Khamis, 30 Ogos 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Jelajah Merdeka Rakyat dengan "Double Decker" dilancar

Posted: 30 Aug 2012 10:07 PM PDT

(Oleh: Sidiqin Omar)

PETALING JAYA 31 Ogos: Mengambil semangat ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-55, KEADILAN melancarkan siri Jelajah 'Merdeka Rakyat'.
"Jelajah Merdeka Rakyat ini diadakan adalah untuk memberi isi dan makna ulang tahun kemerdekaan ke-55 yang disambut hari ini," kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kita ambil keputusan memanfaatkan kesempatan ini  untuk menyedarkan rakyat dengan jelajah ke seluruh negara, sehingga Parlimen dibubar," katanya pada pelancaran Jelajah Merdeka Rakyat di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana, hari ini.
Turut hadir, Presiden Keadilan, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli.
"Walaupun permit bas dilengahkan, kita akan teruskan dan mengiringi bas ini. Semoga perjalanan kita baik," kata Anwar.
Sementara itu, dilokasi pertama di Taman Meranti, Bentong, kira-kira 300 hadir pada jamuan Hari Raya KEADILAN Bentong.
Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Pengerusi Biro Felda dan Orang AsalN Suhaimi Said.
Penduduk pelbagai bangsa yang tinggal di perumahan berhampiran pekan Bentong tidak melepaskan peluang untuk bergambar di bas jelajah 'Merdeka Rakyat'
Mereka gembira apabila dimaklumkan bahawa daerah mereka menjadi lokasi pertama jelajah 'Merdeka Rakyat'
Jelajah 'Merdeka Rakyat' akan ke lima buah negeri sepanjang tiga hari mulai hari ini hingga Ahad iaitu Pahang, Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis dengan program rasmi di 20 buah lokasi..
Antara lokasi yang bakal disinggahi petang ini antaranya ialah Masjid Daerah Benta untuk menunaikan solat Jumaat dan jamuan hari raya di Bilik Gerakan Keadilan DUN Benta di Jerantut.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=35189

JADUAL JELAJAH RAKYAT DI SINI

Lautan Kuning Banjiri Dataran Merdeka

Posted: 30 Aug 2012 08:21 PM PDT

(Oleh: Aedi Asri)

KUALA LUMPUR 31 Ogos: Lebih 20,000 peserta berpakaian kuning berhimpun di sekitar Dataran Merdeka malam tadi untuk menyertai perhimpunan 'Janji Demokrasi', meskipun ia diisytihar bertentangan undang-undang dari pihak polis.


Kawasan di sekeliling Dataran Merdeka juga ditutup dan dikawal ketat, namun himpunan berjalan lancar tanpa sebarang kekacauan. Malah, suasana seperti pesta jelas dirasai.
Walaupun himpunan dijadual bermula hanya pada jam 11 malam, peserta mula memenuhi kawasan sekitar dataran bersejarah itu seawal jam 9 malam.

Sementara menunggu detik jam 12 tengah malam, peserta berlegar di sekitar dataran sambil bersantai dan mengambil gambar. Pelbagai ragam dan aksi dapat dilihat, termasuk persembahan spontan dari pemuzik jalanan.

Kira-kira 11.15 malam, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Fuziah Salleh tiba ke kawasan himpunan, disambut dengan sorakan peserta.

Tidak lama selepas itu, peserta mula bergerak untuk berhimpun di dataran bersebelahan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bersama-sama Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (Pak Samad) dan anggota Gabungan Janji yang lain.

Orang ramai juga dilihat menyanyikan lagu "Janji Ditepati" dengan lirik sinikal kepada "Janji Dicapati".

Pada jam 11.30 malam, Pak Samad mendeklamasikan puisi bertajuk 'Janji Demokrasi' menggunakan 'loud hailer'. Beliau kemudian mengisytihar himpunan itu sebagai berjaya.

Turut bersama anggota 47 NGO yang membentuk Gabungan Janji dan juga pimpinan Pakatan Rakyat, antaranya Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan penulis lirik Bob Lokman.

Tiba jam 12 tengah malam, peserta bersama-sama melaungkan 'merdeka'  dan 'bersih' serta menyanyikan lagu 'Negaraku'. Sebahagian peserta mula bersurai.

Pada satu ketika, keadaan menjadi sedikit tegang apabila sekumpulan penunggang motosikal membunyikan hon  sehingga mengganggu peserta.

Namun, keadaan kembali reda selepas peserta yang memenuhi jalan raya membuka laluan kepada kumpulan penunggang motosikal itu untuk berlalu pergi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=35168

Dr Asri : Teliti pelaksanaan hukum Hudud

Posted: 30 Aug 2012 07:23 PM PDT

NORSHAHZURA MAT ZUKI
31 Ogos 2012
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
SHAH ALAM [10.20AM] – Hudud sukar dilaksanakan di negara ini kerana persekitaran berbeza berbanding hudud yang dilaksanakan di peringkat permulaan dahulu.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pelaksanaan hudud memerlukan penelitian kerana berdasarkan beberapa penulisan oleh ulama terkenal, beberapa negara luar tidak mengamalkannya kecuali Arab Saudi yang menjadi contoh pelaksanaan hudud.

Menurutnya, persekitaran yang membolehkan undang-undang hudud berfungsi dengan adil selain di Arab Saudi, tidak wujud.

"Hudud mestilah ditangguhkan sehingga suasana yang sesuai. Jika hudud dilaksanakan juga, ia tidak akan mencapai tujuan yang ALLAH kehendaki," katanya.


Mohd Asri juga meyakini keikhlasan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai hasrat Islam beliau yang mendalam yang ditunjukkan dalam amalan peribadi dan politik.

Bagaimanapun katanya, tidak semestinya hal yang sama ada dalam diri setiap pembicara hudud kerana kadang kala sebahagiannya mengelirukan pihak lain terutama masyarakat bukan  Islam di negara ini.

"Kita tidak boleh mempertikaikan hukum ALLAH, tetapi kita boleh mempertikaikan cara pelaksanaan dan pentafsiran hukum berkenaan oleh manusia," katanya.

Beliau berkata, menjadikan politik tertumpu kepada hudud bukan satu kebijaksanaan, tidak tepat dari segi maqasid agama dan kepentingan politik.

"Tujuan politik luas dan sepatutnya dibincangkan bagaimana memastikan tiada alasan untuk sesiapa mencuri disebabkan keadilan dan kebajikan negara," katanya.

Janji Demokrasi : Lokasi terpaksa kami ubah kerana Dataran Merdeka telah DiHaramkan

Posted: 30 Aug 2012 06:39 PM PDT

A. Samad Said

A. Samad Said mendeklamasikan sajak pada sambutan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka malam tadi.

KUALA LUMPUR -[9.35AM - 31 AUG 2012] Himpunan Janji Demokrasi, yang pada awalnya dirancang untuk diadakan di kawasan pancutan air di Dataran Merdeka, beralih lokasi ekoran kawalan ketat pihak berkuasa dan dilarang daripada berhimpun di kawasan tersebut.


Lokasi dipindahkan ke Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), berhampiran dengan Dataran Merdeka selepas ketibaan pemimpin-pemimpin Gabungan Janji  sekitar jam 11.15 malam tadi.

Sebaik tiba, mereka mengeluarkan arahan agar kesemua penyokong berpindah ke Dataran DBKL. Kemudian, jawatankuasa diiringi ke Dataran DBKL oleh Unit Amal.

Suasana yang agak tegang pada awalnya mula terkawal apabila penganjur meminta penyokong-penyokong duduk dan bertenang bagi memberi ruang kepada Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said membacakan puisi 'Janji Demokrasi'.

Menurut Jawatankuasa Gabungan Janji, Marina Chin Abdullah, lokasi dipindahkan berikutan Dataran Merdeka sudah "diharamkan" untuk mereka.

"Kami terpaksa pindah tempat kerana tempat itu (Dataran Merdeka) sudah diharamkan untuk kami," katanya kepada Sinar Harian Online yang ditemui ketika Samad, yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0 sedang mendeklamasikan puisi.

Sementara menanti saat untuk menghitung detik ambang merdeka, penyokong menyanyikan lagu Tanggal 31 dan Janji Dicapati beserta dengan laungan janji demokrasi, bersih dan merdeka yang diulang-ulang.

Suasana semakin gamat apabila sekumpulan penunggang motosikal didakwa cuba mengganggu mereka berimpun di kawasan tersebut.

Namun, keadaan terkawal dan tepat jam 12 malam, pemimpin melaungkan 'Merdeka' dan  "Janji Demokrasi' berulang kali.

Sejurus tamat laungan itu, para pemimpin Gabungan Janji bersurai dengan diiringi beberapa penyokong menuju ke Jalan Raja Laut.

Mengulas perhimpunan itu, Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais melahirkan kegembiraannya atas kelancaran sambutan anjuran pihaknya.

"Saya gembira dengan sambutan malam ini. Semua berjalan dengan lancar," katanya kepada pemberita.

Beliau mengelak untuk mengulas tentang segelintir peserta yang membawa sepanduk bantahan ketika himpunan berlangsung.

Menurut Maria Chin, pihaknya sudah meminta peserta  terbabit supaya menurunkan sepanduk tersebut.

Katanya lagi, pemilihan pakaian penyokong yang hadir terpulang kepada individu.

"Itu hak mereka. Terpulang. Tak kira apa warna," katanya kepada pemberita.

Samad turut melahirkan rasa puas hati atas kehadiran rakyat Malaysia ke himpunan itu yang sebilangan besarnya adalah golongan muda.

"Saya puas hati dan tidak menyangka jumlah yang hadir seramai ini.

"Malah jumlah yang besar dari anak-anak muda. Orang muda dapat rasai bahawa era ini era mereka," katanya.

Meskipun penyokong himpunan itu sudah diminta bersurai oleh pihak penganjur, namun masih ramai penyokong yang berlegar-legar di sekitar Dataran DBKL dan Dataran Merdeka terutama di sepanjang jalan utama di kawasan tersebut.

Selain jawatankuasa Gabungan Janji, turut kelihatan Timbalan Presiden Pas, Muhamad Sabu; Ahli Parlimen Kuantan merangkap Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh dan artis, Bob Lokman.- Sinar

Tikam bapa dan rogol ibu ..... anak haramjadah betul la

Posted: 30 Aug 2012 09:38 AM PDT



[31 AUG 2012 - 12:30 AM]  Seorang wanita berusia 42 tahun tidur dengan suaminya di rumah mereka pada suatu malam apabila anak lelaki mereka yang berusia 19 tahun menendang pintu bilik tidur mereka. Apabila pintu terbuka, si anak dengan kejam menikam bapanya sebelum mengheret ibunya dari katil lalu dibawa ke semak. Di semak itu, dia merogol ibunya berulang kali. Bercakap mengenai pengalaman pahit yang berlangsung selama tiga jam itu, ibu itu berkata masalah bermula apabila anak mereka pulang dalam keadaan mabuk.

(kawasan semak tempat ibu ini dirogol)

Selepas ditikam, si ayah langsung keluar untuk mendapatkan pertolongan, meninggalkan isterinya dalam keadaan terdedah
. Ketika itu lah, si anak meminta ibunya untuk berpakaian sebelum mengheretnya ke semak dan merogol ibunya di situ. "Dia merogol saya dengan mengacukan pisau dan menyerang saya dengan tangan, menendang dan mengancam untuk membunuh saya. Saya berjaya melarikan diri apabila dia mendengar ramai orang yang mencari dia di kawasan semak itu. Saya tidak suka berfikir bahawa saya kini telah dirogol oleh anak saya sendiri. Saya ingin dia mati tanpa pengetahuan saya" katanya. Si anak yang kejam ini berjaya ditangkap dan sedang dipenjarakan atas tuduhan serangan dan rogol. Ramai yang bersedia untuk melemparinya dengan batu hingga mati jika dia dibebaskan.

Bapanya yang berusia 55 tahun berkata bahawa dia tidak akan memaafkan perbuatan anaknya itu dan tidak mahu sebarang hubungan dengannya lagi. "Dia tidak akan pernah mendekati saya, anak saya atau isteri lagi. Saya tidak peduli apa yang berlaku kepadanya. Bagi kami dia sudah mati."

TERKINI : Dari Dataran Merdeka [Gambar2]

Posted: 30 Aug 2012 07:14 AM PDT


[30 AUG 2012 - 10:10 PM] Penyelaras serta aktivis Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim mengatakan bahawa seluruh jalan menuju Dataran Merdeka kini sudah dikepung polis!


Beliau yang memberitahu perkara tersebut menerusi laman sosial Twitter berkata, laluan masuk dari Masjid Negara menuju dataran tersebut sudah ditutup dan hanya boleh dilalui dengan berjalan kaki sahaja.

Haris juga memberitahu kehadiran anggota polis diperhatikan lebih ramai daripada biasa, petanda jelas bahawa sekali lagi polis diperalatkan pemimpin Umno-APCO untuk menghalang sambutan 'Janji Demokrasi' yang dijadualkan jam 11 malam nanti.

Sementara iru, jurucakap Gabungan Janji, Hishamuddin Rais, berkata perhimpunan "Janji Demokrasi" akan tetap diteruskan walaupun polis tidak membenarkan mereka berhimpun di Dataran Merdeka.

Katanya, pihaknya tidak akan melanggar arahan polis supaya tidak berhimpun di Dataran Merdeka, sebaliknya berkata mereka akan menyambut Hari Kemerdekaan di mana-mana sahaja di sekitar Kuala Lumpur dengan baju kuning.

"Jika perjalanan ke Dataran Merdeka tersekat dan hanya sampai di Chinatown (Jalan Petaling), kita akan sambut hari kemerdekaan di Chinatown," katanya lagi.

"Kita mahu kalau boleh, ramai orang akan memakai baju kuning dan kelihatan di mana-mana sebagai tanda sokongan kepada demokrasi."

Menurutnya, pihaknya sudah menjangka bahawa pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan perhimpunan Janji Demokrasi berlangsung di Dataran Merdeka.

Sementara itu, menurut pengerusi komuniti Selamatkan Jalan Sultan, Stanley Yong, berkata, mereka tidak menerima apa-apa amaran dari pihak polis berkenaan acara mereka.

"OCPD telah jumpa saya dua kali, dan kami menerangkan bahawa kami akan berarak di Jalan Sultan dan Jalan Petaling sahaja," katanya. "Kita tidak akan berjalan hingga Dataran Merdeka. Dan kami akan bergerak secara berasingan (dengan Gabungan Bersih).

"Pihak polis berkata mereka akan menghantar kira-kira 10-15 anggota polis untuk mengawal laluan trafik di sekitar Jalan Sultan agar tidak terganggu, dan kami berterima kasih kepada pihak polis kerana memudahkan perarakan kami," kata Stanley lagi.

Yong, yang juga pengerusi dewan perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), berkata, acara mereka akan bermula pada jam 8.00 malam di Gospel Hall, Jalan Hang Jebat, sebelum mula berarak pada jam 8.30 malam, melalui Jalan Sultan dan Jalan Petaling sebelum berakhir di bekas perhentian bas Klang, yang kini merupakan tapak pembinaan stesen MRT Pasar Seni.

Polis mengumumkan perhimpunan Janji Demokrasi malam ini bertentangan dengan undang-undang.

Anggota jawantankuasa penganjur, Maria Chin Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan bahawa Ketua Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi, Zainuddin Ahmad, hari ini mengirimkan surat rasmi memaklumkan perkara itu kepadanya. -jalanpulang














sila ikuti Twitter di sebelah untuk Laporan TERKINI

Macam-macam perangai la polis ni, bukan setakat samseng saja ... haaa ambik kau!!!

Posted: 30 Aug 2012 05:43 AM PDT

Kelucahan melampau: Bekas ketua polis balai dihukum penjara
KANGAR 30 Aug 2012 - Bekas ketua Balai Polis Arau, Sub-Inspektor Zaini Ahmad hari ini dikenakan hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap dua pemuda, lima tahun lalu.

Hakim Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan terhadap Zaini, 54, selepas membenarkan rayuan kali kedua oleh pihak pendakwaan.

Bagaimanapun, Mohd Zaki mengarahkan hukuman itu berjalan serentak.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kangar membenarkan rayuan kali kedua pihak pendakwa terhadap keputusan Mahkamah Majistret Kangar yang membebaskan tertuduh pada 21 Oktober 2011.


Kali pertama pihak pendakwaan membuat rayuan terhadap kes itu ialah setelah Mahkamah Majistret membebaskan tertuduh pada 2 Jun 2010 dan mengekalkan keputusannya selepas rayuan dibuat apabila membebaskan tertuduh pada 21 Oktober 2011.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki berusia 21 tahun di sebuah pondok di tepi bangunan Balai Polis Arau antara pukul 1 pagi dan 4.30 pagi 6 Januari, 2007.

Bagi pertuduhan kedua, Zaini didakwa melakukan kesalahan serupa dengan lelaki yang sama antara 4.30 pagi dan 5.30 pagi tarikh sama di dalam bilik maklumat, bangunan Balai Polis Arau.

Bagi pertuduhan ketiga pula, dia didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap remaja lelaki berumur 18 tahun antara 11.30 pagi dan 3 petang di
pejabat Ketua Polis Balai, Balai Polis Arau, pada tarikh yang sama.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Sobry manakala tertuduh diwakili peguam K. Mahendren. - Bernama

Remaja Bakar Teman Wanita Didakwa di Mahkamah

Posted: 30 Aug 2012 04:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: 30 Aug 2012  Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas tuduhan cuba membunuh teman wanitanya dengan cara membakar menggunakan petrol sehingga melecur anggota badan.

Turut didakwa rakan lelaki berkenaan dengan pertuduhan sama mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama mengikut Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim S. M Komathy Suppiah.

Teman lelaki wanita itu, Mohd Amir Mohd Anuar, 19, dan rakannya Muhammad Faiz Kamaruddin, 24, didakwa bersama-sama dengan niat cuba membunuh Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, dengan membakarnya sehingga menyebabkan cedera sehingga 30 peratus pada anggota badannya.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kawasan semak di belakang Puspakom, Wangsa Maju pada pukul 3.15 pagi, 13 Ogos lalu.

Mohd Amir, yang bekerja di Hotel Sheraton, di sini, diwakili peguam Wan Azmir Wan Majid manakala Muhammad Faiz bekerja sebagai pengawal keselamatan tidak diwakili peguam.

Pendakwaan, yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Nazneen Zulkifli, tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kes tersebut tidak boleh dijamin.

Sementara itu, pegawai penyiasat kes tersebut, Insp Chua Sze Yuan, yang hadir ke mahkamah hari ini ketika ditanya Komathy memberitahu mahkamah bahawa mangsa masih koma dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Hakim Komathy menetapkan 27 September depan untuk sebutan semula kes.

Kedua-dua mereka ditahan di Penjara Sungai Buloh. - BERNAMA

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


FOTO SEKITAR JANJI BERSIH DI DATARAN DBKL

Posted: 30 Aug 2012 10:41 AM PDT

Maaf, tak sempat nak masukkan.  Boleh lihat melalui FB saya...

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Merdeka 55 tahun - Janji Dicapati

Posted: 29 Aug 2012 09:09 PM PDT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Pakatan Rakyat - A new kind of opposition

Posted: 30 Aug 2012 08:00 PM PDT

Malaysia's next General Election—when it occurs—will be the most intensely-fought in the Federation's history. There has been much speculation if and how the opposition Pakatan Rakyat coalition—comprising of Anwar Ibrahim's National Justice Party (PKR), the long-standing Democratic Action Party (DAP) and the Islamist Pan-Malayan Islamic Party (PAS)—also arguably the most successful and long-lasting in Malaysia's history, will be able to hold on to and indeed improve on the historic gains it won in the 2008 elections.
Pakatan Rakyat - A new kind of oppositionIn my recently-published book, The Future of Pakatan Rakyat: Lessons from Selangor, I argue that changes in Malaysia's political landscape and the opposition parties themselves mean that a united and coherent opposition is possible in Malaysia and that—whatever happens in the next General Elections—Pakatan Rakyat has provided a template for a style of politics outside of the parameters set by the long-ruling Barisan Nasional (BN) coalition.
Weak opposition pacts in the past helped BN cling to power
Opposition pacts in Malaysia—including the Gagasan Rakyat and Barisan Alternatif oppositional alliances cobbled together to fight the 1992 and 1999 General Elections often collapsed soon after despite making some gains. As James V. Jesudason argued very persuasively in his chapter "The Syncretic State and the Structuring of Oppositional Politics in Malaysia" in Garry Rodan's seminal Political Oppositions in Industrialising Asia (1996), this was due to the "syncretic" nature of the Malaysian state.
He defined Malaysia's "syncretic state" as "A product of a particular historical-structural configuration that has allowed the power holders to combine a broad array of economic, ideological, and coercive elements in managing the society, including limiting the effectiveness of the opposition as a democratizing force." To my mind, this means that successive BN administrations continued the colonial British practice of "divide-and-rule", whereby the various ethnic groups in Malaysia were kept apart politically, economically and socially. Whereas this was used by the imperial power to justify its presence, as a "honest broker" between the various races, it has been adapted by the BN to argue that its continuance in office as essential to maintain harmony between Malaysia's ethnic groups, whose interests at times seem irreconcilable.
Read More / Baca Lagi >>

Janji Bersih : Teruk Kena Belasah Oleh Towkey Pak Tongkol....he..he..!!!!

Posted: 30 Aug 2012 07:57 PM PDT


Merdeka 55: We weep for you, Oh Malaysia

Posted: 30 Aug 2012 07:43 PM PDT

Merdeka 55: We weep for you, Oh MalaysiaThe nation is celebrating 55 years of Independence from foreign control; but it also marks the pinnacle of local control (read, abuse) reigning supreme.
Who said that – or at least to that effect?
Not the ordinary citizens who could easily suffer being labeled as unpatriotic and as ungrateful, subversive elements. Not the opposition politicians either who are always branded as recalcitrant rabble rousers out to cause 'national' chaos.
Time to realize the true dream of the founding fathers
In his pre-National Day speech, - which is already going viral on the web, Tengku Razaleigh Hamzah spoke in UK without fear, favor or shame. Note he is no ordinary politician; he is of a true-blue royalty lineage and also an UMNO veteran.
In reading his Speech, Malaysians can easily relate with the many things he said. If we do not in unison cry out "I weep for you Oh Malaysia" while the politicians celebrate Malaysia's 55th birthday, it would be a disaster compounded many times over.
"It is time to realize the dream of Dato' Onn and the spirit of the Alliance, of Tunku Abdul Rahman. That dream was one of unity and a single Malaysian people. They went as far as they could with it in their time. Instead of taking on the torch we have reversed course." he said.
Now the question is what do we do next? Talk about it? Dismiss it? Or do we re-ignite that dream this Merdeka? And if so, how? Will the honorable Tengku take the torch in his hands and lead us on?
The Prince went on to also quote Albert Einstein, "The world is a dangerous place not because of people who do evil, but because of good people who look on and do nothing about it."
Come on, Malaysia - RISE TO THE OCCASION
Read More / Baca Lagi >>

Fuyooo... 20,000 tengok 13,000 berlarak. Boleh buat pilihanraya dah neh... hehe...

Posted: 30 Aug 2012 07:39 PM PDT


13,000 Peserta Semarak Sambutan Merdeka

KUALA LUMPUR: Perbarisan sempena ulang tahun ke-55 kemerdekaan negara peringkat nasional di Dataran Merdeka pada Jumaat meriah dengan penyertaan 13,000 peserta pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum khususnya generasi muda, yang melambangkan perpaduan negara yang kukuh dan sejahtera.

Bertemakan '1Malaysia Janji Ditepati', perhimpunan perbarisan bermula sebaik keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah serta Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah tepat pada pukul 8 pagi dengan disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Sebaik tiba, Yang di-Pertuan Agong mengambil tabik hormat sebelum lagu 'Negaraku' dimainkan oleh Pancaragam Pusat Regimen Askar Melayu Diraja.
Read More / Baca Lagi >>

PR TETAP GUNA BENDERA MALAYSIA!!! UMNO tiada modal, fitnah pun kantoi

Posted: 30 Aug 2012 07:16 PM PDT


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan tetap menggunakan bendera Malaysia sebagai bendera rasmi biarpun ada cubaan daripada sesetengah pihak yang melakukan provokasi mengibarkan bendera 'Sang Saka Merah' semasa himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, malam tadi.

Anwar menjawab pertanyaan pengikutnya di Twitter yang curiga ia akan dijadikan isu oleh Umno-APCO dan Barisan Nasional untuk menempelak Pakatan Rakyat kununnya gabungan itu akan mengubah bendera rasmi negara ini, Jalur Gemilang dengan Sang Saka Merah.


Menjawabnya di Twitter sebentar tadi, Anwar menegaskan:

@anwaribrahim
PR tdk jdkan ini sebgai isu! @_Joe__7: harap DSAI dpt selesaikan isu bendera itu....jika tidak pasti Dlm PR sendiri akan wujud perpecahan disebabkan isu yg remeh ini

Dan satu lagi tweet dari Anwar juga menjelaskan:


@anwaribrahim
PR -bendera Msia @razzanismail: apa pendapat DS tentang mereka yg kibarkan 'sang saka malaya' malam tadi?

Malam tadi, beberapa individu yang kelihatan semasa himpunan Janji Demokrasi dilihat mengibarkan bendera Sang Saka Merah yang didakwa bendera asal Tanah Melayu sebelum bendera itu digantikan dengan Jalur Gemilang semasa negara ini mencapai kemerdekaan pada 1957.


Ia mendapat reaksi pelbagai di laman sosial Twitter selain blog pro-Umno-APCO cuba menjadikannya sebagai modal untuk menghentam Pakatan Rakyat kunun sekiranya pakatan tersebut memerintah Malaysia nanti, bendera Jalur Gemilang akan digantikan dengan bendera asal.


Pendapat Anwar turut disokong ahli parlimen Sibu, Wong Ho Leng yang berkata ia hanyalah satu bentuk pembohongan mengalihkan cerita (spin) akibat kegagalan Umno-APCO menghalang himpunan Janji Demokrasi malam tadi yang dihadiri lebih 10 ribu orang tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.


@wongholeng
‎"@anwaribrahim: No such decision by PR.Why spin? @mukhlis_30: Pls advice me y after 55 years we must change our flag.."Lousy spin culture

Tambah Wong lagi, tidak ada makna sambutan kemerdekaan dirayakan kerana pemimpin BN langsung tidak menjemput pemimpin Pakatan Rakyat menghadiri sambutan tersebut yang diadakan tahun ini di Sibu bagi peringkat Sarawak.


Jelas cubaan Umno-APCO menjadikan isu bendera sebagai modal untuk menempelak Pakatan Rakyat gagal lagi.

Janji bersih...merdeka day...11pm..30ogos..2012

Posted: 30 Aug 2012 07:14 PM PDT

With strong economic numbers, BN parties bullish about polls...!!

Posted: 30 Aug 2012 07:09 PM PDT


KUALA LUMPUR, Aug 31 — Strong economic numbers and growing electoral support thus far this year is boosting the confidence of Barisan Nasional (BN) parties, whose strategists feel the momentum is building behind the ruling federal coalition and conditions are ripe for snap polls soon.
Several strategists told The Malaysian Insider that the feel-good factor is palpable as the country celebrates its 55th anniversary as an independent nation today.
BN parties are said to be quietly confident they will do well in the coming general election. — File pic
Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and his Cabinet joined the Yang di-Pertuan Agong in the annual parade in Dataran Merdeka this morning as thousands of flag-waving Malaysians crowded around to watch the festivities. "There is momentum building up and conditions are ripe for an election after the Budget next month," a strategist told The Malaysian Insider.
He said BN parties are working at full steam, introducing likely candidates in some of the constituencies around the country. However, he said most BN parties also agree that they might have to sacrifice their traditional seats to dominant partner Umno in order to secure a bigger win for the coalition, which suffered historic losses in Election 2008.
"Umno is the most organised of parties and if their candidates can fare better, the other parties will give way," the strategist added.
Read More / Baca Lagi >>

Merdeka Eve celebration smooth

Posted: 30 Aug 2012 07:05 PM PDT

However, police may take action against national laureate A Samad Said over his poetry reading. 

KUALA LUMPUR: Except for a few arrests, Merdeka Eve celebrations went on without a hitch.
Dang Wangi police chief ACP Zainuddin Ahmad told reporters at Dataran Merdeka that most people came to the capital tonight to see fireworks being lit here.
He added that two male youths, however, were caught playing with their own fireworks before midnight.
Government-sanctioned fireworks, however, did not appear to go off as planned. The ones that did seemed to have been lit by locals.
Meanwhile, Deputy KL Criminal Investigation Department (CID) chief Khairi Ahrasa said that the police will look into national laureate A Samad Said's poetry reading earlier last night.
He said that action can be taken against Samad under the Peaceful Assembly Act.
A total of 205 police officers were mobilised from the Dang Wangi and Bukit Aman police stations for Dataran Merdeka last night.

Malaysia Kita : Polis isytihar perang ke atas peragut.....he..he..macam biasa dengar jerk...!!!

Posted: 30 Aug 2012 07:03 PM PDT


JALALUDDIN (kiri) berjumpa dengan ahli keluarga Rohairani yang cedera ketika diragut di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Polis mengisytiharkan perang secara besar-besaran ke atas peragut di negeri ini bagi membanteras jenayah yang dilihat semakin kejam ekoran seorang wanita ditetak bertubi-tubi ketika cuba diragut di Jalan Sultanah Zainab di sini kelmarin.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, bagi merealisasikan langkah drastik itu, lebih 100 anggota polis wanita dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu diarah turun padang bermula hari ini.
Menurut beliau, anggota polis wanita itu akan mendekati pengunjung wanita di sekitar bandar raya ini bagi memberikan tip-tip mengenai keselamatan.
"Bermula esok (hari ini) untuk tempoh dua minggu secara syif, 100 anggota polis wanita dikerahkan turun padang untuk memberi kesedaran kepada golongan wanita mengatasi jenayah ragut," kata beliau ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) semasa melawat mangsa ragut, Rohairani Abdullah, 36.
Dalam kejadian di Jalan Sultanah Zainab kelmarin, Rohairani hampir putus tangan kirinya apabila mangsa ditetak tujuh kali oleh penjenayah yang cuba meragut beg mangsa.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Dua pemain Penyu dihukum bawa perempuan balik hotel

Posted: 30 Aug 2012 07:02 PM PDT


MUSLIM (kanan) tidak mendapat simpati Butler ekoran masalah disiplin.


DUA pemain Terengganu, Ismail Faruqi dan Muslim Ahmad perlu melupakan hasrat mereka untuk meneruskan kempen Piala Malay- sia musim ini bersama skuad Penyu ekoran masalah disiplin.
Ia selepas kedua-dua pemain didapati melanggar peraturan dan pulang ke bilik penginapan kira-kira pukul 3 pagi beberapa jam sebelum bertemu Kedah di Stadium Darul Aman, Selasa lalu.
Jurulatihnya, Peter James Butler ketika dihubungi mengesahkan bahawa kedua-dua pemain itu tidak akan bermain kerana kecewa dengan kegagalan kedua-dua mereka mengikut peraturan yang ditetapkan.
"Saya tegaskan, Ismail dan Muslim tidak akan bermain untuk saya lagi.
"Balik pukul 3 pagi dan bawa gadis ke hotel. Ia benar-benar tidak boleh diterima," katanya ketika dihubungi semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Penumpang ‘terbang’

Posted: 30 Aug 2012 07:00 PM PDT

Penumpang 'terbang'
NGERI...anggota bomba  berusaha mengeluarkan mayat Hussain yang tersepit di tempat duduknya.
NGERI...anggota bomba berusaha mengeluarkan mayat Hussain yang tersepit di tempat duduknya.
SAKIT...Kumutha terlantar di hospital akibat patah pinggang.
SAKIT...Kumutha terlantar di hospital akibat patah pinggang. 
 
SLIM RIVER: "Kerusi tercabut dan saya tercampak ke bahagian depan bas. Dalam kesakitan, saya terpandang pemandu sudah tidak sedarkan diri dan tersepit di tempat duduknya yang remuk."
Demikian kata R Kumutha, 23, seorang daripada 12 penumpang bas yang cedera, empat daripada mereka parah dalam kemalangan meragut nyawa pemandu bas berkenaan di Kilometer 362.7, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Plaza Tol Slim River, di sini, jam 10.30 malam kelmarin.

Pemandu bas ekspres yang terbunuh itu dikenali sebagai Hussain Jaafar, 29 dan ketika kejadian bas terbabit dalam perjalanan dari Klang, Selangor ke Butterworth, Pulau Pinang.
Kemalangan berlaku apabila bas terbabit melanggar belakang sebuah treler dengan muatan besi seberat 30 tan itu sebelum menyeret treler itu sejauh lebih 100 meter.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Kerat mayat sebelum bakar

Posted: 30 Aug 2012 06:58 PM PDT

Kerat mayat sebelum bakar
CARI BUKTI...anggota Unit Forensik menjalankan siasatan di tempat kejadian.
CARI BUKTI...anggota Unit Forensik menjalankan siasatan di tempat kejadian.
USUNG...anggota polis mengangkat mayat mangsa.
USUNG...anggota polis mengangkat mayat mangsa. 
 
NIBONG TEBAL: Kepulan asap di sebuah lorong kecil berhampiran ladang kelapa sawit membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki terbakar dalam keadaan tanpa kepala, kedua-dua tangan dikerat pada paras siku dan kaki dipotong di bahagian paha.
Mayat lelaki dipercayai mangsa pembunuhan kejam itu ditemui orang awam yang curiga selepas melihat kepulan asap dekat ladang kelapa sawit di Jalan Sungai Kechil, di sini, jam 9.45 pagi, semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mat Nasir Salleh berkata, ketika ditemui sebahagian mayat masih terbakar itu dan mangsa hanya berseluar dalam.

Menurutnya, siasatan anggota forensik yang bergegas ke tempat kejadian gagal menemui dokumen pengenalan diri pada mayat terbabit dan menganggarkan usia mangsa dalam 30-an.

Kes rogol berkanun: Kementerian Wanita mahu hukuman setimpal

Posted: 30 Aug 2012 06:46 PM PDT

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mahu mahkamah mengenakan hukuman setimpal ke atas pesalah-pesalah kes rogol berkanun, selari dengan jenayah dilakukan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan, kementerian itu berkata, pihaknya menghormati keputusan pihak mahkamah dalam menjatuhkan hukuman ke atas dua orang lelaki dewasa yang didapati bersalah dalam kes rogol berkanun baru-baru ini.

Pada masa yang sama, katanya, kementerian memandang serius akan pandangan masyarakat yang beranggapan hukuman yang dikenakan ke atas kedua-dua pesalah kes tersebut adalah ringan dan tidak setimpal dengan jenis jenayah yang dilakukan.

Kini kementerian itu diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatannya.
Read More / Baca Lagi >>

Berpisah dgn BN, muncul PR & kemungkinan baru: Pemikiran M’sia bakal BERUBAH

Posted: 30 Aug 2012 06:41 PM PDT

Berpisah dgn BN, muncul PR & kemungkinan baru: Pemikiran M'sia bakal BERUBAHDalam bidang politik, setiap ahli politik yang bijak tahu bahawa dia tidak akan mempunyai kawan sejati mahupun musuh yang kekal, dalam arena politik yang pasti adalah perubahan dan ini boleh disaksikan hampir saban hari dalam politik di Malaysia.
Apa pun boleh terjadi dalam satu hari atau setelah satu tempoh masa dalam politik. Kita menyaksikan bagaimana selepas 55 tahun sejak pembentukan negara pelbagai perubahan yang telah berlaku terutamanya sejak sedekad yang lalu setelah berakhirnya rejim Mahathir.
Tekanan berat ke atas chauvanis Melayu

Sejak bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad meletak jawatan, terdapat kemungkinan menarik akan berlakunya permutasi bagi parti-parti politik untuk menguji dan bekerja dengan satu sama lain.
Dengan senario baru yang muncul kini, nampaknya ada kemungkin barangkali dalam parti campuran yang mentadbir Barisan Nasional, UMNO telah menjadi semakin terpencil.
Berkemungkinan besar, BN akan dipatahkan dalam masa terdekat ini agak jelas. BN bersedia untuk menyaksikan keluarnya parti bukan UMNO yang terhutang kerana sikap UMNO yang cenderung pada cauvinisme Melayu yang mula menjadikan rakan kongsi dalam gabungan nasional itu sengsara.
Apakah kemungkinan akan muncul dari senario ini, kumpulan pihak bukan UMNO dari BN, dan kemungkinan kumpulan ini beralih untuk bergabung dengan Pakatan Rakyat yang dilihat sebagai satu langkah strategik yang mungkin akan berlaku.
Kumpulan baru akan muncul
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin & lelaki Melayu terkaya didunia, Syed Mokhtar: Ia bermula dengan Stamford

Posted: 30 Aug 2012 06:40 PM PDT

Muhyiddin & lelaki Melayu terkaya didunia, Syed Mokhtar: Ia bermula dengan StamfordKita semua sudah sedia maklum bahawa Muhyiddin Yassin merupakan rakan kongsi Syed Mokhtar Albukharey. Syed Mokhtar sekarang mengawal beberapa kompeni berikut:
MMC
DRB Hicom
Proton
Malakoff
Johor Port
Senai Airport
Port of Tanjong Pelepas
Bank Muamalat
Padiberas Nasional
CSR Sugar
Gardenia
MPH Bookstores
Penang Port
Sekarang dia mahukan…..
RTM
KTMB
Bank Islam
Melayu terkaya di dunia, (Syed Mokhtar Albukhary) telah menjadi begitu kaya kerana dia telah berusaha bersungguh-sungguh, menjadi kroni Muhyiddin dan mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad. Dia mendapatkan hampir semua asetnya dengan mudah. Ia semua bermula dengan Stamford Holdings.
Stamford & keuntungan 4,622%
Read More / Baca Lagi >>

Isu Nasha: Pas hormati orang pernah berjasa, kata Nik Aziz

Posted: 30 Aug 2012 06:37 PM PDT


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu semua pihak bersabar menunggu keputusan yang akan dibuat bagi menentukan nasib Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa (Nasha).

Nik Aziz menegaskan beliau sudah berulang kali menyatakan kes bekas Timbalan Presiden itu perlu diputuskan pada Majlis Syura yang akan diadakan pada 9 September ini.

"Saya akan hadir pada mesyuarat itu jika tidak uzur.  Tidak usah peduli sangat siapa orang itu. Yang penting, Pas mengutamakan mereka yang pernah berjasa kepada agama.

Read More / Baca Lagi >>

Ahli Umno : 'Sebagai Anak Merdeka saya sedih hari ini'

Posted: 30 Aug 2012 06:34 PM PDT


Abu Bakar Ismail
Abu Bakar Ismail (depan, duduk) bersama rakannya dari Umno Bahagian Rasah ketika hadir di Hospital Tuanku Jaafar meraikan pesakit sempena sambutan Hari Kemerdekaan.
 
"MENJELANG 31 Ogos ini, saya tidak begitu gembira. Cakap dengan jujur, sebenarnya saya sedih." Demikian luahan perasaan Abu Bakar Ismail apabila ditemui di sini kelmarin menjelang sambutan Hari Kemerdekaan ke-55.

Abu Bakar ada cerita dan pengalaman tersendiri. Beliau dilahirkan pada jam 12.05 tengah malam di Hospital Kajang, lima minit selepas bendera Union Jack diturunkan, yang menandakan negara mencapai kemerdekaan.

Mengikut maklumat yang disiarkan hampir dua dekad yang lalu, pada 31 Ogos, seramai 1,234 bayi dilahirkan di seluruh Persekutuan Tanah Melayu.

Sepatutnya setiap rakyat negara ini yang digelar sebagai 'Anak Merdeka' gembira menyambut Hari Kemerdekaan ke-55 gembira menyambut 'hari besar' dan ulang tahun hari kelahiran mereka.

Ketika pertama kali ditemui sempena Hari Kemerdekaan pada 2004, Abu Bakar nampak gembira dan riang bersama ahli-ahli persatuannya.

Tetapi sebaliknya disaksikan ketika ditemui bual Sinar Harian Online baru-baru ini.

Penulis berulang kali tanya mengapa perlu sedih menjelang sambutan Hari Kemerdekaan sedangkan ia satu hari yang bermakna bagi mereka yang lahir pada 31 Ogos.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan PAS Kelantan dapat dipertahankan - Ismail Kamus

Posted: 30 Aug 2012 06:30 PM PDT

KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan akan dapat dipertahankan pada Pilihan raya Umum ke-13 berikutan prestasi meningkat kerajaan itu sejak 22 tahun lalu.

Penasihat Darussalam, Datuk Ismail Kamus, memberitahu keadaan lebih meyakinkan berikutan pihak lawan, Umno dan Barisan Nasional (BN) semakin merudum sehingga gagal menawan hati rakyat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkembangan itu selepas pertemuannya dengan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pertemuan santai itu diadakan di JKR 10 petang semalam.

"Insya Allah kita yakin rakyat Kelantan akan memilih perjuangan Pakatan Rakyat berbanding BN di Kelantan dan akan terus mengekalkan kedudukan kerajaan negeri yang ada hari ini," ujarnya.

Sambungnya, pada masa yang sama pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat bukan sahaja di Kelantan berada pada kedudukan yang baik, sebaliknya di negeri lain.

Jawatankuasa Darussalam seramai 15 orang mengunjungi pimpinan peringkat negeri untuk bertanya khabar khususnya sempena Aidilfitri ini.

"Kami rasa syukur sebab pimpinan kita alhamdulillah sihat," ujarnya.

Pada masa yang sama, Tuan Guru menegaskan tidak ada sebab lagi rakyat ingin menolak pentadbiran kerajaan Kelantan hari ini kerana bebas dari gejala rasuah.
Katanya, pentadbiran yang rasuah, zalim sudah tentu ditolak rakyat.

"Jadi rakyat Kelantan yang sememangnya pandai menilai sejak sekian lama dapat membuat pilihan yang baik dan tepat nanti," ujarnya.

Jelajah Merdeka : Ramai 'berebut' jadi calon PKR di K'tan, kata SU negeri

Posted: 30 Aug 2012 06:29 PM PDT



 
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menyelesaikan isu calon untuk kawasan yang akan ditandingi parti itu di Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang sewaktu kunjungannya ke negeri itu hari ini.

Setiausaha PKR Kelantan Mohd Makhatar Che Harun berkata isu calon itu merupakan antara perkara utama yang menjadi tumpuan parti memandangkan semakin ramai yang berminat untuk diturunkan sebagai calon.

NONE"Dulu susah nak cari calon tapi sekarang ramai yang berebut (untuk dicalonkan)," katanya yang menambah, perebutan itu juga berkait dengan perbincangan PKR negeri untuk membuat pertukaran dengan PAS bagi kerusi yang ditandinginya.

Pertukaran itu melibatkan kawasan parlimen Machang, yang kini diwakili Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.

Perkara itu timbul kerana Saifuddin dikatakan tidak akan terus mempertahankan kerusi parlimen Machang tetapi sebaliknya akan kembali bertanding di Kedah.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan sasarkan lebih banyak sokongan wanita

Posted: 30 Aug 2012 06:24 PM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Pakatan Rakyat (PR) sedang meningkatkan usaha mereka untuk memenangi undi wanita dengan memulakan inisiatif yang dipanggil Agenda Wanita Malaysia pada 13 September ini.
Ini menyakinkan lagi apa yang dikatakan oleh pemerhati politik dan penganalisis bahawa kedua-dua golongan muda dan wanita yang bakal menentukan siapa akan mengambil alih Putrajaya pada ketika Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) sudah terkunci dari segi sokongan.
Golongan wanita berjunmlah separuh daripada pengundi berdaftar menyebabkan perlawanan untuk mendapatkan undi wanita adalah sesuatu yang dianggap serius oleh gabungan pembangkang.
Tanpa memberitahu dengan terperinci menjelang pelancaran inisiatif, ketua penerangan Wanita PKR, Ramlah Bee Asiahoo, berkata, "agenda tersebut akan memfokuskan tentang pelaksanaan undang-undang, meningkatkan kualiti hidup, menyediakan peluang untuk golongan wanita untuk terlibat dalam ekonomi, mengkaji semula polisi pendidikan, sosial harmoni dan penjanadayaan golongan wanita muda".
Menurut ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail, mereka akan turun ke lapangan untuk menganjurkan forum dan ceramah.
"Sebaik sahaja Agenda Wanita Malaysia dilancarkan, kita akan turun ke lapangan bermula dengan kawasan pendalaman, pinggir bandar dan terakhir adalah kawasan bandar dimana golongan wanita profesional  dijadikan sasaran.
"Ini adalah kerana golongan yang tinggal di kawasan pendalaman memerlukan lebih perhatian berbanding dengan di bandar," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

'Merdeka-Royalti' gegar dataran stadium

Posted: 30 Aug 2012 06:22 PM PDT


KOTA BHARU: Buat pertama kali sejak negara mencapai kemerdekaan 55 tahun lalu, Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini malam tadi mencatat satu sejarah yang sukar dilupakan khususnya oleh generasi muda.


Ini kerana dalam suasana penuh bersemangat, kira-kira lebih 1,000 orang pengunjung khususnya anak muda 'menggegarkan' dataran stadium itu dengan laungan "Merdeka – Royalti", mengisi upacara sambutan Ambang Merdeka 31 Ogos.

Tepat detik '12.00 tengah malam',  Gabungan Profesional Menuntut Royalti (Royalti) yang rata-rata disertai anak muda berbaju merah "R" melaungkan "Merdeka" dan serentak itu pula disambut dengan laungan "Royalti" oleh kalangan mereka, berulang kali.
Read More / Baca Lagi >>

Polis berjaya kawal keselamatan di Dataran Merdeka - Versi Utusan

Posted: 30 Aug 2012 05:19 PM PDT

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Pihak polis berjaya mengawal baik kehadiran kira-kira 6,000 rakyat Malaysia di perkarangan Dataran Merdeka sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 tengah malam ini, walaupun terdapat segelintir penyokong Perhimpunan Janji Bersih hadir dipercayai bertujuan memburukkan kerajaan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kecuali pihaknya menahan dua individu yang didapati membakar mercun di kawasan terbabit.
"Kira-kira 6,000 orang hadir ke sini bagi menyaksikan pertunjukkan bunga api. Keadaan semuanya terkawal dan mereka mula beredar selepas tengah malam," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurut Zainuddin, seramai 205 pegawai dan anggotanya yang terlibat dalam mengawal keadaan di dataran itu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, polis akan menyiasat lanjut tindakan Sasterawan Negara, A. Samad Said yang membaca puisi ketika sambutan itu sekiranya ia melanggar undang-undang.
Puisi berkenaan, menggesa supaya orang ramai memakai pakaian berwarna kuning sebagai simbolik tuntutan dalam perhimpunan itu. - UTUSAN

Janji Demokrasi alih lokasi 'selepas kami diharamkan'...oleh UMNO@BN..???

Posted: 30 Aug 2012 05:16 PM PDT


A. Samad Said KUALA LUMPUR - Himpunan Janji Demokrasi, yang pada awalnya dirancang untuk diadakan di kawasan pancutan air di Dataran Merdeka, beralih lokasi ekoran kawalan ketat pihak berkuasa dan dilarang daripada berhimpun di kawasan tersebut.

Lokasi dipindahkan ke Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), berhampiran dengan Dataran Merdeka selepas ketibaan pemimpin-pemimpin Gabungan Janji  sekitar jam 11.15 malam tadi.

Sebaik tiba, mereka mengeluarkan arahan agar kesemua penyokong berpindah ke Dataran DBKL. Kemudian, jawatankuasa diiringi ke Dataran DBKL oleh Unit Amal.

Suasana yang agak tegang pada awalnya mula terkawal apabila penganjur meminta penyokong-penyokong duduk dan bertenang bagi memberi ruang kepada Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said membacakan puisi 'Janji Demokrasi'.
Read More / Baca Lagi >>

Asri: Teliti pelaksanaan hukum hudud

Posted: 30 Aug 2012 05:14 PM PDT


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin SHAH ALAM – Hudud sukar dilaksanakan di negara ini kerana persekitaran berbeza berbanding hudud yang dilaksanakan di peringkat permulaan dahulu.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pelaksanaan hudud memerlukan penelitian kerana berdasarkan beberapa penulisan oleh ulama terkenal, beberapa negara luar tidak mengamalkannya kecuali Arab Saudi yang menjadi contoh pelaksanaan hudud.

Menurutnya, persekitaran yang membolehkan undang-undang hudud berfungsi dengan adil selain di Arab Saudi, tidak wujud.

Read More / Baca Lagi >>

Pakatan now aiming for more support from women

Posted: 30 Aug 2012 05:12 PM PDT


Dr Wan Azizah recently began an initiative for mothers against crime, a growing issue especially among women in urban areas. — File pic
KUALA LUMPUR, Aug 31 — Pakatan Rakyat (PR) is ramping up its efforts to win over women voters with the formation of an initiative called Agenda Wanita Malaysia (Malaysian Women's Agenda) this September 13. This comes on the back of political observers and analysts saying that both the youth and women are the swing voters who will determine who takes Putrajaya, as the ruling Barisan Nasional (BN) and PR are locked in an almost even tussle for support.
As women make up half of the country's electorate, the fight for women voters is something the federal opposition is taking very seriously.
While reluctant to go into the details of the initiative ahead of the launch, Wanita PKR information chief Ramlah Bee Asiahoo said: "The agenda will focus on the enforcement of law, increasing quality of life, providing opportunity for women to involve themselves in the economy, revamping the educational policy, social harmony and the empowerment of young women."
Read More / Baca Lagi >>