Selasa, 14 Ogos 2012

bumiperak

bumiperak


Haram sokong DAP: rupanya ada agenda besar

Posted: 14 Aug 2012 08:10 AM PDT

Apa kata bekas Timbalan Presiden PAS dan Ahli Parlimen PAS Bachok menyimpang hala tuju PAS dan makin terserlah keinginanya membentuk Kerajaan Perpaduan (UG) dengan UMNO suatu ketika dulu. 
 
KOTA BHARU 25 Ramadhan: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) meminta bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyatakan pendiriannya dengan jelas samada masih ingin bersama PAS atau membawa haluan yang bertentangan dengan kehendak parti.

"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," kata Setiausahanya, Mohd Nuri Mat Yaacob dalam kenyataannya yang dihantar kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Nasharudin  yang dikeluarkan oleh beliau seperti yang tersiar di dalam Buletin Utama TV3 hari ini di mana beliau mencadangkan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud.

Beliau juga dilihat bersama-sama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Mekah sedangkan pada awal Ramadhan lalu beliau telah pergi ke sana.

"DPPNK melihat cadangan beliau tersebut hanyalah mengulangi hujah-hujah yang diratib oleh pemimpin-pemimpin Umno selama ini. Sedangkan semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno dan BN lah yang sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan selama ini," kata Nuri dalam kenyataannya.

Ditambah dengan sikap beliau yang dilihat pro Umno sejak kebelakangan ini, DPPNK melihat amat wajar untuk beliau membuat pengisytiharan rasmi adakah beliau masih setia bersama PAS atau sebaliknya.

"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," katanya.

Bagi DPPNK, katanya, PAS sedikitpun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti.

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Melayu jangan kena tipu lagi dan tipu lagi

Posted: 14 Aug 2012 11:02 PM PDT


Saya tak nak percaya takdir atau destini orang Melayu ialah mereka kena tipu sepanjang zaman. Inilah dia akibat bersetia dalam mati. Komrad Kassim Ahmad semasa dia sibuk bersosialis dahulu ada buat sajak. Bunyi nya: Sekian lama kita mati dalam setia. Kali ini kita hidup dalam durhaka.
Tidak mengapa kalau dia sendiri tidak percaya lagi tentang apa yang dia tulis. Rakyat terutama orang Melayu, kalau mahu kenal erti hidup mesti durhaka.
Kita kian hampir menyempurnakan ibadat puasa. Kena lah tahu beberapa iktibar dari ibadat puasa tersebut. Menahan lapar, dahaga dan menjauhi dari menggauli isteri. Ertinya, melatih diri meninggalkan kebiasaan.
Perkara yang biasa dalam hidup manusia ialah makan, minum dan menggauli isteri. Tuhan suruh tinggalkan kebiasaan-kebiasaan ini. Demikian juga, kebiasaan orang Melayu ialah mengundi dan menyokong Umno. Jadi tinggalkan kebiasaan menyokong Umno, sokong Pakatan Rakyat.
Hidup orang Melayu tidak ada makna jika asyik menerima sesuatu sebagai sudah termaktub. Jangan sekali kali membiasakan diri menerima penentuan yang dibuat oleh orang lain. Ini yang Umno suka buat. Ia menghambakan orang Melayu. Apa istimewanya mereka? Banyak mana cerdik nya mereka.
Ada termaktub dimana mana, Perdana Menteri Malaysia mesti berbinkan Tun Razak, berbinkan Hussein Onn, berbinkan Mahathir? Tidak ada. Ada disebut dalam mana mana kitab, bahawa semua fikiran yang datang dari Najib Razak mesti OK punya atau terbaik? Janganlah kita taksub sangat dengan pengunggulan sesuatu tokoh. Meraka tidak ada lebih dari kita dan kita pun tidak kurang dari mereka.
Orang Melayu mesti membebaskan diri mereka dari belengu penjara minda. Kita memilih dan mendaulatkan sesoarang bukan sebab dia berbinkan sifulan-sifulan, tapi kita angkat pemimpin berdasarkan apa yang dia boleh sumbang dan berdasarkan kelebihan yang dia ada.
Kalau orang Melayu hendak majukan diri mereka mesti membiasakan diri dengan nilai-nilai kejayaan dan pencapaian dan kesewarjagatan( achievement values and universalism) . Apa maknanya istilah-istilah ini?
Makna nya, seperti dalam masyarakat yang lebih maju, semua orang dinilai mengikut apa yang dia boleh lakukan dan bukan mengikut siapa mereka. Siapa mereka tidak penting lagi. Seorang anak petani yang berwibawa dan ada kemahiran lebih berguna dari seoarang anak bangsawan yang bodoh.
Dalam masyarakat moden dan maju, sesiapa sahaja boleh menawarkan diri untuk apa apa jawatan berbanding hanya di tentukan boleh melakukan kerja-kerja yang ditetapkan oleh masyarakat.
Contoh: Orang dari kasta bawah hanya boleh berkerja sebagai tukang cuci tandas. Walaupun dia ada ijazah kolej atau university, disebabkan dia datang dari keturunan yang tak betul, dia tidak boleh buat keraja yang lebih mulia.
Umno suka prinsip ini sebab bolehlah mereka menentukan yang jadi PM mesti datang dari keluarga bangsawan dan elit . Bodoh pun takpe, apa keturunan itu penting. Itu Umno. Rakyat menolaknya.
Kalau kita terima asuhan Umno, orang Melayu akan feudal. Feudal ertinya, majoriiy rakyat akan dihamba abdikan. Elit Melayu turun temurun akan memerintah Melayu kebanyakan walaupun yang memerintah bodoh dan bebal. Yang dibawah tidak akan dapat naik keatas, kerana ini ketetapan hidup. Selagi kita tidak mempersoalkan ketetapan sementara ini maka selama itu kaum Melayu akan tertindas.
Cuba orang Melayu berfikir — apa sebab mereka lebih mundur dari kaum Cina misalnya? Walhal Melayu dan Cina terdedah kepada cuaca yang sama, kepada persikitaran yang sama. Namun, kaum Cina lebih maju dalam ekonomi berbanding dengan orang Melayu. Apa pasal?
Persekitaran yang sama menghasilkan keputusan yang berlainan? Macam mana boleh jadi begini? Jawapan nya kita dapati dengan membezakan nilai-nilai, motif, serta institusi social dan politik. Orang Melayu mundur sebab institusi politik mereka Umno.
Orang Melayu mundur sebab institusi social mereka memihak kepada golongan bangsawan dan elit. Orang Melayu mundur sebab nilai2 yang mereka pegang menyekat mereka dari kebebasan. Yang jadi penyekat sebetulnya ialah Umno. Jadikan orang Melayu penakut dan sentiasa bergantung kepada Umno. Itu pasal Umno mengeksploitasi orang Melayu.
Orang Melayu kalau hendak maju mesti ada semangat jebat yakni enggan menerima secara babi buta. Kita Melayu mesti ada budaya enggan menerima sesuatu sebagai sudah termaktub. Kebiasaan mencabar sesuatu kedudukan, pandangan akan melahirkan Melayu yang robust dan rugged. Dengan cara ini timbul Melayu yang ada jatidiri dan tidak takut untuk bersaing.
Tapi sentiasa ditipu oleh Umno, itulah yang terjadi. Pimpinan untuk bangsa Melayu ini bagus setakat Hussein Onn sahaja. Mulai Dr Mahathir Mohamad, nasib orang Melayu menjadi lebih teruk. Memang benar kita ada pembangunan fisikal yang menakjubkan — tapi nikmat merasai pembangunan tersebut lebih untuk orang Melayu yang terpilih, dipilih oleh Dr Mahathir.
Nikmat kemajuan dan pembangunan dirasai lebih oleh kaum lain yang mempunyai kuasa ekonomi. Rakyat terbanyak terus bergantung kepada kerajaan. Bergantung makna nya mereka tidak merdeka dan tidak ada pilihan.
Selama 22 tahun dibawah pemerintahan Dr Mahathir, 6 tahun dibawah Pak Lah dan sekarang di bawah Najib, demikianlah nasib orang Melayu.
Asyik kena tipu. Ingatlah pengajaran berpuasa. Meninggalkan kebiasaan. Tinggalkan kebiasaan menyokong Umno.
— sakmongkol.blogspot.com

Nasharuddin, hang patut letak jawatan - Pemuda PAS Kelantan

Posted: 14 Aug 2012 09:03 PM PDT


KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa diminta untuk meletakkan jawatannya sebagai ahli parlimen Bachok jika terus mahu mengambil pendirian yang bertentang dengan parti tersebut, desak Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK).
"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," kata setiausahanya, Mohd Nuri Mat Yaacob seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily.
Kenyataan daripada DPPNK itu timbul berikutan dengan kenyataan Nasharuddin di TV3 yang meminta PAS agar keluar dari Pakatan Rakyat (PR) jika DAP terus menentang Hudud.
Nasharuddin turut dilihat bersama-sama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertemu dengan ulamak Arab Saudi yang disiarkan oleh TV3 dan akhbar milik Umno seperti Utusan Malaysia hari ini.
Najib berada di Mekah untuk menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Ke-4 Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
"DPPNK melihat cadangan beliau (minta PAS keluar dari PR) tersebut hanyalah mengulangi hujah-hujah yang diratib oleh pemimpin-pemimpin Umno selama ini.
"Sedangkan semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno dan BN lah yang sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan selama ini," katanya lagi.
Nasharuddin kecundang daripada jawatan timbalan presiden PAS apabila kalah kepada Mohamad Sabu dalam pertembungan tiga penjuru antara beliau. Mohamad dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam muktamar agung PAS yang lalu.
Sebelum itu, Nasharuddin bersama-sama dengan Datuk Hasan Ali dilihat sebagai pemimpin yang menjuarai idea menubuhkan kerajaan perpaduan di antara PAS dan Umno.
"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu.
"Bagi DPPNK, PAS sedikit pun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti," katanya lagi.
Pilihan raya 2008 adalah pencapaian terbaik bagi PAS selepas bersama-sama PKR dan DAP memenangi 22 kerusi parlimen serta menguasai dua negeri iaitu Kelantan dan Kedah. - TMI

Najib ada 812822 pengikut Twitter, tapi sayang lebih separuh adalah pengikut 'Hantu' ...

Posted: 14 Aug 2012 08:11 PM PDT

Oh noes! Pengikut hantu?

Statuspeople ialah laman sesawang yang membenarkan anda menyemak sama ada pengikut anda di twitter adalah manusia betul atau hanya sebuah bot. Kerana perasaan ingin tahu kami yang tinggi, kami melakukan ujian dibawah terhadap akaun Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Razak iaitu@NajibRazak.

Umum kita ketahui Perdana Menteri kita mempunyai lebih dari 800 000 pengikut twitter dan telah disenaraikan sebagai antara 25 pemimpin negara yang paling ramai pengikut. Tetapi..... lihat sahajalah apa terjadi apabila akaun @NajibRazak dianalis menggunakanWWW.Fakers.StatusPeople.com

OH NOES!




Bagaimana pula dengan pemimpin lain seperti @BarackObama ? Beliau disenarikan sebagai ahli politik yang mempunyai bilangan pengikut twitter paling ramai dengan klebih 18 JUTA pengikut






Dan jangan lupa nemesis kepada Pak Najib sendiri iaitu @AnwarIbrahim (182 575 followers)dan anak beliau Nuruzl Izzah @n_Izzah (64 289 followers)


Bagaimana pula dengan dua orang kuat geng Cyber Barisan nasional iaitu @TunFaisal (84 936 followers) dan Menteri Dalam Negei Hishammudin Tun Hussein @HishamuddinH20 ? (145 814 Followers)

Blog Serius

hahaha ... sapa-sapa nak berlakon wei ...Ibrahim Katak nak jadi producer filem pula

Posted: 14 Aug 2012 09:12 AM PDT

Perkasa: Tayang 'Tanda Putera' tanpa tapisan atau kami buat filem Anwar

August 14, 2012KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menuntut agar filem "Tanda Putera" arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba ditayangkan tanpa sebarang tapisan dan jika itu tidak dilakukan, mereka akan menerbitkan filem tentang ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kata presidennya, Datuk Ibrahim Ali.

Presiden Perkasa itu berkata, pembangkang tidak harus menggunakan filem ini sebagai isu politik dan agenda politik sendiri.

"Jangan jadikan hal ini untuk kepentingan parti, filem berunsur sejarah ini perlu ditayangkan untuk rakyat ingat semula dan menghayati keamanan negara dan jangan berfikir negatif sahaja.


"Saya cadang kalau PR masih nak isukan filem ini, saya akan buat filem Ketua Pembangkang pula selepas ini," katanya dalam laporan Sinar Harian.

Menurut Ibrahim, dakwaan Pakatan Rakyat (PR) bahawa filem tersebut mempunyai unsur perkauman adalah tidak benar kerana cerita itu dibuat berdasarkan sejarah.

"Kami akan berunding dan membantu pengarah filem "Tanda Putera" itu untuk meneruskan penyiarannya tanpa 'sensor' (tapisan).

"Filem itu berkaitan sejarah, bagaimana plot atau adegannya walaupun agak kontoversi, kita tak boleh nak ubah sejarah dan PR tak perlu nak jadikan itu isu," kata ahli parlimen Pasir Mas itu lagi.

Menurutnya, PR tidak perlu mempertikaikan jalan cerita tersebut walaupun ia menyentuh sensitiviti kerana ia berdasarkan fakta sejarah.

PR sebelum ini berkata filem "Tanda Putera" itu boleh menimbulkan ketegangan antara kaum seperti 13 Mei yang lalu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata sebolehnya filem tersebut ditayangkan dahulu kepada pemimpin PR sebelum ditayangkan kepada masyarakat untuk dinilai dan diberi pandangan.

Beliau juga mendesak kerajaan supaya membuat penapisan dan memilih filem yang sesuai untuk ditayangkan di negara ini.

Seksyen 114A - Senator BN pun mahu undang-undang disemak

Posted: 14 Aug 2012 09:02 AM PDT

August 14, 2012

KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Senator Gan Ping Sieu mahu Putrajaya menyemak semula undang-undang yang mengancam kebebasan hak asasi di internet apabila kebanyakan organisasi hari ini — termasuk Majlis Peguam — tidak menggunakan internet kerana kempen 'Internet Blackout Day' hari ini.

Naib Presiden MCA (gambar) itu adalah wakil rakyat ketiga daripada Barisan Nasional (BN) yang meminta kerajaan melakukan perkara itu apabila Putrajaya meminda Seksyen 114A Akta Keterangan 1950, yang mana menjadikan mana-mana kedai kopi menawarkan perkhidmatan WiFi turut berisiko diambil tindakan terhadap kesalahan hasutan dan jenayah atas kesalahan dilakukan pelanggan mereka.

"Saya menuntut kerajaan menyemak semula pindaan Akta Keterangan, lebih spesifik Seksyen 114A dan mengambil peluang ini untuk menyuarakan kebimbangan saya terhadap pindaan ini, yang mana memberikan kempen ke seluruh negara untuk kerajaan menyemak dan meluluskannya dalam sidang Parlimen.

"Akta ini bakal memberikan kesusahan kepada mereka yang tidak bersalah jika ditangkap atas dakwaan penyalahgunaan Internet, seperti 'hacking' pencuri identity; penipuan, seperti 'Tweet-jacking', termasuk pembekal perkhidmatan Internet di pusat membeli-belah, kedai kopi, dan kawasan awam lain," katanya dalam satu kenyataan.

Akta baru itu memperuntukan pengguna Internet berdaftar adalah penerbit untuk mana-mana penerbitan dihantar daripada komputer yang dihubungkan dengan servis talian, kecuali sebaliknya dibuktikan

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Jangan kerana Ustaz Nasha buat perangai, satu parti kita kena gelak.

Posted: 14 Aug 2012 07:13 PM PDT


Hadith sahih daripada Rasulullah SAW yang bermaksud : Sesungguhnya bahawa syaitan itu seperti serigala kepada manusia sebagaimana serigala kepada ternakan. Ia menerkam kambing yang bersendirian dan terpencil. Maka, jauhilah kamu dari berpecah belah, dan wajiblah kamu bersama-sama jamaah, orang ramai dan masjid (HR Imam Ahmad).

Nothing personal tetapi Ustaz Nasha sudah melampau. Dia telah diberikan amaran dan nasihat oleh pucuk pimpinan. Show him the door. Nobody is indispensable!!

Gagal Jadi Hero Melayu, Brahim Ali Berlakun Dengan Mr. Bean Dalam Filem "The Damned Ugly Frog!!"

Posted: 14 Aug 2012 02:41 AM PDT



Perkasa: Tayang 'Tanda Putera' tanpa tapisan atau kami buat filem Anwar

KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menuntut agar filem "Tanda Putera" arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba ditayangkan tanpa sebarang tapisan dan jika itu tidak dilakukan, mereka akan menerbitkan filem tentang ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kata presidennya, Datuk Ibrahim Ali.

Presiden Perkasa itu berkata, pembangkang tidak harus menggunakan filem ini sebagai isu politik dan agenda politik sendiri.

"Jangan jadikan hal ini untuk kepentingan parti, filem berunsur sejarah ini perlu ditayangkan untuk rakyat ingat semula dan menghayati keamanan negara dan jangan berfikir negatif sahaja.

"Saya cadang kalau PR masih nak isukan filem ini, saya akan buat filem Ketua Pembangkang pula selepas ini," katanya dalam laporan Sinar Harian.

Menurut Ibrahim, dakwaan Pakatan Rakyat (PR) bahawa filem tersebut mempunyai unsur perkauman adalah tidak benar kerana cerita itu dibuat berdasarkan sejarah.

"Kami akan berunding dan membantu pengarah filem "Tanda Putera" itu untuk meneruskan penyiarannya tanpa 'sensor' (tapisan).

"Filem itu berkaitan sejarah, bagaimana plot atau adegannya walaupun agak kontoversi, kita tak boleh nak ubah sejarah dan PR tak perlu nak jadikan itu isu," kata ahli parlimen Pasir Mas itu lagi.

Menurutnya, PR tidak perlu mempertikaikan jalan cerita tersebut walaupun ia menyentuh sensitiviti kerana ia berdasarkan fakta sejarah.

PR sebelum ini berkata filem "Tanda Putera" itu boleh menimbulkan ketegangan antara kaum seperti 13 Mei yang lalu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata sebolehnya filem tersebut ditayangkan dahulu kepada pemimpin PR sebelum ditayangkan kepada masyarakat untuk dinilai dan diberi pandangan.

Beliau juga mendesak kerajaan supaya membuat penapisan dan memilih filem yang sesuai untuk ditayangkan di negara ini

Mufti Perlis: Kerjaan Malaysia Tak Ada Maruah, Harussani Ketinggalan Zaman!!

Posted: 14 Aug 2012 02:34 AM PDT

Mufti: K'jaan bermaruah tak akan biar gelar 'kafir harbi'
12:30PM Ogos 14 2012 
WAWANCARA Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berpendapat bahawa kerajaan yang bermaruah tidak akan membiarkan pihak yang mencabar kuasa mereka seperti tindakan mengisytiharkan perang dengan menggelar golongan tertentu sebagai "kafir harbi".

Katanya, pandangan bahawa haram bagi umat Islam menyokong DAP yang diutarakan guru pondok, Abdullah Sa'amah itu juga merupakan pendapat "ketinggalan zaman dan bersifat kebudak-budakan".

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Pandangan Abdullah, yang turut menggelarkan DAP sebagai "kafir harbi" itu mencetus kontroversi apabila ditonjolkan melalui laporan Utusan Malaysia minggu lalu.

Juanda berkata, sikap "meraikan dan memberi ruang kepada pandangan ekstrem dan anti-demokrasi" seperti itu merupakan satu perkara yang amat mendukacitakan.

Berikut adalah wawancara dengan Dr Juanda Jaya yang dijalankan melalui emel:
Malaysiakini: Apa pandangan Dr berhubung pandangan Abdullah Sa'amah bahawa haram kepada umat Islam menyokong DAP? Apakah hujah yang digunakan berasas dan apakah pula kesan pandangan sebegini kepada masyarakat?

Dr Juanda: Saya rasa pandangan pelik sebegini tidak wajar diraikan. Dalam negara yang berperlembagaan, ada undang undang, mengamalkan demokrasi, juga negara yang memperakui kebebasan beragama oleh mana mana pengikut agama, maka pandangan pelik sebegini tidak sewajarnya diraikan.

Ini pandangan orang yang ketinggalan zaman dan bersifat kebudak-budakan. Barangkali pandangan ekstrem sebegini muncul akibat sikap ekstrem pihak lain yang melingkari keadaan masing masing. Namun jika ada pihak yang mahu meraikan dan memberikan ruang kepada pandangan ekstrem dan anti demokrasi serta sukakan perbalahan dan pergaduhan di dalam sebuah negara yang aman damai seperti Malaysia ini, maka ia adalah suatu sikap yang amat mendukacitakan.

pandamaran dap balloon 110312Ia adalah sikap yang anti-perlembagaan negara dan anti-demokrasi yang diakui oleh undang-undang. Sikap sebegini tidak wajar wujud pada seorang Muslim dan rakyat Malaysia.

Kalau nak marah kepada bukan Islam sekalipun, sikap isytihar perang adalah sikap yang amat tidak cerdik. Ini dinamakan mahu ambil alih tugas kerajaan dan pemerintah yang sah. Sikap mahu melabelkan pihak tertentu layak diperangi adalah mencabar kuasa pemerintah yang sah. Ulil amri yang ada maruah diri sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba secara terang terangan mahu mengambil alih tugas mereka yang sah di sisi undang-undang dan agama.

Sepatutnya orang Islam meletakkan diri sebagai umat dakwah, yakni sentiasa berusaha mendakwahkan bukan Islam untuk memahami Islam secara lebih baik dengan bertunjangkan al-Quran dan al-Hadis. Islam tidak kasar dan suka bergaduh dengan bukan Islam. Soal hidayah urusan Allah. Kita yang wajib berdakwah, bukan bergaduh. Ini umat Islam yang sebenar. Sikap suka bergaduh dan mirip teroris seperti ini bukan sikap umat Islam yang meletakkan dakwah dan penyampaian agama secara berhikmah sebagai satu keutamaan. Imej Islam boleh tercalar oleh mereka yang ekstrem sebegini.

Malaysiakini: Bagaimana pandangan ini harus ditangani oleh pelbagai pihak, termasuk masyarakat, pihak berkuasa agama dan kerajaan?

Dr Juanda: Saya syorkan jika pihak berkuasa mahu menerima pandangan pelik sebegini, maka suatu kajian dan peraturan baru perlu diperkenalkan terutama berkaitan dengan kewarganegaraan dan berparti politik. Soal bernegara dalam Islam adalah amat dinamik dan berkembang menurut zaman. Sistem kependudukan zaman Nabi dan sahabat ribuan tahun lalu pasti berbeza dengan apa yang wujud pada hari ini dalam sistem nation state. Hak demokrasi dan berpolitik  juga adalah suatu hak yang diakui oleh Islam. Oleh itu, jika pihak berkuasa mahu menerima pandangan pelik sebegini, maka ubahlah sistem yang ada. Tapi saya percaya, rakyat majoriti tidak akan menerima perubahan terhadap sistem yang sudah utuh ini buat masa ini.

NONENegara sejak merdeka sudah menerima sistem memberikan kewarganegaraan kepada penduduk asal dan mereka yang layak yang telah datang ke Malaysia sebelum dan selepas merdeka. Ini sistem yang telah utuh. Ini juga menunjukkan setiap mereka yang menerima Malaysia sebagai negara mereka adalah mereka yang akur kepada segala perjanjian dan peraturan menjadi rakyat negara ini.

Orang Islam yang menerima syarat dan perjanjian ini terikat kepada isi perjanjian yang telah dimeterai. Ia suatu kewajipan yang mesti dipenuhi. Nabi SAW bersabda yang maksudnya: Orang orang beriman itu terikat dengan syarat-syarat perjanjian yang mereka telah persetujui, kecuali perjanjian yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Bahkan mereka yang terima perjanjian ini adalah orang-orang zimmi yang Nabi SAW perintahkan umat Islam untuk melindungi mereka dan memberikan hak-hak kepada mereka. Ini perintah Nabi SAW.

Malaysiakini: Bagaimana sikap politik yang harus diambil oleh umat Islam dalam suasana demokrasi dan kepelbagaian kaum di negara ini?

Dr Juanda: Saya ingin menarik perhatian ummat Islam terhadap Hadis Abu Bakrah seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim mengenai kesaksian palsu atau syahadtuz zur:

Maksudnya; Daripada Abi Bakrah katanya, Rasulullah SAW bersabda: Mahukah kamu semua jika aku beritahukan tentang sebesar-besar dosa besar? Kami menjawab: Sudah tentu (kami mahu) wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Menyekutukan (syirik) Allah dan menderhakai kedua ibu bapa dan berkata dusta (palsu). Pada masa itu baginda sedang bersandar lalu baginda duduk dan bersabda: Ingatlah (juga dosa yang sangat besar ialah) perkataan palsu dan kesaksian palsu. Baginda tidak henti-henti mengulanginya sehinggalah kami berkata: Alangkah baik kalau baginda berhenti (diam dan tidak mengulanginya lagi). Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

NONEHadis ini amat relevan dalam kehidupan berdemokrasi di dalam negara kita pada hari ini – di mana sistem demokrasi diterima dan kepelbagaian adalah suatu realiti yang tidak dapat dielakkan. Memahami rangka demokrasi yang positif dan kepelbagaian yang merupakan realiti amat penting agar kehidupan bernegara akan terus berada dalam keadaan rukun dan damai.

Sistem dan realiti ini sudah wujud separuh abad di Malaysia dan terbukti apabila sistem ini dihormati, negara aman damai. Jelasnya, jika semua pihak jujur dalam berpolitik maka kebenaran dan kejujuran yang akan berjaya. Rakyat mesti difahamkan terutama umat Islam, proses membina negara adalah tugasan semua pihak. Ia bukan hanya kerja orang politik sahaja. Semua wajib terlibat dengan politik walaupun bukan mesti mereka masuk dalam mana-mana parti politik. Semua juga wajib memilih dan mengundi mereka yang benar benar layak untuk memegang tampuk kepimpinan, sebab kesilapan pemilihan akan membawa bahana kepada negara.

Dalam bahasa yang mudah, dukunglah pihak yang membawa agenda yang menepati kehendak agama dan membawa kestabilan negara, juga pangkahlah calon yang benar benar layak, ada sifat al-quwwah (kekuatan) dan al-amanah. Jika didukung pihak yang tidak membawa agenda untuk kemakmuran agama dan negara maka itu adalah kesaksian palsu yang diharamkan oleh islam.

Demikian juga, jika dipangkah individu yang tidak layak menjadi pemimpin, maka itu juga adalah kesaksian palsu yang diharamkan oleh agama, yang merupakan suatu dosa besar yang paling besar. Kesedaran bahawa kehidupan politik dalam bernegara adalah termasuk urusan agama amat dituntut dpd umat Islam di Malaysia

~penarik beca

~penarik beca


Sampai bilakah orang-orang PAS menipu diri sendiri?

Posted: 14 Aug 2012 11:36 AM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


LAJIM KATA LAGI 3 YANG TAK LAKU NAK LOMPAT.

Posted: 14 Aug 2012 02:07 AM PDT


RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Melayu Jangan kena Tipu lagi dan lagi dan lagi.....

Posted: 14 Aug 2012 03:14 PM PDT

Saya taknak percaya takdir atau destini orang Melayu ialah mereka kena tipu sepanjang zaman. Inilah dia akibat bersetia dalam mati. Komrad Kassim Ahmad semasa dia sibuk bersosialis dahulu ada buat sajak. Bunyi nya: Sekian lama kita mati dalam setia. Kali ini kita hidup dalam durhaka.
Tidak mengapa kalau dia sendiri tidak percaya lagi tentang apa yang dia tulis. Rakyat terutama orang Melayu, kalau mahu kenal erti hidup mesti durhaka.
Kita kian hampir menyempurnakan ibadat puasa. Kena lah tahu beberapa iktibar dari ibadat puasa tersebut. Menahan lapar, dahaga dan menjauhi dari menggauli isteri. Ertinya, melatih diri meninggalkan kebiasaan. Perkara yang biasa dalam hidup manusia ialah makan, minum dan menggauli isteri. Tuhan suruh tinggalkan kebiasaan2 ini. demikian juga, kebiasaan orang Melayu ialah mengundi dan menyokong UMNO. Jadi tinggalkan kebiasaan menyokong UMNO, sokong PR.
Read More / Baca Lagi >>

Hari-hari terakhir memburu lailatul qadr

Posted: 14 Aug 2012 03:11 PM PDT

"1) Di dunia ini, semua makhluk adalah daripada tanah. Tanah adalah unsur yang mengumpulkan sifat-sifat nafsu dan keserakahan. Ia terserlah jelas dalam cara hidup haiwan. Kerana itu kita biasa menamakannya nafsu kebinatangan.

2) Manusia juga dicipta daripada tanah. Maka sifat-sifat kebinatangan dikandung tubuhnya. Manusia menjadi jahat kerana nafsunya. Dan manusia bertambah jahat, bahkan sehingga lebih buruk daripada binatang kerana mereka memiliki kurniaan akal yang tiada pada binatang. Dengan akal yang dibiar mengikut kehendak nafsu, manusia bervariasi melakukan kerosakan dan kejahatan sehingga tak tergambar dalam kehidupan haiwan di hutan.

3) Sebelum kurniaan akal, binaan manusia berbeza daripada binatang dan semua kejadian di bumi dengan unsur kedua, iaitu unsur ruh. Ruh bukan dari bumi, bahkan dari langit, hidup bersama para malaikat menyembah tuhan di langit. Malaikat Jibril diberi nama al Ruh al Amin, sebagai satu pengenalan kepada hakikat kehidupan makhluk tuhan di langit. Ruh memiliki sifat-sifat ketinggian dan memburu kemuliaan.
Read More / Baca Lagi >>

"DAP menentang tapi Umno tolak hudud"

Posted: 14 Aug 2012 03:10 PM PDT

PENDAHULUAN: Sumber memahami ajaran Islam

Sesiapa sahaja yang ingin mengetahui Islam secara ikhlas, maka wajiblah mereka membaca dan mengkaji daripada sumber asasi Islam iaitu kitab suci al-Quran dan cara pelaksanaannya melalui hadis-hadis yang soheh. Begitu juga penjelasan daripada para ulama muktabar, sama ada menerusi kitab-kitab tafsir, hadith dan ilmu feqah serta sejarah pelaksanaan oleh kerajaan-kerajaan Islam yang adil, bukannya kerajaan Islam yang zalim.

Tentulah akan berlaku kesilapan dan boleh menyesatkan jika sekadar membaca dari sumber yang tidak benar dan mengelirukan seperti penulisan para orientalis yang tidak beriman atau media yang tidak juga beriman dan budiman. Apatah lagi cuba mendalami Islam menerusi media yang mencampur adukkan hak dan batil, mencampur adukkan terjemahan al-Quran, tulisan-tulisan serta gambar lucah dan keputusan judi nombor ekor untuk mendapat keuntungan wang tanpa mengira halal dan haram.  Begitu juga dari kalangan para ulama contoh daripada ahli kitab yang disumpah menjadi kera, binatang yang bergayut di pokok yang banyak buah yang boleh dimakan. Kalau diberi bunga yang cantik dan harum nescaya diciumnya. Kemudian dikoyak rabak merosakkannya. Begitulah ajaran Islam yang murni juga dikoyak rabaknya kerana kedudukan dan periuk nasi kononnya.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Tergamak noda mayat

Posted: 14 Aug 2012 02:55 PM PDT

Tergamak noda mayat

SEDIH...ahli keluarga mangsa kelihatan sebak selepas menerima berita kematian Sabturiah.
SEDIH...ahli keluarga mangsa kelihatan sebak selepas menerima berita kematian Sabturiah.
KAJANG: Seorang gadis bukan saja dibunuh, malah mayatnya dipercayai turut dirogol penyerangnya dalam kejadian bermotifkan samun di rumah mangsa di Taman Taming Jaya Dua, di sini, malam kelmarin.
Mayat Sabturiah Faisal, 19, ditemui terbaring di dalam bilik tidur oleh kakaknya ketika mahu mengejutkan gadis berkenaan untuk berbuka puasa pada jam 7.30 malam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan seorang lelaki pada jam 7.47 malam memaklumkan mengenai kejadian itu.

Katanya, siasatan mendapati mangsa dipercayai dibunuh menggunakan objek tumpul serta jerutan. Beberapa kesan lebam ditemui di tangan kanan dan perut serta kesan jerutan di leher.

"Siasatan awal juga mendapati mayat mangsa dipercayai dirogol penyerang yang dikenali mangsa berdasarkan tiada kesan pecah masuk ditemui di rumah flat berkenaan.

Malaysia Kita : Koma Dibakar...

Posted: 14 Aug 2012 02:52 PM PDT

'Tolong kak ngah kena bakar'KUALA LUMPUR: "Mama tolong kak ngah. Kak ngah sakit. Kak ngah kena bakar," rintih seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ketika menghubungi ibu angkatnya selepas dipercayai dibakar teman lelakinya di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkan terbakar lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan dilaporkan kritikal.
Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, anaknya, Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur.

Menurut Mat Zaki, mereka yang sudah mengenali teman lelaki mangsa dan keluarganya tidak berasa syak untuk membenarkan mereka keluar bersama.

Bagaimanapun, katanya, jam 3 pagi, dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu Nurul Firzanah dibakar berdekatan Flat Wangsa Sari di kawasan terbabit.

Rakyat Libya bantu pemberontak Syria bertempur askar rejim Bashar

Posted: 14 Aug 2012 02:48 PM PDT

EMPAT anggota pemberontak menunjukkan seorang juruterbang (duduk) yang ditangkap selepas jet tentera Syria yang dikendalikan jatuh ditembak di Deir el-Zour, Syria kelmarin.


DAMSYIK - Sejumlah pejuang veteran dalam perang saudara di Libya pada tahun lalu kini tampil di barisan hadapan untuk membantu melatih dan menyusun pemberontak dalam situasi yang lebih meruncing berbanding ketika perang menentang Muammar Gaddafi, kata seorang pejuang berdarah Libya-Ireland kepada agensi berita Reuters.
Gaddafi mati dibelasah para pemberontak Libya pada 20 Oktober tahun lalu selepas berbulan-bulan menghadapi tentangan daripada penduduknya. Pejuang veteran Libya yang bertempur bersama kumpulan pemberontak di Syria itu, Hussam Najjar berasal dari Dublin dan memiliki bapa berdarah Libya manakala ibunya berbangsa Ireland.
Dia yang menggelarkan dirinya Sam, merupakan seorang penembak tepat terlatih.
Read More / Baca Lagi >>

SU Agung OIC mahu umat Islam bantu etnik Rohingya

Posted: 14 Aug 2012 02:47 PM PDT


 Isu Rohingya: Myanmar jemput OIC lawat Arakan
Pergolakaran di wilayah Arakan menjadi perhatian masyarakat sekarang. – Foto ihsan
 
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya
kepada semua umat Islam sempena Aidilfitri ini, sambil mengingatkan mereka agar menumpukan usaha membantu masyarakat Rohingya di Myanmar mengatasi masalah mereka.
Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata, masyarakat Islam Rohingya yang merupakan kaum minoriti di Myanmar, masih menderita akibat pencabulan secara terang-terangan yang mengancam kewujudan mereka di negara itu.
Read More / Baca Lagi >>

Umat Islam terkujat setempat?

Posted: 14 Aug 2012 02:46 PM PDT

Minggu lalu saya membaca ulasan Profesor Tariq Ramadhan, cucu kepada pengasas gerakan Ikhwan Muslimin (Persaudaraan Umat Islam) Hassan Al Bana di Mesir. Baru-baru ini, Tariq telah hadir melawat Malaysia.

NONEDalam tulisan berjudul, "Being Muslim in the age of Globalisation" terbit di Gulf News, pada 6 Ogos yang lalu, beliau menekankan kepentingan umat Islam untuk membebaskan diri daripada mentaliti mangsa serta berusaha melobi bagi merubah salah tanggapan terhadap Islam dengan menggunakan perkakas alatan moden bagi memperjelas, mendidik dan melibatkan diri dengan dialog.

Ia tentunya suatu saranan yang wajar waras dan memberi pencerahan baru, penyuluh yang menerangi kegelapan terhadap nasib yang menimpa umat Islam, khususnya dan lebih penting umat manusia keseluruhannya.

Cahaya yang terhasil daripada ledakan api ataupun letupan kemusnahan daripada dunia Islam yang tersudut atau disudutkan sebelum dan selepas peristiwa serangan 11 September di Amerika Syarikat.

Islam dalam wacana media antarabangsa Barat telah menjadi sama seperti komunisme di era perang dingin yang lalu. Islam yang kaya dengan ragam amalan budaya dan keilmuannya, dalam sejarahnya yang rumit juga, telah dikotakkan dalam bingkai ideologi sempit.
Read More / Baca Lagi >>

KETEGASAN Nabi Muhammad - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 14 Aug 2012 02:45 PM PDT

Ulama Kurang ILMU Persenda ULAMA Lain - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 14 Aug 2012 02:44 PM PDT

Puak ASING Al Quran & HADIS - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 14 Aug 2012 02:43 PM PDT

DERMA Ke Luar NEGARA - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 14 Aug 2012 02:43 PM PDT

Pengebom Berani Mati JIHAD ? - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 14 Aug 2012 02:42 PM PDT

NASHARUDIN MAT ISA BODEK NAJIB?

Posted: 14 Aug 2012 02:41 PM PDT

Syria Regime Near Collapse, Says Defected PM

Posted: 14 Aug 2012 10:49 AM PDT

Subhanallah, susuk misteri berpakaian putih menyelamatkan mangsa tembakan di Syria

Posted: 14 Aug 2012 10:41 AM PDT

Ada Sosok Misterius Saat Kerusuhan Suriah, Malaikat?
Media mujahidin Chechnya Kavkaz Center melansir sebuah berita menarik tentang sebuah video klip yang menggambarkan sosok seorang berpakaian serba putih dari Syria.

Video ini memperlihatkan suasana perang di Syria yang belum lama terjadi. Saat tembakan membabi-buta menyerang kerumunan manusia, salah seorang terkena hentaman peluru dan tergeletak di tengah jalan. Orang-orang hanya boleh melihat tanpa berani keluar dari tempat persembunyian kerana jalanan berada dalam incaran Alawites, golongan minoriti penyokong rejim Parti Baath yang berkuasa di Syria.

Orang-orang berteriak, panik, dan berhamburan. Mereka tidak tahu bagaimana membantu mangsa-mangsa yang terluka. Pada saat itu, seorang lelaki berpakaian serba putih muncul di latar belakang video. Dia berkelakuan tenang, berjalan santai dan tidak panik seperti yang lain.

Tanpa mempercepatkan langkahnya, lelaki yang berpakaian putih tersebut perlahan-lahan mendekati mangsa yang tergeletak dan mengangkatnya dengan santai, padahal berat korban lebih kurang 80 kg.

Dengan satu tangan dia membawa korban yang terluka ke kerumunan orang. Kemudian lelaki tersebut menghilang dari video.

Seperti dilaporkan oleh kavkaz center, saksi dalam kejadian tersebut mengatakan bahawa seorang lelaki tidak dikenali muncul secara tiba-tiba. Lelaki tersebut mengenakan jubah putih dan tanpa ekspresi sedikitpun meskipun berada dalam situasi perang, kotoran, debu, gencarnya serangan, dan kehancuran.

Lihat videonya berjudul "Angel or Hero? (Malaikat atau Pahlawan?) Di bawah ini.
sumber republika.co.id




Pembohongan UMNO tentang kemerdekaan Sabah. Orang Sabah WAJIB tahu!

Posted: 14 Aug 2012 10:37 AM PDT

Jika diselak kembali buku teks Sejarah zaman sekolah dahulu, memang sah kita lihat Sabah itu dimerdekakan oleh pihak British pada 16 September 1963 ketika hari pengisytiharan Malaysia apabila Persekutuan Tanah Melayu digabungkan dengan Sabah dan Sarawak membentuk sebuah koalisi.

Selepas Sejarah terbarai dengan adegan pembongkaran lagu Mamula Moon dan Bendera ciplakan dari Amerika (Jika tidak tahu, sila google). Kini, sejarah ciptaan tali barut Inggeris yang disimpan di kopek United Malays National Organisation kembali terkangkang,

Mungkin ramai tak tahu Sabah sebenarnya sudah mengisytiharkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 !
Percaya atau tidak sejarah yang telah disimpan di kopek United Malays National Organization ini telah terbarai. Sebesar mana pun kopek Rafidah Ajis di pangkuan UMNO masih tak mampu nak menutup penipuan mereka. Kemerdekaan telah disambut meriah di dalam negeri ketika itu.

Akhbar The Sunday Times 1 September 1963 mencatatkan peristiwa tersebut. :

"On top of a hillock the new Sabah flag was flying proudly in the morning breeze in front of the District Council building.District Councillors and village elders took up position before the proclamation made in various languages." 

MEGAT HIDAYAT,
INSTITUT TEKNOLOGI MARA.

Oki Setiana Dewi: Untuk Apa Cantik Di Mata Manusia Tetapi Tidak Di Mata Allah?

Posted: 14 Aug 2012 10:35 AM PDT

Bagi saya kecantikan sebenar seorang Mukmin adalah ketaatan pada Allah. Jika seseorang mentaati Allah dengan mengerjakan perintahnya dan menjauhi larangannya, maka seseorang itu akan terlihat cantik di mata manusia," begitulah antara pandangan yang dilemparkan oleh Oki Setiana Dewi ketika ditanya mengenai keindahan dan kecantikan seorang Muslim. Beliau ditemui semasa kunjungan khusus ke pejabat editorial majalah i, Kumpulan Media Karangkraf.

Menurutnya lagi, ramai yang menilai 'kecantikan' itu dengan berdasarkan kepada sifat fizikal seseorang. Kita selalu terlepas pandang kepada kecantikan yang tidak mampu untuk dilihat, iaitu sifat yang lahir dari dalam diri, yang mampu untuk mendorong seseorang ke arah kebaikan.

"Tidak semua insan yang cantik pada sifat luarannya, mampu untuk memiliki kecantikan pada sifat dalamannya juga. Kadang kala mereka hanya cantik pada luarannya tetapi memiliki akhlak yang tidak elok.

"Jika ingin dibandingkan antara kecantikan luaran dan kecantikan dalaman, adalah lebih baik jika kita memiliki kecantikan pada sifat dalaman kerana ia akan kekal lama selamanya,"
jelasnya.

Read More / Baca Lagi >>

Janji Bersih manifestasi rakyat cinta akan negara

Posted: 14 Aug 2012 10:34 AM PDT

Jingga13 mendokong perhimpunan Janji BERSIH yang bakal diadakan pada 30 Oktober 2012 adalah merupakan manisfestasi dan inspirasi rakyat yang cintakan negara agar sistem demokrasi dan pilihanrpaya di'bersih'kan dan direformasikan demi kebaikan negara dan rakyat.
Jingga 13 menyelar amaran Ketua Polis Negara yang dilihat menafikan amalan demokrasi dan hak berhimpun rakyat , lebih-lebih lagi diambang sambutan kemerdekaan untuk diraikan bersama-sama oleh seluruh rakyat dan tidak ada usaha yang bertujuan mensabotaj oleh mana-mana pihak yang bertujuan mempolitikkan perhimpunan Janji BERSIH serta mencemarkannya dengan propaganda murahan dan menjijikkan dan tindakan menghuru-harakannya.
Read More / Baca Lagi >>

Umno Dan Seks Macam Isi Dengan Kuku..

Posted: 14 Aug 2012 10:33 AM PDT

BANDAR TEMERLOH - Sebuah bangunan Umno lama yang terletak di bandar ini dipercayai menjadi tempat pasangan kekasih melampiaskan nafsu mereka. Peniaga, Mohd Redzuan Abdul Ghani, 34, berkata, golongan itu menggunakan tingkat atas bangunan terbabit bagi mengelak dikesan orang ramai atau pihak berwajib. Menurutnya, kebiasaannya bangunan tersebut dikunjungi pasangan tidak bermoral itu pada waktu tengah malam kerana keadaan lengang dan dikatakan lebih 'selamat' daripada pandangan orang ramai.

"Memang ada perbuatan tidak bermoral dilakukan di bangunan ini terutama golongan remaja. Mereka dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh itu dalam masa yang singkat sahaja.Read More / Baca Lagi >>

Bala did NOT know Altantuya killers: 'GUN FOR HIRE' RPK just wanted to smear us - Siva

Posted: 14 Aug 2012 10:30 AM PDT

Bala did NOT know Altantuya killers: 'GUN FOR HIRE' RPK just wanted to smear us - SivaI refer to Raja Petra's article published on his blog "Malaysia Today" entitled "The day I met P. Balasubramaniam (part 3) which makes scandalous and false allegations against me and another lawyer M. Puravalen.
Raja Petra does his usual spin of mixing truth and fiction in order to make a story sound interesting. Unfortunately for him, lies remain lies.
Let me give an example of how he did this just a few weeks ago on 18.7.12 in his blog. He dramatically did this opening intro for an article:
"When Sivarasa was in the opposition, he represented Sri Aman Development against MBPJ. Once Pakatan Rakyat took over the Selangor State Government, Sivarasa did a U-turn. He changed sides. He became a turncoat and represented MBPJ against Sri Aman Development ..."
I have never represented Sri Aman Development against MBPJ or in any case for that matter. That is a fiction created by RPK. It is true that I acted for MBPJ when Sri Aman Development sued MBPJ in a judicial review action. You can read about the details at http://sivarasa.blogspot.com/2012/01/raja-petras-scurrilous-and-dishonest.html. So RPK's words such as "U-turn", "changed sides", "turncoat" are all interesting sounding but in essence mischievous and false statements.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin & the world's richest Malay Syed Mokhtar: It began with Stamford...

Posted: 14 Aug 2012 10:29 AM PDT

Muhyiddin & the world's richest Malay Syed Mokhtar: It began with Stamford...We must all remember Muhyiddin Yassin is the partner of Syed Mokhtar Albukharey. Syed Mokhtar who now controls the following companies:
MMC
DRB Hicom
Proton
Malakoff
Johor Port
Senai Airport
Port of Tanjong Pelepas
Bank Muamalat
Padiberas Nasional
CSR Sugar
Gardenia
MPH Bookstores
Penang Port
Now he is after…..
RTM
KTMB
Bank Islam
The world's richest Malay (Syed Mokhtar Albukhary) got really rich because he worked his ass off - AT being a crony of Muhyiddin and former premier Mahathir Mohamad. Virtually all his assets were handed to him on a silver plate. And it all began with Stamford Holdings.
Stamford & 4,622% profit
Read More / Baca Lagi >>

DAP may oppose hudud but Umno rejects it, says Hadi

Posted: 14 Aug 2012 10:27 AM PDT

KUALA LUMPUR, Aug 14 — The DAP may be opposed to hudud but Umno has rejected the Islamic penal code, PAS president Datuk Seri Hadi Awang has said, as he defended his Pakatan Rakyat (PR) ally that had come under relentless attacks from ruling Barisan Nasional (BN) leaders and religious hawks in the run-up to crucial national polls.
Pointing out the position of PR parties, he said that "just as DAP cannot force PAS members to consume alcohol or pork, PAS too cannot prevent DAP members from consuming alcohol or pork.
"The PAS constitution compels us to sack any member who consumes alcohol or pork. The Umno constitution does not compel the sacking of its members for drinking with the MCA, MIC and Gerakan," Hadi (picture) said.
Several conservative Islamic muftis and religious scholars had dubbed the DAP a party full of "kafir harbi" or belligerent infidels and directed Malaysia's dominant Muslim voters that it is "haram" or forbidden to support them at the 13th general election that must be called by next April.
"In reality, this term 'hudud' has returned and been made an electoral issue by Umno to create conflict among the people, without feeling responsibility towards Islam's pure guidance," the PAS president said in an article published yesterday in its party paper Harakah.
Read More / Baca Lagi >>

Sivarasa: Saya tidak bayar atau bimbing Bala

Posted: 14 Aug 2012 10:25 AM PDT

MP PKR Subang R Sivarasa menafikan dakwaan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin bahawa beliau membimbing P Balasubramaniam dalam kenyataan bersumpah pertama oleh penyiasat persendirian itu berhubung kes pembunuhan Altantuya Sharibuu.

NONEDalam satu tulisan blog hari ini, MP itu berkata tulisan Raja Petra bertarikh 14 Ogos itu mengandungi "rekaan berniat jahat" dan merupakan "putar belit" yang mencampur aduk kebenaran dan rekaan untuk kesan dramatik.

"Malangnya bagi beliau, penipuan tetap penipuan," kata Sivarasa.

Sivarasa turut mengakui bahawa beliau, Raja Petra dan Balasubramaniam pergi ke sebuah restoran Itali selepas bertemu peguam, M Puravalen pada 2 Julai 2008.

Katanya, mereka berada di restoran itu memandangkan Puravalen telah mempunyai komitmen untuk makan malam lain bersama rakan-rakannya.

"Kami tidak pergi ke sana hanya untuk membincangkan mengenai sidang media," katanya yang menambah, Balasubramaniam turut menyebut kandungan SD tersebut kepada yang hadir.
Read More / Baca Lagi >>

Akta KWSP dipinda untuk wajibkan pekerja swasta carum hingga umur 60 tahun — Subramaniam

Posted: 14 Aug 2012 10:24 AM PDT

PUTRAJAYA, 14 Ogos — Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 1991 akan dipinda bagi mewajibkan pekerja swasta yang bekerja sehingga umur 60 tahun terus mencarum, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramaniam.
Beliau berkata pindaaan itu selaras Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum 2012, yang diluluskan Dewan Rakyat pada Jun lepas, menyaksikan umur persaraan untuk pekerja sektor swasta dilanjutkan daripada 55 kepada 60 tahun.
"KWSP, setelah berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia, bersetuju bahawa pengeluaran caruman KWSP masih kekal pada umur 55 tahun dan pencarum boleh mengeluarkan 30 peratus pada 50 tahun, dan baki 70 peratus boleh dikeluarkan pada 55 tahun, seperti termaktub dalam akta.
"Pencarum yang tidak mengeluarkan duit ketika 55 tahun boleh terus mencarum dan mengeluarkannya pada usia 60 tahun," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan ketiga pada tahun ini.
Read More / Baca Lagi >>