MIMPI SENJA |
- Melayu jangan kena tipu lagi dan tipu lagi
- Nasharuddin, hang patut letak jawatan - Pemuda PAS Kelantan
- Najib ada 812822 pengikut Twitter, tapi sayang lebih separuh adalah pengikut 'Hantu' ...
- hahaha ... sapa-sapa nak berlakon wei ...Ibrahim Katak nak jadi producer filem pula
- Seksyen 114A - Senator BN pun mahu undang-undang disemak
Melayu jangan kena tipu lagi dan tipu lagi Posted: 14 Aug 2012 11:02 PM PDT Saya tak nak percaya takdir atau destini orang Melayu ialah mereka kena tipu sepanjang zaman. Inilah dia akibat bersetia dalam mati. Komrad Kassim Ahmad semasa dia sibuk bersosialis dahulu ada buat sajak. Bunyi nya: Sekian lama kita mati dalam setia. Kali ini kita hidup dalam durhaka. Tidak mengapa kalau dia sendiri tidak percaya lagi tentang apa yang dia tulis. Rakyat terutama orang Melayu, kalau mahu kenal erti hidup mesti durhaka. Kita kian hampir menyempurnakan ibadat puasa. Kena lah tahu beberapa iktibar dari ibadat puasa tersebut. Menahan lapar, dahaga dan menjauhi dari menggauli isteri. Ertinya, melatih diri meninggalkan kebiasaan. Perkara yang biasa dalam hidup manusia ialah makan, minum dan menggauli isteri. Tuhan suruh tinggalkan kebiasaan-kebiasaan ini. Demikian juga, kebiasaan orang Melayu ialah mengundi dan menyokong Umno. Jadi tinggalkan kebiasaan menyokong Umno, sokong Pakatan Rakyat. Hidup orang Melayu tidak ada makna jika asyik menerima sesuatu sebagai sudah termaktub. Jangan sekali kali membiasakan diri menerima penentuan yang dibuat oleh orang lain. Ini yang Umno suka buat. Ia menghambakan orang Melayu. Apa istimewanya mereka? Banyak mana cerdik nya mereka. Ada termaktub dimana mana, Perdana Menteri Malaysia mesti berbinkan Tun Razak, berbinkan Hussein Onn, berbinkan Mahathir? Tidak ada. Ada disebut dalam mana mana kitab, bahawa semua fikiran yang datang dari Najib Razak mesti OK punya atau terbaik? Janganlah kita taksub sangat dengan pengunggulan sesuatu tokoh. Meraka tidak ada lebih dari kita dan kita pun tidak kurang dari mereka. Orang Melayu mesti membebaskan diri mereka dari belengu penjara minda. Kita memilih dan mendaulatkan sesoarang bukan sebab dia berbinkan sifulan-sifulan, tapi kita angkat pemimpin berdasarkan apa yang dia boleh sumbang dan berdasarkan kelebihan yang dia ada. Kalau orang Melayu hendak majukan diri mereka mesti membiasakan diri dengan nilai-nilai kejayaan dan pencapaian dan kesewarjagatan( achievement values and universalism) . Apa maknanya istilah-istilah ini? Makna nya, seperti dalam masyarakat yang lebih maju, semua orang dinilai mengikut apa yang dia boleh lakukan dan bukan mengikut siapa mereka. Siapa mereka tidak penting lagi. Seorang anak petani yang berwibawa dan ada kemahiran lebih berguna dari seoarang anak bangsawan yang bodoh. Dalam masyarakat moden dan maju, sesiapa sahaja boleh menawarkan diri untuk apa apa jawatan berbanding hanya di tentukan boleh melakukan kerja-kerja yang ditetapkan oleh masyarakat. Contoh: Orang dari kasta bawah hanya boleh berkerja sebagai tukang cuci tandas. Walaupun dia ada ijazah kolej atau university, disebabkan dia datang dari keturunan yang tak betul, dia tidak boleh buat keraja yang lebih mulia. Umno suka prinsip ini sebab bolehlah mereka menentukan yang jadi PM mesti datang dari keluarga bangsawan dan elit . Bodoh pun takpe, apa keturunan itu penting. Itu Umno. Rakyat menolaknya. Kalau kita terima asuhan Umno, orang Melayu akan feudal. Feudal ertinya, majoriiy rakyat akan dihamba abdikan. Elit Melayu turun temurun akan memerintah Melayu kebanyakan walaupun yang memerintah bodoh dan bebal. Yang dibawah tidak akan dapat naik keatas, kerana ini ketetapan hidup. Selagi kita tidak mempersoalkan ketetapan sementara ini maka selama itu kaum Melayu akan tertindas. Cuba orang Melayu berfikir — apa sebab mereka lebih mundur dari kaum Cina misalnya? Walhal Melayu dan Cina terdedah kepada cuaca yang sama, kepada persikitaran yang sama. Namun, kaum Cina lebih maju dalam ekonomi berbanding dengan orang Melayu. Apa pasal? Persekitaran yang sama menghasilkan keputusan yang berlainan? Macam mana boleh jadi begini? Jawapan nya kita dapati dengan membezakan nilai-nilai, motif, serta institusi social dan politik. Orang Melayu mundur sebab institusi politik mereka Umno. Orang Melayu mundur sebab institusi social mereka memihak kepada golongan bangsawan dan elit. Orang Melayu mundur sebab nilai2 yang mereka pegang menyekat mereka dari kebebasan. Yang jadi penyekat sebetulnya ialah Umno. Jadikan orang Melayu penakut dan sentiasa bergantung kepada Umno. Itu pasal Umno mengeksploitasi orang Melayu. Orang Melayu kalau hendak maju mesti ada semangat jebat yakni enggan menerima secara babi buta. Kita Melayu mesti ada budaya enggan menerima sesuatu sebagai sudah termaktub. Kebiasaan mencabar sesuatu kedudukan, pandangan akan melahirkan Melayu yang robust dan rugged. Dengan cara ini timbul Melayu yang ada jatidiri dan tidak takut untuk bersaing. Tapi sentiasa ditipu oleh Umno, itulah yang terjadi. Pimpinan untuk bangsa Melayu ini bagus setakat Hussein Onn sahaja. Mulai Dr Mahathir Mohamad, nasib orang Melayu menjadi lebih teruk. Memang benar kita ada pembangunan fisikal yang menakjubkan — tapi nikmat merasai pembangunan tersebut lebih untuk orang Melayu yang terpilih, dipilih oleh Dr Mahathir. Nikmat kemajuan dan pembangunan dirasai lebih oleh kaum lain yang mempunyai kuasa ekonomi. Rakyat terbanyak terus bergantung kepada kerajaan. Bergantung makna nya mereka tidak merdeka dan tidak ada pilihan. Selama 22 tahun dibawah pemerintahan Dr Mahathir, 6 tahun dibawah Pak Lah dan sekarang di bawah Najib, demikianlah nasib orang Melayu. Asyik kena tipu. Ingatlah pengajaran berpuasa. Meninggalkan kebiasaan. Tinggalkan kebiasaan menyokong Umno. — sakmongkol.blogspot.com |
Nasharuddin, hang patut letak jawatan - Pemuda PAS Kelantan Posted: 14 Aug 2012 09:03 PM PDT KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa diminta untuk meletakkan jawatannya sebagai ahli parlimen Bachok jika terus mahu mengambil pendirian yang bertentang dengan parti tersebut, desak Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK). "Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," kata setiausahanya, Mohd Nuri Mat Yaacob seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily. Kenyataan daripada DPPNK itu timbul berikutan dengan kenyataan Nasharuddin di TV3 yang meminta PAS agar keluar dari Pakatan Rakyat (PR) jika DAP terus menentang Hudud. Nasharuddin turut dilihat bersama-sama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertemu dengan ulamak Arab Saudi yang disiarkan oleh TV3 dan akhbar milik Umno seperti Utusan Malaysia hari ini. Najib berada di Mekah untuk menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Ke-4 Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). "DPPNK melihat cadangan beliau (minta PAS keluar dari PR) tersebut hanyalah mengulangi hujah-hujah yang diratib oleh pemimpin-pemimpin Umno selama ini. "Sedangkan semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno dan BN lah yang sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan selama ini," katanya lagi. Nasharuddin kecundang daripada jawatan timbalan presiden PAS apabila kalah kepada Mohamad Sabu dalam pertembungan tiga penjuru antara beliau. Mohamad dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam muktamar agung PAS yang lalu. Sebelum itu, Nasharuddin bersama-sama dengan Datuk Hasan Ali dilihat sebagai pemimpin yang menjuarai idea menubuhkan kerajaan perpaduan di antara PAS dan Umno. "Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu. "Bagi DPPNK, PAS sedikit pun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti," katanya lagi. Pilihan raya 2008 adalah pencapaian terbaik bagi PAS selepas bersama-sama PKR dan DAP memenangi 22 kerusi parlimen serta menguasai dua negeri iaitu Kelantan dan Kedah. - TMI |
Najib ada 812822 pengikut Twitter, tapi sayang lebih separuh adalah pengikut 'Hantu' ... Posted: 14 Aug 2012 08:11 PM PDT Oh noes! Pengikut hantu? Statuspeople ialah laman sesawang yang membenarkan anda menyemak sama ada pengikut anda di twitter adalah manusia betul atau hanya sebuah bot. Kerana perasaan ingin tahu kami yang tinggi, kami melakukan ujian dibawah terhadap akaun Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Razak iaitu@NajibRazak. Umum kita ketahui Perdana Menteri kita mempunyai lebih dari 800 000 pengikut twitter dan telah disenaraikan sebagai antara 25 pemimpin negara yang paling ramai pengikut. Tetapi..... lihat sahajalah apa terjadi apabila akaun @NajibRazak dianalis menggunakanWWW.Fakers.StatusPeople.com OH NOES! Bagaimana pula dengan pemimpin lain seperti @BarackObama ? Beliau disenarikan sebagai ahli politik yang mempunyai bilangan pengikut twitter paling ramai dengan klebih 18 JUTA pengikut Dan jangan lupa nemesis kepada Pak Najib sendiri iaitu @AnwarIbrahim (182 575 followers)dan anak beliau Nuruzl Izzah @n_Izzah (64 289 followers) Bagaimana pula dengan dua orang kuat geng Cyber Barisan nasional iaitu @TunFaisal (84 936 followers) dan Menteri Dalam Negei Hishammudin Tun Hussein @HishamuddinH20 ? (145 814 Followers) Blog Serius |
hahaha ... sapa-sapa nak berlakon wei ...Ibrahim Katak nak jadi producer filem pula Posted: 14 Aug 2012 09:12 AM PDT Perkasa: Tayang 'Tanda Putera' tanpa tapisan atau kami buat filem Anwar August 14, 2012KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menuntut agar filem "Tanda Putera" arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba ditayangkan tanpa sebarang tapisan dan jika itu tidak dilakukan, mereka akan menerbitkan filem tentang ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kata presidennya, Datuk Ibrahim Ali. Presiden Perkasa itu berkata, pembangkang tidak harus menggunakan filem ini sebagai isu politik dan agenda politik sendiri. "Jangan jadikan hal ini untuk kepentingan parti, filem berunsur sejarah ini perlu ditayangkan untuk rakyat ingat semula dan menghayati keamanan negara dan jangan berfikir negatif sahaja. "Saya cadang kalau PR masih nak isukan filem ini, saya akan buat filem Ketua Pembangkang pula selepas ini," katanya dalam laporan Sinar Harian. Menurut Ibrahim, dakwaan Pakatan Rakyat (PR) bahawa filem tersebut mempunyai unsur perkauman adalah tidak benar kerana cerita itu dibuat berdasarkan sejarah. "Kami akan berunding dan membantu pengarah filem "Tanda Putera" itu untuk meneruskan penyiarannya tanpa 'sensor' (tapisan). "Filem itu berkaitan sejarah, bagaimana plot atau adegannya walaupun agak kontoversi, kita tak boleh nak ubah sejarah dan PR tak perlu nak jadikan itu isu," kata ahli parlimen Pasir Mas itu lagi. Menurutnya, PR tidak perlu mempertikaikan jalan cerita tersebut walaupun ia menyentuh sensitiviti kerana ia berdasarkan fakta sejarah. PR sebelum ini berkata filem "Tanda Putera" itu boleh menimbulkan ketegangan antara kaum seperti 13 Mei yang lalu. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata sebolehnya filem tersebut ditayangkan dahulu kepada pemimpin PR sebelum ditayangkan kepada masyarakat untuk dinilai dan diberi pandangan. Beliau juga mendesak kerajaan supaya membuat penapisan dan memilih filem yang sesuai untuk ditayangkan di negara ini. |
Seksyen 114A - Senator BN pun mahu undang-undang disemak Posted: 14 Aug 2012 09:02 AM PDT August 14, 2012 KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Senator Gan Ping Sieu mahu Putrajaya menyemak semula undang-undang yang mengancam kebebasan hak asasi di internet apabila kebanyakan organisasi hari ini — termasuk Majlis Peguam — tidak menggunakan internet kerana kempen 'Internet Blackout Day' hari ini. Naib Presiden MCA (gambar) itu adalah wakil rakyat ketiga daripada Barisan Nasional (BN) yang meminta kerajaan melakukan perkara itu apabila Putrajaya meminda Seksyen 114A Akta Keterangan 1950, yang mana menjadikan mana-mana kedai kopi menawarkan perkhidmatan WiFi turut berisiko diambil tindakan terhadap kesalahan hasutan dan jenayah atas kesalahan dilakukan pelanggan mereka. "Saya menuntut kerajaan menyemak semula pindaan Akta Keterangan, lebih spesifik Seksyen 114A dan mengambil peluang ini untuk menyuarakan kebimbangan saya terhadap pindaan ini, yang mana memberikan kempen ke seluruh negara untuk kerajaan menyemak dan meluluskannya dalam sidang Parlimen. "Akta ini bakal memberikan kesusahan kepada mereka yang tidak bersalah jika ditangkap atas dakwaan penyalahgunaan Internet, seperti 'hacking' pencuri identity; penipuan, seperti 'Tweet-jacking', termasuk pembekal perkhidmatan Internet di pusat membeli-belah, kedai kopi, dan kawasan awam lain," katanya dalam satu kenyataan. Akta baru itu memperuntukan pengguna Internet berdaftar adalah penerbit untuk mana-mana penerbitan dihantar daripada komputer yang dihubungkan dengan servis talian, kecuali sebaliknya dibuktikan |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan