Ahad, 5 Ogos 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


CHONG WEI TEWAS TAPI DAPAT PUJIAN, BIK MAMA TERUS DIHENTAM

Posted: 05 Aug 2012 12:51 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

TAHNIAH buat Lee Chong Wei yang telah berjaya menjadikan perlawanan malam tadi amat hebat walaupun akhirnya Chong Wei kecundang di tangan Lin Dan seterusnya beliau hanya mampu memiliki Pingat Perak buat Malaysia.  

Ada hikmahnya kekalahan Chong Wei itu.  Pertama sekali, kekalahan beliau akan dapat mencelikkan mata BAM untuk memikirkan apakah negara kita tiada pelapis sekiranya Chong Wei bersara dalam masa terdekat ini.  Keduanya, Chong Wei mungkin boleh memikirkan samada beliau perlu bersara sebelum `hutang' nya ke atas Lin Dan belum terbayar?  Harapan kita Chong Wei akan terus bermain untuk negara kerana buat masa ini negara langsung tiada pelapis yang kualitinya mencapai walaupun separuh dari kualiti Chong Wei.



Hikmah ketiga, kekalahan Chong Wei menyelamatkan kita daripada menyaksikan adegan peluk memeluk di antara Bik mama dengan Chong Wei.  Adegan ini pernah kita saksikan dahulu di mana Chong Wei `lemas; seketika dicelah ketiak Bik mama.  Peluk memeluk ini kesukaan Bik mama mungkin kerana kurangnya amalan ini dipraktikkan di rumah, justeru itu tidak hairanlah `semangat' Bik mama lain macam apabila memeluk Salman Khan satu ketika dahulu.  

Sekadar peluk tidak mengapa tanpa nafsu, mungkin itu adalah komen Masitah jika ditanya hukumnya memeluk lelaki dewasa yang bukan muhrim.  Menjelang perlawanan akhir semalam, diberitakan Bik mama bergegas ke London untuk menyaksikan perlawanan tersebut.  Maka riuh rendah di dalam FaceBook dan Blog merayu-rayu agar Bik Mama jangan datang ke sana.  Mereka merayu kerana di antara mereka tidak mahu `suwey' menimpa.  

Jangan percaya pada `suwey' walaupun mungkin ada `suwey' pada Bik mama.  Kekalahan Chong Wei semalam tiada kena mengena dengan kehadiran Bik mama tetapi ramai yang memuji Chong wei selepas perlawanan tersebut di dalam masa yang sama Bik mama dikutuk rapat.  Mengapa sampai begitu sekali orang meluat dengan betina ini?  Usah ditanya kepada para penyokong Pembangkang, tanya kepada ahli-ahli dan wanita Umporno pun mereka tahu jawapannya.  yang jelas, cincin dan beg Bik mama tidak mampu menyelamatkan Chong Wei.

Sebelum ini orang pernah salahkan laki Bik mama apabila Kelab MU tewas kerana dikatakan laki beliau yang sinonim dengan ayat 'haramjadah' itu adalah penyokong MU.  Kebetulan sewaktu MU bermain, laki Bik mama ada menonton.  Maka, kalahnya MU dikaitkan juga dengan `Suwey" laki beliau.  Begitulah apabila diri dibenci orang, serba yang dibuat semua tak kena.

Kesimpulannya, kita boleh ucapkan tahniah kepada Chong Wei kerana berjaya mendapatkan Pingat Perak buat negara.  Cukuplah dengan Perak, diharapkan boleh sedikit membasuh malu akibat ditertawakan orang luar tentang `comot'nya pakaian kontijen kita sewaktu perbarisan perasmian baru-baru ini.  Selepas ini, jangan kita mimpi untuk melihat pengurusan BAM dirombak atau untuk kita melihat Menteri yang menjaga Sukan meletakkan jawatan akibat membawa kontijen yang `comot' kali ini.  Di negara ini, usah harap mahu lihat mereka meletakkan jawatan akibat kegagalan//wfauzdin.blogspot.com

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


"Saya nampak hantu dalam pesawat" kata penumpang Air Asia yang bertindak membuka pintu kecemasan dan terjun.

Posted: 05 Aug 2012 11:01 PM PDT

.MIRI: Lelaki yang terjun dari pesawat AirAsia malam Jumaat lalu mendakwa dia terlihat kelibat bayangan 'hantu' dalam pesawat tersebut sebelum nekad meninggalkan teman wanitanya dan terjun ke atas landasan Lapangan Terbang Miri di sini. 

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Chong, 24, mendakwa, kehadiran bayangan 'hantu' yang mengganggunya itu menyebabkan dia ketakutan dan mengambil keputusan bertindak keluar dari pesawat berkenaan.

Menurut lelaki itu, tanpa mempedulikan keselamatan dirinya, dia terus membuka pintu kecemasan disebabkan permintaannya untuk turun daripada penerbangan itu tidak dibenarkan oleh anak kapal bertugas.

"Semasa pesawat bersedia untuk berlepas, tiba-tiba saya ternampak kelibat makhluk aneh seakan-akan hantu hadir mengambil tempat penumpang.

"Disebabkan bimbang sesuatu tidak diingini berlaku semasa penerbangan memandangkan permintaan saya tidak dipedulikan pramugari bertugas, saya tiada pilihan lain melainkan terjun dari pesawat," katanya ketika ditemui di Hospital Miri di sini semalam.

Menceritakan lebih lanjut, Chong yang merupakan seorang staf AirAsia memberitahu, ketika mula memasuki pesawat, keadaan adalah tenang sebelum dia mengambil tempat duduk bersama teman wanitanya.

Bagaimanapun, ketika sedang melalui lorong untuk mencari tempat duduknya, tiba-tiba dia berasa sesuatu yang tidak menyenangkan lalu menoleh ke belakang pesawat sebelum melihat suatu kelibat hitam yang menakutkan di situ.

Jelasnya, apabila dia sudah mendapat tempat duduk, perasaannya masih dihantui ketakutan hingga menyebabkan dia bertekad untuk keluar dari pesawat tersebut.

"Saya betul-betul berasa seram dan takut dengan kehadiran kelibat hitam itu dan saya tidak berfikir panjang apabila bertindak membuka pintu kecemasan dan terjun.

"Saya tidak sanggup meneruskan penerbangan kerana bimbang berlaku sesuatu musibah," dakwanya.

Bagaimanapun, Chong yang menerima kecederaan ringan gagal memberi gambaran sebenar makhluk aneh berkenaan kerana fikirannya dipercayai belum stabil.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 malam pada Jumaat lalu, kira kira 200 penumpang pesawat AK587 AirAsia cemas apabila Chong secara mengejut membuka pintu kecemasan sebelum terjun ke atas landasan.

dipetik dari Kosmo!

ARTIS : Shila Amzah pula berhijrah ..... Alhamdulillah

Posted: 05 Aug 2012 08:11 PM PDT

Giliran Shila Amzah Berhijrah?
Gambar: Giliran Shila Amzah Berhijrah?Kalau anda mengikuti perkembangan Shila Amzah melalui Twitter beliau, pasti perasan yang penyanyi ini sudah pun mula mengenakan tudung hampir sebulan yang lalu.
Melihat perkembangan positif terbaru Shila Amzah ini, ramai peminat mula mendoakan yang pelantun lagu Patah Seribu ini untuk mengekalkan imej bertudung beliau.
Shila Amzah sendiri sebelum ini pernah menyuarakan hasratbeliau untuk kekal bertudung & ibu serta kekasih hati, Sharnaaz Ahmad antara penyokong terkuat hasrat beliau itu.
"Siapa yang tidak mahu bertudung. Dalam jiwa mana-mana wanita sekalipun, pasti akan mempunyai impian seperti ini dan cuma menunggu masanya saja. Masanya akan sampai juga"
Shila Amzah yang bakal menyambut ulangtahun kelahiran ke 22 pada 13 Ogos ini juga menjawab beberapa soalan peminat di Twitter seperti mengiyakan penhijrahan beliau.    - Lagi gambar2 di sini

Betoi ka? DAP mahu sertai BN - Soi Lek

Posted: 05 Aug 2012 07:57 AM PDT

MCA DAKWA DAP MAHU SERTAI BN

alt

YONG PENG, 5 Ogos - Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek mendakwa DAP mempunyai agenda politik jangkamasa panjang untuk menyertai Barisan Nasional (BN) dalam mengekalkan kuasa di Pulau Pinang.
"Pemimpin politik DAP adalah sama dengan mana-mana pemimpin politik yang dahagakan kuasa.

"Mereka tidak mahu hilang kuasa di Pulau Pinang dan berharap untuk berada dalam kerajaan pusat," katanya sewaktu merasmikan delegasi Pemuda dan Wanita MCA, di sini, semalam.

Chua turut mendakwa DAP mahu melenyapkan MCA agar dapat menggantikan parti itu dengan menyertai BN sewaktu memberikan ucapan kepada pengundi Cina untuk tidak terperangkap dengan parti pembangkang.

Dalam memberikan reaksi terhadap usaha Pakatan Rakyat untuk menguasai Johor, Chua turut menegaskan dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak ada parti yang menjadi 'pembuat dasar dan keputusan' seperti DAP dakwanya.

"Saya mahu mengingatkan komuniti masyarakat Cina.

"Jika anda memilih DAP dan berfikir kaum Cina akan menjadi pembuat dasar dan keputusan, anda telah melakukan kesilapan," katanya.

Chua turut memberikan contoh terhadap apa yang telah berlaku sewaktu pilihanraya Sarawak yang lalu apabila DAP menggunakan taktik kaum Cina akan menjadi 'pembuat dasar' dalam meraih sokongan dan undi. - klpos

Royalti Minyak Kelantan - TGNA persoal Jawatankuasa Khas

Posted: 05 Aug 2012 04:54 AM PDT

Sabah dan Sarawak menerima royalti minyak sedangkan Kelantan dinafikan hak yang sama.
SHAH ALAM: Kelantan berhak menerima royalti minyak daripada Kerajaan Persekutuan berdasarkan kedudukan pesisir pantainya, kata Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pendirian itu diulangi Nik Aziz dengan merujuk kepada dua negeri lain iaitu Sabah dan Sarawak yang turut menerima royalti minyak sedangkan Kelantan dinafikan hak yang sama.
Tegasnya, pesisir pantai Kelantan adalah lebih dekat dengan lokasi pelantar minyak di perairan pantai timur semenanjung tersebut.
"Sarawak lebih jauh dari pelantar minyak tetapi sudah lama diberikan royaltinya. Tetapi tidak bagi Kelantan yang sepatutnya berhak menerima royalti lima peratus seperti termaktub dalam perjanjian perkongsian hasil cari gali minyak yang dimeterai antara Kerajaan Pusat, Petronas dan kerajaan negeri.
"Kalau Kelantan tidak dapat itu tidak munasabah," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pelancaran tabung Lebuh Raya Rakyat Kuala Krai ke Kota Bharu di Kompleks Media Karangkraf, di sini semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam berkata, dari segi perundangan kerajaan negeri Kelantan tidak layak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum."
Kelantan hanya mempunyai hak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri tersebut iaitu
kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai negeri.
Najib berkata, pada masa ini, tiada pengeluaran petroleum dilakukan dalam kawasan perairan negeri Kelantan. Oleh itu, dari segi perundangan, kerajaan negeri Kelantan tidak layak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum.

Nik Aziz persoal Jawatankuasa Khas
Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS turut mempersoalkan penubuhan Jawatankuasa Khas oleh Kerajaan Persekutuan.
"Sepatutnya masa dia nak sekat pemberian royalti dahulu lagi dia buat jawatankuasa kerana akta dibuat dalam parlimen zaman Tun Razak lagi. Sepatutnya ketika kerajaan Persekutuan tidak mahu beri royalti, masa itulah ada jawatankuasa," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, dan jawatankuasa itu akan mengambil tempoh enam bulan sebelum mengemukakan cadangan kepada kerajaan persekutuan.
Merujuk kepada perjanjian dengan Petronas pada 1975,  pembayaran royalti 5 peratus sebagaimana termaktub, maka Petronas berkewajipan membayar wang kepada negeri berkenaan sebanyak 5 peratus keuntungan minyak.
Sementara itu beliau berkata pihaknya belum melantik nama wakil Kelantan dalam jawatankuasa berkenaan dan perkara itu akan dibuat selepas selesai mengadap Tuanku Sultan


Read more: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/08/05/nik-aziz-kelantan-berhak-terima-royalti-minyak/#ixzz22fhjD0CU

Imam Muda Jabbar - Juara Imam Muda Musim Ke 3

Posted: 05 Aug 2012 01:14 AM PDT

IM Jabar - 28 tahun, peserta tertua
IM Jabar – 28 tahun, peserta tertua

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Cabaran Imam Muda Musim Ke-3 mengharungi segala cabaran dan ujian telah pun selesai. Jawapan sudah berada dalam genggaman penonton setia. Tahniah Budiey ucapkan buat Imam Muda Jabbar yang telah berjaya menjadi juara dan Imam Muda Terulung untuk musim ini.

Selama sembilan minggu para peserta Imam Muda berada dalam program realiti yang masih menjadi fenomena di negara ini, akhirnya sang juara telah dinobatkan dalam program Finale Akhir Imam Muda yang disiarkan serentak di Astro Oasis dan Astro Mustika HD pada hari Jumaat yang lalu.

Dewan Jubli, Pusat Penilaian Negara (INSPENS), Bangi menjadi saksi Abdul Jabbar Mohammed Kahar, 28, atau Imam Muda Jabar dinobatkan juara ketiga program realiti tersebut selepas Imam Muda Asyraf dan Imam Muda Hassan sebagai juara untuk dua musim sebelum ini.


Ternyata keputusan lelaki dari Selangor itu meninggalkan keluarga terutamanya isteri dan dua orang anak kecil serta menolak tawaran kenaikan jawatan semata-mata untuk menyertai program Imam Muda musim ketiga nampaknya tidak sia-sia.

Mengulas tentang kemenangannya, Jabar melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Ilahi. Dia menyifatkan kemenangannya sebagai permulaan buat dirinya berdakwah.

"Saya memanjatkan kesyukuran yang tiada terhingga kepada Allah Taala. Rasa syukur dan terima kasih atas segala doa dan sokongan peminat Imam Muda, terutamanya ibu bapa dan keluarga. Kemenangan ini adalah permulaan untuk menghadapi arena dakwah yang lebih mencabar. Biarpun melalui pelbagai cabaran sebelum dan semasa berada dalam program ini, saya nekad untuk terus berjuang atas nama dakwah.

Naib juara disandang oleh Mohammad Hafiz Abdul Khodir, 27, sementara Abdul Rahman Naufal Mohd Hatta, 21, menduduki tempat ketiga.

Terdahulu, Kemuncak Imam Muda yang bersiaran di Astro Oasis (Saluran 106) dan serentak di Mustika HD (Saluran 134) pada malam Jumaat lalu buat pertama kalinya menyaksikan tiga peserta bersaing pada pusingan final.

Mereka ialah Mohammad Hafiz dari Kuala Lumpur, Abdul Jabbar (Perak) dan Abdul Rahman Naufal (Johor).

Juara Imam Muda musim ketiga membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta sebuah trofi sumbangan Astro manakala naib juara pula membawa pulang wang tunai RM35,000 sumbangan Astro, RM15,000 sumbangan Bank Islam dan sebuah piala.

Tempat ketiga turut memenangi wang tunai RM15,000 sumbangan Astro dan RM10,000 sumbangan Bank Islam dan sebuah piala.

Bagi yang ketinggalan menonton final Imam Muda, anda masih boleh mengikuti siaran ulangan hari Sabtu, 4 Ogos ini pukul 5.30 petang atau hari Ahad 5 Ogos 2012 pukul 10 pagi di Astro Oasis (Saluran 106).

Sepasang gari sebagai hadiah selamatkan negara

Posted: 05 Aug 2012 12:22 AM PDT

Oleh EDY NOOR REDUAN

Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk penahanan Rafizi Ramli di bawah akta BAFIA ekoran pendedahan skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang didedahkannya pada akhir tahun lalu.

Ia satu cubaan rejim untuk menggambarkan Rafizi sebagai seorang penjenayah walaupun beliau dengan penuh fakta sahih telah mendedahkan skandal NFC yang menyebabkan seorang menteri meletakkan jawatan. 
SAMM melihat ini sebagai sangat tidak wajar kerana sepatutnya Rafizi diberikan hadiah dan penghargaan oleh pihak kerajaan kerana telah menyelamatkan negara ini dari terus dirompak.

Malangnya, hadiah buat Rafizi berupa sepasang gari bersama bon ikat jamin.

SAMM Mengucapkan tahniah kepada Rafizi kerana imej penahanan bergari itu bukan sahaja mempopularkan beliau tetapi mempercepatkan usaha kejatuhan rejim.

Jika pun apa yang dilakukan Rafizi secara teknikalnya mungkin salah namun percayalah ia berlaku kerana kegagalan pihak SPRM dan pihak berkuasa bertindak apabila laporan di buat.

Bagi SAMM, melindungi orang-orang tertentu dari golongan VIP dengan memberkas pihak pelapor yang mendedahkan jenayah dan rasuah adalah satu petanda betapa sistem perundangan negara berada dalam keadaan tenat. 

SAMM memberi jaminan sekiranya amalan seperti ini diteruskan oleh rejim BN demi untuk melindungi jemaah menterinya yang banyak terpalit skandal rasuah dan penyelewengan, maka rakyat pasti menolak BN dalam pilihan raya umum akan datang dan bersedia untuk sebuah kerajaan baru yang lebih telus.

SAMM Melihat terdapat impak negatif daripada tindakan penahanan Rafizi sama-ada orang awam akan tidak menghormati undang-undang lalu bertindak sendirian atau orang awam tidak lagi mahu tampil menjadi pelapor 'rompakan'.

Sehingga hari ini, SAMM sebagai peneraju anak muda tidak melihat sebarang transformasi yang kononnya dijanjikan oleh Najib Razak dalam usaha memperbaiki sistem perundangan malah menjadi lebih teruk apabila rejim panik dan terdesak setelah Rafizi melangkah untuk pendedahan terbaru yang melibatkan prasarana pengangkutan awam negara.

SAMM tidak mengharapkan apa-apa lagi dari pihak kerajaan, namun menyeru dan menggesa seluruh rakyat Malaysia membuka mata mencelik minda, memandang dengan mata hati apa yang berlaku hari ini akan terus berlaku. 

Rakyat akan dimomokkan dengan tangkapan, diperas dan diugut supaya tidak campur tangan dalam urusan 'mereka' merompak khazanah negara.

Akhir sekali, untuk pengetahuan peguam negara yang diperkuda rejim BN, ketahuilah bahawa siri-siri pendedahan skandal NFC telah diterbitkan sebagai risalah oleh pelbagai pihak dan sudah tersebar ke seluruh negara. Jika ia satu kesalahan, jangan lupa untuk mendakwa berjuta pihak yang terlibat. 

fcamel 雜記

fcamel 雜記


向日葵武士

Posted: 05 Aug 2012 10:15 AM PDT

大學的時候滿喜歡的一部作品, 向日葵武士, 江戶時代 hip-hop 風格的武士, 打鬥像跳舞一般。但要說令我印象最深刻的部份, 是 17 集和最後一集片尾的曲子。偶而會想拿出來一直放著放著, 沉浸在音樂裡。

查了一下, 17 集的片尾曲是 Kazami 的 You/Himawari

而 26 集片尾曲是 Midicronica 的 San Francisco, 配上結尾的動畫更有味道, 主角們一起共患難旅行了這麼久, 就這麼乾脆地轉身就走, 相當喜歡這段:

歌詞也很有趣:

Get up, get up, walking
Sleeping on keep one moving slowly
Good morning and good sunshine

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


MB: SYABAS akui tiada krisis air di S'gor

Posted: 05 Aug 2012 09:24 PM PDT



Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pegawai Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) mempersetujui bahawa Selangor tidak mengalami krisis air dengan rizab kritikal dua peratus seperti yang didakwa syarikat itu sebelum ini.

Dalam satu wawancara dengan Malaysiakini, Abdul Khalid berkata pegawai tersebut mempersetujui demikian dalam satu taklimat kepada satu jawatankuasa menyemak yang bari dibentuk kerajaan negeri.

Abdul Khalid berkata, laporan awal jawatankuasa itu menyatakan bahawa 35 loji rawatan air di Selangor berkapasiti untuk mengeluarkan 4,960 juta liter air sehari (MLD), lebih 14 peratus atau 598 MLD daripada bekalan SYABAS setiap hari.

"Ya (mereka bersetuju dengan jumlah tersebut). Mereka berada di dalam bilik dalam mesyuarat yang sama.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi prosecution wrong move, Singapore daily suggests

Posted: 05 Aug 2012 09:23 PM PDT

KUALA LUMPUR, Aug 6 — Putrajaya's move to charge Rafizi Ramli has only served to raise the PKR strategy chief's public stature in the run-up to key national polls as it appears to run counter to the federal government's pledge to combat corruption, a Singapore paper suggested today.
Rafizi was charged on August 1 with violating the Banking and Financial Institutions Act (BAFIA) in exposing confidential banking details related to National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), in a case that has put whistleblower protection laws under greater scrutiny.
"Transparency International Malaysia has urged for whistleblowers to be protected as they 'put themselves at great risk to their livelihood and career and also to their work, family and community relationships'," Singapore's Business Times reported today.
File photo of Rafizi (right) being led in handcuffs when he was charged with violating the Banking and Financial Institutions Act on August 1, 2012.
The anti-graft watchdog has stressed that public perception of selective prosecution would prove damaging to Malaysia's enforcement agencies in the fight against corruption, as well as being inconsistent with the purpose of the Whistleblower Protection Act 2010 despite Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's denial of double standards, the paper reported. The paper highlighted the different treatment the authorities accorded Rafizi when they handcuffed him during a pre-dawn arrest at his home before taking him to court and the man whose company he had exposed for alleged corruption in a RM250 million cattle farming scandal, NFCorp chairman Datuk Seri Mohd Salleh Ismail, who was left uncuffed to walk into court.
Read More / Baca Lagi >>

Berhadapan dua kes mahkamah, Rafizi akan terus dedahkan skandal

Posted: 05 Aug 2012 09:22 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Rafizi Ramli dari PKR enggan untuk menghentikan pendedahan awamnya mengenai skandal rasuah yang berlaku dalam kerajaan walaupun menghadapi dua pertuduhan mahkamah kerana mendedahkan perkara tersebut.
Tindakan beliau boleh menyebabkan dirinya merengkok dalam penjara, didenda berjuta ringgit dan kehilangan peluang bertanding sebagai ahli parlimen.
Rafizi dan PKR rakan sekerjanya Zuraida Kamaruddin dijadualkan untuk ke mahkamah petang ini bersama bekas Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh ketua Wanita Umno itu berikutan skandal NFC. — Gambar fail
Pemimpin muda itu memberitahu The Malaysian Insider, sekiranya dia tidak meneruskan apa yang dilakukannya, skandal seperti Pusat fidlot Kebangsaan (NFC) kontroversi "lembu kondo" dan perjanjian LRT Ampang tidak akan menjadi berita utama negara. Beliau menolak hujah Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lalu bahawa didakwa dalam kes NFC kerana beliau tidak melalui saluran yang sah untuk membuat pendedahan.
"Kami telah pergi ke pihak berkuasa yang berkaitan. Malah, dalam kes daripada NFC, kami membuat aduan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Salah jika beliau (Najib) untuk mengatakan saya tidak pergi. Jika anda masih ingat, saya menyerahkan semua maklumat saya kepada polis," Rafizi berkata dalam satu temu bual.
Rafizi dan PKR rakan sekerjanya Zuraida Kamaruddin dijadualkan untuk ke mahkamah petang ini bersama bekas Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh ketua Wanita Umno itu berikutan skandal NFC.
Shahrizat, yang hilang jawatan menteri awal tahun ini apabila jawatan senator beliau tamat tempoh tidak lama selepas skandal tersebut menjadi tajuk-tajuk utama media, telah menyaman kedua-dua pemimpin PKR itu kerana menuduh beliau menyalahgunakan pinjaman RM250 juta dari kerajaan persekutuan yang bertujuan untuk skim penternakan lembu negara.
Dakwaan memfitnah ketua Wanita Umno bukan satu-satunya perkara yang telah melanda Rafizi dalam pendedahannya terhadap NFC.
Rafizi juga menghadapi prospek untuk dipenjara maksimum tiga tahun  dan denda RM3 juta kerana melanggar Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA), selepas beliau mendedahkan butir-butir perbankan sulit fidlot National Feedlot Corporation (NFCorp), firma yang menjalankan projek NFC.
Read More / Baca Lagi >>

Yusuf Qardhawi: Islam tiada makna jika rakyat ditindas, hasil negara dibolot

Posted: 05 Aug 2012 09:20 PM PDT

KUALA LUMPUR 6 Ogos: Tidak bermakna Islam itu jika tiada huriyyah (kebebasan) dan rakyat ditindas pemerintah, kata Sheikh Yusuf al-Qardhawi.
Demikian Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan pesanan ulama tersohor itu berdasarkan buku terbarunya berjudul 'Kebangkitan Rakyat' yang ditulis selepas kejatuhan regim Hosni Mubarak.
Memetik kandungan buku itu, Anwar berkata, tanda negara tiada kebebasan apabila pihak yang berkuasa berbuat sesuka hati termasuk mengaut hasil kekayaan negara.
"Kata Yusuf Qardhawi, inilah yang menyebabkan malapetaka di negara-negara Islam.
"Kalau kita nak (mengamalkan) Islam, bagaimana kita boleh tidak menghormati rakyat di bawah?" soalnya ketika memberi tazkirah di Surau P 20, Taman Bukit Angkasa Pantai Dalam, semalam.
Beliau mengambil contoh masyarakat Kadazandusun di Sabah yang marah apabila tanah mereka dirampas pihak berkuasa.
Read More / Baca Lagi >>

Selangor bertegas ambil alih Syabas

Posted: 05 Aug 2012 09:15 PM PDT

KUALA LUMPUR 6 Ogos: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bertegas akan melaksanakan perancangan negeri itu untuk mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Menurutnya, walaupun tindakan tersebut mendapat tentangan hebat daripada Kerajaan Pusat, namun usaha kerajaan negeri itu amat penting bagi memastikan rakyat tidak membayar harga tinggi untuk bekalan air terawat .
"Kita tetap meneruskan hasrat mengambil alih Syabas kerana kita tidak mahu membayar harga yang lebih tinggi daripada sekarang.
"Ini yang kita janjikan kepada rakyat, untuk meneruskan usaha membetulkan perkara yang tidak betul," katanya semasa majlis berbuka puasa bersama media di Hotel Holiday Villa, Subang Jumaat lalu.
Tambah beliau, sikap berkeras Kerajaan Pusat itu sebenarnya bercanggah dengan Akta Industri Pembekalan Air 2006.
"Kita juga boleh pergi ke mahkamah untuk menunjukkan bahawa tindakan Kerajaan Persekutuan ini tidak sama dengan undang-undang yang diluluskan pada tahun 2006," katanya.

Revisiting EPF ‘loans’ to govt

Posted: 05 Aug 2012 09:14 PM PDT

The government's bid to increase the full EPF withdrawal age to 60 years has rekindled memories of the Mahathir era.

I am worried about our Employees Provident Fund (EPF) monies. The recent statement by Deputy Finance Minister Donald Lim who said that the age for full withdrawal from the EPF by contributors will be raised to 60 is bothering me and many others as well.
It means that the government needs more money and as always EPF is its kitty.
As at June 2010, the total savings deposited by millions of employees and their employers stood at RM407 billion.
The EPF has become the main source of domestic borrowings by the federal government.
But over the years the role of the EPF as the primary lender to the government has been grossly abused.
Here's a reminder of the abuses by Umno's political masters since 1981.
Read More / Baca Lagi >>

SHOCKING M'sia 10th LAZIEST nation in the world & the WORST in SE Asia

Posted: 05 Aug 2012 09:13 PM PDT

SHOCKING M'sia 10th LAZIEST nation in the world & the WORST in SE AsiaMalaysia is the 10th laziest nation in the world! The shocking piece of finding came from an international study timed intentionally to coincide with the London Olympic Games.
Worse still, Malaysia turned out to be the most slothful nation by far in Southeast Asia, scoring 61.4% on the inactive index versus Cambodia's 11.2%, Myanmar's 12.7%, Vietnam's 15.3%, Thailand's 19.2%, Philippines' 23.7% and Indonesia's 29.8% . Perhaps due to its small size, neighboring Singapore was not on the survey of 122 countries grading about 89% of the world's population.
"It is not something to be proud of and it is time for the Health ministry to get cracking on making Malaysians more aware of where we stand instead of giving the usual excuses and denials which do no one any good. A healthy lifestyle and an active and bright mind go hand in hand. So if we are fitter, the tendency is that we won't be so lazy mentally either," PKR vice president Chua Jui Meng, a former Health minister, told Malaysia Chronicle.
Malaise
Read More / Baca Lagi >>

Bukan warga di negara sendiri

Posted: 05 Aug 2012 09:12 PM PDT

Selagi polisi tidak diubah, selagi itulah masalah dokumen pengenalan diri tidak akan selesai.

Sejak hampir setahun lalu, saya sering mendengar dan membaca mengenai kempen pendaftaran dokumen pengenalan diri yang diterajui pihak tertentu. Kempen dan jerayawara (roadshow) diadakan di pelbagai tempat, khabarnya untuk membantu orang ramai mendapatkan kad pengenalan dan sijil kelahiran.
Bagaimanapun, dua perkara membuatkan saya ingin tahu lebih lanjut mengenai usaha berkenaan. Pertama, adakah "kempen" itu bersifat sementara atau masalah yang timbul benar-benar diteliti pada peringkat akar-umbi lalu diselesaikan sepenuhnya.
Dengan erti kata lain, apakah benar-benar dilakukan dengan ikhlas atau sekadar kempen bagi kepentingan politik pihak tertentu. Selepas tempoh kempen selesai, mangsa tetap kekal sebagai bukan warganegara di negara sendiri.
Persoalan kedua yang muncul dalam fikiran saya adalah mengenai penglibatan Persatuan Jaringan Pembangunan Manusia Luar Bandar, Malaysia (DHRRA Malaysia).
Setahu saya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu terlibat secara aktif dan berterusan sejak 2003 dalam usaha-usaha menyelesaikan masalah dokumen pengenalan diri. Lalu, mengapa nama DHRRA Malaysia tidak muncul langsung dalam kempen dan roadshow kali ini?
Read More / Baca Lagi >>

Perkara Yang Haram bagi PAKATAN Tetapi Halal Bagi UMNO...

Posted: 05 Aug 2012 09:09 PM PDT

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/539168_254357621347826_1079064577_n.jpg

55 Tahun : Umno, Isa Samad dan 'perkara biasa'!

Posted: 05 Aug 2012 09:06 PM PDT

Isa Samad kata, "harga saham FGV turun, perkara biasa!"
Iyah...memang perkara biasa! Segala yang berlaku 55 tahun dalam pemerintahan Umno/Bn adalah 'perkara biasa'!!
Saham FGV turun, 'perkara biasa'!
Harta Felda bakal tergadai, 'perkara biasa'!
Para peneroka bakal jadi miskin, 'perkara biasa'!
Tanah rezab Melayu berkurangan, 'perkara biasa'!
Rakyat dicengkam kemiskinan, kroni terus kaya raya, 'perkara biasa'!
Penentang rasuah dan pecah amanah ditangkap, perasuah dibelai, 'perkara biasa'!
Kerana PAS perintah Kelantan tak dapat royalty minyak, 'perkara biasa'!
Masa Umno perintah royalty, PAS perintah saja terus jadi wang ihsan, 'perkara biasa'!
Bila rugi para pemimpin Umno kata itu perkara biasa, 'perkara biasa'!
Kerana perkara biasalah orang Melayu terus mahu dibodohkan, 'perkara biasalah tu'!
Read More / Baca Lagi >>

Kami AKAN SELAMAT Jika MEMASUKI BUDDHA - Muslim Rohingya

Posted: 05 Aug 2012 09:04 PM PDT

Muhammad Rafiq, salah seorang pelarian Rohingya.


JAKARTA - Entah syaitan mana yang merasuk kelompok majoriti Buddha dan tentera Myanmar, tanpa belas kasihan dan biadab mereka menyerang, menyiksa, merogol, dan membunuh Muslim Rohingya. Ini termasuklah kepada kanak-anak dan wanita.

Sungguh hebat penderitaan saudara-saudara Muslim kita Rohingya. Muslim disiksa, muslimah diperkosa, rumah dibakar, dirompak dan pembunuhan yang dilakukan dengan begitu kejam oleh kelompok majoriti Buddha Rakhine dan tentera Myanmar.

Perkara ini diceritakan sendiri oleh Muhammad Rafiq, salah seorang pelarian Rohingya pada majlis Dialog Interaktif Rohingya yang dikendalikan oleh International Conference of Islamic Scholars (ICIS), di Jakarta pada Sabtu (4/8/2012).
Read More / Baca Lagi >>

Serangan di Aleppo semakin runcing

Posted: 05 Aug 2012 09:02 PM PDT


Serangan di Aleppo semakin runcing
Pejuang pemberontak Syria bersorak selepas melepasi pemeriksaan keselamatan di perkampungan Anadan, Syria.
 
ALLEPO - Serangan tentera Syria di kubu kuat terakhir pemberontak di Damsyik dengan kereta kebal dan kereta berperisai selain melancarkan serangan meriam di Aleppo semakin meruncing.

"Tentera Syria mula memasuki Aleppo iaitu pintu masuk utama bandar yang dihuni oleh 2.5 juta penduduk di mana mereka turut menjadi perisai," katanya.

Manakala, komander pemberontak tempatan berkata, semua pejuang bersedia melancarkan serangan terhadap kerajaan.

Read More / Baca Lagi >>

Najib beri jaminan masalah air selesai jika BN tawan Kelantan

Posted: 05 Aug 2012 09:00 PM PDT

KOTA BHARU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan Barisan Nasional (BN) akan menyelesaikan masalah air yang kritikal di Kelantan jika ia menawan kembali negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku di Kelantan hingga membebankan rakyat yang selama ini memberi mandat kepada Pas untuk memerintah sejak 1990.

"Tidak usah bercakap soal lain, kalau masalah air pun tidak boleh diselesaikan. Saya beri jaminan dalam tempoh terdekat ini boleh diselesaikan oleh kerajaan BN.

"Semasa di lapangan terbang, saya telah menerima memorandum minta diselesaikan masalah air ini. Susah kalau tidak ada air, terutama pada waktu tertentu," katanya ketika berucap pada Solat Tarawih Perdana dan Amanat Perdana Menteri di Yayasan Kemiskinan Kelantan malam tadi.

Read More / Baca Lagi >>

Rundingan royalti kemenangan awal rakyat Kelantan

Posted: 05 Aug 2012 08:56 PM PDT

Kesediaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berunding dengan Kelantan dalam menyelesaikan isu royalti adalah satu kemenangan awal kepada rakyat Kelantan dan rakyat Malaysia umumnya.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, perkara ini dijangka mampu menaikkan semangat jentera Pas khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"Pandangan saya ia adalah kemenangan moral yang memberi semangat kepada kami, tetapi Pas tidak boleh lalai untuk terus memberi tekanankepada rundingan itu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Read More / Baca Lagi >>

'Tiada kebebasan punca malapetaka di negara Islam'

Posted: 05 Aug 2012 08:43 PM PDT

Dengan memetik karya terbaru ulama tersohor Yusuf al-Qaradhawi bertajuk 'Kebangkitan Rakyat' yang ditulis selepas kejatuhan regim Hosni Mubarak , Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, punca malapetaka di negara Islam adalah disebabkan oleh tiada kebebasan diberikan kepada rakyatnya.

"Al-Qaradhawi kata mereka nak kepada Islam, maka kena hormat rakyat di bawah. Ini tidak, nak kepada Islam, tetapi perangai macam Firaun.

"Rakyat jangan jadi bodoh, (mesti) merdekakan rakyat. Tidak ada maknanya Islam itu, apabila rakyat tidak ada kebebasan.

"Ini tidak, ada kuasa apa-apa pun boleh buat... Ini yang menyebabkan malapetaka dalam negara Islam," kata Anwar yang juga ketua umum PKR dan bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Dalam buku itu juga, Anwar berkata Al-Qaradawi juga menganggap pihak tertentu yang menyatakan demonstrasi adalah haram disebabkan mereka "tidak membaca sirah Islam".
Read More / Baca Lagi >>

Anwar: Rasuah, rompakan negara kerana tiada penghayatan Al-Quran

Posted: 05 Aug 2012 08:42 PM PDT

KUALA LUMPUR 6 Ogos: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, Al-Quran bukan sekadar dibaca, namun wajib difahami, dihayati kemudian diamal sebagai bukti ketakwaan untuk menegakkan yang hak dan meruntuhkan kebatilan.
"Sheikh Taha Jabir Al-Alwani kata, Ramadhan di alam Melayu sangat baik. Setiap malam bertadarus dan kemudian khatam. Namun, kita bergantung pada terjemahan dan tafsir. Kena faham dan amalkan. Al-Quran beri keterangan nyata untuk kita buat penilaian.
"Berapa tahun kita baca Al-Quran? 20 tahun? Tapi kenapa masih berlaku hal yang buruk, rasuah, rompak dan sebagainya? Ini kerana tidak ada semangat Ramadhan.
Read More / Baca Lagi >>

9 NGO pro Umno malukan Barisan Nasional

Posted: 05 Aug 2012 08:41 PM PDT

NAK tergelak tengok gelagat 9 NGO-NGO pro Umno, katanya seramai 50 orang berhimpun di bangunan JAIS beberapa hari lalu berlagak bagaikan pejuang kerana tidak mahu masjid dipolitikkan.

Siap bawa sepanduk kononnya tindakan mereka itu sebagai mentaati titah Sultan Selangor yang tidak mahu masjid dipolitikkan [Utusan].



Mereka nak bantah masjid dipolitikkan, terpulanglah. Mereka ada kaki, ada tangan ada mulut, nak bantah lantaklah kita tak perlu persoalkan kerana mereka juga berhimpun secara aman tanpa senjata.

Namun yang lucunya, mereka sebenarnya telah memalukan Barisan Nasional yang baru sahaja beberapa hari lalu mempolitikkan masjid.

Lihat bukti-bukti di bawah ini, biarlah gambar berbicara seribu bahasa.



Siapakah gerangan ahli politik Barisan Nasional yang mempolitikkan masjid ini? Lihat gambar di bawah.



Sendiri politikkan masjid, sendiri mengamuk berhimpun bagai depan bangunan JAIS.

Water: Crisis or spin?

Posted: 05 Aug 2012 08:38 PM PDT

Egypt vows strong response to Sinai attack

Posted: 05 Aug 2012 08:37 PM PDT

Rebels fend off Syrian army in Aleppo

Posted: 05 Aug 2012 08:36 PM PDT

Rebel bastions in Aleppo targeted

Posted: 05 Aug 2012 03:26 PM PDT

Al Jazeera interviews journalist John Cantlie

Posted: 05 Aug 2012 03:25 PM PDT

Al Jazeera talks to a Syrian deserter

Posted: 05 Aug 2012 03:25 PM PDT

Agaknya Tak Lama Lagi Siapa Yang Tinggal Bersama Assad ??

Posted: 05 Aug 2012 03:17 PM PDT

Syria's first astronaut defects to Turkey

General Mohammed Ahmed Faris, a military aviator who became the first Syrian in space, fled to Turkey on Sunday after defecting from President Bashar al-Assad's regime, the Anatolia news agency reported.

Before crossing into Turkey, Faris visited the headquarters of the Free Syrian Army in his home town Aleppo in a show of solidarity with rebel forces battling Assad's troops in Syria's biggest city, it said.

Anatolia said it was Faris' fourth attempt to defect.
Read More / Baca Lagi >>

Kebodohan yang tidak terperi

Posted: 05 Aug 2012 03:14 PM PDT

"Dengan angkuhnya Sang Pembakar Jambatan Rais Yatim tetap menggunakan tema merdeka" Janji Di tepati untuk perayaan kemerdekaan negara ke 55. Kini tinggal lagu tema lagi belum dimuktamadkan setelah logonya yang hodoh ditarik balik.Melihat kepada reaksi terbaru Rais, barangkali lagu tema tetap akan digunakan. Lebih-lebih lagi liriknya ditulis oleh Rais sendiri.
 

Tahun ini dalam sejarah negara, dua perayaan serentak diadakan untuk sambut kemerdekaan. Satu berversikan parti pemerintah dan satu lagi berversikan Pakatan Rakyat. Serentak bertembung.

Kita bakal melihat persaingan tarikan menghadiri kedua perayaan tersebut. Mana satu yang bakal dihadiri ramai penonton. Samada versi kerajaan atau  versi PR.

Read More / Baca Lagi >>