Ahad, 15 Julai 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Pasai apa Ustaz Azizan buat macam tu ....?

Posted: 15 Jul 2012 10:46 PM PDT

Azizan tidak hormati PAS dan Pakatan Rakyat

Muda Mohd. Noor
 | July 16, 2012
Menteri Besar ada polisi sendiri, PAS ada polisi sendiri.
PETALING JAYA: Keputusan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) membeli 500,000 unit saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) tidak menghormati PAS dan Pakatan Rakyat yang membantah penyenaraian FGV.
Ketua Eksekutif PKNK, Datuk Abdul Rahman Ibrahim mengesahkan pembelian tersebut dengan alasan mengikut prosedur serta tidak ada kaitan dengan politik.
Unit saham tersebut adalah peruntukan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang ditawarkan kepada Bumiputera. Bagaimanapun, 50,000 unit telah dijual.
Seorang pemimpin PAS Kedah ketika dihubungi hari ini pembelian saham itu bertentangan dengan pendirian PAS Pusat yang menolak FGV.
Katanya, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai pengerusi PKNK sepatutnya mengarahkan perbadanan tidak membeli unit saham tersebut.
Beliau sepatunya menghormati PAS Pusat dan NGO ANAK yang berjuang membantah penyenaraian FGV.
Sudut bisnes
"Dia (Azizan) tidak respect (hormat) polisi Pakatan Rakyat dan PAS sendiri," kata pemimpin itu lagi.
Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khaled keputusan PKNK itu menunjukkan PAS telah mengiktiraf FGV.
"Menteri Besar ada polisi sendiri, PAS ada polisi sendiri," katanya.
Sementara itu, Ketua Umno Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin berkata, Azizan tidak mengutamakan sentimen PAS sebaliknya melihat dari sudut bisnes.
"Dia tengok FGV menguntungkan, dia pun beli.  Dia tidak kira pemimpin PAS lain," katanya.


Read more: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/07/16/azizan-tidak-hormati-pas-dan-pakatan-rakyat/#ixzz20lHQeCPl

Perjalanan ke Putrajaya sudah dekat

Posted: 15 Jul 2012 09:04 PM PDT

Zainal Abidin Nor

July 16, 2012
Himpunan Hijau ke Putrajaya di Kuala Selangor malam tadi memberi keyakinan bahawa perjalanan ke Putrajaya sudah dekat dan hampir pasti menjadi kenyataan.
KUALA SELANGOR: Berdasarkan bilangan manusia yang membanjiri Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Selangor di Stadium Kuala Selangor malam tadi seolah-olah pusat pentadbiran negara sudah ditawan Pakatan Rakyat.
Penyertaan lebih 20,000 penyokong dan ahli PAS bersama para pemimpin Pakatan bagaikan cerminan peristiwa Dataran Tahrir di mana ratusan anak muda dan rakyat Mesir keluar untuk menggulingkan rejim zalim Presiden Hosni Mubarak.
Kalau di negeri-negeri lain hanya penyokong dan pemimpin PAS sahaja yang hadir tetapi berbeza dengan lanskap penyertaan rakyat yang mewarnai Stadium Kuala Selangor ini.
Kehadiran para pemimpin selain dari PAS seperti Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Seputeh DAP Teresa Kok dan bekas menteri Umno Tan Sri Kadir Sheikh Fadhil memberi satu identiti nasional kepada suatu perjuangan melibatkan rakyat dari semua peringkat umur dan warna kulit.
Para pemimpin PAS yang hadir ialah Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Timbalan Pesuruhjaya I PAS Selangor Khalid Samad, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor Iskandar Abdul Samad, AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli.
Dan tidak ketinggalan turut hadir ialah Sheikh Ismail Abdul Hamid dari Ikwanul Muslimin yang mewakili Presiden Mesir Dr Mohamad Morsi.
Sambutan yang diberikan terhadap perhimpunan ini seolah-olah menggambarkan Putrajaya sudah ditawan atau sekurang-kurangnya  memberi harapan dan keyakinan bahawa perjalanan ke Putrajaya sudah semakin dekat dan hampir pasti menjadi kenyataan.
Keghairahan penyokong dan pemimpin yang hadir dapat disimpulkan daripada kata-kata Mohamad Sabu di akhir ucapannya.
Beliau berkata jika pilihan raya umum kali ini tidak dijalankan secara bersih dan adil maka "kita akan bawa Dataran Tahrir ke Malaysia," sambil mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin.
Kadir yang sudah bergelumang dalam parti Umno selama 56 tahun mengungkapkan kata-kata yang tidak diduga, "saya bangga dapat kibarkan bendera yang mulia ini" sambil mengibarkan bendera PAS di atas pentas utama.
Sheikh Ismail ketika berucap berkata, sekiranya beliau adalah rakyat Malaysia sudah pasti beliau akan menjadi ahli PAS, sambil menyifatkan kehadiran malam tadi sebagai sesuatu yang beliau tidak duga.
Melayu yang jahat 
Terdahulu, Mohamad Sabu hadir pada Majlis Ramah Mesra Timbalan Presiden PAS bersama ahli Dewan Himpunan PAS Pusat (DHPP) di Dewa MBSA, Paya Jaras Kawasan Subang.
Dalam ucapannya beliau berkata, Rasulullah saw melarang para pengikutnya (umat Islam) bercakap atau berjuang atas dasar perkauman atau asobiyyah.
"Melayu yang jahat kita mesti lawan. Umno yang menyokong puak-puaknya yang zalim dan melakukan rasuah serta kejahatan, kita mesti lawan.
"Apabila rumah (Pengerusi Bersama Bersih) Dato' S Ambiga kena 'serang' dengan mendirikan gerai daging burger dan senaman punggung, orang-orang PASlah yang mengawal rumah dan menjaga keselamatannya," ujar beliau, sambil disorak oleh para hadirin.
Pada akhir majlis, Mat Sabu menyampaikan bantuan berupa barangan makanan keperluan harian kepada golongan miskin daripada masyarakat India dan Cina yang bermastautin di sekitar Paya Jaras.


Read more: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/07/16/perjalanan-ke-putrajaya-sudah-dekat/#ixzz20krkRaEY

Ini dia wanita paling sexy di dunia ...

Posted: 15 Jul 2012 04:33 PM PDT


Katrina pernah bercinta dengan aktor Salman Khan.
PELAKON terkenal Bollywood, Katrina Kaif dinobatkan sebagai wanita paling seksi di dunia menerusi undian daripada pembaca majalah FHM India.
Bintang berusia 27 tahun ini telah mengalahkan nama besar artis Hollywood  lain seperti Angelina Jolie, Megan Fox dan Blake Lively.
Gelaran tersebut telah dipegang oleh Katrina selama empat tahun berturut-turut.
"Saya sangat gembira dengan perkhabaran terbaru ini kerana pembaca tidak hanya membuat undian semata-mata kerana rupa tetapi melihat kepada keseluruhan.
"Seksi itu bukan kerana soal baju yang dipakai atau solekan tebal tetapi mempunyai maksud yang lebih besar daripada kecantikan fizikal semata-mata," katanya seperti dilaporkan Digital Spy. - mStar

Syarat fidyah jika tinggalkan puasa

Posted: 15 Jul 2012 04:20 PM PDT

Ibadah niyabah wajib disempurnakan

Fidyah berkait rapat dengan ibadah puasa di mana ada beberapa sebab dalam puasa wajib yang jika ditinggalkan akan dikenakan fidyah iaitu meninggalkan puasa kerana tua atau lanjut usia, sakit kronik berpanjangan dan tiada harapan untuk sembuh. Wanita hamil dan yang menyusukan anak terpaksa meninggalkan puasa serta menangguhkan qada puasa sehingga tiba Ramadan berikutnya. 

Fidyah adalah satu bentuk ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum menyempurnakan ibadah yang tidak sempurna adalah wajib, maka justeru itu hukum fidyah adalah wajib seperti ditentukan syarak.
Fidyah adalah satu bentuk ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum menyempurnakan ibadah yang tidak sempurna adalah wajib, maka justeru itu hukum fidyah adalah wajib seperti ditentukan syarak. 


Firman Allah SWT bermaksud: "…Dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui." (Surah al-Baqarah, ayat 184).

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Barang siapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan yang belum diqadanya, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari ditinggalkan bagi pihaknya." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Terdapat beberapa keadaan di mana seseorang itu dikenakan fidyah apabila meninggalkan puasa atau sebaliknya: 


  • Seseorang yang meninggalkan puasa kerana bermusafir atau sakit, maka wajib ke atasnya mengqada' puasa sebelum datangnya Ramadan tahun berikutnya dan jika dilaksanakan dalam keadaan sedemikian maka tiada dikenakan fidyah.




  • Seseorang yang menangguhkan qada puasanya sehingga tiba Ramadan berikutnya kerana cuai atau tidak mengambil berat, maka dia dikira berdosa dan diwajibkan membayar fidyah berserta qada puasa mengikut bilangan hari ditinggalkan.




  • Seseorang sakit berterusan hingga masuk Ramadan yang lain, dia wajib mengqada puasanya saja tanpa dikenakan fidyah.




  • Sekiranya seseorang itu mati sebelum berkemampuan atau berkesempatan mengqada puasanya bukan disebabkan cuai atau sebagainya, maka dia tidak berdosa dan tidak perlu meminta orang lain mengqada bagi pihaknya serta tidak diwajibkan membayar fidyah bagi puasa ditinggalkannya. 




  • Sesiapa yang mati selepas mampu mengqada puasanya, maka walinya (bapa, datuk atau ahli keluarganya) disunatkan mengqada hari-hari ditinggalkan bagi pihaknya. 

    Orang lain yang berpuasa bagi pihaknya adalah sah apabila mendapat keizinan salah seorang ahli keluarga terdekatnya. Jika dia berpuasa tanpa mendapat keizinan dan wasiat daripada si mati, maka puasa ganti itu tidak sah. 




  • Jika tiada seorang pun berpuasa bagi pihak si mati, maka hendaklah dikeluarkan satu cupak makanan bagi setiap hari ditinggalkannya. Makanan itu wajib dikeluarkan daripada harta pusaka ditinggalkannya, sama seperti hutang. Sekiranya dia tidak memiliki harta, maka orang lain boleh mengeluarkan bagi pihaknya dan terlepaslah dosanya.




  • Seseorang meninggalkan puasa kerana tua atau lanjut usia, sekiranya dengan berpuasa akan membawa kesulitan kepadanya, maka wajib membayar fidyah saja berdasarkan kesepakatan ulama. 




  • Seseorang yang tidak berkemampuan untuk berpuasa, sekiranya dia tidak berkemampuan juga untuk membayar fidyah maka tiada apa-apa dikenakan ke atasnya.




  • Seseorang yang mengalami sakit kronik berpanjangan dan tiada harapan untuk sembuh, maka wajib membayar fidyah dengan kesepakatan ulama, kerana puasa tidak lagi diwajibkan ke atasnya.




  • Wanita hamil dan wanita yang menyusukan anak, jika meninggalkan puasa kerana bimbangkan keselamatan anaknya, maka wajib membayar fidyah berserta dengan qada puasa mengikut jumhur ulama. 

    Sebaliknya, jika dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan keselamatan dirinya sendiri, maka dia boleh berbuka puasa dan diwajibkan qada' puasa saja tanpa perlu membayar fidyah.

    Menurut pandangan paling sahih dalam Mazhab Syafii, bayaran fidyah berganda dengan bergandanya tahun. Manakala menurut Mazhab Maliki dan Hanbali, bayaran fidyah tidak berganda mengikut tahun kerana ia dikira sekali gus saja. 

    Bayaran fidyah boleh ditunaikan sepanjang hidup. Namun, lebih baik mempercepatkan pembayarannya sekadar termampu dan seboleh-bolehnya ditunaikan dalam Ramadan kerana pahala pada bulan itu lebih banyak berbanding bulan lain.

    Penulis Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)
  • ni kerja HARAMJADAH oleh UMporNO Kota Bharu... motovasi bentuk baru konon ...

    Posted: 15 Jul 2012 06:05 AM PDT

    Ini betul-betul kerja orang samseng , kerja puak2 haramjadah,,,,,
    tak hormat langsung pada Undang-Undang kerajaan Negeri ....
    awat kalau hampa Umno, hampa ingat hampa boleh buat  apa saja la ya .... haramjadah sungguh. 
    Jangan tanya la kenapa polis tak kacau ....


    Ni la kepala puak-puak ni  - Mohd Fatmi Che Salleh


    KOTA BHARU: Belum pun berjaya menawan Kelantan, Umno kini mempamerkan sikap sebenar, menghidupkan kembali program hiburan dengan mengundang artis wanita membuat persembahan di tempat terbuka.

    Tanpa mengendahkan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998, Ketua Umno Kota Bharu, Dato' Mohd Fatmi Che Salleh menjemput artis tersohor, Siti Nurhaliza.

    Program yang dikenali sebagai Jamuan Perdana Hari Guru Parlimen Kota Bharu 2012 diadakan di padang Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab malam kelmarin.

    Menurut sumber pada program berkenaan penyanyi terbabit mendendangkan lima lagu di khalayak ramai terutamanya guru-guru yang diarah hadir.

    "Ketika anggota penguatkuasa dan pegawai Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) datang program terbabit hampir berakhir. Namun program itu dikawal ketat dengan pengawal keselamatan yang diupah.

    "Malah ada dalam kalangan mereka dilihat membawa senjata, kemungkinan bagi mengelakkan program berkenaan diserbu kerana tiada permit," kata satu sumber di sini.

    Difahamkan guru-guru yang mengajar di kawasan parlimen Kota Bharu diarah hadir dengan memberi nama lebih awal kepada pengetua atau guru besar.

    Beberapa guru yang ditemui memberitahu mereka diarah pengetua menulis nama sama ada hendak hadir atau tidak pada program berkenaan.

    "Ramai guru menjadi serba salah kerana dipaksa hadir. Ada guru besar sebut kalau tulis tidak mahu hadir mereka dilabel sebagai penyokong PAS," kata mereka.

    Sementara itu jurucakap MPKB BRI memberitahu program berkenaan memang tidak mempunyai permit kerana tidak ada permohonan yang diajukan.

    Bagaimanapun kata beliau kalau ada permohonan sekali pun program persembahan artis wanita yang melebihi usia 12 tahun tidak dibenarkan.

    "Jelas berlaku perlanggaran Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998," katanya di sini.

    Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Abdullah Abdul Razak berkata, Umno sudah mempamerkan sikap sebenar menghidupkan kembali program hiburan sebelum menang dalam pilihan raya.

    Katanya, kalau Umno memerintah Kelantan, hampir pasti program maksiat dan segala bentuk perlanggaran hukum agama yang dimansuhkan kerajaan PAS dihidupkan kembali.

    "Umno tidak mampu menafikan lagi perkara itu kerana tindak tanduk mereka sekarang jelas menuju ke arah landasan tersebut," katanya.

    Sumber lain memberitahu Umno Kota Bharu menghabiskan kira-kira RM50,000 bagi membayar artis terbabit datang membuat persembahan.

    Kata beliau ada guru besar menyebut Ketua Umno Kota Bharu mahu mendedahkan guru-guru kepada program motivasi bentuk baru.

    Himpunan Oren : HEBAT ... Mak Cik 61 bermotosikal dari Larut Perak ke Himpunan Oren

    Posted: 15 Jul 2012 12:56 AM PDT

    KUALA LUMPUR, 15 JULAI : Kerana tidak sanggup lagi melihat penipuan dan kepapaan yang berlaku di dalam Felda, seorang makcik 61 tahun sanggup menunggang motorsikal sejauh 260 km untuk hadir ke Himpunan Oren Selamatkan Felda di sini semalam.
    Kesungguhan dan kecekalan Salmiah Mat Jali dari Felda Ijok, di Larut, Perak itu mendapat perhatian peserta di himpunan depan Istana Negara. Lebih lagi apabila Salmiah memberitahu dia melakukan perjalanan itu seorang diri.
    "Dari Larut sehingga ke sini adalah dalam 260 kilometer. Makcik bertolak sejak awal pagi-pagi lagi," ujar Salmiah yang hadir pada himpunan yang bermula sekitar jam 1 tengahari semalam.
    Ketika ditanya adakah beliau risau untuk merempuhi perjalanan yang agak jauh seorang diri, Salmiah berkata:
    "Makcik dah biasa dah."
    Beliau berhenti di dua kawasan Rehat dan Rawat (R & R) di Lebuhraya Utara-Selatan untuk berehat semasa perjalanannya.
    Ketika diwawancara, Salmiah masih lagi memakai topi keledarnya dengan bertudung warna oren.
    Menurut Salmiah, beliau sanggup turun ke perhimpunan itu semata-mata menyatakan sokongan padunya kepada himpunan yang mahu campurtangan Yang Dipertuan Agong bagi membatalkan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).
    Kemuncak perhimpunan itu adalah serahan memorandum yang digubal Gabungan NGO Gerakan Selamatkan Felda (GSF) kepada pegawai Yang Di-Pertuan Agong.
    Salmiah berkata, ketidakadilan agihan saham FGVH kepada peneroka berbanding pelabur adalah antara sebab yang mencetuskan kemarahannya sehingga sanggup datang daripada jauh untuk himpunan tersebut.
    "Saham yang mereka beri kepada warga Felda terlalu kecil, jumlahnya 800 unit. Sedangkan ada pimpinan Umno yang memperolehi saham yang besar." - mediaselangorku

    Pesara kerajaan sertai PAS kerana Islam

    Posted: 15 Jul 2012 12:02 AM PDT

     Oleh : AMIN ISKANDAR

    KUALA LUMPUR : Pesara kerajaan termasuk pegawaitertinggi menyertai PAS kerana parti tersebut memperjuangkan Islam, kata Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.

    Menurut Salahuddin, di Malaysia, hanya PAS yang konsisten memperjuangkan dasar-dasar Islam dan ini menjadi sebab mengapa ramai pesara kerajaan tertarikuntuk menyertai parti tersebut.

    "Islam adalah agama yang mempunyai keserasian dengan fitrah manusia. Fitrah manusia memihak kepada kebenaran. Sesiapa sahaja sama ada mereka pesara kerajaan atau bekas polis mempunyai mempunyai fitrah untuk bersama-sama Islam dan kebenaran," kata Salahuddin dalam perbualan telefon bersama The Malaysian Insider sebentar tadi.

    Berlakunya trend dalam politik Malaysia, di mana terdapat kecenderungan bagi pesara-pesara kerajaan termasuklah pegawai-pegawai tinggi seperti bekas ketua setiausaha kementerian, bekas duta dan bekas pemimpin anggota keselamatan yang beragama Islam - menyertai PAS selepas tamat bertugas.

    Baru-baru ini, bekas orangnombor tiga Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari, membuat kejutan apabila memilih untuk menyertai PAS.

    Fauzi menyerahkan boring keahliannya kepada presiden parti tersebut Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalamsebuah majlis menyambutnya.

    "Baguslah dia (Fauzi) sertai PAS. Lepas ni bolehlah dia ajar PAS tentang undang-undang dan peraturan negara," kata Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan ketika diminta mengulas tentang kemasukkan bekas anggotanya itu ke dalam parti PAS.

    Fauzi, yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Penyiasat, kedudukan ketiga tertinggi dalam pasukan keselamatan tersebut.

    Tambah Salahuddin lagi, bukan sahaja bekas polis, ramai juga pimpinan tentera menyertai PAS menjelang pilihan raya tahun 2004 dahulu.

    "Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof dan Datuk Ramli Buyong, Naib Presiden Kanan Felcra Berhad baru-baru ini menyertai PAS.

    "Sebelum ini, bekas duta, Datuk Yeop Adlan telah lama menyertai PAS," kata ahli parlimen Kubang Kerian itu lagi.

    Musa Hassan menegaskan beliau pernah menolak lamaran parti pembangkang dan tidak akan menyertai politik.

    Walaupun pernah dilamar oleh salah satu parti dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR), bekas KPN itu menolaknya kerana merasakan lebih baik untuk tidak berada dalam politik.

    "Orang seperti saya (bekas KPN) lebih baik tidak menyertai politik," kata Musa dalam wawancara ekslusif bersama TheMalaysian Insider baru-baru ini.

    Prof. Datuk Dr. Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), tidak bersetuju jika dikatakan terdapat trend bekas pengawai tertinggi kerajaan menyertai parti pembangkang seperti PAS.

    "Jika katakan terdapat trend, itu 'Over Statement' ramai pesara-pesara kerajaan termasuk pegawai tertinggi menyertai Barisan Nasional (BN), cuma tidak di 'high light'," kata pensyarah UKM itu.

    Menurut Dr. Agus, kemasukkan bekas-bekas pegawai tertinggi kerajaanmenyertai PAS membuktikan tidak semua penjawat awam akan mengundi BN dalam pilihanraya dan mereka adalah 'Silent Voters' yang lebih merbahaya.

    "Jika terdapat polisi atau dasar kerajaan dibuat dan tidak dipersetujuioleh penjawat-penjawat awam, mereka-mereka ini akan menjadi 'silent voters' yang tidak akan mengundi BN dalam pilihan raya akan datang.

    "Golongan ini (silent voters) lebih merbahaya kerana kelihatan sepertimenyokong kerajaan dan buat program untuk kerajaan tetapi mengundi menentangkerajaan," kata Dr. Agus lagi.

    Kemasukkan bekas pegawai-pegawai kanan kerajaan ke dalam PAS menambahkan lagi kekuatan kepada parti tersebut.

    PAS adalah musuh tradisi Umno zaman berzaman. Ditubuhkan selepas penjajah British mengharamkan pergerakan Islam Hizbul Muslimin pada tahun 1948.

    PAS pernah dipimpin oleh Dr. Burhanuddin Helmy – tokoh nasionalis yang lebih awal dari Umno dalam menentang penjajahan. Partinya, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) turut diharamkan British pada tahun 1948.

    Selepas PRU 2008, PAS menjadi semakin kuat. Perpecahan akibat pertembungan garis pro dan anti kerajaan perpaduan tidak melemahkan partitersebut.

    Pilihan raya umum ke 13 menjadi medan pertembungan antara PAS dan Umnodan kita akan dapat melihat siapakah yang lebih disokong rakyat, terutamanya bagi orang Melayu.

    Tiada ulasan: