Isnin, 16 Julai 2012

bumiperak

bumiperak


Ribuan manusia di wacana Ostad Kazim di Seri Manjung.

Posted: 16 Jul 2012 02:26 AM PDT


Dalam Dewan Merdeka Manjung... banyak kerusi dari orang
Hanya kerusi menonton
Terima Kasih buat Media Perak tolong ambik gambar....

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SATU, DUA DUBUR BELUM CUKUP UNTUK SELAMATKAN NYAWA UMPORNO

Posted: 16 Jul 2012 08:30 PM PDT



Oleh:  WFAUZDIN NS

JEMU lagi menjijikkan.  Itu sahaja ungkapan yang boleh dibuat terhadap berita terbaru kononnya ada 'seekor lembu' telah membuat laporan dirinya diliwat oleh DS Anwar Ibrahim.  Berita ini seperti biasa disensasikan oleh Blogger lucah tajaan Umporno yang sejak dari mula Blog beliau wujud tidak pernah ada cerita yang tidak lucah.

Kisah Liwat 1 dan liwat II ternyata gagal malahan menjadi bahan tertawa rakyat kebanyakan.  Liwat 1 ditertawakan dengan kisah liwat berlaku di dalam kondo yang masih belum siap, ertikata liwat terjadi di hadapan para pekerja kontrak Indon.  Liwat 1 juga menjadi bahan jenaka dengan kisah si Pengadi sendiri Azizan yang berulangkali mengaku di dalam mahkamah bahawa cerita beliau diliwat ini diberitahu oleh Musa Hassan.  Ertinya, jika Musa Hassan tidak memberitahu Azizan, sahih Azizan tidak tahu bahawa beliau telah diliwat.  Dan, banyak lagi kisah lucu di dalam episod ini termasuk kisah tilam diusung keluar masuk mahkamah di mana akhirnya bukti yang ada pada tilam tersebut dibuang ke dalam tong sampah sahaja, tidak diguna pakai di dalam mahkamah.

Kisah Liwat II juga tidak kurang menyajikan kisah lucu.  Bagaimana tidak dikatakan lucu, jika si Sepol mendakwa ianya di`rogol' oleh seorang tua yang sakit pinggang tanpa anak muda ini melawan?  Lebih lucu lagi, selepas diliwat anak muda ini minum kopi dan memakan karipap bersama-sama si`perogol'nya?  Lucu tetapi berfakta iaitu dubur si Sepol tiada kesan kemasukan walaupun dikatakan dipaksa.  Dikatakan pelincir digunakan yang mana pelincir ini telah disediakan oleh si`mangsa' sendiri.  Lucu juga bila mendengar keterangan si Sepol bahawa beliau `bersedia' dengan tuala dan berwangi-wangian untuk di`rogol'.

Pertuduhan di dalam kes Liwat II adalah pertuduhan melakukan liwat secara sukarela, tetapi di dalam keterangannya si Sepol mendakwa dipaksa.  Selama dua hari si Sepol tidak mencuci duburnya untuk menyimpan bukti, ertinya sewaktu beliau 'memohon biasiswa' di Pejabat Najib, beliau hadir dengan dubur tidak dicuci.  Begitu juga, keistimewaan beliau boleh hadir ke rumah Najib untuk menceritakan dirinya telah diliwat di dalam keadaan duburnya tidak berbasuh.  Lebih kelakar, beliau solat Jumaat pun dengan keadaan dubur tidak dicuci sedangkan beliau mengaku beliau seorang Muslim yang baik.  Bagaimana seorang Muslim yang baik seluar dalamnya ditemui di rumah `tunang'nya?

Banyak lagi peristiwa yang melucukan di dalam kedua-dua episod liwat hasil terbitan Umporno ini.  Belum lagi diceritakan tentang terdapat lebih dari satu DNA pada punggung si Sepol.  Berapa ramai yang `mengerjakan' si Sepol?  Semua ini sudah cukup untuk memecahkan perut kita ketawa.

Kini, dikatakan ada episod baru pula tapi tetap dengan cerita liwat juga.  Maklumlah, Umporno dengan lucah dan seks tidak boleh dipisahkan.  Kita akan lihat nanti bagaimana pula jalan cerita yang terbaru ini. Begitulah keadaannya, nazak sungguh Umporno untuk hidup.  Hayat Umporno yang selama ini bergantung kepada dubur Azizan dan Sepol nampaknya belum mencukupi.  Satu lagi dubur diperlukan untuk meneruskan hayat Umporno.  Jangan pelik nanti jika dubur Bik Mama pun akan mereka pertaruhkan untuk menjamin jangka hayat Umporno./wfauzdin.blogspot.com 

PARLIMEN INDERA MAHKOTA - TEKAAN AKHBAR SINAR SILAP BELAKA

Posted: 16 Jul 2012 09:49 AM PDT

Aku terbaca akhbar Sinar hari ini berkaitan dengan siapa yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Indera Mahkota Kuantan.  Sudah dua hari berturut-turut Sinar fokus isu ini, maka sudah tentunya kerusi tersebut sedikit menjadi panas.
Untuk makluman, kerusi Parlimen Indera Mahkota sekarang disandang oleh YB Azan Ismail yang kini menjadi Pengerusi PKR Terengganu.  Berkenaan YB Azan ini aku dah ulas sedikit di dalam tulisan aku sebelum ini.  Sinar menyebut ada dua calon dari PKR yang mungkin akan terpilih di kerusi yang Umno sendiri pun bekerja kuat untuk merampasnya. 
Dua calon yang disebut oleh Sinar itu berkemungkinan adalah YB Azan yang akan dikekalkan bertanding di situ, dan satu lagi adalah calon muda iaitu Sdr Lee Chean Chung yang sekarang ini menjawat jawatan Timbalan Ketua Cabang Indera Mahkota.

YB Azan, MP Indera Mahkota - Tak mungkin terpilih lagi?
Aku pun merisik dari orang-orang kuat PKR di Pahang.  Khabarnya, kedua-dua tokoh yang disebut oleh Sinar itu tidak tepat langsung.  Kedua-duanya bukan calon yang bakal terpilih untuk bertanding di kerusi yang berada di kawasan bandar Kuantan tersebut.  Dipercayai YB Azan tetap akan bertanding, begitu juga Lee Chean Chung, tetapi tempat mereka bukan di Indera Mahkota.  YB Azan walaupun telah dipilih oleh pengundi-pengundi sebagai Wakil Rakyat di situ pada PRU tahun 2008, tetapi pilihan pengundi untuk tahun ini atau tahun hadapan bukan beliau.  Sikap YB Azan banyak merosakkan harapan para pengundi di kawasan Parlimen yang diwakilinya.

Sdr Lee Chean Chung, Timbalan Ketua Cabang Indera Mahkota - Belum masa untuk ke Parlimen...
YB Azan pada hakikatnya gagal sebagai MP Indera Mahkota, dan beliau juga gagal sebagai Pengerusi PKR Terengganu.  PKR Terengganu bukan sahaja tidak mesra dengan PAS Terengganu tetapi sesama mereka juga berbalah.  Sdr Rafizi mungkin lebih arif tentang hal ini.  Sikap YB Azan yang selalu ego menyebabkan semua rundingan dengan PAS Terengganu di dalam pengagihan kerusi di Terengganu telah gagal.  Di Indera Mahkota pula, cuba kira berapa kali YB Azan balik untuk menyumbangkan bakti atau bertemu rakyat di kawasan tersebut, kata rakan aku yang menetap di Indera Mahkota.

Dato' Fauzi, Pengerusi PKR Pahang - Letak sahaja di mana, harapan cerah untuk menang
Lee Chean Chung pula, bukan tidak layak bertanding di Indera Mahkota.  Pertamanya, beliau masih muda untuk terlalu pantas berada di Parlimen.  Keduanya, isu yang harus dibawa oleh anak muda ini adalah isu Lynas di Gebeng, dan tempat paling sesuai untuk anak muda ini untuk membawa isu Lynas tersebut adalah di Dun Negeri Pahang.  Ertinya, Lee Chean Chung wajib berada di Dun Pahang, bukan Parlimen.  Isu Lynas di Parlimen, serahkan saja kepada YB Fuziah yang mewakili Parlimen Kuantan sekarang.  Ketiga, faktor masyarakat di Indera Mahkota lebih serasi calon dari PKR berbangsa Melayu kerana Indera Mahkota mempunyai tradisi sejak dulu wakil mereka adalah berbangsa Melayu.  Mungkin faktor perkauman tidak lagi releven buat masa ini tetapi percaturan mestilah tepat dan kena gayanya.  
Jadi, siapakah calon di Parlimen Indera Mahkota?  Apa yang pasti jawapannya bukan YB Azan dan bukan Lee Chean Chung.  Lee Chean Chung boleh bekerja terus di Dun Semambu, dan di situ peluang beliau teramat baik.  Di mana pula mahu diletakkan YB Azan?  YB Azan mungkin akan terus bertanding tetapi meletakkan beliau di bumi Pahang ini seolah-olah mahu menempa kekalahan buat PR.
Ada yang bertanya, adakah kerusi Parlimen Indera Mahkota bakal ditandingi oleh calon 'payung terjun'?  Jawapannya mustahil kerana difahamkan Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi amat anti dengan calon 'payung terjun' ini.  Apakah Dato' Fauzi akan dipertaruhkan untuk bertanding di Parlimen Indera Mahkota?  Tidak mustahil walaupun ada yang menyebut bahawa beliau turut diminta bertanding di Dun Teruntum.  
Bagaimana pula jika Sdr Zakaria Abd Hamid, seorang tokoh dari MPP yang juga bekas Pengerusi PKR Pahang diletakkan di Indera Mahkota?  Ramai yang menyebut jika mahu letakkan Sdr Zakaria, lebih baik letakkan saja YB Azan di situ.  
Aku jangkakan di Parlimen Indera Mahkota atau Dun Semambu mahu pun Teruntum, jika silap letak calon, maka akan muncul calon Bebas yang akan mengambil kesempatan.  Calon Bebas ini akan bertanding di Parlimen Indera Mahkota jika calon kaum Cina bertanding mewakili PKR di situ.  Begitu juga di Dun Teruntum atau Dun Semambu, jika calon dari PKR adalah dari kaum Cina, calon Bebas berbangsa Melayu ini akan muncul untuk mencuba nasib.  Ertinya, Di antara Parlimen Indera Mahkota, Dun Semambu mahu pun Dun Teruntum, salah satunya atau lebih pasti akan berhadapan dengan calon Bebas berbangsa Melayu.
Bolehkah PKR menang di ketiga-tiga kawasan tersebut.  Aku yakin boleh menang asalkan pengundi-pengundi mempunyai pendirian mengutamakan parti dari faktor perkauman.  Apa yang pasti, Umno/Bn pasti tumbang di ketiga-tiga kawasan tersebut, InsyaAllah./budakmental.blogspot

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


262 Pemuda Umno BACHOK sertai PAS

Posted: 16 Jul 2012 10:41 PM PDT

262 pemuda Umno Bachok sertai PAS
BACHOK- Tindakan nekad pemuda Umno menyertai PAS secara beramai-ramai telah memberi kekuatan baru kepada kebangkitan PAS di Bachok.
Majlis ceramah di Kampung Cherang, Kuchelong malam tadi yang dihadiri Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudi menerima borang keahlian daripada seramai 262 orang yang terdiri daripada pemuda-pemuda Umno yang diketuai Che Azmi Che Ibrahim.
Che Azmi dalam ucapannya menyatakan bahawa sebab mereka bertindak meninggalkan Umno yang telah berpuluh tahun sebagai ahli telah melihat kepincangan dan penyelewengan pemimpin Umno dan BN yang mementingkan peribadi masing-masing bukan untuk membela kebajikan rakyat.
Majlis ceramah juga diserikan dengan kehadiran Ketua Srikandi PKR, Siti Aisyah Sheikh Ismail yang membuat beberapa pendedahan terbaru yang hangat diperkatakan termasuk kes Scorpene.
Beliau turut mengulangi desakan supaya Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin disiasat secara telus dan adil terhadap beberapa penyelewengan yang didedahkan sebelum ini.
Turut hadir ialah kepimpinan PAS kawasan iaitu Yang Dipertua, Datuk Omar Mohamed, Ustaz Hassan Mahmud (timbalan) dan Abdul Aziz Kadir (naib).
Ketua Pemuda PAS Bachok, Ahmad Marzuk Shaary ketika dihubungi mengulas perkara itu melahirkan kesyukuran.
"Saya mengucapkan syukur Alhamdulillah dengan kejayaan program ceramah pemuda Umno masuk PAS ini dan selepas ini kita akan adakan lagi program penyerahan borang seperti ini dari masa ke semasa, kerana ramai lagi yang jumpa dengan saya kalangan pemuda Umno yang menyatakan hasrat menyertai PAS," katanya
Apabila ditanya apa reaksi pemuda PAS terhadap gelombang kesedaran dalam kalangan pemuda, beliau berkata pihaknya memandang positif.
"Kita memandang positif tentang perkara ini dan menyeru kepada semua para pemuda khususnya, untuk bersama-sama dengan PAS dan PR bagi melangkah bersama membentuk sebuah kerajaan baru di Putrajaya.
"Ini juga petanda yang kita insya Allah boleh kekalkan kemenangan di ketiga-tiga Dun dan juga boleh pertahankan kemenangan PAS di Parlimen Bachok," tegasnya.
-Harakahdaily

Fitnah Liwat 3 terhadap DSAI : Orang dah bosan .. buat la skrip lain

Posted: 16 Jul 2012 05:34 PM PDT

Dakwaan liwat: Sudah naik bosan, antara reaksi pembaca
WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Julai 2012
Anwar_Ibrahim
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM - Orang ramai khususnya pembaca laporan atas talian melihat perkembangan terbaru susulan laporan blog pro-Umno, menyentuh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari perspektif yang berbeza dengan pengikut Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) masing-masing memperlihatkan pendirian sendiri – ada yang menerima dan ada yang mengecam teruk.


Ada yang menganggap perkembangan terbaru, yang didedahkan lewat malam tadi sebagai satu lagi konspirasi BN khususnya Umno dalam mengekang pergerakan politik Anwar.


Sebaliknya, pengikut BN melahirkan pendirian sebaliknya.


K-run Ariffin, antara pembaca yang awal memberi reaksi sebaik sahaja Sinar Harian Online membawa laporan ini awal pagi tadi berkata, "buh laa liwat berapa kali punn...orang tidak percaya kat Umno/BN dahhh."


Aman Hakim pula menasihatkan pihak yang hendak menghasilkan konspirasi agar menggunakan cara atau pendekatan lain atau yang inovatif, bukannya mengulangi taktik yang sama.


Dia dilihat merujuk kepada kes liwat pertama dan kedua melibatkan Anwar. Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal tahun ini.


"Cubalah buat filem lain pulak... DSAI ada 'imune spiderman' ke, DSAI boleh jadi 'vampire' macam Edward Cullen ke, DSAI the movie versi 3D ke... ini skrip yag sama je.. naik bosan dah. Makin merepek… mana la nak box office gini."


Bagaimanapun pembaca bernama Muhammad Zulhairi Fetani berkata, "walau apa pun yang terjadi, si bebal dan si lembab akan tetap beriman dengan kesucian Anwar Ibrahim."


Pembaca bernama Bob mengambil sikap berkecuali sambil berkata, "ketawakan saja dengan negara Malaysia ini."


Dengan nada sindir, pembaca bernama Fzymeli Md Isa menulis, "kalau buat skrip DSAI jadi Ultraman kan bagus, tak pun kalau meluat sangat kat dia buat skrip jadi hantu mak limah."


Mungkar Nakir pula berkata, "menyampah politik tak sihat dah hilang akal mampus."


Suhaimi Idris menganggap "apa saja datang daripada papabongok adalah "bongok" sebagaimana keadaannya."


Seorang lagi pembaca, Othman Mohd tidak dapat menerima laporan terbaru ini.


Dia berkata, "tak ada orang nak caya (percaya) dohhh puak Umno niiii.. p aih cherohh duk bohonh gitu laa... ingat Tuhan tu maha kaya... Umno pasti berkuburrrr...insya-ALLAH."


Muhd Nurikhwan Abdullah menulis, "abaikan saja berita macam ini. Tidak tau lagi kebenarannya... benar atau bohong kita tidak layak nak jadi hakim... sila abaikan sahaja khabar angin ini. Bulan Ramadan nak tiba."


Rafka Danial berpendapat bahawa "buat la apa-apa pun kat individu bernama Anwar..., yang pasti rejim BN mesti dihapuskan di muka bumi Malaysia."


Seterik Farick mengambil pendirian berkecuali dengan berkata, "betul atau tidak mahkamah akan tentukan. Yang untungnya BN sebab ketua pembangkang itu akan terus terikat di pintu mahkamah. Kuranglah masanya nak berkempen."



Liwat: Blog pro-Umno dakwa pelajar buat laporan, orang Anwar kata 'konspirasi III'

SHAH ALAM – Kira-kira 10 hari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan penghakiman bertulis membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kes liwat, sebuah blog yang pro-Umno mendakwa satu laporan polis telah dibuat kononnya beliau meliwat seorang penuntut institut pengajian tinggi utara Semenanjung.
Sementara blog itu membawa laporan ini sejam sebelum tengah malam tadi, penyokong dan pegawai-pegawai Anwar dari PKR melihat ia sebagai konspirasi terbaru dan usaha terdesak pihak Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk terus menyerang Anwar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Mesej mengecam laporan itu turut dibuat menerusi Twitter dan Facebook.
Anwar telah dibebaskan daripada kes meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan awal Januari lalu. Susulan penghakiman bertulis itu, Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan dengan mengetengahkan sembilan alasan pada minggu lalu.
Saiful membuat laporan polis dia diliwat akhir Jun 2008.
Blog Papagomo menulis, dia mendapat maklumat ada satu laporan polis telah dibuat petang semalam terhadap Anwar, yang juga Ketua Umum PR dan PKR.
"Gomo baru mendapat maklumat bahawa petang tadi (semalam) ada laporan polis telah dibuat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh seorang mahasiswa dari utara yang menyatakan beliau telah diliwat oleh pemimpin PKR pada malam sebelumnya (kelmarin)," kata pemblog itu.
Bagaimanapun entri blog empat para itu berkata, dia tidak pasti sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya.
"Tidak diketahui sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya, namun yang pasti semua kedutaan dalam Malaysia diminta untuk tidak melindungi Anwar jika beliau bertindak menyembunyikan diri sepertimana kes liwat yang terdahulu," katanya dilihat merujuk kepada perkembangan ketika kes liwat kedua pada 2008.
Anwar ketika itu mendapatkan perlindungan di Kedutaan Turki atas alasan keselamatannya terancam.
Blog itu sebelum ini pernah menyiarkan beberapa klip rakaman menyentuh Anwar sejak awal tahun lalu.
Laporan blog itu turut membawa gambar dua lelaki berada dalam sebuah kereta polis, salah seorang dipercayai penuntut yang membuat aduan polis.
Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menerusi mesej Twitter menyifatkan perkembangan terbaru ini sebagai "sampah."
"Ada juga dengar-dengar tapi sampahlah bro (saudara)," kata beliau membalas mesej dua pengikutnya awal pagi ini.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, pesaing politik Anwar menggunakan modus operadi yang sama iaitu satu laporan polis dibuat dan ia akan disusuli dengan siasatan polis sebagaimana disaksikan dalam kes-kes sebelum ini.
Perkembangan terbaru ini jika benar dilihat akan mengganggu tumpuan Anwar, yang baru-baru ini berkata akan bersara jika gagal dalam misi menawan Putrajaya pada PRU13, mengemudi PR menghadapi pilihan raya umum.
"Malah, ia juga sama sebagaimana kita saksikan dalam video yang ditontonkan oleh Datuk K (kepada media awal 2011) untuk menjejaskan imej Datuk Seri Anwar. Malah ,ia muncul beberapa hari selepas Peguam Negara membuat rayuan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah pun dibebaskan.
"Perkara (laporan) ini tidak mengejutkan kami sebab skrip adalah sama dan digunakan oleh musuh-musuh kami untuk pilihan raya umum," kata Shamsul Iskandar, yang juga seorang peguam.
Beliau menambah, ia akan membawa kesan buruk ke atas BN khususnya Umno selepas beberapa usaha mereka sebelum ini untuk memburukkan imej Anwar ternyata telah gagal.
—Sinar Harian Oline

PANAS TERKINI : Fitnah Liwat 3 DSAI sudah bermula

Posted: 16 Jul 2012 07:24 AM PDT

Himpunan Hijau Menuju Putrajaya: “BN dah sakit”

Posted: 16 Jul 2012 06:21 AM PDT

Himpunan Hijau Menuju Putrajaya:
KUALA SELANGOR- Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mana parti memerintah melaga-lagakan kaum dan agama untuk terus berkuasa, kata Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok.
Berucap di hadapan puluhan ribu rakyat semasa Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Kuala Selangor malam tadi, beliau yang juga Ahli Parlimen Seputeh berkata, pembohongan dan fitnah yang melaga-lagakan kaum secara berterusan ke atas pimpinan Pakatan Rakyat mencerminkan betapa BN sedang 'sakit'.
Beliau yang juga Exco Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian Selangor menceritakan bagaimana beliau sendiri difitnah berkenaan isu azan di Puchong sehingga disumbatkan ke dalam ISA.
"Saya dimasukkan ke dalam ISA dulu, kemudian baru polis siasat. Kemudian hasil siasatan menunjukkan bahawa saya tidak pernah pun pergi ke masjid tersebut dan tidak pernah bangkitka isu azan dan (Timbalan Pengarang Utusan Malaysia) Zaini Hassan memutarbelitkan cerita ini di Utusan," katanya.
Menurutnya, fitnah perkauman terhadap Pakatan Rakyat terus dilakukan hingga sekarang, termasuk mendakwa bahawa beliau (Teresa) mahu menjadi Menteri Besar Selangor manakala Lim Kit Siang mahu menjadi Perdana Menteri.
"Ini semua tidak benar sama sekali. Kita telah jelaskan sejak dahulu lagi bahawa orang Melayu merupakan majoriti di negeri ini dan kita akan terus menyokong kepimpinan yang berintegriti dan bersih," tambah beliau.
"Lawan gergasi yang lama berkuasa"
Turut memberi ucapan pada malam gilang-gemilang tersebut ialah Presiden Parti Keadilan Rakyat Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail yang menyatakann bahawa dakwaan UMNO yang mengatakan Pulau Pinang kini diambil oleh 'Cina' adalah melucukan.
"Dulu Koh Tsu Koon tu Melayu kah?" ujar beliau disambut tepukan dan sorakan hadirin.
"Kalau Melayu pun, apa yang kita mahukan ialah kepimpinan yang bersih dan berintegriti. Kalau kepimpinan Melayu pun rosak, tidak ada gunanya."
Mengakhiri ucapan beliau, Wan Azizah menyeru agar seluruh pejuang Pakatan Rakyat yang mendokong kebenaran dan keadilan agar terus istiqamah.
"Kita bukan lawan mereka yang lemah, tetapi kita melawan gergasi yang lama berkuasa."
DAP gadai tanah rizab Melayu?
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula meminta agar seluruh rakyat Malaysia menolak UMNO dalam pilihan raya akan datang kerana mereka telah banyak menggadaikan kepentingan rakyat dan negara.
"Siapakah yang telah menggadaikan dari 3 juta hektar tanah Melayu kepada hanya 1.7 juta hektar yang tinggal sekarang? Adakah DAP? Siapakah yang telah menghilangkan Bank Bumiputera, adakah DAP?"
Menurut beliau, kini pendedahan penyelewengan bukan sahaja dibuat oleh pimpinan oposisi seperti Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim, malah ia didedahkan oleh Jabatan Audit Negara sendiri.
"Dulu bila Lim Kit Siang dedahkan skandal Bank Bumiputera, mereka (UMNO) mengenakan dakwaan perkauman terhadap beliau seolah-olah ingin menjatuhkan kepentingan orang Melayu.
"Tapi kini, bila pegawai-pegawai audit yang terdiri dari orang Melayu sendiri yang mendedahkan penyelewengan kerajaan, mereka nak kata apa?" jelas beliau.
-Roketkini.com

Muhyiddin mahu singkirkan Najib seperti Pak Lah

Posted: 16 Jul 2012 03:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mendakwa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan Perdana Menteri apabila mahu Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) diadakan pada tahun ini juga.
Muhyiddin semalam dalam laporan media membayangkan tahun ini merupakan masa terbaik PRU13 dan tidak fikir ia akan berlarutan sehingga tahun depan.
"Sekarang sudah hendak masuk bulan puasa (Ramadan). Ada orang tanya apakah bulan puasa nak diadakan pilihan raya? Saya kata apa salahnya.
Bulan raya (Aidilfitri), apa salahnya. Selepas itu sambutan Hari Kebangsaan (31 Ogos), apa salahnya. Masuk September (sambutan) Hari
Malaysia. Bila dah sampai waktu, maka jadilah ia (pilihan raya)," katanya dipetik Bernama.
Mahfuz mendakwa, kenyataan Muhyiddin itu sangat bercanggah dengan hasrat Najib sebelum ini yang mahu menggunakan sepenuhnya mandat tempoh PRU sehingga April tahun depan supaya semua janji kepada rakyat dapat ditunaikan.
Katanya, sebagai orang kanan Muhyiddin sepatutnya mendukung hasrat Najib namun beliau dilihat sekali lagi mahu cuba menggunakan 'formula peralihan kuasa' yang sama semasa pengunduran mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2010.
Ulang seperti desak Pak Lah undur
"Nampaknya dia ulang apa yang dilakukannya pada tahun 2010 apabila mengeluarkan kenyataan mendesak Pak Lah undur lebih awal daripada tarikh yang dipersetujui Kabinet.
"Saya rasa TPM tak sabar nak jadi PM," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Naib Presiden PAS itu mendakwa Muhyiddin mempunyai perkiraan sendiri apabila menyedari BN tidak mungkin memperolehi kemenangan majoriti 2/3.
Katanya, jika perkara itu terjadi semasa PRU 13, Najib harus melakukan perkara yang sama seperti Abdullah iaitu melepaskan jawatannya.
"Dia (Muhyiddin) mengharapkan kalau BN nak menang pun jangan menang majoriti besar.
"Kalau menang majoriti dia tiada harapan…jadi biarlah kalah yang berbaloi," katanya.
Katanya, kenyataan Muhyiddin itu mungkin akan menumbulkan krisis dalam Umno selepas kedua-dua pemimpin tertinggi itu menimbulkan spekulasi tarikh PRU13 yang berbeza.


Read more: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/07/16/muhyiddin-mahu-singkirkan-najib-seperti-pak-lah/#ixzz20mVsnmCF

Syarat fidyah jika tinggalkan puasa

Posted: 16 Jul 2012 03:36 AM PDT

Ibadah niyabah wajib disempurnakan

Fidyah berkait rapat dengan ibadah puasa di mana ada beberapa sebab dalam puasa wajib yang jika ditinggalkan akan dikenakan fidyah iaitu meninggalkan puasa kerana tua atau lanjut usia, sakit kronik berpanjangan dan tiada harapan untuk sembuh. Wanita hamil dan yang menyusukan anak terpaksa meninggalkan puasa serta menangguhkan qada puasa sehingga tiba Ramadan berikutnya. 

Fidyah adalah satu bentuk ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum menyempurnakan ibadah yang tidak sempurna adalah wajib, maka justeru itu hukum fidyah adalah wajib seperti ditentukan syarak.
Fidyah adalah satu bentuk ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum menyempurnakan ibadah yang tidak sempurna adalah wajib, maka justeru itu hukum fidyah adalah wajib seperti ditentukan syarak. 


Firman Allah SWT bermaksud: "…Dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui." (Surah al-Baqarah, ayat 184).

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Barang siapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan yang belum diqadanya, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari ditinggalkan bagi pihaknya." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Terdapat beberapa keadaan di mana seseorang itu dikenakan fidyah apabila meninggalkan puasa atau sebaliknya: 



  • Seseorang yang meninggalkan puasa kerana bermusafir atau sakit, maka wajib ke atasnya mengqada' puasa sebelum datangnya Ramadan tahun berikutnya dan jika dilaksanakan dalam keadaan sedemikian maka tiada dikenakan fidyah.    ]




  • Seseorang yang menangguhkan qada puasanya sehingga tiba Ramadan berikutnya kerana cuai atau tidak mengambil berat, maka dia dikira berdosa dan diwajibkan membayar fidyah berserta qada puasa mengikut bilangan hari ditinggalkan.



  • Seseorang sakit berterusan hingga masuk Ramadan yang lain, dia wajib mengqada puasanya saja tanpa dikenakan fidyah.


  • Sekiranya seseorang itu mati sebelum berkemampuan atau berkesempatan mengqada puasanya bukan disebabkan cuai atau sebagainya, maka dia tidak berdosa dan tidak perlu meminta orang lain mengqada bagi pihaknya serta tidak diwajibkan membayar fidyah bagi puasa ditinggalkannya. 




  • Sesiapa yang mati selepas mampu mengqada puasanya, maka walinya (bapa, datuk atau ahli keluarganya) disunatkan mengqada hari-hari ditinggalkan bagi pihaknya. 

    Orang lain yang berpuasa bagi pihaknya adalah sah apabila mendapat keizinan salah seorang ahli keluarga terdekatnya. Jika dia berpuasa tanpa mendapat keizinan dan wasiat daripada si mati, maka puasa ganti itu tidak sah. 




  • Jika tiada seorang pun berpuasa bagi pihak si mati, maka hendaklah dikeluarkan satu cupak makanan bagi setiap hari ditinggalkannya. Makanan itu wajib dikeluarkan daripada harta pusaka ditinggalkannya, sama seperti hutang. Sekiranya dia tidak memiliki harta, maka orang lain boleh mengeluarkan bagi pihaknya dan terlepaslah dosanya.




  • Seseorang meninggalkan puasa kerana tua atau lanjut usia, sekiranya dengan berpuasa akan membawa kesulitan kepadanya, maka wajib membayar fidyah saja berdasarkan kesepakatan ulama. 




  • Seseorang yang tidak berkemampuan untuk berpuasa, sekiranya dia tidak berkemampuan juga untuk membayar fidyah maka tiada apa-apa dikenakan ke atasnya.




  • Seseorang yang mengalami sakit kronik berpanjangan dan tiada harapan untuk sembuh, maka wajib membayar fidyah dengan kesepakatan ulama, kerana puasa tidak lagi diwajibkan ke atasnya.




  • Wanita hamil dan wanita yang menyusukan anak, jika meninggalkan puasa kerana bimbangkan keselamatan anaknya, maka wajib membayar fidyah berserta dengan qada puasa mengikut jumhur ulama. 

    Sebaliknya, jika dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan keselamatan dirinya sendiri, maka dia boleh berbuka puasa dan diwajibkan qada' puasa saja tanpa perlu membayar fidyah.

    Menurut pandangan paling sahih dalam Mazhab Syafii, bayaran fidyah berganda dengan bergandanya tahun. Manakala menurut Mazhab Maliki dan Hanbali, bayaran fidyah tidak berganda mengikut tahun kerana ia dikira sekali gus saja. 

    Bayaran fidyah boleh ditunaikan sepanjang hidup. Namun, lebih baik mempercepatkan pembayarannya sekadar termampu dan seboleh-bolehnya ditunaikan dalam Ramadan kerana pahala pada bulan itu lebih banyak berbanding bulan lain.
     -  Penulis adalah Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)



  • SANTAI PETANG : [Video] Sarjan ni tak tahan tengok, dia pun nak juga ... hahaha xpa la MENARI UNTUK NEGARA

    Posted: 16 Jul 2012 12:34 AM PDT

    PROGRAM 1M4U DI KLCC AHAD [15072012]

    RAKYAT MARHAEN

    RAKYAT MARHAEN


    Kalau Saya Rakyat Malaysia Nescaya Saya Juga Ahli PAS, Kata Sheikh Ismail

    Posted: 16 Jul 2012 05:50 PM PDT


    KUALA SELANGOR, 17 JULAI: "Kalau saya rakyat Malaysia nescaya saya menjadi salah seorang ahli Parti PAS," demikian kata Masu'l Tarbiah Bahagian Hubungan Luar Parti Ikhwan Muslimin dari negara Mesir.
    Beliau berkata demikian dalam ucapannya dalam Perhimpunan Hijau menuju ke Putrajaya yang diadakan di Stadium Kuala Selangor malam tadi.
    Semangat kira-kira lebih 6,000 audien di stadium itu turut dibakar lagi dengan kata-kata semangat tokoh yang mula bangkit menentang pentadbiran kuku besi Hosni Mubarak sejak peringkat awal di Dataran Tahrir lagi.
    "Tiada seorang pun dari kami dapat menyangka bahawa kami dapat keluar dari kezaliman ini dan tiada siapa yang menyangka kami mampu untuk bangkit menghadapinya.
    Read More / Baca Lagi >>

    Apa punca Muhyiddin sampai takut Gelang Patah pun jatuh ke tangan PR?

    Posted: 16 Jul 2012 05:49 PM PDT


    Malaysiakini melaporkan:
    Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu BN Gelang Patah berusaha habis-habisan dalam mempertahankan kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang menurutnya akan berlangsung "tidak lama lagi."

    Timbalan perdana menteri merangkap timbalan pengerusi BN berkata kerusi Parlimen Gelang Patah perlu dipertahankan kerana ia menempatkan pusat pentadbiran kerajaan negeri Johor iaitu Nusajaya.

    "Saya meminta setiap anggota Umno bahagian Gelang Patah dan anggota komponen BN mempertahankan habis-habisan Parlimen Gelang Patah. Tidak ada masa untuk istirahat lagi, kita kena kerja keras 24 jam sehari untuk memastikan kemenangan (BN)," katanya hari ini. - Mkini.
    Read More / Baca Lagi >>

    Sambutan Hari Kebangsaan oleh Putrajaya adalah serangan mempersonakan dan merayu pengundi bandar, kata penganalisis

    Posted: 16 Jul 2012 05:48 PM PDT

    KUALA LUMPUR, 17 Julai – Pimpinan Barisan Nasional (BN) membuat percubaan untuk mempersonakan pengundi bandar dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang dengan menggunakan pelancaran Hari Kebangsaan di tiga tempat bersejarah bagi tiga kaum terbesar, di tengah kota kata beberapa orang penganalisis politik.
    Najib telah memilih Brickfields untuk menunjuk kepada komuniti India bahawa undi mereka adalah 'kritikal' kepada BN. — Gambar oleh Choo Choo May
    Pada pukul 8 malam nanti pada hari ini, perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai akan melancarkan bulan "Kibarkan Jalur Gemilang" di Brickfields, Kampung Baru dan Petaling Street menjelang sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan sambutan Hari Malaysia pada 16 September.Read More / Baca Lagi >>

    Dr M doing BN more harm than good

    Posted: 16 Jul 2012 05:44 PM PDT

    The former premier's comments on vernacular education has got the Indian and Chinese fuming.

    Dr Mahathir Mohamad's critical comments on the existence of Tamil and Chinese schools in this country has drawn an unprecedented tirade against him from the Tamil media, with many Indian leaders firing salvos at the former premier for his unacceptable stand.
    In a recent interview with Utusan Malaysia, Mahathir's comments suggested that vernacular schools should be abolished to have one single education system.
    Everyone was surprised because during his tenure of 22 years as the premier of this country no one remembered such remarks coming from him. Knowing the political dangers of making such statements as a prime minister, Mahathir never seriously ventured into the arena of vernacular school education during his days.
    Read More / Baca Lagi >>

    Air Percuma : Noh Omar Tabur Janji Kosong

    Posted: 16 Jul 2012 05:43 PM PDT


    SHAH ALAM, 17 JUL : Datuk Seri Noh Omar sekadar menabur gula-gula politik bagi mengaburi mata rakyat Selangor berhubung pemberian air percuma sekiranya Umno-BN menawan semula negeri itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
    Demikian selar Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar dalam satu kenyataan media.
    Sambil menyifatkan kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu sebagai tidak berasas, Dr Xavier turut mengatakan ia adalah retorik politik yang dicetuskan Umno-BN.
    Ini kerana menurutnya, Kerajaan Pusat melalui Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) akan menaikkan kadar tarif air sehingga 70 peratus kepada pengguna sebagai bayaran balik kepada dana yang diperolehi melalui pinjaman dari Japan International Cooperation Agency (JICA).
    Read More / Baca Lagi >>

    Patutlah 30,000 hadir dalam 1M4U.. ada kerahan tenaga rupanya.. lihat buktinya..

    Posted: 16 Jul 2012 05:42 PM PDT

    Kita semua sedia maklum bahawa kerahan tenaga adalah satu perkara yang diamalkan dan diwajibkan ke atas semua kaum lelaki yang merupakan warganegara Singapura.

    Di negara tersebut setiap lelaki warganegara mereka yang mencecah usia 18 tahun akan dikerah menjalani khidmat sepenuh masa dalam Perkhidmatan Negara (National Service) selama dua tahun.

    Ianya penting untuk keselamatan negara mereka disebabkan faktor jumlah penduduk yang kecil jika dibandingkan dengan negara-negara jiran mereka.
    Read More / Baca Lagi >>

    Dakwaan liwat: Sudah naik bosan, antara reaksi pembaca - skrip berulang..UMPHORNO dah tak de modal..!!!

    Posted: 16 Jul 2012 05:41 PM PDT

    Anwar_Ibrahim SHAH ALAM - Orang ramai khususnya pembaca laporan atas talian melihat perkembangan terbaru susulan laporan blog pro-Umno, menyentuh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari perspektif yang berbeza dengan pengikut Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) masing-masing memperlihatkan pendirian sendiri – ada yang menerima dan ada yang mengecam teruk.

    Ada yang menganggap perkembangan terbaru, yang didedahkan lewat malam tadi sebagai satu lagi konspirasi BN khususnya Umno dalam mengekang pergerakan politik Anwar.

    Sebaliknya, pengikut BN melahirkan pendirian sebaliknya.
    Read More / Baca Lagi >>

    Komponen BN cukup bersedia hadapi PRU13 tahun ini....ada berani bubar segeralah..!!!

    Posted: 16 Jul 2012 05:06 PM PDT


    Komponen BN cukup bersedia hadapi PRU13 tahun ini SHAH ALAM – Parti komponen Barisan Nasional (BN) sudah cukup sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun ini walaupun PRU kali ini dianggap paling getir.

    Setiausaha Agung MIC, Datuk S. Murugesan berkata, pihaknya sudah menyiapkan jentera bagi memastikan BN terus menerajui negara.

    "Bagi saya ia bukan satu desakan. PRU13 boleh diadakan bila-bila masa sahaja. Tetapi terpulang dan menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti membuat keputusan berhubung keputusan tarikh pilihan raya," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

    Pada masa sama beliau turut menambah MIC sentiasa sedia dan yakin dengan sokongan yang diberikan rakyat.
    Read More / Baca Lagi >>

    Selepas Aidilfitri tempoh baik PRU13

    Posted: 16 Jul 2012 05:04 PM PDT

    SHAH ALAM – Selepas Hari Raya Aidilfitri iaitu pada Oktober masa terbaik mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian.

    Penganalisis politik itu berkata, walaupun November banyak cuti sekolah tetapi ketika itu sudah mula musim tengkujuh terutamanya di kawasan Pantai Timur. "Saya anggap Oktober antara masa yang sesuai, selepas hari raya.

    Bagaimanapun, tidak mustahil kerana pada tahun 1999 pilihan raya umum diadakan pada November," katanya, semalam.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas harapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar PRU13 tidak diadakan pada tahun depan memandangkan tahun ini merupakan tahun paling sesuai mengadakannya.

    Sivamurugan berkata, tidak salah sekiranya Muhyiddin memberikan pendapat kerana bersesuaian dengan kapasiti beliau sebagai orang kedua terpenting di dalam pentadbiran negara.
    Read More / Baca Lagi >>

    Fitnah Liwat 3 : Blog pro-Umno dakwa pelajar buat laporan, orang Anwar kata 'konspirasi III'

    Posted: 16 Jul 2012 04:51 PM PDT


    Kira-kira 10 hari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan penghakiman bertulis membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kes liwat, sebuah blog yang pro-Umno mendakwa satu laporan polis telah dibuat kononnya beliau meliwat seorang penuntut institut pengajian tinggi utara Semenanjung.
    Anwar Ibrahim Sementara blog itu membawa laporan ini sejam sebelum tengah malam tadi, penyokong dan pegawai-pegawai Anwar dari PKR melihat ia sebagai konspirasi terbaru dan usaha terdesak pihak Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk terus menyerang Anwar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
    Mesej mengecam laporan itu turut dibuat menerusi Twitter dan Facebook.
    Anwar telah dibebaskan daripada kes meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan awal Januari lalu. Susulan penghakiman bertulis itu, Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan dengan mengetengahkan sembilan alasan pada minggu lalu.
    Saiful membuat laporan polis dia diliwat akhir Jun 2008.
    Blog Papagomo menulis, dia mendapat maklumat ada satu laporan polis telah dibuat petang semalam terhadap Anwar, yang juga Ketua Umum PR dan PKR.
    Read More / Baca Lagi >>

    Sketsa Expresi Anak Muda : Undi PAS Masuk Syurga?

    Posted: 16 Jul 2012 04:45 PM PDT

    Fighting rages in the Syrian capital for a second day

    Posted: 16 Jul 2012 04:43 PM PDT

    Tariq Ramadhan in Kinokuniya KLCC

    Posted: 16 Jul 2012 04:42 PM PDT

    William Leong Jee Keen: Najib Lacks The Courage Of Conviction For Change

    Posted: 16 Jul 2012 04:41 PM PDT

    Expresi Anak Muda Selangor : Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi

    Posted: 16 Jul 2012 04:40 PM PDT

    Expresi Anak Muda Selangor : Ustazah Nuridah Salleh

    Posted: 16 Jul 2012 04:40 PM PDT

    Expresi Anak Muda Selangor : Persembahan khas Pemuda Selangor

    Posted: 16 Jul 2012 04:39 PM PDT

    Tokoh Expresi Anak Muda Selangor : Sdr Fitri Syazwan

    Posted: 16 Jul 2012 08:46 AM PDT

    Expresi Anak Muda Selangor : Sajak Rintihan Mujahidah

    Posted: 16 Jul 2012 08:46 AM PDT

    UMNO AKAN BUAT APA SAJA UNTUK MENANG-WANG-HIBURAN DAN HABUAN SEKS BILA LAGI

    Posted: 16 Jul 2012 08:32 AM PDT


    Tidak puas meng'korban'kan para remaja @ Himpunan Jutaan Belia dengan hiburan2 'ekstrim', semalam anak2 muda ini juga dirosakkan dengan pelbagai jenis konsert dan hiburan melampau dalam program 1Malaysia 4Youth (1M4U) anjuran BN di KLCC...

    Seakan2 inilah sahaja 'umpan' paling berkesan dalam fikiran pemimpin Umno untuk menarik sokongan belia... fikir2kan... - ABU

    Polis Menari Untuk Negara?
    Read More / Baca Lagi >>

    Macam nak perli Najib je PDRM nie..!!!

    Posted: 16 Jul 2012 08:29 AM PDT

    PAS, kebangkitan Arab dan pasca-Islamisme

    Posted: 16 Jul 2012 08:15 AM PDT

    Oleh HARIS ZALKAPLI

    Tariq Ramadan, profesor pengajian Islam di Universiti Oxford semalam berucap dalam satu majlis di Institut Antarabangsa Kajian Pemikiran dan Tamadun Islam, ISTAC, dekat Jalan Duta.

    Majlis anjuran Islamic Renaissance Front (IRF) diberi tajuk Post-Islamist Revolutions (tanpa sebarang sub-tajuk) ini pada mulanya tidak diberikan gambaran jelas perbincanganya, kerana tajuknya yang kemudian didapati memberi gambaran yang berbeza dengan apa yang disyarahkan oleh penceramah.

    Permulaan majlis menimbulkan satu gambaran yang saya anggap agak mengganggu dan menampakkan sentimen politik IRF sebagai pihak penganjur.
    Read More / Baca Lagi >>

    Terengganu: Kemana wang RM7 Ribu Juta (RM7,000,000)?

    Posted: 16 Jul 2012 08:11 AM PDT

    Oleh: mohdnoorawang

    "Rakyat Terengganu ingin tahu kemana wang dari peruntukan royalti mimyak atau wang ehsan sebanyak RM1000 juta setiap tahun.  Bermula tahun tahun 2004 sehingga tahun 2012 peruntukan royalti minyak Terengganu mendapat peruntukan  sejumlah hampir RM7,000 juta. Dimana hasil dan wang RM7 ribu juta dibelanjakan oleh pemimpin UMNO/BN negeri Terengganu.

    Read More / Baca Lagi >>

    Fitnah Liwat 3 DSAI sudah bermula....makin mengila puak2 UMPHORNO nie...!!!!

    Posted: 16 Jul 2012 08:08 AM PDT

    Awang Adek perlu bersih nama..!!

    Posted: 16 Jul 2012 08:05 AM PDT

    Oleh Subky Latif
    MULA-mula akhbar mendedahkan Timbalan Menteri Kewangan, Dr. Awang Adek Hussin dikatakan ada peranan memungkin seorang saudagar diberi hak mencetak dua juta keping not kertas dua ringgi semasa dia menjadi orang besar di Bank Negara


    Dia dikatakan terus mendapat banyak faedah dari saudagar itu sekalipun dia sudah lama keluar dari Bank Negara.
    Read More / Baca Lagi >>