MIMPI SENJA |
- Jelajah Merdeka Rakyat dengan "Double Decker" dilancar
- Lautan Kuning Banjiri Dataran Merdeka
- Dr Asri : Teliti pelaksanaan hukum Hudud
- Janji Demokrasi : Lokasi terpaksa kami ubah kerana Dataran Merdeka telah DiHaramkan
- Tikam bapa dan rogol ibu ..... anak haramjadah betul la
- TERKINI : Dari Dataran Merdeka [Gambar2]
- Macam-macam perangai la polis ni, bukan setakat samseng saja ... haaa ambik kau!!!
- Remaja Bakar Teman Wanita Didakwa di Mahkamah
Jelajah Merdeka Rakyat dengan "Double Decker" dilancar Posted: 30 Aug 2012 10:07 PM PDT (Oleh: Sidiqin Omar) PETALING JAYA 31 Ogos: Mengambil semangat ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-55, KEADILAN melancarkan siri Jelajah 'Merdeka Rakyat'. "Jelajah Merdeka Rakyat ini diadakan adalah untuk memberi isi dan makna ulang tahun kemerdekaan ke-55 yang disambut hari ini," kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Kita ambil keputusan memanfaatkan kesempatan ini untuk menyedarkan rakyat dengan jelajah ke seluruh negara, sehingga Parlimen dibubar," katanya pada pelancaran Jelajah Merdeka Rakyat di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana, hari ini. Turut hadir, Presiden Keadilan, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli. "Walaupun permit bas dilengahkan, kita akan teruskan dan mengiringi bas ini. Semoga perjalanan kita baik," kata Anwar. Sementara itu, dilokasi pertama di Taman Meranti, Bentong, kira-kira 300 hadir pada jamuan Hari Raya KEADILAN Bentong. Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Pengerusi Biro Felda dan Orang AsalN Suhaimi Said. Penduduk pelbagai bangsa yang tinggal di perumahan berhampiran pekan Bentong tidak melepaskan peluang untuk bergambar di bas jelajah 'Merdeka Rakyat' Mereka gembira apabila dimaklumkan bahawa daerah mereka menjadi lokasi pertama jelajah 'Merdeka Rakyat' Jelajah 'Merdeka Rakyat' akan ke lima buah negeri sepanjang tiga hari mulai hari ini hingga Ahad iaitu Pahang, Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis dengan program rasmi di 20 buah lokasi.. Antara lokasi yang bakal disinggahi petang ini antaranya ialah Masjid Daerah Benta untuk menunaikan solat Jumaat dan jamuan hari raya di Bilik Gerakan Keadilan DUN Benta di Jerantut. |
Lautan Kuning Banjiri Dataran Merdeka Posted: 30 Aug 2012 08:21 PM PDT (Oleh: Aedi Asri) KUALA LUMPUR 31 Ogos: Lebih 20,000 peserta berpakaian kuning berhimpun di sekitar Dataran Merdeka malam tadi untuk menyertai perhimpunan 'Janji Demokrasi', meskipun ia diisytihar bertentangan undang-undang dari pihak polis. Kawasan di sekeliling Dataran Merdeka juga ditutup dan dikawal ketat, namun himpunan berjalan lancar tanpa sebarang kekacauan. Malah, suasana seperti pesta jelas dirasai. Walaupun himpunan dijadual bermula hanya pada jam 11 malam, peserta mula memenuhi kawasan sekitar dataran bersejarah itu seawal jam 9 malam. Sementara menunggu detik jam 12 tengah malam, peserta berlegar di sekitar dataran sambil bersantai dan mengambil gambar. Pelbagai ragam dan aksi dapat dilihat, termasuk persembahan spontan dari pemuzik jalanan. Kira-kira 11.15 malam, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Fuziah Salleh tiba ke kawasan himpunan, disambut dengan sorakan peserta. Tidak lama selepas itu, peserta mula bergerak untuk berhimpun di dataran bersebelahan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bersama-sama Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (Pak Samad) dan anggota Gabungan Janji yang lain. Orang ramai juga dilihat menyanyikan lagu "Janji Ditepati" dengan lirik sinikal kepada "Janji Dicapati". Pada jam 11.30 malam, Pak Samad mendeklamasikan puisi bertajuk 'Janji Demokrasi' menggunakan 'loud hailer'. Beliau kemudian mengisytihar himpunan itu sebagai berjaya. Turut bersama anggota 47 NGO yang membentuk Gabungan Janji dan juga pimpinan Pakatan Rakyat, antaranya Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan penulis lirik Bob Lokman. Tiba jam 12 tengah malam, peserta bersama-sama melaungkan 'merdeka' dan 'bersih' serta menyanyikan lagu 'Negaraku'. Sebahagian peserta mula bersurai. Pada satu ketika, keadaan menjadi sedikit tegang apabila sekumpulan penunggang motosikal membunyikan hon sehingga mengganggu peserta. Namun, keadaan kembali reda selepas peserta yang memenuhi jalan raya membuka laluan kepada kumpulan penunggang motosikal itu untuk berlalu pergi. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=35168 |
Dr Asri : Teliti pelaksanaan hukum Hudud Posted: 30 Aug 2012 07:23 PM PDT 31 Ogos 2012 SHAH ALAM [10.20AM] – Hudud sukar dilaksanakan di negara ini kerana persekitaran berbeza berbanding hudud yang dilaksanakan di peringkat permulaan dahulu. Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pelaksanaan hudud memerlukan penelitian kerana berdasarkan beberapa penulisan oleh ulama terkenal, beberapa negara luar tidak mengamalkannya kecuali Arab Saudi yang menjadi contoh pelaksanaan hudud. Menurutnya, persekitaran yang membolehkan undang-undang hudud berfungsi dengan adil selain di Arab Saudi, tidak wujud. "Hudud mestilah ditangguhkan sehingga suasana yang sesuai. Jika hudud dilaksanakan juga, ia tidak akan mencapai tujuan yang ALLAH kehendaki," katanya. Mohd Asri juga meyakini keikhlasan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai hasrat Islam beliau yang mendalam yang ditunjukkan dalam amalan peribadi dan politik. Bagaimanapun katanya, tidak semestinya hal yang sama ada dalam diri setiap pembicara hudud kerana kadang kala sebahagiannya mengelirukan pihak lain terutama masyarakat bukan Islam di negara ini. "Kita tidak boleh mempertikaikan hukum ALLAH, tetapi kita boleh mempertikaikan cara pelaksanaan dan pentafsiran hukum berkenaan oleh manusia," katanya. Beliau berkata, menjadikan politik tertumpu kepada hudud bukan satu kebijaksanaan, tidak tepat dari segi maqasid agama dan kepentingan politik. "Tujuan politik luas dan sepatutnya dibincangkan bagaimana memastikan tiada alasan untuk sesiapa mencuri disebabkan keadilan dan kebajikan negara," katanya. |
Janji Demokrasi : Lokasi terpaksa kami ubah kerana Dataran Merdeka telah DiHaramkan Posted: 30 Aug 2012 06:39 PM PDT Lokasi dipindahkan ke Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), berhampiran dengan Dataran Merdeka selepas ketibaan pemimpin-pemimpin Gabungan Janji sekitar jam 11.15 malam tadi. Sebaik tiba, mereka mengeluarkan arahan agar kesemua penyokong berpindah ke Dataran DBKL. Kemudian, jawatankuasa diiringi ke Dataran DBKL oleh Unit Amal. Suasana yang agak tegang pada awalnya mula terkawal apabila penganjur meminta penyokong-penyokong duduk dan bertenang bagi memberi ruang kepada Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said membacakan puisi 'Janji Demokrasi'. Menurut Jawatankuasa Gabungan Janji, Marina Chin Abdullah, lokasi dipindahkan berikutan Dataran Merdeka sudah "diharamkan" untuk mereka. "Kami terpaksa pindah tempat kerana tempat itu (Dataran Merdeka) sudah diharamkan untuk kami," katanya kepada Sinar Harian Online yang ditemui ketika Samad, yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0 sedang mendeklamasikan puisi. Sementara menanti saat untuk menghitung detik ambang merdeka, penyokong menyanyikan lagu Tanggal 31 dan Janji Dicapati beserta dengan laungan janji demokrasi, bersih dan merdeka yang diulang-ulang. Suasana semakin gamat apabila sekumpulan penunggang motosikal didakwa cuba mengganggu mereka berimpun di kawasan tersebut. Namun, keadaan terkawal dan tepat jam 12 malam, pemimpin melaungkan 'Merdeka' dan "Janji Demokrasi' berulang kali. Sejurus tamat laungan itu, para pemimpin Gabungan Janji bersurai dengan diiringi beberapa penyokong menuju ke Jalan Raja Laut. Mengulas perhimpunan itu, Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais melahirkan kegembiraannya atas kelancaran sambutan anjuran pihaknya. "Saya gembira dengan sambutan malam ini. Semua berjalan dengan lancar," katanya kepada pemberita. Beliau mengelak untuk mengulas tentang segelintir peserta yang membawa sepanduk bantahan ketika himpunan berlangsung. Menurut Maria Chin, pihaknya sudah meminta peserta terbabit supaya menurunkan sepanduk tersebut. Katanya lagi, pemilihan pakaian penyokong yang hadir terpulang kepada individu. "Itu hak mereka. Terpulang. Tak kira apa warna," katanya kepada pemberita. Samad turut melahirkan rasa puas hati atas kehadiran rakyat Malaysia ke himpunan itu yang sebilangan besarnya adalah golongan muda. "Saya puas hati dan tidak menyangka jumlah yang hadir seramai ini. "Malah jumlah yang besar dari anak-anak muda. Orang muda dapat rasai bahawa era ini era mereka," katanya. Meskipun penyokong himpunan itu sudah diminta bersurai oleh pihak penganjur, namun masih ramai penyokong yang berlegar-legar di sekitar Dataran DBKL dan Dataran Merdeka terutama di sepanjang jalan utama di kawasan tersebut. Selain jawatankuasa Gabungan Janji, turut kelihatan Timbalan Presiden Pas, Muhamad Sabu; Ahli Parlimen Kuantan merangkap Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh dan artis, Bob Lokman.- Sinar |
Tikam bapa dan rogol ibu ..... anak haramjadah betul la Posted: 30 Aug 2012 09:38 AM PDT [31 AUG 2012 - 12:30 AM] Seorang wanita berusia 42 tahun tidur dengan suaminya di rumah mereka pada suatu malam apabila anak lelaki mereka yang berusia 19 tahun menendang pintu bilik tidur mereka. Apabila pintu terbuka, si anak dengan kejam menikam bapanya sebelum mengheret ibunya dari katil lalu dibawa ke semak. Di semak itu, dia merogol ibunya berulang kali. Bercakap mengenai pengalaman pahit yang berlangsung selama tiga jam itu, ibu itu berkata masalah bermula apabila anak mereka pulang dalam keadaan mabuk. Selepas ditikam, si ayah langsung keluar untuk mendapatkan pertolongan, meninggalkan isterinya dalam keadaan terdedah . Ketika itu lah, si anak meminta ibunya untuk berpakaian sebelum mengheretnya ke semak dan merogol ibunya di situ. "Dia merogol saya dengan mengacukan pisau dan menyerang saya dengan tangan, menendang dan mengancam untuk membunuh saya. Saya berjaya melarikan diri apabila dia mendengar ramai orang yang mencari dia di kawasan semak itu. Saya tidak suka berfikir bahawa saya kini telah dirogol oleh anak saya sendiri. Saya ingin dia mati tanpa pengetahuan saya" katanya. Si anak yang kejam ini berjaya ditangkap dan sedang dipenjarakan atas tuduhan serangan dan rogol. Ramai yang bersedia untuk melemparinya dengan batu hingga mati jika dia dibebaskan. Bapanya yang berusia 55 tahun berkata bahawa dia tidak akan memaafkan perbuatan anaknya itu dan tidak mahu sebarang hubungan dengannya lagi. "Dia tidak akan pernah mendekati saya, anak saya atau isteri lagi. Saya tidak peduli apa yang berlaku kepadanya. Bagi kami dia sudah mati." |
TERKINI : Dari Dataran Merdeka [Gambar2] Posted: 30 Aug 2012 07:14 AM PDT [30 AUG 2012 - 10:10 PM] Penyelaras serta aktivis Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim mengatakan bahawa seluruh jalan menuju Dataran Merdeka kini sudah dikepung polis! Beliau yang memberitahu perkara tersebut menerusi laman sosial Twitter berkata, laluan masuk dari Masjid Negara menuju dataran tersebut sudah ditutup dan hanya boleh dilalui dengan berjalan kaki sahaja. Haris juga memberitahu kehadiran anggota polis diperhatikan lebih ramai daripada biasa, petanda jelas bahawa sekali lagi polis diperalatkan pemimpin Umno-APCO untuk menghalang sambutan 'Janji Demokrasi' yang dijadualkan jam 11 malam nanti. Sementara iru, jurucakap Gabungan Janji, Hishamuddin Rais, berkata perhimpunan "Janji Demokrasi" akan tetap diteruskan walaupun polis tidak membenarkan mereka berhimpun di Dataran Merdeka. Katanya, pihaknya tidak akan melanggar arahan polis supaya tidak berhimpun di Dataran Merdeka, sebaliknya berkata mereka akan menyambut Hari Kemerdekaan di mana-mana sahaja di sekitar Kuala Lumpur dengan baju kuning. "Jika perjalanan ke Dataran Merdeka tersekat dan hanya sampai di Chinatown (Jalan Petaling), kita akan sambut hari kemerdekaan di Chinatown," katanya lagi. "Kita mahu kalau boleh, ramai orang akan memakai baju kuning dan kelihatan di mana-mana sebagai tanda sokongan kepada demokrasi." Menurutnya, pihaknya sudah menjangka bahawa pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan perhimpunan Janji Demokrasi berlangsung di Dataran Merdeka. Sementara itu, menurut pengerusi komuniti Selamatkan Jalan Sultan, Stanley Yong, berkata, mereka tidak menerima apa-apa amaran dari pihak polis berkenaan acara mereka. "OCPD telah jumpa saya dua kali, dan kami menerangkan bahawa kami akan berarak di Jalan Sultan dan Jalan Petaling sahaja," katanya. "Kita tidak akan berjalan hingga Dataran Merdeka. Dan kami akan bergerak secara berasingan (dengan Gabungan Bersih). "Pihak polis berkata mereka akan menghantar kira-kira 10-15 anggota polis untuk mengawal laluan trafik di sekitar Jalan Sultan agar tidak terganggu, dan kami berterima kasih kepada pihak polis kerana memudahkan perarakan kami," kata Stanley lagi. Yong, yang juga pengerusi dewan perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), berkata, acara mereka akan bermula pada jam 8.00 malam di Gospel Hall, Jalan Hang Jebat, sebelum mula berarak pada jam 8.30 malam, melalui Jalan Sultan dan Jalan Petaling sebelum berakhir di bekas perhentian bas Klang, yang kini merupakan tapak pembinaan stesen MRT Pasar Seni. Polis mengumumkan perhimpunan Janji Demokrasi malam ini bertentangan dengan undang-undang. Anggota jawantankuasa penganjur, Maria Chin Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan bahawa Ketua Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi, Zainuddin Ahmad, hari ini mengirimkan surat rasmi memaklumkan perkara itu kepadanya. -jalanpulang sila ikuti Twitter di sebelah untuk Laporan TERKINI |
Macam-macam perangai la polis ni, bukan setakat samseng saja ... haaa ambik kau!!! Posted: 30 Aug 2012 05:43 AM PDT Kelucahan melampau: Bekas ketua polis balai dihukum penjara KANGAR 30 Aug 2012 - Bekas ketua Balai Polis Arau, Sub-Inspektor Zaini Ahmad hari ini dikenakan hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap dua pemuda, lima tahun lalu. Hakim Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan terhadap Zaini, 54, selepas membenarkan rayuan kali kedua oleh pihak pendakwaan. Bagaimanapun, Mohd Zaki mengarahkan hukuman itu berjalan serentak. Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kangar membenarkan rayuan kali kedua pihak pendakwa terhadap keputusan Mahkamah Majistret Kangar yang membebaskan tertuduh pada 21 Oktober 2011. Kali pertama pihak pendakwaan membuat rayuan terhadap kes itu ialah setelah Mahkamah Majistret membebaskan tertuduh pada 2 Jun 2010 dan mengekalkan keputusannya selepas rayuan dibuat apabila membebaskan tertuduh pada 21 Oktober 2011. Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki berusia 21 tahun di sebuah pondok di tepi bangunan Balai Polis Arau antara pukul 1 pagi dan 4.30 pagi 6 Januari, 2007. Bagi pertuduhan kedua, Zaini didakwa melakukan kesalahan serupa dengan lelaki yang sama antara 4.30 pagi dan 5.30 pagi tarikh sama di dalam bilik maklumat, bangunan Balai Polis Arau. Bagi pertuduhan ketiga pula, dia didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap remaja lelaki berumur 18 tahun antara 11.30 pagi dan 3 petang di pejabat Ketua Polis Balai, Balai Polis Arau, pada tarikh yang sama. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan. Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Sobry manakala tertuduh diwakili peguam K. Mahendren. - Bernama |
Remaja Bakar Teman Wanita Didakwa di Mahkamah Posted: 30 Aug 2012 04:06 AM PDT KUALA LUMPUR: 30 Aug 2012 Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas tuduhan cuba membunuh teman wanitanya dengan cara membakar menggunakan petrol sehingga melecur anggota badan. Turut didakwa rakan lelaki berkenaan dengan pertuduhan sama mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama mengikut Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan. Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim S. M Komathy Suppiah. Teman lelaki wanita itu, Mohd Amir Mohd Anuar, 19, dan rakannya Muhammad Faiz Kamaruddin, 24, didakwa bersama-sama dengan niat cuba membunuh Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, dengan membakarnya sehingga menyebabkan cedera sehingga 30 peratus pada anggota badannya. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kawasan semak di belakang Puspakom, Wangsa Maju pada pukul 3.15 pagi, 13 Ogos lalu. Mohd Amir, yang bekerja di Hotel Sheraton, di sini, diwakili peguam Wan Azmir Wan Majid manakala Muhammad Faiz bekerja sebagai pengawal keselamatan tidak diwakili peguam. Pendakwaan, yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Nazneen Zulkifli, tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kes tersebut tidak boleh dijamin. Sementara itu, pegawai penyiasat kes tersebut, Insp Chua Sze Yuan, yang hadir ke mahkamah hari ini ketika ditanya Komathy memberitahu mahkamah bahawa mangsa masih koma dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Hakim Komathy menetapkan 27 September depan untuk sebutan semula kes. Kedua-dua mereka ditahan di Penjara Sungai Buloh. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan