NGO sokong gubal draf hukum hudud
Laporan akhbar Sinar Harian, semalam
SHAH ALAM - Pertubuhan bukan Islam menyokong cadangan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggubal satu draf berkaitan hukum hudud.

Presiden Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddim berkata, penggubalan draf awal itu dapat memberi penerangan dan pemahaman kepada masyarakat terutama bukan Islam.

"Masyarakat bukan Islam menganggap hudud tidak patut dilaksanakan padahal hukum ini hanya dijalankan ke atas orang Islam sahaja.

"Malah mereka yang menolak dilaksanakan hudud kerana kurang pemahaman atau pengetahuan mengenainya," katanya.