MIMPI SENJA |
- 262 Pemuda Umno BACHOK sertai PAS
- Fitnah Liwat 3 terhadap DSAI : Orang dah bosan .. buat la skrip lain
- PANAS TERKINI : Fitnah Liwat 3 DSAI sudah bermula
- Himpunan Hijau Menuju Putrajaya: “BN dah sakit”
- Muhyiddin mahu singkirkan Najib seperti Pak Lah
- Syarat fidyah jika tinggalkan puasa
- SANTAI PETANG : [Video] Sarjan ni tak tahan tengok, dia pun nak juga ... hahaha xpa la MENARI UNTUK NEGARA
262 Pemuda Umno BACHOK sertai PAS Posted: 16 Jul 2012 10:41 PM PDT BACHOK- Tindakan nekad pemuda Umno menyertai PAS secara beramai-ramai telah memberi kekuatan baru kepada kebangkitan PAS di Bachok. Majlis ceramah di Kampung Cherang, Kuchelong malam tadi yang dihadiri Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudi menerima borang keahlian daripada seramai 262 orang yang terdiri daripada pemuda-pemuda Umno yang diketuai Che Azmi Che Ibrahim. Che Azmi dalam ucapannya menyatakan bahawa sebab mereka bertindak meninggalkan Umno yang telah berpuluh tahun sebagai ahli telah melihat kepincangan dan penyelewengan pemimpin Umno dan BN yang mementingkan peribadi masing-masing bukan untuk membela kebajikan rakyat. Majlis ceramah juga diserikan dengan kehadiran Ketua Srikandi PKR, Siti Aisyah Sheikh Ismail yang membuat beberapa pendedahan terbaru yang hangat diperkatakan termasuk kes Scorpene. Beliau turut mengulangi desakan supaya Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin disiasat secara telus dan adil terhadap beberapa penyelewengan yang didedahkan sebelum ini. Turut hadir ialah kepimpinan PAS kawasan iaitu Yang Dipertua, Datuk Omar Mohamed, Ustaz Hassan Mahmud (timbalan) dan Abdul Aziz Kadir (naib). Ketua Pemuda PAS Bachok, Ahmad Marzuk Shaary ketika dihubungi mengulas perkara itu melahirkan kesyukuran. "Saya mengucapkan syukur Alhamdulillah dengan kejayaan program ceramah pemuda Umno masuk PAS ini dan selepas ini kita akan adakan lagi program penyerahan borang seperti ini dari masa ke semasa, kerana ramai lagi yang jumpa dengan saya kalangan pemuda Umno yang menyatakan hasrat menyertai PAS," katanya Apabila ditanya apa reaksi pemuda PAS terhadap gelombang kesedaran dalam kalangan pemuda, beliau berkata pihaknya memandang positif. "Kita memandang positif tentang perkara ini dan menyeru kepada semua para pemuda khususnya, untuk bersama-sama dengan PAS dan PR bagi melangkah bersama membentuk sebuah kerajaan baru di Putrajaya. "Ini juga petanda yang kita insya Allah boleh kekalkan kemenangan di ketiga-tiga Dun dan juga boleh pertahankan kemenangan PAS di Parlimen Bachok," tegasnya. -Harakahdaily |
Fitnah Liwat 3 terhadap DSAI : Orang dah bosan .. buat la skrip lain Posted: 16 Jul 2012 05:34 PM PDT WARTAWAN SINAR HARIAN 17 Julai 2012 SHAH ALAM - Orang ramai khususnya pembaca laporan atas talian melihat perkembangan terbaru susulan laporan blog pro-Umno, menyentuh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari perspektif yang berbeza dengan pengikut Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) masing-masing memperlihatkan pendirian sendiri – ada yang menerima dan ada yang mengecam teruk. Ada yang menganggap perkembangan terbaru, yang didedahkan lewat malam tadi sebagai satu lagi konspirasi BN khususnya Umno dalam mengekang pergerakan politik Anwar. K-run Ariffin, antara pembaca yang awal memberi reaksi sebaik sahaja Sinar Harian Online membawa laporan ini awal pagi tadi berkata, "buh laa liwat berapa kali punn...orang tidak percaya kat Umno/BN dahhh." Aman Hakim pula menasihatkan pihak yang hendak menghasilkan konspirasi agar menggunakan cara atau pendekatan lain atau yang inovatif, bukannya mengulangi taktik yang sama. Dia dilihat merujuk kepada kes liwat pertama dan kedua melibatkan Anwar. Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal tahun ini. "Cubalah buat filem lain pulak... DSAI ada 'imune spiderman' ke, DSAI boleh jadi 'vampire' macam Edward Cullen ke, DSAI the movie versi 3D ke... ini skrip yag sama je.. naik bosan dah. Makin merepek… mana la nak box office gini." Bagaimanapun pembaca bernama Muhammad Zulhairi Fetani berkata, "walau apa pun yang terjadi, si bebal dan si lembab akan tetap beriman dengan kesucian Anwar Ibrahim." Pembaca bernama Bob mengambil sikap berkecuali sambil berkata, "ketawakan saja dengan negara Malaysia ini." Dengan nada sindir, pembaca bernama Fzymeli Md Isa menulis, "kalau buat skrip DSAI jadi Ultraman kan bagus, tak pun kalau meluat sangat kat dia buat skrip jadi hantu mak limah." Mungkar Nakir pula berkata, "menyampah politik tak sihat dah hilang akal mampus." Suhaimi Idris menganggap "apa saja datang daripada papabongok adalah "bongok" sebagaimana keadaannya." Seorang lagi pembaca, Othman Mohd tidak dapat menerima laporan terbaru ini. Dia berkata, "tak ada orang nak caya (percaya) dohhh puak Umno niiii.. p aih cherohh duk bohonh gitu laa... ingat Tuhan tu maha kaya... Umno pasti berkuburrrr...insya-ALLAH." Muhd Nurikhwan Abdullah menulis, "abaikan saja berita macam ini. Tidak tau lagi kebenarannya... benar atau bohong kita tidak layak nak jadi hakim... sila abaikan sahaja khabar angin ini. Bulan Ramadan nak tiba." Rafka Danial berpendapat bahawa "buat la apa-apa pun kat individu bernama Anwar..., yang pasti rejim BN mesti dihapuskan di muka bumi Malaysia." Seterik Farick mengambil pendirian berkecuali dengan berkata, "betul atau tidak mahkamah akan tentukan. Yang untungnya BN sebab ketua pembangkang itu akan terus terikat di pintu mahkamah. Kuranglah masanya nak berkempen." Liwat: Blog pro-Umno dakwa pelajar buat laporan, orang Anwar kata 'konspirasi III' SHAH ALAM – Kira-kira 10 hari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan penghakiman bertulis membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kes liwat, sebuah blog yang pro-Umno mendakwa satu laporan polis telah dibuat kononnya beliau meliwat seorang penuntut institut pengajian tinggi utara Semenanjung. Sementara blog itu membawa laporan ini sejam sebelum tengah malam tadi, penyokong dan pegawai-pegawai Anwar dari PKR melihat ia sebagai konspirasi terbaru dan usaha terdesak pihak Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk terus menyerang Anwar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Mesej mengecam laporan itu turut dibuat menerusi Twitter dan Facebook. Anwar telah dibebaskan daripada kes meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan awal Januari lalu. Susulan penghakiman bertulis itu, Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan dengan mengetengahkan sembilan alasan pada minggu lalu. Saiful membuat laporan polis dia diliwat akhir Jun 2008. Blog Papagomo menulis, dia mendapat maklumat ada satu laporan polis telah dibuat petang semalam terhadap Anwar, yang juga Ketua Umum PR dan PKR. "Gomo baru mendapat maklumat bahawa petang tadi (semalam) ada laporan polis telah dibuat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh seorang mahasiswa dari utara yang menyatakan beliau telah diliwat oleh pemimpin PKR pada malam sebelumnya (kelmarin)," kata pemblog itu. Bagaimanapun entri blog empat para itu berkata, dia tidak pasti sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya. "Tidak diketahui sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya, namun yang pasti semua kedutaan dalam Malaysia diminta untuk tidak melindungi Anwar jika beliau bertindak menyembunyikan diri sepertimana kes liwat yang terdahulu," katanya dilihat merujuk kepada perkembangan ketika kes liwat kedua pada 2008. Anwar ketika itu mendapatkan perlindungan di Kedutaan Turki atas alasan keselamatannya terancam. Blog itu sebelum ini pernah menyiarkan beberapa klip rakaman menyentuh Anwar sejak awal tahun lalu. Laporan blog itu turut membawa gambar dua lelaki berada dalam sebuah kereta polis, salah seorang dipercayai penuntut yang membuat aduan polis. Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menerusi mesej Twitter menyifatkan perkembangan terbaru ini sebagai "sampah." "Ada juga dengar-dengar tapi sampahlah bro (saudara)," kata beliau membalas mesej dua pengikutnya awal pagi ini. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, pesaing politik Anwar menggunakan modus operadi yang sama iaitu satu laporan polis dibuat dan ia akan disusuli dengan siasatan polis sebagaimana disaksikan dalam kes-kes sebelum ini. Perkembangan terbaru ini jika benar dilihat akan mengganggu tumpuan Anwar, yang baru-baru ini berkata akan bersara jika gagal dalam misi menawan Putrajaya pada PRU13, mengemudi PR menghadapi pilihan raya umum. "Malah, ia juga sama sebagaimana kita saksikan dalam video yang ditontonkan oleh Datuk K (kepada media awal 2011) untuk menjejaskan imej Datuk Seri Anwar. Malah ,ia muncul beberapa hari selepas Peguam Negara membuat rayuan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah pun dibebaskan. "Perkara (laporan) ini tidak mengejutkan kami sebab skrip adalah sama dan digunakan oleh musuh-musuh kami untuk pilihan raya umum," kata Shamsul Iskandar, yang juga seorang peguam. Beliau menambah, ia akan membawa kesan buruk ke atas BN khususnya Umno selepas beberapa usaha mereka sebelum ini untuk memburukkan imej Anwar ternyata telah gagal. —Sinar Harian Oline |
PANAS TERKINI : Fitnah Liwat 3 DSAI sudah bermula Posted: 16 Jul 2012 07:24 AM PDT |
Himpunan Hijau Menuju Putrajaya: “BN dah sakit” Posted: 16 Jul 2012 06:21 AM PDT KUALA SELANGOR- Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mana parti memerintah melaga-lagakan kaum dan agama untuk terus berkuasa, kata Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok. Berucap di hadapan puluhan ribu rakyat semasa Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Kuala Selangor malam tadi, beliau yang juga Ahli Parlimen Seputeh berkata, pembohongan dan fitnah yang melaga-lagakan kaum secara berterusan ke atas pimpinan Pakatan Rakyat mencerminkan betapa BN sedang 'sakit'. Beliau yang juga Exco Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian Selangor menceritakan bagaimana beliau sendiri difitnah berkenaan isu azan di Puchong sehingga disumbatkan ke dalam ISA. "Saya dimasukkan ke dalam ISA dulu, kemudian baru polis siasat. Kemudian hasil siasatan menunjukkan bahawa saya tidak pernah pun pergi ke masjid tersebut dan tidak pernah bangkitka isu azan dan (Timbalan Pengarang Utusan Malaysia) Zaini Hassan memutarbelitkan cerita ini di Utusan," katanya. Menurutnya, fitnah perkauman terhadap Pakatan Rakyat terus dilakukan hingga sekarang, termasuk mendakwa bahawa beliau (Teresa) mahu menjadi Menteri Besar Selangor manakala Lim Kit Siang mahu menjadi Perdana Menteri. "Ini semua tidak benar sama sekali. Kita telah jelaskan sejak dahulu lagi bahawa orang Melayu merupakan majoriti di negeri ini dan kita akan terus menyokong kepimpinan yang berintegriti dan bersih," tambah beliau. "Lawan gergasi yang lama berkuasa" Turut memberi ucapan pada malam gilang-gemilang tersebut ialah Presiden Parti Keadilan Rakyat Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail yang menyatakann bahawa dakwaan UMNO yang mengatakan Pulau Pinang kini diambil oleh 'Cina' adalah melucukan. "Dulu Koh Tsu Koon tu Melayu kah?" ujar beliau disambut tepukan dan sorakan hadirin. "Kalau Melayu pun, apa yang kita mahukan ialah kepimpinan yang bersih dan berintegriti. Kalau kepimpinan Melayu pun rosak, tidak ada gunanya." Mengakhiri ucapan beliau, Wan Azizah menyeru agar seluruh pejuang Pakatan Rakyat yang mendokong kebenaran dan keadilan agar terus istiqamah. "Kita bukan lawan mereka yang lemah, tetapi kita melawan gergasi yang lama berkuasa." DAP gadai tanah rizab Melayu? Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula meminta agar seluruh rakyat Malaysia menolak UMNO dalam pilihan raya akan datang kerana mereka telah banyak menggadaikan kepentingan rakyat dan negara. "Siapakah yang telah menggadaikan dari 3 juta hektar tanah Melayu kepada hanya 1.7 juta hektar yang tinggal sekarang? Adakah DAP? Siapakah yang telah menghilangkan Bank Bumiputera, adakah DAP?" Menurut beliau, kini pendedahan penyelewengan bukan sahaja dibuat oleh pimpinan oposisi seperti Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim, malah ia didedahkan oleh Jabatan Audit Negara sendiri. "Dulu bila Lim Kit Siang dedahkan skandal Bank Bumiputera, mereka (UMNO) mengenakan dakwaan perkauman terhadap beliau seolah-olah ingin menjatuhkan kepentingan orang Melayu. "Tapi kini, bila pegawai-pegawai audit yang terdiri dari orang Melayu sendiri yang mendedahkan penyelewengan kerajaan, mereka nak kata apa?" jelas beliau. -Roketkini.com |
Muhyiddin mahu singkirkan Najib seperti Pak Lah Posted: 16 Jul 2012 03:51 AM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mendakwa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan Perdana Menteri apabila mahu Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) diadakan pada tahun ini juga. Muhyiddin semalam dalam laporan media membayangkan tahun ini merupakan masa terbaik PRU13 dan tidak fikir ia akan berlarutan sehingga tahun depan. "Sekarang sudah hendak masuk bulan puasa (Ramadan). Ada orang tanya apakah bulan puasa nak diadakan pilihan raya? Saya kata apa salahnya. Bulan raya (Aidilfitri), apa salahnya. Selepas itu sambutan Hari Kebangsaan (31 Ogos), apa salahnya. Masuk September (sambutan) Hari Malaysia. Bila dah sampai waktu, maka jadilah ia (pilihan raya)," katanya dipetik Bernama. Mahfuz mendakwa, kenyataan Muhyiddin itu sangat bercanggah dengan hasrat Najib sebelum ini yang mahu menggunakan sepenuhnya mandat tempoh PRU sehingga April tahun depan supaya semua janji kepada rakyat dapat ditunaikan. Katanya, sebagai orang kanan Muhyiddin sepatutnya mendukung hasrat Najib namun beliau dilihat sekali lagi mahu cuba menggunakan 'formula peralihan kuasa' yang sama semasa pengunduran mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2010. Ulang seperti desak Pak Lah undur "Nampaknya dia ulang apa yang dilakukannya pada tahun 2010 apabila mengeluarkan kenyataan mendesak Pak Lah undur lebih awal daripada tarikh yang dipersetujui Kabinet. "Saya rasa TPM tak sabar nak jadi PM," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. Naib Presiden PAS itu mendakwa Muhyiddin mempunyai perkiraan sendiri apabila menyedari BN tidak mungkin memperolehi kemenangan majoriti 2/3. Katanya, jika perkara itu terjadi semasa PRU 13, Najib harus melakukan perkara yang sama seperti Abdullah iaitu melepaskan jawatannya. "Dia (Muhyiddin) mengharapkan kalau BN nak menang pun jangan menang majoriti besar. "Kalau menang majoriti dia tiada harapan…jadi biarlah kalah yang berbaloi," katanya. Katanya, kenyataan Muhyiddin itu mungkin akan menumbulkan krisis dalam Umno selepas kedua-dua pemimpin tertinggi itu menimbulkan spekulasi tarikh PRU13 yang berbeza. Read more: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/07/16/muhyiddin-mahu-singkirkan-najib-seperti-pak-lah/#ixzz20mVsnmCF |
Syarat fidyah jika tinggalkan puasa Posted: 16 Jul 2012 03:36 AM PDT Ibadah niyabah wajib disempurnakan Fidyah berkait rapat dengan ibadah puasa di mana ada beberapa sebab dalam puasa wajib yang jika ditinggalkan akan dikenakan fidyah iaitu meninggalkan puasa kerana tua atau lanjut usia, sakit kronik berpanjangan dan tiada harapan untuk sembuh. Wanita hamil dan yang menyusukan anak terpaksa meninggalkan puasa serta menangguhkan qada puasa sehingga tiba Ramadan berikutnya. Fidyah adalah satu bentuk ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum menyempurnakan ibadah yang tidak sempurna adalah wajib, maka justeru itu hukum fidyah adalah wajib seperti ditentukan syarak.Fidyah adalah satu bentuk ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum menyempurnakan ibadah yang tidak sempurna adalah wajib, maka justeru itu hukum fidyah adalah wajib seperti ditentukan syarak. Firman Allah SWT bermaksud: "…Dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui." (Surah al-Baqarah, ayat 184). Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Barang siapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan yang belum diqadanya, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari ditinggalkan bagi pihaknya." (Hadis riwayat Imam Tirmizi). Terdapat beberapa keadaan di mana seseorang itu dikenakan fidyah apabila meninggalkan puasa atau sebaliknya: Seseorang sakit berterusan hingga masuk Ramadan yang lain, dia wajib mengqada puasanya saja tanpa dikenakan fidyah. Orang lain yang berpuasa bagi pihaknya adalah sah apabila mendapat keizinan salah seorang ahli keluarga terdekatnya. Jika dia berpuasa tanpa mendapat keizinan dan wasiat daripada si mati, maka puasa ganti itu tidak sah. Sebaliknya, jika dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan keselamatan dirinya sendiri, maka dia boleh berbuka puasa dan diwajibkan qada' puasa saja tanpa perlu membayar fidyah. Menurut pandangan paling sahih dalam Mazhab Syafii, bayaran fidyah berganda dengan bergandanya tahun. Manakala menurut Mazhab Maliki dan Hanbali, bayaran fidyah tidak berganda mengikut tahun kerana ia dikira sekali gus saja. Bayaran fidyah boleh ditunaikan sepanjang hidup. Namun, lebih baik mempercepatkan pembayarannya sekadar termampu dan seboleh-bolehnya ditunaikan dalam Ramadan kerana pahala pada bulan itu lebih banyak berbanding bulan lain. - Penulis adalah Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) |
Posted: 16 Jul 2012 12:34 AM PDT PROGRAM 1M4U DI KLCC AHAD [15072012] |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan