Sabtu, 8 September 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


[GAMBAR] Cobra Gold - Latihan ketenteraan 6 negara minum darah ular

Posted: 08 Sep 2012 10:08 AM PDT



Cobra Gold ialah latihan ketenteraan terbesar di dunia. Ia melibatkan askar-askar dari enam buah negara belajar dan mempraktikkan bagaimana untuk berurusan dengan pelbagai situasi. Sekarang mari kita lihat latihan ketenteraan Cobra Gold yang diadakan di Thailand menerusi gambar-gambar di bawah.


















Tangkap mereka yang kencing gambar pemimpin Pakatan - Warga Aman

Posted: 08 Sep 2012 09:46 AM PDT


Pengerusi Warga Aman, Raja Ratnam Arumugam menggesa polis bersikap adil dalam mengambil tindakan terhadap penghinaan kepada pemimpin Pakatan. – Foto oleh Saw Siow Feng
KUALA LUMPUR, 8 Sept — Warga Aman hari ini memberi amaran kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) agar mengambil tindakan terhadap mereka yang bertindak kencing gambar menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam masa 48 jam untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab, atau mereka akan turun ke jalan raya.

Pengerusinya, Raja Ratnam Arumugam berkata, polis seharusnya adil dalam mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan perkara sedemikian seperti yang dilakukan terhadap mereka yang menunjuk punggung kepada gambar perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Polis seharusnya bekerja untuk rakyat, bukan untuk Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Kerajaan boleh bertukar, tapi polis tidak boleh ditukar," katanya lagi.
Menurut Raja Ratnam, mereka tidak menyokong tindakan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar yang menunjukkan punggung dan memijak gambar perdana menteri, tetapi menuntut agar tindakan sama kepada mereka yang memijak gambar pemimpin pembangkang.
"Perdana menteri juga telah menggunakan bahasa kesat seperti haram jadah, apakah ini budi bahasa seorang pemimpin tertinggi negara?
"Mengapakah pihak polis tidak menangkap Najib sedangkan dia juga melaungkan kata-kata berunsur kesat?" kata Raja Ratnam lagi.
Sementara itu, Senator S. Ratmakrishnan berkata, mereka sudah turun ke Bukit Aman sebulan yang lalu untuk membuat aduan terhadap kes ini, tetapi tidak ada tindakan susulan dibuat.
"Polis dibayar gaji oleh rakyat, bukannya Umno dan BN.
"Jadi kami menuntut agar polis berlaku adil sebelum rakyat hilang kepercayaan dengan polis," kata Ratmakrishnan dalam sidang media hari ini.
Raja Ratnam mengetuai Warga Aman menghantar memorandum tersebut kepada ASP Mohd Fouzi Halim, yang mewakili Pusat Kawalan Malaysia (MCC) Bukit Aman.
Pihak polis baru-baru ini telah menubuhkan skuad khas untuk memburu mereka yang menunjuk punggung kepada gambar perdana menteri semasa himpunan Janji Demokrasi pada malam ambang merdeka yang lalu _TMI

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


TINDAKAN KE ATAS US NASHA, BIARLAH MAJLIS SYURA TENTUKAN

Posted: 08 Sep 2012 01:41 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

HARI ini (09 Sept), diberitakan Majlis Syura Ulamak PAS Pusat akan bermesyuarat dan tentunya agenda penting yang akan dibincangkan nanti adalah berkenaan tindakan bekas Timbalan PAS Pusat, Us Nasharudin yang dilihat sejak kehilangan jawatannya di dalam PAS, beliau semakin 'mesra' Umno dan condong kepada mencari jalan untuk dipecat oleh PAS.


Salahnya Us Nasha bukanlah kerana bergambar atau berada bersama Najib.  Tidak juga menjadi salah Us Nasha bertemu dengan Ulamak Muda Umno, Fathul Bari.  Apa yang menjadi persoalan kepada kita wajarkah Us Nasha memberi kenyataan umum bahawa PAS perlu menimbang semula untuk berada di dalam gabungan Pakatan Rakyat.  Itu sahaja.  

Us Nasha sewaktu membuat kenyataan tersebut masih berada di dalam Ahli Majlis Syura, iaitu badan tertinggi di dalam menentukan dasar-dasar PAS.  Difahamkan, Majlis Syura tidak pernah dikemukakan usul tersebut oleh Us Nasha di dalam apa jua mesyuarat badan itu dan difahamkan juga Us Nasha kerap kali gagal hadir mesyuarat.  Bagaimana PAS mahu membincangkan saranan Us Nasha jika beliau tidak membawa usul tersebut ke dalam Majlis Syura?  Adakah PAS berada di tahap yang begitu rendah untuk membuat keputusan yang penting melibatkan dasar parti itu semata-mata membaca kenyataan Us Nasha di akhbar-akhbar atau di TV semata-mata?  Ertikata lain, Us Nasha seolah-olah ingin menguji kewibawaan Majlis Syura.


Tidak dipastikan samada perbuatan songsang Us Nasha yang membelakangkan Majlis Syura ini satu perbuatan remeh atau `nakal' semata-mata.  Apa pun pandangan kita, kita mesti akur dengan keputusan Majlis Syura nanti kerana itulah satu-satunya badan tertinggi di dalam PAS yang mana badan ini lebih berkuasa daripada Presiden sendiri.  



Sudah tentu Majlis Syura akan berbincang dan berbahas dengan penuh ilmu berpandukan adab dan disiplin yang ditetapkan di dalam Islam.  Oleh kerana PAS adalah parti Islam, maka kita yakin bahawa Majlis Syura akan bertindak penuh adil dan bijaksana di dalam hal ini.  Kita tidak mahu Us Nasha dizalimi dan dianiayai oleh partinya sendiri, tetapi kita juga tidak sanggup melihat parti ini hancur oleh kerana seorang manusia yang tidak berdisiplin.


Terserahlah kepada Majlis Syura kerana mereka terdiri daripada para Alim Ulamak yang tentunya tidak termakan oleh hasutan atau perasaan emosi bagi memutuskan sesuatu perkara.  Kes Us Nasha bukan sahaja mesti adil tetapi mesti dilihat adil.  Inilah cabaran buat Majlis Majlis Syura kerana rakyat terutamanya ahli-ahli PAS sendiri selama ini meyakini keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura adalah bertepatan dengan keadilan hukum Syarak./wfauzdin.blogspot.com

NEGERI KETUA AMK PUN BAS KENA SIMBAH CAT? BELAJARLAH DARI SEJARAH

Posted: 08 Sep 2012 01:52 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

DIKHABARKAN bas yang dinaiki oleh DS Anwar di dalam jelajahnya ke seluruh negeri sekarang ini telah disimbah cat lagi.  Kali ini di Melaka, negeri Ketua AMK, Sdr Samsul Iskandar sendiri.

Sebelum ini berlaku di Kelantan, mungkin kita tidak mampu menghalang kerana kejadian tersebut tidak dijangka walaupun negeri tersebut amat kuat pengaruh Pakatan Rakyat.  Sepatutnya kita belajar dari pengalaman lalu.

Tidakkah Ketua AMK merasa bersalah kerana gagal mengawal keselamatan di negerinya itu?  Mengapa pihak musuh boleh menghampiri bas dan menyekat bas berkenaan?  Adakah kesemuanya berada di dalam bas tanpa pasukan pengiring bas berkenaan?

Bayangkan jika bas tersebut disimbah petrol dan dibakar, apa akan jadi kepada semua penumpang di dalam bas berkenaan termasuk Ketua Umum sendiri?

Belajarlah dari pengalaman.  Kita kini sudah kenal syaitan itu setelah bapak syaitan mamak kutty memberikan kepada kita pertunjuknya.  Tugas kita sekarang adalah menyekat daripada syaitan tersebut mengganggu kita.

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Oghe2 PAS, dengar nasihat Tok Guru Nik Aziz ni...Jangan gedebe!! Hehe!!

Posted: 08 Sep 2012 12:21 AM PDT



Walaupun klip ni hasil kreativiti si Hanief blogger tu...tapi mesejnya betul2 setepek kena kat batang hidung Umno. Tapi orang PASpun kena dengar juga...Janganlah pulak ada yang sibuk dok bagi nyawa kat Umno yang tinggal nyawa2 ikan tu. Hajer Nyer....

Ucapan Perdana Menteri Singapura Dalam Bahasa Melayu...!!

Posted: 08 Sep 2012 12:13 AM PDT



Ucapan yang jauh lebih baik dari ucapan kebanyakan pemimpin politik melayu Malaysia. Never mind Ibrahim Ali Perkasa, Hasan Kulop Jati atau Zul (apa nama?)....

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Ustaz Nassuruddin Daud | Kuliah Jumaat 7 Sept 2012

Posted: 08 Sep 2012 06:26 PM PDT

'Teenage' suicide bomber hits Afghan capital

Posted: 08 Sep 2012 06:26 PM PDT

Thousands homeless in Syria conflict

Posted: 08 Sep 2012 06:25 PM PDT

Lim Guan Eng says 3 6 million tweets on Merdeka Day questionable

Posted: 08 Sep 2012 06:25 PM PDT

PRU13 : SPR sedia tetapi suruhanjaya IC belum jalan tugas

Posted: 08 Sep 2012 06:17 PM PDT


KUALA LUMPUR: Bagaimana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mendakwa sudah sedia mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13, sedangkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat masalah pendatang asing di Sabah pun belum memulakan tugasnya.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, suruhanjaya diraja itu ditubuhkan berikutan apa yang disebut sebagai Projek IC Mahathir atau 'Projek-M' yang dilaporkan telah menambah secara drastik jumlah penduduk Sabah dan membenarkan pendatang asing menjadi pengundi yang sah.

"Ia dengan sendirinya bermakna daftar pemilih masih tidak bersih dan itulah antara sebab utama rakyat Sabah menuntut suruhanjaya itu ditubuhkan," kata beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Pendaftaran pesalah seks kebangsaan mampu lindungi kanak-kanak

Posted: 08 Sep 2012 06:16 PM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Sept  — Heboh baru-baru ini dengan kes-kes seperti dua lelaki yang didapati bersalah merogol gadis bawah umur yang dilepaskan dengan bon berkelakuan baik dan tidak dipenjarakan, timbul cakap-cakap bagi mendaftarkan pesalah seks.
Peguam bersetuju bahawa penubuhan pejabat pendaftaran sedemikian akan menjadi satu langkah baik, tetapi ianya perlu dijalankan dengan berhati-hati.
Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam Malaysia, Andrew Khoo berkata, pendaftaran pesalah seks akan memberikan peluang kepada orang ramai untuk melakukan pemeriksaan latar belakang kepada orang-orang yang bakal berurusan dengan kanak-kanak.
"Sebelum kita mengupah guru atau orang yang dekat dengan kanak-kanak, kita perlu melakukan pemeriksaan latar belakang mereka untuk memastikan mereka tidak mempunyai rekod jenayah jenis ini."
Read More / Baca Lagi >>

THE DEVIL'S COCKTAIL: What 'trump cards' will Umno play in the last lap?

Posted: 08 Sep 2012 06:14 PM PDT

So far, all of UMNO's presidents have been elevated to the premiership of the country without getting mandate of the people.
Tunku Abdul Rahman was installed as Malaysia's first prime minister with the approval and support of the British and not be a popular vote.
THE DEVIL'S COCKTAIL: What 'trump cards' will Umno play in the last lap?Tun Abdul Razak replaced the Tunku via an internal party coup using the infamous May 13, 1969 racial riots as the excuse. Till now, many political veterans believe it was the ambitious Abdul Razak who instigated the street killings that left dozens dead and unaccounted for - all in a bid to topple his boss and to take over the top position in the country.
Tun Hussein Onn, the brother-in-law of Abdul Razak, then took over the premiership when the latter died a few years later.
Then in 1981, Tun Mahathir Mohamad took over from Hussein when the latter resigned due to weak health.
Mahathir ruled for 22 years before handing over the baton to Tun Abdullah Ahmad Badawi in 2003.
In 2009, following another internal party coup backed by Mahathir, Prime Minister Najib Razak - the eldest son of second premier Abdul Razak - took over from Badawi. The grounds for Badawi's ouster was that he had not governed well and that had led to the UMNO-BN losing control of 5 states to the Opposition.
So again, it can be seen that Najib - the 6th prime minister - was not elected through the ballot boxes but 'promoted' to the post by his own party which felt justified in doing so because it holds the largest number of seats in Parliament. Najib was a prime mover in Badawi's ouster and his elevation to the PM's chair was his reward.
Who will be the 7th PM
Now talk is rife that there will be
Read More / Baca Lagi >>

Negara Zina : Mayat bayi lelaki dalam beg pakaian di surau

Posted: 08 Sep 2012 04:16 PM PDT

KUALA LUMPUR: Mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam beg pakaian di Surau al-Falah, Danau Kota, Setapak di sini, kira-kira jam 9.30 pagi semalam.
Mayat bayi berkenaan ditemui seorang pelajar kolej yang datang ke surau terbabit untuk menyertai aktiviti gotong-royong.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, polis yang menerima maklumat mengenai penemuan itu kemudian menjalankan pemeriksaan terhadap beg berkenaan.
"Pemeriksaan mendapati terdapat sekeping nota tertulis dalam bahasa rumi dan jawi yang berbunyi, saya.... meminta tolong pengurus masjid tolong urus anak ini.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Senjata Paintball guna untuk jenayah

Posted: 08 Sep 2012 04:10 PM PDT

Guna untuk jenayah


MACAM ASLI... senjata paintball diguna penyamun.
MACAM ASLI... senjata paintball diguna penyamun.
PISTOL... tiruan
PISTOL... tiruan 
KUALA LUMPUR: Asalnya ia hanya digunakan untuk sukan terutama di kalangan golongan remaja dan belia. Bagaimanapun, akhir-akhir ini beberapa senjata yang digunakan untuk paintball sama ada berbentuk senapang atau pistol disalah guna termasuk untuk tujuan jenayah.
Ini berikutan ada antara senjata ini yang dipanggil 'marker' hampir 95 peratus menyamai senjata asli, bahkan bentuk luaran, saiz, kelongsong dan kelopak peluru, picu serta warnanya menyamai warna asal senjata tulen.
Lebih membimbangkan, selain boleh dijadikan muslihat untuk melakukan jenayah, senjata berkenaan menjadi lebih berbahaya jika diubah suai hingga boleh menggunakan 'peluru' berbahaya seperti bebola besi, guli atau paku yang mampu mencedera atau meragut nyawa jika terkena manusia.

Berdasarkan tinjauan Metro Ahad, senjata ini bukan saja digunakan secara berleluasa, malah mudah diperoleh di negara ini, sama ada membelinya di kedai ataupun melalui Internet.

Malaysia Kita : Manjadi " PATI " dinegara sendiri..PATI sebenar pula jadi warganegara...!!!

Posted: 08 Sep 2012 04:07 PM PDT

Perjuang hak
KUALA LUMPUR: Warga tanpa negara. Begitulah situasi dihadapi enam remaja serta seorang wanita yang terpaksa berdepan pelbagai kesulitan akibat kesilapan lampau ibu bapa dan peraturan ketat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hingga menyebabkan mereka tidak boleh menjalani kehidupan seperti orang lain akibat tiada status pengenalan diri.
Akibatnya, mereka terpaksa mengikat nafsu kerana tidak boleh berkahwin berikutan khuatir zuriat mewarisi kesulitan, jauh sekali bersekolah atau bekerja, selain terperap di rumah disebabkan risau berdepan tindakan pihak berkuasa.
Apa yang menghairankan, dua daripada remaja terbabit gagal memperoleh pengenalan diri kerana ibu bapa tidak mempunyai sijil nikah sedangkan empat abang dan kakak tidak berdepan masalah sama.

Berikut pengakuan tiga ibu malang yang kini tidak putus-putus berusaha mendapatkan hak warganegara untuk anak mereka yang dilahir dan dibesarkan di negara ini bagi mengelak masalah itu berlarutan hingga ke generasi seterusnya.

Malaysia Kita : Sultan batal projek Laguna Mersing

Posted: 08 Sep 2012 04:03 PM PDT



MERSING - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar semalam menitahkan bahawa projek pusat peranginan mega Laguna Mersing yang bernilai RM22 bilion telah terbatal dengan sendirinya berikutan kegagalan pihak pemaju memenuhi syarat asas perjanjian.
Dalam titahnya, baginda menegaskan, projek terbabit terbatal selepas pihak pemaju induk, Radiant Starfish Development Bhd. gagal meningkatkan modal berbayar sebanyak RM200 juta dalam masa enam bulan.
Syarat itu terkandung dalam perjanjian antara syarikat terbabit dengan Kerajaan Negeri Johor pada 25 Februari lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Pembangkang sarankan kita supaya sokong seks bebas kata Muhyiddin ...udin pun bertambah senget otaknya...!!!

Posted: 08 Sep 2012 03:59 PM PDT

LIHAT dengan mata dan kepala anda sendiri, Timbalan Perdana Menteri Malaysia tanpa segan silu, menyebarkan fitnah secara terang-terangan.

Tan Sri Muhyiddin yasin tanpa rasa bersalah memfitnah kononnya pembangkang (Pakatan Rakyat) sarankan rakyat menyokong seks bebas.

Di bawah ini petikan daripada Utusan Malaysia online.



Woi Muhyiddin tenuk! Kau ingat rakyat Malaysia ni bodoh macam lembu ke nak percaya cerita yang kambeng pun taknak percaya?

Ini namanya menipu depan batang hidung! Harap mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat sila saman kenyataan Muhyiddin gila ini.

ReJaM© "Macam mana orang gila ni boleh jadi TPM? "

Kerajaan Umno@BN gagal secara total, mari kita ubah dan selamatkan Malaysia

Posted: 08 Sep 2012 07:57 AM PDT

Rangka pelan pendidikan atau dasar pendidikan negara tidak pernah diletakkan target endingnya. Ukuruan jaya atau tidak dasar pelajaran daripada dasar pendidikan tidak pernah diumumkan. Jika gagal dasar sebelumnya hendaklah dinyatakan kepada umum. Nampak kerajaan diam dan takut sangat, 

Kini diubah lagi dengan disisip dasar baru dengan nama Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Matlamatnya menghsilkan modal insan unggul, kreatif, berkemahiran tinggi dan berdaya saing. Boleh kah kita percaya, macamlah dengan wawasan 2020 yang nampak senyap aje sahaja. 

Bagaimana pencapaian pelan pendidikan sebelumnya, jika diubah atau dicuba dengan yang lain maknanya dasar atau pelan sebelum ini gagallah. 

Begitulah kerajaan membuat ujikaji kepada rakyat. Padanlah masalah sosial makin kronik, kerana kerajaan caca marba tercari-cari dan terkial-kial dengan apakah modul atau ikutan yang mahu digunapakai. semau yg dirancang gagal, malah kerajaan yang ada pun dah gagal membangunkan rakyat dan negara ini.

Pelan pendidikan baru bakal dilancar

Read More / Baca Lagi >>

NGO serah memorandum Isu Pijak Gambar Pemimpin Pakatan..!!!

Posted: 08 Sep 2012 07:49 AM PDT

5 Peristiwa Memalukan oleh Najib Umno@Bn Dalam Seminggu

Posted: 08 Sep 2012 07:39 AM PDT

Kesan daripada sokongan Rakyat yang semakin hari semakin ramai yang menyokong dan faham kepentingan menukar kerajaan UmnoBn, maka kegelisahan UmnoBn semakin ketara.
 
Walaupun Najib telah membayangkan akan mengadakan pilihanraya ke-13 dalam bulan November, tetapi dalam UMNO terdapat pergerakan yang semakin meningkat untuk menggulingkan dan menggantikan beliau dengan timbalannya Muhyiddin Yassin sendiri yang dipercayai mempunyai sokongan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.

5 Peristiwa Yang Memalukan
3.6 Juta Tweet Dalam Tempoh Sejam
Read More / Baca Lagi >>

Terbukti kumpulan ULAMA MUDA cakap mereka pemimpin UMNO bukan dengaq...!!!

Posted: 08 Sep 2012 07:35 AM PDT

Ulama bisu umno akhirnya bersuara, tapi..
... mahukan Dr. Asri pula yang bercakap bagi pihak mereka... Apa macam punya spin wahai ulama muda umno? Dr. Asri dah lama dahhhhh menyuarakan pandangan beliau dalam pelbagai isu. Lagi pun, Dr. Asri bukan ahli umno dan tidak menganggotai Jawatankuasa Sekretariat Ulama Muda Umno!!!

Cakap sedap la Tok Hakim oi.. Cuba kena anak perempuan hang kena rogol..!!!

Posted: 08 Sep 2012 07:33 AM PDT

 
Hakim dikecam kerana kenyataan berhubung seks
 
Pusat Wanita untuk Perubahan (WCC) menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang berhubung kenyataannya ketika melepaskan seorang pemilik pusat asuhan kanak-kanak atas dakwaan merogol kanak.

WCC yang bertindak sebagai pemerhati kes itu berkata, kenyataan yang dibuat dianggap "menghina" dan "tidak sensitif kepada isu kejantinaan".

Dalam isu ROGOL nie jika Menteri Wanita kena rogol baru parlimen nak bahas..!!

Posted: 08 Sep 2012 07:32 AM PDT

MP cabar Nazri bahas isu rogol statutori

MP Puchong Gobind Singh Deo mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz untuk membahaskan pendirian menteri yang bertegas bahawa undang-undang berhubung serangan seksual dan rogol bawah umur tidak perlu dipinda.
Read More / Baca Lagi >>

Tahlil dan Wirid Mazhab Parti Syaitan...

Posted: 08 Sep 2012 07:30 AM PDT

Today in History for September 8th

Posted: 08 Sep 2012 07:20 AM PDT

Ulama Muda Umno Salahkan Wartawan Isu Teguran Dr Asri

Posted: 08 Sep 2012 07:19 AM PDT

LGE: "Perkasa is UMNO, UMNO is PERKASA"

Posted: 08 Sep 2012 07:17 AM PDT

PERKASA PJ, NGO bakar 'Sang Saka Malaya'

Posted: 08 Sep 2012 07:12 AM PDT

Lima belas lagi NGO di daerah Petaling Jaya hari ini bergabung membuat laporan polis berhubung tindakan peserta Himpunan Janji Demokrasi memijak gambar pemimpin negara dan mengibarkan 'bendera baharu' pada sambutan ambang Merdeka 30 Ogos lepas.

Jurucakap NGO berkenaan, PERKASA Daerah Petaling Perdana Abd Hadi Mat Jani berkata tindakan segera perlu diambil oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan peguam negara terhadap peserta perhimpunan itu yang jelas melampaui batas.

"Pihak yang membawa bendera baharu pada perhimpunan itu juga tidak harus dibiarkan tanpa dihadapkan ke muka pengadilan kerana perbuatan mereka jelas bertentangan undang-undang dan menghina Jalur Gemilang yang menjadi bendera negara selama ini," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

PAS bincang kedudukan Nasha esok

Posted: 08 Sep 2012 07:05 AM PDT

Mursyidul Am parti Nik Aziz Nik Mat menyifatkan beliau (Nasharuddin Mat Isa) sebagai manusia biasa.
SHAH ALAM: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menyerahkan kedudukan dan masa depan bekas Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa kepada parti yang bermesyuarat esok.
Beliau yang menyifatkan Nasharuddin hanya sebagai manusia biasa sebaliknya enggan memberi ulasan lanjut berhubung sebarang keputusan itu esok.
"Tunggu esok, mesyuarat itu ada. Pagi mesyuarat agung dan petang ada jamuan raya. Kita tengok mesyuarat esok macam mana.
"Dia (Nasharudin) seorang manusia. Apa dok bising sedangkan orang lain pun manusia biasa juga. Dia manusia biasa, malah dia bertanding tiga penjuru pun kalah," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar: Dr M betul, jangan ikut 'syaitan'

Posted: 08 Sep 2012 07:03 AM PDT

anwar ibrahim jelajah merdeka bus tour in serembanKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak bersetuju dengan banyak kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi tidak dalam isu ''syaitan yang dikenali'' seperti ditulis dalam blog bekas perdana menteri itu.

Sehubungan itu, Anwar berkata, rakyat tidak boleh menyokong "syaitan" kerana mereka akan selamat sekiranya bersama "malaikat" yang dikiaskannya sebagai Pakatan Rakyat.

Berucap di hadapan seribu penyokong pembangkang di Rantau Negeri Sembilan, Anwar berkata,
dengan kenyataan Dr Mahathir yang seolah-olah mengakui mereka merupakan ''syaitan'', beliau tidak boleh marah dengan kejadian malang yang menimpanya sebelum ini.
Read More / Baca Lagi >>