Pilihan Raya Kampus. SHAH ALAM – Pilihan raya kampus tiba di kemuncuk hari ini dengan 15 pusat pengajian tinggi melangsungkan proses pengundian - keputusan yang akan diketahui malam ini, dilihat bakal menggambarkan senario sokongan golongan muda khususnya komuniti pelajar pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Prose pengundian akan berakhir jam 5 petang ini.

Kempen pilihan raya kali ini, yang menyaksikan penggunaan laman sosial Facebook di beberapa universiti, berakhir malam tadi.

Keputusan lima universiti sudah diketahui hujung minggu lalu. Penguasaan memihak kepada kumpulan Pro-Aspirasi, tetapi Pro-Mahasiswa yakin 'bangun' kembali.

Pro-Aspirasi sebelum ini memberitahu Sinar Harian Online bahawa pihaknya akan mengulangi kejayaan Khamis lalu pada hari ini.