Isnin, 23 Julai 2012

KARPET KUNING

KARPET KUNING


PRU ke 13 Sebtember ini?

Posted: 23 Jul 2012 02:37 AM PDT


KUALA LUMPUR: Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dijangka mengadakan pilihan raya mengejut pada September ini. Ini boleh berlaku sebelum Hari Malaysia, jika rancangan membubarkan parlimen bulan depan menjadi kenyataan, kata sumber-sumber dalaman dan para penganalisis. Laman berita The Malaysian Insider (TMI) semalam melaporkan bahawa pihaknya difahamkan bahawa penasihat dan pembantu perdana menteri Malaysia itu telah memberitahu beberapa orang mengenai rancangan mengadakan pilihan raya umum ke-13 Malaysia - tempoh antara Hari Raya Aidilfitri pada 19 Ogos ini dengan hari pembentangan bajet pada 28 September ini. Hari Malaysia pula adalah pada 16 September ini.


"Pilihan raya mengejut adalah sebelum 16 September supaya memberi masa yang cukup bagi membentangkan bajet 2013 pada 28 September jika BN (Barisan Nasional) masih menguasai Putrajaya," kata seorang sumber kepada TMI.

Bagaimanapun, beliau menambah bahawa Hari Pembentangan Bajet Malaysia, yang secara tradisinya diadakan pada Jumaat dan pada akhir Oktober, kali ini dipercepatkan disebabkan oleh perayaan Aidilfitri. Lebih 60 peratus daripada penduduk Malaysia beragama Islam, manakala Islam pula adalah agama rasmi di negara itu.

Sumber lain pula memberitahu laman beria yang sama bahawa mengadakan pilihan raya pada September ini juga membolehkan penganut Islam menunaikan fardu haji, yang dijadualkan pada 26 Oktober ini. "Kami dengar pilihan raya mengejut pada September ini dan ini dijadikan faktor dalam analisis kami," kata seorang penganalisis pasaran saham Singapura kepada TMI, sambil menarik perhatian kepada perjumpaan antara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia dengan wakil-wakil parti politik di negara itu, minggu lalu.

Bagaimanapun, seorang tokoh politik veteran Umno, Tan Sri Abdul Aziz Tapa, berbeza pandangan dengan andaian tersebut, apabila beliau menjangkakan pilihan raya umum itu bakal diadakan pada tahun depan dan bukan dalam tempoh terdekat ini. "Pilihan raya kali ini tidak sesuai diadakan dalam masa terdekat atau tahun ini sebaliknya ia lebih elok diadakan pada tahun depan," kata beliau kepada agensi berita rasmi Bernama, di Jasin, Melaka. Tan Sri Abdul Aziz, 89 tahun, menjelaskan bahawa jadual waktu itu akan dapat dimanfaatkan Umno dan BN bagi menyelesaikan masalah rakyat dan meningkatkan hubungan antara pemimpin parti itu dengan rakyat.

Datuk Seri Najib kelihatan mengambil pendekatan berhati-hati dalam mengumumkan tarikh pilihan raya tersebut, walaupun beliau sering meluahkan keyakinannya untuk terus menguasai kerajaan pusat Malaysia dan semua negerinya. Ketika ini, BN menguasai Putrajaya dan sembilan negeri di Malaysia manakala Pakatan Rakyat (PR) menguasai Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Di Pekan, Datuk Seri Najib kelmarin berkata BN masih belum selesai menyiapkan senarai calonnya bagi pilihan raya akan datang. -- Agensi

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Pemfitnah 'khutbah mahu guling kerajaan' mohon maaf

Posted: 23 Jul 2012 10:36 PM PDT

'Pelakun' fitnah khutbah mahu guling kerajaan mohon maaf
PULAU PINANG- Tiga 'pelakon' yang membuat cerita fitnah ke atas seorang guru yang menjadi khatib yang dituduh mendakwa mengajak orang ramai menggulingkan kerajaan BN dalam khutbahnya akhir memohon maaf.
Pengerus Masjid Taman Guar Perahu, Penanti, Ustaz Abu Bakar Bakilani Abu Hasan memberitahu, tiga orang pelakon utama isu sebaran fitnah terhadap Abdullah Khairi Haji Harun akhirnya tampil memohon maaf.
Ia dibuat seminggu selepas pihak qariah membuat lapuran polis kerana tidak puas hati dengan sikap yang ditunjukan oleh 'pelakun' terbabit.
Akibat fitnah 'pelakon' berkenaan yang disiarkan oleh sebuah stesen TV swasta, Cikgu Abdullah Khairi yang membaca khutbah itu telah ditukar dari Pulau Pinang ke Pulau Ketam, Selangor.
Ustaz Abu Bakar ketika ditemui di majlis sumbangan kepada masjid dan surau Parlimen Permatang Pauh semalam menjelaskan, mereka juga sudi nama mereka disebut setelah permohonan maaf dibuat dengan harapan orang ramai turut memaafkan perlakuan mereka selama ini.
"Saya harap isu fitnah kepada Ustaz Abddulah Khairi selesai," katanya yang sangat kesal dengan dakwaan kononnya beliau menyampaikan khutbah Jumaat mengajak rakyat mengguling Kerajaan Pusat yang dikuasai Barisan Nasional (BN).
"Ketiga-tiga pelakun itu sudah datang jumpa saya dan mengakui buat salah serta pohon maaf sambil berjanji tidak akan mengulangi perbuatan
jahat berkenaan, " tambahnya.
Ujar beliau, pada mulanya ramai anak qariah tidak mahu memaafkan kesalahan yang pelakun itu lakukan namun setelah diberikan tazkirah kebaikan maaf dalam Islam maka semuanya akur dengan harapan golongan berkenaan harus sedar bahawa perbuatan mereka selama ini merupakan kesalahan keji.
Menurut Ustaz Bakar lagi, dalam tempuh seminggu pihak qariah membuat lapuran polis dan sidang media tiba-tiba beliau di datangi orang tengah yang mengatakan pelakun utama isu berkenaan mengakui salah dan ingin pohon maaf lantas beliau bersetuju dan satu pertemuan dibuat di Puncak Mutiara Kristal, Kampung Pelet, Penanti.
Katanya, mereka mengakui kesalahan itu disamping mendakwa berita tersebut sengaja ditokok tambah oleh siaran TV swasta berkenaan untuk mensensasikan kejadian berkenaan.
Pada kejadian solat Jumaat penghujung Jun lalu, Ustaz Abddulah Khairi dijemput membaca khutbah di Masjid Guar Perahu dan seperti biasa beliau mengupas tanggungjawab umat Islam menolak kepimpinan yang zalim.
Tetapi kupasanya di salah taksirkan sebagai usaha 'mengguling' kerajaan BN dan menganggap isi khutbah itu berniat untuk menghasut.
Akibatnya pada 2 Julai lalu, Ustaz Abdulah Khairi ditukar serta merta ke sebuah sekolah di Pulau Ketam, Selangor dari Sekolah Menengah Seri Muda, Penaga, Kepada Batas.
Beliau selain bertindak pemberi motivasi kepada para pelajar juga mempunyai kebolehan menyampaikan motivasi kepada kakitangan kerajaan dan swasta sehingga beliau digelar 'Ustaz Laptop' kerana menjadikan kaedah penayangan sebagai alat bantuan penerangan.
Kini, walaupun bertugas di Pulau Ketam namun boleh dikatakan setiap minggu beliau mempunyai jadual kuliah, motivasi dan sebagainya di sekitar utara semenanjung.
Sementara itu, Ustaz Abddulah Khairi ketika dihubungi juga bersedia memaafkan mereka walaupun dirinya menjadi bahan politik sempit golongan tertentu.
-harakahdaily

Dulu PM tersayang terbaguih hampa tu kata Kelantan negeri miskin ... cer hampa mai baca tengok, mungkin aku silap baca ..

Posted: 23 Jul 2012 09:02 PM PDT

Malaysia mengalami sedikit peningkatan dalam kadar kemiskinan antara 2007 dan 2009, yang pertama sejak berakhirnya krisis kewangan Asia pada tahun 1999, demikian mengikut kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan.

Kadar kemiskinan naik daripada 3.6 peratus pada 2007 kepada 3.8 peratus pada 2009 manakala kadar kemiskinan tegar kekal pada 0.7 peratus.

Menurut Laporan Tinjauan Kemudahan Asas dan Pendapatan Isi Rumah dan 2009, insiden kemiskinan di Malaysia menunjukkan trend yang menurun sejak 1995, kecuali pada tahun 1999 dan 2009. Hal ini mungkin disebabkan oleh krisis kewangan yang melanda negara pada dua tahun itu.

Antara negeri-negeri, Sabah masih mendahului senarai dengan kadar kemiskinan 19.7 peratus, diikuti oleh Perlis (6 peratus), Sarawak dan Kedah (masing-masing 5.3 peratus).

Garis kemiskinan pendapatan berbeza di rantau yang berbeza, dan penanda aras yang digunakan oleh kaji selidik itu ditunjukkan dalam carta (bawah).

bagaimanapun, laporan itu tidak menyediakan penanda aras bagi miskin tegar.

Kajiselidik itu meliputi 45,805 keluarga di seluruh negara dari April 2009 hingga Mac 2010 dan mengandungi statistik mengenai pengagihan pendapatan isi rumah, kemudahan asas dan insiden kemiskinan di Malaysia.

Ini adalah kali pertama kajiselidik itu, yang dijalankan dua kali dalam setiap lima tahun, telah dikeluarkan untuk tatapan umum.

Mahakamah kata Bersih TAK HARAM, ....Perisytiharan Hishamuddin Tercemar .

Posted: 23 Jul 2012 08:36 PM PDT

(Oleh Norutul Ilham)
KUALA LUMPUR 24 Julai: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Hishammuddin Hussein pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang.
Hakim Datuk Rohana Yusof ketika membacakan keputusannya hari ini berkata, Bersih telah berjaya membuktikan kes dalam mencabar pengisytiharan kerajaan.
Beliau juga memutuskan perisytiharan Menteri Dalam Negeri sebagai 'tercemar'.
"Oleh itu, kami membenarkan permohonan pemohon (untuk semakan kehakiman perisytiharan kerajaan) dengan tiada perintah tentang kos," katanya.
14 Anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih yang diketuai oleh Ambiga Sreenevasan telah menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai responden.
Selain dari Ambiga, plaintif termasuk Dr Ahmad Farouk Musa, S Arul Prakkash, K Arumugam, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, Andrew Khoo Chin Hock, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, SP Subramaniam, Toh Kin Woon, Wong Chin Huat, Yeo Yang Poh, Yeoh Yong Woi dan Zaid Kamaruddin.
Pada 1 Julai tahun lalu, Hishammuddin dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengisytiharkan gabungan itu menyalahi undang-undang, sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai.
(Laporan menyusul)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=33240

Lajim Ukim dapat restu TGNA sertai PKR

Posted: 23 Jul 2012 06:52 AM PDT

Kota Bharu - Ahli Parlimen Beufort Dato Lajim Ukim hari ini telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat di sini.

Dalam pertemuan mesra ini Dato Lajim Ukim telah melahirkan hasratnya kepada Menteri Besar Nik Aziz untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat dan memohon restu daripada Mursidul Am PAS agar penyertaan beliau selepas ini dapat membantu pakatan semasa kempen PRU13 nanti.

Datuk Nik Aziz Nik Mat melahirkan rasa berbesar hati dan bersyukur apabila seorang lagi pemimpin Umno sedar akan perjuangan pakatan adalah untuk rakyat dan demi Islam secara keseluruhannya. Katanya lagi penyertaan Datuk Lajim adalah sebahagian daripada hidayah Allah dalam memberi jalan kemenangan kepada pakatan pada PRU13 nanti.

Pertemuan ini adalah rentetan daripada perancangan Dato Lajim Ukim untuk mengerahkan lebih 10 ribu orang penyokongnya di Parlimen Beufort agar bersama sama beliau menyertai PKR tidak lama lagi.

Kehadiran beliau diiringi oleh 20 orang pemimpin dan ahli PKR Kelantan,menurut jurucakap rombongan Dato Lajim kepada Utaranews ,rombongan bertolak ke Kuala Lumpur petang ini satu lagi pertemuan diantara Dato Lajim Ukim bersama barisan pimpinan pakatan diadakan selepas majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur hari ini.

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Malam ini Imam Raed Abu Sya'ban akan mengimami Solat Tarawih di MBI.

Posted: 23 Jul 2012 09:23 PM PDT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Mahkamah batalkan keputusan Hishamuddin Hussein, Bersih 2.0 organisasi ‘halal’

Posted: 23 Jul 2012 09:19 PM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Julai — Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri yang mengatakan Gabungan Menuntut Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) sebagai sebuah pertubuhan haram.
Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya hari ini berkata kenyataan Menteri Dalam Negeri itu tidak masuk akal kerana setelah menggelarkan gabungan itu sebagai pertubuhan haram pada 1 Julai tahun lalu, kemudiannya membiarkan pertubuhan itu mengadakan perhimpunan pada 9 Julai tahun sama.
"Adalah tidak masuk akal setelah mengatakan ia pertubuhan haram, seminggu kemudian biarkan mereka mengadakan perhimpunan pada 9 Julai," kata beliau.

Mahkamah putuskan BERSIH entiti yang sah...yang Haram Jadah mereka yang mengharamkanya...!!!

Posted: 23 Jul 2012 09:14 PM PDT

NONEMahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.
Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.
Read More / Baca Lagi >>

Kenyataan Berbelit-belit, DAP Cadang Potong Gaji Hishamuddin

Posted: 23 Jul 2012 09:10 PM PDT

SHAH ALAM 24 JULAI : Gaji Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dicadang dipotong RM10 dalam sesi bajet parlimen pada masa akan datang ekoran kenyataan berbelit-belitnya berhubung soal PAS dan DAP diresapi penganas.
Cadangan ini dikemukakan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan media.
Ia merujuk kepada kenyataan Hishamuddin yang seakan-akan mempertahankan dakwaan Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Cawangan Khas, Sofian Makinuddin bahawa pengganas Jemaah Islamiah (JI) sedang meresap ke dalam PAS dan ancaman komunis ke dalam DAP menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Kit Siang menyifatkan tindakan Hishamuddin itu sebagai tidak relevan apatah lagi beliau langsung tidak menegur atau mendisiplinkan Sofian atas penyalahgunaan jawatannya.
Read More / Baca Lagi >>

Menteri Haram Jadah : Mahkamah sahkan Bersih bukan pertubuhan haram

Posted: 23 Jul 2012 09:09 PM PDT

KUALA LUMPUR 24 Julai: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Hishammuddin Hussein pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang.
Hakim Datuk Rohana Yusof ketika membacakan keputusannya hari ini berkata, Bersih telah berjaya membuktikan kes dalam mencabar pengisytiharan kerajaan.
Beliau juga memutuskan perisytiharan Menteri Dalam Negeri sebagai 'tercemar'.
"Oleh itu, kami membenarkan permohonan pemohon (untuk semakan kehakiman perisytiharan kerajaan) dengan tiada perintah tentang kos," katanya.
14 Anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih yang diketuai oleh Ambiga Sreenevasan telah menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai responden.
Read More / Baca Lagi >>

Tian Chua: Rakyat kita belum bebas dan tidak merdeka!

Posted: 23 Jul 2012 09:07 PM PDT

Activist: Syria FM statement on chemical weapon "dangerous"

Posted: 23 Jul 2012 09:06 PM PDT

Prof Dr Aziz Bari - Orang UMNO Sebenarnya Komunis

Posted: 23 Jul 2012 07:21 PM PDT

Jom Ubah : Anak Muda Sarawak

Posted: 23 Jul 2012 07:17 PM PDT

Lebanon border town dragged into Syria unrest

Posted: 23 Jul 2012 06:44 PM PDT

Tazkirah Qaryah 3 Ramadhan 1433H

Posted: 23 Jul 2012 06:43 PM PDT

M'sia alami peningkatan pertama kadar kemiskinan sejak 1999

Posted: 23 Jul 2012 06:38 PM PDT

Malaysia mengalami sedikit peningkatan dalam kadar kemiskinan antara 2007 dan 2009, yang pertama sejak berakhirnya krisis kewangan Asia pada tahun 1999, demikian mengikut kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan.

Kadar kemiskinan naik daripada 3.6 peratus pada 2007 kepada 3.8 peratus pada 2009 manakala kadar kemiskinan tegar kekal pada 0.7 peratus.

Menurut Laporan Tinjauan Kemudahan Asas dan Pendapatan Isi Rumah dan 2009, insiden kemiskinan di Malaysia menunjukkan trend yang menurun sejak 1995, kecuali pada tahun 1999 dan 2009. Hal ini mungkin disebabkan oleh krisis kewangan yang melanda negara pada dua tahun itu.

Antara negeri-negeri, Sabah masih mendahului senarai dengan kadar kemiskinan 19.7 peratus, diikuti oleh Perlis (6 peratus), Sarawak dan Kedah (masing-masing 5.3 peratus).
Read More / Baca Lagi >>

Mappim tolak usul benar pelajar bawa iPad, telefon

Posted: 23 Jul 2012 06:34 PM PDT

SHAH ALAM – Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa Pendidikan Islam (Mappim) menolak usul Kementerian Pelajaran mengenai cadangan membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah.

Presidennya, Misswadi Sarvini berkata, sekiranya usul tersebut diluluskan, ia akan mengundang risiko kepada pelajar melibatkan pergaduhan, kecurian dan fitnah.

"Perkara tersebut pernah dilaksanakan beberapa tahun lalu, namun mendapat tentangan hebat daripada ibu bapa, pihak sekolah dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Read More / Baca Lagi >>

Dulu Kini Dan Selamanya Fitnah : Setpol MB Kedah difitnah rasuah

Posted: 23 Jul 2012 06:33 PM PDT

MUHAMMAD SANUSI  ALOR SETAR - Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menafikan laporan blog proUmno yang mengaitkan dirinya dengan rasuah bernilai RM1.3 juta, yang disebarkan sejak petang kelmarin.
          
Katanya, dakwaan itu adalah fitnah semata-mata namun enggan melayan propaganda murahan oleh beberapa blog tempatan yang ingin mencari publisiti.
         
"Saya didakwa berada dalam lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah petang kelmarin, sedangkan ketika itu, saya hadir pada program Menteri Besar menyampaikan sumbangan Ramadan di Masjid Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar," katanya, ketika dihubungi.
Read More / Baca Lagi >>

Ilmu akan bentang struktur majlis ulama UMNO..!!

Posted: 23 Jul 2012 06:31 PM PDT


Fathul Bari SHAH ALAM – Berdasarkan maklum balas baik yang diterima berhubung cadanganmenjadikan majlis ulama Umno sebagai sayap parti, Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu) akan mengadakan perbincanganuntuk membentangkan struktur majlis berkenaan.

Pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, pihaknya berpendapat kini tiba masanya untuk merealisasikan cadanganini secara serius.

"Saya amat berterima kasih dengan sokongan yang diberikan terhadap cadanganyang saya kemukakan sejak 2010 dan sekiranya diberi peluang, saya akan adakan tindakan susulan unuk mendapatkan kelulusancadangan ini.
Read More / Baca Lagi >>

Mufti Kelantan : Ulama jangan gadai maruah Islam demi parti

Posted: 23 Jul 2012 06:30 PM PDT


Ulama jangan gadai maruah Islam KOTA BHARU - Ulama boleh menjadi sebahagian anggota parti politik tetapi perlu memiliki tahap kewibawaan yang tinggi mengendalikan isu.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ulama di negara ini yang mempunyai keinginan berkecimpung dalam parti politik dialu-alukan mengikut hak masing-masing.

Bagaimanapun, Mohamad Shukri berkata, ulama terbabit perlu tahu membezakan kehendak parti dan Islam iaitu tidak menggadaikan maruah Islam demi kepentingan parti.

"Kalau ulama berada dalam sebahagian parti politik dan dapat memainkan peranan yang jitu seperti seharusnya dimainkan para ulama, ia sesuatu yang bagus. Tetapi jika kewibawaan ulama tidak seberapa baik, lebih elok berada di luar parti. Di sini kita tengok sejauh manakah ulama boleh berperanan dan kewibawaan ulama dihargai dan dihormati," katanya, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Renungan : Berapa Kalikah Kita Sudah Melukakan Hatinya?

Posted: 23 Jul 2012 06:23 PM PDT


Untuk renungan dan pengajaran buat kita semua...

Semasa kita berumur 1 tahun,
Ibu menyuap kita makan & memandikan kita
Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam

Semasa kita berumur 3 tahun,
Ibu menyiapkan makanan istimewa dan
berzat untuk kita
Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai

Semasa kita berumur 4 tahun,
Ibu membelikan kita crayon
Kita membalas budinya dengan menconteng dinding dirumah

Semasa kita berumur 5 tahun,
Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya
Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak

Apabila kita berumur 7 tahun,
Ibu menghantar kita ke sekolah
Kita membalas budinya dengan menjerit, " SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH"
Read More / Baca Lagi >>

Pemberontak Syria di ambang kemenangan

Posted: 23 Jul 2012 06:19 PM PDT

DAMSYIK - Majlis Nasional Syria (SNC) yang mewakili para pemberontak mengeluarkan kenyataan balas bahawa pertempuran sengit yang berlaku di beberapa buah bandar memberi petunjuk bahawa mereka kini di ambang kemenangan.

Jurucakap SNC, George Sabra berkata, pertempuran sengit di sini dan di bandar kedua terbesar di Syria, Allepo yang berlaku sejak beberapa hari lalu merupakan petunjuk penting bagi menentukan kejayaan pemberontak.

Penentangan penduduk terhadap Presiden Syria, Bashar Al-Assad telah bermula pada Mac tahun lalu.
Pertempuran dengan tentera Bashar sejak Mac 2011 itu telah menyebabkan lebih 19,000 orang terbunuh.

"Apa yang berlaku di sini dan Aleppo serta bandar lain di Syria sejak dua hari lalu merupakan langkah penting bagi mewujudkan fasa baharu untuk negara kami (Syria) dan rantau Arab," kata Sabra.
"Pertempuran ini menunjukkan dengan jelas bahawa rejim Bashar akan menemui jalan penamatnya," tambah Sabra. - Agensi

Pakar ekonomi: Dasar subsidi kita untuk golongan kaya

Posted: 23 Jul 2012 06:12 PM PDT

Dasar subsidi yang asalnya bertujuan untuk "membantu golongan miskin", telah menjadi "dasar membantu golongan kaya" di sebaliknya.  Demikianlah kritikan pakar ekonomi terhadap dasar subsidi negara kita, malah menambah bahawa ia bertujuan untuk menyokong pasaran automobil tempatan yang gagal menerokai pasaran eksport.

Menurut pakar ekonomi, "subsidi" pada asalnya adalah dasar afirmatif untuk membantu golongan miskin, jadi pengeluar dan golongan kaya tidak seharusnya menerima subsidi dalam apa-apa bentuk - ia bakal mengubah formula konsumer dalam pasaran, menghakis daya saing dan keberkesanan.
Read More / Baca Lagi >>

Krisis air di Selangor tapi di sebuah kampung di Kuantan nak masuk air kena bayar RM20,000

Posted: 23 Jul 2012 06:11 PM PDT

Sehari dua ni heboh pasai isu air di Selangor. Kerajaan Pusat salahkan kerajaan negeri dan kerajaan negeri salahkan kerajaan pusat. Syabas yang pegang konsesi air di Selangor dengan gaji pengerusinya RM425,000.00 sebulan tapi tak boleh selesaikan masalah air di Selangor.

Ingatkan negeri Kelantan yang dikatakan miskin tu saja yang ada masalah air, rupa-rupanya negeri Selangor yang kaya raya pun ada masalah air sampai tahap ada cadangan nak catu air walaupun di empangan air cukup.

Sebenarnya masalah air ni berlaku di mana-mana di Malaysia ni, bukan kata di negeri yang miskin macam Kelantan ada masalah air tapi di negeri yang kaya macam Selangor pun ada masalah air, malah di negeri Pahang, negeri Najib Razka, Perdana Menteri pun ada masalah air.

  
Sinarharian melaporkan:
[Sumber: Sinarharian]
Walaupun dah 55 tahun merdeka tapi masih ada lagi kampung di Pahang yang RM20,000 untuk kos pemasangan bekalan air paip.

Kat bawah ni pulak cerita masalah air di Johor, negeri yang jual air mentah kepada Sinapura pada harga 3sen setiap 1000gelen dan kemudian beli pulak pada harga 50sen setiap 1000gelen air yang dah dirawat. Masalah ni di kawasan Parlimen Pontian, kawasan Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ketua Penerangan Umno.



KL seats: BN confident, Pakatan optimistic

Posted: 23 Jul 2012 06:09 PM PDT

While Barisan Nasional says it can win at least five seats, Pakatan is equally confident of retaining its 10 seats despite its opponent's dirty tricks.

KUALA LUMPUR: The coming general election may see some big Pakatan Rakyat incumbents in Kuala Lumpur being kicked out by a group of young and hardworking Barisan Nasional candidates, claimed a confident BN leader today.
In fact, the leader said, the federal coalition which was still smarting from a bruising defeat in the federal capital in 2008, was aiming to win at least five parliamentary seats here.
PPP information chief and BN FT vice-chairman A Chandrakumanan told FMT that BN had learnt its lesson from the bitter 2008 general election defeat and was now working very hard on the ground to regain its lost support and seats.
"Some of the parliamentary seats in Kuala Lumpur had been with the opposition MPs for too long and the people understand that they do not benefit anything from these MPs despite voting for them faithfully all these years.
"If we take the political scenario today in Kuala Lumpur, I have a good feeling that BN will win more than five seats," he said.
Read More / Baca Lagi >>

Bad idea to postpone Umno elections

Posted: 23 Jul 2012 06:08 PM PDT

Postponing Umno elections will only frustrate and disconnect members further.

The word which I think best describes the present feeling about Umno is "dis-esteem". The word captures all the negatives – dishonor, disrespect, held in low opinion, repulsive and more.
Why has it come to that? I think the most important factor has been the increasing disconnect between what is desired by the majority and the small elite that's leading Umno.
And that increasing disconnect is because Umno refuses to hold its own elections.
Here is where Umno has made the crucial mistake.
Umno thinks that by suspending its own elections it can expel the bad feelings, but what it is doing is merely postponing the anger, frustrations and the "disconnect".
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan Selangor Akan Berdepan Dengan Suara Rakyat Dalam Isu Syabas

Posted: 23 Jul 2012 06:05 PM PDT

SHAH ALAM 23 JULAI : Kerajaan Negeri bersedia membuat "referendum" atau pungutan suara bagi mendapatkan pandangan rakyat Selangor berhubung hasratnya untuk mengambil alih operasi Syarikat bekalan Air Selangor (Syabas).
Cadangan ini disuarakan oleh Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar yang berkata rakyat Selangor mempunyai kepentingan dalam usaha ini memandangkan ia melibatkan penggunaan wang rakyat.
"Kita bersedia untuk melaksanakan pungutan suara rakyat dimana rakyat boleh mengundi secara langsung dan menentukan samada untuk menerima atau menolak hasrat Kerajaan Selangor mengambil-alih SYABAS.
Read More / Baca Lagi >>

Propaganda PRU 13 : Media mampu menipu kita...!!! Menghalal cara utnuk terus berkuasa.....

Posted: 23 Jul 2012 06:04 PM PDT

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s480x480/549027_340468299368140_2035487573_n.jpg

Gambar ini berjaya memberi persepsi bahwa Islam itu "Militan yang menakutkan",. Inilah fitnah media barat & ZIONIS terhadap Islam. Perkara yang sama juga berlaku semasa BERSIH di mana media memainkan peranan menggambarkan keganasan yang tidak pernah dilakukan peserta BERSIH tapi dilakukan penyamar...Kaedah ZIONIS ini diguna pakai kerajaan yang terdesak mengekalkan kuasa....

Ramadhan: Harga barang keperluan naik mendadak

Posted: 23 Jul 2012 06:02 PM PDT

Nampaknya di bulan Ramadhan yang mulia ini harga barang basah dan keperluan dapur yang lain naik mendadak seolah-olah seperti tidak terkawal akan harga yang dipamerkan termasuk dipusat membeli belah yang besar.

Mana tidaknya sekilo ikan kembung, ikan selar dan ikan kerisi kini mencecah RM16 dan begitu juga udang dan sotong berharga RM24 sekilo serta ketam RM28 sekilo. Bayangkanlah jika kita membawa RM50 apa boleh dibawa pulang untuk berbuka puasa bagi 6 orang sekeluarga hanya sekilo ikan kembung dan sekilo udang dan lebihan RM10 untuk membeli sayur, kelapa dan cili masak sahaja.

Ini bermakna setiap keluarga untuk makan berbuka termasuk bersahur adalah RM50 sehari dan apabila dikira untuk sebulan adalah lebih kurang RM1,500 untuk mendapat makanan yang sempurna dan berzat yang minima.
Read More / Baca Lagi >>

Himpunan Solidariti Ummah 27 Julai di Masjid UIA

Posted: 23 Jul 2012 06:00 PM PDT

Menyedari bahawa adalah suatu kewajipan di sisi agama bagi mengambil berat dan bertanggungjawab terhadap hal ehwal umat Islam khususnya yang sedang ditindas dan dizalimi di Syria, Myanmar dan Palestin, pada 18 Julai 2012 bertempat di Kulliyah of Education UIAM, Institut Forum Siswa (i-FORSIS) dengan kerjasama Ma'ruf Club (MC) UIAM telah menganjurkan "Urgent Meeting: We Are Brother" bagi menetapkan suatu pendirian terhadap isu tersebut dan menyediakan pelan tindakan yang dapat meningkatkan kecaknaan dan rasa tanggungjawab ummah terhadap musibah yang sedang melanda umat Islam di Syria, Mnyanmar, Palestin dan negara-negara umat Islam yang lain.
Hasil daripada pertemuan itu:-
Read More / Baca Lagi >>