MIMPI SENJA |
- Mahathir pedajal PETRONAS (walaupun masih PENASIHAT Petronas)
- Skandal LRT Ampang : Siasat Najib, bukan Rafizi
- Macam ni hampa nak percaya pada SPRM, .... cegah rasuah kepala bapak depa ...
Mahathir pedajal PETRONAS (walaupun masih PENASIHAT Petronas) Posted: 06 Jul 2012 03:34 AM PDT (Oleh Mohd Martin Kahar) KUALA LUMPUR 6 Julai: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mempersoal perjanjian membekalkan bahan api antara Malaysia Airlines (MAS) dan Petron Malaysia Sdn Bhd. Beliau berkata, MAS sebelum ini mendakwa kerugian kerana terpaksa menanggung kos bahan api yang dibekalkan oleh Petronas. "Apakah perjanjian dengan pembekal baru ini (Petron), MAS boleh menjamin syarikat itu dapat mengurangkan kerugian," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily. Beberapa blog sebelum ini mempertikai tindakan Mahathir kerana 'melepaskan' kontrak membekal bahan api kepada MAS sedangkan beliau adalah penasihat Petronas. Mengulas perkara itu, Azan berkata, Petron diberikan kontrak kerana syarikat tersebut dimiliki anak bekas Perdana Menteri itu. Petron merupakan anak syarikat San Miguel Corporation iaitu syarikat berasaskan arak terbesar di Filipina yang sahamnya turut dimiliki oleh Mirzan Mahathir. Azan menambah, keuntungan jualan arak membolehkan San Miguel membeli 65 peratus saham Exxon Mobil Corporation iaitu syarikat induk Esso Malaysia Sdn Bhd. "Esso kemudian dijenama semula kepada Petron dan ia berlaku secara pantas disebabkan kepentingan Mahathir," ujarnya. Dalam perkembangan berkaitan, Azan yakin, beberapa pemimpin tertinggi MAS meletak jawatan disebabkan tidak bersetuju dengan perjanjian itu kerana ia bakal menjejaskan keuntungan MAS. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32401 |
Skandal LRT Ampang : Siasat Najib, bukan Rafizi Posted: 06 Jul 2012 02:24 AM PDT SAYA amat bimbang kerana pihak polis sedang menyiasat Rafizi Ramli yang telah mendedahkan butir-butir kontrak LRT Ampang. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bakri Zinin telah mengumumkan bahawa perkara ini sedang disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Pihak polis seolah-olah tidak menunjukkan minat dan kepentingan dalam pendedahan ini, suatu tender yang penting yang telah diberikan kepada pembida yang tidak berkelayakan iaitu George Kent yang juga melibatkan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak. Tidak satu pun diantara mereka dipanggil dan disiasat oleh pihak polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Mereka lebih berminat untuk mempertahankan OSA, satu undang-undang zalim yang digunakan untuk melindungi mereka yang berkuasa. Mengapa kontrak projek infrastruktur awam dibayar dengan menggunakan wang rakyat yang diletakkan sebagai rahsia negara? Apakah butiran yang didedahkan ini akan menjejaskan keselamatan negara kita? Ini jelas menunjukkan bahawa siasatan peringkat tinggi pihak polis terhadap Rafizi adalah bertujuan untuk melindungi PM dan untuk menakut-nakutkan serta mengganggu Rafizi. Rafizi telah mendedahkan penyelewengan dana. Beliau sepatutnya dipuji dan bukannya ditindas. Kenyataan Bakri Zinin jelas menyatakan beliau berat sebelah dalam memihak kepada Najib & Barisan Nasional (BN). Pihak polis telah gagal untuk mengekalkan kebebasan mereka dan mengkhianati kepercayaan orang ramai. Jika pihak Polis mahu memulihkan kredibiliti mereka, hentikan usaha menakutkan dgn siasatan OSA terhadap Rafizi sebaliknya menyiasat peranan Najib sebagai suspek dalam kontrak pembinaan tambahan LRT laluan Ampang. Dr Wan Azizah Wan Ismail Presiden KEADILAN source: http://milosuam.blogspot.com/2012/07/skandal-lrt-ampang-siasat-najib-bukan.html#ixzz1zpgXDXET |
Macam ni hampa nak percaya pada SPRM, .... cegah rasuah kepala bapak depa ... Posted: 06 Jul 2012 01:33 AM PDT SHAH ALAM: Seorang Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihukum penjara 13 tahun dan denda berjumlah RM2.275 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan rasuah tiga tahun lalu. Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman itu ke atas M. Mohan, 39, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan munasabah. Bagi pertuduhan pertama, Mohan dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan denda RM1.25 juta atau 60 bulan penjara jika gagal membayar denda, penjara 13 tahun dan denda RM1 juta atau 50 bulan penjara jika gagal membayar denda itu bagi pertuduhan kedua dan penjara 13 tahun dan denda RM25,000 atau lapan bulan penjara jika gagal membayar denda bagi pertuduhan ketiga. Peguam yang mewakili Mohan, R.Ratha Kirushnan, memohon kepada mahkamah supaya hukuman penjara dan denda ke atas anak guamnya ditangguhkan sementara menunggu rayuan. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nik Azrin Zairin Nik Abdullah berkata tiada keadaan istimewa yang membolehkan hukuman ke atas tertuduh ditangguhkan walaupun dia telah berkhidmat selama 18 tahun dengan SPRM. Hakim Azhaniz Teh kemudian membenarkan hukuman penjara itu ditangguhkan tetapi menetapkan hukuman denda perlu dibayar pada hari ini selain mengarahkan tertuduh diikat jamin RM50,000. Bagi pertuduhan pertama, Mohan didakwa meminta bagi dirinya suapan wang tunai RM250,000 daripada A. Sinnaiah sebagai dorongan untuk tidak meneruskan siasatan ke atas Sinnaiah, yang disyaki memberi rasuah kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen. Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa secara rasuah bersetuju menerima suapan wang tunai RM200,000 daripada Sinnaiah sebagai dorongan untuk melakukan perkara yang sama. Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan di pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam, antara 11 pagi dan 1 tengah hari pada 22 Oktober 2009. Mohan juga menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu memperoleh untuk dirinya suapan wang tunai RM5,000 daripada orang sama sebagai dorongan untuk melakukan perkara sama di di Restoran Sri Paandi Corner, Pandan Indah di Ampang, Selangor, antara 11 pagi dan 12 tengah hari, 25 Oktober 2009. Pertuduhan pertama ke atas Mohan dibuat mengikut Seksyen 16 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 manakala pertuduhan kedua dan ketiga di bawah Seksyen 17 (a) Akta yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama. Seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan