Sabtu, 15 September 2012

Komentar Kini

Komentar Kini


Sampai hati cakap macam itu

Posted: 14 Sep 2012 10:06 PM PDT


Pada penulis, memang tidak patut cakap macam itu pada Setiausaha Agung PAS Malaysia dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu.

Kalah menang calon dalam pilihanraya umum bukan hak manusia. Ia adalah hak Allah Subha nahu wataala.Itulah kepercayaan kita.

Pendek kata, kalah dan menang sesorang calon adalah ketentuan Alah subha nahu wataala. Cuma manusia ini hanya sabit sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Kenapa penulis kata begitu? Siapa sangka Umno tumbang pada PRU 10 (1999). Umno pun tak sangka PAS boleh menang 28 kerusi.

Sehubungan dengan itu, kebanyakan pucuk kepimpinan PAS negeri menyatakan "PAS menang kerana umno"  .Cakap cakap ini dibuat dalam kebanyakan majlis anjuran kerajaan.

Pada PRU 11 (2004) PAS tak sangka boleh kalah begitu teruk, tinggal 4 kerusi. Mengapa penulis kata begitu?banyak sebab musababnya.

Bayangkan,  banyak insentif  dan inisiatif yang dilkakukan oleh kerajaan PAS. Memansuhkan TOL Jambatan Sultan Mahmud. Menghapuskan cukai pintu yang sering jadi rungutan rakyat.

Pendek kata banyak perkara yang sudah lansai melalui inisiatif kerajaan PAS jauh lebih baik dan besar maknanya kepada rakyat  berbanding  kerajaan Umno sepanjang pemerintahannya.Asyik menipu.

Cuba anda bayangkan. 50 ribu lot tanah telah diluluskan.  80 peratus dikhususkan kepada penyokong umno. Nilai satu lot tanah ada yang berharga RM 100,.Tak munasabah mereka yang dapat tanah undi umno.

Apalah sangat jika dibandingkan dengan RM 300 wang ehsan dengan dapat satu lot tanah berharga RM 100,00.Tapi malangnya kerajaan PAS tumbang juga hasil tangan tangan rakyat.

Bercakap pasal calon tak boleh menang penulis juga ada dengar. Tapi bukan nama Datuk Mustafa Ali dan Yahya Ali sahaja, malah nama YB Mohd wahid Endut dan Datuk Tengku Hassan Omar juga turut disebut sebut.

Tidak kisah jika nama Ustaz Abu Bakar Abdullah DUN Tepuh dan nama ustaz Nik Zawawi Salleh DUN Kuala Besut turut disebut sebut sebagai calon tak boleh menang dan tak selamat. Apatah lagi dibubuh muslimat bertanding  DUN tersebut.

Ramai lagi bekas calon yang bertanding pada PRU 12 namanya  disebut sebut tak boleh menang dan wajib diganti dengan calon muka baru untuk mencapai kemenangan PRU 13 nanti.

Jika demikian, calon muslimat yang di uar uarkan untuk diletakkan bertanding pada pru 13 nanti hatta di DUN selamat sekali pun juga di sebut sebut  calon yang tak boleh menang.

Lebib lebih lagi mana ada pucuk kepimpinan  muslimat PAS yang berwibawa setakat ini berbanding calon muslimin.

Sudah lama penulis intai intai calon muslimat yang boleh diketengah untuk bertanding. Tiada seorang pun yang berwibawa.

Jika nama Mohd Wahid Endut telah disebut sebut sebagai calon yang tak boleh menang. Apalah sangat dengan calon muslimat yang akan diletak bertanding pada PRU 13 ini nanti.

Kesimpulannya kalah menang bukan hak pengundi (manusia) tapi ia adalah hak Allah. Allah boleh beri kememangan kepada sesiapa yang dia kehendaki.Manusia hanya berusaha.

 Macam Datuk Mustafa Ali. Siapa sangka boleh menang parlimen Dungun PRU 10 (1999) dan DUN Pengkalan Beranggan.

Sudah didugakah, Yahya Ali kalah di tangan Alias Abdullah di DUN Alur Limbat pada PRU 11(2004). Kalau tahu awal awal lagi kalah, mana mungkin diletak bertanding juga.

Demikian juga apa yang berlaku terhadap Datuk Mustafa Ali,yang  kalah ditangan Alias Abdullah di DUN Alor Limbat pada PRU 12.

Tidak mustahil dia boleh menang pada PRU 13 nanti di Parlimen Dungun. Jika benar dia akan diletakkan bertanding nanti.

Demikian juga dengan Yahya Ali yang dikatakan calon tak akan menang di DUN Alor Limbat berbanding dengan Dr Rosdi Ambak yang dikatakan calon boleh menang itu.Kalah menang adalah ketentuan Allah. 

Apabila Allah menghendaki, maka jadilah.

Tuah manusia tiada siapa yang tahu, tuah ayam nampak dikaki. Betul atau salah sama samalah kita fikir.
Fikir fikirlah dulu, sebelum beri kata putus. Manusia boleh buat ramalan Allahlah yang menentukannya.

Terlanjak perahu boleh undur, salah cakap padahlah yang menimpa.Kerana pulut santan binasa, kerana mulut hidup kecewa.

Tiada ulasan: