Jumaat, 6 Julai 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Mahathir pedajal PETRONAS (walaupun masih PENASIHAT Petronas)

Posted: 06 Jul 2012 03:34 AM PDT

(Oleh Mohd Martin Kahar)
KUALA LUMPUR 6 Julai: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mempersoal perjanjian membekalkan bahan api antara Malaysia Airlines (MAS) dan Petron Malaysia Sdn Bhd.
Beliau berkata, MAS sebelum ini mendakwa kerugian kerana terpaksa menanggung kos bahan api yang dibekalkan oleh Petronas.
"Apakah perjanjian dengan pembekal baru ini (Petron), MAS boleh menjamin syarikat itu dapat mengurangkan kerugian," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.
Beberapa blog sebelum ini mempertikai tindakan Mahathir kerana 'melepaskan' kontrak membekal bahan api kepada MAS sedangkan beliau adalah penasihat Petronas.
Mengulas perkara itu, Azan berkata, Petron diberikan kontrak kerana syarikat tersebut dimiliki anak bekas Perdana Menteri itu.
Petron merupakan anak syarikat San Miguel Corporation iaitu syarikat berasaskan arak terbesar di Filipina yang sahamnya turut dimiliki oleh Mirzan Mahathir.
Azan menambah, keuntungan jualan arak membolehkan San Miguel membeli 65 peratus saham Exxon Mobil Corporation iaitu syarikat induk Esso Malaysia Sdn Bhd.
"Esso kemudian dijenama semula kepada Petron dan ia berlaku secara pantas disebabkan kepentingan Mahathir," ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Azan yakin, beberapa pemimpin tertinggi MAS meletak jawatan disebabkan tidak bersetuju dengan perjanjian itu kerana ia bakal menjejaskan keuntungan MAS.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32401

Skandal LRT Ampang : Siasat Najib, bukan Rafizi

Posted: 06 Jul 2012 02:24 AM PDT

SAYA amat bimbang kerana pihak polis sedang menyiasat Rafizi Ramli yang telah mendedahkan butir-butir kontrak LRT Ampang. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bakri Zinin telah mengumumkan bahawa perkara ini sedang disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Pihak polis seolah-olah tidak menunjukkan minat dan kepentingan dalam pendedahan ini, suatu tender yang penting yang telah diberikan kepada pembida yang tidak berkelayakan iaitu George Kent yang juga melibatkan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak. Tidak satu pun diantara mereka dipanggil dan disiasat oleh pihak polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mereka lebih berminat untuk mempertahankan OSA, satu undang-undang zalim yang digunakan untuk melindungi mereka yang berkuasa. Mengapa kontrak projek infrastruktur awam dibayar dengan menggunakan wang rakyat yang diletakkan sebagai rahsia negara? Apakah butiran yang didedahkan ini akan menjejaskan keselamatan negara kita?

Ini jelas menunjukkan bahawa siasatan peringkat tinggi pihak polis terhadap Rafizi adalah bertujuan untuk melindungi PM dan untuk menakut-nakutkan serta mengganggu Rafizi.

Rafizi telah mendedahkan penyelewengan dana. Beliau sepatutnya dipuji dan bukannya ditindas.

Kenyataan Bakri Zinin jelas menyatakan beliau berat sebelah dalam memihak kepada Najib & Barisan Nasional (BN). Pihak polis telah gagal untuk mengekalkan kebebasan mereka dan mengkhianati kepercayaan orang ramai.

Jika pihak Polis mahu memulihkan kredibiliti mereka, hentikan usaha menakutkan dgn siasatan OSA terhadap Rafizi sebaliknya menyiasat peranan Najib sebagai suspek dalam kontrak pembinaan tambahan LRT laluan Ampang.


Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

source: http://milosuam.blogspot.com/2012/07/skandal-lrt-ampang-siasat-najib-bukan.html#ixzz1zpgXDXET

Macam ni hampa nak percaya pada SPRM, .... cegah rasuah kepala bapak depa ...

Posted: 06 Jul 2012 01:33 AM PDT

SHAH ALAM: Seorang Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihukum penjara 13 tahun dan denda berjumlah RM2.275 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan rasuah tiga tahun lalu. 


Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman itu ke atas M. Mohan, 39, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan munasabah. Bagi pertuduhan pertama, Mohan dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan denda RM1.25 juta atau 60 bulan penjara jika gagal membayar denda, penjara 13 tahun dan denda RM1 juta atau 50 bulan penjara jika gagal membayar denda itu bagi pertuduhan kedua dan penjara 13 tahun dan denda RM25,000 atau lapan bulan penjara jika gagal membayar denda bagi pertuduhan ketiga. 
Bagaimanapun tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara 13 tahun selepas Hakim Azhaniz Teh memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak daripada tarikh jatuh hukum hari ini.

Peguam yang mewakili Mohan, R.Ratha Kirushnan, memohon kepada mahkamah supaya hukuman penjara dan denda ke atas anak guamnya ditangguhkan sementara menunggu rayuan. 

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nik Azrin Zairin Nik Abdullah berkata tiada keadaan istimewa yang membolehkan hukuman ke atas tertuduh ditangguhkan walaupun dia telah berkhidmat selama 18 tahun dengan SPRM. 

Hakim Azhaniz Teh kemudian membenarkan hukuman penjara itu ditangguhkan tetapi menetapkan hukuman denda perlu dibayar pada hari ini selain mengarahkan tertuduh diikat jamin RM50,000. 
Bagi pertuduhan pertama, Mohan didakwa meminta bagi dirinya suapan wang tunai RM250,000 daripada A. Sinnaiah sebagai dorongan untuk tidak meneruskan siasatan ke atas Sinnaiah, yang disyaki memberi rasuah kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen. 

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa secara rasuah bersetuju menerima suapan wang tunai RM200,000 daripada Sinnaiah sebagai dorongan untuk melakukan perkara yang sama. 

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan di pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam, antara 11 pagi dan 1 tengah hari pada 22 Oktober 2009. 

Mohan juga menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu memperoleh untuk dirinya suapan wang tunai RM5,000 daripada orang sama sebagai dorongan untuk melakukan perkara sama di di Restoran Sri Paandi Corner, Pandan Indah di Ampang, Selangor, antara 11 pagi dan 12 tengah hari, 25 Oktober 2009. 

Pertuduhan pertama ke atas Mohan dibuat mengikut Seksyen 16 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 manakala pertuduhan kedua dan ketiga di bawah Seksyen 17 (a) Akta yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama. 

Seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi. - BERNAMA

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


A mad doctor in the house.....

Posted: 06 Jul 2012 01:58 AM PDT

Raja mana bunuh orang Che Det? Cuba habaq chek mai!!!

Posted: 06 Jul 2012 12:43 AM PDT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


If you want to break anything let UMNO do it, if you want to make it worst get UMNO to fix it back

Posted: 06 Jul 2012 06:04 PM PDT

Terlalu banyak spekulasi tentang pilihanraya umum yang telah tertangguh sebegitu lama.. Najib akhirnya merupakan satu-satunya PM dalam sejarah negara yang tidak memanggil pilihanraya untuk mendapatkan mandat dan 'endorsement' tentang kepimpinannya. Sekali gus Najib merupakan seorang PM yang paling lemah dalam sejarah negara merdeka kita.
Selemah-lemah Pak Lah, beliau berani memanggil pilihanraya dalam tempoh lima bulan untuk mendapatkan 'endorsement' rakyat dan beliau telah mendapat meraih 90% sokongan dalam Dewan Legislatif semasa pilihanraya yang ke11 yang lalu. Peratusan itu hampir sama dengan pilihanraya 1955 dalam mana Perikatan hanya kalah satu kerusi di Pulau Pinang yang ditandingi oleh Sulaiman Palestin.
Read More / Baca Lagi >>

Membaca Buku Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat

Posted: 06 Jul 2012 06:01 PM PDT

Membaca buku Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat membawa pemikiran saya kepada dimensi pinggiran yang lebih merupakan interaksi seorang bukan Muslim dengan realiti semasa.  Dimensi utama yang melibatkan interaksi seorang Muslim dengan dunia di sekelilingnya bukanlah pengalaman dan worldview yang mencorakkan pemikiran seorang bukan Muslim seperti saya.

Tanggal 25 Jun 2012, saya telah menghadiri masjlis pelancaran buku ini, yakni karya terkini Dr. Siddiq Fadzil, "seorang guru tua dari pedalaman" yang telah terlibat sebagai seorang aktivis semenjak zaman pelajar sehinggalah beliau memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sebagai Presiden ketiga (1982-1991).  Hampir seribu hadirin hadirat yang mengisi dewan sebuah hotel di Ampang mungkin ternampak kehadiran seorang dua bukan Muslim pada malam itu.
Read More / Baca Lagi >>

Ilmu mahu cendekiawan bincang hudud....UMNO jangan madah berhelah sudah le...!!!!

Posted: 06 Jul 2012 05:59 PM PDT


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya
 
SHAH ALAM – Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu) mencadangkan semua cendekiawan dikumpul untuk berbincang mengenai pelaksanaan hudud di negara ini.

Pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sudah tiba masanya orang Islam duduk semeja berbincang mengenai hukum ini malah ia juga langkah penting supaya semua pihak dapat memahami dengan jelas mengenai pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Read More / Baca Lagi >>

Skandal LRT Ampang: Polis guna OSA selamatkan Najib

Posted: 06 Jul 2012 05:57 PM PDT

Rafizi disiasat,.. Najib lindungi 
Beberapa hari lalu Rafizi Ramli telah mendedahkan penyelewengan dalam skandal LRT Ampang yang melibatkan Perdana Menteri, malangnya Pengarah Strategi PKR itu telah disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Ini jelas menunjukkan bahawa siasatan pihak polis terhadap Rafizi adalah bertujuan untuk melindungi pihak bekuasa khas Perdana Menteri daripada disabitkan. Dalam masa yang sama  ia juga bertujuan untuk menakut-nakutkan Rafizi dan Pakatan Rakyat! 
Read More / Baca Lagi >>

Anwar ulangi pendirian bersara jika kalah PRU 13

Posted: 06 Jul 2012 05:48 PM PDT

RAWANG, 7 Julai —  Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kekal dengan pendiriannya untuk bersara sekiranya tewas dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang walaupun dipujuk oleh anaknya Nurul Izzah semalam.
Anwar yakin Pakatan Rakyat (PR) akan menang PRU 13 walaupun mungkin terdapat penipuan.
"Insya-Allah, saya yakin akan menang", katanya bila ditanya mengenai peluang memenangi PRU.
Dengan tegas ketua pembangkang mengulangi kenyataan jika PR kalah, dia akan bersara dari politik dan kembali mengajar.
"PRU mungkin akan berlangsung pada September, kita menang, kita tidak akan lupakan rakyat kerana kita juga pernah susah.
"Kalau kita menang, hari angkat sumpah kita akan turunkan harga minyak", kata ahli parlimen Permatang Pauh (gambar) itu.
Read More / Baca Lagi >>

1Malaysia concept an empty slogan

Posted: 06 Jul 2012 05:47 PM PDT

Najib has allowed his own camp to debunk and debase his ideas and vision for the nation.

With the date of the 13th general election still being a tightly kept secret, Umno's lackey, MCA, has gone on the offensive by attacking the reputation of the Pakatan Rakyat-helmed Penang and Selangor state governments. This is done to shore up Chinese support for Barisan Nasional ahead of the impending polls.
However, this move by MCA has only increased the Chinese hatred for the party whom many Chinese have labelled as "running dogs", a term reserved for cowardly traitors.
Many of the Chinese are so angry with MCA that the acronym of the party is now "Make Chinese Angry".
Although MCA is hellbent on getting into the limelight just before the Lim Guan Eng (Penang Chief Minister) versus Dr Chua Soi Lek (MCA president) debate on July 8, the debate is not the most important event to the Chinese right now.
Read More / Baca Lagi >>

JULY 14 simultaneous STOP LYNAS rallies in Malaysia & Australia

Posted: 06 Jul 2012 05:46 PM PDT

JULY 14 simultaneous STOP LYNAS rallies in Malaysia & Australia Activists campaigning to stop Australian rare earth refiner Lynas from setting up a plant in Malaysia will hold simultaneous rallies in the two countries on July 14 to "Save Malaysia, Stop Lynas".
The movement calling itself the same name - Save Malaysia, Stop Lunas or SMSL - is sparing no effort in drumming in the message to Prime Minister Najib Razak that the Lynas plant will cost him votes if he insists on pushing through the plant.
According to SMSL chairman Tan Bun Tee, the July 14 rally will include a special feature, where the attendees will be asked to cast a vote - for or against the Lynas plant -  which has been sited in Gebeng, Pahang.
"We are holding a nationwide 'Call to Action' rally. We will vote for a cleaner and safer future. Now we are telling people the votes in your hands are so important. It can help determine whether Lynas goes on," Tan was reported as saying on Friday.
Read More / Baca Lagi >>

SUDAH KANTOI!!.. MANA MAU LARI SEKARANG BEB!!!.. LAGI MAU NAFIKAH SAMBUT NAJIB RAZAK ADA IMBUHAN!!!!

Posted: 06 Jul 2012 05:41 PM PDT


Apakah para pemimpin UMNO termasuklah juak-juaknya nak nafikan yang kerja sambut Najib Razak diberikan imbuhan wang ringgit?

Tanpa wang ringgit jangan harap rakyat nak keluar meraikan Najib.

Itu tak termasuk kakitangan kerajaan yang dikerah secara paksa.. jika gagal hadir, diugut untuk diambil tindakan disiplin oleh Ketua Jabatan masing-masing.

Dengan ahli UMNO berjiwa totok pun terpaksa dirasuah dengan wang ringgit untuk sambut Najib Razak...

NO MONEY NO TALK PUNYA PARTI UMNO NI..

Anwar insists GE13 his final tilt at power

Posted: 06 Jul 2012 05:40 PM PDT

Anwar said he will go back to teaching once he gives up politics. — File pic
RAWANG, July 7 — Datuk Seri Anwar Ibrahim firmed up his retirement plan last night despite his daughter's plea that Pakatan Rakyat (PR) still needs his leadership, declaring at a rally here that the next general election would be his "final attempt" at federal power. The 64-year-old politician, whose career in politics has seen him go from the seat of power and into prison before joining the opposition, told to a crowd of thousands here that he would return to teaching upon retirement, and allow the new generation of leaders to take his place.
"This is my final attempt. If we win, we shall proceed. If not, let the new generation take on the struggle.
Read More / Baca Lagi >>

Tony Pua : Tiada Bail Out, Talam Beri RM 688.7 Juta Kepada Selangor.

Posted: 06 Jul 2012 05:39 PM PDT


 Kerajaan Selangor bukan sahaja tidak 'bail out' atau menyelamatkan Talam Corporation Bhd (Talam), malah syarikat itu terpaksa menyerahkan RM 688.7 juta dalam bentuk tunai dan aset kepada Kerajaan Negeri.
Demikian penjelasan yang dibuat oleh Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya utara hari ini ketika menjawab tuduhan kononnya Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menyelamatkan Talam dengan RM 1 billion wang rakyat.
Tuduhan tersebut di buat oleh Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong.
"Datuk Chua keliru. Dia sedar bahawa Talam berhutang Kerajaan Selangor RM 392 juta.
"Jika berlaku sedemikian, mengapa Kerajaan Selangor yang memperolehi RM 676 juta aset Talam?" Kata Tony dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat DAP hari ini.
Kerajaan Negeri Selangor memperolehi aset-aset Talam yang berupa hartanah setelah Talam gagal menjelaskan hutang mereka kepada Kerajaan Negeri.
Read More / Baca Lagi >>

Anak Mahathir beli syarikat minyak pakai duit arak

Posted: 06 Jul 2012 05:37 PM PDT

Esso Malaysia yang ditukar nama sebagai Petron, dibeli anak Dr Mahathir Mohamad menggunakan sumber kewangan San Miguel Corporation – sebuah syarikat arak terkemuka.
"Jadi, kalau pergi stesen Petron, samalah pergi ke syarikat anak Mahathir, Mokhzani," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian depan lebih  2,000 orang di Padang Kampung Selayang Indah, Selayang baru, malam tadi.
Anwar juga menyifatkan Datuk Seri Najib Razak tunduk kepada telunjuk Mahathir apabila meluluskan kontrak enam bulan untuk MAS membeli minyak dari Petron.
"MAS tak boleh beli minyak syarikat lain selama enam bulan,  daripada syarikat anak Mahathir, Petron – boleh," katanya, sinis.
Read More / Baca Lagi >>

Beri UNDI Sebab Ayat AL QURAN ? - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 06 Jul 2012 05:33 PM PDT

Bakal Ibu MERTUA Tak Suka - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 06 Jul 2012 05:32 PM PDT

Dilema Belajar AGAMA Sebab Dapat Tawaran IPTA - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 06 Jul 2012 05:32 PM PDT

INSAF Selepas Minum ARAK & Pil KUDA - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 06 Jul 2012 05:31 PM PDT

Boleh DAKWAH Melalui NASYID ? - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 06 Jul 2012 05:30 PM PDT

The Stream - Death by Polonium?

Posted: 06 Jul 2012 05:29 PM PDT

'Isteri tahanan ISA 'diugut' Polis, diminta tarik laporan'

Posted: 06 Jul 2012 05:29 PM PDT

Husam : Mekanisma pembiayaan lebuhraya rakyat

Posted: 06 Jul 2012 04:05 PM PDT

ICERD LAUNCH CEREMONY- UNVEILING THE ICERD CARTOONS

Posted: 06 Jul 2012 03:49 PM PDT

ICERD LAUNCH - FORUM AKU BANGSA MALAYSIA - TESTIMONY OF A TAXI DRIVER

Posted: 06 Jul 2012 03:48 PM PDT

ICERD LAUNCH - FORUM AKU BANGSA MALAYSIA - ISSUE ON MIGRANT WORKERS IN MALAYSIA

Posted: 06 Jul 2012 03:47 PM PDT

ICERD LAUNCH - FORUM AKU BANGSA MALAYSIA - ISSUE ON ORANG ASLI

Posted: 06 Jul 2012 03:47 PM PDT

ICERD LAUNCH - FORUM AKU BANGSA MALAYSIA - ISSUE WITH TAMIL SCHOOLS

Posted: 06 Jul 2012 03:46 PM PDT

ICERD LAUNCH CEREMONY

Posted: 06 Jul 2012 03:45 PM PDT

dollah yankee

dollah yankee


Tunggu hari nak tengok KJ 'debik' muka Tun Mahathir

Posted: 06 Jul 2012 04:16 AM PDT

"Bagaimanapun, kesilapan ini terletak dengan Abdullah. Dia memusnahkan semua institusi yang kita dibina, memusnahkan parti kita dan parti-parti komponen kami," katanya.
Beliau juga menyalahkan pengganti pilihannya itu kerana menghakis keyakinan kakitangan kerajaan terhadap BN.
Mahathir berkata demikian sejurus selepas pembukaan cawangan 'The Loaf" di Paradigm Mall di Kelana Jaya. 



Gurkah-gurkah politik di'port' antara orang-orang yang bersimpati dengan bekas perdana menteri, Pak Lah Badawi yang terus menjadi mangsa serangan,sasaran kritikan dan dipersalahkan oleh pemimpin Umno, termasuk bekas perdana menteri,Mahathir Mohamad.

Mahathir Mohamad semasa meresmikan sebuah kedai roti dalam satu kenyataannya tetap mahu menyalahkan Pak Lah Badawi sebagai penyebab Umno lemah.

Gurkah-gurkah ini menganggap yang Mahathir masih tidak berpijak di bumi nyata kerana sukar menerima kenyataan bahawa partinya itu sudah seperti 'telur dihujung tanduk',bila-bila masa saja telur itu akan hancur. Sebaliknya beliau menyalahkan pula pihak lain sebagai penyebab parti beliau lemah.

Mahathir sedar, bukan nya dia tak sedar yang rakyat semua sudah cukup-cukup meluat dengan Umno-BN yang sudah memerintah terlalu lama di negara ini dan telah melakukan terlalu banyak kepincangan dalam negara ini.

Kes rasuah tak payah cakap lah..terlalu banyak, penyelewengan kuasa, ketirisan, pemborosan, dan juga skandal-skandal seks. Negara pula telah kehilangan beratus bilion ringgit sepanjang Umno memerintah negara ini (terutamanya semasa zaman Mahathir memerintah).

Rakyat sebenarnya tidak hirau siapa yang berkuasa, sama ada Tun Abdullah mahupun Haji Najib. Semua pemimpin Umno sama di mata rakyat - rasuah, penyelewengan kuasa, bersikap zalim dan memboros sudah jadi darah daging dan sudah sebati dalam kehidupan mereka.

Belum pernah dalam sejarah negara, seorang perdana menteri terlibat dalam tuduhan di mahkamah Perancis kerana didakwa terlibat dengan rasuah komisyen pembelian kapal selam Scorpene. 


Isterinya pula? Isterinya pula tak payah cerita lah ...


Mahathir ini tidak tahu kah bahawa Umno/BN langsung sudah tidak relevan lagi ditahun 2012 ini? Rakyat dibawah sana mahukan perubahan dan Perdana Menteri yang baru dari parti yang lain (ABU) setelah terlalu lama 'dijajah' dan di'perbodoh'kan oleh rejim Umno yang sudah 'total rosak'.

Bukankah Mahathir sendiri yang pernah menyebut bahawa "Umno itu sudah busuk sehingga ke ususnya"?


Gurkah-gurkah ini cukup hairan dengan Mahathir yang tak habis-habis nak salahkan Pak Lah, wal hal dia lah yang teruk berkempen dari siang sampai ke subuh untuk jatuhkan Pak Lah sehingga dia sanggup naik ke pentas pembangkang memburuk-burukan kepimpinan Pak Lah.


Mungkin ini lah sikap sebenar Mahathir yang suka mencari kesalahan orang lain untuk puaskan hatinya dengan apa yang dia mahu.


Kesimpulan nya nanti ialah ... Good Bye Mahathir,Good Bye UMNO/BN!


dollah yankee -
Kalau depa tak tipu...ke Putrajaya lah PR