Muhammad Sanusi ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak terus menjadi mangsa fitnah terbaru blogger pro-Umno, apabila dikatakan menyerahkan projek tanpa tender meneroka kawasan galian di Mukim Temin, Kubang Pasu, bernilai jutaan ringgit kepada syarikat kroni.
Difahamkan, surat daripada Perbadanan Menteri Besar Kedah kepada sebuah syarikat terbabit didedahkan secara meluas di laman-laman blog adalah bukti dakwaan itu.
Bagaimanapun, dakwaan itu disangkal Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, yang menafikan syarikat berkenaan adalah kroni Azizan dan mempunyai ikatan persaudaraan dengan pemilik syarikat terbabit.