Nuffnang

Pengikut

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Berita Harian sabotaj Najib

Posted: 02 Jul 2012 09:39 PM PDT

PENULIS blog pro-BN menyelar Berita Harian ekoran laporan yang menonjolkan penamatan khidmat bekas ketua pengarah perkhidmatan awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Penulis blog berkenaan menimbulkan isu berkenaan kerana berpendapat penamatan khidmat penjawat awam kanan itu sepatutnya tidak diperbesar-besarkan.
Wartawan veteran dan Datuk Ahiruddin Atan yang menulis di rockybru.com.my berkata beliau bimbang kerana penulis blog pro-establishment berasa tidak senang dengan kumpulan akhbar NSTP, terutama pengarang urusan kumpulan kanannya, Datuk Jalil Abdul Hamid.

Satu lagi blog pro-Umno, Unspinners pula menyifatkan laporan Berita Harian itu sebagai satu 'sabotaj' ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menuntut supaya Jalil dipecat.

Spekulasi yang timbul di blog sebelum ini mengatakan bahawa Abu Bakar ditamatkan perkhidmatan ekoran skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mencetus kontroversi kerana ia memberi peningkatan gaji yang tinggi kepada pengawai kanan tetapi hanya peningkatan serendah RM10 kepada pekerja bawahan.

"Jalil nampaknya bersekongkol memalukan Perdana Menteri dengan membela Abu Bakar melalui cara memberi ruang untuk dia menyuarakan rungutan.

"Sudahlah Najib dimalukan kerana terpaksa menukar keputusan, laporan tersebut akan dianggap seolah-olah Abu Bakar telah dianiayakan," tulisan di laman theunspinners.blogspot.com itu dipetik.

Najib pada 8 Mac lalu mengumumkan bahawa SBPA akan dimansuhkan selepas rancangan itu menerima kritikan keras daripada kakitangan awam.

Abdul Jalil dilantik sebagai pengarang urusan kumpulan NSTP pada 15 Oktober tahun lalu.

Sebelum itu, Abdul Jalil merupakan Pengurus Besar Kanan di Jabatan Hal Ehwal Korporat Suruhanjaya Sekuriti pada 2009 sebelum dipinjamkan ke jawatan Ketua Komunikasi Kebangsaan di Pejabat Perdana Menteri.

Abu Bakar dalam Berita Harian dilaporkan sebagai berkata beliau tidak bersara namun khidmatnya diberhentikan oleh kerajaan.

Abu Bakar berkata beliau menerima surat penamatan khidmatnya daripada Jabatan Perkhidmatan Awam yang menyatakan bahawa khidmatnya berakhir pada 1 Julai.

Tambahnya, beliau berhasrat untuk bersara pada usia 60 tahun namun disebabkan penamatan awal itu, kuantum pencen dan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerjanya hanya dikira sehingga 30 Jun tahun ini.

Abu Bakar, 57, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 35 tahun. - Sabahkini

Video skandal Khalid Ibrahim - Setiausahanya didedah

Posted: 02 Jul 2012 06:38 PM PDT

Ingat lagi kejadian yang berlaku dibawah ini pada Ogos 2011? Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terjumpa sebuah kamera tersembunyi didalam pejabatnya. Menurut Khalid, dia tak tau berapa lama kamera tersebut berada dan diletakkan disitu dan siapa yang meletakkan kamera tersembunyi tersebut. Menurut Khalid lagi, mereka hanya menjumpai satu saja video, iaitu yang terdapat didalam kamera tersebut.
Hari ini, kami menyiarkan salah satu daripada video tersebut sepanjang 15 minit (BUKAN yang terdapat dalam kamera tersebut) untuk menunjukkan bahawa wujudnya  terdapat lebih banyak video. Tidaka ada apa yang sensasi dalam video ini walaupun orang-orang Azmin memberitahu bahawa terdapat adegan yang boleh memalukan Khalid dalam video-video yang lain. Video ini hanya menunjukkan Khalid terlebih manja dengan seorang wanita yang bernama Rahimah binti Kamarudin.
Menurut Azmin, Rahimah merupakan Setiausaha Khalid dari Guthrie Berhad, yang dibawa untuk bekerja dengannya dipejabat Menteri Besar. Dan orang-orang Azmin sakit hati kerana Rahimah kelihatan terlalu berkuasa dan Azmin membuat andaian bahawa terdapat satu hubungan intim diantara Khalid dan Rahimah.


Rahimah Binti Kamarudin
Adakah ini video yang dipasang untuk memerangkap Khalid dan Rahimah dalam keadaan yang mencurigakan? Hanya mereka yang memasang kamera tersembunyi tahu tujuan mereka..  tak kira siapa pun.
Sebenarnya, kamera tersembunyi itu telah diletakkan dipejabat Khalid sejak sekian lama. Dan terdapat lebih dari satu video selain dari yang dijumpai didalam kamera tersebut, seperti yang kami tayangkan dibawah. Persoalanya: siapa yang meletakkan kamera tersebut dan siapa yang menyimpan semua video tersebut. Juga, adakah terdapat video-video terlampau yang boleh menjejaskan ataupun boleh digunakan untuk mengugut Khalid?
Khalid tidak membuat laporan polis dan sebab itu polis tidak menjalankan siasatan. Malaysia mempunyai satu sistem yang ganjil dimana seseorang itu perlu membuat laporan polis sebelum polis mengambil sebarang tindakan. Itu sebabnya, oleh kerana tiada laporan polis dibuat, maka polis tidak dapat menjalankan siasatan. Dan misteri hanya kekal misteri.
Faekah Husin, Setiausaha Politik Khalid Ibrahim, merasakan bahawa Azmin Ali dibelakang semua ini. Dan oleh kerana dia berkata begitu, Azmin telah mencuba untuk menyingkir beliau dari jawatannya. Sekarang, kita semua boleh faham mengapa Faekah diserang oleh Azmin sejak kebelakangan ini. Azmin pula, merasakan Khalid adalah orang dibelakang video "aiskrim' yang memalukannya baru-baru ini.
Ini membuat kita tertanya-tanya, dengan pelbagai sabotaj yang berlaku, bilakah masanya mereka mentadbir negeri ataupun merangka strategi untuk PRU akan datang? Dengan PAS bergaduh sesama PAS, DAP bergaduh sesama DAP dan PKR bergaduh sesama sendiri, ditambah pula dengan setiap parti melawan parti yang lain, mampukah Pakatan Rakyat mengekalkan Selangor..atau adakah Selangor akan jatuh ketangan BN?
Okay..aku tak sepatutnya bercakap tentang keburukan Pakatan rakyat atau mengkritik pembangkang. Aku sepatutnya bercakap perkara-perkara baik dan membodek mereka. Kalau tidak, BN akan menggunakan apa yang aku cakap terhadap Pakatan Rakyat. Jadi, aku aku akan bercakap perkara yang tak baik tentang PR. Biarkan mereka buat apa yang mereka sedang buat. Dan kemudian, bila Selangor tumbang ketangan BN, aku boleh tulis artikel "aku dah kata!" dan berbangga dengannya sama seperti bila Perak tumbang selepas aku bagi tau. Walaupun pada mulanya mereka menafikannya.
Hey..aku belum pun menulis tentang apa yang mereka cuba lakukan terhadap Nurul izzah. So, jangan cabar aku tulis perkara tu. Sebab kalau aku mula menulis tentang perkara itu, hangpa semua malu.


*
**Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/07/02/video-skandal-khalid-ibrahim-dengan-setiausahanya-didedah/

11 cedera 2 parah kemalangan bas ekspress berdekatan Restoran Jejantas Sg Buluh

Posted: 02 Jul 2012 07:43 AM PDT

2 Julai 2012
KUALA LUMPUR - Sebelas penumpang cedera, dua daripadanya parah, selepas bas ekspres yang mereka naiki terbalik ketika dalam perjalanan ke Alor Setar, Kedah di Kilometer 457.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdekatan Restoran Jejantas Sungai Buloh di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata bas itu, yang membawa 28 penumpang dari terminal Pudu Sentral di sini, terbabit dalam kemalangan itu ketika hujan lebat kira-kira 3 petang.
 
Beliau berkata pemandu bas itu mendakwa kemalangan berlaku setelah dia cuba mengelak sebuah lori yang memasuki laluannya secara tiba-tiba.
 
"Ketika mengelak, pemandu bas ekspres itu gagal mengawal bas menyebabkan kenderaan itu terbabas ke laluan kanan lalu melanggar besi pembahagi di tengah lebuh raya sebelum terbalik di laluan paling kiri," katanya ketika dihubungi.
 
Arjunaidi berkata bagaimanapun, beberapa penumpang bas itu menyatakan pemandu berkenaan memandu dengan laju sebelum kemalangan berlaku.
 
Beliau berkata semua penumpang yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan manakala pemandu bas berusia 30 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan, termasuk menjalani ujian air kencing dan darah.
 
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan laju hingga menyebabkan kecederaan.
- Bernama

Hampa ingat Najib nak minta maaf? .... hahaha sampai kiamat laaa

Posted: 02 Jul 2012 05:39 AM PDT

Najib mewah guna wang rakyat untuk peribadi- Azan


KUALA LUMPUR 2 Julai: Tabiat gaya hidup mewah Datuk Seri Najib Razak mengguna wang pembayar cukai tidak sepatutnya diamalkan seorang bergelar perdana menteri, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota.
Beliau mengulas jawapan kerajaan mempertahan percutian peribadi Najib, yang membelanjakan sebanyak RM273,799.57 dari 18 Mei hingga 25 Mei  untuk bercuti ke Milan dan Washington, termasuk penggunaan pesawat rasmi negara.
"Wang sebanyak RM273 ribu tidak menjadi apa-apa masalah dan tidak menjadi kesalahan bagi Najib Razak, kerana beliau dan isterinya memang suka gaya hidup mewah,
"(Mereka) belanja apa saja demi kepuasan nafsu, tabiat seperti ini tidak sepatutnya ada bagi seseorang orang tertinggi dalam negara," ujarnya.
"Kita dapat lihat, Najib Razak sentiasa saja mempunyai kaedah untuk mencari alasan demi menghalalkan setiap perbuatan yang sememangnya salah," kata beliau.
Beliau dalam pada itu mencabar Najib supaya memohon maaf seperti mana pernah dilakukan Perdana Menteri negara lain, jika mereka membuat kesilapan.
"Kita ambil contoh Perdana Menteri negara Komanwel seperti Perdana Menteri New Zealand, John Key, beliau sentiasa bertanggungjwab tentang apa juga masalah melibatkan kepentingan rakyat dan kerajaan.
"Beliau secara terbuka akan memohon maaf kepada rakyat di negaranya jika membuat kesilapan," kata beliau.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32175

TGNA sokong Johor laksana hukum Hudud

Posted: 02 Jul 2012 05:14 AM PDT

PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong penuh cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat supaya Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau amat bersyukur dengan cadangan itu walaupun ia datang daripada orang Umno.
"Pada saya, saya bersyukur sangat-sangat atas kesedaran ini. Tidak perlu cabar-mencabar, saya menyokong sepenuh hati.
"Kelantan atau Johor dahulu tidak penting. Kelantan telah menghadapi halangan untuk laksanakan hudud. Jika Johor mendahului Kelantan, silakan. Insya-Allah giliran Kelantan akan tiba juga," kata beliau menerusi tulisannya di Facebook pada Isnin.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Ayub di sebuah portal pada Sabtu lalu mencadangkan supaya Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud.
Nik Aziz berkata, beliau berharap agar cadangan ADUN Kemelah itu tidak akan ditarik balik dan menjadi kenyataan.
"Mari kita bekerjasama memperlihatkan Islam yang sebenar kepada masyarakat Malaysia. Tahniah kepada Umno Johor dan saya menunggu langkah yang seterusnya," kata beliau.
Dalam laporan itu, Ayub berkata, beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud "sebenar" yang menurutnya berbeza daripada hudud PAS.
ADUN Kemelah itu berkata, perbezaan paling ketara adalah hukum sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS yang hanya tertakluk kepada orang Islam.
Beliau turut mencabar PAS menyokong cadangan hukum hudud walaupun ia datang dari Umno sekiranya mereka benar-benar ikhlas mahu memartabatkan Islam.
"Apabila Umno sebut tentang hudud, PAS kena sokong jugalah," katanya lagi yang dipetik dalam laporan itu. - mStar

dollah yankee

0
sumber :-

dollah yankee


Ali Rustam pula yang demam

Posted: 02 Jul 2012 07:39 AM PDT

Nampaknya demam pilihanraya ke-13 sudah masuk ke negeri Melaka. 170 buah meja telah habis di-beli (tanpa paksa, tanpa di-sponsor dan bukan free) olih rakyat negeri Melaka yang mahu ber'ubah' dan nak tengok Ali Rustam pula demam. Meja-meja itu telah berjaya di jual olih PKR negeri Melaka pada satu majlis makan malam di dewan Pay Fong Melaka anjuran mereka kelmarin dengan penutup majlis diakhiri dengan ceramah olih DS Anwar Ibrahim.
2 jam selepas itu DS Anwar bergegas pula ke perkarangan pejabat PKR negeri Melaka di Bukit Piatu, untuk satu ceramah pilihanraya. Perkarangan pejabat PKR itu juga telah banjir dengan orang ramai yang juga mahu melihat Ali Rustam demam.

dollah yankee -
Jom tawan Putrajaya !

Kabinet masih lagi 'meeting'

Posted: 02 Jul 2012 01:23 AM PDT

dollah yankee -
Sehingga hari ini kabinet masih lagi ber'meeting' biarpun sudah banyak jalan,sudah banyak cara yang digunakan...namun sehingga hari ini DIA masih tetap berdiri utuh dan teguh!Terima kasih rakyat Malaysia!

RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


How To Cross The Ocean of Dunya Without Drowning - Yasmin Mogahed

Posted: 02 Jul 2012 07:50 PM PDT

‘Whose money is Musa holding?’

Posted: 02 Jul 2012 07:40 PM PDT

Sabah Chief Minister Musa has claimed that a large part of his multi-million fortune held in foreign accounts is not privately owned by him.
KUALA LUMPUR: PKR wants Prime Minister Najib Tun Razak to clarify "leaked" investigation papers that a Swiss bank account linked to Sabah Chief Minister Musa Aman contains US$100 million belonging to Umno.
Musa allegedly told Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) officers that the money in question traced to a bank in Zurich, Switzerland and under investigation by banking and criminal investigation agencies overseas was not his but Umno's, said a senior PKR official.
PKR vice president Tian Chua who is also MP for Batu, said Najib must explain Musa's alleged statement linking Umno and therefore the government to the hitherto secret party slush fund.
The money is part of a large sum being traced by international investigative reporters including of online media, Sarawak Report, who published details of transactions connecting Musa, Sabah businessman Michael Chia as well as many in Malaysian and Swiss banking in questionable financial deals crisscrossing several countries.
Read More / Baca Lagi >>

Awang Selamat gets an ‘F’

Posted: 02 Jul 2012 07:38 PM PDT

Given Utusan Malaysia's track record in the past few years of spinning lies, its Awang Selamats do seem to be stupid.

By Kee Thuan Chye
SINGAPORE's ruling party, the People's Action Party (PAP), is conniving the downfall of the Barisan Nasional government in Malaysia, and it's doing it through its local proxy, the Democratic Action Party (DAP).
This is the most preposterous thing anyone has heard about what could happen at our upcoming 13th general election. The leaders of the PAP must be rolling on the floor with laughter.
That this piece of nonsense came out of Utusan Malaysia truly speaks badly of the Umno-owned newspaper. It is bandied about without any shred of evidence to support it. Instead, it comes with a wild allegation that the PAP has been waiting 48 years to achieve its "dream" in Peninsular Malaysia.
What "dream"? What would it benefit the PAP to see the fall of BN? And after that, what?
Whoever wrote that article (under the pseudonym of Awang Selamat) has no sense of logic. If Pakatan Rakyat wins the 13th general election, does it mean the DAP can invite the PAP to come into Peninsular Malaysia? It's that easy, is it? The DAP's coalition partners, PAS and PKR, would welcome the PAP with open arms?
Even schoolboys would not think that!
Read More / Baca Lagi >>

Can you vote for monkeys and expect them to take care of the ripening bananas!

Posted: 02 Jul 2012 07:36 PM PDT

Can you vote for monkeys and expect them to take care of the ripening bananas!Malaysia is a land most certainly blessed by the gods from time immemorial. Only Malaysians seem to fail to see this truth. It is either because they take the blessings of the gods upon this nation for granted or they are disinterested or couldn't care less as long as they are able to get on with the business of living.
It is this failure, the inability to appreciate and value and savor the manifold blessings upon the country that should prove to be the undoing of the people of Malaysia.
Instead of focusing on ensuring the equitable distribution of the wealth of the nation and forge ahead to better themselves in a globalized environment, Malaysia's governing leaders seem more bent on abusing and misusing the nation's multiple resources.
Facing up to the facts
Read More / Baca Lagi >>

Negara Samseng Dan Penjenayah : Ambiga terima ugutan bunuh

Posted: 02 Jul 2012 07:30 PM PDT


ambiga SHAH ALAM – Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk S Ambiga menerima kiriman emel ugutan bunuh daripada individu yang tidak dikenalinya, kelmarin.

Difahamkan, kandungan emel tersebut memaparkan dua nama lelaki yang diupah, dipercayai untuk membunuh beliau.

Menurut sumber, kiriman itu dihantar kira-kira jam 5 pagi dan disedari Ambiga pada jam 1 tengah hari melalui telefon bimbitnya.

"Bimbang dengan keselamatannya, laporan dibuat di Balai Polis Travers pada hari kejadian. Dipercayai, pengirim menggunakan nama kumpulan gengster bagi menakutkan beliau," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfield, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan menerima laporan tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Hudud : Pimpinan UMNO Johor Bakal Beralih Angin.....!!!!!

Posted: 02 Jul 2012 07:29 PM PDT

Panas....ada pimpinan UMNO Johor akan beralih angin...."Hudud UMNO untuk semua"..."Hudud PAS untuk  Islam sehaja"...!!!!

LRT : George Kent Gagal Dalam Penilaian Bidaan, Bahayakan Nyawa Orang Ramai

Posted: 02 Jul 2012 07:23 PM PDT

Penilaian bidaan untuk kerja-kerja tambahan LRT Ampang dibuat oleh sebuah syarikat perunding kejuruteraan bernama HSS Integrated Sdn Bhd. Syarikat ini adalah syarikat bersekutu yang menggunapakai kepakaran Halcrow, salah sebuah perunding kejuruteraan terkemuka di dunia.
Keseluruhan penilaian teknikal projek LRT Ampang bernilai lebih RM1 bilion ini dibuat oleh Halcrow. Keputusan penilaian telah dimaklumkan kepada Syarikat Prasarana Negara Berhad dalam sebuah laporan bertarikh September 2011 yang disertakan bersama.
Berdasarkan keputusan penilaian yang dibuat oleh Halcrow, Dato' Shahril Mokhtar (Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana) telah menulis surat kepada Kementerian Kewangan bertarikh 12 Disember 2011 untuk memaklumkan hasil penilaian bidaan kepada Jawatankuasa Peroleh Menteri Kewangan (JPMK) yang dipengerusikan Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri.


Read More / Baca Lagi >>

Pemerhati p'raya: Tak adil hentam kami, kata SPR..he..he..adil kalau menipu rakyatkan..!!!

Posted: 02 Jul 2012 07:22 PM PDT

Pengarusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata adalah untuk adil untuk mengkritik SPR berhubung langkahnya untuk melantik lima pemerhati pilihan raya sewaktu pilihan raya umum ke-13.

NONEBeliau menjelaskan, pemerhati yang sedang dipertimbang untuk dilantik oleh SPR itu, bekerjasama dengan suruhanjaya berkenaan untuk menyediakan satu garis panduan  dan ia belum muktamad lagi.

Oleh itu, tambahnya, adalah tidak adil untuk mengkritik SPR sekarang kerana pemerhati (berpotensi) itu belum lagi ditauliahkan.

Abdul Aziz menjelaskan demikian dalam mesej teks kepada Malaysiakini semalam.

SPR berdepan dengan kritikan hebat sejak menamakan lima NGO yang mahu dilantiknya sebagai pemerhati dalam pilihan raya umum akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

KERJA GILA - SIJIL SPM UMPAMA SAMPAH

Posted: 02 Jul 2012 07:08 PM PDT

Suruhanjaya Perkhimatan Awam (SPA) memperkenal dua dasar baru, yang berkuatkuasa semalam, bagi meningkatkan peluang permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam.
  
Dasar pertama SPA ialah membenarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membolehkan semua calon bersaing dalam memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik.

Menurut kenyataan SPA, sehingga kini, seramai 852 calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda mengemukakan permohonan ke jawatan yang berkelayakan SPM.

Dasar kedua pula membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan dalam Borang Permohonan Pekerjaan Online SPA8i berbanding lima jawatan sebelum ini.
  
Langkah itu bertujuan memberi lebih banyak peluang kepada calon untuk dilantik ke jawatan bersesuaian.
  
Sejak semalam, seramai 5991 calon mengemukakan permohonan untuk lebih daripada lima jawatan.
    
- Bernama

Antara getah gelang, pemadam getah dan ‘handset’…

Posted: 02 Jul 2012 06:58 PM PDT

DIDIKLAH anak-anak kamu untuk menghadapi zamannya, bukan zaman kamu, demikian antara lain kata-kata masyhur Sayidina Ali Karramallahu wajhah (k.w.).
Kira-kira 10 tahun lalu, saya perasaan seorang anak saya yang berada di sekolah rendah terbabit dalam sejenis permainan menggunakan pemadam getah.


Kegunaan alat ini adalah untuk memadamkan tulisan pensil tetapi lain pula dibuat oleh anak saya itu dan rakan-rakannya.
Dalam permaianan membabitkan dua orang ini, pemadam getah itu digerakkan dan pemenangnya adalah orang yang berupaya meletakkan pemadamnya di atas pemadam lawan. Si pemenang akan mengambil pemadam rakan yang kalah.
Read More / Baca Lagi >>

Tidak kenal lagi sepat benua

Posted: 02 Jul 2012 06:57 PM PDT

Oleh MOHAMAD SABU
MAKSUD firman Allah, surah ar- Rum, ayat 41: "Telah jelas kerosakan (kefasadan) di darat dan di laut disebakan oleh perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar manusia merasakan mereka merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)."


Saya berulang alik ke sekolah rendah Padang Menora dari kampung saya, Kg Baru Guar Patai, berjalan kaki sejauh 1.5 km, daripada darjah satu hingga darjah lima. Melintasi sawah padi dan paya adalah perjalanan harian saya.
Kadangkala perjalanan pulang dari sekolah tergendala terutama di musim hujan. Saya dan rakanrakan berhenti untuk menangkap ikan haruan, sepat dan puyu, yang melompat ke darat dan cuba melintasi batas-batas sawah.
Read More / Baca Lagi >>

Jalan Mesir lebih sukar daripada Turki

Posted: 02 Jul 2012 06:56 PM PDT

Dalam sejarah moden, Turki dipandang sebagai negara sekular yang sukar dihadapi gerakan Islam, tetapi ternyata Mesir lebih mencabar.
Kemenangan calon Ikhwanul Muslimin, Muhamad Morsi sebagai presiden Mesir merupakan langkah awal bagaimana gerakan Islam mentadbir negara. Cabarannya besar dan perkara utama baginya adalah untuk mempertahankan demokrasi.

Terdapat persamaan dalam perjalanan sejarah moden Turki dan Mesir tetapi apa yang lebih diprihatinkan oleh Barat ialah betapa apa yang berlaku di Kaherah memberi kesan langsung pada Israel.
Menjelang Perang Dunia Pertama, Mesir seperti juga Turki adalah sebahagian daripada Khilafah Uthmaniah berpusat di Istanbul.
Dengan kejartuhan Uthmaniah, Turki dan Mesir muncul sebagai negara. Mesir adalah sebuah negara beraja melalui naungan British dan Perancis. Turki menjadi republik yang diasas oleh tentera pimpinan Kamal Attaturk.
Read More / Baca Lagi >>

UN Rights chief arms flow increasing into Syria

Posted: 02 Jul 2012 06:50 PM PDT

Manifesto PAS Terengganu

Posted: 02 Jul 2012 06:48 PM PDT

Haji Wahid Endut - Ceramah Banggol Donas

Posted: 02 Jul 2012 06:47 PM PDT

Datuk Ariff Sabri - Ceramah Banggol Donas

Posted: 02 Jul 2012 06:47 PM PDT

Lim: Memories of coup still fresh

Posted: 02 Jul 2012 06:46 PM PDT

Bang Mat : Jangan jack sampai terbalik kereta

Posted: 02 Jul 2012 06:44 PM PDT

Darul Runtuh

Posted: 02 Jul 2012 06:39 PM PDT

Orang Kaya Rampas Tanah

Posted: 02 Jul 2012 06:38 PM PDT

Takutkan PAS,. Umno cadang Hudud di Johor?

Posted: 02 Jul 2012 06:35 PM PDT


Apabila pilihanraya dah dekat macam-macam boleh berlaku!  apa-apa saja boleh terjadi!  tetapi takkan kerana takutkan PAS berkembang di Johor, maka Umno Johor tiba-tiba mahu laksanakan Hudud di Johor?  Pelik bunyinya!!

Seperti yang dilaporkan,..tak semena-mena seorang ADUN Umno dari Johor mencadangkan agar Umno melaksanakan hukum Hudud di negeri kelahiran Umno itu. Dan bertambah-tambah pelik, apabila hukum Hudud itu mahu turut dikenakan keatas orang bukan Islam,  sedangkan Hudud yang diperjuangkan oleh PAS tidak melibatkan orang bukan Islam. Barangkali inilah istimewanya Hudud ala Umno,..hebat, hebat!! 
Read More / Baca Lagi >>

M'sia MORE CORRUPT under Najib than Badawi and Mahathir

Posted: 02 Jul 2012 06:33 PM PDT

Malaysia MORE CORRUPT under Najib than Badawi and MahathirThe CIMB Group chief, Datuk Seri Nazir Razak and younger brother to the Prime Minister hit the nail on the head when he told Financial Times that Malaysia must overcome corruption if it is to move up from being a middle-income economy.
In fact, Nazir could be faulted for erring on the side of caution and holding his punches for Malaysia, under Datuk Seri Najib Razak's premiership for 39 months, is not only more corrupt than under the two previous Prime Ministers Tun Dr. Mahathir and Tun Abdullah Ahmad Badawi, but is heading towards the dubious honour of being the only Asian-Pacific country to slip in both Transparency International (TI) Corruption Perception Index(CPI)  ranking and score since the introduction of the annual assessment 17 years ago in 1995.
How can we fall so low
Read More / Baca Lagi >>

Uncleseekers gembira skandal Kesultanan Johor tersebar

Posted: 02 Jul 2012 06:31 PM PDT

PENULIS blog uncleseekers.blogspot.com mendakwa taktiknya untuk menyebarkan skandal yang melibatkan kesultanan Johor berjaya rentetan laporan Polis yang dibuat ke atasnya.

Nampaknya kali ini kesemua senarai 60 lebih pendedahan yang dibuat oleh beliau di blognya berkenaan skandal kesultanan Johor bakal menjadi buah mulut seluruh rakyat Johor dan seluruh Malaysia.



Inilah namanya taktik untuk meraih perhatian. Sekali meletup satu Malaysia akan datang ke blog uncleseeker untuk melihat dan menyaksikan sendiri segala pendedahan yang dibuat oleh beliau.

Uncleseeker turut mencabar pihak berkuasa menyiasat segala dakwaan beliau.

Kalau dua tiga tweet Nizar boleh siasat dan bagi liputan pagi petang siang malam, takkan pendedahan 60 lebih episod skandal Kesultanan Johor yang didedahkan oleh Uncle Seekers ni Polis buat bodoh? kah kah kah...

DEDAHKAN SEBAB SEBENAR MENGAPA TAN SRI ABU BAKAR DIBERHENTIKAN..???

Posted: 02 Jul 2012 06:27 PM PDT


Kerajaan mesti mendedahkan kepada rakyat mengapa bekas ketua pengarah perkhidmatan awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah secara mengejut sedangkan beliau sendiri masih mahu meneruskan kerjayanya. Umur beliua baru 57 tahun dan masih layak dan kuat untuk menyambung tugasnya.

Media melaporkan bahawa Abu Bakar masih mahu meneruskan kerjayanya tetapi ianya ditamatkan secara mengejut berkuatkuasa pada 1 Julai lalu.

Ramai pihak tertanya-tanya mengapa beliau dizalimi sebegitu. Sudah tentu ada alasan kukuh yang menyebabkan perkhidmatannya ditamatkan serta merta. Apa sebabnya rakyat hendak tahu.
Read More / Baca Lagi >>

BN berisiko kehilangan sokongan masyarakat India selepas gesaan ‘Gantung Ambiga’

Posted: 02 Jul 2012 06:25 PM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Julai  — Barisan Nasional (BN) berisiko kehilangan sokongan masyarakat India yang penting bagi memenangi pilihan raya umum akan datang, selepas serangan terhadap Datuk Ambiga Sreevasan ketahap kemuncak minggu lalu apabila ahli parlimen Umno, Datuk Mohamad Aziz mencadangkan agar dia digantung kerana menderhaka, kata pimpinan MIC kepada The Malaysian Insider. Akhbar-akhbar Tamil di negara ini menghebohkan berita dan analisis mengenai kenyataan di parlimen  ahli parlimen Sri Gading dan ini mencerminkan populariti pemimpin gerakan reformasi pilihan raya – Bersih. Ini menyebabkan kebimbangan pemimpin BN yang bekerja keras bagi mendapatkan kembali sokongan daripada 1.8 juta masyarakat India di negara ini, yang membentuk tujuh peratus daripada jumlah populasi penduduk dan juga pengundi.
Tegas MIC, presiden parti, Datuk G. Palanivel terpaksa bertindak segera bagi meyakinkan masyarakat India bahawa parti tersebut tidak menyokong kenyataan ahli parlimen Sri Gading selepas isu ini heboh menjadi berita utama.
"Kenyataan tersebut menjejaskan sokongan pengundi India, yang sokongannya lebih cenderung kepada BN, "tegas Palanivel  walaupun akhbar komuniti telah dipenuhi dengan berita tersebut.
Ketika perbahasan hangat di Dewan Rakyat Selasa lepas, Mohamad mencadangkan bahawa Ambiga (gambar) digantung kerana menderhaka dan memainkan peranan semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu, yang menyaksikan kekecohan di ibukota.
Read More / Baca Lagi >>

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT