KUALA TERENGGANU – Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) mempersoalkan sikap Kerajaan Persekutuan yang tidak mahu akur terhadap Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Penaung Mampat, Tengku Sri Paduka Raja, Tengku Ibrahim Sultan Ismail Nasiruddin Shah berkata, perkara itu terbukti melalui tindakan pihak terlibat yang enggan membayar wang royalti secara terus kepada Kerajaan Terengganu dan Kelantan sehingga sekarang.

Beliau berkata, perkara itu tidak berlaku di Sabah dan Sarawak, sebaliknya berlaku di negeri yang dihuni kira-kira 96 peratus kaum Melayu dan beragama Islam.

"Apa sebab wang bayaran petroleum lima peratus bagi Sabah dan Sarawak dibayar atas nama wang royalti dan tidak wang ihsan? Saya pasti rakyat Terengganu dan Kelantan berhak tahu 'double standard' ini," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, di sini.