APABILA kita telah melihat sendiri di Parlimen pagi semalam, Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim bangun dan membahaskan Bajet 2013 yang baru dibentangkan oleh Najib selaku Menteri Kewangan, di mana Najib sendiri tidak hadir mendengar jauh sekali berani untuk bersoal jawab dengan DS Anwar, maka jelaslah bahawa Najib selama ini hanya 'syok sendiri' dengan bajetnya itu.
Sewaktu Najib membentangkan Bajet, Ketua Pembangkang bersedia untuk mendengar walaupun banyak ucapan bajet beliau seperti ceramah politik dan memburuk-burukkan DS Anwar khususnya dan PR, amnya. Ertinya, DS Anwar tahu menjaga adab dan lebih profesional selaku Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang. Malangnya, Najib tidak bersedia untuk menjadi seorang yang berani dan profesional kerana gagal hadir sewaktu Ketua Pembangkang membahaskan bajet beliau.
Pencacai Umno selalu berkata, Najib selama ini bukan tidak berani untuk berdebat dengan DS Anwar tetapi bagi Najib 'debat bukan budaya' kita. Jika debat di tempat umum menjadi ketakutan buat Najib, amat malang sekali jika di Parlimen pun Najib masih tidak bersedia untuk berdepan dengan DS Anwar. Adakah Najib hanya seorang PM yang hanya berani berkokok di dalam TV sahaja?
Bukan kita sengaja mahu merendah-rendahkan kewibawaan Najib, dan bukan tujuan kita untuk mengangkat DS Anwar sebagai hero. Tetapi hakikatnya begitulah, perkara seperti ini tidak pernah berlaku di negara-negara maju yang lain selain dari negara yang mengamalkan pemerintahan diktator dan korup.
Sekarang, rakyat boleh menilai sendiri siapakah yang lebih layak diangkat sebagai pemimpin kita. Adakah kita mahu pemimpin yang bacul dan penakut?
KLANG - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan memegang amanah sebagai Perdana Menteri sekiranya berlaku pertukaran kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Katanya, keyakinan itu diluahkan selepas melihat Pakatan Rakyat (PR) memiliki peluang cerah untuk menawan Putrajaya kerana rakyat kini lebih berfikiran terbuka dalam menentukan ketelusan kerajaan pimpinan. " Masa tu dia (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) akan duduk di tempat saya (Ketua Pembangkang), dan saya akan berada di tempat beliau (Perdana Menteri). Kita sudah bersedia sepenuhnya dan sekiranya kita menang kelak, fokus utama PR adalah untuk memulihkan ekonomi negara dengan mengetepikan pembaziran yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2013 lalu menyatakan seolah-olahnya Kerajaan Selangor tidak bijak menguruskan pentadbiran walhal kita telah berjaya menyelesaikan banyak hutang yang ditinggalkan BN sebelum kita ambil alih kuasa sama juga kejayaan-kejayaan lain yang kita capai di tiga negeri lain (Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan) di bawah pemerintahan PR," katanya di hadapan penyokong pada Program Jelajah Merdeka Rakyat PR di tapak Pasar Malam Bandar Putera, di sini semalam.
Hadir sama, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei, Presiden Keadilan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Pesuruhjaya Pas Selangor,Dr Abdul Rani Osman. Anwar berkata, PR mempunyai kekuatan sendiri dalam memperjuangkan hak rakyat tanpa mementingkan 'kroni' seperti yang berlaku dalam BN.
"Tidak nafikan BN beri bantuan contohnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tetapi apa bezanya dengan dasar yang digunakan PR? Kita juga jaga kepentingan rakyat cuma yang bezanya di sini, kita tak guna rasuah.
Menyentuh penghapusan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) beliau menegaskan tetap dengan pendirian PR dalam memperjuangkan hak pendidikan percuma yang sepatutnya dinikmati rakyat.
"Kita rakyat Malaysia dan bukannya duduk dalam negara miskin. Tuduhan BN kata kita mahu ajar rakyat tak perlu bayar hutang adalah tidak benar.
"Apa yang dimaksudkan PR adalah hutang PTPTN sahaja kerana sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan memerintah negara memberi pembiayaan pendidikan percuma yang akhirnya akan membawa keuntungan balik kepada negara
"PR ada caranya untuk memastikan perkara itu juga perkara-perkara lain ditadbir secara telus tanpa menyebabkan negara jatuh bankrup seperti yang didakwa BN," katanya.
Sementara itu, Shuhaimi Shafiei berkata, program jelajah yang berlangsung semalam meliputi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Taman Medan, Dun Andalas dan Dun Seri Muda.
Katanya, jelajah pemimpin PR itu bertujuan berkongsi kejayaan yang telah dilakar PR selama empat tahun pemerintahan dan bakal diteruskan pada 21 Oktober dan 28 Oktober melibatkan keseluruhan 21 Dun dan 12 kawasan Parlimen termasuk Wilayah Persekutuan. - SH
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Hurus keris....angkat tangan.....pekik sana-sini...jerit sini-sana.....haram jadah sana...haram jadah sini.....bila diajak debat tunduk menyembah bumi....bila nak berbahas terus ber sembunyi......malu nya 1malaysia mempunyai seorang perdana menteri yang sebegini.... Najib oh Najib..., dimana kah kau telah lari hahh?...Apakah boleh masuk dalam kain Rosmah untuk bersembunyi?...Tak malu ke dalam Dewan Rakyat Parlimen Malaysiapagi ini sudah terpekik, terjerit mendengar laungan NAJIB TAK ADA TELUR. Rasanya belum lagi ada sejarah dalam dunia Menteri Kewangan dalam negara-negara komenwel atau Congress Amerika atau mana-mana negara tidak hadir semasa hendak mebahaskan budget yang dibentangkan. Ini bukan lagi masuk Malaysian Book of Records tapi bolih dimuatkan kedalam Guinness World Records. Itulah sebenarnya sikap kepala SYAITAN.... Di depan nampak "keras" tetapi didalam "buah"nya "kecut". Rakyat Malaysia nampaknya kena lah buka sama minda..perlukah lagi untuk anda semua mengekalkan kerajaan & pemimpin yg mcm ini? rasanya sudah tiba masanya untuk anda berubah..ABU... Bila Najib sudah lari bersembunyi dari berhadapan dengan Anwar untuk perdebatan bajet ini, maknanya pada pembentangan Bajet 2013 itu Najib hanyalah membaca teks apa yang disiapkan olih pegawai di Kementerian Kewangan tetapi tidak paham dan tidak tahu apa yang dibacanya Cuma satu yang diharap olih gurkah-gurkah politik di'port' ini iaitu diharapkan berita memalukan ini tidak keluar di-BBC or di-CNN. 'Atleast' dunia tidak tahu yg Malaysia ini sedang di-perintah oleh sibacul dan badut2nya.... dollah yankee - Dia bukan pondan,cuma dia tak ada telor!
Tahukah anda mengapa sekarang ini universiti-universiti swasta makin bersepah macam cendawan tumbuh? Ada yang khusus dalam bidang perubatan, multimedia, sains, pertanian, seni dan ada yang menawarkan pelbagai bidang di bawah satu kolej atau universiti. Rumah kedai pula banyak yang convert jadi dewan kuliah. Ini kerana adanya skim PTPTN dan pengeluaran wang KWSP untuk kegunaan pendidikan. PTPTN adalah lubuk duit bagi universiti dan kolej swasta dimana mereka boleh menjana sejumlah wang yang besar dalam masa singkat dari setiap pelajar walaupun mereka belum lagi menamatkan pengajian. Ini bermakna, semua yuran dan kos pengajian telahpun dibayar oleh PTPTN walaupun pelajar itu belum lagi menghabiskan tempoh pengajian. Setiap kali pengambilan pelajar baru bermakna memperoleh wang. Pelajar dipaksa berhutang berpuluh ribu ringgit demi segulung diploma atau ijazah. Kalau dulu-dulu, lepas habis belajar, kemudian dapat kerja. Tiba akhir bulan bukan main seronok sebab pertama kali pegang duit 'banyak' dapat gaji pertama. Masa tu dah mula berangan-angan nak beli itu ini. Masa itu langsung tak fikir lagi masalah nak bayar hutang. Mana taknya, masa belajar semua guna duit sendiri (maksud aku duit mak bapak la). Tamat pengajian, semua settle. Tak ada apa hutang nak bayar (kecuali hutang budi balas jasa mak bapak bila dah bekerja) Read More / Baca Lagi >>
KUALA LUMPUR 2 Oktober: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menyelar kelewatan polis menyiasat kes serangan ahli Perkasa terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah maghrib di Seberang Pumpong, Alor Setar, awal September lalu. Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin mempersoal kegagalan polis menyiasat kes sekecil itu walaupun mengetahui suspek yang terlibat. "Kita sudah melalui siasatan, tetapi malangnya tiada maklum balas mengenai hasil siasatan. Kes ini bukan kes besar hingga memerlukan masa terlalu lama untuk diselesaikan," katanya ketika dihubungi. Keadilan Daily sebelum ini melaporkan, sekumpulan ahli Perkasa bertindak ganas menyerang Ketua Umum KEADILAN itu ketika menyampaikan tazkirah maghrib di Masjid Al-Hussain.
Ahli Perkasa (dalam bulatan) menghambur kata-kata kesat ketika tazkirah berlangsung.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak anggar defisit bajet akan menurun daripada 4.5 peratus pada tahun 2012 pada "hanya" 4.0 peratus pada tahun ini seperti yang terkandung dalam Bajet 'Minta Nyawa' 2013.
Gambaran "berasa seronok" (feel good) sengaja diada-adakan untuk menyembunyi prestasi urus tadbir pincang Kerajaan Barisan Nasional Pusat sebenar yang seringkali tidak menepati sasaran perbelanjaan.
Sebagai contoh, jumlah perbelanjaan Bagi Bajet 2012 berjumlah RM232.8 bilion telahpun diumumkan dalam ucapan bajet di Dewan Rakyat pada tahun lepas.
"Tan Sri Profesor Unggul Dr. Mohd Kamal Hassan sedih dengan Melayu yang berpecah belah kerana percaturan dan perbezaan politik.
Yang peliknya mengapa apabila masuk usia 70 tahun baru merasai kesedihan. Pada hal Allah melarang keras orang beriman berpecah. Sebaliknya memerintah orang orang beriman bersatu padu.
Apakah kita baru tahu percaturan dan perbezaan politiklah yang membuat orang Melayu di Negara ini berpecah belah.sedangkan Islam melarang orang beriman berpecah. Apath lagi memutusakan silaturahim.
Jika dilihat secara sepintas lalu semacam munasabah perpechan orang Melayu berpunca daripada percaturan dan perbezaan politik, kerana ada parti politik yang memisahkan agama dengan arti kata islam suku politik suku.
Sehubungan dengan itu, hari ini tidak kelihatan sebarang tanda orang melayu akan bersatu, miskipun sesetengah mengatakan orang Melayu akan bersatu semula suatu masa nanti jika keadaan terdesak.
Saya berani mengatakan orang melayu" dua beradik" yang pernah bersatu dalam BN (1970) dan berpisah ini mahu bersatu kembali kerana percaya bersatu itu kuat dan berpecah itu lemah.
Yang paling pelik kemahuan bersatu dua beradik ini bukan atas nama akidah, tetapi atas nama bangsa yang sah sampai kucing tumbuk tanduk pun tidak akan mencapai kejayaan.miskipin ada sesetnagh yakin mereka akan bersatu juga satu masa nanti.
Jika dahulu mereka bersatu dek 13 Mei. Apakah perlu 13 Mei sekali lagi baru dua beradik ini bersatu semula.
Penulis sedih dengan pandangan Profesor unggul Dr Mohd Kamal Hassan, kerana mengatakan perpecahan orang melayu di Negara ini berpunca daripada percaturan dan perbezaan politik antara tiga beradik.
Hanya air mata yang dapat dititiskan di akhir ucapan pembentangan belanjawan oleh Perdana Menteri Najib Razak yang berbusana hijau dan berhempas pulas menyebut perkataan-perkataan arab dengan lidahnya yang tidak fasih. Perlu pula merujuk skrip yang telah siap ditulis oleh entah siapa. Malah untuk menyindir lawan politiknya juga Najib Razak malah terpaksa berlakon dengan bersusah payah, dengan aksi tangan dan riak wajah yang dibuat-buat; berbekalkan skrip juga. Ini amat menyedihkan sekali. Menitis air mata dibuatnya. Kejenuhan Najib Razak untuk berucap sambil menyedari ini mungkin kali terakhir beliau berucap membentangkan belanjawan juga amat mengharukan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Wajahnya yang kian tua dan ganyut menambah simpati terhadap insan yang akan mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri terakhir Barisan Nasional. Beliau bermula dengan membaca sepotong ayat Al-Quran yang mengajak manusia supaya berlumba-lumba melakukan kebaikan. Kita terpana dengan keadaan ini kerana bukan setiap hari kita dapat mendengar Najib Razak memetik ayat Quran. Mau menyebut lafzul jalalah juga amat jenuh bagi lidahnya yang kesat dan keras dek kerana menuturkan penipuan saban hari. Read More / Baca Lagi >>
Oleh Ismail Hashim Yahaya Sejak pemerintahan diktator tentera Ne Win, pengasas kepada fahaman ultranasionalis yang dikenali sebagai dasar Myanmarisme, regim-regim Myanmar yang menyusul telah mengeksplotasikan sentimen kaum dan agama untuk menindas kumpulan minoriti dan bukan beragama Budhha.
Sebagaimana disebutkan dalam laporan Kumpulan Hak Asasi Karen, kuasa mereka berakar kepada rasisme mendalam yang meresap masuk ke dalam masyarakat Burma sejak awal lagi; bukan sahaja keunggulan ras yang kompleks di mana ras Burman diungguli tetapi mengapi-apikan rasisme Karen terhadap Burman, Burman terhadap etnik Shan, Shan terhadap etnik Wa, Wa pula terhadap Shan, etnik Mon terhadap Burman, Rakhine terhadap Rohingya, Burman terhadap Cina, Kristian terhadap Buddha dan setiap etnik dan kaum terhadap Rohingya dan agama Islam. Read More / Baca Lagi >>
KUALA LUMPUR 2 Oktober: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, belanjawan negara yang berkesan patut menekan strategi dan program pembangunan untuk membebaskan rakyat dari kemiskinan, bukannya bantuan bersifat sementara. "Kelemahan (Bajet 2013) adalah bantuan bersifat sementara seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)…ia tidak bebaskan rakyat dari kemiskinan, tapi itulah yang dibesar-besarkan. "Kerajaan perkenalkan rebat RM200 untuk beli telefon pintar, (sedangkan) saya dimaklumkan jika beli (telefon pintar) dengan terus beserta tawaran yang ada, potongannya lebih RM500. "Ini semata-mata ingin tarik sokongan anak muda…Tak tahulah agen mana yang bagi nasihat (tentang rebat ini)," kata Anwar sinis. Tambahnya, ia sebagai tanda kerajaan Umno BN menggalak dan meneruskan 'sindrom kebergantungan' dalam dasar negara. Read More / Baca Lagi >>
Sekarang sibuk tentang debat Anwar dan Najib berhubung dengan pembentangan belajawan 2013 di Parlimen baru-baru ini. Isu debat ini timbul kembali bila Anwar membidas Najib kerana sindiran Najib yang mengatakan bajet bayangan PR tidak realistik dan tidak mempunyai nilai langsung. Najib menambah lagi serangan terhadap buku jingga semasa majlis anjuran parti Gerakan dan sambil berkata buku jingga itu tidak bernilai dan tidak sepadan untuk dicetak di atas kertas pun.
Sebagai seorang Perdana Menteri kata-kata Najib itu diambil serius dan dinilai oleh semua pihak. Kata-kata seorang Perdana Menteri itu melambangkan banyak perkara tentang seorang Perdana Menteri itu. Apa yang diluahkan dari mulut itu melambangkan apa yang ada di dalam jiwa atau karektor seseorang itu. Najib sedang cuba untuk menjual 'minyak'nya dengan memuji bajet yang dibentangnya dan memperlekehkan bajet bayangan PR yang dibentangkan oleh Ketua Pembangkang itu dua hari sebelum Najib membentangkan belanjawan BN untuk tahun hadapan.
Semasa Ketua Pembangkang mendebatkan belanjawan Najib itu Najib sebagai Menteri Kewangan tidak berani hadir untuk mendengar apa-apa kritikan yang dibentangkan oleh Ketua Pembangkang. Tetapi semasa membentangkan belanjawan itu Najib telah menyindir yang Pakatan Rakyat telah membentangkan bajet yang tidak bernilai dan tidak realistik sambil mengejek-ngejek Anwar yang sama-sama berada di dalam dewan semasa itu. Read More / Baca Lagi >>
Bagi seorang individu dan rakyat yang bermaruah, menerima pakai dan menjunjung semangat perundingan, perdebatan dan mencari konklusif secara baik akan merasa malu dengan tindakan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Najib Razak yang menuang parlimen semasa ketua pembangkang Anwar Ibrahim membahas bajet yang dibentangnya.
Apakah ertinya bajet dibentangkan kalau ianya tidak diberi pandangan dan ulasan? Lebih 'mahabul' atau 'samrawit' lagi kalau pandangan dan teguran diberikan tidak didengar oleh orang berkenaan. Seolah-olah terguran dan pandangan itu penting dan bajet yang dibentangkan itu sudah perfect seartyas peratus.
Saya tidak tahu apakah Najib memahami sistem parlimen, fungsi dan juga tanggungjawabnya. Parlimen ada dewan legislatif untuk membicarakan hak-hak kepentingan rakyat dan negara. Di situlah segala keputusan dirumus demi kebaikan rakyat dan negara dicernakan. Di dalam parlimen seharusnya tidak ada perasaan benci membenci sebagai seteru politik sebagai mana di pentas pidato. Parlimen adalah dewan perdamaian dan pencurahan idea dinamik. Ia berbeza sekali dengan pentas ceramah.
Dalam hal ini Najib perlu melupai dia seorang Umno yang fanatik terhadap idealismenya manakala Anwar pula melupai dia sebagai seorang PKR, pembangkang yang sepanjang masa mahu menumbangkan kerajaan. Seharusnya bila kaki sudah melangkah ke bendul parlimen tidak ada lagi perseteruan dan ruang kesempatan diambil untuk mencanangkan nafsu politik masing-masing.
TEMERLOH: Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bonus sebulan setengah kepada kakitangan awam sangat mengelirukan kerana sudah ada bonus yang telah dibayar sebelum Belanjawan 2013 dibentangkan Jumaat yang lalu.
"Pertama kerana setengah bulan pertama telah dibayar pada bulan Ogos lalu, manakala bakinya akan dibayar pada dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.
"Apa yang menghairankan bagaimana pembayaran dibuat sedangkan permohonan peruntukan baru masih dibuat," soal Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini.
Berlatarbelakangkan demikian, Tuan Ibrahim juga mempersoalkan peruntukan mana yang digunakan untuk bayaran bonus setengah bulan pada bulan Ogos lalu.
"Ini kerana perisytiharan bonus sebulan setengah baru diumumkan. Ertinya baru dipohon untuk diluluskan.
Apabila anda tidak menghormati Parlimen, maka Parlimen pun tidak akan menghormati anda lagi. Itu jelas. Parlimen tidak akan sudi lagi menerima kedatangan MP-MP bongkak dan angkuh seperti najib dan sekalian MP BN yang gagal untuk hadir di dalam sessi perbahasan bajet 2013 hari ini.
Kegagalan Menteri-menteri kabinet hadir ke dewan jelas mereka tidak menghormati perlembagaan dan undang-undang juga gagal menjaga amanah yang diberi . Ia ibarat guru dan murid yang sengaja ponteng sekolah maka sekolah wajar membuang mereka.
Bertempat di sebuah hotel berdekatan jalan Chow Kit Road semalam telah berlangsung satu program apa dinamakan Pengurusan Permentoran Perkhdimatan Awam KPM. Kononnya program itu untuk memberi penjelasan berhubung polisi dan juga dasar kerajaan serta pembangunan dalam pendidikan untuk anak bangsa.
Seramai 300 orang guru hadir pada program berkenaan yang berlangsung sehari suntuk. Mereka terdiri dari guru-guru yang sekolahnya terletak dalam parlimen Lembah Pantai yang kini diwakili oleh Nurul Izzah Anwar. Adalah dipercayai program berkenaan diadakan mengikut kawasan parlimen.
Backdrop ceramah berkenaan.
Perjalanan program berkenaan dikatakan sudah mulai nampak senget sejak awal apabila pihak yang menguruskan program berkenaan iaini ahli jawatankuasa terdiri dari guru-guru besar atau pun pengetua. Tugas mereka bagi memastikan semua guru-guru yang dijemput hadir.
Setiap kehadiran dibayar wang sakut RM15 dan diberi makan tengah hari percuma. (Murah sangat harga pendidikan di negara ini?)
Rakaman audio dan gambar tidak dibenarkan disepanjang penceramah memberi kursus tersebut. Alasannya kerana gambar itu boleh mengacam nyawa penceramah? Jadi tidak ada sesiapa dibenarkan merakam gambar program tersebut. Kenapa begitu bahaya sekali penceramah dalam satu program yang dihadiri pendidik seperti itu? Inilah keganjilan yang menjadi persoalan di kepala yang hadir. Read More / Baca Lagi >>
Ada beberapa sebab mengapa kita tidak akan melompat gembira bila kerajaan Najib memberi bonus dan gula2. Gula menyebabkan kencing manis. Gula2? Gula2 menyebabkan lagi segera kaki kena potong.
(1) semua nya wang kita.
Pertama siapa yang menbiayai bonus dan gula2 tersebut? Jawapan nya- kita semua termasuklah yang menerima gula2 tersebut. Bukan UMNO yang membuat wang itu semua untuk rakyat. UMNO hanya tahu bagaimana membelanjakan duit untuk beli undi untuk kekal berkuasa.
Bila kekal berkuasa UMNO akan terus (a) mengaibkan, (b) menghamba-abdikan and (c) menipu kita. Sebab- semua duit itu datang dari cukai yang di kutip dari rakyat dan perkerja yang sedang membaca artikel ini. duit itu datang dari 1 juta pembayar cukai yang merupakan hanya 10 % dari 10 juta perkerja dalam negara ini. duit itu semua datang dari cukai yang dikutip dari perusahaan dan perniagaan dalam negara kita. Mereka yang berkerja membangunkan negara ini dalam kilang2 dan perusahaan menghasilkan perkhidmatan dan barangan adalah perkerja2 yang membayar cukai. Lebih banyak duit sepatutnya boleh diberi jika cukai yang dikutip dari GLC. Tapi GLC diurus dengan buruk. jika semua GLC2 itu beroperasi dengan baik dan untung, kutipan cukai dari mereka tentulah lebih tinggi. Tapi kita tahu, kebanyakan GLC2 adalah sarang dan lubuk melakukan rasuah dan menghisap darah rakyat.
Pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini bukan saja memperlihatkan Najib sudah kepupusan idea untuk terus memaju pertumbuhan dinamik ekonomi negara ke fasa seterusnya yang lebih mencabar tetapi juga menggambarkan beliau hanya melhat kaedah pemberian tunai sebagai satu-satunya cara untuk mengembalikan sokongan rakyat terhadap kerajaan yang dipimpinnya.
Dengan memberikan terlalu banyak pemberian tunai kepada rakyat, Najib seperti mengandaikan rakyat adalah macam perwakilan UMNO yang hendak memilih pemimpin di peringkat bahagian dan nasional. Sebab itu rakyat dinilai dengan pemberian tunai RM500 hingga RM200, sama seperti jumlah yang biasa diterima oleh perwakilan UMNO setiap kali pemilihan diadakan.
Sebagai PM dan Menteri Kewangan, pembentangan bajet seharusnya dimanfaatkan untuk melonjakkan ekonomi, merangsang pertumbuhan dan memberi keselesaan kepada rakyat dalam jangka masa panjang dan sederhana. Ia juga sepatutnya meliputi penurunan beberapa cukai dan pengenalan beberapa program dan insentif baru untuk rakyat sama ada dari segi kesihatan, pendidikan, pelaburan dan sebagainya.
Di gelanggang sendiri pun Najib takut? Ini lebih teruk dari jaguh kampong!! Minggu lepas ketika membentangkan Budget 2013 bukan main lagi dia menyindir Anwar Ibrahim.. tapi hari ini bila tiba masa Budget itu hendak dibahaskan batang hidung pun tak nampak... Dari jam11.30 pagi Anwar tunggu dia, tapi tak muncul-muncul... Inilah sifat sebenar pemimpin parti yang kononnya memperjuangkan Bangsa Melayu itu.. bukan saja takut untuk berbahas dengan Anwar di luar Dewan.. malah dalam dewan pun takut.. apa kejadah ni?
Mungkin bukan pengecut tapi cuma mahu menyembunyikan kebodohan yang ada dalam dirinya... kalau berdebat nanti terserlah pula kebodohannya itu.. Kalau tidak kerana bodoh.. mana mungkin dia takut untuk berhujjah dengan Anwar Ibrahim? Kelibat Datuk Seri Najib Razak tidak kelihatan pada perbahasan Bajet 2013 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula jam 11.30 pagi tadi. Ini jelas menunjukkan ketakutan beliau berdebat dengan Ketua Pembangkang itu. Malah ramai di kalangan Menteri turut memonteng sesi itu hari ini.
KUALA LUMPUR-- Car excise duty collection from 2007 till last year totalled RM30.2 billion, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak told the Dewan Rakyat today. A total of RM4.7 billion was collected in 2007, RM6.2 billion (2008), RM5.7 billion (2009), RM7.1 billion (2010) and RM6.5 billion last year, said Najib, who is also Finance Minister, in his written reply to Hee Loy Sian (DAP-Petaling Jaya Selatan) during question time. Hee wanted to know the total car excise duty collected between 2007 and last year and whether the Finance Ministry intends to lower car excise duty with a view to reduce car prices for the people's benefit. Najib said car prices are determined by several factors and not merely based on the tax rate. Production, transportation, advertisement and distribution costs as well as carmakers and distributors profit are elements that ascertained car prices, Najib said. "These elements are beyond government control. Hence, any proposal to lower car prices has to be studied thoroughly so that the outcome can really benefit the people besides helping to bolster competition in the local automotive sector in the long-term," he added. -Bernama
The Budget 2013 is not about tackling the real outstanding national issues but instead aims to temporarily suppress the discomfort and pain that the people are enduring.
The salient traits of the budget unveiled on Sept 28 by Prime Minister Najib Tun Razak are a continuation of Budget 2012 as far as the politics of psychology is concerned. This was essentially an announcement of a psy-war budget aimed at winning the hearts and minds of the people. Najib expects the change of mindset to take place sometime early next year. But he knows that the positive effects of such a tactic would not last long. Once the deception takes effect, he has to act quickly and will likely call for the polls in the first quarter of 2013. The psychological effect of a psy-war budget then is akin to a pain-killer that only relieves the pain temporarily. Najib's approach is not about tackling the real outstanding national issues but instead to relieve or suppress the discomfort or pain that the people endure temporarily. The Umno elite is not interested in cleaning up the big mess it has created because corruption and other acts of abuse of power are their lifeline. Critical issues not addressed Read More / Baca Lagi >>
KUALA LUMPUR, 2 Okt — Pengundi semakin muak dengan kempen negatif kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) dan penganalisis telah memberi amaran bahawa memburuk-burukkan lawan dalam sesi Bajet di Parlimen yang sedang berlangsung di hadapan umum boleh menyebabkan gabungan pemerintah untuk kehilangan sokongan pilihan raya. Penganalisis mengatakan bahawa kempen politik yang memburuk-burukkan lawan disiarkan oleh akhbar-akhbar yang dimiliki oleh atau dikaitkan dengan BN, menyebabkan ramai pengundi merasa jijik. "Pengundi kini berfikiran wajar dan canggih, malah mereka yang tidak canggih pun tahu ini hanyalah politik kotor," kata pengarah Pusat Inisiatif Dasar (CPI), Dr Lim Teck Ghee.
Foto fail orang beratur untuk mengundi dalam pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas. Pengundi semakin muak dengan kempen negatif, penganalisis memberi amaran.
Beliau berkata pengundi boleh menunjukkan minat dalam membaca tentang yang kononnya skandal seks dan tuduhan lain tetapi apabila datang hari mengundi, semua ini akan dilupakan. "Pengundi akan menumpukan kepada isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada mereka seperti rasuah, pendidikan dan ekonomi apabila membuat keputusan, bukan pada kempen memburuk-burukkan lawan," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Walaupun ahli-ahli politik PR juga telah terlibat dalam kempen negatif, operator BN dan organisasi luar yang dikaitkan dengan parti pemerintah tersebut telah meningkatkan serangan mereka terhadap ahli-ahli politik PR melalui akhbar, blog dan media sosial.
YAB Tuan Guru menyampaikan ucapan ringkas sebelum melancarkan Konvoi R ke Putrajaya di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu sebentar tadi. Turut hadir ialah ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato Haji HUsam Musa.
KOTA BHARU- Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengetuai konvoi dan program Himpunan Royalti menuntut hak rakyat negeri ini ke Istana Kehakiman Putrajaya esok.
Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan, Nazri Deraman berkata, pengesahan persetujuan menyertai konvoi tersebut dibuat tengah hari semalam.
Menurutnya, Nik Aziz juga bersetuju untuk menghadiri Ceramah Mega R Tuntut Royalti hari ini di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam bersama pemimpin utama Pakatan Rakyat yang lain.