Isnin, 23 Julai 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Pemfitnah 'khutbah mahu guling kerajaan' mohon maaf

Posted: 23 Jul 2012 10:36 PM PDT

'Pelakun' fitnah khutbah mahu guling kerajaan mohon maaf
PULAU PINANG- Tiga 'pelakon' yang membuat cerita fitnah ke atas seorang guru yang menjadi khatib yang dituduh mendakwa mengajak orang ramai menggulingkan kerajaan BN dalam khutbahnya akhir memohon maaf.
Pengerus Masjid Taman Guar Perahu, Penanti, Ustaz Abu Bakar Bakilani Abu Hasan memberitahu, tiga orang pelakon utama isu sebaran fitnah terhadap Abdullah Khairi Haji Harun akhirnya tampil memohon maaf.
Ia dibuat seminggu selepas pihak qariah membuat lapuran polis kerana tidak puas hati dengan sikap yang ditunjukan oleh 'pelakun' terbabit.
Akibat fitnah 'pelakon' berkenaan yang disiarkan oleh sebuah stesen TV swasta, Cikgu Abdullah Khairi yang membaca khutbah itu telah ditukar dari Pulau Pinang ke Pulau Ketam, Selangor.
Ustaz Abu Bakar ketika ditemui di majlis sumbangan kepada masjid dan surau Parlimen Permatang Pauh semalam menjelaskan, mereka juga sudi nama mereka disebut setelah permohonan maaf dibuat dengan harapan orang ramai turut memaafkan perlakuan mereka selama ini.
"Saya harap isu fitnah kepada Ustaz Abddulah Khairi selesai," katanya yang sangat kesal dengan dakwaan kononnya beliau menyampaikan khutbah Jumaat mengajak rakyat mengguling Kerajaan Pusat yang dikuasai Barisan Nasional (BN).
"Ketiga-tiga pelakun itu sudah datang jumpa saya dan mengakui buat salah serta pohon maaf sambil berjanji tidak akan mengulangi perbuatan
jahat berkenaan, " tambahnya.
Ujar beliau, pada mulanya ramai anak qariah tidak mahu memaafkan kesalahan yang pelakun itu lakukan namun setelah diberikan tazkirah kebaikan maaf dalam Islam maka semuanya akur dengan harapan golongan berkenaan harus sedar bahawa perbuatan mereka selama ini merupakan kesalahan keji.
Menurut Ustaz Bakar lagi, dalam tempuh seminggu pihak qariah membuat lapuran polis dan sidang media tiba-tiba beliau di datangi orang tengah yang mengatakan pelakun utama isu berkenaan mengakui salah dan ingin pohon maaf lantas beliau bersetuju dan satu pertemuan dibuat di Puncak Mutiara Kristal, Kampung Pelet, Penanti.
Katanya, mereka mengakui kesalahan itu disamping mendakwa berita tersebut sengaja ditokok tambah oleh siaran TV swasta berkenaan untuk mensensasikan kejadian berkenaan.
Pada kejadian solat Jumaat penghujung Jun lalu, Ustaz Abddulah Khairi dijemput membaca khutbah di Masjid Guar Perahu dan seperti biasa beliau mengupas tanggungjawab umat Islam menolak kepimpinan yang zalim.
Tetapi kupasanya di salah taksirkan sebagai usaha 'mengguling' kerajaan BN dan menganggap isi khutbah itu berniat untuk menghasut.
Akibatnya pada 2 Julai lalu, Ustaz Abdulah Khairi ditukar serta merta ke sebuah sekolah di Pulau Ketam, Selangor dari Sekolah Menengah Seri Muda, Penaga, Kepada Batas.
Beliau selain bertindak pemberi motivasi kepada para pelajar juga mempunyai kebolehan menyampaikan motivasi kepada kakitangan kerajaan dan swasta sehingga beliau digelar 'Ustaz Laptop' kerana menjadikan kaedah penayangan sebagai alat bantuan penerangan.
Kini, walaupun bertugas di Pulau Ketam namun boleh dikatakan setiap minggu beliau mempunyai jadual kuliah, motivasi dan sebagainya di sekitar utara semenanjung.
Sementara itu, Ustaz Abddulah Khairi ketika dihubungi juga bersedia memaafkan mereka walaupun dirinya menjadi bahan politik sempit golongan tertentu.
-harakahdaily

Dulu PM tersayang terbaguih hampa tu kata Kelantan negeri miskin ... cer hampa mai baca tengok, mungkin aku silap baca ..

Posted: 23 Jul 2012 09:02 PM PDT

Malaysia mengalami sedikit peningkatan dalam kadar kemiskinan antara 2007 dan 2009, yang pertama sejak berakhirnya krisis kewangan Asia pada tahun 1999, demikian mengikut kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan.

Kadar kemiskinan naik daripada 3.6 peratus pada 2007 kepada 3.8 peratus pada 2009 manakala kadar kemiskinan tegar kekal pada 0.7 peratus.

Menurut Laporan Tinjauan Kemudahan Asas dan Pendapatan Isi Rumah dan 2009, insiden kemiskinan di Malaysia menunjukkan trend yang menurun sejak 1995, kecuali pada tahun 1999 dan 2009. Hal ini mungkin disebabkan oleh krisis kewangan yang melanda negara pada dua tahun itu.

Antara negeri-negeri, Sabah masih mendahului senarai dengan kadar kemiskinan 19.7 peratus, diikuti oleh Perlis (6 peratus), Sarawak dan Kedah (masing-masing 5.3 peratus).

Garis kemiskinan pendapatan berbeza di rantau yang berbeza, dan penanda aras yang digunakan oleh kaji selidik itu ditunjukkan dalam carta (bawah).

bagaimanapun, laporan itu tidak menyediakan penanda aras bagi miskin tegar.

Kajiselidik itu meliputi 45,805 keluarga di seluruh negara dari April 2009 hingga Mac 2010 dan mengandungi statistik mengenai pengagihan pendapatan isi rumah, kemudahan asas dan insiden kemiskinan di Malaysia.

Ini adalah kali pertama kajiselidik itu, yang dijalankan dua kali dalam setiap lima tahun, telah dikeluarkan untuk tatapan umum.

Mahakamah kata Bersih TAK HARAM, ....Perisytiharan Hishamuddin Tercemar .

Posted: 23 Jul 2012 08:36 PM PDT

(Oleh Norutul Ilham)
KUALA LUMPUR 24 Julai: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Hishammuddin Hussein pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang.
Hakim Datuk Rohana Yusof ketika membacakan keputusannya hari ini berkata, Bersih telah berjaya membuktikan kes dalam mencabar pengisytiharan kerajaan.
Beliau juga memutuskan perisytiharan Menteri Dalam Negeri sebagai 'tercemar'.
"Oleh itu, kami membenarkan permohonan pemohon (untuk semakan kehakiman perisytiharan kerajaan) dengan tiada perintah tentang kos," katanya.
14 Anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih yang diketuai oleh Ambiga Sreenevasan telah menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai responden.
Selain dari Ambiga, plaintif termasuk Dr Ahmad Farouk Musa, S Arul Prakkash, K Arumugam, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, Andrew Khoo Chin Hock, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, SP Subramaniam, Toh Kin Woon, Wong Chin Huat, Yeo Yang Poh, Yeoh Yong Woi dan Zaid Kamaruddin.
Pada 1 Julai tahun lalu, Hishammuddin dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengisytiharkan gabungan itu menyalahi undang-undang, sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai.
(Laporan menyusul)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=33240

Lajim Ukim dapat restu TGNA sertai PKR

Posted: 23 Jul 2012 06:52 AM PDT

Kota Bharu - Ahli Parlimen Beufort Dato Lajim Ukim hari ini telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat di sini.

Dalam pertemuan mesra ini Dato Lajim Ukim telah melahirkan hasratnya kepada Menteri Besar Nik Aziz untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat dan memohon restu daripada Mursidul Am PAS agar penyertaan beliau selepas ini dapat membantu pakatan semasa kempen PRU13 nanti.

Datuk Nik Aziz Nik Mat melahirkan rasa berbesar hati dan bersyukur apabila seorang lagi pemimpin Umno sedar akan perjuangan pakatan adalah untuk rakyat dan demi Islam secara keseluruhannya. Katanya lagi penyertaan Datuk Lajim adalah sebahagian daripada hidayah Allah dalam memberi jalan kemenangan kepada pakatan pada PRU13 nanti.

Pertemuan ini adalah rentetan daripada perancangan Dato Lajim Ukim untuk mengerahkan lebih 10 ribu orang penyokongnya di Parlimen Beufort agar bersama sama beliau menyertai PKR tidak lama lagi.

Kehadiran beliau diiringi oleh 20 orang pemimpin dan ahli PKR Kelantan,menurut jurucakap rombongan Dato Lajim kepada Utaranews ,rombongan bertolak ke Kuala Lumpur petang ini satu lagi pertemuan diantara Dato Lajim Ukim bersama barisan pimpinan pakatan diadakan selepas majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur hari ini.

Tiada ulasan: