RAKYAT MARHAEN |
- Selepas 6 bulan, Dun Perak bersidang sehari sehaja!
- Pegawai JPJ, pemandu bas ikut tampal pelekat Turunkan Harga Kereta
- Cadangan Selangor pendidikan politik yang baik
- Filem hina nabi - 22 orang dah mati
- Batal Perjanjian : ‘Pahang yang akan rugi RM60 juta’
- Hala tuju Pelan Pendidikan Kebangsaan kabur
- Tangan zionis dalam kempen hina Rasulullah
- Samseng Politik : Pemimpin Mahasiswa dakwa diserang 5 lelaki
- Bukankah Melayu hilang kuasa angkara Umno?
- Kerugian BNM RM30 billion timbul kembali
- Anger over Afghan girl's flogging
- Syrians seek refuge in the countryside
- Ahmadinejad: 'We Are Ready to Defend Ourselves'
- Cikgu Alias Harun Ceramah Kuala Abang 24 Sept 2012
- Ustaz Satiful Bahri Ceramah Rantau Abang 24 Sept 2012
- Anna Har: Human Rights eduction should be a priority for Pakatan
- JALANRAYA vs PILIHANRAYA: Dari 1Malaysia Ke Zaman Batu!
- Politik Samseng : Markas PAS Kawasan Gelang Patah Diserang, Billboard Disimbah Cat
- Mahathir Tersasar Dalam Pegangan Aqidahnya.
- Rakyat tolak BN, UMNO mahu Muhyiddin
- After Sabah, S'wak BN next to CRACK: Caught bet Najib & Taib, SUPP members want OUT
- Pilihan raya kampus: Pengundian sedang berlangsung
- Bajet 2013 FOMCA Minta Kerajaan Tumpu Pengangkutan Awam, Rumah Mampu Milik
- Hina Nabi Dan Islam : Mahathir sekali lagi pertikai Hukum HUDUD..Hassan JATI, Brahim Katak & KJ tak nak demo ke??
- GABUNGAN PROFESIONAL MENUNTUT ROYALTI
Selepas 6 bulan, Dun Perak bersidang sehari sehaja! Posted: 24 Sep 2012 09:20 PM PDT IPOH: Para Adun Pakatan Rakyat Perak kesal dengan tindakan kerajaan BN negeri yang hanya mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri sehari sahaja selepas enam bulan tidak bersidang. Read More / Baca Lagi >>Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin menyifatkan ianya memeranjatkan dan permohonan beliau untuk dilanjutkan ditolak oleh Speaker. "Saya cadang dilanjutkan sekurang-kuranya tiga hari untuk mendapat penjelasan masalah rakyat Perak tetapi ditolak oleh Speaker, (Datuk R) Ganesan," kata beliau melalui Twitternya. Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming juga membantah sidang yang terlalu singkat itu. "Dewan Negeri Perak dijadikan 'Rubber stamp' BN. 6 bulan bersidang 1 hari sahaja & kebanyakan soalan tidak terjawab bahkan ditolak terus. Apa ini?" tulis beliau menerusi Twitternya. | ||
Pegawai JPJ, pemandu bas ikut tampal pelekat Turunkan Harga Kereta Posted: 24 Sep 2012 09:02 PM PDT PULAU PINANG 25 September: KEADILAN meneruskan pengedaran pelekat Kempen Turunkan Harga Kereta yang dilancarkan Ogos lepas ke Pulau Pinang Sabtu lalu. Menurut Timbalan Ketua Penerangannya, Sim Tze Tzin, sebanyak 2,000 pelekat kempen tersebut diedarkan kepada penduduk sekitar Seberang Jaya. "Kita mula turun berkempen di sekitar Taman Seberang Jaya kira-kira pukul 3 petang. Kami ambil masa sejam edar pelekat dibantu Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Permatang Pauh. "Selepas sejam di kawasan perumahan, kami berhenti di pasaraya Sunway, Seberang Jaya. Di sana sambutan lagi menggalakkan," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak itu ketika dihubungi. Program yang disertai lebih kurang 50 anggota AMK itu diketuai ketuanya, Amir Mohd Ghazali. Ia menarik minat golongan muda terutama berkenaan kempen tersebut. Read More / Baca Lagi >> | ||
Cadangan Selangor pendidikan politik yang baik Posted: 24 Sep 2012 09:00 PM PDT (Aziz Bari berucap dalam Wacana Perlembagaan Malaysia) KANGAR: Cadangan kerajaan Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) berasingan dari pada parlimen merupakan suatu pendidikan politik yang baik ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari. Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu menjelaskan bahawa hak membubarkan DUN adalah tertakluk kepada kuasa pemerintah negeri. Aziz dipercayai mengulas cadangan kerajaan negeri Selangor untuk mengadakan pilihan raya berasingan dengan Pusat ekoran tidak berpuashati dengan daftar pemilih yang ada. | ||
Filem hina nabi - 22 orang dah mati Posted: 24 Sep 2012 08:52 PM PDT Sejak kes filem hina Nabi meletus, umat Islam di seluruh dunia bangun membantah. Selain dari membuat bantahan dengan berdemo, ada yang lebih brutal bila melancarkan serangan bom berani mati atas alasan membalas dendam terhadap filem tersebut. Baru-baru ini di Kabul, Afganistan seorang pengebom berani mati melanggar sebuah bas yang membawa pekerja penerbangan di lapangan terbang di sana. Kebanyakan adalah warga Afrika Selatan. Dalam serangan itu seramai 12 orang terbunuh. Hasil daripada demoa yang kemudiannya bertukar menjadi ganas di seluruh dunia laporan menyatakan seramai 10 orang telah meninggal dunia. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes tercabut nyawa menjadi 22 orang di seluruh dunia. Read More / Baca Lagi >> | ||
Batal Perjanjian : ‘Pahang yang akan rugi RM60 juta’ Posted: 24 Sep 2012 08:46 PM PDT Ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh dari PKR menyatakan negeri Pahang akan turut berhutang lebih RM 2 bilion sekiranya membatalkan perjanjian air mentah dengan Selangor. PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh dari PKR mendakwa Pahang akan kerugian sebanyak RM 60 juta sekiranya perjanjian air dengan Selangor dibatalkan. "Dengan membatalkan perjanjian membekalkan air mentah tersebut, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob akan menyebabkan rakyat Pahang kerugian pendapatan berjumlah RM60 juta setahun. "Malah mungkin juga negeri Pahang perlu membayar penalti di atas pembatalan perjanjian tersebut. Didalam keadaan negeri Pahang berhutang lebih RM2 billion kepada kerajaan pusat, keputusan ini akan menambah beban kewangan negeri Pahang. "Sebaliknya Selangor lebih untung kerana tidak akan terbeban membeli air mentah dari Pahang yang tidak diperlukan. "Sebaliknya sekiranya pihak negeri Selangor yang membatalkan perjanjian maka Pahang mungkin boleh menuntut ganti rugi," kata Fuziah yang juga ialah naib presiden PKR. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini ketika mengulas kenyataan Adnan yang dilaporkan dalam media semalam. Adnan mahu mengkaji semula perjanjian air yang dimeterai ketika era bekas Menteri Besar Dr Mohd Khir Toyo sekiranya kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat enggan memberi laluan kepada projek empangan Langat 2 untuk memastikan kelangsungan bekalan air di Lembah Kelang. Read More / Baca Lagi >> | ||
Hala tuju Pelan Pendidikan Kebangsaan kabur Posted: 24 Sep 2012 08:44 PM PDT KUALA LUMPUR 25 September: Pelan Pendidikan Kebangsaan yang diumum Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lalu terus mendapat kritikan dari kalangan pendidik. Terbaru, mantan Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang juga Ketua Biro Pendidikan KEADILAN, Abas Awang menyifatkan pelan tersebut kabur dan tidak mempunyai hala tuju jelas. "Pelan ini mencontohi pelan pendidikan di barat. Sedangkan masalah sosial, perpaduan kaum di sini tidak sama dengan negara barat. Kita sibuk mengejar tahap antarabangsa tetapi lupa kepada jati diri. "Tujuan utama pendidikan selain melahirkan generasi berilmu adalah membina keperibadian mulia, bermoral dan berakhlak tinggi di kalangan murid. Tetapi perkara itu tidak disentuh dalam pelan pendidikan," bidas Abas. Berdasarkan pengalaman beliau, katanya, sistem yang digariskan dengan baik di atas kertas seringkali tidak mampu dilaksanakan secara sempurna oleh pihak kementerian. Katanya, setiap kali menteri bertukar, maka menteri yang baru akan memperkenalkan sistem baru. Read More / Baca Lagi >> | ||
Tangan zionis dalam kempen hina Rasulullah Posted: 24 Sep 2012 08:43 PM PDT
Analisis yang belum diketahui ramai dalam isu penerbitan video menghina Rasulullah s.a.w. ialah ia ada kaitan dengan rancangan zionis dan kuasa imperialis Amerika dan kuasa Eropah Barat. Read More / Baca Lagi >>Sebenarnya orang bernama Sam Bacille (nama sebenar Nakaola Basseley Nakaola) yang dikata menjadi pengarah kepada pembikinan filem itu hanya alat. Beliau sebenarnya hanya seorang yang terlibat dalam kes menipu bank. Dengan latar belakang yang sama sekali sifar dalam pengetahuan mahupun kemahiran pembikinan filem, zionis telah mengguna beliau sebagai alat untuk melindungi pihak sebenar yang terlibat dalam menghasilkan filem tersebut. Beliau sendiri menafikan menjadi pengarah malah hanya menguruskan aspek "logistik" semata. Jadi siapa pendalang filem tersebut? | ||
Samseng Politik : Pemimpin Mahasiswa dakwa diserang 5 lelaki Posted: 24 Sep 2012 08:37 PM PDT Edikoup berkata, kejadian pada jam 4 pagi di Seksyen 17 itu bermula apabila motosikal yang dipandunya dihadang sebuah kereta, sebelum beliau diheret dari motosikal ke bahu jalan dan diserang. "Setelah itu, turun seorang yang berbadan besar menghayun topi keledar ke badan saya sehingga saya terjatuh dari motosikal. "Setelah itu, mereka memukul saya, menghentak kepala saya dengan topi keledar sehinggalah saya dipukul, ditumbuk, diterajang di perut dan sebagainya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Bukankah Melayu hilang kuasa angkara Umno? Posted: 24 Sep 2012 08:32 PM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyifatkan Tun Mahathir Mohamad ketinggalan keretapi dan masih memutar pita rakaman lama untuk mempengaruhi pengundi di dalam Pilihan raya Umum (PRU) akan datang. "Beliau cuba membawa budaya takut di dalam masyarakat supaya jangan tolak Umno kerana nanti Melayu hilang kuasa. "Bukankah Melayu hilang kuasa semua angkara Umno?" tanya beliau dalam satu kenyataan. Beliau juga mempersoalkan kenapa Mahathir menjadi Perdana Menteri tidak menambah kerusi Parlimen di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah ketika persempadanan semula 2004. "Kenapa baru sekarang bercakap Melayu hilang kuasa?" tanya beliau lagi. Katanya, Umno telah terbukti merosakkan Melayu setelah berkuasa selama 55 tahun. Read More / Baca Lagi >> | ||
Kerugian BNM RM30 billion timbul kembali Posted: 24 Sep 2012 08:04 PM PDT Seperti biasa Dr Mahathirlah yang mempertahankan Nor Mohamad Yakcop dan tidak membenarkan Menteri Kewangan semasa itu untuk mengambil tindakan terhadap Nor Mohamad Yakcop. Jika ditanya Nor Muhamad Yakcop beliau dengan tangkas sahaja berselindung di bawah ketiak Dr Mahathir dan berkata tindakan beliau itu adalah di atas arahan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohammed. Saya berasa lega kerana Ahli Parliamen telah bertanya di Dewan Rakyat untuk mengetahui berapa jumlah kerugian sebenarnya dalam skandal pertukaran wang asing itu. Kerugian dari pertukaran wang asing ini merupakan kerugian yang terbesar dalam sejarah negara dan tidak ada sebab Nor Mohammad Yakcop tidak boleh di ambil tindakan semasa itu. Perdana Menteri telah memberitahu Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim, supaya jangan mengambil tindakan terhadap Nor Mohammad Yakcop dan Nor Mohamad Yakcop telah berhenti dari BNM. Selepas kerugian yang dilakukan oleh ketua jabatan perbendaharaan BNM itu beliau telah dinaikkan pangkat dan darjat di dalam kerajaan dengan perlantikan beliau sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan persekutuan. | ||
Anger over Afghan girl's flogging Posted: 24 Sep 2012 07:53 PM PDT | ||
Syrians seek refuge in the countryside Posted: 24 Sep 2012 07:52 PM PDT | ||
Ahmadinejad: 'We Are Ready to Defend Ourselves' Posted: 24 Sep 2012 07:51 PM PDT | ||
Cikgu Alias Harun Ceramah Kuala Abang 24 Sept 2012 Posted: 24 Sep 2012 07:49 PM PDT | ||
Ustaz Satiful Bahri Ceramah Rantau Abang 24 Sept 2012 Posted: 24 Sep 2012 07:47 PM PDT | ||
Anna Har: Human Rights eduction should be a priority for Pakatan Posted: 24 Sep 2012 07:46 PM PDT | ||
JALANRAYA vs PILIHANRAYA: Dari 1Malaysia Ke Zaman Batu! Posted: 24 Sep 2012 07:45 PM PDT | ||
Politik Samseng : Markas PAS Kawasan Gelang Patah Diserang, Billboard Disimbah Cat Posted: 24 Sep 2012 07:43 PM PDT GELANG PATAH: PAS Kawasan Gelang Patah dikejutkan dengan kes simbahan cat, cermin tingkap dipecahkan serta bendera PAS dijatuhkan di dua buah Markaz PAS di kawasan Gelang Patah. Peristiwa itu dipercayai berlaku pada awal pagi Ahad lalu sebelum berkumandangnya azan subuh. Menurut Ketua Penerangan PAS Kawasan Gelang Patah, En. Ayob Bin Embong, insiden tersebut amat mengejutkan kerana bukan hanya melibatkan Markaz Tarbiyah PAS Cawangan Kampung Ladang sahaja, malah Markaz PAS Kawasan Gelang Patah yang terletak di Kampung Ulu Pulai juga turut menerima nasib perbuatan khianat tersebut. | ||
Mahathir Tersasar Dalam Pegangan Aqidahnya. Posted: 24 Sep 2012 07:38 PM PDT Isu Kenyataan Mahathir mengenai hukuman HUDUD TERAS kesal dengan kenyataan Tun Mahathir yang mengatakan mengikuti Sunnah dan Hadith tidak wajib untuk menentu hukum Islam. Ini jelas adalah kejahilan dan penolakan pegangan pokok umat Islam yang termasuk dalam salah satu usul tunjang dalam Aqidah orang Islam. Pendirian beliau sangat tersasar dari pegangan Aqidah ahli Sunnah Wal Jaamah yang tidak ada khilaf sama sekali di kalangan para ulama iaitu rujukan kepada Al Sunnah dan berpandu kepada Hadith Rasulullah s.a.w dalam menentukan hukum selepas Al Quran adalah wajib. Beliau sendiri tidak sepatutnya mengeluarkan pandangannya dalam hal ini kerana beliau bukan ahli dan tidak berkelayakan untuk mengeluar pendapat yang menyentuh soal pokok dalam hukum Islam. Read More / Baca Lagi >> | ||
Rakyat tolak BN, UMNO mahu Muhyiddin Posted: 24 Sep 2012 07:33 PM PDT Shahbudin Husin Ucapan yang dilafazkan oleh Najib sejak akhir-akhir ini menggambarkan jiwanya yang sedang resah. Beliau kelihatan amat gelisah tentang masa depannya. Kedudukannya selepas pilihanraya akan datang sama ada masih mampu menghuni Seri Perdana atau tidak, masih lagi kabur dan tidak ketentuan.Semalam dalam ucapannya di perasmian Pusat Transformasi Bandar, sebuah kompleks yang dulunya dikenali sebagai Puduraya, Najib merayu agar beliau diberi peluang sekurang-kurangnya sepenggal lagi untuk menjadi Perdana Menteri. Selepas itu di Johor Bahru, beliau pula berkata masa depan negara ini terlalu tinggi nilainya untuk diserahkan kepada pihak lain. Beliau juga seakan merayu agar pemerintahan BN terus dikekalkan. Najib kononnya masih mempunyai banyak perancangan dan transformasi lagi untuk dilaksanakan dan hanya dengan terus memberinya peluang menjadi Perdana Menteri sahaja, semua itu dapat dilaksanakan. Jika dulu nada ucapan Najib begitu tegas sambil menggariskan pelbagai transformasi yang telah dilaksanakannya, tetapi kali ini nadanya seakan-akan merayu pula. Jika dulu beliau menjerit-jerit dan mengeluarkan perkataan "haramjadah" untuk menempelak orang yang mahu mengamalkan demokrasi, kali ini rayuan dan pujukannya jelas dapat dirasai. Read More / Baca Lagi >> | ||
After Sabah, S'wak BN next to CRACK: Caught bet Najib & Taib, SUPP members want OUT Posted: 24 Sep 2012 07:28 PM PDT It looks like things have come to a head at the Sarawak United People's Party or SUPP, and it may soon leave the ruling BN coalition as a power tussle intensifies between embattled Prime Minister Najib Razak and Sarawak Chief Minister Taib Mahmud. Read More / Baca Lagi >>If SUPP does withdrawn from the BN, it would be the first component party to do so after Sabah's SAPP pulled out in 2008. More than that, an SUPP exit would confirm the already very visible cracks in the BN and trigger a much-anticipated dismantling of the 13-member group. In Sabah, an exodus of senior leaders from Umno-BN to the Opposition has already begun, with 2 Members of Parliament and a Senator leading the way. A similar scenario involving the smaller component parties is expected in Sarawak, which is still controlled by Taib's PBB. "It is to be expected because Umno is taking too strong a role and is demanding too much. The return of Mahathir Mohamad and his hardline Malay supremacy policies is also scaring everyone. The people can sense Najib has lost control of Umno and BN members are wondering what will happen to them," PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle. "Times have changed and the rakyat (populace) won't tolerate an iron hand like Mahathir's like in the olden days. Some like the SUPP for example may think it is wiser to leave and salvage some reputation and dignity before GE13. In SUPP case, there is also the Taib Mahmud factor and this makes it worse. By leaving BN, they are saying goodbye to both Umno and Taib. This way they can still hope to win some seats rather than be wiped out totally." Bye-bye to both Umno & Taib | ||
Pilihan raya kampus: Pengundian sedang berlangsung Posted: 24 Sep 2012 07:27 PM PDT SHAH ALAM – Pilihan raya kampus tiba di kemuncuk hari ini dengan 15 pusat pengajian tinggi melangsungkan proses pengundian - keputusan yang akan diketahui malam ini, dilihat bakal menggambarkan senario sokongan golongan muda khususnya komuniti pelajar pada pilihan raya umum ke-13 kelak. Prose pengundian akan berakhir jam 5 petang ini. Kempen pilihan raya kali ini, yang menyaksikan penggunaan laman sosial Facebook di beberapa universiti, berakhir malam tadi. Keputusan lima universiti sudah diketahui hujung minggu lalu. Penguasaan memihak kepada kumpulan Pro-Aspirasi, tetapi Pro-Mahasiswa yakin 'bangun' kembali. Pro-Aspirasi sebelum ini memberitahu Sinar Harian Online bahawa pihaknya akan mengulangi kejayaan Khamis lalu pada hari ini. | ||
Bajet 2013 FOMCA Minta Kerajaan Tumpu Pengangkutan Awam, Rumah Mampu Milik Posted: 24 Sep 2012 07:24 PM PDT SHAH ALAM 25 SEPT : Sistem pengangkutan awam dan rumah mampu milik merupakan dua perkara yang perlu diberi perhatian serius oleh Kerajaan Pusat dalam Bajet 2013 pada 28 September depan. Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha'ani Abdullah berkata inisiatif itu perlu dizahirkan bukan sahaja di sekitar Lembah Kelang, tetapi di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak. "Contohnya pengangkutan awam, jika dibandingkan perkhidmatan pengangkutan awam hari ini dengan 30 tahun lepas, keadaan dulu adalah berkali ganda lebih baik daripada apa yang kita ada hari ini. "Pada masa ini, sesetengah tempat langsung tidak mempunyai perkhidmatan bas menyebabkan rakyat terpaksa pula menyewa kenderaan untuk ke sesuatu destinasi. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 24 Sep 2012 06:52 PM PDT | ||
GABUNGAN PROFESIONAL MENUNTUT ROYALTI Posted: 24 Sep 2012 06:47 PM PDT KENYATAAN MEDIA TARIKH: 24 SEPTEMBER 2012GABUNGAN PROFESIONAL MENUNTUT ROYALTI, PENDARATAN MINYAK DAN GAS KE KELANTAN (ROYALTI) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI "R". LOKASI: LOBI BANGUNAN PARLIMEN MALAYSIA, KUALA LUMPUR. 1. Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI) atau lebih dikenali sebagai "R"merupakan gabungan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang mengabungkan lebih 58 buah ngo di Negeri Kelantan dengan berberapa tujuan iaitu: Menuntut Royalti Minyak Diberikan Kepada Kerajaan Negeri Mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan Perjanjian Antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan PETRONAS pada 9 Mei 1975.2. Belanjawan – Memohon Perdana Menteri menyatakan dengan tegas dalam pembentangan bajetnya pada 28 September 2012 agar membayar tuntutan royalti minyak dan gas Negeri Kelantan yang tertunggak sejak 2004 hingga sekarang (2012) dianggarkan minimum RM7 Billion kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan