Selasa, 30 Oktober 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Sistem Kamera AES : Pemuda UMNO juga minta ditangguh

Posted: 30 Oct 2012 02:09 PM PDT


Pemuda Umno desak AES ditangguh
WARTAWAN SINAR HARIAN
30 Oktober 2012
AES
Sistem AES
SHAH ALAM –  Pemuda Umno hari ini sebulat suara mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sehingga kajian menyeluruh dilakukan.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya juga berharap mesyuarat Kabinet  minggu ini dapat membuat keputusan berhubung perkara itu.
"Pemuda desak kerajaan tangguh AES. Kaji semula," kata beliau, yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), menerusi Twitternya petang ini.
Terdahulu beliau mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda Umno di Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, beliau dipetik Bernama berkata, kajian semula itu perlu bagi mengatasi kelemahan pada pelan pelaksanaan AES sekarang dan memastikan sistem itu mampu berfungsi sempurna mengesan pesalah trafik di negara ini.
"Sistem AES itu sendiri merupakan sistem amat baik, namun hasil maklum balas
akar umbi kami dapati terlalu banyak kelemahan pada pelan pelaksanaan AES yang perlu diatasi antaranya lokasi dan had laju praktikal bagi sesebuah kawasan," katanya.
Khairy berkata kerajaan juga perlu mengadakan publisiti dan pendidikan umum
bagi memberikan informasi yang lebih jelas kepada rakyat. 
"Adalah penting untuk rakyat memahami dengan jelas sistem AES ini kerana ia
mampu menyelamatkan nyawa mereka selain mengelakkan AES menjadi 'alat mainan' pembangkang untuk menakut-nakutkan rakyat," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda.
Semalam, empat Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju menangguhkan pemasangan AES.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, sebanyak 331 kamera AES dicadang untuk dipasang di empat negeri itu, namun pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan.
"Kami akan bertemu Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Long See Wool bulan depan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai AES termasuk kos dan syarikat pengendali," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Guan Eng berkata, pemasangan AES itu seharusnya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa di peringkat kerajaan negeri terlebih dahulu.
AES adalah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan selain bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan serta mampu mengurangkan kemalangan maut.
Ia merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah.
Dalam pada itu, laporan Bernama berasingan menyebut Kementerian Pengangkutan akan menghantar pasukan teknikal untuk memberi penerangan mengenai AES kepada kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor seperti dipohon.  
Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian itu berkata, setakat ini hanya
kerajaan negeri berkenaan meminta penjelasan berkaitan pelaksanaan AES itu. 

Bekas Timb. Menteri jangka BN tewas dalam PRU 13 ...

Posted: 30 Oct 2012 02:55 AM PDT

Nazri Abdullah,30 Okt 2012

KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Yahya Lampong meletakkan keyakinan yang sangat kuat bahawa BN akan gagal mengekalkan kuasanya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Menurutnya, daripada keseluruhan 222 kerusi parlimen di seluruh negara, beliau menjangkakan 118 kerusi akan dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU13 kali ini dan 104 kerusi sahaja akan diperoleh BN.

Beliau yang telah keluar BN dan mengumumkan menyertai PKR baru-baru ini berkata, asas pengiraannya adalah dengan formula (82 + 20 + 16 = 118)

82 katanya adalah jumlah kerusi yang telah dimenangi oleh gabungan PAS,PKR dan DAP pada PRU12, 2008 yang lalu dan dijangka jumlah itu akan kekal pada PRU akan datang.


20 pula adalah jumlah kerusi parlimen yang majoritinya adalah pengundi Cina dan India yang dimenangi BN dalam PRU12 yang sudah tentu pada jangkaannya akan menolak BN pada PRU akan datang.

Asas kekalahan BN itu juga jelasnya, turut disandarkan pada keyakinan bahawa lebih separuh kerusi parlimen Sabah - selama ini menjadi 'tempat berpaut' BN untuk mengekalkan kuasa termasuk pada PRU12 lalu - akan 'swing' kepada Pakatan Rakyat.

Kata Yahya, sekurang-kurangnya 16 dari 25 kawasan parlimen di Sabah bakal dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU13 akan datang.

Kawasan itu masing-masing adalah 13 kerusi dari kawasan majoriti pengundi Kadazan, Dusun, Murut (KDM) dan Cina (KDM-C) dan tiga lagi dari kawasan campuran KDM-C dengan pengundi Islam.

Tiga kawasan campuran KDM-C dengan pengundi Islam adalah di Beaufort, Papar dan Kota Belud.

Di Papar dan Kota Belud katanya, jumlah peratusan pengundi KDM-C adalah 40 peratus dan hanya memerlukan sekurang-kurangnya 15 peratus sahaja lagi sokongan pengundi Islam bagi memenangi kedua-dua parlimen tersebut.

Bagi Beaufort pula, parlimen itu diyakini akan dimenangi Pakatan Rakyat apabila bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga bekas Ketua Umno Beaufort, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin disebut-sebut bertanding di situ.

Lajim juga adalah timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

Dan jika benar jangkaan Yahya ini berlaku, bermakna Pakatan Rakyat sudah boleh menguasai Putrajaya dengan 118 kerusi tidak termasuk kerusi perlimen dari Sarawak.

"Pakatan hanya memerlukan 112 kerusi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

"Justeru, Pakatan Rakyat sudah berupaya membentuk kerajaan dengan sokongan rakyat Semenanjung dan Sabah. Maka kawasan parlimen Sarawak adalah Bonus," katanya - Harakah Daily 

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


KISAH AMY SEARCH - MENTARI MERAH DI UFUK TIMUR, ISI DAN KULIT

Posted: 30 Oct 2012 03:27 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS
 
TENTU kita masih ingat bagaimana penyanyi rock, Amy Search telah menjemput Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz untuk merasmikan restoren beliau yang diberi nama 'Restoren Cheng Ho'bertempat di Wangsa Maju.  Ketika itu, restoren tersebut amat laris apatah lagi ramai yang tahu bahawa Tuan Guru Nik Aziz yang merasmikan restoren tersebut.

Tahukah anda, restoren yang telah beroperasi hampir 4 tahun itu kini telah ditutup akibat mempunyai berbagai masalah?  Ini lah yang telah dilaporkan oleh Kosmo baru-baru ini.  Amy Search, yang begitu bangga dapat menyertai Umno memberi komen terhadap tragedi restorennya itu berkata, "Saya sedih kerana perniagaan ini sudah lama dijalankan tetapi akhirnya terpaksa ditutup," katanya. 
 
Tuan Guru Nik Aziz di Restoren Cheng Ho
Beliau telah memulakan perniagaan tersebut dengan modal sebanyak RM250,00 empat tahun lalu. Dia kemudiannya telah menyerahkan segala urusan perniagaan kepada seorang rakan namun ia berdepan dengan pelbagai masalah.   Mulanya ramai yang beranggapan restorennya itu akan bertambah maju dan besar sebaik sahaja beliau secara terbuka mengisi borang keahlian Umno, ternyata meleset samasekali.  Benarlah, rezeki bukan di tangan Umno.
 
Begitu juga dikhabarkan dengan perniagaan Restoren Ikan Bakar Sekinchan yang dimiliki oleh Jamal, satu nama yang terkenal akibat beberapa kelakuan bodohnya di dalam beberapa isu berkaitan demontrasi.  Budaya ampu dan bodek terhadap sang Penguasa ternyata tidak mendatangkan hasil.  Sekali lagi kita perlu ingat, rezeki bukan di tangan Umno.
 
Imbas kembali - Perasmian Restoren Cheng Ho Oleh Tuan Guru Nik Aziz
Ada hikmahnya Amy Search tidak menyertai kita walaupun awalnya ramai yang beranggapan beliau menyokong perjuangan Tuan Guru Nik Aziz.  Bayangkan jika beliau bersama kita, apakah kita tidak turut merasa malu dengan beberapa aksi anaknya secara terbuka yang amat mengaibkan?  Eloklah beliau berada di sebelah sana kerana di situ pasti tiada siapa yang akan menegur apa jua yang beliau atau anaknya lakukan bahkan anaknya Nabila dibenarkan tampil dikaca TV secara terbuka dengan pakaian yang terasa malu untuk kita menyebutnya.
 
Akhirnya, serah borang Umno
Adakah masih ada lagi "Mentari Merah Di Ufuk Timur" ? Antara "Isi dan Kulit" , Amy Search memilih telah memilih kulit. /wfauzdin.blogspot.com

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Khalid Menteri Besar Terbaik!!

Posted: 30 Oct 2012 05:20 AM PDT



Subky Latif,30 Okt 2012
PERDANA Menteri menunggu Datuk Seri Anwar menobatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang terbaik dengan segala hujahnya.

Pertama dia ada integriti dan tidak rasuah dan tidak menjadikan pangkat dalam politik untuk mencari kekayaan. Malah dia bukanlah orang politik sangat, tetapi dia orang yang bekerja.

Jika Anwar katakan Khalid Menteri Besar/Ketua Menteri yang terbaik di seluruh negara sejak merdeka pun boleh bersetuju secara umum sebelum dibuat auditan untuk semua.

Kerana itulah kalau Anwar memberi kuasa kepada saya untuk menyusun kabinet bayangannya saya akan namakan Khalid sebagai calon menteri kewangan seperti yang saya tulis dalam Harakah dua minggu lalu.

Selepas saya namakan  dia calon menteri kewangan, Anwar pula kata  dia Menteri Besar Selangor yang terbaik. Maka sebagai Menteri Besar yang terbaik, boleh ditimbangkan dia untuk menjadi calon terbaik bagi menjadi menteri kewangan.

Selepas Perdana Menteri Mahathir ada tiga orang menteri kewangan – Tengku Razaleigh, Daim Zainuddin dan Anwar Ibrahim – Barisan Nasional sudah  tidak jumpa orang untuk menjadi menteri kewangan lalu semua Perdana Menteri menjadi menteri kewangan. Sejak tahun 1999 hingga PRU13 kita tidak ada menteri kewangan khusus dan penuh masa. Malaysia ada menteri kewangan sambilan saja.

Malaysia kini adalah sebuah negara yang kucar kacir politiknya, ekonomi, kewangan dan pentadbirannya. Maka Perdana Menteri menunggu memerlukan seorang menteri kewangan yang lebih hebat dari Tun Tan Siew Sin.

Siew Sin jadi menteri kewangan pada masa negara baru merdeka yang masalahnya darurat dan ancaman komunis bersenjta saja. Rasuah tak ada, orang melarikan wang negera tiada selain dari penjajah kaut. Kewangan yang British tinggal tiada banyak masalah. Cuma ekonomi saja belum dibangunkan. Siew Sin tidak banyak masalah menyambung tugas yang Inggeris tinggalkan.

Tetapi negara yang Pakatan Rakyat hendak ambil ialah sebuah negara yang penuh dengan beban hutang, mata wang yang tidak kukuh, inflasi, rasuah, penyelewengan dll, maka tugas menteri kewangan adalah berat bagi menghadapi sistem pemerintahan yang porak peranda itu.

Negara memerlukan seorang menteri kewangan berwatak kuat macam Al-Marhum Tun Dr. Ismail yang tidak suka bermuka-muka. Orang yang tidak banyak politiking yang ada pengalaman boleh mengawal pentadbiran, kewangan  dan sebagainya.

Tentu Selangor juga merasa perlu wibawa sepertinya bagi menentukan reformasi pentadbiran dapat diteruskan. Apabila Selangor beroleh Menteri Besar terbaik tentulah ia berhadapan masalah mendapatkan ganti sebaiknya.

Seperti zaman Dato Harun Idris menjadi Menteri Besar, mungkin dia tidak sebaik Khalid, tetapi dia terlalu popular. Selangor berdepan dengan masalah untuk mencari penggantinya hinggalah datang Khalid Ibrahim.  Selangor bertuah beroleh Khalid. Payahlah mencari ganti sepertinya.

Jika Selangor boleh dapat pengganti, maka dia adalah calon pertama paling sesuai jadi menteri kewangan.

Saya kenal Khalid sebelum saya kenal Ustaz Hadi, Anwar dan Lim Kit Siang. Masa jadi guru sementara sebelum masuk universiti, saya sudah kenal dia. Saya kenal neneknya, ayahnya, emaknya dan semua adik beradiknya. Maka saya tahu dan yakin dengannya.

Ketika dia mula bekerja di PNB sebelum jadi CEO, dia cerita pada saya kerja yang sedang dibuatnya. PNB belum ada apa-apa. Saya tanya bolehkan dia buat? Lepas itu dia  jadi CEO. PNB jadi gergasi yang sebelumnya adalah Awang Kenit.

Kerana itu saya terasa kementerian kewangan perlukan orang sepertinya.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


GE13: No more safe for BN

Posted: 30 Oct 2012 09:23 PM PDT

Victor Lim
It's no wonder Johor Mentri Besar Ghani Othman has warned his Umno division heads that BN could lose at least nine parliamentary seats in Johor in the next general election.Unlike MCA, at least Ghani is looking at Umno's bastion state with more honesty and he would thus be more prepared than those who choose to remain in their delusion.In the March 2008 'political tsunami', in which BN lost its traditional two-thirds majority in parliament for the first time in a 55-year electoral history, Johoreans had remained loyal to BN.
Unprecedented losses were seen in all other states in the peninsular, except Terengganu, Pahang, Malacca and Perlis, with Indian votes for BN plunging from 82% to 48%, Chinese votes fell drastically from 65% to 35%.
Malay support for BN remained steady, declining by about 5% to 58%. (percentages taken from a research paper titled 'Edging Toward A New Politics In Malaysia' by Meredith LWeiss).
After more than four years, has the political mood for BN improved? The answer is obvious to Malaysians.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan desak Perak tangguh AES

Posted: 30 Oct 2012 09:21 PM PDT


31 Oktober 2012
DAP desak Perak tangguh AES
Kilometer 8, Jalan Kuala Kangsar – Manong yang mempunyai had laju 50KM/j antara lokasi pilihan pemasangan AES.
 
IPOH – Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) Perak mendesak Kerajaan Negeri menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negeri ini sepertimana yang dilakukan empat negeri di bawah pentadbiran pembangkang.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, langkah itu perlu bagi menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri kepada rakyat.

Menurutnya, pemasangan AES yang kini sudah dilaksanakan di beberapa negeri termasuk Perak dianggap penindasan terhadap hak rakyat yang mahukan kajian serta penjelasan lebih tepat mengenai keupayaan sistem itu dalam menyelesaikan kes kemalangan jalan raya.
Read More / Baca Lagi >>

Ahli MBPJ Cadang Fail Saman KSN

Posted: 30 Oct 2012 09:20 PM PDT

PETALING JAYA, 31 OKT : Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan memfailkan saman terhadap Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa kerana mengeluarkan arahan pertukaran Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohamad Roslan Sakiman secara mengejut baru-baru ini.
Menurut ahli majlis MBPJ, Derek Fernandez, walaupun arahan pertukaran sera-merta yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu adalah tidak sah, namun ia menimbulkan tanggapan buruk terhadap Mohamad Roslan.
Beliau berkata, arahan itu juga bertentangan dengan Seksyen 10, Akta Kerajaan Tempatan 1976 kerana membelakangi Kerajaan Negeri dalam membuat keputusan.
Read More / Baca Lagi >>

Kedah : Skandal KCB di zaman BN lebih dahsyat

Posted: 30 Oct 2012 09:17 PM PDT

Oleh ZULKIFLI YAHAYA
Pendedahan oleh Ketua Audit Negara mengenai pelaburan anak syarikat kerajaan negeri iaitu Kedah Corporation Berhad (KCB) dalam sebuah syarikat yang menjalankan perniagaannya di Papua New Guinea (PNG) menjadi bahan cuba disensasikan oleh pihak pembangkang di Kedah, setelah perniagaan tersebut gagal di tengah jalan. Kerajaan negeri dikatakan mengalami kerugian yang agak besar.

Ada yang menyebut jumlah jumlah kerugian atau penyelewengan adalah sebanyak RM134 juta. 'Angka itu dipetik dari buku laporan audit, takkan audit nak menipu?' mereka berhujah. UMNO memang terbukti sangat pakar kalau dalam bab menipu orang kampung. RM134 juta (USD44 juta) bukanlah jumlah kerugian atau penyelewengan. Ia adalah jumlah pinjaman yang dibuat oleh KCB dengan Capital Investment Agency berpusat di London untuk membiayai mengambilalihan 70% kepentingan dalam Mas Incorporated (PNG) Ltd. yang berjaya memperolehi kawasan pembalakan di PNG. Ia juga bagi membiayai aktiviti lain KCB.
Bagaimanapun pinjaman ini telah dibatalkan pada Januari 2010 setelah Jawatankuasa Penilaian yang dilantik oleh Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMbKed) mendapati pinjaman dan penglibatan dalam perniagaan di PNG akan menambahkan beban dan risiko kepada syarikat. Jawatankuasa ini juga mengsyorkan KCB menamatkan perniagaan mereka di negara itu memandangkan suasana tidak menentu dalam prosedur urusniaga dan perjanjian yang dimeterai. Jawatankuasa itu dianggotai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Ketua Pegawai Eksekutif PMBKed. Ertinya pinjaman RM134 juta itu tidak berlaku!
Read More / Baca Lagi >>

Bukannya macam masalah Donald Duck

Posted: 30 Oct 2012 09:15 PM PDT

Oleh Shirzad Lifeboat
Satu ketika dulu, tatkala kerajaan UMNO-BN masih prihatin terhadap golongan miskin, kurang berada dan kumpulan berpendapatan rendah, urusan membina rumah yang dijual pada harga RM25,000 diserahkan kepada pemaju perumahan menerusi peraturan berkanun mewajibkan pemaju membina sekian banyak unit rumah murah dalam setiap projek perumahannya.

Bagaimanapun pengagihan rumah murah ini di buat oleh kerajaan melalui jabatan-jabatan kerajaan tertentu. Tentu ada di antara kita masih ingat bagaimana berpusu-berpusunya rakyat golongan di atas beratur dengan peluh menyimbah di tubuh masing-masing akibat mentari terik di atas kepada semata-mata untuk mendapat borang bagi memohon membeli satu unit rumah murah berkenaan. Ada orang kata, siapa yang ada pertalian dengan UMNO boleh dapat borang tersebut dan kelulusan permohonan menurut jalan belakang. Sama ada benar atau tidak, Allahu'alam. Tetapi cerita seperti itu tersebar dengan luas.
Read More / Baca Lagi >>

Soi Lek Hina Islam : Pemuda PAS rancang mengadap Agong

Posted: 30 Oct 2012 09:14 PM PDT

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berpandangan, sudah sampai masanya untuk Yang di-Pertuan Agong mengetahui tindakan MCA yang berulang kali telah menghina Islam selaku agama rasmi di dalam Perlembagaan Malaysia.

Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata isu penghinaan berulang kali yang dilontarkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap Islam serta perundangannya bukan satu perkara baru.

Ekoran itu, katanya pada 24 Oktober lalu, DPPM telah menyerahkan satu memorandum kepada Chua Soi Lek yang memintanya untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau yang menghina hudud.
Read More / Baca Lagi >>

Lembah Sireh: Ombak hanya setaraf dengan Najib

Posted: 30 Oct 2012 09:12 PM PDT


Saya menyifatkan tindakan sebuah Pertubuhan badan bukan kerajaan pro UMNO, Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak) yang menggesa Timbalan Menteri Besar (TMB) Kelantan, Datuk Ahmad Yakub melepaskan jawatan beliau berhubung isu Lembah Sireh hanyalah merupakan satu retorik dan bertujuan untuk mengalihkan isu terhadap kegagalan UMNO mengurus tadbir beberapa projek di negeri Kelantan.

Sekalipun penjelasan demi penjelasan sudah diberikan oleh pihak kerajaan negeri, Ombak kelihatan masih berdegil untuk meraih publisiti dengan mengadakan perhimpunan haram di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan Isnin lepas bersama-sama Pemuda Umno Kelantan yang jelas menjadi tulang belakang kepada pergerakan Ombak.

Pada saya, Ombak hanyalah merupakan pertubuhan bukan kerajaan alat Umno yang hanya berani mengadakan perhimpunan tetapi menghilangkan diri apabila dipelawa untuk berdebat dan berhujah.
Read More / Baca Lagi >>

Kondo Batu Caves: S'gor perlu dedah cerita sebenar

Posted: 30 Oct 2012 08:56 PM PDT


(Himpunan bantahan pembinaan kondo sebelah kuil di Batu Caves - gambar TMI)

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa kerajaan Selangor mendedahkan sahaja pihak yang meluluskan projek Kondominium Dolomite Park Avenue, Batu Caves, Selangor.

Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, tindakan itu penting supaya kerajaan Pakatan Rakyat tidak dipersalahkan ekoran projek tersebut kerana ia pastinya akan menjejaskan  sokongan rakyat khususnya pengundi India.

"Kerajaan Selangor juga perlu memberikan penjelasan di sebalik kelulusan projek tersebut supaya masing-masing faham cerita di sebaliknya," katanya.

Isu pembinaan kondo di sebelah Batu Caves yang menjadi pusat ibadat penganut beragama Hindu telah menjadi isu agama dan perkauman.

Baru-baru jawatankuasa kuil yang dikunjungi ratusan ribu orang setahun itu mengadakan bantahan beramai-ramai dengan diketuai sendiri bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Buang bayi macam campak sampah

Posted: 30 Oct 2012 08:55 PM PDT

Oleh DR AMINUDIN MANSOR
Sejak belakangan ini, perbuatan membuang bayi berlaku semula, malah semakin menjadi-jadi. Bayi tidak berdosa itu diperlakukan dengan kejam - ada yang dicampak ke sungai dan dari rumah bertingkat. Ada yang masih janin lagi, dibuang dan digonggong anjing liar - umpama membuang sampah.
 


Seperti dilaporkan media, perbuatan kejam begitu dilakukan hampir kebanyakan gadis dan anak remaja yang hamil luar nikah bersama pasangan - mereka sama ada mahu menutup kesalahan atau takut diketahui ahli keluarga, jalan singkat ialah dengan membuang bayi. Bagi yang masih hidup, kita bersyukur dapat menyelamatkan bayi itu, tetapi bagaimana dengan bayi yang sudah tiada nyawa? Runtun hati melihatnya, apatah menyaksikan kematian cara tragis.

Justeru, ahli masyarakat harus sama-sama menangani gejala ini. Langkah-langkah penghindaran perlu dilakukan agar anak remaja tidak terlibat dengan seks bebas dan kembali ke pangkal jalan. Paling penting, membantu mereka agar tidak menjadikan cara membuang bayi sebagai pilihan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.Read More / Baca Lagi >>

30km dan 60km : AES di kawasan kampung tak relevan...orang kampung pun nak dijadikan mangsa kapitalis..!!!

Posted: 30 Oct 2012 08:54 PM PDT


AES di kawasan kampung tak relevan
Abdul Yunus(tengah) mengetuai lebih 50 penduduk Tanjung Piandang mengadakan demonstrasi membantah pemasangan kamera AES di Jalan Pantai, Tanjung Piandang, petang kelmarin.
 
KERIAN - Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Jalan Pantai, Tanjung Piandang tanpa dinyatakan had kelajuan disifatkan tidak relevan kerana dipasang di kawasan kampung yang bukan menjadi laluan utama kenderaan.

Pemasangannya seolah-olah menjadi perangkap automatik di mana alat itu tetap berfungsi seperti biasa walaupun keadaan trafik tidak terlalu sibuk.

Berdasarkan rancangan asal pemasangannya di sekitar jalan itu, alat tersebut berada di antara persimpangan pekan Tanjung Piandang hingga ke Sungai Baru, Kuala Sungai Burung.
Read More / Baca Lagi >>

MP BN: PRU dekat, AES tak sesuai sekarang...ha..ha..kerana UNDI..projek duit BN ditangguh...!!!!

Posted: 30 Oct 2012 08:43 PM PDT


AES KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) walaupun baik tetapi tidak sesuai buat masa sekarang memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin hampir, kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN), Datuk Bung Moktar Radin, hari ini.

Sehubungan itu kata beliau, pihak pembangkang akan mengambil kesempatan dengan menggunakan isu itu untuk menjatuhkan kerajaan BN.

Justeru katanya, untuk memberi keyakinan kepada rakyat terutamanya pengguna jalan raya, kerajaan wajar menangguhkan pelaksanaan AES.

"Pelaksanaan AES pada masa ini tidak sesuai kerana sudah hampir dengan pilihan raya.

"Oleh itu, saya syorkan AES ditangguhkan," katanya kepada Sinar Harian Online melalui SMS, pagi ini.
Read More / Baca Lagi >>

Sambung perjuangan Islam bila saya tiada - TG Nik Aziz

Posted: 30 Oct 2012 08:40 PM PDT



 KOTA BHARU: "Apabila ketiadaan saya nanti, pemimpin lain hendaklah sambung dan teruskan perjuangan memarbatkan Islam. Saya berharap generasi pelapis hari ini meneruskan perjuangan Islam," pesan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pesanan ini dibuat beliau melalui wartawan Harakah, Salmah Mat Husein dan Rizal Tahir ketika kedua-duanya menemubual beliau baru-baru ini.

Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana di Kelantan dan di negeri-negeri lain golongan profesional semakin ramai menyertai PAS termasuk juga di Sabah dan Sarawak. Ramai yang meninggalkan Umno dan menyertai PAS.

"Rakyat boleh lihat sendiri apa yang berlaku di Kelantan, di mana pemimpinnya tidak pentingkan diri sendiri, sebaliknya mengutamakan kebajikan rakyat dan tidak rasuah.

"Ini menjadi model kepada masyarakat untuk lebih mempercayai perjuangan PAS," kata beliau.

Peneroka Felda mangsa perniagaan Saham kroni BN

Posted: 30 Oct 2012 08:27 PM PDT

Apalah sangat dengan projek Lembah Sirih

Semasa penyenaraian Felda melalui Felda Global Ventures Holdings Bhd (FVGH) baru-baru ini, hanya 90 juta unit saham sahaja diperuntukan untuk 112,635 peneroka seluruh negara. Setelah dibahagi-bahagi sama banyak maka satu keluarga peneroka hanya dapat 810 unit saham FGVH dengan harga RM4.55 sen. Bayaran untuk membeli saham itu pula, dikatakan pihak peneroka disuruh meminjam di CIMB (bank milik adik Perdana Menteri). Kesannya, tiadalah untung sangat, kerana peneroka kena membayar balik pinjaman mereka dari CIMB.

Ini bermakna purata seorang peneroka dianggar memiliki 800 unit saham itu dan jika sejumlah saham itu dijual dalam sehari dua untuk membayar balik pinjaman (kepada) CIMB, maka satu keluarga akan untung sekitar RM500-600, sedangkan orang lain (sebilangan kroni BN) yang telah diperuntukan jutaan saham telah mendapat jutaan ringgit untung dalam sekelip mata sahaja.

Sementara ketika dipasarkan di Bursa Malaysia pada 28 Jun yang lalu, urus niaga FGVH ditawar pada harga RM5.39. Ia dikatakan tidak memberi apa-apa makna kepada peneroka.

Ada saham judi

Pengerusi Pertubuhan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan  telah menunjukkan statistik yang dikeluarkan Bloomberg Peers, menunjukkan senarai syarikat berkaitan judi di Genting Highland, Genting Berhad dilapor terbabit memiliki 407,005,000 yang jika dijumlahkan bernilai hampir RM 2 bilion.

Sementara itu, Mazlan turut mendesak pihak berkaitan, terutama penafian Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan agar memikirkan secara serius berhubung kedudukan saham FGV yang kini berada pada tahap RM 4.75.
Read More / Baca Lagi >>

Wasatiyyahnya Najib, Projek Meruntuhkan Akhlak..!!!

Posted: 30 Oct 2012 08:22 PM PDT


Amboii...
Wasatiyyahnya Najib...

Kewasatiyyahan Najib terbukti dengan kesungguhannya membawa muzik K-Pop dari Korea Selatan datang sekali lagi ke Malaysia (Gambar)


Apa kita boleh katakan, depa yang berkuasa...
Katakan TAHNIAH LAH UMNO!!!
K-POP akan datang lagi, amat bersesuaian sekali dengan konsep Wasatiyyah Najib...

Pokoknya, sampai bila anak-anak remaja kita mahu di sajikan dengan K POP...

Keruntuhan akhlak dan moral remaja pada masa ini adalah isu-isu yang berkaitan dengan isu samseng jalanan, isu buli dan juga isu seks bebas bukan boleh diubati dengan muzik K-Pop. Malah isu K-Pop ini jugalah kini yang memainkan peranan utama menaja keruntuhan akhlak dan moral remaja kita...

Pemimpin Penan bertegas teruskan hadangan Murum

Posted: 30 Oct 2012 08:18 PM PDT



 
Pemimpin-pemimpin masyarakat Penan memutuskan untuk meneruskan hadangan di jalan menuju tapak pembinaan projek empangan hidroelektrik Murum selepas bermesyuarat sesama sendiri pada Sabtu lalu.

"Ya, (mereka) lagi meneruskan (hadangan itu)," kata pengerusi NGO hak asasi pribumi Save Sarawak's Rivers Network (Save Rivers) Peter
Kallang kepada Malaysiakini semalam.

NONESelain meneruskan hadangan yang bermula sejak bulan lalu, masyarakat Penan juga bersetuju untuk sekali lagi membincangkan tuntutan mereka dengan kerajaan Sarawak yang dijadual pada bulan November, kata Peter.

Perkara itu dikukuhkan dengan penjelasan penyelaras NGO negeri
Gabungan Pemeliharaan Persekitaran Semula Jadi Sarawak (Scane) Raymond Abin.

"Sehingga sekarang hadangan itu masih berterusan. Saya juga baru
pulang daripada bertemu mereka (di tapak hadangan) pada Jumaat hujung minggu lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Kondo Batu Caves: Saya pun tak terlibat, kata Kohilan..ha..ha..pakat2 cuci tangan..!!!!

Posted: 30 Oct 2012 08:13 PM PDT


Senator A Kohilan Pillay menjelaskan, beliau sama sekali tidak terlibat dengan kelulusan projek kondominium kontroversi 29 tingkat di Batu Caves walaupun bertindak sebagai ahli majlis berkaitan ketika keputusan itu dibuat.

Menafikan dakwaan Exco Selangor Ronnie Liu, pengerusi Gerakan Selangor itu berkata, kelulusan terhadap projek yang dipertikaikan itu dikeluarkan oleh Bahagian Unit Setempat (OSC), Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

NONE"Saya hanya ahli majlis, bukan saya yang memberi kelulusan. OSC dalam majlis yang beri kelulusan, saya tidak terlibat. Kalau dia (Ronnie) nak cakap, dengan faktalah... Banyak fakta diputar belit.

"Tidak ada tanda (saya) beri persetujuan. Saya sudah periksa fail,
saya tidak terlibat memberi kelulusan," katanya yang juga timbalan
menteri luar negeri.

Berdasarkan portal MPS, OSC berfungsi menerima permohonan kelulusan pelan bangunan, pelan kerja tanah dan kebenaran merancang untuk kelulusan MPS.

Kohilan berkhidmat sebagai ahli majlis selama 11 tahun daripada 1997 hingga 2008.
Read More / Baca Lagi >>

Umno ingat Selangor bina reban ayam ke?

Posted: 30 Oct 2012 08:11 PM PDT


Alkisah, sampailah waktunya sang ayam mengakhiri zaman daranya dan membina keluarga sendiri. Malangnya reban dan sarang ayam dah penuh. Hanya ayam yang berpangkat tinggi sahaja yang boleh tinggal di reban dan mendapat sarang yang kemas dan selamat. Ayam berpangkat rendah terpaksa menumpang di mana-mana. Mujur ada plastik di atas tempat letak kasut buruk ni. Dapatlah sang ayam bertelur dan mengeram.

Aduhai...! Malangnya nasib kerana bernaung dalam negeri di bawah pemerintahan BN!
Jeles betui aku dengan orang Selangor! Kerajaan Selangor dah siap bina 6,000 rumah kos rendah sejak 2008.
Baca detail tentang rumah kos rendah di Keadilandaily. Jangan jadi macam Blogger UMNO. Minta bukti pembinaan rumah kos rendah di Selangor. Dia ingat rumah kos rendah ini macam reban ayam bergerak (mobile chicken coop), boleh diangkut sana sini semata-mata nak tunjuk bukti?

REBAN AYAM BERGERAK LEBIH CANTIK DARI RUMAH RAKYAT DI NEGERI BN

NAH! INI RUMAH RAKYAT (NELAYAN)  DI MERSING, TERLETAK DI NEGERI BN YANG MEWAH (SUMBER ABIM)

Komer nilaikan sendiri. Negeri mana yang lebih prihatin? Dengki khianat itu perangai syaitan, weh!

Murum Dam: Listen to the Penans

Posted: 30 Oct 2012 08:09 PM PDT

The Penan communities affected by the Murum Dam have shown a commitment to defend their rights and Malaysians must give them full support.

By Kua Kia Soong
The Penans have been blockading against the construction of the 944MW Murum Dam since Sept 26, 2012. More than 1,600 Penans from eight Penan villages (including one Kenyah Badeng longhouse) are affected by the construction of the dam which is now about 70% completed.
Sarawak Energy Berhad (SEB), contractors and private companies involved in the project have been forced to use ferryboats or tugboats through the Bakun Dam reservoir to transport goods, machines, building materials etc. to the Murum Dam site.
This is a new and different factor compared to the campaign against the Bakun dam in previous years.
While we had built a campaign against the Bakun Dam in the past, there was no action by the indigenous peoples affected on a scale comparable to the Murum Dam blockade.
The Penan communities affected by the Murum Dam have shown a commitment to defend their rights and Malaysians must give them full solidarity and support their struggle in all possible ways.
The Murum Penan communities are among the poorest in Malaysia. They have traditionally been hunter-gatherers but shifted to a more settled, agriculture-based way of life approximately 40 years ago.
Read More / Baca Lagi >>

Of eggs and AES

Posted: 30 Oct 2012 08:08 PM PDT

If the government feels like it, they will toss some silly explanation at us. Otherwise they just ignore us.

The price of eggs is a great indicator of a nation's economy. When the price of eggs go up tremendously in a short space of time, then it is an indication that not all is well.
From the week before Hari Raya Aidil Fitri which is the third week of August to the third week of October, the price of eggs had shot up from RM2.90 to RM3.65 for a tray of 10.
If the government can no longer afford to subsidise the most basic foodstuff, then it is a warning sign that all is not well with the nation's economy no matter how much the government tries to deny it.
The mismanagement of the nation's economy is at its most critical stage during the tenure of Prime Minister Najib Tun Razak. This is because it is only during his tenure that the national debt has surpassed the RM500 billion mark. And if contingent liabilities amounting to over RM100 billion is added, it will be over RM600 billion. Clearly the economic skills of the Najib administration is sorely lacking.
And yet the prime minister still insists on holding on to the posts of finance minister and minister for women, family and community development. Is there no capable woman in BN able to head the Women's Ministry? Are we putting ourselves up as the world's laughing stock?
This is certainly not the hallmark of a nation marching towards Vision 2020 nor a nation which aspires to achieve first world status.
Read More / Baca Lagi >>

Polis tak benarkan Himpunan 3 Nov sebab penganjur isi borang tak ikut peruntukan?

Posted: 30 Oct 2012 08:07 PM PDT


Alasan yang diberikan oleh pihak berkuasa untuk menghalang rakyat Malaysia dari menyertai himpunan 'Janji BERSIH' @ 'Janji Demokrasi' pada 30 Ogos lalu di Dataran Merdeka ialah himpunan tersebut akan mengganggu sistem siar raya sambutan Hari Merdeka.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum itu menolak permohonan penganjur untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka kerana perhimpunan itu tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat.. kalau dah lupa sila baca di ( SINI )

Nampaknya untuk menghalang Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 3 November ini di Negeri Sembilan pula satu lagi sebab yang tidak munasabah diberikan oleh pihak Polis.

Sebabnya ialah pengisian borang tidak mengikut kepada peruntukan dikehendaki...
Read More / Baca Lagi >>

AES: Minta kebenaran PBT, kata pakar

Posted: 30 Oct 2012 07:51 PM PDT


Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod
SHAH ALAM – Pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di jalan negeri perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menguruskan kawasan tersebut.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, pemasangan AES di jalan persekutuan tiada masalah sebaliknya, jalan negeri perlu kebenaran daripada pentadbiran negeri masing-masing.

Beliau berkata, PBT berhak menentukan sama ada kamera AES boleh dipasang atau tidak bergantung kepada mereka.

"Bagi kawasan lebuh raya pula tidak memerlukan kelulusan daripada Kerajaan Negeri kerana ia diuruskan oleh syarikat konsesi yang dilantik Kerajaan Pusat.

"Mengikut undang-undang, jalan persekutuan diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), atau badan kerajaan yang lain," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

AES: BBCBN mahu PR tanggungjawab kalau ada kemalangan maut

Posted: 30 Oct 2012 07:48 PM PDT


AES
KUALA LUMPUR - Keempat-empat negeri Pakatan Rakyat (PR) yang meminta penangguhan pelaksanaan Sistem Pengkuatkuasaan Automatik (AES) harus sedia menggalas beban yang diletakkan ke atas bahu mereka sekiranya berlaku kemalangan di mana-mana lokasi yang sepatutnya boleh dihindari dengan penggunaan kaedah itu.

Naib Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BBCBN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, "saya kecewa (PR minta tangguh), sebab pada saya, ini cara yang terbaik di seluruh dunia guna sistem yang sama."

"Saya katakan kalau mereka tidak benarkan AES dipasang di negeri-negeri mereka, jika ada kematian berlaku dan kematian ini dapat dihindarkan dengan menggunakan AES, saya hendak katakan kematian itu disebabkan oleh mereka.

Read More / Baca Lagi >>

Najib’s Achilles heel and poison arrow

Posted: 30 Oct 2012 07:46 PM PDT

Every Umno leader knows that Tun Dr Mahathir Mohamad blames Rosmah Mansor for the position Umno and Najib Razak find themselves in today.

It's none of our concern if Tun Dr Mahathir Mohamad's attacks on Prime Minister Najib Tun Razak are tactical or real. What we know is that they are all masters and practitioners of subterfuge and deception.
I suspect the Umno camp is really worried about the attacks on their man that they have to do a spin on the whole works.
That's Umno thinking for you. When something is not working for them, they will manufacture a preferred storyline.
Hence the story line they come out with is that Mahathir is doing his usual reverse psychology.
Every Umno leader knows that Mahathir blames Rosmah Mansor for the position Umno finds itself today.
Rosmah is the heel to Najib's Achilles. Mahathir is the poison arrow.
Mahathir never ceases to bully Malays into believing they are inadequate and therefore the solution is to entrust their future in the hands of good people like him.
Social evils, intoned Mahathir, arise from the activities of evil people and if only known devils like him and the band of marauders and plunderers are in control, Malaysia is safe.
What is wrong with this kind of thinking? Well, it only requires one to be unthinking and self-praising.
Mahathir likes to self-praise although he has a round-about way of doing it. The medical doctor uses self-deprecation to disarm and defeat opponents.
Malay disengagement scares Mahathir
Read More / Baca Lagi >>

Dr M's UMNO BARU: The real reason why Malays are 'BEGGARS in their own land'?

Posted: 30 Oct 2012 07:45 PM PDT


If the allusion by Mahathir Mohamad that Malays have become "beggars in their own land" and Najib Razak is "too weak" as prime minister is right then it must be all because of UMNO Baru and its leaders. The three leaders that helmed UMNO Baru and the country since 1981 must be blamed for this ordeal.
Out of these three leaders, Mahathir should take the greater part of the blame as he was the longest serving prime minister in the history of the nation. His 22 years as prime minister failed to change the mindset of majority Malays.
Mahathir seems to be afflicted with another psychological disorder and this time it is the syndrome of blaming all others accept him for the plight of the poor and marginalised Malays. Now, for tactical reasons, he is hinting that Malays have become "beggars" in the country when other races are favoured and making headway under the country's Malay-centric economic policies.
Politically connected
Mahathir pretends to ignore the plights of other marginalised Malaysians who have also become "beggars" in the country.
For the past 32 years, UMNO Baru leaders have cited the Malays the same line of rhetoric that the party is there to help the Malays. But during this time UMNO Baru has only built up a group of "UMNOputras" who are rich leaving majority Malays in an economic lurch.
In this privileged group are the "untouchables", politicians and business cronies close to UMNO Baru.
And these cronies also include the non-Malays who have played their political cards well. In fact, among those who have benefitted most from UMNO Baru's economic policies are those from all races who are politically connected to the party and Barisan.
It's all in the name of an economy that breeds capitalism, nepotism and cronyism.
The culture of money politics, corruption, nepotism and cronyism has muddied UMNO Baru. These symptoms are evident all because of the party being too long in power; leaders who are becoming more arrogant and they taking for granted that majority Malays can be bamboozled forever.
Shying away from UMNO Baru
Read More / Baca Lagi >>

Selangor: Pemasangan AES tidak sah

Posted: 30 Oct 2012 07:43 PM PDT


AES
SHAH ALAM – Pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Selangor didakwa dibuat tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT).

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu berkata, maklumat itu diperolehi daripada Yang Dipertua PBT di seluruh negeri yang mendedahkan bahawa pemasangan kamera AES itu dibuat tanpa keizinan pihak mereka.

"Ini (pasang kamera AES tanpa kebenaran merancang) adalah salah di sisi undangundang. Bagi saya, kalau tiada kebenaran merancang, ia dianggap illegal (tidak sah). Sesiapa pun yang kena (saman), mereka tidak payah bayar sebab (pemasangan kamera AES dibuat) tanpa kelulusan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>