MIMPI SENJA |
- "Saya nampak hantu dalam pesawat" kata penumpang Air Asia yang bertindak membuka pintu kecemasan dan terjun.
- ARTIS : Shila Amzah pula berhijrah ..... Alhamdulillah
- Betoi ka? DAP mahu sertai BN - Soi Lek
- Royalti Minyak Kelantan - TGNA persoal Jawatankuasa Khas
- Imam Muda Jabbar - Juara Imam Muda Musim Ke 3
- Sepasang gari sebagai hadiah selamatkan negara
Posted: 05 Aug 2012 11:01 PM PDT MIRI: Lelaki yang terjun dari pesawat AirAsia malam Jumaat lalu mendakwa dia terlihat kelibat bayangan 'hantu' dalam pesawat tersebut sebelum nekad meninggalkan teman wanitanya dan terjun ke atas landasan Lapangan Terbang Miri di sini. Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Chong, 24, mendakwa, kehadiran bayangan 'hantu' yang mengganggunya itu menyebabkan dia ketakutan dan mengambil keputusan bertindak keluar dari pesawat berkenaan. Menurut lelaki itu, tanpa mempedulikan keselamatan dirinya, dia terus membuka pintu kecemasan disebabkan permintaannya untuk turun daripada penerbangan itu tidak dibenarkan oleh anak kapal bertugas. "Semasa pesawat bersedia untuk berlepas, tiba-tiba saya ternampak kelibat makhluk aneh seakan-akan hantu hadir mengambil tempat penumpang. "Disebabkan bimbang sesuatu tidak diingini berlaku semasa penerbangan memandangkan permintaan saya tidak dipedulikan pramugari bertugas, saya tiada pilihan lain melainkan terjun dari pesawat," katanya ketika ditemui di Hospital Miri di sini semalam. Menceritakan lebih lanjut, Chong yang merupakan seorang staf AirAsia memberitahu, ketika mula memasuki pesawat, keadaan adalah tenang sebelum dia mengambil tempat duduk bersama teman wanitanya. Bagaimanapun, ketika sedang melalui lorong untuk mencari tempat duduknya, tiba-tiba dia berasa sesuatu yang tidak menyenangkan lalu menoleh ke belakang pesawat sebelum melihat suatu kelibat hitam yang menakutkan di situ. Jelasnya, apabila dia sudah mendapat tempat duduk, perasaannya masih dihantui ketakutan hingga menyebabkan dia bertekad untuk keluar dari pesawat tersebut. "Saya betul-betul berasa seram dan takut dengan kehadiran kelibat hitam itu dan saya tidak berfikir panjang apabila bertindak membuka pintu kecemasan dan terjun. "Saya tidak sanggup meneruskan penerbangan kerana bimbang berlaku sesuatu musibah," dakwanya. Bagaimanapun, Chong yang menerima kecederaan ringan gagal memberi gambaran sebenar makhluk aneh berkenaan kerana fikirannya dipercayai belum stabil. Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 malam pada Jumaat lalu, kira kira 200 penumpang pesawat AK587 AirAsia cemas apabila Chong secara mengejut membuka pintu kecemasan sebelum terjun ke atas landasan. dipetik dari Kosmo! |
ARTIS : Shila Amzah pula berhijrah ..... Alhamdulillah Posted: 05 Aug 2012 08:11 PM PDT Giliran Shila Amzah Berhijrah? Kalau anda mengikuti perkembangan Shila Amzah melalui Twitter beliau, pasti perasan yang penyanyi ini sudah pun mula mengenakan tudung hampir sebulan yang lalu. Melihat perkembangan positif terbaru Shila Amzah ini, ramai peminat mula mendoakan yang pelantun lagu Patah Seribu ini untuk mengekalkan imej bertudung beliau. Shila Amzah sendiri sebelum ini pernah menyuarakan hasratbeliau untuk kekal bertudung & ibu serta kekasih hati, Sharnaaz Ahmad antara penyokong terkuat hasrat beliau itu. "Siapa yang tidak mahu bertudung. Dalam jiwa mana-mana wanita sekalipun, pasti akan mempunyai impian seperti ini dan cuma menunggu masanya saja. Masanya akan sampai juga" Shila Amzah yang bakal menyambut ulangtahun kelahiran ke 22 pada 13 Ogos ini juga menjawab beberapa soalan peminat di Twitter seperti mengiyakan penhijrahan beliau. - Lagi gambar2 di sini |
Betoi ka? DAP mahu sertai BN - Soi Lek Posted: 05 Aug 2012 07:57 AM PDT MCA DAKWA DAP MAHU SERTAI BN YONG PENG, 5 Ogos - Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek mendakwa DAP mempunyai agenda politik jangkamasa panjang untuk menyertai Barisan Nasional (BN) dalam mengekalkan kuasa di Pulau Pinang. "Mereka tidak mahu hilang kuasa di Pulau Pinang dan berharap untuk berada dalam kerajaan pusat," katanya sewaktu merasmikan delegasi Pemuda dan Wanita MCA, di sini, semalam. Chua turut mendakwa DAP mahu melenyapkan MCA agar dapat menggantikan parti itu dengan menyertai BN sewaktu memberikan ucapan kepada pengundi Cina untuk tidak terperangkap dengan parti pembangkang. Dalam memberikan reaksi terhadap usaha Pakatan Rakyat untuk menguasai Johor, Chua turut menegaskan dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak ada parti yang menjadi 'pembuat dasar dan keputusan' seperti DAP dakwanya. "Saya mahu mengingatkan komuniti masyarakat Cina. "Jika anda memilih DAP dan berfikir kaum Cina akan menjadi pembuat dasar dan keputusan, anda telah melakukan kesilapan," katanya. Chua turut memberikan contoh terhadap apa yang telah berlaku sewaktu pilihanraya Sarawak yang lalu apabila DAP menggunakan taktik kaum Cina akan menjadi 'pembuat dasar' dalam meraih sokongan dan undi. - klpos |
Royalti Minyak Kelantan - TGNA persoal Jawatankuasa Khas Posted: 05 Aug 2012 04:54 AM PDT Sabah dan Sarawak menerima royalti minyak sedangkan Kelantan dinafikan hak yang sama. SHAH ALAM: Kelantan berhak menerima royalti minyak daripada Kerajaan Persekutuan berdasarkan kedudukan pesisir pantainya, kata Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pendirian itu diulangi Nik Aziz dengan merujuk kepada dua negeri lain iaitu Sabah dan Sarawak yang turut menerima royalti minyak sedangkan Kelantan dinafikan hak yang sama. Tegasnya, pesisir pantai Kelantan adalah lebih dekat dengan lokasi pelantar minyak di perairan pantai timur semenanjung tersebut. "Sarawak lebih jauh dari pelantar minyak tetapi sudah lama diberikan royaltinya. Tetapi tidak bagi Kelantan yang sepatutnya berhak menerima royalti lima peratus seperti termaktub dalam perjanjian perkongsian hasil cari gali minyak yang dimeterai antara Kerajaan Pusat, Petronas dan kerajaan negeri. "Kalau Kelantan tidak dapat itu tidak munasabah," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pelancaran tabung Lebuh Raya Rakyat Kuala Krai ke Kota Bharu di Kompleks Media Karangkraf, di sini semalam. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam berkata, dari segi perundangan kerajaan negeri Kelantan tidak layak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum." Kelantan hanya mempunyai hak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri tersebut iaitu kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai negeri. Najib berkata, pada masa ini, tiada pengeluaran petroleum dilakukan dalam kawasan perairan negeri Kelantan. Oleh itu, dari segi perundangan, kerajaan negeri Kelantan tidak layak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum. Nik Aziz persoal Jawatankuasa Khas Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS turut mempersoalkan penubuhan Jawatankuasa Khas oleh Kerajaan Persekutuan. "Sepatutnya masa dia nak sekat pemberian royalti dahulu lagi dia buat jawatankuasa kerana akta dibuat dalam parlimen zaman Tun Razak lagi. Sepatutnya ketika kerajaan Persekutuan tidak mahu beri royalti, masa itulah ada jawatankuasa," katanya. Beliau berkata demikian mengulas penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, dan jawatankuasa itu akan mengambil tempoh enam bulan sebelum mengemukakan cadangan kepada kerajaan persekutuan. Merujuk kepada perjanjian dengan Petronas pada 1975, pembayaran royalti 5 peratus sebagaimana termaktub, maka Petronas berkewajipan membayar wang kepada negeri berkenaan sebanyak 5 peratus keuntungan minyak. Sementara itu beliau berkata pihaknya belum melantik nama wakil Kelantan dalam jawatankuasa berkenaan dan perkara itu akan dibuat selepas selesai mengadap Tuanku Sultan Read more: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/08/05/nik-aziz-kelantan-berhak-terima-royalti-minyak/#ixzz22fhjD0CU |
Imam Muda Jabbar - Juara Imam Muda Musim Ke 3 Posted: 05 Aug 2012 01:14 AM PDT IM Jabar – 28 tahun, peserta tertua Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Cabaran Imam Muda Musim Ke-3 mengharungi segala cabaran dan ujian telah pun selesai. Jawapan sudah berada dalam genggaman penonton setia. Tahniah Budiey ucapkan buat Imam Muda Jabbar yang telah berjaya menjadi juara dan Imam Muda Terulung untuk musim ini. Selama sembilan minggu para peserta Imam Muda berada dalam program realiti yang masih menjadi fenomena di negara ini, akhirnya sang juara telah dinobatkan dalam program Finale Akhir Imam Muda yang disiarkan serentak di Astro Oasis dan Astro Mustika HD pada hari Jumaat yang lalu. Dewan Jubli, Pusat Penilaian Negara (INSPENS), Bangi menjadi saksi Abdul Jabbar Mohammed Kahar, 28, atau Imam Muda Jabar dinobatkan juara ketiga program realiti tersebut selepas Imam Muda Asyraf dan Imam Muda Hassan sebagai juara untuk dua musim sebelum ini. Ternyata keputusan lelaki dari Selangor itu meninggalkan keluarga terutamanya isteri dan dua orang anak kecil serta menolak tawaran kenaikan jawatan semata-mata untuk menyertai program Imam Muda musim ketiga nampaknya tidak sia-sia. Mengulas tentang kemenangannya, Jabar melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Ilahi. Dia menyifatkan kemenangannya sebagai permulaan buat dirinya berdakwah. "Saya memanjatkan kesyukuran yang tiada terhingga kepada Allah Taala. Rasa syukur dan terima kasih atas segala doa dan sokongan peminat Imam Muda, terutamanya ibu bapa dan keluarga. Kemenangan ini adalah permulaan untuk menghadapi arena dakwah yang lebih mencabar. Biarpun melalui pelbagai cabaran sebelum dan semasa berada dalam program ini, saya nekad untuk terus berjuang atas nama dakwah. Naib juara disandang oleh Mohammad Hafiz Abdul Khodir, 27, sementara Abdul Rahman Naufal Mohd Hatta, 21, menduduki tempat ketiga. Terdahulu, Kemuncak Imam Muda yang bersiaran di Astro Oasis (Saluran 106) dan serentak di Mustika HD (Saluran 134) pada malam Jumaat lalu buat pertama kalinya menyaksikan tiga peserta bersaing pada pusingan final. Mereka ialah Mohammad Hafiz dari Kuala Lumpur, Abdul Jabbar (Perak) dan Abdul Rahman Naufal (Johor). Juara Imam Muda musim ketiga membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta sebuah trofi sumbangan Astro manakala naib juara pula membawa pulang wang tunai RM35,000 sumbangan Astro, RM15,000 sumbangan Bank Islam dan sebuah piala. Tempat ketiga turut memenangi wang tunai RM15,000 sumbangan Astro dan RM10,000 sumbangan Bank Islam dan sebuah piala. Bagi yang ketinggalan menonton final Imam Muda, anda masih boleh mengikuti siaran ulangan hari Sabtu, 4 Ogos ini pukul 5.30 petang atau hari Ahad 5 Ogos 2012 pukul 10 pagi di Astro Oasis (Saluran 106). |
Sepasang gari sebagai hadiah selamatkan negara Posted: 05 Aug 2012 12:22 AM PDT Oleh EDY NOOR REDUANAnak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk penahanan Rafizi Ramli di bawah akta BAFIA ekoran pendedahan skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang didedahkannya pada akhir tahun lalu. Ia satu cubaan rejim untuk menggambarkan Rafizi sebagai seorang penjenayah walaupun beliau dengan penuh fakta sahih telah mendedahkan skandal NFC yang menyebabkan seorang menteri meletakkan jawatan. SAMM melihat ini sebagai sangat tidak wajar kerana sepatutnya Rafizi diberikan hadiah dan penghargaan oleh pihak kerajaan kerana telah menyelamatkan negara ini dari terus dirompak. Malangnya, hadiah buat Rafizi berupa sepasang gari bersama bon ikat jamin. SAMM Mengucapkan tahniah kepada Rafizi kerana imej penahanan bergari itu bukan sahaja mempopularkan beliau tetapi mempercepatkan usaha kejatuhan rejim. Jika pun apa yang dilakukan Rafizi secara teknikalnya mungkin salah namun percayalah ia berlaku kerana kegagalan pihak SPRM dan pihak berkuasa bertindak apabila laporan di buat. Bagi SAMM, melindungi orang-orang tertentu dari golongan VIP dengan memberkas pihak pelapor yang mendedahkan jenayah dan rasuah adalah satu petanda betapa sistem perundangan negara berada dalam keadaan tenat. SAMM memberi jaminan sekiranya amalan seperti ini diteruskan oleh rejim BN demi untuk melindungi jemaah menterinya yang banyak terpalit skandal rasuah dan penyelewengan, maka rakyat pasti menolak BN dalam pilihan raya umum akan datang dan bersedia untuk sebuah kerajaan baru yang lebih telus. SAMM Melihat terdapat impak negatif daripada tindakan penahanan Rafizi sama-ada orang awam akan tidak menghormati undang-undang lalu bertindak sendirian atau orang awam tidak lagi mahu tampil menjadi pelapor 'rompakan'. Sehingga hari ini, SAMM sebagai peneraju anak muda tidak melihat sebarang transformasi yang kononnya dijanjikan oleh Najib Razak dalam usaha memperbaiki sistem perundangan malah menjadi lebih teruk apabila rejim panik dan terdesak setelah Rafizi melangkah untuk pendedahan terbaru yang melibatkan prasarana pengangkutan awam negara. SAMM tidak mengharapkan apa-apa lagi dari pihak kerajaan, namun menyeru dan menggesa seluruh rakyat Malaysia membuka mata mencelik minda, memandang dengan mata hati apa yang berlaku hari ini akan terus berlaku. Rakyat akan dimomokkan dengan tangkapan, diperas dan diugut supaya tidak campur tangan dalam urusan 'mereka' merompak khazanah negara. Akhir sekali, untuk pengetahuan peguam negara yang diperkuda rejim BN, ketahuilah bahawa siri-siri pendedahan skandal NFC telah diterbitkan sebagai risalah oleh pelbagai pihak dan sudah tersebar ke seluruh negara. Jika ia satu kesalahan, jangan lupa untuk mendakwa berjuta pihak yang terlibat. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan