sekolah, Negeri Sembilan sehingga peringkat kebangsaan.

Melibatkan diri dalam poltik Umno hingga pernah memegang jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Pilah sebelum di tewaskan oleh Dato' Ismail Lasim (juga rakan di KGV). 

Maklumat daripada rakan-rakan Umno, bahawa Arwah turut tersenarai bakal calon untuk DUN Johol di PRU13 nanti.
Maklumat
Mengenai
  • Menetap di 2846, kg. lending, Johol, Negeri sembilan. 
  • Guru Besar sk. Dato' Inas johol. 
  • Pkpgb di uthm, parit raja, batu pahat 
  • hp - 013 6601384
  • Menetap di Johol
  • Lahir pada 7hb Mac 1962
  • Berbahasa Melayu, English
  • Lelaki

Hilangnya seorang rakan sekolah, rakan ragbi dan rakan berhujah. Alang....kita pernah bersama-sama dalam wadah Umno. Cuma kini kita hanya berbeda parti siasah. Moga Alang aman disana dan terhimpun bersama-sama orang yang soleh.







bumiperak

0
sumber :-

bumiperak


NAZRI AZIZ: Anak saya bukan isteri, tak perlu beritahu apa dia buat!

Posted: 01 Nov 2012 05:11 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Nov (MInsider) — Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata beliau tidak melihat sebarang kesalahan dengan anaknya yang didakwa menggunakan kereta mewah yang dimiliki Michael Chia, dengan mengatakan hubungan Nedim dengan peniaga balak Sabah itu tidak berkaitan dengan jawatannya selaku menteri kabinet.

Beliau memberitahu wartawan bahawa beliau tidak mengawal setiap pergerakan Nedim kerana beliau sudah dewasa, dan menambah jika anaknya menggunakan kereta Chia, itu adalah urusan peribadi anaknya dengan Chia.

"Saya tidak tidur dengan anak saya, saya bukan homoseksual. Anak saya bukan isteri atau kekasih saya. Apa yang dia buat, dia tak perlu beritahu saya.

"Ini urusan anak saya dan Chia. Jika Chia mahu memberikan Nedim Hummer atau Ferrari, itu bukannya urusan dengan saya. Saya yang menteri, bukan anak saya," kata Nazri (gambar) kepada wartawan apabila ditemui oleh wartawan di Parlimen hari ini.

Nazri dalam jawapan kepada pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang menuduh beliau mempunyai kepentingan, mempertahankan Chia apabila anaknya, Nedim menggunakan kereta mewah atas nama Chia.
"Apa salah dia, cuba beritahu saya? Dia bukan menteri. Mana ada kepentingan. Dia anak saya," katanya lagi.

Beliau enggan mengulas apabila ditanya jika Hummer yang digunakan Nedim adalah milik Chia.

Beliau memberitahu wartawan bahawa beliau tidak perlu berkata apa-apa, berikutan pendedahan Rafizi, pemimpin PKR itu tidak dapat membuktikan apa-apa yang melibatkannya.

(Gambar Nedim Nazri Aziz)
"Pergi tanya anak saya, saya tidak boleh cakap bagi pihak dia. Saya tak tidur dengan dia, dia ada isteri, ada anak. Apa yang dia buat, saya tidak tahu. Saya kenal Michael Chia, tapi apa salahnya?" katanya lagi.

Nazri baru-baru ini memberitahu Parlimen bahawa ketua menteri Sabah Datuk Musa Aman telah dibersihkan namanya dari tuduhan rasuah selepas badan pencegah rasuah di Malaysia dan Hong Kong mendapati bahawa "dana politik" berjumlah RM40 juta itu diseludup ke Malaysia pada tahun 2008 bukan untuk kegunaan peribadi Musa tetapi untuk Umno Sabah.

"Saya masih lagi menteri, kawan. Ini tidak akan sakitkan saya. Saya tidak akan terjejas dengan politik kotor ini," katanya.

Tetapi Nazri tidak bercadang untuk menyaman Rafizi dari dakwaan ini, dengan berkata fitnah ini tidak akan menjejaskan nama keluarganya, dan berkata pemimpin PKR itu tidak ada kredibiliti.

"Saya seorang yang kaya, berkuasa, kacak dan berharta, apa boleh saya buat?

"Saya tidak kisah, saya popular, seperti bintang filem. Seperti selebriti, bukan seperti pelakon tempatan tetapi peringkat Hollywood. Jadi saya tak boleh buat apa-apa jika mereka mahu ikut saya," katanya lagi.


RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Tiada bekalan air, elektrik, MB Perak abai penduduk Pulau Sangga

Posted: 01 Nov 2012 09:32 PM PDT

KUALA LUMPUR 2 November: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Kadir tidak peduli nasib penduduk Pulau Kuala Sangga, Kuala Sepetang yang terpaksa menadah air hujan untuk kegunaan seharian akibat ketiadaan bekalan air dan elektrik.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Sepetang, Tai Sing Ng, kesengsaraan itu dialami penduduk sejak negara mencapai kemerdekaan.
"Kita menggesa agar Kerajaan Perak menepati janji slogan dasar kebajikan negeri 'Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir', dengan membekalkan air dan elektrik kepada para penghuni yang masih terseksa dalam kehidupan harian mereka sejak 55 tahun lalu," katanya kepada Keadilan Daily.
"Kehidupan tanpa kedua-dua kemudahan asas ini tidak mudah difahami oleh orang bandar yang menikmati segala kemudahan asas dalam zaman moden ini," sambung beliau.
Sing Ng berkata, setiap rumah di Pulau Sangga terpaksa menggunakan tong atau tangki untuk menyimpan air hujan bagi kegunaan harian.
Katanya, air minuman dibeli dan dibawa oleh bot-bot nelayan dari Kuala Sepetang.
Bagi bekalan elektrik pula, penduduk hanya bergantung kepada sistem penjana elektrik sendirian.
"Zambry hanya pernah kunjungi Kuala Sepetang pada Februari 2009 kononnya untuk selesaikan masalah bekalan air. Sejak itu beliau tidak lagi mengunjungi kampung itu," katanya.
Mengimbas kembali pentadbiran singkat Pakatan Rakyat yang dirampas secara haram oleh BN, Sing Ng berkata, pada 2008, Kerajaan Pakatan memperuntukkan RM25,000 bagi memasang penjana elektrik berkuasa besar untuk kegunaan seluruh kampung Kuala Sangga.
"Bagaimanapun, penjana tersebut tidak dapat membekalkan jumlah elektrik yang memadai untuk semua penduduk yang bertambah.
"Setiap keluarga masih perlu membelanjakan RM100 hingga RM200 sebulan bagi membeli minyak diesel untuk kegunaan penjana elektrik sendirian," katanya.

MB percaya Aziz Bari mampu beri kemenangan kepada PKR

Posted: 01 Nov 2012 09:30 PM PDT


Anwar - Khaliz - Azizah - Buku
Dari kiri: Abdul Khalid, Wan Azizah, Anwar dan Pawanchek ketika perasmian buku 'Charade of Justice Anwar's Third Trial', semalam.
 
SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan calon baru Parlimen Sabak Bernam, iaitu bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari akan memberikan kemenangan kepada PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) kelak.

Beliau secara peribadi berkata, kelantangan Abdul Aziz dalam melontarkan pandangan dan idea dalam pelbagai isu memberikan kelebihan kepada beliau untuk memenangi hati pengundi di kerusi itu.

Katanya, rakyat di kawasan tersebut pasti akan berbangga sekiranya Abdul Aziz mewakili mereka memandangkan bekas pensyarah undang-undang itu merupakan anak jati Sabak Bernam.

"Pada pandangan saya, kalau Aziz dipilih mewakili PKR di Sabak Bernam yang pernah ditandingi PKR, sudah tentulah beliau mempunyai peluang kerana pengundi di kawasan itu mahukan orang yang mempunyai keupayaan dan kepimpinan.
Read More / Baca Lagi >>

Menganalisa sistem politik BN@UMNO

Posted: 01 Nov 2012 09:02 PM PDT

 Datuk Yahya Lampong

Ramai orang bertanya saya, apakah bentuk kepimpinan Barisan Nasional (BN)? Ini kerana, sistem BN hanya satu di dunia dan sangat berbeza dengan sistem politik atau kepimpinan negara demokrasi.


Raja berkuasa mutlak, kerajaan diktator, kerajaan komunis atau kerajaan totalitarian (berkuasa secara total atau berkuasa mutlak) adalah setaraf dengan kepimpinan BN sekarang. Sistem ini telah menyebabkan BN kekal berkuasa sejak dahulu dan akan berterusan jika tidak diubah. Nasib baik rakyat sekarang ada pilihan selain BN iaitu gabungan antara PKR-PAS-DAP untuk mengganti Barisan Nasional bagi memerintah negara.
Apa ciri-ciri kepimpinan BN? Bagi saya, antara cirinya adalah:-
Ciri pertama
Sistem politik Barisan Nasional atau BN berpaksikan kepimpinan autokrasi. Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional ialah Perdana Menteri. BN bertanding dalam pilihan raya umum. Anggota komponen seperti UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, PPP, PBB, SUPP, SPDP, PRS, PBS, UPKO, PBRS dan LDP tidak bertanding dalam pilihan raya umum. Justeru itu, anggota komponen tidak mempunyai kekuatan politik, semuanya ada pada BN.
Sungguh pun UMNO tidak bertanding dalam pilihan raya umum, tetapi Presiden UMNO ialah Pengerusi BN. Presiden UMNO dan Pengerusi BN ialah Perdana Menteri.
Justeru itu, Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri berkuasa mutlak kerana BN bertanding dalam pilihan raya umum. Presiden-presiden anggota komponen tidak mempunyai kekuatan politik kerana mereka tidak bertanding dalam pilihan raya umum atas nama parti masing-masing.
Apabila Perdana Menteri berkuasa mutlak, hatta Majlis Tertinggi UMNO tidak mempunyai kekuatan politik kerana UMNO tidak bertanding dalam pilihan raya umum. Majlis Tertinggi parti-parti komponen juga tidak mempunyai kekuatan politik kerana parti-parti komponen tidak bertanding dalam pilihan raya umum.
Calon-calon dan kawasan-kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri atau DUN ditentukan oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri berkuasa mutlak (prerogative) untuk melantik anggota kabinet dan portfolio menteri-menteri. Dasar-dasar kerajaan ditentukan oleh Perdana Menteri.
Justeru itulah, bagi saya BN memperalatkan semua anggota komponennya dan mereka menjadi kuda tunggangan UMNO.
Ciri kedua
Read More / Baca Lagi >>

Pengakuan G.Soros, Siapa Dia Mahathir dan UMNO!

Posted: 01 Nov 2012 09:01 PM PDT

23 May 2012 - Mahathir, PM ke 2 paling Rasuah di dunia - Wartawan Dunia. 

MAKLUM BALAS SI YAHUDI SOROS KEPADA MAHATHIR ADALAH LEBIH JUJUR DAN LEBIH BOLEH DI PERCAYAI. 

SOROS MENJAWAB BEGINI, UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI DARI TUDUHAN UMNO. 

''Saya sentiasa berkata bahawa Dr Mahathir adalah ancaman kepada rakyatnya sendiri.Kini anda dapat melihat kesan kebodohan beliau apabila ringgit telah susut separuh nilainya dalam masa semalaman dan ekonomi merundum.

Tindakannya telah menyebabkan kepayahan kepada berjuta-juta rakyat Malaysia sendiri.
Mahathir telah membina projek-projek mega yang tidak berguna pada kos yang sangat mahal bagi negara.

Menara telekom di Kuala Lumpur dan bangunan tertinggi di dunia menunjukkan betapa bodoh kamu.
Bukan sahaja ia menyebabkan kesesakan jalan raya, ia benar-benar tidak mempunyai sebarang tujuan.

Jika anda memerlukan tanah tinggi untuk telekom antena,
gunung berdekatan di situ ada secara percuma.Menara ini tidak berguna kerana tingginya dari tanah hanya 300 meter.

Satelit menjadikannya tidak perlu langsung. Seorang yang bodoh memang tidak pandai menjaga wangnya.

Perkara yang utama ialah anda memang bodoh dan adalah wang itu milik rakyat Malaysia.
Anda memperolehi 20% dalam setiap projek, anda mempunyai hartanah di Jepun dan berbilion-bilion saham melalui rasuah telah diperolehi.
Read More / Baca Lagi >>

Fresh from RM2.2b deal, ex-CJ’s wife’s firm plots route to listing

Posted: 01 Nov 2012 08:55 PM PDT

KUALA LUMPUR, Nov 2 — Emrail Sdn Bhd is set to list on Bursa Malaysia through a reverse takeover of a dormant cash-rich entity, just months after the government was forced to defend its decision to give the company, owned by Umno lawyer Datuk Hafarizam Harun and the wife of former Chief Justice Tun Zaki Azmi, the RM2.2 billion deal to build the Kinrara-Damansara Expressway.
The shareholders of Emrail and Premier Naflin Bhd, a company with RM115 million in hand and no business since last October, announced yesterday that a deal had been been struck which would see the former take over the latter's listing status.
Premier's major shareholders are Tan Sri K.R. Somasundram and the National Land Finance Co-operative Society Ltd.
Besides Hafarizam, the other directors in Emrail now are Tan Sri Hari Narayanan and Toh Puan Nik Sazlina Mohd Zain, Zaki's wife.
In February, Hafarizam told The Malaysian Insider that any suggestion of a deal struck because of his role in the Perak constitutional crisis in 2009 was "tainted with mala fide (bad faith) and intended to bring me and Tun Zaki (picture) into public odium, scandal and disrepute."
Hafarizam, who is the ruling Malay party's legal adviser, denied that the highway concession award was given as a reward to him and Zaki allegedly for their roles in the 2009 Perak crisis that saw the state government switch from Pakatan Rakyat (PR) to Barisan Nasional (BN), which is held together by Umno.
Zaki declined to comment when contacted.
Read More / Baca Lagi >>

Sibuknya pemimpin Umno !!

Posted: 01 Nov 2012 08:52 PM PDT


Tak ada masa nak ambil tahu hal anak bini atau sengaja nak beri kebebasan dan kemewahan? 
 
"Saya tak tahu tentang NFC, saya tak tahu bisnes apa yang suami dan anak saya buat"  kata Shahrizat berhubung isu NFC yang melibatkan keluarganya.  Kah, kah, kah, tak masuk akal langsung, kalau bisnes apa yang suami dan anak buat,  isteri atau ibu tak tahu!   Ini tak bertanggung jawab namanya. Kalau dengan keluarga sendiri pun tak mahu ambil tahu dan laksanakan tanggung jawab, apa yang boleh diharap khidmat mereka kepada rakyat?,, Dah tentu hancur!!! 

 " Saya tidak tahu,  Saya tidak tidur dengan anak saya, Saya bukan gay lagipun anak saya bukannya isteri saya, bukan kekasih saya. Apa yang dia lakukan dia tidak pernah beritahu kepada saya."   kata Nazri Tan Sri Aziz berhubung dengan isu anaknya menggunakan kereta jenis Hummer milik Micheal Chia yang pernah ditahan di Hong Kong kerana menyeludup RM40 Juta tunai suatu masa dulu.  Hai !!  kereta mewah menjalar pergi balik depan mata pun buat tak tahu je? Tidak tergerakkah hati nak  bertanya dari mana datang dan siapa pemiliknya?  sebab harganya bukan calang-calang,,, hampir RM500K..

Beginilah sibuknya pemimpin Umno ye?  Si Shahrizat selaku menteri wanita keluarga dan masyarakat  tak ambil tahu hal anak dan suami manakala Nazri Aziz menteri dalam negeri pula tak mahu ambil tahu hal anak, kerana anak bukan isteri,,  katanya !   Dunia, dunia,.. ini bukan tak mahu ambil tahu, tetapi terlalu ambil tahu !! terlalu sayangkan keluarga !  Bila isu dipertikai, keadaan dah terdesak, maka terpaksalah cakap yang mereka tidak tahu dan sebagainya !  Faham faham lah ! nak hidup!! 

Oleh : rahimothman

Parlimen Machang Yang Diidamkan Umno

Posted: 01 Nov 2012 08:50 PM PDT

Kerusi parlimen Machang merupakan kerusi kedua yang menjadi sasaran Umno selepas Ketereh. Ada beberapa faktor terkini menjadikan sasaran Umno ini mungkin akan menjadi kenyataan. Tindakan PKR membawa lari Saifuddin Nasution Ismail ke Kedah adalah antara penyebab kenapa kerusi ini seperti lemah dan mudah untuk 'dikeronyok' oleh Umno dalam pilihan raya akan datang.

Kisah Saifuddin dibawa ke Kedah, katanya bakal bertanding di Kulim - Badar Baru ada cerita tersendiri. Begitu juga penganugerahan darjah kebesaran membawa panggilan Dato' kepada Saifuddin adalah diusahakan untuk tujuan itu. Anugerah itu untuk memberi nilai tambah kepadanya.

Yang tentunya kalau tidak ada sebab musabab kenapa Saifuddin perlu mudik ke Kedah. Sebab atau faktor itu pasti yang kurang kondusif. Saifuddin bukan termasuk dalam calon luar yang diberi pandangan oleh sesetengah orang 'penasihat' Pas agar nyah keluar dari Kelantan. Kerusi Machang tidak terlibat kerana ia milik PKR. PKR bebas membuat penentuan terhadap nasib setiausaha agung PKR itu.

Kita 'komakan' dulu cerita kenapa Saifuddin ke Kedah, kita tumpukan apakah masalah-masalah yang boleh membawa keuntungan kepada Umno sehingga Umno menandakan kerusi Machang sebagai kelabu tidak hitam dalam pilihan raya akan datang. Serta mengkaji serba ringkas apakah hasil politik dengki khianat Pas - PKR atau politik tidak ikhlas akan menguntungkan dan merugikan kedua parti itu.

Read More / Baca Lagi >>

Ubah Sekarang : Semakan Gaji Kakitangan Kerajaan Bukan Untuk 1.4 Juta Tetapi Hanya 20% Penjawat Awam SahaJa!!

Posted: 01 Nov 2012 08:48 PM PDT

Datuk Seri Dr Ali Hamsa Semakan Gaji Kakitangan Kerajaan Bukan Untuk 1.4 Juta Tetapi Hanya 20% Penjawat Awam SahaJa!!
Rupa-rupanya berita semakan kenaikan gaji kakitangan kerajaan tidaklah melibatkan 1.4 juta kakitangan awam seperti yang kami laporkan semalam DI SINI. Sebenar-benarnya kajian semula gaji kakitangan kerajaan yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa baru-baru ini, hanya melibatkan 20 peratus penjawat awam yang sudah pun mencapai paras gaji maksimum.
Maknanya yang sudah terhantuk dan  langgar dinding sahaja yang dapat bukannya membabitkan kenaikan gaji secara keseluruhan bagi perkhidmatan awam. Oleh itu, kalangan PA yang masih jauh lagi nak langgar dinding, mungkin belum tiba masanya untuk skim gaji anda dikaji sekali lagi.
  • Ya….memang benar, sekarang ini kira-kira 20 peratus daripada 1.4 juta kakitangan awam sudah pun mencapai tahap maksimum dan kumpulan inilah yang akan diberikan perhatian yang lebih selepas ini
  • Walaubagaimanapun, semua ini akan diberikan dan dilaksanakan bergantung kepada penjawat awam yang mempunyai prestasi markah yang melebihi 80 peratus
  • Maknanya di sini, kalangan penjawat awam yang mempunyai prestasi yang baik dan cemerlang, dengan mencatat markah 80 peratus ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tetapi sudah mencapai gaji maksimum dan tidak memperoleh kenaikan pangkat kerana tiada kekosongan akan diberikan perhatian.
  • Hakikatnya, ada penjawat awam yang terhenti gaji dua tiga tahun tidak ada kenaikan lagi, seterusnya gaji mereka menjadi statik, sedangkan dalam semua hal perlu ada pertumbuhan
  • Jadi bentuk penyelesaiannya, golongan ini diberi kenaikan pangkat atau diberikan kenaikan gaji biasa.
  • 20% melibatkan semua kategori jawatan penjawat awam
Read More / Baca Lagi >>

Najib to spring a GE13 SURPRISE?

Posted: 01 Nov 2012 08:45 PM PDT

Najib to spring a GE13 SURPRISE?Speculation is swirling that Prime Minister Najib Razak may spring a surprise and dissolve Parliament these few days in a bid to salvage his coalition's chances of retaining control of the federal government.
"Some of the Umno-BN MPs are saying he will dissolve next Monday. It is his prerogative, so it's hard to tell if this time, he will really go for broke. But we are all tired of waiting," PKR MP for Batu Tian Chua told Malaysia Chronicle.
Indeed, the guessing game over when Malaysia's 13th general election will be held has gone beyond mere tradition. Najib's indecisiveness has given the Opposition opportunity to fire deadly salvos at his corrupt administration, with the latest involving a minister in his own department - Nazri Aziz.
Nazri's son Nedim was accused of receiving an expensive US-made SUV from a Sabah tycoon who had previously been accused of carrying out money-laundering activities for Sabah Chief Minister Musa Aman. Yet Nazri has insisted there was nothing corrupt about this and that the scandal would not affect the BN's chances in GE13.
"Why should it be a problem? It is between him (Nedim) and Michael (Chia). Ask him (Chia) if it is a problem. Why (would this) harm BN? Why BN?" Nazri shot back when surrounded by reporters a day ago.
Read More / Baca Lagi >>

Himpunan diteruskan walau tanpa permit

Posted: 01 Nov 2012 08:44 PM PDT

Tidak timbul isu permit kerana tapak himpunan itu nanti akan diadakan di tanah lapang milik persendirian di Taman Seremban Jaya.
PETALING JAYA: Pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban esok (Sabtu) tetap diteruskan walaupun tiada kebenaran permit daripada polis, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Beliau berkata, tidak timbul isu permit kerana tapak himpunan itu nanti akan diadakan di tanah lapang milik persendirian di Taman
Seremban Jaya, kira-kira 2 kilometer dari Plaza Tol Senawang, Seremban.
"Tak perlu permit. Kalau di Dataran Merdeka sebelum ni tiada permit pun boleh berjalan, inikan pula tempat persendirian," katanya ketika dihubungi FMT.
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin kelmarin dilaporkan berkata, pihaknya tidak boleh mengeluarkan permit kerana penganjur gagal mengisi maklumat permohonan dengan lengkap.
Sekaligus perhimpunan itu dianggap sebagai melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dikenakan tindakan sewajarnya.
Read More / Baca Lagi >>

PEOPLE'S BURDEN: RM8,284 a day to upkeep swanky homes of PM & DPM

Posted: 01 Nov 2012 08:39 PM PDT

PEOPLE'S BURDEN: RM8,284 a day to upkeep swanky homes of PM & DPM
The Barisan Nasional government has spent RM12,094,707.06 or an average of RM8,284 every day to maintain the official residences of the prime minister and his deputy over the past four years.
The whopping figure was revealed yesterday by minister in the Prime Minister's Department Nazri Aziz in response to a question by Padang Terap member of parliament Mohd Nasir Zakaria.
Maintenance for Sri Perdana, where prime minister Najib Razak is staying, had burnt close to RM7 million over the last four years with RM1.896 million in 2008, RM1.686 million in 2009, RM1.520 million in 2010 and RM1.873 million in 2011.
While RM5 million was spent for maintaining Sri Satria occupied by deputy prime minister Muhyiddin Yassin, with RM1.129 million, RM1.130 million, RM1.401 million, and RM1.455 million spent for 2008, 2009, 2010 and 2011 respectively.
Last June, Nazri revealed that RM48.7 million from public funds was spent on Seri Perdana and Sri Satria between 2006 and 2010.
Breaking down the RM48.7 million expense, Nazri said RM33 million was spent on rental payment to local authority Perbadanan Putrajaya, RM10.2 million on electricity bills, RM3.5 million for maintenance and RM1.96 million for water.

Skandal RM40 juta, Umno ulang kesilapan NFC

Posted: 01 Nov 2012 08:37 PM PDT

KUALA LUMPUR 2 November: Pemimpin BN mengulangi kesilapan sama berdolak dalik menjawab skandal RM40 juta untuk Umno Sabah sepertimana isu National Feedlot Corporation (NFC), kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
"Seperti dalam kes NFC, mereka pada mula seboleh-boleh menafikan kebenaran kes itu, namun akhirnya terbongkar juga, samalah dalam isu (skandal RM40 juta) ini, kerana itu sahaja jalan yang mereka ada.
"Mereka boleh terus menafikan, tapi mereka sendiri tahu, kita ada bukti dan perkara ini akan terbongkar hari demi hari,"
katanya kepada Keadilan Daily.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal kononnya isu RM40 juta disumbangkan seorang ahli perniagaan kepada Umno Sabah hanya 'permainan pembangkang'.
KEADILAN sebelum ini membuat laporan kepada Bank Negara berhubung skandal wang RM40 juta milik Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan menggesa perkara itu disiasat.
Pada 2008, ahli perniagaan, Michael Chia ditahan di Hong Kong bersama wang Singapura bernilai RM40 juta atas tuduhan pengubahan wang haram.
Chia kemudian memberitahu Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) bahawa wang itu untuk Musa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengatakan wang itu adalah sumbangan politik kepada Umno Sabah, tanpa mendedahkan penyumbangnya.
Mahkamah lindungi Salleh untuk selamatkan NFC
Read More / Baca Lagi >>

KOS SELENGGARA RUMAH NAJIB DAN MUHYIDDIN YASSIN YANG HIRUP DARAH RAKYAT!!!!!!!

Posted: 01 Nov 2012 07:18 PM PDT



Apa yang boleh admin katakan berpinau kepala admin melihat angka-angka yang diberikan oleh Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen.

Apakah yang diselenggarakan sehingga mencecah jutaan ringgit setiap tahun?

Mana tidaknya, kos penyelenggaraan rumah rasmi Perdana Menteri & Timbalan Perdana Menteri iaitu hanya 2 buah sahaja telah pun mencecah sejumlah RM12 juta selama tempoh 3 tahun.
Read More / Baca Lagi >>

Tuan Ibrahim - PAS Tetap Dgn Prinsip Memperjuangkan Dasar Islam

Posted: 01 Nov 2012 07:13 PM PDT

Mereka Yang Dikenali : Megat Zul tak bawa samseng minta berbincang

Posted: 01 Nov 2012 07:11 PM PDT

Pekida Wilayah akan pertahan hak Melayu...siapa gadai hak Melayu pada pendatang..!!!!

Posted: 01 Nov 2012 07:09 PM PDT

We should worry about escalating debts

Posted: 01 Nov 2012 06:50 PM PDT

Malaysia is a resource-rich country as such we can recover from economic misfortunes if our resources are managed efficiently and there are better controls on tax collection.

Since the 1997/98 financial crisis till today, Malaysia has been operating on an annual deficit budget even though it has been enjoying a surplus annual trade balance.
Since 2005 the country has been earning a surplus trade balance of over RM100 billion.
But the massive accumulative debts due to the continuous budget deficits will definitely impede the government's future development plans for the country in the coming years.
Malaysia is now entering the debt-ridden phase with accumulative national debts believed to be more than RM547 billion. If we plus the projected 2013 budget deficit of RM43 billion, then the total national debt shoots up to RM590 billion (assuming budget deficit equals debt) by the end of 2013.
There is no commitment by the government to stop this monster from wracking a tragedy.
Based on the expectation that future revenues will stagnate and perhaps peak at RM208 billion a year, we are staring at an escalating debt figure.
With the total debt of more than RM590 billion and escalating every year, the future annual revenues would be just enough to cover the operating expenditure such as the civil service emoluments.
If there is any balance, the money will be used to service part of the substantial annual principal loan repayments plus the ever growing interest costs.
Read More / Baca Lagi >>

Rahmat Tersembunyi Operasi Lalang 1987.

Posted: 01 Nov 2012 06:48 PM PDT

Ahmad Lutfi Othman
 

Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui dalam memoirnya, "Doktor Umum" (2012), bahawa Operasi Lalang, Oktober 1987 "menjadi titik hitam dalam sejarah pentadbiran Malaysia dan sepanjang tempoh saya menjadi Perdana Menteri". 

Mahathir, yang juga Menteri Dalam Negeri ketika itu, turut menarik balik lesen penerbitan tiga akhbar berpengaruh, dalam tiga bahasa utama, The Star (muka depannya pada hari pertama tangkapan yang membawa kepada pengharamannya, simple tapi menarik dan mudah diingati), Sin Chew Jit Poh dan Watan, atas alasan menyemarakkan api perkauman (yang sebenarnya didalangi Umno-MCA). Serentak dengan itu, majlis ceramah politik tidak dibenarkan dan Malaysia bagaikan bertukar menjadi sebuah "negara polis".

Saya, yang baru memulakan kerjaya -- pada Mac 1987 -- sebagai pemberita Harakah (dan turut terbabit dalam edisi sulungnya)  di bawah tunjuk ajar tokoh wartawan tersohor, Subky Abd Latiff,  merasai sendiri situasi sulit cemas-takut sehingga setiap orang gelisah menjangkakan mereka juga boleh diserkup bila-bila masa. Mendengar nama-nama tahanan yang tidak begitu dikenali dicekup hari ke hari membuatkan hampir semua yang pernah "berseteru" dengan pemerintah gerun. 

Bersama hampir 20 rakan serumah yang masih bujang di Kg Datuk Keramat, Kuala Lumpur, kami menanti khabar dengan penuh debar tahanan-tahanan baru yang bakal disumbat. Sepuluh hari sebelum  itu, pada 18 Oktober, kejadian amuk Prebet Adam menggunakan senjata M16 di Chow Kit dan Kg Baru mengemparkan tanahair, selain merancakkan lagi pasaran berita angin terutama mengaitkan dengan isu-isu perkauman. Umno pula memukul gendang mahu mengadakan perhimpunan raksasa sebagai tindak balas terhadap isu-isu pendidikan Cina. Timbalan Presiden MCA, Lee Kim Sai beraksi garang memanipulasinya.  DAP, MCA dan Gerakan digambarkan bersatu menangani isu berkenaan.

Kebetulan saya baru saja menyiapkan satu makalah khas mengenai Peristiwa Memali, diusahakan oleh Jabatan Penerangan PAS Pusat, yang juga menerbitkan Harakah, dengan judul Percikan Darah Syuhada. Saya bermalam di kampung penuh bersejarah itu, dan mendapat layanan istimewa penduduk setempat, kunjungan kedua saya selepas menziarahinya dua bulan selepas tragedi berdarah pada hujung 1985
Read More / Baca Lagi >>

‘Voters unfazed by Pakatan woes’

Posted: 01 Nov 2012 06:44 PM PDT

He believes voters are too keen to see the end of BN to pay attention to the bad press.

KOTA BARU: Pakatan Rakyat remains on the road to electoral victory despite reports of trouble within and between the parties making up the alliance, according to PAS Supporters Assembly Adviser Hu Phang Chaw.
Speaking to FMT, he said he based his confidence on impressions he had gained from the ground in his travels around the country.
"The winds of change are blowing, most profoundly in Sabah and Sarawak," he said. "Pakatan also senses this in other hardline BN states such as Johor and Pahang. If these states are moving away from BN, we can expect at least a similar movement in such borderline states as Malacca and Negri Sembilan."
He conceded that all three Pakatan parties—PAS, DAP and PKR—were currently troubled by infighting and that there were differences between the parties themselves, but he said these were not serious enough to sidetrack them from the march to Putrajaya and less significant than the electorate's determination to be rid of Barisan Nasional.
"People have just had enough of BN," he said. "They want a change, period."
Read More / Baca Lagi >>

Lubuk emas Perak: Jangan beri harapan palsu..MB guruh dilangit air setempayan dicurahkan...!!!!

Posted: 01 Nov 2012 06:42 PM PDT


Mohd Zainudin IPOH - Kerajaan Negeri tidak seharusnya mendedahkan penemuan lubuk emas kepada umum sebelum kajian Jabatan Mineral dan Geosains selesai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lubuk Merbau, Mohd Zainudin Mohd Yusof berkata, perkara yang belum diketahui kesahihannya itu bakal memberikan harapan palsu kepada rakyat jika mineral berkenaan tidak wujud.

"Kita tidak nafikan ia sangat baik jika benar-benar mineral itu wujud kerana secara langsung menambah pendapatan negeri.

"Paling penting, sumber itu perlu dikongsi bersama rakyat secara adil," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Read More / Baca Lagi >>

Cow-gate, Anak-gate & now Car-gate: But for BN, it's 'TUTUP SATU MATA' & 'SEMUANYA OK'

Posted: 01 Nov 2012 06:34 PM PDT

Cow-gate, Anak-gate & now Car-gate: But for BN, it's 'TUTUP SATU MATA' & 'SEMUANYA OK'First, out of the blue shot the 'cow-gate' saga. And as the cards came tumbling down, we settled with the resignation of a Cabinet Minister. The case meanwhile is still being dragged slowly through the courts.
Hardly have we even had time to swallow all the cow-shit surrounding a national programme that was supposed to enrich Malaysians, now comes the car-saga.
The relentless pursuit after the mysterious RM40-million 'Funds for Sabah' has suddenly opened another tin about a Cabinet Minister's son spotted running around in a mother-of-all-cars.
Funny or silly, but in both instances – the 'cow-gate' and 'car-gate' stories, we see the same train of defense, i.e. 'how the hell am I to know what my husband is doing' and 'how the hell am I to know what my son is doing' .
Do we laugh, cry, scream or shall we all just keep up with that infamous 'tutup satu mata' advice?
"Close an eye' syndrome but the working class are NOT AMUSED!
Read More / Baca Lagi >>

KERETA MEWAH untuk anak: Nazri nafi dakwaan Rafizi

Posted: 01 Nov 2012 06:33 PM PDT


KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menafikan dakwaan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli kononnya beliau mempunyai kepentingan dengan ahli perniagaan balak, Michael Chia.
Menurut Mohamed Nazri, jawapan bertulisnya kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berhubung siasatan kes Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Chia di Dewan Rakyat pada 11 Oktober lalu disediakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau turut menegaskan tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap SPRM atau kuasa untuk mengarahkan suruhanjaya itu menggugurkan mana-mana kes.
"Saya memberi jawapan di Dewan Rakyat sebagai menteri yang bertanggungjawab kerana itu adalah sebahagian daripada tugas saya.
"Penjelasan tentang tindakan Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) terhadap siasatan kes Chia juga bukan datang daripada saya, sebaliknya dari Jabatan Peguam Negara," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas dakwaan Rafizi itu di lobi Parlimen hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

AES: BN makin lemah dan nyanyuk, perlu ditukar

Posted: 01 Nov 2012 06:32 PM PDT

KUALA LUMPUR: PRU13 adalah pilihan terbaik buat rakyat menukar daripada kepimpinan tua BN yang terbukti gagal dan lemah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang menjadi harapan rakyat.


Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, ini kerana projek Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sudah menjadi polemik dan bahan cemuhan rakyat.

Kali ini, ujarnya bukan setakat Pakatan Rakyat yang menentang, tetapi ia juga ditentang oleh Ahli Parlimen kerajaan.

"Semakin banyak suara yang bangkit menentang pelaksanaannya, kerana merasakan ia tidak wajar dibuat buat waktu ini.

"Paling tidak ada yang mendesak menangguhkan pelaksanaannya supaya ianya benar-benar difahami oleh segenap lapisan rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, AES nampak seperti cantik pada nawaitu tindakannya, iaitu untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, juga untuk mendidik pengguna jalan raya agar lebih berdisiplin dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Read More / Baca Lagi >>

BN Dalam Tekanan : 'Tangguh AES demi strategi PRU13'

Posted: 01 Nov 2012 06:31 PM PDT



AES SHAH ALAM – Kerajaan perlu menangguhkan sementara pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) demi kepentingan strategi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pensyarah Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, kerajaan perlu berbuat demikian kerana AES dijadikan modal politik bukan sahaja pembangkang, tetapi sesetengah kelompok dalam Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, BN perlu memberikan persepsi penangguhan bukan kerana mahu memancing undi, tetapi kajian perlu dilakukan untuk menjawab kritikan terhadap AES.

Read More / Baca Lagi >>

DHPP: PAS beri ruang kaum India bersuara

Posted: 01 Nov 2012 06:30 PM PDT

PERMATANG PAUH: PAS tidak pernah menyisihkan kaum India sejak dahulu malah memberikan mereka bersuara melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang diiktiraf duduk sama rata dengan dewan-dewan dalam PAS.
Demikian kata Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man ketika berucap pada majlis sempena sambutan Deepavali 2012 di Pasar Awam, Penanti, Bukit Mertajam semalam.

PAS katanya, memberikan hak bersuara dan kaum lain boleh mengemukakan pandangan untuk mengukuhkan PAS sebagai salah sebuah parti gabungan dalam Pakatan Rakyat.

"PAS tetap mementingkan suara dan pandangan kaum India dan lain kaum dalam negara ini.  Justeru itu PAS menubuhkan DHPP supaya kehendak kaum lain juga akan diambil kira dalam pembangunan negara," tegasnya lagi.

Read More / Baca Lagi >>

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT