WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
KUNJUNGAN TAMRIN GHAFAR DAN KOBAT BAKAL MEMANASKAN PEKAN Posted: 19 Sep 2012 02:59 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS PEKAN, Pahang terus menjadi kawasan yang semakin hangat dan menjadi tumpuan Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU ke 13 nanti. Untuk kali ini, Najib tidak boleh merasa selesa jika masih ingin bertanding di Parlimen Pekan walaupun kita maklum di kawasan tersebut `aset' berharga buat Najib adalah undi tentera (undi pos) dan undi di kalangan Orang Asal ditambah dengan undi kaum Kemboja.
Pada 23hb Sept ini jam 09.00 malam, di kawasan Pekan akan dikunjungi oleh bekas tokoh Umno, anak kepada bekas TPM, Almarhum Tun Ghafar Baba. Tamrin Ghafar yang baru sahaja menyertai PAS akan berceramah di Markas PAS Makasar, Pekan. Pekan dikatakan kubu kuat Umno di Pahang dan pada PRU ke 12 yang lalu, Najib mendapat majoriti lebih dari 20 ribu. Justeru itu, memang wajar Tamrin Ghafar berkunjung ke Pekan untuk `mentarbiyyah' orang-orang Pekan. Wakil dari KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera), saya sendiri, InsyaAllah, akan bersama beliau dan sudah tentunya isu berkaitan hal ehwal tentera dan bekas tentera akan diperkatakan. Pertamanya, saya akan nyatakan mengapa tentera perlu melakukan perubahan. Dari pengalaman sewaktu berkhidmat dahulu, kita gagal mendapatkan sokongan warga tentera ini adalah kerana kita tidak serius untuk mendampingi mereka bagi membekalkan maklumat. Kelemahan lain adalah sikap warga tentera itu sendiri yang tidak peka dan prihatin akan isu-isu semasa yang melibatkan juga kepentingan mereka.
Bukan sekadar ceramah, KOBAT juga mempunyai strategi tertentu untuk menyalurkan maklumat kepada warga tentera tanpa memaksa mereka melanggar etika dan peraturan di dalam Angkatan Tentera. Selaku bekas tentera, saya pastinya memahami sejauh mana dan di tahap mana saya boleh berinteraksi dengan mereka kerana saya tetap menghormati peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk warga tentera. Sehubungan itu, saya menyeru rakan-rakan di kalangan warga tentera dan bekas tentera termasuk pasukan keselamatan yang lain seperti pesara Polis untuk kita bertemu di Pekan pada tarikh tersebut. /wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan