Nuffnang

Pengikut

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Awang awang ingat hang baik, tapi ni dia kerja hang rupanya ....

Posted: 05 Jul 2012 10:53 PM PDT

(Oleh Aliff Fikri)
KUALA LUMPUR 6 Julai: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek sekali lagi dicabar menjelaskan mengenai hubungan beliau dengan ahli perniagaan, Chung Hon Cheong dan skandal percetakan RM2 sebanyak 100 juta.
Sejak cabaran itu dibuat oleh Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail minggu lalu, Awang masih membisu berhubung pendedahan ini.
Mengulas perkara itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memberi peringatan kepada Awang supaya tampil menjelaskan dakwaan itu segera atau banyak lagi dokumen baru akan didedahkan.
"Difahamkan semua butiran, dokumen lengkap masih banyak lagi di tangan Saifuddin. Masa tiga minggu diberikan semakin berlalu.
"Jika Awang hanya mengambil sikap mendiam diri, maka SAMM akan sekali lagi berada di bumi Kelantan dan ole-ole pendedahan bercetak dan lengkap akan berada di tangan ribuan pengundi Bachok selepas Aidilfitri," kata Pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin.
Saifuddin pada 28 Jun lalu mendedahkan, salah laku Awang semasa menjadi Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dan memberi tempoh tiga minggu kepada beliau menjelaskan segala dakwaan dan mencabarnya menafikan hubungan dengan individu itu dan syarikat terbabit.
Menurut Saifuddin, Hon Cheong ialah pemilik syarikat Sun Prestige Sdn Bhd yang telah mendapat hak mencetak wang kertas RM2 sebanyak 100 juta keping ketika Awang memegang jawatan tersebut.
"Beliau juga merupakan pemilik syarikat Vertex United Sdn Bhd juga tidak mungkin secara kebetulan membeli rumah Awang di Damansara dengan harga agak tinggi iaitu RM550,000 (seperti didedah Saifuddin).
"Adakah ini semua ada kaitan dengan 'anugerah' projek mencetak nota mata wang negara?" tegas Badrul yang lebih dikenali Chegu Bard.
Awang turut dicabar menjelaskan wang yang diterima beliau untuk ke Jepun dan peranan Hon Cheong dalam menguruskan pembayaran bulanan kereta isteri kepada Awang.
Ini juga berikutan pendedahan Saifuddin bahawa Hon Cheong melalui syarikat Ultimate Holidays Sdn Bhd juga telah membuat bayaran untuk Awang keluar ke Jepun pada 28 Jun hingga 1 Julai 1999.
"Setelah diteliti mengenai kereta Honda Civic 1.6 yang digunakan isteri Awang, wujud keraguan dan turut dikaitkan dengan ahli perniagaan yang sama. Awang perlu menjawab benarkah kereta tersebut diuruskan pembayaran bulanannya sebanyak RM2,122 sebulan oleh Hon Cheong" kata Chegu Bard.
Hon Cheong juga didapati banyak menyumbang ke atas pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan dengan Awang.
"Banyak dokumen lain seperti pembayaran road tax, insurans, kelab golf, pembayaran cukai jalan, bil-bil seperti telefon yang atas nama Awang diuruskan oleh ahli perniagaan tersebut," cabar Chegu Bard pada ceramah perdana di hadapan 8,000 hadirin di Pantai Irama, Bachok, Kelantan 1 Julai lalu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32373

Rakyat Malaysia kemalangan di Jawa Barat

Posted: 05 Jul 2012 08:11 AM PDT

Beritanya di SINI

Rakyat nak mampuih, mampuih lah, Najib Razak tak boleh sentuh ... Haramjadah betoi la depa ni

Posted: 05 Jul 2012 04:07 AM PDT

Isu LRT: Utamakan keselamatan rakyat, Rafizi gesa polis
JAMILAH HAMZAH
5 Julai 2012
rafizi ramli
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, tindakan polis yang kelihatan lebih mementingkan kerajaan Barisan Nasional (BN)-Umno berbanding keselamatan rakyat bakal mengundang bahaya kepada jutaan pengguna ekoran keengganan penguatkuasa itu menyiasat Perdana Menteri.

Menurut beliau, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin menolak mentah-mentah dari menyiasat campurtangan Perdana Menteri dalam anugerah kontrak kerja-kerja pembinaan tambahan LRT laluan Ampang, sebaliknya segera menubuhkan pasukan khas mahu menyiasat kebocoran maklumat sulit negara apabila dokumen tender diketahui umum.

"Saya kesal dengan kenyataan Bakri kononnya kebocoran maklumat sebegini menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara.


"Apakah beliau tidak memahami bahaya kepada jutaan orang awam yang sedang dan bakal menggunakan sistem LRT laluan Ampang sekiranya sebuah syarikat yang langsung tidak ada pengalaman di dalam sistem LRT dianugerahkan kontrak ini?"katanya.

Rafizi juga menyoal sama ada Bakri berani mengambil risiko menaiki LRT sistem laluan Ampang setiap hari ke tempat kerja sekiranya beliau sedar bahawa seluruh kerja-kerja pembinaan dikendalikan oleh sebuah syarikat yang hanya berpengalaman mengilang meter air.

"Paling dikesali, pimpinan PDRM tidak pula bergegas mahu menyiasat kebocoran maklumat pertahanan negara apabila dokumen sulit mengenai strategi dan kekuatan pertahanan negara dijual kepada syarikat asing seperti yang didedahkan di Mahkamah Perancis baru-baru ini.

"Jelas sekali, kepimpinan PDRM berbeza pendapat dengan rakyat Malaysia mengenai makna sebenar kepentingan awam," katanya lagi.

Semalam, Bakri dipetik berkata, polis memandang serius pendedahan dokumen rahsia tersebut kerana dokumen yang telah dikelaskan sebagai rahsia kerajaan itu secara tidak langsung boleh menjejaskan kepentingan negara.

Dalam pada itu, Rafizi juga berkata, beliau  sedar tanggungjawab yang perlu digalas dan risiko yang perlu dihadapi dan nyawa jutaan rakyat Malaysia yang menggunakan sistem LRT laluan Ampang adalah terlalu berharga serta perlu dipertahankan sehinggalah kontraktor yang layak dan berkemahiran dilantik bagi projek ini.

"Sebarang usaha untuk menakut-nakutkan saya dan rakan-rakan dari terus membongkar skandal ini adalah sia-sia.

"Saya akan meneruskan siri pendedahan seterusnya pada hari Isnin 9 Julai 2012 seperti biasa. Malah, mulai minggu depan kami akan mula turun ke stesen-stesen LRT untuk mengedarkan risalah maklumat dan melancarkan kempen Utamakan Keselamatan Rakyat di seluruh LRT laluan Ampang," katanya. - Sinar Harian

Lagi kemalangan bas ekspres : Pemandu maut, 11 penumpang cedera dekat Tapah

Posted: 05 Jul 2012 01:36 AM PDT

TAPAH: Seorang pemandu bas ekspres maut manakala 11 lagi cedera dalam kemalangan bas dengan dua treler di Kilometer 303.6 Lebuhraya Utara Selatan jam 3 pagi tadi, kata jurucakap Bomba dan Penyelamat. 

Dua pemandu treler terbabit pula hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kampar. Dalam nahas 2.45 pagi itu, bas Seri Maju yang membawa 11 penumpang sedang dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur apabila ia merempuh belakang sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan. 
Pada masa sama, bas itu dirempuh pula dari belakang oleh sebuah treler lain.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

0
sumber :-

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


VIDEO - CERAMAH DI HADAPAN WARGA TENTERA/BEKAS TENTERA DI PORT DICKSON

Posted: 04 Jul 2012 11:24 PM PDT



Sebagai bekas tentera, aku ingin berkongsi beberapa perkara dengan warga tentera/bekas tentera untuk bersama melakukan perubahan.

Pada 30 Jun yang lalu, aku dijemput berceramah di Batu 4, Port Dickson khusus bagi penerangan kepada warga tentera/bekas tentera.  Semoga kita bersama lakukan perubahan DEMI RAKYAT.


RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Gantung Ambiga atau gantung diri?

Posted: 05 Jul 2012 07:00 PM PDT

Datuk Mohamad Aziz, MP Seri Gading, atau sesiapa saja boleh tidak setuju dan boleh marah peguam Datuk Ambiga Sreenevasan, pemimpin Bersih, atas kegiatannya sebagai anggota masyarakat madani menganjurkan tunjuk perasaan menuntut pilihanraya bersih dan adil.
Perlembagaan dan demokrasi membenarkan mana-mana anggota parlimen menyuarakan pandangan bebasnya, tetapi perlembagaan tidak menganjurkan seseorang menganjurkan menggantung orang itu dan orang ini atas apa alas an jua.
Bahkan Perdana Menteri dan Yang diPertuan Agong pun tidak boleh memerintah gantung sesiapa sekali pun ada alasan melayakkan seseorang digantung. Hanya mahkamah setelah mendengar hujah dakwaan dan pembelaan berkuasa menggantung sampai mati. Itu pun orang yang disabitkan boleh membuat rayuan lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Penduduk TTDI bantah pelan MRT

Posted: 05 Jul 2012 06:55 PM PDT

Persatuan Pemilik Rumah Pinggir Zaaba di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini, semalam, membantah pelan pembinaan laluan MyRapid Transit (MRT) di kawasan mereka berikutan didakwa meminggirkan pendapat penduduk setempat.Pengerusi Jawatankuasa Membantah (Protem) Persatuan Pemilik Rumah Pinggir Zaaba, Teoh Chye Tee berkata, mereka sudah menghantar pelbagai cadangan kepada MRT Corporation untuk menyelaraskan semula laluan MRT supaya tidak mendatangkan sebarang gangguan serta kerugian kepada penduduk di Pinggir Zaaba (PZ).
"Kami tidak menentang pembangunan, tetapi cadangan pembinaan ini tidak relevan dan akan mendatangkan pelbagai risiko serta kesan buruk kepada penduduk di sini.
"Jika pembinaan laluan MRT ini diteruskan, penduduk bukan saja berdepan masalah untuk keluar dan masuk rumah, malah mengalami pelbagai gangguan bunyi, debu, habuk dan getaran," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Bukan Islam dinasihat henti pertikai hudud....kalau ISLAM pertikai guana...!!!!

Posted: 05 Jul 2012 06:51 PM PDT


Logo Jati tidak haram SHAH ALAM - Orang bukan Islam yang tidak faham mengenai hudud tidak wajar mengeluarkan kenyataan kerana ia akan mengguris hati orang Islam.

Timbalan Presiden Persatuan Jalur Tiga (Jati), Datuk Aidit Ghazali berkata, pihaknya menasihatkan agar pihak yang terlibat berhenti daripada mengeluarkan komen yang berunsurkan politik.

Bagaimanapun, beliau menyeru agar pemahaman sebenar dan menyeluruh mengenai hudud disebarkan kepada bukan Islam malah kepada orang Islam sendiri terlebih dahulu bagi mengelakkan ramai pihak terkeliru.

Read More / Baca Lagi >>

SPR kecewa dengan jumlah pendaftaran pengundi luar negara

Posted: 05 Jul 2012 06:47 PM PDT

SHAH ALAM, 6 Julai — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kecewa dengan jumlah pendaftaran pengundi bagi rakyat Malaysia di luar negara.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) memberitahu The Malaysian Insider baru-baru ini sambutan terhadap pendaftaran pengundi yang dijalankan di pejabat kedutaan dan konsul Malaysia di luar negara hambar.
"Selepas enam bulan SPR membuka pendaftaran bagi pengundi luar negara di pejabat kedutaan dan konsul, setakat ini hanya 300 hingga 400 orang sahaja yang mendaftar.
"Yang datang untuk mendaftar paling ramai dalam sehari lima orang.
"Sebelum SPR buka pendaftaran dulu, heboh seluruh dunia seolah-olah begitu ramai pengundi Malaysia di luar negara yang dinafikan hak untuk mengundi," kata Abdul Aziz.
Untuk memudahkan rakyat Malaysia di luar negara untuk menjadi pengundi, SPR melantik semua pegawai-pegawai Malaysia di pejabat kedutaan dan pejabat konsul sebagai penolong pendaftar.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi Ramli, musuh nombor satu BN?

Posted: 05 Jul 2012 06:46 PM PDT


KUALA LUMPUR, 6 Julai — Sewaktu mencalonkan diri sebagai calon ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti tersebut tahun 2010, Rafizi Ramli adalah nama yang asing bagi ramai pihak.
Walaupun telah melibatkan diri dengan gerakan reformasi anjuran Datuk Seri Anwar Ibrahim semenjak hari pertama pada tahun 1998, watak Rafizi tenggelam oleh kerana kehebatan mentornya, Allahyarham Adelan Benan Omar. Adelan Benan Omar dan Rafizi Ramli (gambar) kedua-duanya membesar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Dalam tulisan di blognya, Rafizi menceritakan bagaimana manusia "genius" (Adelan) mendidiknya sehingga menjadi seorang pendebat hebat.
Rafizi kemudiannya masuk ke dunia korporat dan pernah bertugas di GLC seperti Petronas. Akauntan bertauliah ini muncul kembali dalam arena politik pada penghujung tahun 2010. Beliau dikatakan bertanggungjawab menyediakan teks debat Anwar ketika berhadapan dengan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Read More / Baca Lagi >>

Blogger Umno sedang menjerut leher sendiri

Posted: 05 Jul 2012 06:44 PM PDT


KUALA LUMPUR: Kepada banyak pihak, ia semakin jelas saban hari bahawa Umno adalah sebuah parti yang disertai individu-individu yang tamak dan tidak pernah ada rasa cinta kepada parti mereka.

Terdapat banyak peristiwa kebelakangan ini yang menguatkan persepsi tesebut, yang terbaru ialah pertelingkahan antara media, antara bos-bos media mereka dan pakar strategi yang memutar belitkan berita.


Ini termasuk bagaimana cara untuk menonjolkan agenda Umno dan bagaimana untuk menjual kepada orang awam mengenai kebolehan Umno dalam pembangunan, namun semuanya tidak berpadu dari atas ke bawah.
Read More / Baca Lagi >>

Umno’s paranoia over Singapore

Posted: 05 Jul 2012 06:43 PM PDT

Journalist Awang Selamat's recent lead article in Utusan Malaysia on PAP-DAP offered bizarre insinuations and is an attempt at using history to play off one race against another.

The recent piece by Awang Selamat on "PAP-DAP" is a piece of xenophobic journalism. Clearly the article seeks to justify the author's own preconceived conclusions.
He does so by elevating circumstantial events – namely, PAP and DAP's historical connections, Lim Kit Siang's association with Lee Kuan Yew and other political trivialities – into what he thinks are incontestable inferences.
Of course, the participation of some Singaporean diplomats in the Bersih event recently was screamed off as another definitive proof of Singapore's grand design to take over Malaysia.
Awang Selamat must be suffering from scotoma – the mind sees what it wants to see. Awang Selamat sees the sinister and diabolical plots by Singapore at every corner.
Read More / Baca Lagi >>

Jakim timbang haram novel dilancar Najib

Posted: 05 Jul 2012 06:41 PM PDT



 
Novel yang dilancarkan perdana menteri Selasa lalu kini berdepan risiko pengharaman apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang membincangkan kewajaran mengambil tindakan itu selepas ia dikaitkan dengan fahaman Syiah.

Penolong Pengarah (Penyelidikan I) Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan (Cawangan Akidah) Jakim Mohd Aizam Masod mengakui Perempuan Nan Bercinta karya pengarang terkenal Faisal Tehrani sedang dipertimbangkan untuk itu.Read More / Baca Lagi >>

KPDNKK serbu stor barangan tiruan

Posted: 05 Jul 2012 06:30 PM PDT

Ustaz Azhar Idrus : Kuliah Ramadhan & Soal jawab Puasa

Posted: 05 Jul 2012 05:31 PM PDT

Uncle Seekers gembira ditahan Polis

Posted: 05 Jul 2012 05:09 PM PDT

Kerana Ketamakan Dan Keborosan Rosmah, Najib Haramjadah Akan Memikul Segala Kesalahannya.

Posted: 05 Jul 2012 05:00 PM PDT


Perdana Menteri Najib Razak boleh menyembunyikan perasaan gementarnya apabila SUARAM memberitahu bahawa mereka telah berjaya mengumpul lebih dari RM 200,000 daripada makan malam amal yang telah diadakan pada hari Jumaat.
Namun, berita tentang orang kanan yang juga teman rapat Razak Baginda yang telah dipanggil oleh mahkamah Perancis untuk memberi keterangan dalam kes pembelian Scorpene yang bernilai RM 7.3 bilion oleh Malaysia dan juga telah berjanji memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan itu telah menjadikan PM Najib seperti cacing kepanasan.
"Dia telah mengesahkan akan memberi kerjasama kepada kami," kata penyelaras SUARAM, Cynthia Gabriel kepada para tetamu yang hadir pada makan malam tersebut.
Dia merujuk kepada Jalbir Singh Chahl, yang merupakan orang kanan Razak Baginda dalam Perimekar, sebuah firma yang menerima sekurang2nya 114 juta euro atau RM 570 juta dalam bentuk komisyen.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir, a racist and Malay chauvinist - TRUE OR FALSE?

Posted: 05 Jul 2012 04:57 PM PDT

Mahathir, a racist and Malay chauvinist - TRUE OR FALSE?The nation of Malaysia has reached the crossroads after years of suffering much anguish and pain in the hands of being ruled by Barisan Nasional. The extent of anguish and pain that Malaysians have suffered in the hands of BN cannot be fully quantified or assessed as yet.
However, what is certain is the way and manner of governing Malaysia since the days of the establishment of the Mahathir regime which has definitely witnessed a major blow and setback for democracy and race relations.
The real "pengkhianat Bangsa Melayu"?
It is an undeniable fact that while Mahathir governed Malaysia with impunity, he was also guilty of being a racist and a Malay chauvinist.
By often calling upon and using the racial card, he caused gullible and unsuspecting Malays and other bumiputras to believe that their common enemy is the non-bumiputras especially the Chinese and Indians.
Read More / Baca Lagi >>

Kak Wan : Kesal serangan terhadap Betty

Posted: 05 Jul 2012 04:54 PM PDT



Wan Azizah SHAH ALAM – Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail menyifatkan serangan pemimpin Barisan Nasional (BN) terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana, Betty Chew Gek Cheng merupakan tindakan terdesak dan pengecut untuk memalukan beliau dan keluarganya.

Beliau melahirkan rasa kesal dan simpatinya terhadap Betty Chew dan menegaskan serangan itu menunjukkan BN ketandusan idea dan tidak berupaya menawarkan dasar yang lebih baik kepada rakyat Malaysia.

Read More / Baca Lagi >>

'PR perlukan Anwar'

Posted: 05 Jul 2012 04:29 PM PDT

PETALING JAYA – Pakatan Rakyat (PR) masih memerlukan khidmat dan keringat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Anaknya yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, beliau tidak menafikan khidmat yang ditunjukkan ayahnya diperlukan dalam perjuangkan hak rakyat mendapatkan keadilan.

Terdahulu, dalam laporan Financial Times Selasa lalu, Anwar menimbang akan bersara daripada politik sekiranya PR gagal merampas Putrajaya pada PRU13.

Katanya, beliau akan kembali kepada aktiviti asalnya sebelum menyertai politik iaitu mengajar sama ada di dalam ataupun luar negara.

Menurut Izzah, berkemungkinan kenyataan yang dikeluarkan lebih meminta keseluruhan jentera PR secara keseluruhannya menumpukan usaha dalam proses memenangi PRU13.

Read More / Baca Lagi >>

Dr Morsi lulus ujian pertama

Posted: 05 Jul 2012 04:28 PM PDT

Dalam bukunya, Islam dan Masyarakat Melayu: Peranan dan Pengaruh Timur Tengah, yang asalnya merupakan hasil kajian PhD, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman menekankan dua negara yang mempunyai pengaruh besar ke atas umat Islam di Malaysia, iaitu Mesir dan Turki.

Penyebaran pengaruh Mesir dalam masyarakat Melayu pada tahun 1920-an dan 1930-an dikaitkan dengan peranan yang dimainkan Universiti al-Azhar dan kota Kaherah yang menjadi destinasi belia Melayu menuntut ilmu.

Begitu juga dengan gerakan Islah, yang menyeru umat Islam kembali kepada ajaran Islam sebenar, yang dipelopori Jamaluddin al-Afghani, yang kemudiannya mempengaruhi dua tokoh pembahaharu Mesir, iaitu Muhammad Abduh dan Rashid Rida.

Pelajar Melayu di Mesir menyaksikan rakyat negara itu berjuang menuntut kemerdekaan daripada penjajah Inggeris dan memberi pendedahan kepada mereka memainkan peranan menyemai kesedaran kepada anak bangsa. Peranan lulusan Azhar ini jauh mengatasi pengaruh mereka yang berpendidikan Inggeris atau Melayu.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi Ramli — BN enemy No. 1?

Posted: 05 Jul 2012 04:25 PM PDT

Rafizi (right) has been at the vanguard of PKR's attacks against alleged abuses by BN. — File pic
KUALA LUMPUR, July 6 — When he was nominated for the PKR Youth chief post in 2010, Rafizi Ramli was a foreign name to many, even within the party. Fast forward two years and the certified accountant appears to terrify even the upper-ranks of the ruling Barisan Nasional (BN) coalition. His exposé of the RM250 million National Feedlot Centre (NFC) scandal involving Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil's family had cost the Umno Wanita her job as Women, Family and Community Affairs Minister earlier this year.
After the NFC, he has moved on to allege more financial improprieties within public projects, the latest being the multi-billion tender for the light rail transit (LRT) extension works on the Ampang line that Rafizi has linked to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.
For his efforts, this alumnus of the elite Malay College Kuala Kangsar (MCKK) has faced repeated attacks from various quarters.
Read More / Baca Lagi >>

Negara Zina : Beg sandang berisi mayat bayi

Posted: 05 Jul 2012 04:20 PM PDT

RAHSIA pelajar bersalin dalam tandas asrama sekolah terbongkar apabila gadis itu ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan.


KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini sama sekali tidak menduga beg sandang yang diserahkan seorang rakan sekolahnya untuk disimpan rupa-rupanya mengandungi mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan.
Rahsia tersebut hanya terbongkar selepas 17 jam mangsa yang berusia 16 tahun menyimpan beg tersebut di bilik asramanya sebelum dia menerima panggilan daripada pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang memintanya menghantar beg sandang tersebut ke hospital.
Doktor yang memeriksa beg sandang itu menemui mayat seorang bayi perempuan.
Read More / Baca Lagi >>

KDN : Rakyat Malaysia perlu diberi pendidikan mengenai keganasan..!!!

Posted: 05 Jul 2012 04:17 PM PDT



Rakyat Malaysia perlu diberi pendidikan mengenai keganasan KUALA LUMPUR - Masyarakat Malaysia perlu diberi pendidikan mengenai keganasan bagi mengekang fahaman ekstremis yang dikaitkan dengan Islam supaya tidak tercetusnya insiden keganasan di negara ini.
  
Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN), Zamihan Mat Zain berkata selain itu tafsiran yang salah mengenai Islam juga menyebabkan segelintir masyarakat negara ini terpengaruh dengan fahaman kumpulan ekstremis.
  
"Mereka (ketua), misalnya memberi tafsiran yang tidak tepat mengenai konsep jihad. Konsep jihad ini luas dan bukan hanya kepada peperangan tetapi ketua kumpulan terbabit mengeksploitasi ajaran agama demi kepentingan sendiri sehingga sanggup bertindak ganas dengan niat menggulingkan kerajaan," katanya.
  
Terdahulu, beliau menjadi anggota panel program bicara BernamaTV 'Hello Malaysia' bersama Timbalan Ketua Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Anti Keganasan) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
  
Read More / Baca Lagi >>

Polis punca keganasan dalam pehimpunan Bersih, inkuiri Suhakam diberitahu

Posted: 05 Jul 2012 04:14 PM PDT

KUALA LUMPUR, Julai 5 – Polis anti-rusuh telah melepaskan gas pemedih dan meriam air ke atas peserta perhimpunan Bersih pada 28 April, yang telah menyebabkan pertembungan ganas yang berjam-jam dengan peserta, dan situasi ini dijadikan lebih teruk dengan penggunaan kawat dawai di sekelilling Dataran Merdeka yang telah menyebabkan kecederaan kepada para peserta, inquiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) diberitahu hari ini.
Satu saksi memberitahu inkuiri itu bahawa kawat dawai yang telah diguna oleh pihak berkuasa di Dataran Merdeka itu biasanya diguna dalam zon peperangan.
"Berdasarkan pengalaman saya, ia adalah jenis kawat dawai yang paling merbahaya. Ini adalah dari pengalaman saya sebagai seorang bekas pegawai tentera." Khairul Anuar Pawanchik, seorang askar yang telah bersara, memberitahu inkuiri itu.
Read More / Baca Lagi >>

SAMM harap keadilan dalam kes libat Syed Abdullah Syed Husein

Posted: 05 Jul 2012 04:13 PM PDT

6 Julai 2012
Kenyataan ini dikeluarkan bersifat pandangan peribadi. Setelah mendapat berita mengenai penangkapan seorang blogger Syed Abdullah Syed Husein yang juga dikenali sebagai Uncle Seekers, saya terpanggil meneliti blog beliau yang dikatakan kontraversi tersebut.
Jujurnya penulisan beliau sememangnya bersifat 'menyinggung' tetapi tidak boleh rasanya untuk membuang terus semua fakta yang dimunculkan. Walau apapun agak pelik juga hanya dengan tulisan berbentuk gossip itu PDRM bersungguh - sungguh melakukan operasi sehingga menahan beliau dan teman wanitanya berhampiran Tol Senawang pada waktu malam. Kenapa tidak dipanggil sahaja beliau untuk menyerahkan diri di Balai Polis ?
Read More / Baca Lagi >>

BERSIH 3.0 : Saksi lihat muka cedera, telinga berdarah

Posted: 05 Jul 2012 08:05 AM PDT


KUALA LUMPUR, 5 Julai: Seorang pegawai Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Khairul Anuar Pawanchik memberitahu tidak sempat memberi rawatan kepada seorang peguam yang mengalami kecederaan di muka sewaktu perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Sebaliknya beliau hanya sempat memberikan dua helai sapu tangan untuk menutup luka di pipi peguam yang pada mulanya tidak diketahui namanya.

Beliau hanya mengecam wajah peguam itu selepas membaca akhbar Suara Keadilan beberapa hari selepas itu.

"Saya dengar seorang lelaki kata, 'saya peguam pemerhati'. Saya lihat mukanya berdarah tapi saya tak sempat beri apa-apa rawatan, cuma saya berikan dua helai sapu tangan untuk tutup mukanya.
Read More / Baca Lagi >>

Tony Pua: Penswastaan Di Malaysia Telah Disalahgunakan Oleh Barisan Nasional

Posted: 05 Jul 2012 08:02 AM PDT

Bukti segala janji BN ditepati......!!!!

Posted: 05 Jul 2012 07:47 AM PDT

  

Malaysia ialah sebuah negara islam. Buktinya kita ada menteri agama, boleh melaungkan azan dan memiliki banyak masjid dan surau yang kosong.
Jamil khir.


Ustazah Mashitah.
Kita diperintah oleh BN. Umno adalah sebahagian dari parti yang mengangotai BN = BARISAN NASIONAL. UMNO = wakil rakyat yang paling banyak mendapat kerusi adun dan parlimen = parti yang dianggotai oleh majoriti islam dan melayu khususnya.


Orang umno seringkali bagitau kita bahawa bn telah menepati janji mereka selama memerintah malaysia dan perjuangan umno adalah untuk ;


1. Melayu = bangsa


2. Islam = agama


3. Malaysia = tanahair


Oke. Kita dah faham. Dan kita nak ucapkan terima kasih sebab memperjuangkan seme perkara tersebut.

Umno dan hiburan.
Read More / Baca Lagi >>

Pengakuan berita tv3 isu rosmah mansur sebagai PM.....!!

Posted: 05 Jul 2012 07:44 AM PDT


Tiada apa lagi yang boleh dikatakan. Sejak semalam pelbagai tv telah tampil membuat pengakuan. Akhirnya.. kini giliran berita pula mengambil alih peranan mereka. Dan seperti sangkaan kita selama neh.. akhirnya seme telah terbukti sudah. Siapakah sebenarnya PM kita.

kah kah kah

Mampuihhhhhh 

Errrr tolong mengadu domba kat bloggers umno oke. Aku tunggu bloggers umno buat posting penafian.

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Lawak gila babii


BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT