Khamis, 23 Ogos 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


JAMUAN HARI RAYA DAN PROGRAM CERAMAH YB NURUL IZZAH PADA 28 OGOS INI DI PAHANG

Posted: 23 Aug 2012 09:03 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

TANPA membuang masa, KEADILAN Pahang terus melangkah meneruskan gerak kerja Pilihanraya sejurus musim menyambut Hari Raya Eidul Fitri dengan mengadakan Program Bersama Naib Presiden, YB Nurul Izzah Anwar pada 28hb Ogos (Selasa) ini.

Program bermula di Keratong 8, pada tarikh tersebut mulai jam 2.30 petang di kawasan perniagaan Felda Keratong 8, Muadzam Shah, Rompin, YB Nurul Izzah akan bersama rakyat di dalam Jamuan Hari Raya Eidul Fitri.

Pada sebelah malamnya pula, satu jamuan makan malam berthemakan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" akan diadakan di Restoren Mexica, Bandar Kuantan mulai jam 07.30 malam.  Turut bersama pada program itu adalah Pengerusi MPN, Dato' Fauzi Abd Rahman dan juga Ahli Parlimen Kuantan YB Fuziah Salleh.

Disenaraikan untuk bersama YB Nurul Izzah pada program itu adalah YB William Leong (MP Selayang), YB Abdullah Sani Saat (MP Kuala Langat), YB Chai Tong Chai (Adun Chuah), Sdr Tan Ah Kaw (Ahli Majlis MBSA) dan pimpinan PR kawasan Kuantan.

Jamuan makan malam tersebut adalah bagi mendapatkan dana PRU akan datang.  Sehubungan itu, sesiapa yang ingin membantu menyumbangkan dana serta untuk bersama di dalam majlis makan malam tersebut bolehlah mendapatkan kopun dengan menghubungi No Tel 019-9866126 (Sdr Siew), 013-9929494 (Sdr Kamal) atau 013-9449428 (Sdr Aru).

Pada malamnya pula, YB Nurul Izzah akan berceramah di Markas PAS, Balok Makmur dan kemudiannya akan berceramah di Taman Seri Mahkota Aman, Batu 11, Kuantan.

Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai di dalam semua program tersebut.

APA BEZA KARPAL, NASRUDDIN DAN HASSAN ALI?

Posted: 23 Aug 2012 02:59 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

ADA desakan yang meminta PAS mendesak DAP agar memecat Pengerusinya Karpal Singh kerana Karpal dilihat lantang menentang hukum Hudud.  Pertamanya secara peribadi aku tidak bersetuju dengan cara Karpal yang langsung tidak berhikmah atau bijak di dalam menyuarakan pendapatnya.  Ada yang mahu menyamakan isu Karpal ini dengan isu pemecatan Hasssan Ali oleh PAS.

Mereka mendakwa jika PAS boleh pecat Hassan Ali, mengapa DAP tidak boleh pecat Karpal Singh?  Benarkah isu ini boleh disamakan?  Apa salah Karpal Singh terhadap DAP dan apa pula salah Hassan Ali terhadap PAS?

Baiklah, kita semua tahu sejak dahulu lagi bahawa DAP tidak pernah bersetuju dengan hukum Hudud dan hal ini PAS pun maklum lama sudah.  PAS pula konsisten untuk memperjuangkan hukum Islam termasuk hukum Hudud walaupun dengan berbagai pendekatannya.  Pendirian PAS yang tegas ini pun DAP sudah lama tahu.  

Apabila Karpal sejak dari dahulu lagi lantang menentang hukum Hudud, apakah kerana itu Karpal mesti dipecat?  DAP memang tidak menyokong hukum Hudud, dan Karpal menyebut benda yang selari dengan prinsip DAP, salahkah Karpal?  Begitu juga PAS tetap tegas memperjuangkan hukum Hudud, dan pendirian PAS ini dipertahankan secara lantang oleh Ketua Pemuda PAS, Us Nasruddin Tantawi.  Salahkah Us Nsdruddin? Jawapannya, kedua-duanya tidak salah kepada parti masing-masing TETAPI amat tidak bijak di dalam pendekatannya terutama oleh Karpal Singh.

Ketidak bijaksanaan Karpal itu tidak sampai ke peringkat DAP perlu memecat beliau.  DAP boleh bertindak dengan menegur Karpal Singh di atas ketidak bijaksanaan beliau itu.  Karpal tidak boleh memaksa PAS berpendirian sama seperti DAP kerana PAS mempunyai dasarnya yang tersendiri.  Buat Us Nadruddin Tantawi pula, beliau bertindak bijak apabila terus lantang bersuara SELAGI Karpal Singh bersuara mengkritik dasar PAS tersebut.  

Mengapa mahu disamakan dengan apa yang menimpa Hassan Ali?  Amat jauh bezanya.  Hassan Ali dipecat kerana mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan keputusan  Majlis Syura PAS.  Beliau mengkritik Dasar Negara Berkebajikan yang telah dipersetujui oleh Majlis Syura sebagai satu pendekatan PAS tanpa menggadaikan matlamat penubuhan Negara Islam termasuk hukum Hudud.  Itu bezanya.

Karpal Singh memang tidak bijak langsung di dalam menyuarakan dasar partinya tanpa menghormati dasar PAS.  Ketua Pemuda PAS pula bertindak bijak membela PAS dari terus dikritik oleh Karpal.  Maka, di dalam isu ini tiada kena mengena langsung dengan Hassan Ali.  Menyamakan isu ini dengan isu Hassan Ali hanyalah kerja puak-puak yang mahu melihat PAS dan DAP terus berbalah, dan kerja ini biasanya adalah kerja pihak yang spesisnya lebih kurang Umno juga.

Sebelum aku tutup bicara, mari kita fikirkan secara lojik iaitu seandainya Karpal Singh atau DAP menyokong hukum Hudud, adakah kita fikir Umno akan terima dan laksanakan Hudud?  Kalau DAP konsisten sejak dahulu menentang rasuah, itu pun Umno tidak mampu untuk menghalang rasuah di kalangan pemimpinnya, adakah Umno mampu laksanakan perkara lebih besar seperti hukum Hudud ini?  Jadi yang lebih penting buat kita adalah kuburkan Umno dahulu kerana Umno lah sebenarnya penghalang hukum ini.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Khabar Dari HUSM

Posted: 23 Aug 2012 08:30 PM PDT

Bismillah, saya dinasihatkan oleh doktor untuk berehat di HUSM hujung minggu ini. Pagi ini, saya dibekalkan dengan bahan-bahan bacaan dan akhbar-akhbar termasuk Utusan Malaysia yang membawa tajuk utama "Anwar Tolak Hudud PAS.."

Di Malaysia ini, ada akhbar yang langsung tidak boleh dipercayai. Daripada sembilan berita yang ditulis, sepuluh daripadanya perlu diselidiki terlebih dahulu sebelum dipercayai. Salam hormat dari saya.

Hajar Aswad Dan Rahsia Besar Ketika Menciumnya

Posted: 23 Aug 2012 08:27 PM PDT

Hajar Aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Ka'bah, iaitu sudut dari mana Tawaf dimulai. Hajar Aswad merupakan jenis batu 'Ruby' yang diturunkan Allah dari syurga melalui malaikat Jibril. Hajar Aswad terdiri dari lapan keping yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak.
Batu hitam itu sudah licin kerana terus menerus di kecup, dicium dan diusap-usap oleh jutaan malah milion manusia sejak Nabi Ibrahim a.s, iaitu jamaah yang datang keBaitullah, baik untuk haji mahu pun untuk tujuan Umrah.
Hadist Sahih riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu 'Abas RA, bahawa Rasul SAW bersabda:
"Allah akan membangkitkan Al-Hajar (Hajar Aswad) pada hari kiamat. Ia dapat melihat dan dapat berkata. Ia akan menjadi saksi terhadap orang yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar".
Hadis tersebut mengatakan bahawa disunatkan membaca doa ketika hendak istilam (mengusap) atau melambainya pada permulaan thawaf atau pada setiap putaran, sebagai mana, diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA. Artinya:
"Bahawa Nabi Muhammad SAW datang ke Ka'bah lalu diusapnya Hajar Aswad sambil membaca Bismillah Wallahu Akbar".
Asal Usul Hajar Aswad
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Ka'bah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Ka'bah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk.
Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail mahu membinanya dengan meninggikan bangunannya dan mengangkut batu dari berbagai gunung. setelah bangunan Ka'bah itu hampir selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasa kekurangan seketul batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata pada Nabi Ismail, "Pergilah engkau mencari seketul batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."
Read More / Baca Lagi >>

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Posted: 23 Aug 2012 08:25 PM PDT

Penggalian di bawah Masjid Al-Aqsa sedang dijalankan..
Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.
Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.
 Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. Mereka mengakui secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa untuk "membangkitkan semula "Temple of Solomon." iaitu Kuil Sulaiman.
Arkeologi dan ahli kaji sejarah mengetahui bahawa runtuhan "Kuil Sulaiman" terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara ini berlaku. Ini memerlukan perhatian dunia Islam.
Read More / Baca Lagi >>

Dalam Tekanan : BN tidak gusar, terancam jentera ceramah baru PR

Posted: 23 Aug 2012 08:21 PM PDT


SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) Selangor tidak berasa gusar dan terancam dengan jentera baru Pakatan Rakyat (PR) yang menjadikan sebuah bas dua tingkat sebagai platform ceramah bergerak untuk menyampaikan mesej parti.
BN tidak gusar, terancam jentera ceramah baru PR Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata, BN mempunyai pendekatan tersendiri dan pihaknya langsung tidak akan meniru cara digunakan PR bagi meraih sokongan rakyat.

"Kita tidak hairan dengan apa yang dilakukan mereka (PR). Apa yang Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) lakukan itu terpulanglah kepada parti mereka.

"Rakyat boleh nilai sejauh mana mereka (PR) memimpin. Mereka yang akan membuat pilihan pemimpin untuk generasi akan datang," katanya ketika diminta mengulas mengenai jentera pilihan raya PR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kelak.

Read More / Baca Lagi >>

Mahathir takut Anwar dan Pakatan ganti BN PRU 13

Posted: 23 Aug 2012 08:20 PM PDT

KUALA LUMPUR 24 Ogos: Tun Dr Mahathir Mohamad dibayangi ketakutan melampau terhadap seterunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bimbang berdepan kejatuhan BN dalam pilihan raya umum akan datang manakala Pakatan Rakyat pula diangkat menggantikan Kerajaan Persekutuan.
"Melihatkan sikap Mahathir ini, sebenarnya beliau dibayangi ketakutan (paranoid) terhadap Anwar. Sebab itu beliau terpaksa menggunakan ideologinya sehingga sanggup menyamakan Anwar dengan Obama.
"Satu perkara yang perlu dijelaskan adalah Obama sudah dipilih jadi Presiden. Adakah kerana Mahathir cemburu melihat dasar Obama lebih baik daripada kawan 'baiknya' George W Bush," kata Shamsul Iskandar Md Akin ketika dihubungi.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri itu menyamakan Anwar yang juga Ketua Pembangkang dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.
Read More / Baca Lagi >>

MENGAPA GUAN ENG BERI RM500 KEPADA PARA HAFIZ

Posted: 23 Aug 2012 08:10 PM PDT


SEORANG WARTAWAN BERBANGSA CINA TANYA LIM GUAN ENG, KENAPA ANDA BERI RM500 KEPADA PENGHAFAL AL-QURAN? APA JAWAB LGE, SILA BACA:

RM500 Untuk Tahfiz: Satu Lagi Bukti DAP Bukan Parti Anti-Islam, Melayu.

: Seorang wartawan bangsa Cina pernah bertanya kepada Lim Guan Eng, mengapa Kerajaan Pulau Pinang memberi RM500 kepada pelajar Maahad Tahfiz yang menghafal Al-Quran 30 Juz?


Ketua Menteri Pulau Pinang itu menjawab: "Orang Islam yang pegang kepada ajaran Islam mereka tidak akan makan rasuah."
Read More / Baca Lagi >>

Politik kotor UMNO@BN

Posted: 23 Aug 2012 08:03 PM PDT


Tak ada orang nak bergaduh dan bunuh membunuh lagi kerana tiada apa yang hendak direbut
Pemimpin melagakan rakyat tapi poket mereka penuh manakala rakyat terpaksa bersusah payah bila keadaan negara huru hara....
Pemimpin boleh terbang meninggalkan negara dan menggunakan simpanan mereka diluar negara untuk terus menikmati kemewahan hidup.
Apa yang ada pada rakyat yang terus miskin melarat
Tak payah lah menggunakan sentimen dan retorik konon nya ada pihak yang akan kehilangan hak kerana hak rakyat yang miskin telah lama dinafikan
Read More / Baca Lagi >>

Jalan sekitar Dataran ditutup bermula 27 Ogos

Posted: 23 Aug 2012 08:00 PM PDT

Beberapa jalan utama di sekitar Dataran Merdeka di Kuala Lumpur akan ditutup kepada semua kenderaan sempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan ke-55 pada 31 Ogos ini.

Menurut laman Facebook Polis Kuala Lumpur semalam, penutupan jalan akan dibuat secara berperingkat bermula pukul 6 pagi pada 27 hingga 31 Ogos bagi tujuan persiapan, latihan serta sambutan sebenar.

Jalan-jalan terbabit akan dibuka semula setelah acara berkenaan selesai.
Read More / Baca Lagi >>

HUDUD - Walaupun sukar PAS akan tetap tidak berputus asa...

Posted: 23 Aug 2012 07:52 PM PDT


SHAH ALAM - Pimpinan Pas bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad bahawa pelaksanaan hudud tidak dapat dilakukan dalam masa terdekat kerana pelbagai halangan dan suasana yang belum sesuai di negara ini.
Naib Presiden Pas, Salahuddin AyubNaib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, bagaimanapun Pas tidak akan berputus asa demi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang menegakkan syiar Islam dari pelbagai aspek.

Menurutnya, antara halangan besar sebelum melaksanakan undang-undang Islam di negara ini adalah Akta Mahkamah Syariah 1965 yang perlu dipinda.


"Dalam konteks negara kita hari ini, adalah sukar untuk melaksanakan hudud kerana terdapat pelbagai halangan dalam perlembagaan itu sendiri," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Apabila ditanya mengenai hasrat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu Pas menyertai Umno bagi melaksanakan hudud, beliau menegaskan Pas kini tidak mempercayai kenyataan Dr Mahathir tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Hudud: Umno perlu segara nyatakan sikap

Posted: 23 Aug 2012 07:50 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Kelantan mempersoalkan kenapa Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh hanya menukilkan pendirian DAP yang menentang hudud dan di dalam masa yang sama tidak menyatakan pendirian Umno.
"Saya tertarik untuk mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berhubung isu hudud seperti yang tersiar di dalam Sinar Harian hari ini 24 Ogos," kata ketuanya, Abdul Latiff Abd Rahman (gambar).

Di dalam kenyataan tersebut, Fatmi antara lain menyatakan bahawa PAS yang sepatutnya mengeluarkan kenyataan mengenai pendirian mereka berhubung hukum hudud, bukan DAP.
Read More / Baca Lagi >>

Hudud di’matador’kan oleh siapa?

Posted: 23 Aug 2012 07:47 PM PDT

Abdul Rahman Hashim

Nik Abduh Nik Aziz, Timbalan Ketua Pemuda PAS meminta DAP menyatakan pendirian rasmi parti itu terhadap hukum undang-undang Islam khususnya hudud yang sedang hangat dihebohkan sekarang ini. Bagaimana pula dengan Pemuda UMNO, apakah tidak tercabar dengan pendirian yang dibuat oleh Pemuda MCA yang turut menolak Hudud atau mungkinkah UMNO juga turut bersimpati dengan DAP yang dikecam kuat oleh PAS sehingga tidak tergamak untuk mencabar rakan sekutunya dalam BN, MCA?
Demikianlah malangnya hukum Tuhan ini apabila dihangatkan dari kacamata politik sempit. Masing-masing  rasa tidak berdosa apabila hudud tidak mendatangkan keuntungan politik kepada parti-parti tertentu. Di Kota Bharu Kelantan, Ketua UMNO Bahagiannya Datuk Fatmi Salleh yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri dikatakan kecewa kerana parti PAS masih berdegil mahu berkawan dengan DAP walaupun parti itu khususnya Karpal Singh berterusan menentang hudud?

Jika itulah respon pemimpin UMNO terhadap isu ini, maka ia bagaikan terpercik ke muka sendiri, kerana MCA yang menjadi rakan sekutu kuat UMNO di dalam BN juga tidak kurang hebatnya menentang hudud, malah ada di kalangan pemimpin MCA pernah melemparkan ugutan kepada UMNO supaya tidak melaksanakan hudud jika mahu MCA kekal di dalam BN. Demi menjaga hati MCA ini, tidak ada seorang pun pemimpin kanan UMNO yang rasa tercabar apabila hukum Allah ini dipersendakan sebegitu rupa.
Read More / Baca Lagi >>

JANJI DITEPATI - RAKYAT NEGERI PM PUN TAK TERBELA

Posted: 23 Aug 2012 07:42 PM PDT


SEBERANG TEMERLOH – Seorang ibu tunggal meneruskan tahun-tahun suram menyambut Syawal dalam keadaan rumah serba daif sama seperti sebelum ini.

Rosdi Tahir, 53, yang juga orang kurang upaya (OKU) mental hilang tempat bergantung selepas kematian suami tiga tahun lalu.
Rosdi yang mengalami masalah mental sejak melahirkan anak bongsunya kira-kira 14 tahun lalu itu terpaksa mendiami sebuah rumah usang dekat Jalan Maran berhampiran stesen minyak Esso Seberang Temerloh bersama lapan anaknya.
Menurutnya, mereka sekeluarga mendiami rumah itu yang dibina menggunakan lebihan kayu sebuah kilang papan sejak lebih 30 tahun lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Politik Banner Di Kelantan

Posted: 23 Aug 2012 07:41 PM PDT

Patutlah ramai yang hendak jadi wakil rakyat, kerana banyak kemudahan. Selain dari elaun bulanan RM5,000 hingga RM7,000 sebulan banyak lagi kemudahan-kemudahan lain. Bil telefon, kesihatan, elaun mesyuarat, kenderaan dan sebagainya.

Wakil rakyat juga mendapat penghormatan dari rakyat. Kalau YB yang berjurus akan dikunjungi rakyat di bawa berbagai-bagai persembahan berupa buah-buahan, kain sarung, kopiah, jubah, serban dan diberikan perbagai hadiah ynang indah dan mahal-mahal.

Buah tamar, air zam-zam tidak payah beli akan ada rakyat yang bawa ke rumah. Begitu juga dengan keris lama dan permata cincin akan dicari dan diberikan kepada wakil rakyat sebagai hadiah alis bodekan. Apa lagi apabila menjelang pilihan raya wakil rakyat terumatnya yang ada kedudukan tinggi dalam parti dan berkuasa menentukan calon seperti semuanya ditanggung beres.

Apakah pemasangan banner ini mendapat kebenaran PBT.
Exco yang berkuasa meluluskan sesuatu projek pula akan mendapat imbuhan sebagai balas jasa. Sebenarnya dalam istilah poden sebagai rasuah bertaklik yang sukar untuk dikesan oleh SPRM. Hari ini mereka meluluskan sesuatu projek, seperti tanah, balak atau kawasan getah kelon, esok akan sampailah 'mualaf' Melayu yang menjadi brua membawa wang imbuhan dalam guni gandum.

Salah satu yang paling saya merasai akan keistimewaannya kalau menjadi wakil rakyat ialah, ada orang tukang bawa kita, driver. Dengan elauan dan kemudahan yang ada seseorang wakil rakyat boleh membayar pemandu sendiri sampai dua tiga orang. Apa lagi kalau jadi exco, timbalan menteri besar atau menteri besar driver akan dibayar oleh kerajaan. Jadi hendak ke mana tidak payah pandu dan bawa sendiri.

Read More / Baca Lagi >>

Janji: Sesuai Mahathir tuju kepada PM sekarang

Posted: 23 Aug 2012 07:38 PM PDT


KUALA LUMPUR: "Saya menilai kenyataan Tun Dr Mahathir sebagai tidak tepat pada sasarannya, malah amat meleset sama sekali," kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.
Beliau mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir kelmarin yang menyifatkan Pakatan Rakyat sebagai Barrack Obama, Presiden Amerika Syarikat yang hanya tahu menabur janji tetapi gagal menunaikannya.

Yang jelas, katanya Barrack Obama telah menjadi Presiden Amerika Syarikat dan beliau sedang memegang tampuk kuasa sekarang.

Tambahnya, adapun persamaan dengan Pakatan Rakyat, ianya jauh berbeza ibarat langit dengan bumi.

Read More / Baca Lagi >>

FIGHT OF 5 DECADES: M'sia the boxing ring, Sabah the referee & S'wak the VVIP seats

Posted: 23 Aug 2012 07:35 PM PDT

FIGHT OF 5 DECADES: M'sia the boxing ring, Sabah the referee & S'wak the VVIP seatsImagine this setting: The defining match date is the 13th General Election. The boxing ring is the whole of Malaysia – Sabah however is the referee and Sarawak takes up the premium VVIP seat nearest to the ring.
And the referee announces, "On my right is the defending champion BN. A fifty-five year track record of staying power. Unprecedented in world history of politics."
And as he raises the right hand of the BN contestant, the 'world champ' screams "over dead bodies and crushed bones we will deliver this fight." And then dances in circles heading to the BN corner of the ring while the supporters hum "Jangi DeTepati" in chorus.
KEEP IT CLEAN!
Read More / Baca Lagi >>

Janji 'kerat' Johari Pain versi kedua

Posted: 23 Aug 2012 07:34 PM PDT


Janji 'kerat' Johari Pain versi kedua
Kenyataan 'berani mati' individu yang menggelar dirinya, Jat Raindy yang tersebar di Facebook, semalam, mengundang perasaan marah peminat bola sepak Kedah
 
SELEPAS tewasnya juara treble 2007 dan 2008, Kedah pada aksi pertama kumpulan B Piala Malaysia kepada Juara Liga Premeir 2012, ATM 2-0 di laman sendiri kelmarin, seorang lelaki yang menggelar dirinya Jat Raindy sanggup memotong kemaluannya jika Kedah berjaya di dalam saingan Piala Malaysia.

Terdahulu, Jat telah menulis tentang kekecewaannya di laman sosial Facebook serta mendakwa skuad Kenari layak jatuh ke saingan Liga Perdana berdasarkan prestasi yang tidak konsisten yang ditunjukkan.

Read More / Baca Lagi >>

Pejuang luar sertai pemberontak Syria

Posted: 23 Aug 2012 07:30 PM PDT


Pejuang luar sertai pemberontak Syria
Serangan balas di antara pemberontak Syria dan tentera kerajaan menyebabkan ribuan penduduk menjadi pelarian.
 
DAMSYIK - Kumpulan pemberontak di bandar terbesar Syria, Aleppo mengakui kini berhadapan tentangan hebat daripada rakyat tetapi memaklumkan tindakan serangan ke atas bandar-bandar dalam negara itu untuk menjatuhkan Presiden Bashar Al-Assad dibantu oleh pejuang asing.

Menurut pemberontak, sukar bagi mereka menentang tentera kerajaan terutama sekali apabila terpaksa menyerang beberapa kawasan kejiranan miskin dan menubuhkan pangkalan.

Kumpulan aktivis memberitahu, serangan bertalu-talu termasuk tembakan dengan helikopter setakat kelmarin, mengorbankan sekurang-kurangnya 40 orang yang sedang berlindung di kejiranan Kfar Souseh, Daraya, Qadam dan Nahr Aisha.
Read More / Baca Lagi >>

7 Gangguan Syaitan Ketika Sakaratul Maut!

Posted: 23 Aug 2012 07:29 PM PDT

Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut.
Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.Hadith Rasulullah s.a.w.. menerangkan:Yang bermaksud: "Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu maut."
Rombongan 1
Akan datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat.
Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 2
Read More / Baca Lagi >>

Seksyen 114A: Perlu tafsiran lebih jelas, tubuh PSC

Posted: 23 Aug 2012 07:13 PM PDT


Logo Parlimen Malaysia. KUALA LUMPUR - Kekecohan yang ditimbulkan pengguna Internet baru-baru ini berhubung Seksyen 114A Akta Keterangan, mencetuskan gelombang yang agak besar, terutama berkaitan tanggapan bahawa seseorang yang namanya tertera pada sesuatu penerbitan adalah pemilik atau pengendali yang menyiarkan kandungan berkenaan.

Peruntukan yang termaktub di bawah Akta Keterangan (Pindaan) (No. 2) 2012 mengundang banyak perbahasan, termasuk dalam kalangan penggubal dasar daripada pihak kerajaan dan pembangkang.
 
Seksyen 114A, yang diluluskan Parlimen April lepas dan diwartakan pada 31 Julai, menganggap bahawa seseorang yang namanya, fotonya atau nama samarannya tertera pada sesuatu penerbitan, menunjukkan bahawa dia adalah pemilik, hos, pengendali, editor atau penyunting, atau, seseorang, yang dalam apa jua cara menyebabkan penyiaran atau penyiaran semula sesuatu penerbitan, dianggap menerbitkan atau menerbitkan semula penerbitan berkenaan, melainkan dia dapat membuktikan sebaliknya.
 
Read More / Baca Lagi >>

Clashes in Damascus as shelling continues

Posted: 23 Aug 2012 06:29 PM PDT

Realiti Hidup Di Sabah Yang Cuba Dikaburkan BN@UMNO, Negeri Termiskin Di Malaysia!

Posted: 23 Aug 2012 06:27 PM PDT

Artikel di bawah ialah suatu pendedahan oleh seorang doktor dari Semenanjung mengenai kemiskinan di Sabah.

Penulis yang melakukan pendedahan itu memulakan:-

*******

Saya membaca surat Dr Hams dan amat bersetuju dengan banyak pengamatannya. Saya bekerja di Sabah selama lebih dari 7 tahun sebagai house officer dan medical officer. Setelah housemanship saya, saya telah dihantar bertugas di hospital daerah Ranau. Apa yang diceritakan oleh Dr Hams di Kota Marudu bukan lah suatu perkara yang terasing hanya untuk Kota Marudu. Cerita menyayat hati ini diulangi diseluruh negeri Sabah.

Pengenalan saya kepada keadaan kemiskinan Sabah terjadi dalam beberapa bulan pertama saya di Kota Marudu. Suatu hari seorang wanita berumur 70 tahun dari Kota Marudu telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth kerana demam kuning yang dasyat.( deep jaundice). Wanita ini tinggal berseorangan dalam sebuah kampong di Kota Marudu. Dia menyedari mengenai demam kuningnya setelah selang satu bulan.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO jadi lembu yang ditarik hidung dalam Be End

Posted: 23 Aug 2012 06:17 PM PDT

Setelah menjadi keldai tunggangan MCA dan Gerakan untuk sekian lama, pemimpin UMNO masih tidak mengerti dan faham bahawa mereka sebenarnya telah dipergunakan untuk menjayakan agenda liberalisme, pluralisme serta penghapusan kepentingan dan hak-hak Melayu di negara ini.

Sentiasa sahaja UMNO akan mempertahankan kedua-dua sekutunya dalam Be End apabila mereka diserang tetapi adalah parti itu benar-benar faham apa yang mereka cuba pertahankan? 

Takkan pemimpin UMNO seperti Rosmah dan Najib begitu bodoh dan bebal sehingga tidak dapat membaca perancangan MCA dan Gerakan yang sedang melaksanakan agenda menyisihkan masa depan Islam dan Melayu. 

Dalam isu fatwa haram mengundi dan menyokong MCA kerana anti Islam yang dikeluarkan oleh para ulamak besar di Malaysia, UMNO begitu beria-iya mempertahankan MCA. Pernahkan kita lihat MCA melakukan perkara yang sama mempertahankan UMNO dalam mana-mana isu selama ini? 

Read More / Baca Lagi >>

Pas Kelantan pertikai jawatankuasa royalti rangkumi Pahang yang tidak mempunyai petroleum....

Posted: 23 Aug 2012 06:12 PM PDT


Wan Ismail Wan Jusoh KOTA BHARU- Pas Kelantan mempertikaikan jawatankuasa khas, yang ditubuhkan Kerajaan Pusat, memasukkan Pahang sebagai negeri yang perlu mendapatkan royalti sedangkan negeri tersebut didakwa tidak mempunyai minyak petroleum.

Ahli Badan Perhubungan Pas Negeri Kelantan, Wan Ismail Wan Jusoh berkata, pihaknya difahamkan jawatankuasa itu ditubuhkan bagi menimbang semula pemberian royalti di negeri-negeri Pantai Timur.

"Memang Pahang berada dalam negeri Pantai Timur, namun negeri itu tidak ada minyak petroleum, jadi tidak usahlah mengheret Pahang supaya mendapat royalti.

Read More / Baca Lagi >>

Janji yang tak ditepati tetapi telah ‘dicapati’

Posted: 23 Aug 2012 06:08 PM PDT


KUALA LUMPUR: Dari Februari 2012 sehingga kini, tiada khabar berita berkenaan pengagihan 25,000 penggunaan sistem pembelajaran yang diuar-uarkan oleh pihak Ketua Menteri Melaka.


Justeru, pihak guru tertanya-tanya bagaimanakah implementasi sistem Tutor Online itu diagihkan.

Seorang guru dari Merlimau yang mahu dikenali sebagai Cikgu Seha dalam satu surat kepada Harakahdaily menyatakan guru-guru bertanya setiap sekolah yang dapat hubungi, namun jawapan yang sama diterima iaitu semuanya sama, "tiada khabar berita".

Berikut luahan beliau.

Saya sebagai seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah kebangsaan di Merlimau, Melaka sangat terharu dengan usaha pihak Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkenaan pembelajaran di atas talian yang dilancarkan oleh beliau bersama-sama Melaka International College of Science and Technology seperti yang dilaporkan di dalam akhbar Melaka Hari Ini pada 17 Februari 2012.

Read More / Baca Lagi >>

Bukit Koman Pahang: Ancaman baru selepas Lynas

Posted: 23 Aug 2012 06:07 PM PDT


Kita semua tahu bagaimana Pahang, sebuah negeri yang terbesar di Semenanjung telah dikurniakan khazanah Alam Semulajadi yang luas sehingga sebahagian darinya dijadikan sumber rezeki kepada penduduknya malah hasil tanaman, ternakan malah sumber air dari negeri itu disalurkan pula ke negeri-negeri yang lain.


Kawasan tanahnya pula terlalu luas sehingga ada sahabat-sahabat saya dari PAS Negeri adakalanya mengeluh letih sehingga ada yang demam beberapa hari kerana terpaksa bergerak jauh menunaikan tanggungjawab masing-masing ke seluruh pelosok negeri.

Di atas bantuan merekalah, pendedahan demi pendedahan jenayah Alam Sekitar di negeri itu dipaparkan buat pengetahuan umum. Saya dimaklumkan ada di antara petugas-petugas kita yang terdedah kepada ancaman keselamatan oleh pihak yang tertentu ketika proses mengumpulkan bukti jenayah itu. Inilah komitmen PAS untuk melindungi keselamatan, kesihatan dan pemuliharaan alam sekitar di negara ini sehingga sanggup meletakkan misi itu melebihi kepentingan diri dan keluarga.

Read More / Baca Lagi >>