Nuffnang

Pengikut

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

0
sumber :-

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Dr Halili keluar PKR sertai UMNO satu rahmat buat Pakatan Rakyat

Posted: 27 Oct 2012 12:06 PM PDT

PETALING JAYA, 20 April - Suhu kehangatan pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor kian meningkat apabila Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat keluar parti dan menyertai UMNO semalam.

Dr Halili, nama yang sebelum ini disebut-sebut dan disenaraipendekkan sebagai calon PKR untuk kerusi P094 ini bagaimanapun menafikan tindakannya itu disebabkan kecewa kerana tidak terpilih. Sebaliknya, ia disebabkan selama dua tahun, PKR yang menduduki kerusi parlimen Hulu Selangor gagal membawa kesejahteraan kepada rakyat.

"Saya faham Allahyarham (Dr Zainal Abidin Ahmad) uzur, tetapi yang menghairankan saya kenapa PKR tidak membantu pejabat beliau dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat?" katanya.

Beliau yang merupakan anak tempatan pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya sebelum ini iaitu di Hulu Selangor (1999) dan DUN Batang Kali (2004) tetapi tewas kedua-duanya.

Bagaimanapun, kalangan pemerhati politik khususnya penyokong PKR menyifatkan tindakan Dr Halili ini lebih dianggap satu rahmat dan bukannya tamparan buat Pakatan Rakyat. Hal ini menunjukkan keputusan parti untuk tidak memilih beliau sebagai calon adalah tepat.

"Nama beliau memang antara yang dicalonkan. Mujur kita tak pilih beliau. Kalau kita pilih, sudah tentu ia akan merugikan rakyat. Alhamdulillah, keputusan Dr Halili keluar parti ini seolah-olah suatu rahmat daripada Allah. Saya cuma nak ucapkan terima kasih," kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfudz Omar.

Kata-kata Mahfudz itu dipercayai bermaksud, lebih baik Dr Halili keluar parti dalam keadaan sekarang (tidak menjadi calon) daripada beliau dipilih menjadi calon PKR, bertanding dan menang sebagai ahli parlimen tetapi kemudiannya keluar parti dan menjadi ahli parlimen bebas.

Dr Halili yang merupakan pakar bedah saraf dan rakan rapat Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun mendakwa beliau telah berfikir lama sebelum ini untuk keluar dari PKR. Beliau juga berterima kasih kepada pimpinan UMNO kerana menerima beliau sebagai ahli baharu. Namun, beliau dilaporkan antara yang turut hadir sewaktu Anwar mengumumkan siapa yang akan mewakili PKR dalam pilihan raya ini, dan keadaan tersebut mengundang tanda tanya kepada orang ramai. - http://www.malaysiaharmoni.com




Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Filem Shah Rukh Khan di TV3 sempena Aidil Adha kelirukan umat Islam - ABIM

Posted: 27 Oct 2012 09:52 PM PDT


October 28, 2012
KUALA LUMPUR, 28 Okt — Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mendakwa wujud penghinaan kepada umat Islam di Malaysia ekoran penayangan filem "My Name is Khan" lakonan Datuk Shah Rukh Khan oleh stesen TV3 semalam tatkala sambutan Aidiladha berlangsung.
ABIM sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendakwa penayangan filem pada hari kedua raya Aidiladha tersebut tidak wajar ditayangkan oleh sebuah stesen televisyen utama Malaysia kerana cuba mengetengahkan fahaman Islam Liberal dan pluralisme agama yang mengelirukan.
"Penayangan filem tersebut membawa mesej yang mengelirukan," kata ABIM dalam satu kenyataan dikirm kepada The Malaysian Insider hari ini.
ABIM turut menegaskan filem tersebut tidak mencerminkan imej agama Islam yang sebenar serta bertentangan dengan syariat sambil menyelar pihak TV3 yang tidak terlebih dahulu membuat kajian sebelum menayangkannya.
"Watak utamanya dibawa oleh Shah Rukh Khan jelas menjengkelkan. Aksi beliau dalam cerita itu membayangkan tahap kefahaman pengarah, penulis skrip, dan pelakon mengenai Islam begitu memalukan.
"Sebagai contoh,adegan hero yang berkahwin dengan heroin (dalam filem ini) yang beragama Hindu jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Menerima dan mencampuraduk cara penyembahan agama lain dengan Islam sebagai agama adalah sama jelas bercanggah dengan prinsip Islam," kata ABIM lagi.
NGO tersebut turut mendakwa, filem tersebut akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat Islam di Malaysia kerana pendekatan yang digunakan dalam filem tersebut mewujudkan satu lagi kekeliruan menerusi konsep  'Islam Liberal'.
"Fahaman Islam Liberal ini pekat dengan rasa apologetik dan menenggelamkan sumber asas dan mengenepikan pandangan ulama muktabar. Begitu juga dengan nilai yang cuba disejajarkan dengan selera Barat yang menyisih intipati ajaran Islam itu sendiri."
Dalam isu berasingan, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini dalam satu kenyataan menyeru umat Islam di seluruh negara agar memboikot penyanyi popular Jaclyn Victor kerana menyanyikan lagu "Harapan Bangsa", sebuah lagu Kristian dalam bahasa Melayu yang mana kumpulan garis keras hak Melayu itu mendakwa merupakan satu penghinaan kepada Islam — dalam ribut antara agama terbaru di negara mempunyai penduduk berbilang kaum dan agama.
Serangan Perkasa timbul sebagai ketegangan agama yang terus dicetuskan di Malaysia menjelang pilihan raya umum ke-13, dengan perdebatan daripada parti politik mengenai kedudukan Islam di negara ini.
Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam adalah agama persekutuan akan tetapi rakyat yang beriman dengan agama lain mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agama mereka secara bebas.
Victor, seorang penganut agama Kristian baru-baru ini terperangkap dalam kecelaruan antara agama yang muncul diantara Islam dan agama lain. Kumpulan garis keras Islam telah mendakwa penganut Kristian Malaysia bersubahat dengan parti politik pembangkang tertentu untuk melantik seorang perdana menteri Kristian serta menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian tanpa mengeluarkan sebarang bukti menyokong tuntutan mereka.
Penyanyi berusia 33 tahun itu berkata lagu "Harapan Bangsa" bukan untuk tujuan komersial dengan mendakwa ia telahpun direkodkan bertahun-tahun lalu.
"Lagu itu saya rakam sekitar 2007 khusus untuk penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak serta pihak gereja. Ia dicipta oleh seorang paderi dengan mesej keamanan Malaysia. Sebagai seorang penganut kristian, rasanya tidak salah jika saya yang beragama Kristian menyanyikan lagu itu.
"Lagipun, ia bukan untuk tujuan komersial. Jadi mengapa perlu mempertikaikan lagu yang sudah lama dirakamkan itu?"
"Saya sedar, mungkin disebabkan lagu itu dinyanyikan dalam bahasa Melayu membuatkan ramai yang melihat perkara ini sebagai tidak sensitif dan menganggap saya cuba menyebarkan fahaman Kristian. Saya menyanyi dalam bahasa Melayu kerana kebanyakan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak bertutur dalam Bahasa Melayu. - TMI

EDISI SANTAI [Video] Murid perempuan tendang kemaluan Cik Gu ...

Posted: 27 Oct 2012 09:02 PM PDT




Sebenarnya boleh seseorang guru menergur pelajarnya. Tetapi perlu ada batasan. Tidak perlulah melakukan sentuhan fizikal..kalau murid marah macamnilah jadinya

Baju terlondeh, J Lo tayang payudara

Posted: 27 Oct 2012 03:13 PM PDT


..
Mula-mula, Nick Minaj. Kali ni Jennifer Lopez @ J.Lo pulak yang menjadi 'mangsa wardrobe' dan insiden tu terjadi semasa dia membuat persembahan di O2, London, malam Isnin (22 Oktober) lalu.
J.Lo yang kini dikhabarkan berada di Eropah sempena konsert jelajah 'Dance Again', secara tidak sengaja telah menayangkan payudaranya kepada ribuan peminat, hanya selepas beberapa hari insiden seumpama itu terjadi, sewaktu diva Pop Amerika ini membuat persembahan di Itali.

Menurut Radar Online, momen itu berlaku ketika Jennifer yang mengenakan jumpsuit labucinya sedang ligat mempamerkan salah satu rutin tarian penuh energetik. Malang, dia tiba-tiba hampir tergelincir lantas baju bahagian kanannya terlondeh dan... Namun dia cepat-cepat membetulkan bajunya itu dan meneruskan persembahan.
..
Sebelum ini gara-gara baju yang sama, dia pernah mengalami insiden memalukan seperti itu ketika membuat persembahan di Bologna, Itali.

Bagaimanapun konsert bintang Pop berusia 43 tahun ini tetap meriah dan mendapat sorakan gemuruh peminat.

J.LO juga sempat menulis di laman Twitter-nya: 'LONDON! WOW! Thank you for an amazing night! #untilnexttime. Lots of love always! #DanceAgainWorldTour2012''.

Namun dia tidak menyebut langsung tentang insiden baju terlondehnya itu.

Dan, harap-harap J.Lo boleh minta perekanya buat sesuatu pada baju itu. Kalau tidak, bila datang ke Malaysia pada Disember nanti, tolong jangan pakai baju tu sewaktu persembahan. Bahaya.

Wanita lahirkan anak berupa kuda

Posted: 27 Oct 2012 08:23 AM PDT























SATU kejadian yang pelik telah berlaku di Benin City, Nigeria di dalam sebuah gereja. Seorang wanita yang dikatakan tidak pernah mengandung selama 11 tahun telah melahirkan sesuatu yang amat pelik, iaitu bayi yang menyerupai kuda.

Bahkan ada juga yang mengatakan ia menyerupai kambing. Seorang saksi, Veronica Egiebor, seorang jururawat, menyatakan bahawa wanita itu adalah seorang penjual sayur-sayuran dan telah berkahwin. Tujuannya datang ke gereja adalah berdoa dan memohon diberikan anak.

"Beliau telah memegang kaki seseorang itu dengan pakaian kerana dia menolak sukar untuk bayi untuk keluar. Kemudian, ada sesuatu yang kelihatan jatuh. Namun bila dilihat, sesetengah orang memanggilnya kambing tetapi ia kelihatan seperti kuda. Ianya mempunyai leher yang panjang dan telinga yang panjang. Ia adalah sama seperti kuda, walaupun ia adalah dalam bentuk bayi."

Kejadian tersebut berlaku dalam sebuah gereja yang di gelar World Liberation Ministry, Evuoriaria Community di Nigeria sewaktu sessi berdoa oleh paderi.
Bayi berupa kuda itu dikatakan mati setelah beberapa ketika, ia dibiarkan di atas lantai gereja untuk tatapan orang ramai sebelum dibuang pada keesokan harinya. - Malaysia Sensasi

Hubungan dengan Al Qaeda : 2 rakyat Malaysia ditahan di Lebanon

Posted: 27 Oct 2012 07:46 AM PDT


KUALA LUMPUR: The Lebanon authorities have arrested two Malaysians, believed to be suicide bombers and suspected to be linked to the Al-Qaeda terrorist organisation.
The suspects, aged 21 and 28, were nabbed at the Beirut International Airport.
Malaysian Ambassador to Lebanon Ilango Karuppannan, when contacted by Bernama, confirmed the duo were picked up several days ago but could not confirm the arrest date.
He said the embassy knew about the arrests on Friday.
"They (the suspects) were detained for suspected links to Al-Qaeda. They will be brought to court on Monday, and we will enquire from them whether they require counsel," he said.
Karuppannan said his office had informed Wisma Putra on the case so that the foreign ministry could inform the families of the detained.
According to Lebanon's Al-Joumhouria newspaper on Thursday, quoting security sources, the Malaysians were detained by Lebanon's army intelligence on charges of being members of the terrorist organisation.
Investigations revealed they were recruited into Al-Qaeda by another Malaysian before being taken to Yemen where they met other members of the terror organisation.
Al-Joumhouria said, about two months ago, the two Malaysian suspects had tried to enter Syria, via Turkey, on a jihadist mission to carry out suicide attacks.
Their planned attacks were coordinated by a man, who was said to be responsible for the entry of all jihadists into Syria, said the daily.
When the two Malaysians failed to enter Syria, they decided to head to Lebanon to carry out terrorist attacks but their activities caught the eye of the army intelligence.
The Malaysians were soon arrested and investigations revealed they were planning on contacting an individual in Lebanon to coordinate attacks. - The Star

Ni Soi Lek ... hang baca dan hang ingat betoi2 na ..“jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia, ia tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas bukan Islam” ... jadi hang diam, jangan dok hingaq lagi pasai Hudud

Posted: 27 Oct 2012 03:17 AM PDT


27 October 2012
KUALA LUMPUR 27 OKTOBER: Serangan terhadap Islam dan hudud oleh MCA, sekutu kuat UMNO terbukti hanya mainan wayang politik apabila mereka mendiamkan diri setelah mendapat jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Parlimen Selasa.

Menurut Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, adakah  jawapan Parlimen Jamil yang menyebut "jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia, ia tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas bukan Islam" itu mewakili pendirian MCA?

"Justeru adakah MCA akan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertindak terhadap Jamil memandangkan jawapan parlimennya bercanggah dengan pendirian empat Menteri Kabinet MCA dan pemimpin peringkat nasional mereka dalam BN?"

"Atau adakah MCA akan memutuskan perikatannya dengan UMNO?"  soal beliau.


Menyifatkan MCA sebagai 'Malaysian Charlatans (Pendusta) Party', Lim Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor itu menjelaskan bahawa situasi ini telah membongkar kepura-puraan kempen MCA mengenai hudud sejak dua tahun lalu.

Katanya, pendirian DAP terhadap hudud  sangat jelas dan konsisten sejak dahulu lagi kerana ia tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak sesuai bagi masyarakat Malaysia yang majmuk malah bukan sebahagian daripada dasar bersama Pakatan Rakyat.

Baru-baru ini bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir berkata, "pendirian tidak bertolak ansur"
MCA terhadap hukum hudud pada Perhimpunan Agung MCA minggu lepas hanyalah bertujuan "menakut-nakutkan" komuniti Cina dan bukan ditujukan kepada kaum Melayu atau umat Islam.

"Tujuan MCA nak takutkan orang Cina supaya tak sokong DAP." tambah Mahathir.

Kit Siang menyeru agar pembohongan dan penipuan "Perjanjian Syaitan" UMNO dan MCA ini diberi perhatian serius dan dikutuk sekeras-kerasnya oleh semua rakyat Malaysia.

"Jelas, tindakan mereka adalah untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan Melayu bagi mendapatkan undi kaum Cina dan Melayu kepada BN." ujar beliau.-roketkini.com

dollah yankee

0
sumber :-

dollah yankee


Ini lah 'haram jadah' paling besar !

Posted: 26 Oct 2012 11:06 PM PDT


Pencen, buat lah cara orang pencen, walaupun dah pencen Mahathir tetap dengan kegemaran yang suka simbah minyak petrol ke dalam api untuk membakar api perkauman. Gurkah-gurkah politik di'port' pula anggap bukanlah seperti dia seorang bekas pemimpin sebuah Negara, tetapi lebih kepada macam komunis daaa.. Kenapalah dia sentiasa saja mahu menjadikan dirinya sensasi? adakah sebab mahu mencuri perhatian media atau memang Mahathir ini seorang yang gilakan 'flash-light camera' dan wartawan?
Mahathir ini dia 'old school', dia sentiasa anggap orang melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya masih bodoh, masih bangang dan jahil kerana tidak boleh membaca apa yang ada dalam kepala otak dia dan dia ingat kita semua tidak paham tindakannya itu. Sejak kebelakangan ini, kebanyakkan kenyataannya begitu menyakitkan hati gurkah-gurkah ini.
Tidak, dan tidak,  BN/umno tidak pernah melakukan sesuatu kerana rakyat, mereka hanya akan melakukannya jika ia menjana wang untuk mereka dan kroni. Tidak hairanlah jika negara kita berada dalam keadaan yang menyedihkan jika dibandingkan dengan Thailand yang di utara dan Singapura yang berada di selatan tanah air.
Terima kasih lah kepada puji-pujian pencacai dan banyak lagi komen-komen tidak masuk akal yang membawa kita kepada satu perkara...Mahathir adalah yang TERBAIK dan HANYA DIA sahaja yang mampu melakukan apa sahaja untuk Malaysia. Tidak hairanlah jika kredibiliti BN/umno telah tenggelam ke dasar laut dan tidak mungkin akan dapat dinaikkan ke daratan lagi.
Mungkin inilah sebabnya kenapa rakyat Malaysia tidak mengambil serius, tidak ambil 'pot' dan tidak menerima bulat-bulat perumpamaan Mahathir tentang syaitan dan malaikat. Yang pasti, rakyat sudah membuat keputusan tentang apa pendirian Mahathir yang sebenar.

Pembangkang yang dilabel Mahathir sebagai 'malaikat' juga seronok dan menikmati lawak  dari Mahathir ini. Padan muka UMNO!

dollah yankee -
Anwar Ibrahim lah orang yang paling kuat gelak.
Kah..Kah..Kah..


RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


AES: Satu Lagi Projek BN Merompak Rakyat

Posted: 27 Oct 2012 11:36 AM PDT

UMNO memimpin sebuah kerajaan yang angkuh dan sombong. Menteri kewangan nya sombong; dia engkar hadir di parlimen berdepan dengan penghujjahan ketua pembangkang. Ertinya, dia telah engkar memuliakan institusi parlimen dan memuliakan amanah yang rakyat Pekan beri pada nya. Demikian juga MP BN yang lain yang kencing berlari mengikut guru mereka kencing berdiri. Dia bongkak bila mengistiharkan bajet Pakatan tidak senilai dengan kertas dimana bajet tersebut dicitak.
Adakah PM dan Menteri kewangan kita buta bila Lapuran Odit Negara menyatakan bahawa pentadbiran kewangan negeri2 dibawah Pakatan lebih baik dari negeri yang ditadbir UMNO/BN? fakta nya ialah- bila Pakatan Rakyat buat janji, mereka ada track record untuk menyokong janji mereka. UMNO/BN hanya dapat mengemukakan rekod yang buruk.
Memang itulah perangai parti syaitan yang kita kenal. 2 sifat syaitan ialah engkar dan bongkak. Parti inilah sekarang menjalankan jinayah ekonomi merompak rakyat. Apa yang berlaku pada Felda sebagai contoh, adalah suatu rencana dan pakatan jahat Najib merompak rakyat. Kalau tidak masakan dia meletakkan seorang perasuah sebagai pengerusi Felda dan menukar pegawai2 yang ada conscience dengan pegawai yang korap. Itu bermakna, angkara durjana yang di perlakukan keatas Felda adalah suatu yang premeditated- kalau dalam istilah undang2 criminal, mereka ada mens rea.
Bencana AES.
Read More / Baca Lagi >>

SPR & Penipuan Rakyat Umum Ke-13

Posted: 27 Oct 2012 08:42 AM PDT

PRU13 dan ayat songsang

Dalam tulisan kali ini saya ingin membawa ayat-ayat songsang. Saya ingin membuka surah yang telah dihafal tetapi tidak difahami. Saya ingin membuka bait-bait yang sering dilaungkan tetapi tidak dihayati.
Saya ingin melagukan syair kasar yang tidak akan menenteramkan jiwa. Surah dan bait-bait ini telah menjadi beban sejarah jika tidak saya dendangkan kepada orang ramai.
Surah dan ayat songsang ini ialah tentang PRU-13 yang akan dijalankan tidak lama lagi. Bila PRU-13 ini akan diadakan saya tidak tahu. Saya bukan nujum. Malah tarikh dan saat PRU-13 ini untuk saya tidak begitu penting. Untuk saya tarikh PRU-13 bukan surah yang akan membawa kita semua ke jambatan yang lurus.

Apa yang sahih, tarikh PRU-13 ini hanya akan dijalankan apabila semua persediaan untuk memastikan United Malays National Organisation kembali berkuasa telah tersedia. Semua perancangan telah diatur. Logistik telah tersusun rapi. Semua yang wajib dilakukan untuk mengembalikan kuasa kepada BN telah dilakukan.

Pada hemat saya keputusan PRU-13 akan menafikan Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Pada pemerhatian saya kerajaan Pakatan di Selangor akan jatuh ke tangan United Malays National Organisation. Jelas apa yang saya tulis ini adalah ayat-ayat songsang. Ayat-ayat 'potong stim' yang ramai penyokong Pakatan tidak akan bersetuju. Bunyi surah ini amat kasar tetapi inilah hakikat realpolitik dalam negara Dunia Ketiga.

Ayat-ayat songsang dalam tulisan saya ini bukan saya pungut dari mimpi. Ayat ini tidak saya terima melalui saka. Ayat-ayat ini berasaskan realpolitik yang sedang berlaku di hadapan mata saya. Ayat-ayat ini datang dari laporan demi laporan yang saya terima sebagai ahli jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0.
Read More / Baca Lagi >>

Penipuan SPR Terdedah Lagi, Kes Kejanggalan Tarikh Permohonan Pemilih

Posted: 27 Oct 2012 08:41 AM PDT


Satu demi satu penipuan SPR terbongkar, tetapi tidak pernah kita dengar SPR membuat pengakuan terbuka tentang penipuan yang mereka lakukan. Ada saja jawapan, ada saja alasan - sekalipun tidak menasabah - sekarang kita nak dengar apa pula "jawapan" SPR terhadap kes di atas.

Penipuan tetap penipuan. Allah akan tetap bantu kita untuk mendedahkan penipuan SPR itu.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan, satu demi satu penipuan terbongkar. Walaupun rakyat boleh ditipu dan diprdaya, tetapi bodohnya SPR, Allah pun hendak ditipu dan dilawan.

Allah akan tetap bersama kebenaran dan keadilan kerana Dia Al-Haq (Yang Maha Benar) dan Dia Al-Adl (Maha Adil) sekalipun SPR cuba sedaya upaya untuk menipu seluruh rakyat jelata.

Kita akan terus berdoa kepada Allah swt agar kebenaran itu dibongkar dan didedahkan. Allah memperkenankan doa orang yang dizalimi dan difitnah. Petikan doa yang selalu GB siarkan:

Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Kes RM10 juta Mohamad Hassan, tiga persoalan perlu dijawab

Posted: 27 Oct 2012 08:38 AM PDT


KUALA LUMPUR 27 OKTOBER: Jabatan Peguam Negara telah mengeluarkan arahan lanjut untuk mendapatkan keterangan saksi luar Negara di bawah Akta 621, Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 melibatkan pemindahan wang berjumlah RM 10 juta ke London oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Muhamad Hassan pada tahun 2008.
Demikian antara jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Nazri Aziz kepada  Ahli Parlimen Seremban John Fernandez yang telah beberapa kali di Dewan Rakyat mendesak agar menteri berkenaan menjawap soalan mengenai status siasatan yang dijalankan sehingga kini.
Menurut Fernandez ketika ditemui di Parlimen baru-baru ini, kes pemindahan RM10 juta Mohamad Hassan ini telah menimbulkan tiga persoalan penting yang menjadi tanda tanya ramai pihak.
"Kita nak tahu dari mana Menteri Besar Negeri Sembilan ini memperoleh RM10 juta tersebut.
"Keduanya, apakah tujuan beliau menghantar wang tersebut ke London dan yang terakhir ialah kepada siapa wang RM10 juta ini diberikan?" soalnya.
Read More / Baca Lagi >>

Bertindak segera, Islam Rohingya di ambang maut

Posted: 27 Oct 2012 08:37 AM PDT


KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa kerajaan Malaysia segera bertindak melakukan sesuatu, jika etnik Islam Rohingya di Myanmar sekarang mahu diselamatkan.


"Mapim sedang mengikuti perkembangan keganasan terbaru di Myanmar dengan dekat melalui Union of World Rohingya Organization yang menjadi rakan jaringan kami agar maklumat yang sah dan terkini dapat diperolehi," ujar Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, perkembangan terkini sangat meruncing di beberapa bandar di Arakan dan ada tanda ketegangan akan merebak ke seluruh Myanmar.

"Kami  sangat kecewa keganasan yang tercetus terkini yang lebih meruncing dan sangat mengkhuatirkan tidak mendapat perhatian segera untuk menyelamatkan komuniti Muslim Rohingya yang menjadi mangsa serangan oleh etnik Buddha Rakhine.

Read More / Baca Lagi >>

MCA sebagai ‘Malaysian Charlatans (Pendusta) Party’

Posted: 27 Oct 2012 08:36 AM PDT


KUALA LUMPUR 27 OKTOBER: Serangan terhadap Islam dan hudud oleh MCA, sekutu kuat UMNO terbukti hanya mainan wayang politik apabila mereka mendiamkan diri setelah mendapat jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Parlimen Selasa.
Menurut Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, adakah  jawapan Parlimen Jamil yang menyebut "jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia, ia tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas bukan Islam" itu mewakili pendirian MCA?
"Justeru adakah MCA akan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertindak terhadap Jamil memandangkan jawapan parlimennya bercanggah dengan pendirian empat Menteri Kabinet MCA dan pemimpin peringkat nasional mereka dalam BN?"
"Atau adakah MCA akan memutuskan perikatannya dengan UMNO?"  soal beliau.
Menyifatkan MCA sebagai 'Malaysian Charlatans (Pendusta) Party', Lim Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor itu menjelaskan bahawa situasi ini telah membongkar kepura-puraan kempen MCA mengenai hudud sejak dua tahun lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Umno Mula Buat Kacau Jelajah Merdeka Rakyat!

Posted: 27 Oct 2012 08:35 AM PDT


Ini berita yang baru diterima.

Jelajah Merdeka Rakyat yang akan bersambung esok di Wilayah Persekutuan dan Selangor mula diganggu bermula malam tadi.

Umno Bahagian Bandar Tun Razak telah mengupah gangster untuk membuat kacau kira-kira jam 850 malam tadi di sekitar kawasan program ceramah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di pasar Pekan Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Sekitar 30 pemuda yang dipercayai diupah Umno mula bergerak liar di sekitar tapak ceramah dan membuat bising menggunakan motosikal masing-masing.
Read More / Baca Lagi >>

Pengajaran Dari MAHATHIR, Syarikat GENNEVA GOLD Dan UTUSAN MALAYSIA

Posted: 27 Oct 2012 08:33 AM PDT


Masih ingat lagi tragedi yang menimpa para pelabur yang melabur puluhan, ratusan malahan jutaan RM di sebuah syarikat pelaburan jongkong emas Genneva Gold?.

Bila dilihat pada majlis pelancarannya yang menjemput Tuanku Agong ketika itu (Sultan Mizan), dan seterusnya dilancarkan oleh ikon negarawan terulung Malaysia Tun Mahathir, pasti ramai yang percaya pelaburan ini adalah sesuatu yang sah.

Masakan ia ada unsur-unsur penipuan jika 1500 VIP telah hadir memberikan sokongan pada majlis pelancarannya pada 15 Disember 2010. Berita pelancaran yang gah itu turut dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 17 Disember 2010 dengan tajuk berita 'Dr. Mahathir Galak Rakyat Simpan Emas'. Maka berbondong-bondonglah rakyat terutama mereka yang baru berpencen dengan wang simpanan yang mereka ada itu menyahut seruan Tun supaya melabur di dalam pelaburan emas.Read More / Baca Lagi >>

Pakaian Nabi Nabi Allah

Posted: 27 Oct 2012 08:29 AM PDT

Pemurah adalah sifat Nabi Ibrahim a.s.

Redha adalah sifat Nabi Ishak a.s.

Sabar adalah sifat Nabi ayyub a.s.

Isyarat adalah sifat Nabi Zakaria a.s.

Berjauhan adalah sifat Nabi Yusuf a.s.

Memakai pakaian daripada bulu adalah sifat Nabi Yahya a.s.

Mengembara adalah sifat Nabi Isa a.s.

Hari Jumaat dan Dajjal laknatullah

Posted: 27 Oct 2012 08:29 AM PDT

Islam mengajarkan kepada setiap kita untuk menyedari bahawa hanya Allah sahaja yang tahu bila berlakunya hari Kiamat akan terjadi. Bahkan Nabi Muhammad SAW juga tidak tahu bila berlakunya hari Kiamat.

"Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat:" Bilakah terjadinya? "Katakanlah:" Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorang pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepada kamu melainkan dengan tiba-tiba ". Mereka bertanya kepadamu seolah-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui," (QS Al-A'raaf ayat 187).

Satu-satunya isyarat soal jadual hari Kiamat dari Rasulullah SAW hanyalah bahawa ia bakal terjadi pada hari Jumaat. Namun jumaat tanggal, bulan dan tahun berapa? Wallahu a'lam. Hanya Allah Yang Maha Tahu. Rasulullah SAW bersabda:

"Dan tidak akan terjadi hari Kiamat melainkan pada hari Jumaat," (HR Muslim).

Jika ada pihak selain Allah yang layak memberi tahu kita soal perkara ghaib seperti jadwal Kiamat, maka itu sepatutnya adalah Nabi Muhammad SAW utusan Allah yang seringkali memang diberitahu Allah rahasia-rahasia perkara ghaib. Namun dalam hal ini kita tidak mendapati satu hadis pun yang menjelaskan tarikh, bulan dan tahun kejadian hari Kiamat. Sikap mempercayai adanya pihak selain Allah yang mengetahui perkara ghaib boleh membawa seseorang terjatuh kepada dosa syirik ...! Sebab ia rela mengalihkan kepercayaannya dalam perkara ghaib kepada pihak selain Allah.

"Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (kesudahan masing-masing), "(QS Az-Zumar ayat 68).
Read More / Baca Lagi >>

Siapa penghuni Syurga dan Neraka ketika Ini?

Posted: 27 Oct 2012 08:28 AM PDT

Adalah kemestian bahawa manusia dan makhluk yang lain akan dibangkitkan pada hari kiamat, dihisab amalannya, dan kemudian dimasukkan ke syurga dan neraka. Semua itu terjadi nanti setelah kiamat di akhir zaman. Mengenai hal itu, masih ingat dengan peristiwa Isra 'Mi'raj yang dialami Rasulullah? Ya, Rasul diperlihatkan langsung oleh Allah dengan penghuni-penghuni syurga dan neraka.

Dalam hadis sahih mengenai Isra 'Mi'raj, kita temui kisah Rasulullah shalallahu' alaihi wa sallam melihat pelbagai pemandangan penduduk syurga dan neraka. Lalu selepas peristiwa Isra 'Mi'raj, apakah sekarang ada penghuni neraka dan syurga sebagaimana yang dilihat oleh Rasulullah ribuan tahun lalu?

Bahagian Pusat Konsultasi Syariah dalam menjawab soalan tersebut menjawabnya berdasarkan apa yang tertera di dalam Al-Quran dan Al-Hadith.

Bahawa sumber sumber aqidah Islam adalah Al Quran dan As Sunnah, dan kita wajib mempercayai dan meyakini sepenuhnya maklumat yang ada dalam Al Quran dan As Sunnah itu, apatah lagi berkaitan dengan hal yang ghaib. Kerana saiz dan cara memandang masalah yang ghaib itu jelas berbeza dengan dunia yang nyata. Secara logik dan sebab musabab, akal kita boleh menerima bahawa di sisi lain dari segala yang nyata dan empiris ini, ada hal hal yang bukan empirikal di mana logik dan hukum fizik tidak lagi berlaku disana.
Read More / Baca Lagi >>

Syirik yang kita tidak sedari

Posted: 27 Oct 2012 08:15 AM PDT

"Kamu lahir bulan apa?", kata seorang remaja kepada temanya. Temanya pun menjawab "21 Mei.." oo berarti, bintangmu gemini ya. Tahu tidak, minggu ini kamu akan tertimpa musibah kalau tidak percaya lihat saja zodiakmu di majalah itu" katanya. "Masa' sih? Iya…ya…"Fenomena di atas seringkali terjadi di kalangan remaja islam yang ada di negeri ini. Membaca zodiak
yang ada pada majalah-majalah remaja umumnya untuk mengetahui masa depan yaitu apa-apa yang akan mereka alami minggu ini. Apakah hal ini dibenarkan dalam pandangan syari'at islam?Berawal Mengenal Hukum Mendatangi Tukang Ramal

Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu dalam kitabnya "Khudz 'Aqidataka Minal Kitaabi wa Sunnati Shohiihai" (Ambillah aqidahmu dari Al Kitab dan As Sunnah yang Shahih) memaparkan sebuah pertanyaan: "Apakah seseorang itu diperbolehkan untuk membenarkan tukang ramal yang mengetahui ilmu ghoib (baca: masa depan)?" Beliau menjawab, "Tidaklah dibenarkan untuk mereka mendatangi tukang-tukang ramal dalam rangka mengetahui perkara ghoib karena Allah ta'ala telah berfirman,

قُلْ لَا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ

"Katakanlah tidak ada satu orangpun yang ada di langit maupun di bumi yang mengetahui perkara ghoib kecuali Allah" (QS. An-Naml: 65). Dan dalam hadist yang shohih yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, " Barang siapa yang mendatangi dukun atau tukang ramal dan membenarkan perkataan mereka, maka orang itu telah kufur terhadap Al Qur'an yang telah diturunkan pada Muhammad." Karena memang Al Qur'an terang-terang menyatakan bahwa yang mengetahui perkara ghoib hanyalah Allah Ta'ala.
Read More / Baca Lagi >>

Syria fighting rages despite truce deal

Posted: 27 Oct 2012 07:41 AM PDT

Today in History for October 27th

Posted: 27 Oct 2012 07:40 AM PDT

12/12 Jesus Christ In Christianity & Islam - Sheikh Ahmed Deedat

Posted: 27 Oct 2012 07:39 AM PDT

11/12 Jesus Christ In Christianity & Islam - Sheikh Ahmed Deedat

Posted: 27 Oct 2012 07:38 AM PDT

10/12 Jesus Christ In Christianity & Islam - Sheikh Ahmed Deedat

Posted: 27 Oct 2012 07:37 AM PDT

09/12 Jesus Christ In Christianity & Islam - Sheikh Ahmed Deedat

Posted: 27 Oct 2012 07:37 AM PDT

08/12 Jesus Christ In Christianity & Islam - Sheikh Ahmed Deedat

Posted: 27 Oct 2012 07:36 AM PDT

07/12 Jesus Christ In Christianity & Islam - Sheikh Ahmed Deedat

Posted: 27 Oct 2012 07:35 AM PDT

06/12 Jesus Christ In Christianity & Islam - Sheikh Ahmed Deedat

Posted: 27 Oct 2012 07:34 AM PDT

05/12 Jesus Christ In Christianity & Islam - Sheikh Ahmed Deedat

Posted: 27 Oct 2012 07:33 AM PDT

04/12 Jesus Christ In Christianity & Islam - Sheikh Ahmed Deedat

Posted: 27 Oct 2012 07:32 AM PDT

03/12 Jesus Christ In Christianity & Islam - Sheikh Ahmed Deedat

Posted: 27 Oct 2012 07:31 AM PDT

02/12 Jesus Christ In Christianity & Islam - Sheikh Ahmed Deedat

Posted: 27 Oct 2012 07:29 AM PDT


BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT