Ahad, 22 Julai 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Menjelang PRU 13, UMNO jadi sewel

Posted: 22 Jul 2012 06:15 PM PDT

23 JULAI — Dunia, dunia. Menjelang PRU13, Umno jadi sewel. Biarlah orang Umno jadi sewel. Kita jangan jadi macam mereka.
Kita dapat lihat kesewelan Umno sejak akhir-akhir ini. Ketawa orang melihat kebodohan dan kesesakan Umno. Memang Umno sedang tersangat cemas. Tiba-tiba seorang pegawai tinggi PDRM mengeluarkan kenyataan bahawa parti-parti Pakatan diseludupi oleh Jemaah Islamiah dan Komunis. Ini membikin rakyat yang berfikir menggaru kepala heran lagi ajaib. 
Rakyat bertanya, jika JI dan Komunis nak ambil alih kuasa, mengapa tidak menyelinap masuk parti-parti komponen BN? Umno, MCA dan MIC. Bukankah dengan demikian, lebih pantas dan apdal mendapatkan kuasa pemerintahan? Umpan sahaja pimpinan Umno dengan wanita jelita termasuk jelitawan Mongolia dan berikan mereka wang seperti yang di berikan kepada Perimekar, sudah tentu JI dan Komunis dapat menawan kerajaan. Dan jika ancaman JI dan Komunis amat serious, apa pasal PDRM sibuk mengeluarkan kenyataan politik dan membuang masa nyanyi dan main musik di mall-mall beli belah? Baik tangkap anasir-anasir Komunis dan JI.
Tapi, benda-benda sewel yang menakjubkan seperti inilah yang kita sudah dapat jangka akan datang dari pemimpin-pemimpin kerajaan Umno. Mereka tidak pun pasti mengenai perangkaan jenayah yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Akiviti kepolisian lebih di halakan kepada mengintip rakyat sendiri daripada melakukan kerja mengawal dan membenteras jenayah.
Jadi apa pasal kita rakyat hendak pandang serius mengenai apa yang di lakukan oleh orang gila dan sewel? Kerajaan Umno sudah pun menunjukkan mereka tidak lagi boleh di percayai.
PM Najib jangan hendak main-main teka teki lah dengan rakyat. Jangan hendak main tarik dan tolak dengan penjawat awam. Orang kampung sudah tahu SOP PM kita. Dia pasti akan beri dan hulurnya duit. Jangan risau fulus akan datang. Biar bengkrap negara, asal dapat beli sokongan rakyat.
Penjawat awam tidak perlu risau, sebab bonus Raya mesti ada. Saya sudah katakan berulang kali — kaedah Najib menyelesaikan isiu masyarakat ialah dengan membayar dan menyogok rakyat. Beli Rakyat 1 Malaysia, Kedai Mydin 1 Malaysia, tayar 1 Malaysia, Kinik 1 Malaysia. Standard operating procedure.
Bukankah ini kerajaan wasathiyyah? Yang jadi role model sebab mereka parti sederhana dan pertengahan? Duit mengongkosi ini datang dari mana? Ianya datang dari peruntukan bajet. Bajet itu mana? Jangan main senyap-senyap sebab hutang kerajaan sudah hampir 55 peratus dari Pendapatan Negara. Kerajaan yang belanja rakus mahu berkhutbah kepada rakyat mengenai prinsip belanja berhemah. Jadi jangan berbicara mengenai wasathiyyah kerana kerakusan berbelanja tidak melayakkan kerajaan bercakap mengenai contoh kesederhanaan.
Kemudian kita tengok TPM al malikul sembab Muhyiddin aka raja lelong Malaysia yang menakutkan rakyat mengenai peristiwa May 13. Jangan menakutkan rakyat kerana yang menanam bibit syak wasangka dan curiga antara kaum ialah Umno. Umno menang kalau orang Melayu daif dan jahil. Sebab itu kepentingan Umno yang tertinggi ialah mengekalkan orang Melayu dalam kejahilan dan kebodohan.
Jika Umno tidak melakukannya, maka ia akan memerintah anak-anak syarikat Umno seperti Perkasa dan NGO-NGO lain mengeluarkan kenyataan yang menghasut. Mengapa pihak PDRM tidak tangkap orang-orang seperti ini?
PM dan TPM dua badut politik janganlah hendak membodohkan rakyat terutama orang Melayu. Mana masuk akal Melayu akan musnah jika menolak Umno jika yang menolak Umno itu ialah orang Melayu sendiri? Orang Melayu bukanlah bodoh sangat mahu menyimpan sesuatu yang menyusahkan dan memudaratkan mereka seperti Umno. Tidak PM dan TPM: yang menolak Umno ialah orang Melayu. 3.7 juta dari 5.7 juta dalam tahun 2008 menolak Umno.
Kita mahu nasihat TPM: daripada bercakap kalut dan membazirkan tumpuan rakyat, sepatutnya Tan Sri mengurung diri nya dalam Kementerian Pelajaran dan kasi terang kepada rakyat, setelah berbelanja RM5 billion untuk PPSMI, dia buat U-turn membatalkan inisiatif tersebut. 
Dan kualiti pemimpin macam ini yang hendak dipercayai oleh orang Melayu? Yang bertanggung jawab menggantikan PMR dengan perperiksaan apa entah yang tidak berguna sebagai persediaan pelajar berdepan dengan SPM. Hancur lagilah budak-budak Melayu dengan kualiti pimpinan Umno seperti ini.
Dalam tangan Umno, rakyat dan orang Melayu berada dalam keadaan lebih bahaya. Masa depan anak-anak kita termasuk majoritynya anak-anak Melayu terancam dengan system pendidikan stail Umno. Apa yang kita boleh harap datang dari half-past-six leaders? Bolehkah kerajaan mentransformasi negara ini diatas tenaga kerja yang mempunyai tahap pembelajaran yang se-standard Umno? Mampuih kito jang dan daro!.
Dasar pelajaran Umno lebih bahaya daripada jembalang 13 May yang digemburkan oleh TPM; kecuali lah jika Umno telah hantar gangsters dan kaki pukulnya kesekolah-sekolah untuk menerajang dan menumbuk pelajar-pelajar sekolah. Kalaulah Umno sudah pun lakukan seperti ini, masa depan rakyat kita tidak cukup bahaya lagi di bandingkan dengan memperjudikan nyawa rakyat Malaysia yang menggunakan kapal terbang yang mendarat bergantung kepada system pendaratan kapal terbang yang tidak selamat. Budak 27 tahun jadi jutawan kerana diberi konsesi bekalan system sub-standard melalui system tender tertutup. Ini tender yang tertutup daripada syarikat-syarikat yang bukan kroni.
Nasihat kita kepada menteri-menteri: janganlah mengeluarkan apa yang patut keluar dari lubang bawah melalui mulut.Busuknya sampai keseluruh penjuru Malaysia.
Nasihat kita kepada pemimpin-pemimpin Umno yang degil seperti kerbau: mungkin lebih baik mereka beli tiket kapal terbang dan jika mereka terselamat daripada kerosakan system pendaratan kapal terbang, eloklah mereka pergi ke Madrid, Spanyol dimana kita dengar, jumlah kerbau-kerbau untuk berlawan dengan matador berkurangan. Hendak jadi kerbau, jadilah kerbau yang bertarung dengan matador Spanyol.
Oh ya, jika pergi ke Spanyol, jangan lupa bawa menteri yang sudah naik jobo, yang menggunakan slogan Umno sebagai slogan Hari Merdeka. Binawe punya menteri. Hari Merdeka di sambut oleh semua rakyat, bukan oleh ahli Umno sahaja tau. — sakmongkol.blogspot.com
* Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


VIDEO - KARPAL SINGH DAN UMNO SAMA-SAMA TIDAK UPDATE MEMORY

Posted: 22 Jul 2012 06:06 PM PDT













Oleh: WFAUZDIN NS

RAMAI yang menuduh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Tantawi berbohong apabila mendakwa Pengerusi DAP, Karpal Singh kini bersedia untuk berbincang dan mendengar penjelasan berkaitan Hukum Hudud/Negara Islam dari PAS, berbeza dari kenyataan Karpal beberapa tahun dahulu yang begitu keras terhadap hukum Islam ini.

Jika kita menonton kembali video klip di atas, jelas dan nyata Karpal Singh lebih lonak dan lembut apabila berbicara tentang isu ini tidak seperti katanya dahulu, "Langkah mayat beliau dahulu". Video di atas adalah ucapan beliau semasa Konvensyen PR Tahun 2010. Ertinya, itulah pendapat beliau paling `latest' berkaitan isu kontroversi ini bagi membuktikan apa yang disebut oleh Ustaz Nasruddin Tantawi di dalam debat anjuran Sinar bersama Fathul Bari (Ulamak Umno) memang tepat dan betul.

Isu ini menjadi panas semula apabila Karpal Singh sendiri tidak `update' memory di dalam kepalanya. Beliau pantas menafikan kenyataan Ustaz Nasruddin Tantawi. Ini lah masalah dengan Karpal Singh yang tidak pernah jujur di dalam memberikan pendapat beliau. Beliau merasakan apa sahaja yang beliau ucapkan, rakan-rakan di dalam PR akan setuju belaka. Kali ini beliau cuba bermain dengan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan rakan-rakan di dalam PR, apatah lagi beliau cuba memutar-belitkan kenyataan beliau sendiri.

Sebenarnya, kita tidak patut pedulikan hanya seorang seperti Karpal Singh ini apatah lagi jika kita sebagai umat Islam yang mahu dan bercita-cita untuk laksanakan hukum Islam. Kita jangan jadi seperti Umno yang akan memohon restu dari MCA terlebih dahulu untuk laksanakan sesuatu. Samada Karpal mahu bincang atau tidak, hukum Islam tidak memerlukan Karpal Singh meluluskannya tetapi adalah lebih baik jika Karpal Singh boleh memahaminya, itu pun jika beliau mahu memahaminya. Jika tidak, Karpal boleh terus dengan agamanya dan kita umat Islam akan terus berjuang untuk agama Islam dengan pendekatan kita yang terbaik.

Kita boleh terima Karpal Singh tidak bersetuju dengan hukum Islam tetapi kita tidak boleh terima kenyataan Karpal Singh yang berdolak-dalik. Pelik apanya jika Karpal Singh yang Non Muslim menentang hukum Islam kerana `kaum' yang terawal menentang perlaksanaan hukum Islam di negara ini bukan sahaja melalui kata-kata, bahkan menggunakan kuasa mereka adalah `kaum Umno' yang mengaku Islam. Jika Karpal Singh menentang hukum Islam hanya melalui kata-kata dan berlandaskan ilmu undang-undang beliau, tetapi Umno menghalang hukum ini lebih keras lagi iaitu dengan menggunakan kuasa yang mereka miliki. Kelantan adalah di antara mangsa kuasa Umno yang memerintah Pusat.
Persetankan Karpal Singh, persetankan Umno.  Teruskan berjuang./wfauzdin.blogspot.com

dollah yankee

dollah yankee


Didepan,jadi ketua untuk orang melayu.Dibelakang,jadi 'barua' untuk cina.

Posted: 22 Jul 2012 09:25 PM PDT

  1. Musa Sheikh Fadhir (Ketua umno Bhgn Bukit Mertajam)

Omar Fauzar (Ketua umno Bhgn Bukit Gelugor)

Kah..Kah..Kah.. 

Gambar yang di-bawah adalah seorang melayu jati, yang diatas pula bukan melayu tetapi telah mengaku melayu, tak apa lah it's ok walaupun dia teringin nak jadi melayu. Pokoknya kedua-dua mereka adalah Ketua gerombolan umno Bahagian.

Sejak dua minggu lepas gurkah-gurkah politik di'port' sudah dapat hidu cerita ini tetapi tak berani nak cakap-cakap. Takut beb! takut kena saman juta-juta. 

Tetapi kelmarin sudah heboh didalam circle orang-orang melayu di-seluruh Pulau Pinang bilamana lubang dan tembelang mereka berdua ini sudah pecah dimana mereka berdua ini walaupun menjadi ketua kepada orang-orang melayu tetapi rupa-rupanya dibelakang orang melayu mereka ini telah menjadi 'barua' cukong. 

Mereka ini jadi 'barua' cukong dengan mengambil bahagian sebagai 'broker' untuk membeli tanah milik orang melayu itu di Kampong Terang,Balik Pulau (Tempat Dr.Hilmi dengan Farid).

Gurkah-gurkah politik di'port' pula hanya menunggu masa yang sesuai saja nak gelak terguling-guling nak tengok Mat Ghani Jiman mogok dan demo di-depan mana-mana mesjid pada bila-bila hari jumaat dan maki cina-cina dan Guan Eng sebab Ghani 'kulit' ini akan mendakwa yang cina-cina ini dan Guan Eng khususnya sudah rampas tanah orang melayu, sudah hambat orang melayu keluar dari tanah itu dan sudah runtuhkan rumah-rumah orang melayu yang ada dalam tanah yang dijual itu.

Selepas beberapa bulan, cukung itu akan bina apartmen dan kondo mewah yang bernilai beratus-ratus ribu ringgit yang tak mampu dibeli olih orang melayu. Selepas itu, mereka berdua ini juga sekali lagi akan cari orang-orang yang bangang macam Mat Ghani Jiman itu untuk buat demo dan mendakwa Guan Eng dan exconya telah meminggirkan dan menghalau orang melayu.

Kah..Kah..Kah..

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah.. mereka ini jadi 'broker', lepas gasak duit, mereka akan jarum Ghani Jiman dan melayu-melayu lain yang bangang dan bodoh itu untuk berdemo dan bawa sepanduk sambil memaki Guan Eng!
Kah..Kah..Kah..

'Lord Muruga' pun marah pada MIC

Posted: 22 Jul 2012 07:40 AM PDT

Di Penang ini kelmarin ada satu pesta keagamaan hindu yang dinamakan 'Thimithi' atau 'fire walking' atau pun orang melayu Penang kata 'randok api'.

Telah diceritakan kepada gurkah-gurkah politik di'port' bagaimana perjalanan pesta itu kelmarin... 
beberapa kumpulan telah memulakan pesta berjalan diatas api itu dan telah berjaya melalui api itu tanpa sebarang masalah sehingga tiba lah kepada satu kumpulam yang terdiri daripada sembilan hingga sepuluh orang yang telah gagal melalui api itu kerana keseluruhan kaki mereka telah terbakar dan melecur dengan teruk sekali. 

Lalu mereka pun pergi berjumpa dengan sami yang menjaga kuil tempat pesta itu diadakan dan selepas sami itu merujuk kepada kitab suci agama mereka sami itu pun menggeleng-geleng kepala nya seraya berkata "kamu semua telah banyak melakukan kesalahan dan kesilapan, sebab itu tuhan tidak merestui dan tidak membenarkan kamu semua melalui ujian api itu". Kumpulan itu terus-terusan menafikan dan berkata mereka tidak pernah melakukan apa-apa juga perkara yang boleh buat tuhan atau lord muruga mereka marah. 
Sami itu terus berkata "ada..ada..anda mesti telah ada melakukannya tapi mungkin anda tidak sedar". 
Lalu sami itu bertanya kepada kumpulan itu "kamu semua dari parti mana?", mereka menjawab "kami semua dari parti BN/MIC". 

Sami itu membalas "memang patut pun tuhan lord muruga marah dan tidak mahu anda semua". 

Kah..Kah..Kah..

Moral dari cerita ini ialah tuhan kepada kaum india yang beragama hindu pun tidak suka kepada BN/MIC.

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah..

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Do political protests matter?

Posted: 22 Jul 2012 09:06 PM PDT

The number of people participating in demonstrations has increased in almost every corner of the world including Malaysia.

By Khoo Ying Hooi
These days, people are getting more and more acquainted of their political and social rights.
Protest movements are now a normal part of the political process. People have frequently participated in mass protests for two major reasons – firstly, to influence the policy-makers and secondly, to impact public opinion.
On the one hand, they put pressure on the political authorities for recognition as well as to get their demands met. On the other, they seek public support for their cause.
Changes in public opinion can help movements reach their goals by making decision-makers more responsive to their demands.
Read More / Baca Lagi >>

BETUL KE? UMNO tiada hubungan komunis ..!!!

Posted: 22 Jul 2012 09:05 PM PDT


KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menolak dakwaan kononnya UMNO mempunyai hubungan dengan pihak komunis.
Beliau berkata, UMNO dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis.
BETUL KE? UMNO tiada hubungan komunis"Apa buktinya? Dalam sejarah parti UMNO, parti ini anti Parti Komunis Malaya. Jangan buat cerita mengarut," katanya ketika diminta mengulas laporan portal media, Free Malaysia Today (FMT) yang mendakwa kononnya UMNO menjalinkan hubungan dengan pihak komunis.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-20 Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) di Seri Kembangan di sini.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan READY for GE-13 in Sept, but warn Najib may 'chicken-out' AGAIN

Posted: 22 Jul 2012 09:04 PM PDT


Pakatan Rakyat is ready to face a snap general election if embattled Prime Minister Najib Razak really decides to call for one in September, even though there are less than 2 months to go to the purported GE-13 date.
Pakatan READY for GE-13 in Sept, but warn Najib may 'chicken-out' AGAIN"PKR is OK with September as we were expecting it in July. But it remains to be seen if this is more shadow play between Najib and the Umno warlords or if it is concrete," PKR vice president and MP for Batu Tian Chua told Malaysia Chronicle.
According to legislation, only a 5-day campaigning period is needed. Hence if it is true Najib wants to hold the polls before September 16, which incidentally is Malaysia Day, then he can still hide his hand until early September before springing a 'surprise' on the Opposition and the public.
However, Tian points out that "normally, there is a minimum of 2 weeks between dissolution of Parliament and voting". Given Najib's record for indecisiveness, it looks like Malaysians as well as investors will have to remain stuck in a guessing of the Malaysian PM "will or won't" for a few weeks more.
"The procrastinating can only boomerang on Najib. It shows indecisiveness and cowardice. It is irritating to the people. They want to have it over and done with. If September proves to be another 'chicken-out' from him, it will only make Malaysians more unhappy with him," PAS MP for Shah Alam Khalid Samad told Malaysia Chronicle.
He wants to complete 5-year mandate but his 'warlords' want NOW!
Read More / Baca Lagi >>

PRU 13 : NGO rancang 'tangkapan awam' dalam pilihan raya

Posted: 22 Jul 2012 09:00 PM PDT

NGO pro-Pakatan Rakyat Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendedahkan, mereka merancang membuat tangkapan awam terhadap warganegara asing dan "agen tempatan" yang cuba mengundi secara tidak sah dalam pilihan raya umum akan datang.

"SAMM akan bersama sekutu anak muda untuk menyusun kekuatan yang cukup di seluruh negara untuk mengawal di kebanyakan 'hotspot' pusat pengundi terpilih di majoriti kawasan parlimen seluruh negara," kata NGO itu.

Menurut kenyataan kumpulan itu, membenarkan warga asing menentukan hala tuju negara pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan kerana seolah-olah membenarkan negara ini tergadai.

"Maka rakyat bersatu hati untuk menghalang campur tangan warga asing di hari pengundian dengan sekeras-keras tindakan," kata kenyataan itu lagi.

Resolusi diperoleh hasil rapat kebangsaan SAMM di Pulai Pinang pada 29 dan 30 Jun lalu.

Gapena : 'Patut ada pemantau bahasa bebas macam kami'

Posted: 22 Jul 2012 08:56 PM PDT

Marhaba Ramadhan - Syarat Wajib Berpuasa

Posted: 22 Jul 2012 08:55 PM PDT

Syria: Fighting rages in Damascus and Aleppo

Posted: 22 Jul 2012 08:54 PM PDT

'Tuduhan Umno bagai menghina artis'

Posted: 22 Jul 2012 06:46 PM PDT


Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menyifatkan tuduhan Umno bahawa Pas terdesak menggunakan artis untuk meraih sokongan muda sebagai penghinaan kepada golongan artis.

Beliau berkata, Umno menganggap artis sebagai orang yang boleh diperalatkan oleh parti politik sedangkan pendirian dan keyakinan seseorang itu tidak mudah diubah.

"Setiap orang mempunyai sikap dan pendirian mereka, begitu juga artis. Sokongan artis dan pegawai tinggi kerajaan terhadap Umno telah berubah kerana mereka melihat sendiri penyelewengan parti itu.

"Kita tidak pernah memaksa mereka. Mereka menilai dan memperakui pendirian parti sehingga membuatkan mereka mendapat keyakinan baru untuk menyertai parti ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Umno terdesak apabila melihat perkara baru dalam perjuangan Pas, sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataanseperti itu.

PRU13: Seminar Pas sasar input dasar negara kebajikan

Posted: 22 Jul 2012 06:42 PM PDT

SHAH ALAM - Sementara spekulasi menyebut Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan September ini, Pas menganjurkan Seminar Membangun Negara Berkebajikan pada 5 Ogos ini untuk membincangkan polisi dan cabaran bagi merealisasikan Tawaran Negara Berkebajikan Pas jika Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya.
Seminar anjuran Pusat Penyelidikan Pas (PPP) dilihat lanjutan kepada ucapan dasar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar parti itu Jun 2011 dan pelancaran buku Negara Kebajikan akhir tahun lalu.
Idea beliau itu telah dikecam oleh parti pesaingnya atas alasan Pas sudah berubah dasar perjuangan dan Barisan Nasional (BN) telah pun menitikberatkan soal dan aspek kebajikan dalam setiap dasar dan programnya.
Read More / Baca Lagi >>

Penganalisis akui kebangkitan anak muda moderat dalam politik

Posted: 22 Jul 2012 06:31 PM PDT



SHAH ALAM - Kebangkitan golongan muda dalam politik dilihat satu perubahan baik dan menjadi trend untuk memilih pemimpin-pemimpin bagi membawa perubahan secara menyeluruh dengan menerapkan politik baru yang lebih mencerminkan ciri-ciri Islam.
Penganalisis politik, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sanim dari Universiti Utara Malaysia melihat kebangkitan golangan muda moderat yang lebih Islamik menjadi satu trend kepada arena politik di Malaysia.
Dr Mohd Azizuddin Menurutnya, mengikut trend sekarang, golongan muda Melayu cenderung memilih dan membawa politik negara bersifat Islamik tanpa ada sebarang bentuk penindasan, korupsi dan sebagainya.
"Ya, betul golongan muda moderat telah bangun dan memilih pemimpin yang berbentuk Islamik untuk menjadi ketua negara seperti yang berlaku di negara-negara Arab.
"Kita nampak trend lebih bebentuk Islamik, dan pencetusnya juga golongan muda yang akan membawa perubahan besar dalam semua parti politik dan bukan hanya Pas sahaja," katanya kepada Sinar Harian Online.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 sejurus selepas cuti Aidilfitri?

Posted: 22 Jul 2012 06:28 PM PDT

G MANIMARAN
ANALISIS - Teka-teki bila kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nampaknya berlarutan. Pastinya ia tidak ada kesudahan selagi PRU13 dipanggil.
Seperti tulisan-tulisan sebelum ini, ramalan PRU13 berlarutan buat tahun ketiga.
Tidak silap saya, ramalan bahawa PRU13 akan diadakan "dalam waktu terdekat" sudah kedengaran ketika Ramadan 2010. Ketika itu ramai meramalkan Bajet 2011 adalah "bajet pilihan raya" dan PRU13 akan diadakan akhir 2010 ataupun awal 2011.
Ia ternyata meleset!
Ramalan yang sama muncul ketika Ramadan tahun lalu. Bulan Ramadan menjadi tumpuan banyak pihak. Ramai mengatakan bulan Ramadan juga menjadi sebahagian tempoh berkempen secara tidak langsung. Majlis dan program sepanjang Ramadan diatur sedemikian rupa seolah-olah menggambarkan PRU13 tidak lama lagi.
Sekali lagi ia meleset!
Read More / Baca Lagi >>

PRU 13 : BN, Pakatan sedang perhalusi senarai calon, ramai muka baru dalam senarai

Posted: 22 Jul 2012 06:23 PM PDT


KUALA LUMPUR, 23 Julai — Muka baru dijangkan akan mendominasi senarai calon pilihan raya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) kerana kedua-dua ingin mendapatkan undi 3 juta pengundi baru dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang yang dijadualkan paling cepat pada September ini, kata sumber. The Malaysian Insider difahamkan, BN sedang mengambil golongan profesional dari beberapa agensi seperti dari Pemandu sebagai langkah untuk mendapatkan kembali majoriti dua pertiga di parlimen dan negeri-negeri yang diambil oleh PR pada PRU 2008. Sementara parti-parti komponen dalam PR pula, telah menerima beratus Cv dari mereka yang merasakan boleh menjadi wakil rakyat.
"Datuk Seri Najib Razak  menyemak senarai calon beberapa kali.
"Setiap kerusi sekurang-kurangnya terdapat empat nama dan dia mahukan yang terbaik dan boleh menang," kata seorang sumber kepada The Malaysian Insider dengan menggunakan istilah 'calon boleh menang' yang dipopularkan oleh perdana menteri (PM).
Najib yang mempengerusikan 13 parti dalam BN telah memberitahu parti komponen tentang pembahagian kerusi sekarang akan berdasarkan calon boleh menang berbeza dengan formula sebelum ini yang menyaksikan MCA, MIC dan Gerakan kalah teruk dalam PRU 2008.
Read More / Baca Lagi >>

Malays are not stupid

Posted: 22 Jul 2012 06:22 PM PDT

The moment Malays think that giving their votes to Pakatan is a vote towards Chinese political power, there will be a mass defection to Umno.
I no longer see PKR as the weakest link within the Pakatan Rakyat coalition. PAS has been PAS all along and its interest lies more in what is to come in the after-life than what is done here on this earth.
But what concerns me is DAP. Everything DAP does is too contrived, too slick and too rehearsed to be kosher.
I worry that there maybe truth in the adage that the Chinese, who already have economic power in Malaysia, now also wants political power.
Am I talking as a Malay? For sure I am!
The fact is, the Malays are now being asked to forgo political power but in return for what? Well, it cannot be to give political power to DAP?
And if you ask me by DAP, do I mean the Chinese? For sure it I do. And let not any of you use the "racism" argument to "hantam" me! I am far from the maddening crowd.
I have been away from Kuala Lumpur long enough to not be anything else but a Malaysian.
And as a Malaysian I am troubled by the increasing chauvinistic slant given to all the chatter coming from DAP just as I am troubled by the Ketuanan Melayu chatter coming from Umno.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan Negeri Harus Ambil Tindakan Isu LRT Subang Alam

Posted: 22 Jul 2012 06:18 PM PDT

SHAH ALAM 22 JULAI : Keselamatan penduduk Taman Subang Alam, Seksyen 27, dikuatiri semakin terancam apabila pembinaan jajaran stesen transit aliran ringan (LRT) dilakukan atas tapak berdekatan tasik bekas kuari.
Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafie berkata perkara itu perlu di selesaikan secara tuntas dan bersepadu oleh Kerajaan Negeri bagi menjaga keselamatan penduduk dan mengelak dari bencana.
Shuhaimi menambah sekiranya pembinaan itu dilaksanakan tiga buah rumah akan dipindahkan dan lima buah rumah akan berada dalam keadaan yang terlalu hampir dengan jajaran LRT itu.
Read More / Baca Lagi >>

JI: Jangan sampai rakyat sangsi integriti polis

Posted: 22 Jul 2012 06:00 PM PDT

Mohd Azmi Abdul Hamid,
Teras Pengupayaan Melayu (Teras) sangat kesal berulangnya lagi taktik kotor kerajaan yang memerintah untuk berhadapan pembangkang dan musuh politik bila menggunakan isu komunis dan JI menyerapi parti pembangkang.


Pengumuman transformasi politik oleh Perdana Menteri nampaknya hanya gimik dan sandiwara politik yang sangat memualkan.


Sebagai NGO, kami memerhatikan kerajaan yang memerintah kini mengambil langkah desperado untuk meyakinkan rakyat agar menolak pembangkang sebagai taktik usang dan sangat menghina minda rakyat.


Teras mempersoalkan kenapa polis bertindak tidak professional dengan membuat pengumuman yang kabur dan boleh menimbulkan kekeliruan malah mencetuskan  ketegangan awam. Pengumuman tanpa fakta dan boleh  membawa kepada implikasi undang-undang serta hak dari segi Perlembagaan Persekutuan tidak seharusnya dikeluarkan oleh sebuah institusi seperti pihak polis.


Read More / Baca Lagi >>

Arab nations urge Assad to give up power

Posted: 22 Jul 2012 05:29 PM PDT

Residents want errant developer to stop work

Posted: 22 Jul 2012 03:33 PM PDT

Syria: Army Storms Damascus

Posted: 22 Jul 2012 03:23 PM PDT

Army Storms Damascus' Barzeh as Rebels Say Battle to 'Liberate' Aleppo Has Begun

W460
Feared forces headed by President Bashar Assad's brother used helicopters Sunday in a new offensive against rebels in Damascus, as clashes also raged in Syria's second city Aleppo, activists said.
The Fourth Brigade headed by Maher Assad was leading the assault in the Damascus neighborhood of Barzeh, triggering an exodus of residents, said the Syrian Observatory for Human Rights.
Activists on the ground also reported heavy fire at Barzeh, in the northeast of the capital.
"Dozens of tanks are besieging scores of wounded people. A medical team could not reach (the area) because of the presence of military and security forces," the Observatory said, warning that lives were at risk if the siege continued.
Read More / Baca Lagi >>

Umno - Komunis China, Zahid ini 10 Gambar Bukti

Posted: 22 Jul 2012 03:19 PM PDT

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam menolak dakwaan kononnya Umno mempunyai hubungan dengan pihak komunis.

Beliau berkata Umno dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis.

"Apa buktinya? Dalam sejarah parti Umno, parti ini anti Parti Komunis Malaya. Jangan buat cerita mengarut," katanya ketika diminta mengulas laporan portal media, Free Malaysia Today (FMT).

Ini Buktinya.

Umno Zaman Dulu.





Umno Zaman Najib.

Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan Zalim : Damsyik dihujani bedilan tentera Bashar

Posted: 22 Jul 2012 03:13 PM PDT

Imej rakaman YouTube dikeluarkan oleh saluran Shaam News Network kelmarin, menunjukkan letupan dipercayai berlaku di kawasan penempatan Jouret al-Shayyah, di bandar Homs, tengah Syria. - AFP 
 
BEIRUT 22 Julai - Pertempuran antara tentera kerajaan Syria dengan pemberontak semakin sengit apabila tentera yang setia dengan Presiden, Bashar al-Assad menyerbu lebih tiga daerah di Damsyik ketika pertempuran berlaku di beberapa kawasan perumahan di bandar terbesar Syria, Aleppo hari ini.
Badan Pemantau Hak Asasi Syria berkata, tentera kerajaan pimpinan Assad menyerbu daerah Barzeh dengan kereta kebal selain penembak tepat ditempatkan di atas bumbung bangunan.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin Islam : Mursi Melangkah Ke Kampung Halaman Diawal Ramadhan

Posted: 22 Jul 2012 03:05 PM PDT



Kota Zagazig terdapat sebuah masjid yang besar nan indah bernama "Masjid Fath", ia menjadi masjid pertama yang di ziarahi dan ditunaikan di dalamnya solat jum'at pada Ramadhan 1433 H oleh seorang presiden yang juga berasal dari kota ini. Awal puasa di Mesir jatuh pada hari Jum'at, 20 Julai 2012 dan di awal puasa ini pun presiden Mesir yang baru memiliki banyak agenda diantaranya ziarah ke tempat kediamannya di wilayah Sharqeya.

Mengetahui presiden akan datang dan menunaikan solat jum'at di masjid kebanggaan orang-orang zagazig, maka tak hairan pagi jum'at mulai pukul 9 hingga tiba waktu solat jum'at, masyarakat ramai berbondong-bondong menuju masjid megah ini untuk menunaikan solat jum'at sekaligus ingin melihat secara langsung sosok presiden yang lahir di desa Al Idwah, Zagazig.
Read More / Baca Lagi >>

Tanah Felda Plantation

Posted: 22 Jul 2012 03:01 PM PDT


Oleh Mazlan Aliman

SAYA menyarankan kepada rakan Fb dan teman2 agar membaca hansard Parlimen bertarikh 27 April 1960. Ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tun Abd Razak ketika membentangkan Rang Undang2 Akta Group Settlement Act 1960.


Perlu difahami, tanah adalah tertakluk haknya di bawah Kerajaan Negeri. Di bawah Akta GSA, Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk mewartakan dua kawasan penempatan iaitu:-

a. Kawasan Petempatan Luar Bandar- Rural Settlement Areas(seksyen 5)
b. Kawasan Petempatan Bandar- Urban Settlement Areas(seksyen 6)

GSA adalah merupakan satu instrumen undang2 utk, memberikan kuasa kepada Kerajaan Negeri bagi mewartakan satu Rancangan Berkelompok, dan mencari peserta yg bernama peneroka untuk membangunkan tanah2 dlm Rancangan Berkelompok tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Syria : Badan menggigil dengar tembakan

Posted: 22 Jul 2012 02:55 PM PDT

petugas Persatuan Pelajar Malaysia Syria, Aman Akil dan Syahidan Abu Hanifah (kanan) mengemaskan barang-barang untuk pulang ke Malaysia di pejabat persatuan itu dekat Mujtahid, Damsyik semalam. - Gambar ihsan Muhammad Nadir Al-Nuri


KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Malaysia yang baru pulang ke Syria setelah bercuti di Istanbul, Turki menceritakan saat cemas untuk kembali ke Damsyik yang merupakan ibu kota Syria apabila helikopter tentera berlegar-legar di udara sambil melepaskan tembakan bertalu-talu.
Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, 25, berkata pada mulanya, dia menaiki bas dari bandar Aleppo menuju ke Damsyik.
Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di Jisir Baghdad, pihak tentera menahan kumpulannya dan tidak membenarkan mereka meneruskan perjalanan.
Read More / Baca Lagi >>

Tanah Air ku : "Si cilik sara keluarga"

Posted: 22 Jul 2012 02:53 PM PDT

Si cilik sara keluarga

RINGAN BEBAN...Noraini bersama anak-anaknya selepas balik dari menjual makanan. 
 
JOHOR BAHRU: Tiga beradik berusia lapan hingga 11 tahun terpaksa ponteng sekolah kerana keletihan menjual nasi lemak untuk menampung keluarga manakala kakak sulung mereka sudah berhenti sekolah disebabkan malu diejek rakan berikutan gagal menjelaskan yuran sekolah.
Itu pengorbanan dan masalah yang membelenggu empat beradik terbabit dan ibu mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Noraini, 35, amat kecewa kerana anak-anaknya itu tidak dapat meneruskan pelajaran seperti rakan lain, sedangkan mereka ada potensi untuk maju.
"Pengorbanan empat anak saya begitu besar nilainya dan tiada tandingan, malah kerana bersusah-payah membantu saya meneruskan kehidupan seharian dengan menjual makanan setiap hari tanpa mengira panas atau hujan.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan Zalim : Tentera Bashar bertempur di Damsyik

Posted: 22 Jul 2012 02:51 PM PDT


AFP
SEBUAH bangunan musnah akibat serangan tentera Bashar di pinggir Damsyik.


AMMAN - Para pemberontak bertempur dengan tentera Presiden Syria, Bashar Al-Assad (gambar) dekat sebuah ibu pejabat agensi perisikan di bandar Aleppo, utara negara itu semalam.
Menurut saksi-saksi, beberapa buah helikopter membedil beberapa daerah di Damsyik dalam usaha untuk mengusir para pemberontak.
Pertempuran berlaku di beberapa bahagian lain di Aleppo yang merupakan hab perdagangan dan industri.
"Bunyi letupan kedengaran dari beberapa tempat yang berbeza sehingga menggegarkan bandar raya itu.
Read More / Baca Lagi >>