Khamis, 2 Ogos 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Apa motif tayang TANDA PUTERA [filem yang memfokuskan kepada tragedi 13 Mei] dikala negara diambang PRU 13

Posted: 02 Aug 2012 09:26 PM PDT


Tanda Putera Mampu Cetus Rusuhan Kaum

 Sebuah filem bertajuk 'Tanda Putera' mengalami situasi yang aneh kerana dikritik hebat sebelum ianya ditayangkan kepada umum.


Filem ini menempah kontroversi kerana ia menyentuh isu yang sangat sensitif dan berbaur perkauman kerana memfokuskan kepada tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969, satu peristiwa yang berlaku empat dekad yang lampau.



Peristiwa 13 Mei adalah tragedi berdarah yang tercetus di antara orang-orang Melayu dengan orang-orang Cina dan kini tercatat sebagai titik hitam dalam lipatan sejarah tanah air.


Dalam peristiwa itu seramai 196 orang dilaporkan terbunuh walaupun angka sebenar mungkin lebih dari jumlah itu.

Separuh dari bajet sebanyak RM4.5 juta filem arahan Shuhaimi Baba ini dibiayai oleh agensi kerajaan, Perbadanan Pembangunan Filem National (Finas).

Pengkritik menyoal kenapa filem ini diterbitkan di ambang negara sedang menghadapi pilihan raya umum ke 13 yang dijangka diadakan pada penghujung tahun ini atau selewat-lewatnya April 2013.

Motif filem ini tidak lain dan tidak bukan merupakan satu lagi dakyah pemerintah Barisan Nasional yang diterajui Umno untuk meraih kembali sokongan orang-orang Melayu yang semakin hari semakin terhakis.

Sebagai satu alat propaganda yang murah untuk menakut-nakutkan orang-orang Melayu dan bagi menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu terhadap orang-orang Cina dan etnik-etnik yang lain.

Mesej Umno mudah: "Undilah Umno jika kita mahu hak istimewa, nasib masa depan dan kuasa politik terus kekal di tangan orang-orang Melayu."

Kuasa politik

Jika orang-orang Melayu tidak bersatu di bawah 'payung' Umno maka orang-orang Cina akan mengambil alih pemerintahan negara ini.

Kuasa politik orang Melayu akan hilang, terpinggir dan orang-orang Melayu akan hidup merempat di tanah air sendiri.

Maka dicipta cerita bahawa jika orang-orang Melayu berpecah, parti DAP yang didominasi oleh orang-orang Cina akan mengambil alih pemerintahan di negara ini.

DAP dituduh telah diresapi oleh komunis dan parti PAS pula dituduh telah diresapi pengaruh Jemaah Islamiah (JI) yang membawa unsur keganasan.

Suasana kebimbangan ini turut disuarakan oleh Perdana Menteri apabila beliau menasihati orang-orang Cina supaya memilih parti yang dapat menjamin keamanan dan kestabilan politik di negara ini, jika mereka mahu terus berkembang maju dalam perniagaan.

Keadaan ini diburukkan lagi oleh media-media pro Umno yang terus menyemarakkan api perkauman dan mencipta suasana kebimbangan di kalangan rakyat, terutama di kalangan orang-orang Melayu.

Namun rakyat di negara ini tidak semudah itu termakan dengan dakyah Umno yang jahat dan bahaya ini. Pengundi terutama golongan muda yang celik IT dan media baru mula sedar.

Generasi baru

Generasi baru tidak lagi memikirkan diri mereka berasal dari etnik atau keturunan tertentu. Sentimen perkauman tidak lagi dapat mempengaruhi pemikiran mereka.

Seperti rakyat di negara-negara lain, contohnya di Afrika Utara dan Timor Tengah, mereka bersatu atas nama kebebasan, keadilan, kesamarataan dan menolak penindasan, kezaliman, penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa pihak pemerintah.

Hakikat inilah yang dibimbangi oleh Umno dan momentum untuk menuntut perubahan semakin kuat dan tidak dapat dibendung lagi oleh parti Umno yang lapuk itu.

Tidak pernah dalam sejarah, Umno begitu takut untuk menghadapi para pengundi. Ketakutan mereka mempunyai asasnya berdasarkan prestasi pilihan raya umum 2008.

Buat pertama kali mereka hilang dua pertiga majoriti di parlimen selain dari lima negeri – Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor – jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, walaupun Perak berjaya dirampas kembali.

Tetapi Umno tidak akan berhenti dari terus memainkan isu-isu sensitif seperti menerbit filem 'Tanda Putera' ini, termasuk filem dan video lucah dan porno bagi menyambung tali hayat politik mereka yang tinggal 'nyawa-nyawa ikan'. - FMT

EDISI PERABIH DUIT RAKYAT oleh Menteri Najib - Sebuah Motosikal Chopper dari Amerika US150 ribu, kata Najib nak promosi negara kata Yen Yen nak tarik pelancong ...

Posted: 02 Aug 2012 06:04 PM PDT


MS - Apa kejadah nak buat dengan Motor ni? 
Nak promosi negara kot mana Najib ooii? Kan Msia dah ada F1 dan MotoGP
Tak  kan ada orang nak mai Msia semata-mata nak mai tengok chopper tu ....
Ni mesti la ada HARAMJADAH mana yang proposed yang jadi org tengah suruh beli motor ni, depa bole masyukkkkk... macam Razak Baginda dalam kes Scorpene.
Aku tak nampak apa-apa faedah pun untuk rakyat,

Lihat gambar di atas neh. Tue apa? Orang panggil chopper. Aku panggil motor besar. Lagi selesa panggil motor besar dari chooper. Okey sekarang lupakan isu nama dan gelaran. Meh kita lihat isu neh lebih detail. Kita akan cakap pasal fakta disini. Mari kita fahamkan apa kaitan wang rakyat dengan motor besar neh.



1. Motor neh dibeli guna wang rakyat. Korang leh baca kat utusan sendiri disini. Sila fahamkan bila dia tulis begini ;

Menurut Najib, kemunculan 1Malaysia Chopper merupakan satu pendekatan mempromosi negara ini dan permulaan baik dalam kerjasama di antara Malaysia dan AS untuk menerokai bidang permotoran khususnya motosikal berkuasa besar.

Aku tak faham najib meroyan pasal apa. Benda neh under pelancongan. Apa kena mengena dengan menerokai industri permotoran? Dia ada plan buat RnD ka? Takda. Kilang motor? Takde. So apa maksud dia menerokai industri permotoran hanya dengan menjadikan motor neh sebagai bahan pelancongan ? Aihh.. aku harap dia tak fikir yang rakyat malaysia neh adalah bebal2 belaka.. or sekurang2nya pembaca utusan adalah bebal2 belaka..

2. Benda neh under kementerian pelancongan. Boleh dilihat bila utusan tulis begini ;

Beliau berkata demikian selepas menerima 1Malaysia Chopper bagi pihak Kementerian Pelancongan serta merasmikan pakej pelancongan '5 Mountains Motorcycle Tour' di pekarangan Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

3. Chopper neh sekarang ada sebiji. Dan harga dia usd USD150,000.00.


4. Apa tujuan chooper 1malaysia neh? Meh aku story sikit ;

- Untuk masuk rancangan discovery channel bagi 2 episode.

- menjadi pameran dalam bilik pameran

5. Apa kebaikan kepada malaysia? Menurut ng yen yen chopper neh nanti akan menarik pelancong ke malaysia.

Jangan gelak dulu. Tolong jangan gelak. Aku percaya takde orang kat dunia neh nak melawat satu2 negara untuk melihat chopper. Siyes. Chopper bukan benda unik. Ia ada di mana2 sekarang neh. Dalam tv luar tv benda tue dah selalu tengok.

Ya, tak dapat dinafikan size dan reka bentuk maybe berbeza2, tapi still benda tue bukan benda unik sehingga mendorong satu2 orang nak datang ke malaysia semata2 nak melihat chopper. Tolong faham, aku bukan nak kritik sebarangan. Kalau nak dijadikan pameran aku takley nak kata apa lah. Keputusan dah dibuat, barang dah siap, duit dah keluar.

Yang aku boleh tolong tambahbaik kat sini ialah apa kata sewakan chooper tue. Maksud aku untuk dibawa round2 macam kuda. Sekali pusing rm5. Lebih kurang gitu lah. Daripada jadi bahan pameran = besi berkarat kan. At least dapat gak  rakyat malaysia merasa naik chopper kan?

Cuma kalau nak kata ia boleh menarik pelancong masuk ke malaysia, siyes aku cakap, itu jawapan sasau. Tolonglah faham. Nak mempromosikan malaysia sebagai destinasi pelancongan, kena perbanyakkan benda unik dan berbeza bukan apa yang dorang ada, kita buat sekali. Strategi yang ng yen2 guna neh sangat salah. 

Untuk menarik pelancong malaysia aku tak nafikan, ada kelebihan disini, teringin gak aku nak pegang2 benda alah tue selalu tengok orang punya, nak sentuh2 tak berani satgi kena sound sesia jek.

Tapi nak tarik pelancong luar? Aku cakap itu strategi bodoh. Namun yang paling aku kesalkan sekali ialah nama chooper neh. Still lagi nak kaitkan dengan nama 1 malaysia. Cukuplah chooper malaysia jek. 1 tue tak perlu wujud. Berapa lama lah sangat najib jadi piem di malaysia neh. Bila dia berambos apa jadi dengan slogan2 dia? Turut sama berambos ma. Piem lain kalau betul masih bien akan cipta slogan baru, kalau pr pun sama, slogan baru. So takpayah nak satu malaysia sangat lah weh. Fikir panjang oke. BERITAHANGAT   

“Ini deal kita: RM200,000 cash dan sebuah kondo di Berjaya Times Square"

Posted: 02 Aug 2012 03:37 AM PDT

RM200,000, sebuah banglo di London jika Bala sedia fitnah Anwar

Harakahdaily,
02 Ogs 2012

KUALA LUMPUR: Penyiasat persendirian penuh kontroversi P Balasubramaniam (gambar), yang satu ketika dulu pernah membuat 2 kenyataan bersumpah mengenai kes pembunuhan Altantuya, kembali menceritakan bagaimana beliau memperdayakan sogokan kali kedua sebelum pilihanraya negeri Sarawak.

Dalam temubual eksklusif bersama Malaysiakini, Bala berkata beliau cuba disogok seminggu sebelum pilihanraya negeri Sarawak oleh orang-orang yang mengugut beliau.

Beliau akan dibayar sejumlah wang untuk membuat kenyataan bersumpah kedua oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan seorang anggota polis bernama Sureh.

Kenyataan bersumpah kedua beliau adalah untuk menidakkan kenyataan bersumpah pertama beliau yang mengaitkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan pembunuhan Altantuya dengan mendakwa beliau membuat kenyataan bersumpah itu dalam keadaan tertekan.

Bala telah melarikan diri bersama keluarga ke India selepas kenyataan kedua dibuat.

Dalam sogokan terbaru sebelum pilihanraya negeri Sarawak, Bala berkata beliau disuruh membawa satu kenyataan untuk memburuk-burukkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendakwa beliau dibayar oleh Anwar dan pemimpin PKR untuk membuat kenyataan bersumpah pertama yang mengaitkan Najib.

Ketika itu juga, blogger kontroversi Raja Petra Kamaruddin turut muncul di kaca TV3 dalam satu temubual di Australia menyerang Anwar.

Menurut Bala, beliau dihubungi Deepak dan Suresh melalui kawannya Siva.

Suresh, kata Bala terus mengganggu isterinya setelah diberitahu bahawa beliau tidak berminat berjumpa dengan sesiapa.

Atas nasihat peguamnya, Americk Sidhu yang menyuruhnya cuba untuk mendapatkan apa-apa bukti untuk perlindungan diri, Bala bersetuju bertemu dengan Deepak dan Suresh.

"Ini deal kita: RM200,000 cash dan sebuah kondo di Berjaya Times Square dan selepas ini semua ok, dan kita akan bagi kamu kembali dan kemungkinan akan bagi kamu satu projek," kata Suresh kepada Bala.

Bala berkata sebagai balasan, beliau perlu membuat satu video dengan membaca satu kenyataan yang disediakan.

Kandungan kenyataan itu antaranya berkata beliau didekati Anwar untuk membuat penafian dalam kenyataan bersumpah kedua kerana diyakinkan bahawa Anwar akan menjadi perdana menteri sekejap masa lagi.

Anwar pula akan dikatakan telah membayarnya RM200,000 dalam bag dan RM50,000 setiap bulan.

Setelah beberapa ketika, Bala akhirnya membuat video tersebut ketika berseorangan dengan Deepak.

Suresh kemudian telah memasukkan RM100,000 ke dalam akaun isterinya, dan kemudian melalui Siva, Deepak dan Suresh juga memberikan satu salinan belian dan jualan sebuah kondo di Berjaya Times Square.

"Video itu telah selesai. Dan saya hanya perlu menghantarnya. Tapi saya menghantarnya ke peguam saya.

"Semasa Deepak hubungi saya, saya memohon maaf kerana tertekan butang yang salah dan terhantar ke peguam saya," jelas Bala mengenai bagaimana beliau memperdaya Deepak dan Suresh.

Deepak melenting seperti yang dijangka – dan Bala telah merakam percakapan terakhir beliau dengan Deepak.

Ketika ditanya Malaysiakini adakah perkara itu disengajakan, Bala mengaku ya.

Bala berkata, beliau telah hilang segala-galanya ketika melarikan diri ke India dan ibunya meninggal ketika beliau berada di India.

Hanya selepas Najib menjadi perdana menteri, Bala berkata beliau dibolehkan membuat lawatan rahsia kembali ke tanahair.

Apabila ditanya mengenai perbualan telefon tersebut, Bala berkata beliau menyimpannya untuk keselamatan diri.

Janji diCapati ....hahaha kata Samy Vellu dalam Twitternya, hampa mai tengok

Posted: 02 Aug 2012 12:29 AM PDT

                        SILA KLIK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BESAR DAN JELAS

Samy Vellu secara terang sudah mula membelasah kerajaan UMNO 1M'sia pimpinan Najib Razak.

Slogan Janji DiTepati jadi bahan gurauan beliau.

Dalam twitternya beliau berkicau dengan mengejek slogan Janji DiTepati dengan Janji DiCapati.



Omak kau

Dihasut murtad ketika berbuka

Posted: 01 Aug 2012 11:37 PM PDT

Dihasut murtad ketika berbuka
Dua lelaki asing ini dirakam sedang menyampaikan fahaman agama mereka.



GEORGETOWN – Ketika sedang berbuka puasa di sebuah pusat membeli belah, Mohd Noor Farid Mohd Alwi, 28, dan tiga lagi rakannya didatangi dua lelaki asing yang juga dipercayai pelancong luar negara.

Pada masa itu, dia dan rakan hanya menunggu waktu untuk berbuka puasa, sementara dua lelaki yang dipercayai pelancong itu mendekati mereka secara tiba-tiba.

Mohd Noor Farid berkata, pada mulanya dia menyangka lelaki berkenaan mahu bertanya jalan atau tempat.
Namun, sangkaannya meleset kerana mereka bertanya tentang ibadah puasa.

"Kami tertarik kerana ada juga pelancong asing yang mahu bertanya tentang puasa sedangkan mereka bukan orang Islam, mereka tanya 'kamu berpuasa ya?' dalam Bahasa Inggeris dan kemudiannya kami mengangguk dan bercerita waktu bersahur dan berbuka.

"Soalan mereka tidak sampai di situ sahaja kerana mereka bertanya kenapa perlunya umat Islam berpuasa.

"Saya dan rakan-rakan jawab dengan penuh keyakinan dan kami saling menyampuk untuk menjawab soalan 'mat saleh' berkenaan," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Hampir 15 minit berlalu menceritakan ibadah berpuasa umat Islam, lelaki asing terbabit menanyakan soalan yang agak mengejutkan Mohd Noor dan rakannya yang lain.

"Kenapa kamu perlu percaya kepada tuhan kamu? Mari percaya kepada agama kami," kata lelaki berkenaan tanpa ragu-ragu.

Agak lama bercerita mengenai agamanya, lelaki berkenaan seolah-olah menyampaikan dakyahnya dalam keadaan yang amat halus dan seolah-olah memujuk.

Namun, Mohd Noor Farid dan rakannya cuba mematikan perbualan dengan alasan mahu berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib segera.

Menurutnya, ia adalah kali pertama kejadian sebegitu berlaku ketika dia berkunjung ke pusat membeli-belah.
"Bagi saya perkara ini tidak sepatutnya terjadi memandangkan kita berada dalam bulan Ramadan dan seolah-olah mereka bebas dan tidak menghormati kita yang beragama Islam.

"Tindakan perlu diambil memandangkan mereka bukan penduduk negara ini dan hanyalah pelancong, sudah begitu berani mendekati dengan cara sedemikian rupa, nasib baik saya bersama kawan-kawan, jika berseorangan bagaimana," katanya.

Bukan itu sahaja, melalui tinjauan dalam laman sesawang Facebook, Sinar Harian menemui seorang pengguna yang juga anggota sukarelawan berkongsi gambar yang disyaki dua pelancong asing sedang menyampaikan ceramah agama kepada seorang lelaki Melayu Islam.

Gambar yang dirakam sekitar Jalan Masjid Kapitan Keling itu mendapati dua lelaki bangsa asing sedang berbual dengan pengayuh beca yang sedang berehat.

Melalui laman berkenaan, pengguna Facebook  Asti Toba berkata, gambar berkenaan dirakamkan semasa mereka menjalankan program mengumpul data golongan gelandangan.

Namun, tiba-tiba terdengar perbualan dua 'pelancong' dengan seorang pengayuh beca yang tidak berumah.
"Apa yang mengejutkan saya, dua 'pelancong' itu tadi memberikan ceramah agama, bukan agama Islam sedangkan pakcik berkenaan ialah orang Islam.

"Dipercayai mereka ialah ketua agama dan menyamar sebagai pelancong, malah dia juga menyogok pakcik berkenaan dengan RM50 dan berkata, 'Muhammad tidak betul," katanya.

Itu antara cerita yang dikongsi Asti  dan tidak ketinggalan dia juga sempat memberi nasihat kepada penduduk Pulau Pinang supaya berhati-hati.

Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan pandangan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Datuk Salleh Man Mat Aji.

Salleh Man berkata, setakat ini dia masih tidak menerima sebarang aduan mengenai kes sedemikian.

Menurutnya, namun tidak dinafikan Jabatan Mufti Pulau Pinang ada menerima beberapa risalah penyebaran agama yang diedarkan kepada orang ramai.

"Bagi saya perkara ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan ia berlaku semasa bulan Ramadan bulan yang amat suci buat umat Islam.

"Bila ada perkara sebegini sememangnya menggusarkan kita dan sekiranya terdapat aduan dari orang ramai boleh segera ke Jabatan Mufti kerana di sana ada bahagian yang akan menguruskan aduan sebegini," katanya.

Beliau juga menegaskan terdapat enakmen yang diperuntukkan sekiranya mendapati sememangnya ada pihak yang cuba memesongkan akidah umat Islam secara terang-terangan.

"Kita memang boleh ambil tindakan namun wajah individu berkenaan perlu dikenal pasti supaya dapat membuat pencegahan, dan saya ingin nasihatkan kepada umat Islam di negeri ini supaya ambil langkah berjaga-jaga.

"Tambahan lagi sekarang bulan Ramadan, pelbagai ujian yang datang dan kita perlu hadapi dengan baik dan tidak terpesong," katanya.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Prasarana harus tunjukkan dokumen bidaan George Kent, kata Pua

Posted: 02 Aug 2012 09:20 PM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua hari ini berkata Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana) harus menunjukkan dokumen berkenaan dengan projek kontroversi pembinaan tambahan LRT Ampang, dengan membuktikan mengapa konsortium George Kent patut mendapat kontrak tersebut.
Prasarana pada Selasa lalu telah mengumumkan bahawa George Kent-Lion Pacific (GKLP-JV) telah berjaya mendapat kontrak tersebut, dengan George Kent berkata semalam ia bernilai RM956 juta.
Read More / Baca Lagi >>

Konvoi royalti simbolik sambut Najib ke Kelantan 5 Ogos..

Posted: 02 Aug 2012 09:19 PM PDT


KOTA BHARU: Selepas berjaya menganjurkan konvoi dari Kota Bharu ke Gua Musang, NGO Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) hari ini pula meneruskan Konvoi Royalti dari Kota Bharu ke Pasir Puteh.

Menurut satu kenyataan NGO itu hari ini, pihaknya juga akan mengadakan sidang media jam 2.45 petang di Masjid Kubang Kerian.

Presidennya Nazri Deraman berkata, konvoi hari ini juga sebagai simbolik kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kelantan yang dijadual 5 Ogos ini.
Read More / Baca Lagi >>

Gagal selamatkan penyelewengan NFC, Noh Omar lebih baik diam!

Posted: 02 Aug 2012 09:18 PM PDT

KUALA LUMPUR 3 Ogos: Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar tidak layak bercakap soal penyelewengan kerana terbukti beliau tidak mampu menyelamatkan wang rakyat daripada digunakan sewenang-wenangnya oleh pemimpin Umno dan kroni, kata Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari.
Beliau merujuk kenyataan Noh kononnya kerajaan Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat menggunakan wang rakyat untuk membiaya kos guaman Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
"Rafizi ditangkap dan didakwa di mahkamah kerana mendedahkan penyelewengan serta kepincangan dalam Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang melibatkan salah guna dana rakyat berjumlah RM250 juta," katanya dalam kenyataan.
Read More / Baca Lagi >>

Terdesaknya BN : Timbalan menteri tawar untuk 'selesaikan' kes Bala

Posted: 02 Aug 2012 08:47 PM PDT

NONESeorang timbalan menteri yang masih berkhidmat telah menawarkan untuk mengakhiri kehidupan penyiasat persendirian P Balasubramaniam dalam buangan di India jika dia bersedia untuk didakwa dan mengaku bersalah memalsukan akuan sumpahnya (SD) yang pertama.

Balasubramaniam mendakwa timbalan menteri berkenaan, yang secara rahsia menemuinya sebanyak dua kali tahun lalu - sekali
"di Singapura dan kali kedua di Kuala Lumpur - telah menjanjikan dia (Balasubramaniam) dikenakan denda seminima mungkin dan bersetuju untuk menyelamatkannya daripada hukuman penjara jika dia bekerjasama.

"Mungkin dia merasakan BN tidak selamat dan sekurang-kurangnya dia (perlu) memperbetulkan keadaan... (dan) menutup kes saya," kata Balasubramaniam kepada Malaysiakini dalam satu temubual awal bulan lepas.
Read More / Baca Lagi >>

Hantu Bernyawa : ‘Sudah 11 tahun dimatikan oleh JPN"

Posted: 02 Aug 2012 08:29 PM PDT

'Saya sudah 11 tahun mati'
JOHOR BAHRU: "Saya umpama hantu bernyawa. Walaupun masih hidup, tetapi 'dimatikan' oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," kata Siti Salbiah Kasmori, 45, yang mengalami pelbagai kesukaran dalam kehidupan kerana di dalam rekod JPN, dia sudah meninggal dunia 11 tahun lalu.
Ibu tunggal itu berkata, sejak kesilapan itu berlaku 11 tahun lalu, dia sudah membuat aduan kepada kepada JPN tiga kali pada 2001, 2006 dan 2008, namun masalah itu belum diselesaikan.
"Masalah ini menyukarkan hidup saya. Lebih teruk, saya tidak boleh menerima pencen arwah suami kerana secara rasminya saya sudah mati. Selain itu, saya risau keluar rumah kerana bimbang ditahan polis.
Read More / Baca Lagi >>

Pemberontak Syria bedil pangkalan tentera

Posted: 02 Aug 2012 08:18 PM PDT

GAMBAR menunjukkan seorang lelaki membawa barangnya dari kedai miliknya di Aleppo kelmarin.- REUTERS


BEIRUT – Kumpulan pemberontak Syria semalam membedil Pangkalan Tentera Udara Menagh di Aleppo dengan menggunakan sebuah kereta kebal yang dirampas daripada askar-askar tentera Presiden Bashar Al-Assad.
Penggunaan kereta kebal itu menunjukkan kumpulan pemberontak mula menempatkan senjata berat yang dirampas sejak beberapa minggu lalu daripada tentera Syria.
Pangkalan tentera Menagh di utara Syria itu digunakan helikopter dan pesawat untuk mengebom kumpulan pemberontak.
Bandar Aleppo dianggap penting buat kumpulan pemberontak yang menentang kepimpinan Bashar.
"Jika Aleppo jatuh (menjadi milik pemberontak) kami akan menubuhkan ibu pejabat di Istana Presiden," kata seorang anggota Majlis Kebangsaan Syria, Burhan Ghalioun lewat kelmarin di Paris.
Tentera Bashar turut melakukan serangan dekat Damsyik, Syria menyebabkan 43 orang terbunuh.
Serangan itu dilakukan kelmarin di daerah Jdaidet Artuz.
Read More / Baca Lagi >>

Ajaran Pak Habib terpesong, anggap al-Quran kitab lama..!!

Posted: 02 Aug 2012 08:17 PM PDT


Kegiatan ajaran Pak Habib yang terletak di atas tanah seluas kira-kira 1.2 hektar.
Kegiatan ajaran Pak Habib yang terletak di atas tanah seluas kira-kira 1.2 hektar.
 
RAWANG - Nabi Muhammad SAW dianggap tuhan, al-Quran hanya sebuah salinan buku lama, solat hanya perlu pada hari Khamis dan tidak perlu berpuasa di bulan Ramadan adalah antara amalan yang jelas terpesong dilakukan sekumpulan pengikut ajaran Pak Habib yang bergiat aktif sejak beberapa tahun di Bandar Country Homes (BCH) di sini.

Demikian maklumat yang didedahkan seorang individu yang hampir terikut dengan ajaran sesat itu.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Zaidi, 42, berkata, pengikut Pak Habib menganggap Nabi Muhammad yang layak dijadikan tuhan kerana dalam Islam ada menyebut 'barang siapa memuji ke atas Muhammad maka darjat mereka diangkat'.
Read More / Baca Lagi >>

Sabah defections: All eyes on Ghapur

Posted: 02 Aug 2012 08:06 PM PDT

Speculations are rife that Anwar Ibrahim's next visit to Sabah is to 'welcome' more defectors.
KUALA LUMPUR: Even as Opposition Leader Anwar Ibrahim has promised to deliver "more positive news" from Sabah, escalating rumours from Kota Kinabalu have named former Sabah deputy chief minister Ghapur Salleh as the next Umno MP likely to defect.
Speculations are rife that Ghapur will be among others whom Anwar will meet when he travels to Sabah on Aug 12.
Ghapur is Kalabakan MP and no newcomer to controversy. His involvement in state politics goes back to the 1970s.
He was once Sabah's deputy chief minister until he quit the post in 1997. In 2004, he returned to "active" politics after winning the Kalabakan parliamentary seat.
Read More / Baca Lagi >>

Pergolakkan dalam MIC di atas senarai calon-calon ‘boleh menang’ PRU

Posted: 02 Aug 2012 08:05 PM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Terdapat pegawai-pegawai MIC yang kecewa dengan tindakan presiden parti, Datuk Seri G. Palanivel untuk bertanding di kerusi Cameron Highlandsdan pengarah Pemandu, Ravindran Devagunam, akan diletakkan di Kapar dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang walaupun anak-anak tempatan di kedua-dua tempat yakin mereka boleh merampas kembali kerusi yang mereka kalah pada pilihan raya 2008.
The Malaysian Insider difahamkan, kedua-dua nama berada dalam senarai baru yang dihantar kepada pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak selepas senarai pertama ditolak.
Ravindran, pengarah Pemandu, dilatih untuk bertanding kerusi Kapar. — Foto fail
"Kedua-dua nama Palanivel dan Ravindran berada dalam senarai baru yang diberi kepada Najib," kata seorang sumber kepada The Malaysian Insider. "Palanivel untuk Cameron Highland dan Ravindran untuk Kapar." Najib telah memberitahu sekutunya dalam BN yang dia mempunyai kata pemutus dalam senarai pemilihan calon, termasuk pembahagian kerusi kepada 13 parti komponen BN lain dimana pada pilihan raya 2008 kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen serta kehilangan empat negeri.
Ketua BN dan perdana menteri (PM) pada ketika itu, Tun Abdullah Badawi memberi laluan kepada Najib untuk menggantikannya pada April 2009. Najib yang menyatakan keyakinannya untuk merampas kembali empat negeri dan kerusi parlimen untuk mandatnya sebagai PM dalam pilihan raya yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada April 2013.
Read More / Baca Lagi >>

Lebong : Umno Kelantan sedia selesai isu royalti sebelum PRU13..!!!

Posted: 02 Aug 2012 07:59 PM PDT

KOTA BHARU- Umno Kelantan akan berusaha menyelesaikan isu berbangkit termasuk tuntutan royalti minyak yang kini menjadi modal kempen pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata sebarang isu-isu yang dibangkitkan itu tidak boleh diselesaikan dengan  mudah kerana negara mempunyai undang-undang yang perlu dipatuhi.

Menurutnya, Kerajaan Pusat tidak berdiam diri dalam soal hak rakyat kerana kita sebuah negara demokrasi malah isu terbabit sudah dibincangkan pada peringkat dalaman.

"Menyentuh soal tuntutan royalti minyak, apa jua tindakan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya sebab negara kita ada peraturan. Memang akan ada orang tidak berpuas hati tetapi kita berusaha menyelesaikan isu ini secara berhemah," katanya kepada pemberita ketika majlis 'Makan Colek Bersama Media' bersama pengamal media di sini, malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Penghasilan Filem "Tanda Putera" - Bukti Nyata UMNO Begitu Takut Hadapi Pilihanraya

Posted: 02 Aug 2012 07:57 PM PDT


Tanda Putera' mampu cetus rusuhan kaum

Sebuah filem bertajuk 'Tanda Putera' mengalami situasi yang aneh kerana dikritik hebat sebelum ianya ditayangkan kepada umum.

Filem ini menempah kontroversi kerana ia menyentuh isu yang sangat sensitif dan berbaur perkauman kerana memfokuskan kepada tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969, satu peristiwa yang berlaku empat dekad yang lampau.

Peristiwa 13 Mei adalah tragedi berdarah yang tercetus di antara orang-orang Melayu dengan orang-orang Cina dan kini tercatat sebagai titik hitam dalam lipatan sejarah tanah air.

Dalam peristiwa itu seramai 196 orang dilaporkan terbunuh walaupun angka sebenar mungkin lebih dari jumlah itu.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 3.0 : Polis marah ditanya tindakan halang jurugambar rakam aksi

Posted: 02 Aug 2012 07:56 PM PDT

KUALA LUMPUR 3 Ogos: Polis yang merupakan saksi ke 23 pendengaran awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) marah apabila panel siasatan menyentuh tindakan mereka menghalang media merakam gambar aksi anggota itu semasa bertugas pada Himpunan Bersih.
"Kalau ambil gambar saya, saya pun marah!" kata Assistan Superintenden (ASP) Zahari Yusof penuh emosi.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peguam pemerhati berhubung tindakan polis menghalang pihak media daripada merakam, dan pada tahap merampas kad memori jurugambar ketika membuat liputan pada 28 April lalu.
Ditanya sama ada menjadi kesalahan untuk polis berbuat demikian, beliau menjawab ia bergantung kepada anggota yang berhadapan situasi berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Tema Hari Kebangsaan ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ Seru Rakyat Bersatu

Posted: 02 Aug 2012 07:44 PM PDT

SHAH ALAM 3 OGOS: Tema Hari Kebangsaan 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' yang diumumkan Pakatan Rakyat(PR) merupakan sebuah tema yang mengajak semua rakyat bersatu dalam sebuah negara merdeka.
Demikian menurut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya semalam.
Selain itu beliau turut menganggap pengumuman tema Hari Kebangsaan oleh PR itu sebagai satu cabaran kepada pemimpin negara yang menggunakan pendekatan kepartisan mereka.
"Bagaimana kamu katakan moto kami yang menggesa ke arah satu negara, satu jiwa sebagai memecahbelahkan?
Read More / Baca Lagi >>

Not all joy in Johor for BN: Pakatan can REALLY win 9 to 15 more seats

Posted: 02 Aug 2012 01:38 PM PDT

I have deliberately left out analyzing my home state Pahang for the moment. Let's leave the best to last. I want to do a Johor analysis.
Not all joy in Johor for BN: Pakatan can REALLY win 9 to 15 more seatsNow Johor has always been touted as the bastion of UMNO. The Johor Malays seem to have a peculiar obsessive trait with UMNO. Since UMNO was said to be born on the steps of the Johor Istana, Johor is considered as the natural home for UMNO. It's nearly invincible.
But is it so?
Each morning, the Johor Malay after the subuh prayers will have his cup of coffee with his breakfast. What does he read over all else. He reads Utusan Malaysia- the propaganda mouthpiece of UMNO. The dispossessed, the downtrodden Malay masses appeared enamored with UMNO.
But was the figure we read during the last elections? There was a 14% swing to the opposition. What has happened to that swing? It is increasing and getting stronger.
Read More / Baca Lagi >>

Biar gambar berbicara... dulu. kini dan selamanya...

Posted: 02 Aug 2012 01:34 PM PDT

Situasi Syria runcing, Annan undur Duta Khas

Posted: 02 Aug 2012 12:30 PM PDT


Annan bawa misi baru temu Presiden Syria.
Kofi Annan ketika mengadakan pertemuan dengan Bashar al-Assad di Damsyik Mac lalu. 
 
NEW YORK - Duta khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab, Kofi Annan yang dilihat kecewa dan gagal dalam misinya, akan melepaskan jawatan beliau akhir bulan ini di sebalik peningkatan pertempuran dan keganasan di Syria sejak kebelakangan ini.
Jun lalu, Annan pernah berkata Syria sedang berada di ambang perang saudara. Keputusan itu dilihat sebagai satu tamparan ke atas usaha mencari penyelesaian kepada konflik lebih 17 bulan.
Read More / Baca Lagi >>

Lagi khabar gembira dari Sabah minggu depan – Anwar

Posted: 02 Aug 2012 12:28 PM PDT

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, lebih banyak berita baik akan datang dari Sabah pada pemergian beliau ke negeri itu minggu hadapan.
"Saya akan kembali ke Sabah pada 12 Ogos, dengan kemungkinan lebih berita baik dan kita kena bersedia," katanya ringkas kepada pemberita pada sidang medianya di Ibu Pejabat KEADILAN, dekat sini hari ini.
Hujung minggu lalu, Ahli Parlimen BN, Lajim Ukin (Beaufort) dan Wilfred Bumburing (Tuaran) meletakkan jawatan dalam parti.
Lajim adalah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ahli Majlis Tertinggi Umno bagi sesi 2009 hingga 2011, bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Pengerusi BN Beaufort, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Ketua Umno Cawangan Kerambai Kebatu.
Read More / Baca Lagi >>

48 Jam Untuk Dr Puad Tarik Balik Fitnah Terhadap Anwar

Posted: 02 Aug 2012 12:27 PM PDT


SHAH ALAM 2 OGOS : Dr Mohd Puad Zarkashi diberi tempoh 48 jam bermula hari ini untuk menarik tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mendakwa Ketua Umum PKR itu membayar Datuk Seri Lajim Ukin untuk meletakkan jawatan dalam Umno- BN.
Naib Presiden PKR, N Surendran berkata, Anwar juga menuntut bahawa Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno menyiarkan permohonan maaf tanpa syarat dalam dua akhbar harian kebangsaan termasuk Sinar Harian dan juga menuntut ganti rugi dan kos undang-undang.
Apa-apa kegagalan oleh Puad untuk mematuhi tuntutan-tuntutan ini akan menyebabkan pengeluaran serta-merta Writ Saman terhadapnya.
"Kenyataan ini adalah satu pembohongan yang keji oleh Dr Puad sebagai Timbalan Menteri Persekutuan.
Read More / Baca Lagi >>

PR Sedia Beri Laluan Kepada Lajim, Wilfred Pertahan Kerusi Parlimen

Posted: 02 Aug 2012 12:27 PM PDT


PETALING JAYA 2 OGOS : Pakatan Rakyat bersedia memberikan laluan kepada dua mantan ahli Umno-BN Sabah mempertahankan kerusi masing-masing dengan syarat menyokong dasar bersama yang  ditetapkan pada pilihan raya umum(PRU-13).
Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR pagi tadi.
Dua mantan ahli Umno-BN yang dimaksudkan adalah bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing.
Selain tiga komponen utama Pakatan Rakyat, PAS, DAP dan PKR, mereka turut diberikan keistimewaan memilih tiket bertanding bersama parti politik tempatan di negeri tersebut yang menyokong pembangkang dengan persetujuan pemimpin utama parti berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Hanya Umno boleh guna masjid untuk kempen?

Posted: 02 Aug 2012 12:26 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ketika Umno terus-terusan membuat kenyataan agar jangan menjadikan masjid sebagai gelanggang politik, para pemimpin Umno lah yang membuat aktiviti sedemikian.

(Ketua bahagian Umno Hulu Selangor menyampaikan sumbangan dalam beg BN di dalam masjid)

Di Felda Gedangsa, Hulu Selangor, Ketua Bahagian Umno Hulu Selangor Datuk Idris Abu Bakar berpolitik di dalam Masjid Felda Gedangsa Hulu Selangor.

Beliau menyampaikan sumbangan barangan kepada kumpulan sasarannya di masjid berkenaan dengan memasukkannya dalam beg berlambang dacing, logo BN.Read More / Baca Lagi >>

Musa nafi Umno Sabah di ambang perpecahan

Posted: 02 Aug 2012 12:25 PM PDT

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Musa Aman menolak sama sekali dakwaan yang mengatakan parti itu berada di ambang perpecahan.
Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa parti itu sentiasa berada dalam keadaan mantap dan kukuh dengan kesemua anggotanya kekal bersatu padu.
Musa, yang juga Ketua Menteri Sabah, berkata walaupun dilanda pelbagai kontroversi namum beliau tetap yakin dengan keutuhan Umno negeri dapat menghadapi apa juga cabaran.
"Apa yang penting adalah kita (Umno) di dalam BN begitu kuat dan mantap... biasalah ada satu dua orang yang kurang senang hati tetapi biarlah mereka kerana apa yang mereka lakukan adalah terpulang kepada mereka sendiri," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa anjuran Yayasan Sabah di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
Seramai 1,300 penuntut kelahiran Sabah yang belajar di institusi pengajian tinggi di Semenanjung diraikan pada majlis tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Himpunan Hijau Raub dicadang 2 September

Posted: 02 Aug 2012 12:22 PM PDT

Ramai penduduk kini jatuh sakit disebabkan bahan kimia sianida terdedah kepada udara.
KUALA LUMPUR: Satu demonstrasi aman akan diadakan pada 2 September depan bagi membantah aktiviti kilang melombong dan memproses emas menggunakan sianida yang membahayakan kesihatan kira-kira 1,000 penduduk Bukit Koman di Raub, Pahang.
'Himpunan Hijau Raub' (HHR) yang dianjurkan beberapa gabungan badan bukan kerajaan (NGO) itu akan diadakan di Dataran Raub dan mensasarkan kehadiran sekurang-kurangnya 20,000 penyokong.
Naib Pengerusi Jawatankuasa HHR Tengku Shahadan Tengku Jaafar berkata, ramai penduduk kini jatuh sakit disebabkan bahan kimia sianida terdedah kepada udara, antaranya mengalami simptom kegatalan dan ruam yang melampau, batuk berterusan, dan lain-lain kesan yang membimbangkan.
Namun katanya, lebih memedihkan semua aduan dan rayuan yang dibawa ke pihak berkuasa tidak mendapat perhatian sewajarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Dah Kantoi : Lagu 'Janji Ditepati' belum dimuktamad..ha.ha.ha..!! Macam tema juga..flip-flop...

Posted: 02 Aug 2012 12:19 PM PDT


PR gesa Pusat tukar tema Hari Kebangsaan KUALA LUMPUR - Lagu 'Janji Ditepati' masih dalam peringkat pengolahan dan belum dimuktamadkan untuk sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 pada 31 Ogos ini, kata penggubahnya Jasnie Mohd Yaakub.

Beliau berkata lagu itu merupakan karya asli beliau bersama dua komposer lain iaitu Arman E Six dan Aye. Justeru, beliau menafikan persamaan lagu itu dengan sebuah lagu kerohanian dari Indonesia.

"Lagu ini belum finalise lagi. Kami olah dari peringkat ke peringkat sehingga ke tahap terakhir. Jika sudah diluluskan untuk ke peringkat final, baru kami akan muktamadkan.

Read More / Baca Lagi >>

Protect NOT persecute the whistle blower - Transparency International

Posted: 02 Aug 2012 12:16 PM PDT

Protect NOT persecute the whistle blower - Transparency InternationalFighting corruption requires the strong participation of all stakeholders – the judiciary, legislature, enforcement agencies, the private sector, civil society and members of the public. One of the key contributors in helping to expose corrupt practices is the whistle blower.
The Government has recognised the importance of whistleblowing by enacting the Whistleblower Protection Act 2010.
Whistleblowers have first hand knowledge of wrongdoings and possess strong convictions in fighting corruption. The enforcement agencies tasked with receiving their information have an equally important role in verifying the reported wrongdoing, and initiating investigations when necessary, without fear or favour.
Read More / Baca Lagi >>

Polis rekod keterangan tan sri, ahli politik isu ijazah palsu

Posted: 02 Aug 2012 12:14 PM PDT

Selangor deputy police chief A ThaiveeganPolis telah mengambil keterangan daripada 40 individu termasuk bergelar Tan Sri dan ahli politik bagi membantu siasatan kes pembelian ijazah palsu daripada sebuah syarikat di Subang Jaya.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A Thaiveegan berkata mereka yang terlibat dan belum diambil keterangan diminta untuk tampil membantu pihak polis menyelesaikan siasatan kes tersebut.

Beliau memberi jaminan bahawa individu yang tampil memberi keterangan tidak akan ditahan.

Read More / Baca Lagi >>