Sabtu, 27 Oktober 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Filem Shah Rukh Khan di TV3 sempena Aidil Adha kelirukan umat Islam - ABIM

Posted: 27 Oct 2012 09:52 PM PDT


October 28, 2012
KUALA LUMPUR, 28 Okt — Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mendakwa wujud penghinaan kepada umat Islam di Malaysia ekoran penayangan filem "My Name is Khan" lakonan Datuk Shah Rukh Khan oleh stesen TV3 semalam tatkala sambutan Aidiladha berlangsung.
ABIM sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendakwa penayangan filem pada hari kedua raya Aidiladha tersebut tidak wajar ditayangkan oleh sebuah stesen televisyen utama Malaysia kerana cuba mengetengahkan fahaman Islam Liberal dan pluralisme agama yang mengelirukan.
"Penayangan filem tersebut membawa mesej yang mengelirukan," kata ABIM dalam satu kenyataan dikirm kepada The Malaysian Insider hari ini.
ABIM turut menegaskan filem tersebut tidak mencerminkan imej agama Islam yang sebenar serta bertentangan dengan syariat sambil menyelar pihak TV3 yang tidak terlebih dahulu membuat kajian sebelum menayangkannya.
"Watak utamanya dibawa oleh Shah Rukh Khan jelas menjengkelkan. Aksi beliau dalam cerita itu membayangkan tahap kefahaman pengarah, penulis skrip, dan pelakon mengenai Islam begitu memalukan.
"Sebagai contoh,adegan hero yang berkahwin dengan heroin (dalam filem ini) yang beragama Hindu jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Menerima dan mencampuraduk cara penyembahan agama lain dengan Islam sebagai agama adalah sama jelas bercanggah dengan prinsip Islam," kata ABIM lagi.
NGO tersebut turut mendakwa, filem tersebut akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat Islam di Malaysia kerana pendekatan yang digunakan dalam filem tersebut mewujudkan satu lagi kekeliruan menerusi konsep  'Islam Liberal'.
"Fahaman Islam Liberal ini pekat dengan rasa apologetik dan menenggelamkan sumber asas dan mengenepikan pandangan ulama muktabar. Begitu juga dengan nilai yang cuba disejajarkan dengan selera Barat yang menyisih intipati ajaran Islam itu sendiri."
Dalam isu berasingan, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini dalam satu kenyataan menyeru umat Islam di seluruh negara agar memboikot penyanyi popular Jaclyn Victor kerana menyanyikan lagu "Harapan Bangsa", sebuah lagu Kristian dalam bahasa Melayu yang mana kumpulan garis keras hak Melayu itu mendakwa merupakan satu penghinaan kepada Islam — dalam ribut antara agama terbaru di negara mempunyai penduduk berbilang kaum dan agama.
Serangan Perkasa timbul sebagai ketegangan agama yang terus dicetuskan di Malaysia menjelang pilihan raya umum ke-13, dengan perdebatan daripada parti politik mengenai kedudukan Islam di negara ini.
Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam adalah agama persekutuan akan tetapi rakyat yang beriman dengan agama lain mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agama mereka secara bebas.
Victor, seorang penganut agama Kristian baru-baru ini terperangkap dalam kecelaruan antara agama yang muncul diantara Islam dan agama lain. Kumpulan garis keras Islam telah mendakwa penganut Kristian Malaysia bersubahat dengan parti politik pembangkang tertentu untuk melantik seorang perdana menteri Kristian serta menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian tanpa mengeluarkan sebarang bukti menyokong tuntutan mereka.
Penyanyi berusia 33 tahun itu berkata lagu "Harapan Bangsa" bukan untuk tujuan komersial dengan mendakwa ia telahpun direkodkan bertahun-tahun lalu.
"Lagu itu saya rakam sekitar 2007 khusus untuk penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak serta pihak gereja. Ia dicipta oleh seorang paderi dengan mesej keamanan Malaysia. Sebagai seorang penganut kristian, rasanya tidak salah jika saya yang beragama Kristian menyanyikan lagu itu.
"Lagipun, ia bukan untuk tujuan komersial. Jadi mengapa perlu mempertikaikan lagu yang sudah lama dirakamkan itu?"
"Saya sedar, mungkin disebabkan lagu itu dinyanyikan dalam bahasa Melayu membuatkan ramai yang melihat perkara ini sebagai tidak sensitif dan menganggap saya cuba menyebarkan fahaman Kristian. Saya menyanyi dalam bahasa Melayu kerana kebanyakan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak bertutur dalam Bahasa Melayu. - TMI

EDISI SANTAI [Video] Murid perempuan tendang kemaluan Cik Gu ...

Posted: 27 Oct 2012 09:02 PM PDT




Sebenarnya boleh seseorang guru menergur pelajarnya. Tetapi perlu ada batasan. Tidak perlulah melakukan sentuhan fizikal..kalau murid marah macamnilah jadinya

Baju terlondeh, J Lo tayang payudara

Posted: 27 Oct 2012 03:13 PM PDT


..
Mula-mula, Nick Minaj. Kali ni Jennifer Lopez @ J.Lo pulak yang menjadi 'mangsa wardrobe' dan insiden tu terjadi semasa dia membuat persembahan di O2, London, malam Isnin (22 Oktober) lalu.
J.Lo yang kini dikhabarkan berada di Eropah sempena konsert jelajah 'Dance Again', secara tidak sengaja telah menayangkan payudaranya kepada ribuan peminat, hanya selepas beberapa hari insiden seumpama itu terjadi, sewaktu diva Pop Amerika ini membuat persembahan di Itali.

Menurut Radar Online, momen itu berlaku ketika Jennifer yang mengenakan jumpsuit labucinya sedang ligat mempamerkan salah satu rutin tarian penuh energetik. Malang, dia tiba-tiba hampir tergelincir lantas baju bahagian kanannya terlondeh dan... Namun dia cepat-cepat membetulkan bajunya itu dan meneruskan persembahan.
..
Sebelum ini gara-gara baju yang sama, dia pernah mengalami insiden memalukan seperti itu ketika membuat persembahan di Bologna, Itali.

Bagaimanapun konsert bintang Pop berusia 43 tahun ini tetap meriah dan mendapat sorakan gemuruh peminat.

J.LO juga sempat menulis di laman Twitter-nya: 'LONDON! WOW! Thank you for an amazing night! #untilnexttime. Lots of love always! #DanceAgainWorldTour2012''.

Namun dia tidak menyebut langsung tentang insiden baju terlondehnya itu.

Dan, harap-harap J.Lo boleh minta perekanya buat sesuatu pada baju itu. Kalau tidak, bila datang ke Malaysia pada Disember nanti, tolong jangan pakai baju tu sewaktu persembahan. Bahaya.

Wanita lahirkan anak berupa kuda

Posted: 27 Oct 2012 08:23 AM PDT























SATU kejadian yang pelik telah berlaku di Benin City, Nigeria di dalam sebuah gereja. Seorang wanita yang dikatakan tidak pernah mengandung selama 11 tahun telah melahirkan sesuatu yang amat pelik, iaitu bayi yang menyerupai kuda.

Bahkan ada juga yang mengatakan ia menyerupai kambing. Seorang saksi, Veronica Egiebor, seorang jururawat, menyatakan bahawa wanita itu adalah seorang penjual sayur-sayuran dan telah berkahwin. Tujuannya datang ke gereja adalah berdoa dan memohon diberikan anak.

"Beliau telah memegang kaki seseorang itu dengan pakaian kerana dia menolak sukar untuk bayi untuk keluar. Kemudian, ada sesuatu yang kelihatan jatuh. Namun bila dilihat, sesetengah orang memanggilnya kambing tetapi ia kelihatan seperti kuda. Ianya mempunyai leher yang panjang dan telinga yang panjang. Ia adalah sama seperti kuda, walaupun ia adalah dalam bentuk bayi."

Kejadian tersebut berlaku dalam sebuah gereja yang di gelar World Liberation Ministry, Evuoriaria Community di Nigeria sewaktu sessi berdoa oleh paderi.
Bayi berupa kuda itu dikatakan mati setelah beberapa ketika, ia dibiarkan di atas lantai gereja untuk tatapan orang ramai sebelum dibuang pada keesokan harinya. - Malaysia Sensasi

Hubungan dengan Al Qaeda : 2 rakyat Malaysia ditahan di Lebanon

Posted: 27 Oct 2012 07:46 AM PDT


KUALA LUMPUR: The Lebanon authorities have arrested two Malaysians, believed to be suicide bombers and suspected to be linked to the Al-Qaeda terrorist organisation.
The suspects, aged 21 and 28, were nabbed at the Beirut International Airport.
Malaysian Ambassador to Lebanon Ilango Karuppannan, when contacted by Bernama, confirmed the duo were picked up several days ago but could not confirm the arrest date.
He said the embassy knew about the arrests on Friday.
"They (the suspects) were detained for suspected links to Al-Qaeda. They will be brought to court on Monday, and we will enquire from them whether they require counsel," he said.
Karuppannan said his office had informed Wisma Putra on the case so that the foreign ministry could inform the families of the detained.
According to Lebanon's Al-Joumhouria newspaper on Thursday, quoting security sources, the Malaysians were detained by Lebanon's army intelligence on charges of being members of the terrorist organisation.
Investigations revealed they were recruited into Al-Qaeda by another Malaysian before being taken to Yemen where they met other members of the terror organisation.
Al-Joumhouria said, about two months ago, the two Malaysian suspects had tried to enter Syria, via Turkey, on a jihadist mission to carry out suicide attacks.
Their planned attacks were coordinated by a man, who was said to be responsible for the entry of all jihadists into Syria, said the daily.
When the two Malaysians failed to enter Syria, they decided to head to Lebanon to carry out terrorist attacks but their activities caught the eye of the army intelligence.
The Malaysians were soon arrested and investigations revealed they were planning on contacting an individual in Lebanon to coordinate attacks. - The Star

Ni Soi Lek ... hang baca dan hang ingat betoi2 na ..“jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia, ia tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas bukan Islam” ... jadi hang diam, jangan dok hingaq lagi pasai Hudud

Posted: 27 Oct 2012 03:17 AM PDT


27 October 2012
KUALA LUMPUR 27 OKTOBER: Serangan terhadap Islam dan hudud oleh MCA, sekutu kuat UMNO terbukti hanya mainan wayang politik apabila mereka mendiamkan diri setelah mendapat jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Parlimen Selasa.

Menurut Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, adakah  jawapan Parlimen Jamil yang menyebut "jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia, ia tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas bukan Islam" itu mewakili pendirian MCA?

"Justeru adakah MCA akan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertindak terhadap Jamil memandangkan jawapan parlimennya bercanggah dengan pendirian empat Menteri Kabinet MCA dan pemimpin peringkat nasional mereka dalam BN?"

"Atau adakah MCA akan memutuskan perikatannya dengan UMNO?"  soal beliau.


Menyifatkan MCA sebagai 'Malaysian Charlatans (Pendusta) Party', Lim Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor itu menjelaskan bahawa situasi ini telah membongkar kepura-puraan kempen MCA mengenai hudud sejak dua tahun lalu.

Katanya, pendirian DAP terhadap hudud  sangat jelas dan konsisten sejak dahulu lagi kerana ia tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak sesuai bagi masyarakat Malaysia yang majmuk malah bukan sebahagian daripada dasar bersama Pakatan Rakyat.

Baru-baru ini bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir berkata, "pendirian tidak bertolak ansur"
MCA terhadap hukum hudud pada Perhimpunan Agung MCA minggu lepas hanyalah bertujuan "menakut-nakutkan" komuniti Cina dan bukan ditujukan kepada kaum Melayu atau umat Islam.

"Tujuan MCA nak takutkan orang Cina supaya tak sokong DAP." tambah Mahathir.

Kit Siang menyeru agar pembohongan dan penipuan "Perjanjian Syaitan" UMNO dan MCA ini diberi perhatian serius dan dikutuk sekeras-kerasnya oleh semua rakyat Malaysia.

"Jelas, tindakan mereka adalah untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan Melayu bagi mendapatkan undi kaum Cina dan Melayu kepada BN." ujar beliau.-roketkini.com

Tiada ulasan: