Rabu, 19 September 2012

bumiperak

bumiperak


Dahsyat: Bunuh rakan untuk larikan wang

Posted: 19 Sep 2012 02:26 AM PDT

Taiping – Seorang pengawal keselamatan yang memaksa rakan setugasnya menggunakan laluan lain ketika hendak pulang ke pejabat rupa-rupanya berniat jahat apabila dia disyaki menembak mati mangsa sebelum lesap bersama wang lebih RM1.2 juta semalam.

Gambar: ANGGOTA polis memeriksa sebuah van keselamatan yang terlibat dalam kejadian samun dan bunuh di Taiping semalam.

 Kejadian pukul 3 petang di Jalan Tekah-Aulong berdekatan sebuah pasar raya di sini itu mengakibatkan Hasnol Hafiz Saad, 28, mati akibat terkena empat das tembakan dari jarak dekat di dada. Mangsa ditemui mati di tempat duduk pemandu dengan kecederaan parah di perut, dada, bahu kanan dan betis kiri.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa dan suspek dalam perjalanan pulang selepas memungut wang daripada mesin deposit tunai beberapa buah bank di bandar ini.

Suspek yang dikenali sebagai Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin, 25, yang menghilangkan diri bersama wang dan selaras senapang kini menjadi buruan polis.


Seorang saksi mendakwa, dia melihat suspek melarikan diri bersama beberapa beg mengandungi wang dengan menaiki sebuah kereta Honda Civic hitam yang berada beberapa meter di belakang van keselamatan tersebut.

Kebiasaannya, mereka akan menggunakan Jalan Taman Long Jaafar di Kampung Boyan di sini iaitu hanya sejauh lima kilometer untuk pulang ke pejabat tetapi semalam Hasnol telah dipaksa menggunakan Jalan Tekah-Aulong selepas mengutip wang. Jarak jalan itu kira-kira 10 kilometer dari pejabat mereka.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd. Diah berkata, pemeriksaan mendapati enam daripada 13 karung berisi wang lesap.

"Enam karung itu dipercayai mengandungi wang lebih RM1.2 juta dan siasatan awal mendapati bahagian luar van itu tidak mempunyai kesan dilanggar.

"Tempat kejadian bukan laluan yang biasa digunakan untuk pulang ke pejabat selepas mengutip wang. Van itu didapati terbabas di kiri jalan dipercayai akibat tindakan agresif suspek," kata Yusof yang masih menyiasat jumlah sebenar wang yang dilarikan serta penglibatan individu lain.

Tambahnya, polis kini giat memburu Mohamad Hafizuddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Taiping di sini untuk bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping di talian 05-829 1222. -Kosmo

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


KUNJUNGAN TAMRIN GHAFAR DAN KOBAT BAKAL MEMANASKAN PEKAN

Posted: 19 Sep 2012 02:59 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

PEKAN, Pahang terus menjadi kawasan yang semakin hangat dan menjadi tumpuan Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU ke 13 nanti.  Untuk kali ini, Najib tidak boleh merasa selesa jika masih ingin bertanding di Parlimen Pekan walaupun kita maklum di kawasan tersebut `aset' berharga buat Najib adalah undi tentera (undi pos) dan undi di kalangan Orang Asal ditambah dengan undi kaum Kemboja.

Tamrin Ghafar
Pada 23hb Sept ini jam 09.00 malam, di kawasan Pekan akan dikunjungi oleh bekas tokoh Umno, anak kepada bekas TPM, Almarhum Tun Ghafar Baba.  Tamrin Ghafar yang baru sahaja menyertai PAS akan berceramah di Markas PAS Makasar, Pekan.  Pekan dikatakan kubu kuat Umno di Pahang dan pada PRU ke 12 yang lalu, Najib mendapat majoriti lebih dari 20 ribu.  Justeru itu, memang wajar Tamrin Ghafar berkunjung ke Pekan untuk `mentarbiyyah' orang-orang Pekan.

Wakil dari KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera), saya sendiri, InsyaAllah, akan bersama beliau dan sudah tentunya isu berkaitan hal ehwal tentera dan bekas tentera akan diperkatakan.  Pertamanya, saya akan nyatakan mengapa tentera perlu melakukan perubahan.  Dari pengalaman sewaktu berkhidmat dahulu, kita gagal mendapatkan sokongan warga tentera ini adalah kerana kita tidak serius untuk mendampingi mereka bagi membekalkan maklumat.  Kelemahan lain adalah sikap warga tentera itu sendiri yang tidak peka dan prihatin akan isu-isu semasa yang melibatkan juga kepentingan mereka.

Mewakili KOBAT
Bukan sekadar ceramah, KOBAT juga mempunyai strategi tertentu untuk menyalurkan maklumat kepada warga tentera tanpa memaksa mereka melanggar etika dan peraturan di dalam Angkatan Tentera.  Selaku bekas tentera, saya pastinya memahami sejauh mana dan di tahap mana saya boleh berinteraksi dengan mereka kerana saya tetap menghormati peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk warga tentera.

Sehubungan itu, saya menyeru rakan-rakan di kalangan warga tentera dan bekas tentera termasuk pasukan keselamatan yang lain seperti pesara Polis untuk kita bertemu di Pekan pada tarikh tersebut. /wfauzdin.blogspot.com

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Pelakon filem hina Islam saman penerbit, Google

Posted: 19 Sep 2012 06:32 PM PDT



20 September 2012
Cindy Lee Garcia
Cindy Lee Garcia
LOS ANGELES - Seorang pelakon wanita yang muncul dalam filem Innocense of Muslims, yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, memfailkan saman ke atas penerbitnya berhubung unsur penipuan dan fitnah, dan pada masa yang sama mahu Google mengeluarkan treler dari pangkalannya.

Tuntutan Cindy Lee Garcia, yang difailkan di Los Angeles semalam, mendakwa dia telah diperdaya oleh Nakoula Basseley Nakoula, individu yang dikatakan menerbitkan filem tersebut.

Nakoula telah pun ditahan polis minggu lalu untuk siasatan berhubung isu ini. Sebelum ditahan, Nakoula juga dilaporkan telah menghilangkan diri sejak protes besar-besaran tercetus awal minggu lalu.

Dalam tuntutannya, Garcia mendakwa dia tidak tahu yang kandungan filem itu menjurus ke arah mesej anti-Islam.

Malah katanya, skrip yang diterimanya juga tidak menyebut langsung nama Nabi Muhammad SAW.

Kata Garcia, dia telah memberi respons kepada satu iklan dan berpandangan bahawa dia akan muncul dalam filem zaman silam Mesir, sedangkan jalan ceritanya telah diubah kemudian dan membawa mesej anti-Islam.

"Filem ini sangat teruk dan keji," kata peguam Garcia, M. Cris Armenta dalam dokumen yang difailkan di mahkamah.

"Kes saman ini bukan satu serangan ke atas perlembagaan (Amerika) atau kebebasan rakyat Amerika untuk mengatakan apa yang mereka fikir, tetapi mahu kandungan yang menyinggung perasaan dikeluarkan dari Internet," katanya.

Peguam-peguam Garcia juga bercadang memohon injunksi ke atas filem itu hari ini.

Pelakon itu berkata dia menerima ancaman bunuh sejak treler itu menarik perhatian jutaan orang sejak awal bulan ini.

Ekoran ancaman itu, katanya, dia tidak dapat melawat cucunya.

Selain itu katanya, filem tersebut telah menjejaskan reputasi dan membawa satu penghinaan ke atas dirinya.

Akhbar Herald Sun  memetik firma guaman yang mewakili Nakoula enggan mengulas perkembangan terbaru ini.

Menurut laporan itu, firma tersebut tidak mewakili Nakoula dalam kes sivil setakat ini.

Nakoula telah disabitkan kesalahan jenayah menipu bank dan kini diletakkan di bawah pemantauan selama lima tahun.

Siapa pembohong? Atau dua2 sama saja ...

Posted: 19 Sep 2012 08:21 AM PDT

Siapa pembohong...polis baru siasat Hishammuddin cakap sudah ditangkap

Susulan dari peristiwa "Pijak Gambar Pemimpin Negara Perbuatan Melampau" yang hangat dibincangkan sejak kebelakangan ini; saya telah dikunjungi oleh seorang pegawai Polis dari Gombak pada hari Khamis pada 13 September sekitar jam 3 petang.

Laporan dibuat di Balai Gombak oleh seorang yang sudah pasti meluat dengan sikap berat sebelah pihak berkuasa yang hanya mengambil berat persoalan gambar Najib dipijak tetapi tidak menghiraukan apabila gambar pimpinan PR dilakukan sedemikian rupa, malah lebih dari itu.


Atas laporan tersebut pegawai berkenaan telah bertemu saya kerana telah tersebar luas di Internet bagaimana gambar saya dan pimpinan utama PAS, DAP dan PKR pernah juga dipijak oleh para samseng politik.

Semasa pertemuan tersebut, pegawai berkenaan meminta maklumat berhubung peristiwa yang melibatkan gambar saya dipijak di perkarangan Masjid Negeri Shah Alam. Saya memaklumkan bahawa ianya berlaku pada awal 2010 dan bukan sekadar gambar, video pun ada.

Apabila ditanya samada saya kenal atau tidak samseng tersebut, saya katakan tidak, tetapi boleh mengagak dari 'cawangan' mana. Saya memberitahunya sekiranya diperlukan, saya boleh cuba dapatkan maklumat berhubung siapakah mereka ini.

Pada masa sama saya juga menunjukkan gambar budak upahan UMNO/BN yang kencing di atas gambar saya dan TGNA serta TGHH. Saya memaklumkan kepadanya bahawa banner yang dikencing itu adalah banner PRU 2008 yang dipasang oleh PAS Shah Alam. Pegawai berkenaan kemudiannya memaklumkan kepada saya bahawa ia adalah kes yang berasingan dan sedang disiasat oleh Polis dari Terengganu kerana laporan dibuat di Kerteh.

Dengan itu perbincangan berakhir dan saya berjanji untuk menghantarkan video dan apa jua maklumat berhubung peristiwa tersebut kepadanya. Oleh yang demikian, sekiranya saudara saudari kenal mereka ini, sila maklumkan kepada saya melalui email atau datang sendiri ke pejabat saya di Seksyen 13 Shah Alam.






Esoknya, pada hari Jumaat 14 September, saya mendapat panggilan dari seorang lagi pegawai Polis! Beliau dari Terengganu dan sudah berada di Shah Alam. Beliau ingin berjumpa saya juga berhubung peristiwa gambar TGNA dan TGHH yang telah dikencing itu. Saya berjumpa beliau pada jam 3 petang juga selepas solat Jumaat.

Beliau meminta maklumat dari saya berhubung peristiwa tersebut. Saya memaklumkan kepadanya bahawa ianya berlaku semasa tempoh kempen PRU 2008 iaitu pada awal Mac.

PAS Shah Alam telah memasang 5 sepanduk besar ukuran 10'x20' dan memasangnya dibeberapa lokasi strategik. Banner yg dikencing adalah salah satu darinya dan mungkin ianya banner yang dipasang di Seksyen 7.

Itu sahaja maklumat yang ada pada saya. Gambar itu jelas menunjukkan kumpulan berkenaan berpakaian baju BN dan mungkin juga merupakan para petugas yang pemasang bendera yang diupah untuk berkerja pada waktu malam.

Saya rasa mereka bukan warga Shah Alam tetapi adalah tenaga kerja dari luar. Selepas itu beliau minta diri dan meminta saya untuk memberikan apa jua maklumat tambahan kalau ada pada dirinya sebagai pegawai penyiasat.

Saya beranggapan siasatan baru sahaja bermula; maka saya amat terkejut apabila Hishamuddin memaklumkan bahawa ada yang telah ditahan pada hari Sabtu keesokan harinya. Betulkah perkara ini saya tertanya? Atau satu lagi helah politik mainan UMNO sepertimana biasa?

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Dakwaan hina Agong, Siti Mariah fail saman fitnah

Posted: 19 Sep 2012 09:17 PM PDT


Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud KUALA LUMPUR - Dr Siti Mariah Mahmud hari ini memfailkan saman fitnah terhadap pemegang akaun Facebook, yang sebelum ini didakwa dimiliki oleh Dr Abdul Rahman Kadir, yang menuduhnya membuat kenyataan menghina semasa majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong, April lalu.

Timbalan Ketua Muslimat Pas Pusat berkata, tindakan perundangan diambil bagi membersihkan namanya yang dituduh melakukan penghinaan pada majlis pertabalan.

"Saya sudah failkan tindakan undang-undang untuk bersihkan nama saya yang dikatakan saya mempersenda Raja-raja Melayu pada majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda Umno tetapkan demo berasingan dengan PAS...ha..ha..sebab akan nampak perbezaan eh...!!!!

Posted: 19 Sep 2012 08:53 PM PDT

NONEHasrat Pemuda Umno dan PAS bergabung untuk himpunan mengutuk filem Innocence of Muslims tidak menjadi kenyataan apabila kedua-dua pihak memutuskan membuat penganjuran berasingan.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata walaupun hasrat awal beliau dan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan untuk bergabung, tetapi atas sebab "keselamatan dan bimbang insiden yang tidak diingini berlaku" kedua-dua pihak memutuskan mengadakannya secara berasingan.

Bagaimanapun, kata Khairy, kedua-dua kumpulan itu mempunyai niat dan hasrat yang sama untuk mengecam filem yang kontroversi itu.

Pemuda Umno akan mengadakan perhimpunan di Majis Jamek Kg Baru, manakala Pemuda PAS akan berhimpun di kedutaan Amerika Syarikat.

"Selepas berbincang panjang lebar, kami bersolidariti, kita sokong himpunan mereka dan beliau (Nasrudin) sokong apa yang kita buat," kata Khairy dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Nasrudin semalam menjelaskan melalui Twitter kepada Malaysiakini, "hak orang lain anjur kita tak ganggu".

"Pemuda PAS sudah bergerak ke seluruh negara dalam isu ini dan akan sambung kemuncaknya di kedutaan AS," katanya.

Aktivis protes di luar ibupejabat Lynas di Sydney

Posted: 19 Sep 2012 08:47 PM PDT

Aktivis merancang untuk mengadakan protes di luar ibupejabat Lynas Corporation di Sydney petang ini sebagai membantah  loji Lynas di Gebeng, Kuantan.

Menurut kumpulan 'Friends of Earth' Australia, bantahan itu akan diadakan pada jam 2.30 petang waktu Malaysia, di luar pejabat syarikat tersebut di Pitt St.

Seorang anggota kumpulan tersebut, Tully McIntyre berkata, protes itu adalah untuk menyatakan tentangan terhadap rancangan mengeksport bijih radioaktif dari Mount Weld di Australia ke loji Kuantan apabila ia mula beroperasi..

Bukan saja Suaram, masyarakat sivil juga dibelasah

Posted: 19 Sep 2012 08:43 PM PDT

Ahmad Lutfi Othman,
Saya tidak fikir rakan-rakan saya, termasuk ketua pengarang di Utusan Malaysia atau Buletin Utama TV3, t9dak terkecuali di  Berita Harian, begitu bebal dan tertutup minda mereka ketika mengulas isu mengenai NGO hak asasi manusia, Suaram (Suara Rakyat Malaysia).

Benar, mereka mengetuai media awam yang "ditransformasikan" sejak sekian lama sebagai lidah rasmi Umno-BN, dan berasa bertanggungjawab untuk mempertahankan taukeh-taukeh politik yang "mungkin tercungap-sungap kelemasan" menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti! Berpada-padalah ketika berusaha memuaskan hati pemimpin Umno, tanpa meletakkan kerjaya seorang wartawan di tahap begitu rendah.

Namun, apabila menyelak akhbar Utusan dan menonton rancangan berita TV3, dan pagi tadi (7 September) membelek rencana Berita Harian (juga tidak lupa, sehari sebelumnya, Mingguan Malaysia), saya tertanya-tanya mengapa secara tiba-tiba Suaram -- yang hanya mempunyai beberapa kerat penggeraknya -- menjadi target utama untuk dibelasah.

Seperti lazimnya, tiada hujah, argumen ataupun rasional yang dikemukakan, selain mengulangi kebebalan yang begitu hodoh dan menjengkelkan. Penulisnya bukan pemberita tepi jalan tetapi melibatkan editor-editor kanan. Mereka hanya mahukan Suaram dimusnahkan, seolah-olah ia petualang jahat yang mengkhianati negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Put Your Foot Down: STAND UP FOR MALAYSIA wherever you are

Posted: 19 Sep 2012 07:41 PM PDT

Put Your Foot Down: STAND UP FOR MALAYSIA wherever you are
A picture is surely worth a thousand words!
THEY say a picture is worth a thousand words. How true and wise, but in this case it may be worth millions.
Malaysia's ruling Barisan Nasional (BN) coalition and its cohorts like the racist Perkasa, a Taliban-like non governmental organisation (NGO) that champions Malay Supremacy and tells others to migrate if they want equal citizen rights, had been resorting to stomping of pictures of politicians and NGO leaders, burning effigies, beheading a cow, staging mock funeral rites of Pakatan Rakyat (PR) Opposition political leaders, distasteful display of buttocks, and etc.

Burning!

Pissing!

Paint attacks!

Mock funeral for the PR Penang Chief Minister Lim Guan Eng!

Malay Supremacy or Uncivilised beings?
Yet, no action was taken by the police to bring to book the culprits as the protesters were staged by pro-BN supporters.
The inaction by the police was a signal that such peaceful demonstrations were OKAY!
However, when the pro-PR supporters demonstrated the same way, the BN-Umno police acted swiftly, handcuffed and arrested a 19-year-old girl who stomped the picture of Prime Minister Najib Abdul Razak.
The police intimidation was too much for the girl to stomach and she was released after she apologised. But apologised for what? What was the crime? Is Najib God?
Now, Malaysians have started showing their displeasure at the lopsided enforcement of the law or one law for the BN supporters and another law for others or the rakyat (people or citizens in Bahasa Malaysia).
Read More / Baca Lagi >>

HISHAM's sudden 'lightning speed' arrest of 'peeing & stomping' BN protesters questioned

Posted: 19 Sep 2012 07:28 PM PDT

HISHAM's sudden 'lightning speed' arrest of 'peeing & stomping' BN protesters questioned
Shah Alam member of parliament Khalid Samad has questioned a claim by Home minister Hishamuddin Hussein that several men had been nabbed over their indecent gestures during separate protests against Pakatan Rakyat.
Khalid expressed surprise that the arrest was reported only a day after a police officer from Terengganu met him.
On September 15, Hishamuddin told reporters that the police had made arrests linked to several incidents where portraits of PAS leaders including Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat and Tuan Guru Abdul Hadi Awang, and DAP secretary-general Lim Guan Eng, were stomped and urinated upon by pro-UMNO protesters.
Khalid said two days before Hishamuddin's announcement, an investigation officer had recorded his statement following a police report lodged at the Gombak police station over an incident in early 2010, in which pro-UMNO protesters in Shah Alam stomped Khalid's photograph.
"When asked whether I knew the thugs involved, I told him I did not, but said I could guess from which 'branch' they were from. I told him that if needed, I could get more information about them," said Khalid, who also told the officer that a video recording of the incident was available.
Sudden surge in efficiency!
Read More / Baca Lagi >>

Groundbreaking study details Taib’s US$21bil empire

Posted: 19 Sep 2012 07:16 PM PDT


A ground-breaking report released by Swiss-based NGO Bruno Manser Fund (BMF) estimated the assets of Sarawak Chief Minister Abdul Taib Mahmud's family at US$21 billion (RM64 billion).
The wealth of Taib himself has been put at a whopping US$15 billion (RM46 billion), making him Malaysia's richest man, outstripping tycoon Robert Kuok who has US$12.5 billion.
NONEThe report entitled 'The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia' was released today in Brussels to coincide with a visit by the Malaysian Plantation Industries and Commodities Minister Bernard Dompok to the European Commission.
It is the first report that describes in detail the business activities and personal wealth of 20 members of the Taib family in Malaysia, Australia, Canada, Hong Kong, United Kingdom, United States and other countries.
The report aimed to build international pressure against the Sarawak's first family and provide investigating bodies, journalists, Sarawakians and interested parties with hard evidence on the Taib financial empire.
BMF estimated the combined net worth of 20 Taib family members at close to US$21 billion, spread over 400 companies around the globe – all built through their near complete political and economic control of Sarawak – one of the poorest states in Malaysia – over three decades.
However, the research is restricted to Taib's family members and does not include the wealth of Taib's close associates, all of whom have benefitted from the powerful chief minister's patronage during his almost 31 years in power.
Taib holds three key posts
In particular, the family of the longest-serving chief minister in Malaysia has established monopolies over the granting of logging and plantation concessions, the export of timber, the maintenance of public roads as well as the production and sale of cement, and a number of other construction materials.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir Takutkan Hutangnya Dengan Anwar...

Posted: 19 Sep 2012 07:10 PM PDT

Mahathir Mohamad, terus mengulik dirinya sendiri dengan memberi keyakinan UBN akan menang dan tetap menguasai Putrajaya. Sudah semacam tidak 'berapa sara' bekas PM ini dalam mempengaruhi orang ramai supaya mengekalkan kerajaan UBN pimpinan Najib.

Kerana keacapan itu kalau kita selami dalam-dalam jiwa Mahathir apa yang dilakukan memberi gambaran yang beliau dalam keketaran. Keyakinan yang UBN akan menang bukan untuk ahli Umno dan Najib sebenarnya untuk dirinya sendiri.

Dari segi psikologi apabila orang itu kerap bercakap mengenai sesutau topik, berulang-ulang ternyata dia obses dengan topik itu. Pemerhatian dan prihatin itu ada dua kemungkinan, sama ada dia seronok atau bimbang dengan apa yang dicapkkan itu. Dalam hal ini saya menyuluh Mahathir takut dengan apa yang bakal terjadi kelak.

Hari ini dia mengulangi sekali lagi pernyuataan untuk menyakinkan dirinya. Dia kata UBN akan menang dan satu-satu parti yang mampu untuk mentadbir. Dalam masa sama beliau terus memperkecilkan pembangkang. Isu yang dibawa kali ini katanya, Karpal Singh akan bergaduh dengan Nik Aziz dalam isu hudud.

Sinisnya, Nik Aziz kata potong tangan, Karpal Singh kata jangan. Bila berlaku begitu katanya maka pembangkang akan kelam kabut dan parlimen akan dipenuhi dengan hujah-hujah begitu, mengenai hudud.
Read More / Baca Lagi >>

Arahan dan Peraturan : Himpunan Aman Xpresi Hijau Kasih Nabi saw

Posted: 19 Sep 2012 07:07 PM PDT

21 Sept 2012 [ Jumaat ]
Di Hadapan Kedutaan Amerika

1. Xpresi Hijau Kasih Nabi saw yang akan berlangsung dihadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pada Jumaat 21 September 2012 ini adalah aman dan bebas provokasi. [ sebarang tindakan provokasi atau mencetus kekacauan, maka ia bukan dari Dewan Pemuda PAS Malaysia ]

2. Dewan Pemuda PAS Malaysia [ DPPM ] telah memberi amanah penuh kepada Jabatan AMAL untuk mengawal himpunan agar berlangsung dengan aman dan terkawal. Justeru itu, peserta Xpresi Hijau Kasih Nabi saw mestilah mematuhi setiap arahan semasa dan panduan keselamatan oleh pihak Jabatan AMAL Malaysia.


3. Xpresi Hijau Kasih Nabi saw adalah himpunan aman untuk membantah penghinaan ke atas Nabi saw. dan ia akan dilangsungkan dengan akhlak Islami yang tinggi , beradab dan terkawal tanpa kenyataan dan tindakan provokatif . Say No kepada apa jua bentuk provokasi.


4. Peserta Xpresi Hijau Kasih Nabi saw. sekali - kali tidak dibenarkan membawa senjata atau apa jua yang merbahaya dan mengancam keselamatan peserta jua orang ramai.
Read More / Baca Lagi >>

Kajian perincikan kekayaan AS$21 bilion empayar Taib

Posted: 19 Sep 2012 07:01 PM PDT



 
azlanLaporan menggemparkan yang dikeluarkan oleh NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) menganggarkan aset keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).

Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion.

Laporan berjudul "The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia" dikeluarkan di Brussels hari ini ketika Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok melawat Suruhanjaya Eropah.

Ia laporan pertama mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.

KJ : Dari mana datang wang Pakatan mahu tunai janji?.....tahap pemikiran MP Umno...!!!

Posted: 19 Sep 2012 06:59 PM PDT

KHAIRY JAMALUDDIN
Dari mana datang wang mahu tunai janji?
Dalam negara berada di ambang pilihan raya umum, kita telah menyaksikan pelbagai usaha daripada pihak pembangkang memperkenalkan beberapa cadangan dasar bagi memenangi segmen pengundi utama.

Secara khususnya, mereka telah menyasarkan pengundi muda yang mewakili sebahagian besar daripada lebih dua juta rakyat Malaysia yang baru berdaftar sebagai pemilih, dan juga kelas menengah secara amnya.

Dua daripada cadangan dasar pembangkang yang telah diumumkan tahun ini khusus untuk menawan kedua-dua kumpulan pengundi tersebut secara langsung adalah menghapuskan semua pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta menyediakan pendidikan universiti percuma dan, yang terbaru, dasar untuk mengurangkan harga kereta penumpang. Kedua-dua dasar ini dirangka dengan matlamat politik yang jelas.

Pelupusan pinjaman pelajar adalah tawaran menarik untuk pengundi muda yang masih dibebani dengan pembayaran balik hutang PTPTN, kos sara hidup yang meningkat dan bagi sesetengahnya pula, komitmen kewangan meniti gerbang perkahwinan serta memulakan sebuah keluarga.

Manakala janji harga kereta yang lebih rendah mempunyai daya tarikan yang lebih luas kerana rakyat Malaysia perlu membayar lebih untuk kereta yang sama daripada pembeli di negara-negara lain, yang menyebabkan sebahagian besar daripada gaji bulanan kita digunakan untuk melunaskan bayaran pinjaman kereta.
Read More / Baca Lagi >>

Battle between ‘familiarity’ and ‘change’

Posted: 19 Sep 2012 06:54 PM PDT

Can PKR's Rafizi Ramli persuade loyal Pandan voters to veer away from their hardworking two-term Barisan Nasional MP Ong Tee Keat in the coming polls?

It will be a battle of many titans in the coming 13th general election. Perhaps, one of the most watched and hotly contested seats in Selangor will be the Pandan parliamentary constituency.
To date, speculation is rife that PKR's Rafizi Ramli, 35, will likely challenge MCA's incumbent Ong Tee Keat, 56, provided the latter is still slotted to re-contest in the Pandan seat. Ong is currently serving his second term.
Unperturbed by his uncertain political career and resolutely serving his constituents, Ong is also playing his card close to his chest.
Since Ong lost his party presidential post – in a three-cornered contest at an extraordinary MCA-AGM election in 2010 – to his arch nemesis Dr Chua Soi Lek, he has been sidelined by his party.
However, close supporters in Pandan claimed that Ong has been constantly facing internal sabotages carried out by hidden hands from the higher-ups in his party.
His detractors have deliberately spun endless rumours and speculations to discredit his loyalty to his coalition partner, Barisan Nasional. But Ong took it all in his stride, kept his silence and continued his focus on his constituency services.
Read More / Baca Lagi >>

Nik Aziz: Media pertikai Karpal, tak soal pendirian Umno

Posted: 19 Sep 2012 06:51 PM PDT


Nik Abdul Aziz Nik Mat SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengkritik tindakan sesetengah akhbar yang hanya mempertikaikan kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mengenai hudud dan pendirian parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.

Sedangkan kata beliau, akhbar-akhbar berkenaan tidak mempertikaikan pendirian Umno yang tidak mahu meminda Perlembagan Persekutuan.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, hukum hudud bergantung kepada Perlembagaan Persekutuan yang diguna pakai oleh "Kerajaan Umno", yang dilaporkan bertentangan dengan hukum tersebut.

"Selepas mesyuarat Exco pagi tadi, saya ditanya tentang kenyataan Karpal Singh yang dilaporkan berkata hudud tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan Perlembagaan.
Read More / Baca Lagi >>

CPI: 'Pelan pembangunan bukti krisis pendidikan M'sia'

Posted: 19 Sep 2012 06:47 PM PDT



 
Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013-2025 menunjukkan Malaysia berhadapan krisis sistem pendidikan walaupun ia tidak dinyatakan dengan jelas dalam laporan itu, dakwa Pengarah Pusat Inisiatif Polisi (CPI), Dr Lim Teck Ghee.

"Kita ada bukti dan ia dinyatakan di dalam pelan pembangunan ini," dakwanya di forum Pelan Pembangunan Pendidikan Negara dan Masa Hadapan Anak Anda di Kuala Lumpur, malam tadi.

"Saya terkejut mereka memberikannya begitu banyak perhatian tetapi tidak melabelkannya sebagai 'krisis'," kata Lim.

Memetik laporan itu, Lim berkata, Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) menunjukkan kualiti pendidikan Malaysia merosot sejak tahun 1999 sehinga 2007.

Namun, menurutnya, golongan terpinggir seperti Orang Asal, masyarakat peribumi Sabah dan Sarawak, golongan miskin bandar, kanak-kanak pelarian dan pelajar sekolah vernakular adalah mereka yang paling teruk terkesan dengan krisis itu.
Read More / Baca Lagi >>

Giliran Najib tiru Anwar di Google Hangout, mensasarkan golongan celik internet

Posted: 19 Sep 2012 06:43 PM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Sept — Datuk Seri Najib Razak akan menjadi tuan rumah Google Hangout pada 29 September, ahli politik Malaysia yang kedua berpeluang untuk berhubung dengan rakyat Malaysia celik IT terutamanya belia yang membentuk demografi berbeza daripada 13 juta yang layak mengundi dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
The Malaysian Insider difahamkan bahawa perdana menteri akan menjawab soalan dalam sesi sejam forum online dari 4 petang Sabtu, sehari selepas beliau membentangkan cadangan Bajet 2013 di Parlimen.
Bajet adalah salah satu acara terakhir sebelum pilihan raya yang mesti dipanggil pada pertengahan 2013.
"Datuk Seri Najib mempunyai sesi Google Hangout pada 29 September, 4 petang menambahkan kepada usaha-usaha lain di ruang siber," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
Adalah difahamkan bahawa pasukan komunikasi beliau bekerja di butir-butir Google Hangout dan kempen pengiklanan untuk mempromosikan acara itu, yang akan tertumpu kepada usaha-usaha kerajaan untuk membangunkan negara menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi yang maju menjelang 2020.
Read More / Baca Lagi >>

20-Sept-1998 - Gelombang Reformasi

Posted: 19 Sep 2012 06:32 PM PDT




20-9-1998  HINGGA 20-9-2012 - BERSAMA MENUJU PUTRAJAYA
UBAH SEKARANG

Kerana Mu UMNO Mufti Harussani jadi cepat dan pantas..!!! Dapat Restu la katakan..!!

Posted: 19 Sep 2012 08:49 AM PDT

Tindakannya bagus sesuai dengan tanggungjawab nya menjaga agama islam, tetapi biarlah adil dan saksama....

Janganlah nak tegur untuk kepentingan sebelah pihak sahaja... 




Aku nak tanya, bagaimana orang Kedah Parlimen Kubang Pasu yang dok undi Dr Mahathir satu ketika dahulu,, Mahathir bukan sahaja Hina Nabi, malah hukum Quran pun ia pertikai,,, apa hukumnya... kena bertaubat atau atau kena undi UMNo lagi...

HINA NABI!!! Mahathir dan Innocence of Muslims apa bezanya? Dapat Restu la katakan...!!!

Posted: 19 Sep 2012 08:46 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhuCgdxFs2FZFcg3AYCOXchuCQC_jei1rcYbCr96dE_g53P8U2nJMh3ZB_nT4v3q7JyQeccDsEMjM47cNf-3ZQAdKhgGhHjQpQZ5j41xfmddNDA3IF6RcTGj9sKG7QLd4OAyvRXQWrX_IM/s400/mahathir+hina+rasulullah+saw+(1).jpgKetika ini umat Islam seluruh dunia sedang bangkit melakukan pelbagai bantahan terhadap sebuah filem, Innocence of Muslims yang jelas menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW. Di Libya, tunjuk perasaan yang berlaku telah menyebabkan empat diplomat Amerika termasuk dutanya ke Libya, telah terbunuh.

Di negara kita, kebangkitan umat Islam terhadap penghinaan itu juga berlaku di mana-mana. Selain bantahan melalui tunjuk perasaan di beberapa masjid, khutbah-khutbah Jumaat juga turut menyampaikan mesej yang sama. Media pro kerajaan dan pro pembangkang turut bertindak sama. Semua parti politik dan pemimpin utamanya juga mengutuk perbuatan menghina agama Islam serta keperibadian Rasulullah itu.

Read More / Baca Lagi >>

Dapat Restu : Bikini Fashion Show 2012..hebatkan..!!!!

Posted: 19 Sep 2012 08:43 AM PDT

Tahu kah anda mengenai bikini fashion show? 

Bikini fashion show ialah mengenai peragaan pakaian mengenai bikini. Ia akan dilakukan oleh model2 hidup bukan nya oleh model2 patung. Model2 ini akan memperagakan bikini di tubuh badan mereka dan berjalan di atas pentas peragaan untuk mempersembahkan / mempertontonkan bikini yang dicipta oleh pereka2 fashion yang tersohor.


Senang cakap macam fashion show la. Bezanya fashion show yang lain tue pakai baju lebih sket.. yang neh pakai baju kurang skit. Iaitu pakaian dalam aka bikini jek. Baju dalam plus seluar dalam.


 
Berminat?

Read More / Baca Lagi >>

Kantoii Samseng yg diupah utk menghalau penduduk kampung adalah "Gerombolan SYAITAN yg diKenali"

Posted: 19 Sep 2012 08:34 AM PDT

 Samseng UMNO diguna untuk menghalau penduduk kampung di Batu Maung!!
Kononnya dengan menghitamkan logo pada 'T' Shirt yang dipakai mereka, mereka berjaya mengaburi mata orang ramai bahawa mereka bukanlah pemuda UMNO.
Selain dari sifat bodoh yang sedia ada, kurang berhati-hati membuatkan terserlah jua siapa mereka yang digunakan untuk mengusir penduduk di Lot 781 dan Lot 776, GM 497 Mk 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.

Selain dari itu kehadiran seramai kira-kira 30 orang samseng itu turut disertai oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan dan Ketua Pemuda Umno Batu Maung Mahadhir Ismailjuga membuktikan bahawa mereka adalah samseng upahan UMNO.
Penduduk telah diusir oleh bekas ADUN (Umno) Taman Medan, Selangor yang memiliki tanah tersebut melalui transaksi yang meragukan.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah Persepsi Orang Ramai Mengenai Kadar Jenayah Malaysia Ada Kewajarannya?

Posted: 19 Sep 2012 08:22 AM PDT


Oleh Jamaluddin Muhammad

Pilihan raya umum (PRU) akan datang dan persepsi orang ramai terhadap kadar jenayah di Malaysia merupakan dua topik yang lazim dibincangkan sejak sebulan lepas pada majlis-majlis rumah terbuka Hari Raya di tanah air.
Ramai cuba meramalkan bila PRU akan diadakan. Oktober, November atau Disember? Mungkin, pada Januari tahun depan, apabila penggal pentadbiran kerajaan sedia ada tamat pada Mac.
Apabila menyentuh mengenai kadar jenayah di Malaysia, secara umum persepsinya ialah ia berada pada tahap 'membimbangkan' — walaupun statistik polis dan laporan keamanan antarabangsa, menunjukkan sebaliknya.
Pada amnya, mereka berpendapat statistik itu tidak mencerminkan keadaan sebenar.
Menurut statistik polis, indeks jenayah menurun sebanyak 11.1 peratus dan jenayah jalanan pula berkurangan hampir 50 peratus sejak 2010, apabila Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) diperkenalkan.
Laporan Global Peace Index tahun lepas meletakkan Malaysia sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara dan tempat ke-19 paling selamat di dunia.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, polis bukannya berada dalam keadaan enggan menerima hakikat itu apabila menyangkal persepsi orang ramai mengenai kadar jenayah di dalam negara.
Read More / Baca Lagi >>

Perincikan Deklarasi Kuching, BN cabar Anwar...kutuk buku jingga lepas tu tiru...he..he..he..!!!

Posted: 19 Sep 2012 08:16 AM PDT


SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) Sabah mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menjelaskan dengan terperinci pelaksanaan Deklarasi Kuching tujuh perkara yang dilancarkan Pakatan Rakyat (PR) sempena sambutan Hari Malaysia, Ahad lalu.
Setiausahanya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, Anwar bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang perlu menerangkan kepada masyarakat maksud sebenar tujuh perkara yang terkandung dalam deklarasi itu.
"Saya cabar mereka bercakap. Apakah maknanya? Sabah dan Sarawak sama rata dengan Semenanjung? Saya rasa dia (Anwar) hanya bermain kata-kata.
"Apakah Sabah dan Sarawak akan disamaratakan dengan keseluruhan Semenanjung? Maknanya, Malaysia tiga, bukan 14? Tetapi Perjanjian Malaysia kata satu daripada 13," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Semalam, PR melancarkan Perisytiharan Kuching tujuh perkara bersempena dengan tarikh bersejarah 16 September di Kuching, Sarawak.
Antara lain, tujuh perkara itu menyebut soal royalti minyak bagi Sabah dan Sarawak yang akan dinaikkan daripada lima peratus kepada 20 peratus serta mengembalikan kuasa autonomi kepada kedua-dua negeri tersebut.
Deklarasi itu ditandatangani oleh Anwar, Abdul Hadi, Kit Siang, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian; Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng dan Pesuruhjaya Negeri Pas Sarawak, Adam Ahid.
Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud menyifatkan ketujuh-tujuh perkara tersebut baik, namun melihat masalah dari segi implementasi memandangkan perikatan tersebut sudah menabur pelbagai janji di Semenanjung.
Read More / Baca Lagi >>

Australia to DEPORT convicted Malaysian killer soon

Posted: 19 Sep 2012 08:14 AM PDT

MELBOURNE- A Malaysian who was jailed for the murder of internationally-acclaimed Sydney heart surgeon Dr Victor Chang was granted parole today.
Liew Chiew Seng, 69, will be deported to Kuala Lumpur in about three weeks.
Australia to DEPORT convicted Malaysian killer soon He was sentenced to a maximum of 26 years for the 1991 shooting in a failed extortion attempt near the Shanghai-born, 54-year-old Chang's home in the exclusive Sydney suburb of Mosman.
The State Parole Authority (SPA) on Wednesday ruled that Liew, who fired the fatal shot, should be released five years before reaching his maximum sentence for murder, the Australian Associated Press (AAP) reports.
He was sentenced to serve a minimum 20-year, non-parole term, which expired last July.
The SPA announced its intention to release Liew in May but victims of crime groups and New South Wales Attorney-General Greg Smith opposed his release at a hearing.
Liew, who is suffering from advanced Parkinson's disease, appeared on Wednesday via videolink at a public hearing in Sydney before being granted parole.
Read More / Baca Lagi >>

Indeks inflasi Ogos naik 1.4 peratus...Ekonomi bertambah bagus..!!!

Posted: 19 Sep 2012 08:09 AM PDT


Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia yang mengukur inflasi, naik 1.4 peratus kepada 105.0 pada Ogos 2012 daripada 103.6 pada bulan yang sama tahun lepas.IHP juga meningkat 0.2 peratus berbanding Julai 2012, kata Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan hari ini.IHP bagi tempoh Januari hingga Ogos 2012 meningkat 1.8 peratus kepada 104.6 daripada 102.8 dalam tempoh yang sama tahun lepas.Indeks bagi makanan dan minuman bukan alkohol dan indeks bukan makanan bagi Ogos 2012 menunjukkan peningkatan masing-masing pada 2.8 peratus dan 0.7 peratus, berbanding bulan yang sama tahun lepas.
Bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini, indeks bagi makanan dan minuman bukan alkohol dan indeks bukan makanan naik masing-masing sebanyak 3.0 peratus dan 1.2 peratus.
Kedua-dua indeks itu juga meningkat 0.2 peratus setiap satu berbanding Julai tahun ini.
Read More / Baca Lagi >>

Laporan siasatan SSM terhadap Suaram ditolak AG

Posted: 19 Sep 2012 08:06 AM PDT

Pejabat Peguam Negara mengarahkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menyiasat lebih lanjut akaun dan kesalahan lain yang berkaitan mengikut Akta Syarikat 1965, yang didakwa dilakukan oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Suara Initiatif Sdn Bhd.Timbalan Peguam Cara Negara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah semasa dihubungi pada Rabu mengesahkan bahawa kertas siasatan (IP) yang dikemukakan SSM tidak lengkap untuk Pejabat Peguam Negara merangka pertuduhan.
"Siasatan tidak lengkap dan IP dikembalikan kepada SSM semalam," kata Tun Majid ketika ditanya berhubung laporan media bahawa pertuduhan terhadap Suaram dan syarikat itu dijangka dibawa ke mahkamah, sama ada hari ini atau esok.
Sementara itu, seorang pegawai Bank Negara mengesahkan bahawa siasatan ke atas akaun dan "jejak wang" Suaram dan syarikat itu masih berjalan.
Pegawai itu berkata mereka masih mencari "sumber dana itu dan jejak wang dan transaksi lain yang disyaki", dan Bank Negara juga bekerjasama dengan agensi-agensi lain bagi mengelak kemungkinan berlaku pertindihan siasatan sebelum mengemukakan IP mereka sendiri kepada Pejabat Peguam Negara untuk arahan lanjut.
Read More / Baca Lagi >>