Sabtu, 8 September 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


TINDAKAN KE ATAS US NASHA, BIARLAH MAJLIS SYURA TENTUKAN

Posted: 08 Sep 2012 01:41 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

HARI ini (09 Sept), diberitakan Majlis Syura Ulamak PAS Pusat akan bermesyuarat dan tentunya agenda penting yang akan dibincangkan nanti adalah berkenaan tindakan bekas Timbalan PAS Pusat, Us Nasharudin yang dilihat sejak kehilangan jawatannya di dalam PAS, beliau semakin 'mesra' Umno dan condong kepada mencari jalan untuk dipecat oleh PAS.


Salahnya Us Nasha bukanlah kerana bergambar atau berada bersama Najib.  Tidak juga menjadi salah Us Nasha bertemu dengan Ulamak Muda Umno, Fathul Bari.  Apa yang menjadi persoalan kepada kita wajarkah Us Nasha memberi kenyataan umum bahawa PAS perlu menimbang semula untuk berada di dalam gabungan Pakatan Rakyat.  Itu sahaja.  

Us Nasha sewaktu membuat kenyataan tersebut masih berada di dalam Ahli Majlis Syura, iaitu badan tertinggi di dalam menentukan dasar-dasar PAS.  Difahamkan, Majlis Syura tidak pernah dikemukakan usul tersebut oleh Us Nasha di dalam apa jua mesyuarat badan itu dan difahamkan juga Us Nasha kerap kali gagal hadir mesyuarat.  Bagaimana PAS mahu membincangkan saranan Us Nasha jika beliau tidak membawa usul tersebut ke dalam Majlis Syura?  Adakah PAS berada di tahap yang begitu rendah untuk membuat keputusan yang penting melibatkan dasar parti itu semata-mata membaca kenyataan Us Nasha di akhbar-akhbar atau di TV semata-mata?  Ertikata lain, Us Nasha seolah-olah ingin menguji kewibawaan Majlis Syura.


Tidak dipastikan samada perbuatan songsang Us Nasha yang membelakangkan Majlis Syura ini satu perbuatan remeh atau `nakal' semata-mata.  Apa pun pandangan kita, kita mesti akur dengan keputusan Majlis Syura nanti kerana itulah satu-satunya badan tertinggi di dalam PAS yang mana badan ini lebih berkuasa daripada Presiden sendiri.  



Sudah tentu Majlis Syura akan berbincang dan berbahas dengan penuh ilmu berpandukan adab dan disiplin yang ditetapkan di dalam Islam.  Oleh kerana PAS adalah parti Islam, maka kita yakin bahawa Majlis Syura akan bertindak penuh adil dan bijaksana di dalam hal ini.  Kita tidak mahu Us Nasha dizalimi dan dianiayai oleh partinya sendiri, tetapi kita juga tidak sanggup melihat parti ini hancur oleh kerana seorang manusia yang tidak berdisiplin.


Terserahlah kepada Majlis Syura kerana mereka terdiri daripada para Alim Ulamak yang tentunya tidak termakan oleh hasutan atau perasaan emosi bagi memutuskan sesuatu perkara.  Kes Us Nasha bukan sahaja mesti adil tetapi mesti dilihat adil.  Inilah cabaran buat Majlis Majlis Syura kerana rakyat terutamanya ahli-ahli PAS sendiri selama ini meyakini keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura adalah bertepatan dengan keadilan hukum Syarak./wfauzdin.blogspot.com

NEGERI KETUA AMK PUN BAS KENA SIMBAH CAT? BELAJARLAH DARI SEJARAH

Posted: 08 Sep 2012 01:52 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

DIKHABARKAN bas yang dinaiki oleh DS Anwar di dalam jelajahnya ke seluruh negeri sekarang ini telah disimbah cat lagi.  Kali ini di Melaka, negeri Ketua AMK, Sdr Samsul Iskandar sendiri.

Sebelum ini berlaku di Kelantan, mungkin kita tidak mampu menghalang kerana kejadian tersebut tidak dijangka walaupun negeri tersebut amat kuat pengaruh Pakatan Rakyat.  Sepatutnya kita belajar dari pengalaman lalu.

Tidakkah Ketua AMK merasa bersalah kerana gagal mengawal keselamatan di negerinya itu?  Mengapa pihak musuh boleh menghampiri bas dan menyekat bas berkenaan?  Adakah kesemuanya berada di dalam bas tanpa pasukan pengiring bas berkenaan?

Bayangkan jika bas tersebut disimbah petrol dan dibakar, apa akan jadi kepada semua penumpang di dalam bas berkenaan termasuk Ketua Umum sendiri?

Belajarlah dari pengalaman.  Kita kini sudah kenal syaitan itu setelah bapak syaitan mamak kutty memberikan kepada kita pertunjuknya.  Tugas kita sekarang adalah menyekat daripada syaitan tersebut mengganggu kita.

Tiada ulasan: