Nuffnang

Pengikut

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

0
sumber :-

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


US NASHA JANGAN KASI PAS HILANG SEMUA KERANA HANYA SATU BENDA

Posted: 25 Sep 2012 11:56 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

TIADA yang pelik apabila berlaku pertikaman lidah di antara bekas Timbalan Presiden PAS, Us Nasha dengan KM P.Pinang dari DAP, Lim Guan Eng berkaitan Hukum Hudud.  Berpuluh tahun dulu lagi PAS memang sedar bahawa DAP menolak hukum Hudud, begitu juga sebaliknya DAP tahu benar bahawa PAS tidak akan sekali-kali meninggalkan Hukum Hudud di dalam dasar parti dan perjuangannya.

Habis, mengapa menjadi kalut sangat?  DAP ada pemimpin, PAS pun ada pemimpin, bahkan Pakatan Rakyat juga ada kepimpinannya.  Apa keputusan kepimpinan masing-masing?   Semua tahu bahawa Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui bersama oleh semua pemimpin dari PAS, PKR dan DAP bahawa Pakatan Rakyat akan mengutamakan terlebih dahulu perjuangan yang selari dengan agama masing-masing seperti penghapusan rasuah, hak asasi, kebebasan media, kebebasan kehakiman, mutu pendidikan dan beberapa perkara lagi yang termaktub di dalam Buku Jingga itu. 

Apabila kesemuanya ini diperjuangkan dan diletakkan di dalam Buku Jingga sebagai perkara yang akan dilaksanakan jika PR memerintah, adakah kesemuanya itu bertentangan dengan hukum Islam atau menjadi kewajipan di dalam Islam untuk dilaksanakan?  Adakah di dalam Buku Jingga tidak disebut soal Hudud, maka kita boleh anggap perjuangan hukum Hudud bakal berakhir?  Jika itu sebagai andaian, maka banyak lagi yang tidak kita sebut dalam Buku Jingga yang mempunyai banyak kebaikan, adakah pasti ianya tidak akan dilaksanakan?

Lim Guan Eng hanya menyebut Hukum Hudud bukan agenda di dalam PR.  Tetapi apabila PAS sendiri menetapkan slogan Negara Berkebajikan, DAP amat bersetuju sekali.  Apakah sokongan DAP terhadap Negara Berkebajikan PAS itu tidak menggembirakan kita?  Di dalam banyak-banyak hukum di dalam Islam ini, hanya hukum Hudud sahaja yang DAP tidak setuju.  Itu pun menjadi masalahkah?  Tidakkah bodohnya kita, hanya kerana satu hukum ini sahaja yang DAP tidak setuju maka kita berbalah sehinggakan mungkin akan kehilangan rakan dalam perjuangan, sekaligus akan menghancurkan cita-cita kita untuk melaksanakan beribu-ribu lagi hukum yang wajib kita laksanakan?  Kita mahu hukum Hudud, tetapi kita bukan sahaja gagal mahu laksanakannya malahan kita gagal semua hukum yang lain yang wajib kita tegakkan.

Jika kita tidak memerintah negara, mustahil kita dapat hapuskan rasuah, penyelewengan, kurangkan perjudian, tingkatkan mutu pendidikan, membantu rakyat yang miskin dan banyak lagi perkara yang juga menjadi kewajipan kita untuk ditegakkan selain hukum Hudud.  Apabila kita berbalah hanya dengan satu isu hukum ini sahaja, kita bakal memberikan ruang kepada pihak musuh yang pastinya akan terus melakukan berbagai kezaliman dan kemungkaran.  Apakah kita sanggup melihat ini semua?

Sepatutnya kita merasa bertuah kerana DAP hanya menentang hukum Hudud sahaja sedangkan lain-lain ibadah kita DAP menyokong penuh bahkan DAP di P.Pinang banyak membantu meningkatkan Syiar Islam di negeri tersebut berbanding di zaman Bn.  Di sinilah kita akan diuji kebijaksanaan untuk mendahulukan yang mana lebih baik kerana tiada jaminan bahawa DAP akan kekal selama-lamanya akan menentang hukum Hudud.   Terbaru, kajian menunjukkan hampir 50 % kaum Cina bersetuju dengan Hukum Hudud, tidakkah ini memberikan gambaran bahawa perjuangan PAS semakin berjaya?

Buat Us Nasha, lebih baik serahkan kepada kebijaksanaan pimpinan di dalam PAS menangani isu ini.  Beliau hanya boleh bersuara atau menegur jika terbukti PAS sanggup membuang hukum Hudud dari dasar atau perjuangannya.  Selagi PAS komited dengan perjuangan yang asal, tidak perlulah Us Nasha ambil hati sangat dengan kata-kata DAP itu.  Biarlah isu ini ditangani dengan penuh hikmah dan bijaksana.  Di dalam 10 menu yang PAS sediakan untuk DAP makan, jika DAP hanya sudi makan sembilan daripadanya, itu sudah cukup baik bagi PAS dan satu menu lagi itu simpanlah dulu jangan dibuang.  Tiba masanya, menu yang satu lagi itu mungkin boleh dinikmati bersama./wfauzdin.blogspot.com


RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


MAC: Dana asing biaya pencegahan HIV

Posted: 25 Sep 2012 08:14 PM PDT


Soros didakwa mendanai NGO pro-demokrasi untuk menjejaskan kestabilan negara.
KUALA LUMPUR, 26 Sept —  Majlis AIDS Malaysia (MAC), dalam kenyataan rasmi kepada The Malaysian Insider, menjelaskan pembiayaan dana asing daripada Open Society  Foundation (dahulunya Open Society Institute) adalah bertujuan bagi menyokong aktiviti pencegahan HIV dikalangan populasi berisiko tinggi khasnya pengguna dadah. MAC juga menyatakan pembiayaan dana tersebut membolehkan mereka bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan undangundang dan kawalan dadah di Malaysia, seperti  Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK).
"Dana sumbangan Open Society Foundation telah membolehkan pihak MAC untuk mengendalikan latihan, seminar dan lawatan sambil belajar untuk tujuan tersebut dengan  kerjasama agensi-agensi penguatkuasaan undangundang dan kawalan dadah di Malaysia, seperti PDRM dan AADK," kata MAC.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan bentang Belanjawan Alternatif hari ini, banyak manfaat untuk rakyat

Posted: 25 Sep 2012 08:12 PM PDT

KUALA LUMPUR 26 September: Pakatan Rakyat (Pakatan) akan membentangkan Belanjawan Alternatif 2013 menerusi taklimat khas kepada media di Dewan Rakyat petang ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membentangkan bajet alternatif berkenaan.
Ia dibuat dua hari menjelang pembentangan Belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat ini.
Taklimat mengenai belanjawan tersebut telah dijalankan kepada semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat semalam.
Dalam Belanjawan Alternatif 2012 yang dibentangkan pada 4 Oktober tahun lalu, Pakatan mengumumkan peruntukan belanjawan sebanyak RM220 bilion untuk keperluan rakyat.
Belanjawan yang dinamakan Belanjawan Sejahtera Rakyat 2012 itu mengekang defisit pada kadar 4.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Ia adalah penjimatan RM14 bilion berbanding perbelanjaan kerajaan Barisan Nasional iaitu pada kadar defisit 6 peratus daripada KDNK,  dengan rakyat mendapat 20 peratus nilai tambah.
Read More / Baca Lagi >>

Dr M minta bantuan Soros dalam projek keamanan..ha.ha..ha...sejak dulu dia berurusan dengan Soros....!!!

Posted: 25 Sep 2012 07:55 PM PDT



 
"Saya gembira bahawa pendapat anda tentang saya telah berubah," tulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sepucuk surat peribadi kepada spekulator matawang George Soros enam tahun lalu - 11 bulan sebelum beliau bertemu jutawan itu buat kali pertama.

Dalam surat tersebut, Dr Mahathir merujuk kepada temubual New Straits Times dengan Soros pada 7 Januari 2006 apabila dermawan itu yang melawat Jakarta untuk menghadiri mesyuarat antara agama, di mana beliau berkata dia bersetuju dengan langkah-langkah yang diambil oleh perdana menteri Malaysia untuk menangani krisis kewangan serantau pada 1997-98.
Empat hari kemudiannya, Dr Mahathir menulis surat tiga halaman
kepada Soros, menggesa spekulator matawang itu menyertai beliau dalam projek Forum Keamanan Global, yang berusaha untuk menjenayahkan perang dan mengharamkannya sebagai pilihan untuk menyelesaikan konflik antarabangsa.
Read More / Baca Lagi >>

GURU KAKI BODEK UMNO/BN CUBA RACUN FIKIRAN ANAK MURID DENGAN SOALAN EXAM

Posted: 25 Sep 2012 07:49 PM PDT

https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/s480x480/230542_109948645825771_1966768171_n.jpg
Patutlah mutu pendidikan kita semakin hari semakin merudum mutunya.

Mana tidaknya.. Tanya soalan yang berbunyi:- BERIKUT MERUPAKAN KEJADIAN YANG BERLAKU SEWAKTU PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 YANG DIADAKAN PADA 28 APRIL 2012 YANG LALU......(a) Adakah wajar atau tidak bagi seseorang warganegara itu menyertai perhimpunan haram?

Adakah soalan begini wajar diajukan untuk peperiksaan?

Apa punya teruk sangat guru yang menyediakan soalan ini berpolitik sehinggakan mutu pelajaran menjadi mangsa.

Orang Cina Lebih Yakin Hudud Adil Berbanding Melayu Umno Sendiri

Posted: 25 Sep 2012 07:46 PM PDT

Satu kajian mendapati sebanyak 42 peratus Cina yakin hudud adil untuk semua ketika masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud oleh PAS.
 Tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati hampir separuh golongan itu percaya undang-undang Islam itu mampu menjanjikan keadilan kepada semua. 
Dapatan mengejutkan itu diperoleh oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (UMCEDEL) hasil tinjauannya baru-baru ini.

Hah, ini satu tamparan buat Melayu umno sendiri yang rata-rata memperlekehkan hukum ALLAH tersebut, Malah ada pemimpin agung mereka yang dengan sengaja mengatakan hudud tidak sesuai dilaksanakan dalam dunia moden hari ini.

Kenapa BN Perlu Ditumbangkan Sekarang?

Posted: 25 Sep 2012 07:45 PM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejak 1988 hingga 2011, belanjawan negara mencatat pertumbuhan negatif pada kadar 2.89 peratus daripada Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Anwar dalam soalan tambahannya kepada Timbalan Menteri Kewangan, Donald Lim Siang Chai menyatakan, rekod positif dicatat hanya pada tahun 1997, iaitu pada kadar 2.4 peratus.
"Gambaran ini membimbangkan. Profil kredit meningkat. Amaran ini harus diambil secara serius. Kalau kita lihat Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), unjuran tahun demi tahun tidak sampai sasaran," katanya.
Anwar turut merujuk amaran perunding kewangan antarabangsa, Standard & Poor agar Malaysia menurunkan kadar kredit.
"Kewangan awam negara rendah secara relatif kepada persekitaran yang pelbagai. Malaysia kini setanding atau lebih tinggi kadar hutang seperti krisis yang melanda Itali," kata Anwar memetik Fitch Ratings.
Read More / Baca Lagi >>

Akhbar Mesir terbit karikatur ‘lawan’ majalah Perancis hina Nabi

Posted: 25 Sep 2012 07:43 PM PDT


Akhbar Mesir terbit karikatur 'lawan' majalah Perancis hina Nabi
Salah satu daripada 13 karikatur dibawa oleh akhbar Mesir, Al-Watan. – Foto ihsan BBC
 
KAHERAH - Akhbar Mesir mula melancarkan kempen membalas karikatur majalah Perancis, Charlie Hebdo yang menghina Nabi Muhammad SAW minggu lalu.
Laporan BBC menyebut Al-Watan menerbitkan 13 karikatur kelmarin di bawah slogan "Lawan karikatur dengan karikatur".
Salah satunya menunjukkan pemandangan Menara Pusat Dagangan Dunia (WTC) terbakar dengan kapsyen berbunyi "Kaca mata Barat bagi dunia Islam".
Majalah Charlie Hebdo menyiarkan karikatur susulan klip video yang dimuat naik menerusi YouTube awal  bulan ini.
Hampir 60 orang dilaporkan terbunuh dalam protes ganas membantah filem Innocence of Muslims dan karikatur majalah itu.
Protes membantah filem itu tercetus di Mesir dan Libya pada 11 September lalu.

Keputusan Pilihanraya Kampus 2001 – 2012

Posted: 25 Sep 2012 07:37 PM PDT

(Dikemaskini dari versi asal 23 Februari 2011)
1. Pada era pasca-Reformasi '98 iaitu selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, masyarakat kampus secara mutlak menolak front-front mahasiswa yang pro-Barisan Nasional dan memilih front-front anti-establishment. Ada juga kampus yang dimenangi tanpa bertanding kerana front-front utama melakukan persefahaman politik (tahalluf siyasi) sesama sendiri.
2. Pada ketika itu, Perdana Menteri Dr Mahathir dan para menteri gusar untuk turun ke kampus kerana takut diboo dan dimalukan. Kebangkitan front-front yang dilabelkan pro-pembangkang menyebabkan pemimpin Umno/BN tidak senang duduk. Mereka perlu melakukan sesuatu.
3. Hasilnya, grand design dilakar dengan penuh cermat. Beberapa wakil Pemuda Umno dan Puteri Umno bergabung tenaga untuk mencari jalan memenangkan front pro-BN. Front pro-kerajaan dijenamakan sebagai Aspirasi menggambarkan mereka sebagai kelompok bersama aspirasi kerajaan. Naib Canselor yang neutral dan tidak bersedia menurut perintah Umno ditukarkan satu persatu. Di UM, Datuk Dr Annuar Zaini Mohd Zain ditamatkan dan digantikan dengan Datuk Hashim Yaacob. TNC HEP dilantik dari kalangan ahli akademik yang terlibat aktif dengan Umno/Alumni Kelab Umno Luar Negara. Antaranya Datuk Dr Razali Agus dan Datuk Dr Azarae Idris (gambar).
Read More / Baca Lagi >>

Jet Anwar bakal disimbah cat?

Posted: 25 Sep 2012 07:15 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS  
 
PUAK-PUAK bangsat tu sekarang ini meroyan pula bila dapat tahu DS Anwar dapat menaiki jet khas baru-baru ini.  Walhal bukan sekali ini DS Anwar diberi sanjungan sedemikian rupa, bahkan sewaktu beliau baru menjalani pembedahan di German dulu pun beliau dapat menaiki pesawat khas dari kerajaan Arab Saudi.  Adakah ini bermakna kerajaan Arab Saudi mahu sesuatu dari DS Anwar?
Kita kena yakin bahawa rezeki dari Allah.  Orang yang sentiasa berbuat baik, pasti ramai yang suka dan bersedia untuk membantu.  Tidak sama dengan orang yang zalim.  Orang yang zalim jika mahu sesuatu mereka akan curi, rampas atau paksa orang lain untuk dirinya.  Tidak pelik jika Bik Mama guna jet khas untuk ke luar negara guna duit rakyat hanya untuk bercuti, shopping dan uruskan majlis pertunangan anaknya di sebuah negara komunis.  
Read More / Baca Lagi >>

Jumlah rekod pengundi bakal pengaruhi PRU 13

Posted: 25 Sep 2012 07:09 PM PDT


 Umno pembela melayu
Isu Politik M'sia di sini.
Umno Pembela Bangsa Melayu di sini


Buat kali pertama, jumlah pengundi baru yang berdaftar mencatat rekod dan bakal memberi kesan besar ke atas pilihan raya umum (PRU) ke-13 Malaysia yang mesti diadakan sebelum hujung April tahun depan.

Jumlah pengundi baru adalah 2.9 juta orang dan mereka membentuk satu perlima atau 22 peratus daripada keseluruhan 13.1 juta pengundi di negara itu.
Kedua-dua parti, Barisan Nasional (BN) yang memerintah dan pembangkang Pakatan Rakyat, dijangka memberi fokus pada pengundi baru ini dalam kempen masing-masing.
Sejumlah 2,920,828 rakyat Malaysia berdaftar sebagai pengundi baru dari 2008 hingga 30 Jun lalu.
"Ini jumlah paling tinggi pernah dicatatkan. Sejak empat tahun lalu, kami telah cuba mengurangkan jumlah pengundi yang tidak berdaftar di Malaysia," kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Read More / Baca Lagi >>

Politik hari ini mirip era 1960-an?

Posted: 25 Sep 2012 06:59 PM PDT

Oleh SAIDAH HAIRAN
APAKAH senario politik hari ini akan mengulangi sejarah politik tahun 1960-an? Pada tahun-tahun 1960-an senario politik tanah air khususnya di Kelantan begitu menakutkan.
Pendekatan kekerasan, ugutan dan deraan digunakan bagi menghalang kebangkitan PAS, yang sudah mendapat sokongan ketika itu.


Ketika itu wujud satu kumpulan yang dinamakan pemuda tahan lasak. Tujuan pemuda tahan lasak ini untuk menakut-nakutkan penyokong PAS. Pemuda tahan lasak ketika itu bertindak amat agresif Mereka membakar jambatan bagi menghalang ahli PAS keluar mengundi. Pemuda tahan lasak juga bersenjatakan kapak untuk memukul penyokong PAS.
Selepas 50 tahun berlaku, senario itu seakan berulang apabila kerajaan BN menggunakan kekerasan untuk menghalang kebangkitan rakyat. Sebagai contoh, himpunan aman Bersih. Berlaku kebangkitan anak-anak muda dan golongan bukan Melayu.
Menjelang himpunan aman Bersih 1, polis mengadakan sekatan di seluruh negara dengan pemeriksaan rapi terhadap semua kenderaan serta merampas baju berwarna kuning.
Read More / Baca Lagi >>

Lebih 2,000 askar Syria paling tadah

Posted: 25 Sep 2012 06:34 PM PDT


askar Syria
Ribuan askar Syria yang berpaling tadah dibawa ke tempat perlindungan khas dan disediakan kawalan keselamatan. Foto: AP
 
AMMAN - Lebih 2,000 askar rejim Presiden Syria Bashar al-Assad berpaling tadah dan melarikan diri ke Jordan sejak konflik tercetus di negara itu pada tahun lalu, menurut komander pengawal sempadan, kelmarin.

Menerusi wawancara bersama akhbar al-Dustour, Jeneral Hussein al-Ziyud memaklumkan bilangan pelarian Syria yang merentasi sempadan sehingga Rabu lalu telah mencecah 74,000 orang dan 2,053 daripada mereka adalah askar.
Read More / Baca Lagi >>

Suria KLCC didakwa diskriminasi Melayu

Posted: 25 Sep 2012 06:32 PM PDT

Seorang usahawan wanita yang menjalankan perniagaan fotografi di kompleks beli-belah Suria KLCC di sini mendakwa diarah mengosongkan premisnya pada 30 Sept ini tanpa alasan kukuh.Sherifah Salim berkata beliau menerima notis itu tiga bulan lepas dan rayuannya agar terus dibenar berniaga di situ tidak mendapat sebarang jawapan.
"Saya tidak menghadapi sebarang masalah dalam perniagaan, malah sewa juga dibayar tepat pada masanya sejak mula berniaga pada 1998," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Ruslan Kassim, di lobi Parlimen, di sini, Selasa.
Sherifah mendakwa walaupun sewa kedainya kini melambung sehingga RM22,500 sebulan berbanding RM7,500 ketika mula berniaga, beliau tetap mampu membayar sewa berkenaan tanpa kelewatan.
"Sekarang pengurusan enggan menyambung sewa saya, malah alasan yang diberikan ialah mengenai prestasi jualan sedangkan perniagaan saya tidak merudum," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

PRU 13: Pas Kelantan masih terima calon luar

Posted: 25 Sep 2012 06:26 PM PDT


Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah KOTA BHARU - Di sebalik ura-ura mengatakan Pas Kelantan tidak lagi membawa masuk calon import, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli  kemungkinan besar dikekalkan untuk mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya tidak bermasalah untuk menerima calon luar sekiranya ia memberi kelebihan kepada parti secara keseluruhan.

"Calon luar,  kita serah kepada Pas Pusat, kalau ada kita pertimbangkan, apa yang  pasti saya dengar Dr Hatta kekal (di Kuala Krai), yang lain saya tak pasti," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Another round of fun and games?

Posted: 25 Sep 2012 06:18 PM PDT

Some people have been heard asking: 'What is so good about Pakatan? It doesn't have money and cannot do anything.'

Last week, Prime Minister Najib Tun Razak has asked the rakyat to give him a fresh full-term mandate in the coming 13th general election. He must have thought that we, the ordinary rakyat, have failed in our maths.
The reason why this columnist makes this statement can be explained as follows: Najib took the oath of office on April 3, 2009. By Oct 3 this year, he will have been prime minister for three and a half years. And if the polls are held in March next year, it will be nearly four years that he has been prime minister.
If we were to give him a fresh full-term mandate, he will have been prime minister between eight and a half to nine years overall. Do we want another round of fun and games pertaining to the polls date? Certainly not this columnist! Another round of this silly game will truly drive a lot of businessmen and investors up the wall.
Read More / Baca Lagi >>

10 BIG QUESTIONS about Pengerang

Posted: 25 Sep 2012 06:17 PM PDT

10 BIG QUESTIONS about Pengerang
On May 13 2011, Prime Minister Najib Razak announced that Petronas will invest RM60bil in a major integrated refinery and petrochemical complex in Pengerang, Johor. The Refinery and Petrochemicals Integrated Development (RAPID) project by Petronas, as it is known, is expected to be commissioned by the end of
2016, as part of the national oil company's efforts to expand its downstream production.
Exactly a year later on May 13 2012, when the RAPID project was officially launched, the total value is now RM120bil, with expected investments from Taiwanese and German petrochemical companies, easily making this Pengerang project the biggest-ever in the history of this nation.
In the midst of all the excitement and promises of economic benefits to the state of Johor and the nation, there has been some disquiet amongst the Pengerang community.
Local NGOs were formed and had submitted memorandums to various authorities and several protests were organised this year.
Read More / Baca Lagi >>

Jenayah Menurun : Parah disembelih penyamun

Posted: 25 Sep 2012 06:16 PM PDT


YAN - Tindakan kejam penyamun tergamak menyembelih leher seorang ibu tunggal menyebabkannya nyaris maut ketika tinggal bersendirian di rumahnya di Jalan Bukit, Teroi, Gurun, awal pagi semalam.
Parah disembelih penyamun Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Ismail Abu berkata, mereka menerima laporan kejadian berlaku kira-kira jam 7.10 pagi setelah mangsa dikatakan meminta pertolongan daripada jiran untuk membawanya ke hospital.

Menurutnya, semasa kejadian, mangsa Jamaliah Ali, 55, tinggal seorang diri di rumah berkenaan setelah adiknya yang tinggal bersama keluar menghantar anak ke sekolah sebelum ke tempat kerja.

"Jiran mangsa hanya menyedari kejadian berlaku setelah mangsa yang cedera parah itu datang ke rumahnya untuk meminta pertolongan supaya segera dihantar ke hospital.
Read More / Baca Lagi >>

Kajian UM sahkan MCA gagal dalam isu hudud

Posted: 25 Sep 2012 06:14 PM PDT



(Pandangan Cina tentang hudud hasil kajian UM)

KUALA LUMPUR: Kajian oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya  Universiti Malaya (UMCEDEL) yang bertajuk Pola Pengundian Menjelang Pilihanraya Umum ke-13 semalam mengesahkan bahawa MCA dan medianya telah gagal dalam memainkan isu hudud.

Ditanya samada mereka merasakan hudud adalah adil untuk semua, 42% respondan Cina menyatakan ya. Hanya 14 peratus Cina tidak bersetuju dan manakala satu perempat daripadanya menyatakan tidak pasti.

Respondan seterusnya ditanya samada pelaksanaan hudud boleh menjadi penyelesaian kepada peningkatan jenayah, 41% respondan Cina berkata ya manakala 32% menyatakan tidak pasti. Dalam kalangan orang India, separuh daripada mereka tidak pasti, manakala hanya 23% tidak setuju.

Hampir separuh respondan Cina tidak bersetuju atau tidak pasti dengan kenyataan samada hukum hudud boleh dilaksanakan di Malaysia kerana kepelbagaian etnik dan budaya. Akan tetapi, kenyataan yang sama mendapat sokongan satu pertiga orang Melayu, beragama Islam.
Read More / Baca Lagi >>

PERKASA ancam pulaukan Suria KLCC

Posted: 25 Sep 2012 06:14 PM PDT

Kumpulan pendesak Melayu, Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) memberi amaran akan memulaukan pusat membeli-belah Suria KLCC kerana mendakwa pihak pengurusannya bersikap pilih kasih dan menindas seorang peniaga bumiputera Melayu perempuan yang telah 14 tahun berniaga di situ.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali memberi amaran itu dalam sidang media di Parlimen semalam bersama Sherifah Salim, seorang pengusaha francais Foto Point yang mendakwa ditamatkan kontrak sewanya walaupun beliau membayar sewa tepat pada masanya dan mendapat keuntungan dari perniagaannya.

Sharifah mendakwa, beliau turut dinafikan premis perniagaan yang lebih besar walaupun kemudahan yang sama diberikan kepada peniaga bukan bumiputera yang lain.
Read More / Baca Lagi >>

Zaid: PRU 13 akan tunjukkan sama ada Melayu akan tolak Umno

Posted: 25 Sep 2012 06:09 PM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Sept — Pilihan raya umum akan datang bakal mendedahkan sama ada majoriti orang-orang Melayu sudah bersedia untuk meninggalkan "jalan yang dipilih untuk mereka oleh Umno selama 55 tahun yang lalu" dan mencari jawapan lain kepada masalah-masalah yang mereka hadapi, kata Datuk Zaid Ibrahim.
Bekas menteri Umno itu berkata beliau merasakan parti nasionalis Melayu itu takut minda masyarakat berubah sehingga mendorong Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menghukum "Melayu tak bersyukur " baru-baru ini.
Beliau memberikan pandangan selepas kajian Universiti Malaya yang menunjukkan bahawa Umno-Barisan Nasional (BN) akan terus mentadbir negara walaupun sokongan semakin meningkat untuk Pakatan Rakyat (PR).
"Pilihan raya ini, lebih daripada sebelumnya, akan menunjukkan jika Melayu dan kaum Bumiputra sudah bersedia untuk meninggalkan jalan yang dipilih untuk mereka oleh Umno 55 tahun lalu," kata Zaid melalui e-mel kepada The Malaysian Insider.
"Pilihan raya ini akan menunjukkan jika mereka sudah bersedia untuk mempercayai diri.
"Untuk sekian lama, mereka memegang amanah tersirat dan memberikan sokongan mutlak terhadap pemimpin-pemimpin mereka.
"Persoalannya adalah, apakah mereka akan terus berbuat demikian atau mereka akan berusaha jawapan alternatif kepada banyak masalah yang dihadapi kehidupan harian mereka," katanya.
Umno ditubuhkan pada tahun 1946 untuk menentang Malayan Union yang dicipta oleh penjajah British untuk menyatukan semua negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu, yang kebanyakkannya merupakan kawasan pertanian pada waktu itu.
Zaid mengecam kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad yang berkata Melayu 'tidak bersyukur' dan 'kurang kecerdasan' dengan berkata dia sanggup menjadi Melayu tidak bersyukur daripada dianggap bodoh. — Gambar file
Presiden kedua Umno, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan sekutunya MCA dan MIC merundingkan kemerdekaan Malaya pada tahun 1957 dan kemudiannya membentuk Malaysia bersama Sabah, Sarawak dan Singapura, yang keluar pada tahun 1965. Perikatan yang pada mulanya terdiri daripada Umno, MCA dan MIC telah diperluaskan menjadi BN sebelum pilihan raya tahun 1974, selepas rusuhan kaum tahun 1969 — yang menyebabkan Tunku Abdul Rahman kehilangan tugasnya.
Umno kemudiannya dibatalkan pendaftarannya pada tahun 1988 selepas perpecahan kepimpinan membawa kepada penemuan cawangan haram.
Read More / Baca Lagi >>

Coming soon: euronews worldwide press conference

Posted: 25 Sep 2012 09:07 AM PDT

Obama Urges UN to Confront Roots of Muslim Rage

Posted: 25 Sep 2012 09:05 AM PDT

MKL - Crimedesk - 2 Wanita Islam Kongsi Sebilik dengan Jantan Afrika

Posted: 25 Sep 2012 08:59 AM PDT

Jamak QASAR Di Rumah ISTERI Atau Kampung - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 25 Sep 2012 08:51 AM PDT

REZEKI Ditarik Jika Buat MAKSIAT ? - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 25 Sep 2012 08:50 AM PDT


WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0
sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Tinjauan: PR mesti elak percanggahan pendapat

Posted: 25 Sep 2012 11:52 AM PDT

Sokong Najib tapi tak mengundi BN

Kajian terbaru UMCEDEL menunjukkan antara faktor utama penolakan BN ialah isu integriti pemimpin BN dan Umno.

PETALING JAYA: Program transformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya meningkatkan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional, menurut kajian  Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL). 

Bacaan seterusnya di sini:    PR perlu elak percanggahan pendapat

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT