MIMPI SENJA |
- Berita Harian sabotaj Najib
- Video skandal Khalid Ibrahim - Setiausahanya didedah
- 11 cedera 2 parah kemalangan bas ekspress berdekatan Restoran Jejantas Sg Buluh
- Hampa ingat Najib nak minta maaf? .... hahaha sampai kiamat laaa
- TGNA sokong Johor laksana hukum Hudud
Posted: 02 Jul 2012 09:39 PM PDT PENULIS blog pro-BN menyelar Berita Harian ekoran laporan yang menonjolkan penamatan khidmat bekas ketua pengarah perkhidmatan awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah. Penulis blog berkenaan menimbulkan isu berkenaan kerana berpendapat penamatan khidmat penjawat awam kanan itu sepatutnya tidak diperbesar-besarkan. Wartawan veteran dan Datuk Ahiruddin Atan yang menulis di rockybru.com.my berkata beliau bimbang kerana penulis blog pro-establishment berasa tidak senang dengan kumpulan akhbar NSTP, terutama pengarang urusan kumpulan kanannya, Datuk Jalil Abdul Hamid. Satu lagi blog pro-Umno, Unspinners pula menyifatkan laporan Berita Harian itu sebagai satu 'sabotaj' ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menuntut supaya Jalil dipecat. Spekulasi yang timbul di blog sebelum ini mengatakan bahawa Abu Bakar ditamatkan perkhidmatan ekoran skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mencetus kontroversi kerana ia memberi peningkatan gaji yang tinggi kepada pengawai kanan tetapi hanya peningkatan serendah RM10 kepada pekerja bawahan. "Jalil nampaknya bersekongkol memalukan Perdana Menteri dengan membela Abu Bakar melalui cara memberi ruang untuk dia menyuarakan rungutan. "Sudahlah Najib dimalukan kerana terpaksa menukar keputusan, laporan tersebut akan dianggap seolah-olah Abu Bakar telah dianiayakan," tulisan di laman theunspinners.blogspot.com itu dipetik. Najib pada 8 Mac lalu mengumumkan bahawa SBPA akan dimansuhkan selepas rancangan itu menerima kritikan keras daripada kakitangan awam. Abdul Jalil dilantik sebagai pengarang urusan kumpulan NSTP pada 15 Oktober tahun lalu. Sebelum itu, Abdul Jalil merupakan Pengurus Besar Kanan di Jabatan Hal Ehwal Korporat Suruhanjaya Sekuriti pada 2009 sebelum dipinjamkan ke jawatan Ketua Komunikasi Kebangsaan di Pejabat Perdana Menteri. Abu Bakar dalam Berita Harian dilaporkan sebagai berkata beliau tidak bersara namun khidmatnya diberhentikan oleh kerajaan. Abu Bakar berkata beliau menerima surat penamatan khidmatnya daripada Jabatan Perkhidmatan Awam yang menyatakan bahawa khidmatnya berakhir pada 1 Julai. Tambahnya, beliau berhasrat untuk bersara pada usia 60 tahun namun disebabkan penamatan awal itu, kuantum pencen dan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerjanya hanya dikira sehingga 30 Jun tahun ini. Abu Bakar, 57, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 35 tahun. - Sabahkini |
Video skandal Khalid Ibrahim - Setiausahanya didedah Posted: 02 Jul 2012 06:38 PM PDT Ingat lagi kejadian yang berlaku dibawah ini pada Ogos 2011? Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terjumpa sebuah kamera tersembunyi didalam pejabatnya. Menurut Khalid, dia tak tau berapa lama kamera tersebut berada dan diletakkan disitu dan siapa yang meletakkan kamera tersembunyi tersebut. Menurut Khalid lagi, mereka hanya menjumpai satu saja video, iaitu yang terdapat didalam kamera tersebut. Hari ini, kami menyiarkan salah satu daripada video tersebut sepanjang 15 minit (BUKAN yang terdapat dalam kamera tersebut) untuk menunjukkan bahawa wujudnya terdapat lebih banyak video. Tidaka ada apa yang sensasi dalam video ini walaupun orang-orang Azmin memberitahu bahawa terdapat adegan yang boleh memalukan Khalid dalam video-video yang lain. Video ini hanya menunjukkan Khalid terlebih manja dengan seorang wanita yang bernama Rahimah binti Kamarudin. Menurut Azmin, Rahimah merupakan Setiausaha Khalid dari Guthrie Berhad, yang dibawa untuk bekerja dengannya dipejabat Menteri Besar. Dan orang-orang Azmin sakit hati kerana Rahimah kelihatan terlalu berkuasa dan Azmin membuat andaian bahawa terdapat satu hubungan intim diantara Khalid dan Rahimah. Rahimah Binti Kamarudin Adakah ini video yang dipasang untuk memerangkap Khalid dan Rahimah dalam keadaan yang mencurigakan? Hanya mereka yang memasang kamera tersembunyi tahu tujuan mereka.. tak kira siapa pun. Sebenarnya, kamera tersembunyi itu telah diletakkan dipejabat Khalid sejak sekian lama. Dan terdapat lebih dari satu video selain dari yang dijumpai didalam kamera tersebut, seperti yang kami tayangkan dibawah. Persoalanya: siapa yang meletakkan kamera tersebut dan siapa yang menyimpan semua video tersebut. Juga, adakah terdapat video-video terlampau yang boleh menjejaskan ataupun boleh digunakan untuk mengugut Khalid? Khalid tidak membuat laporan polis dan sebab itu polis tidak menjalankan siasatan. Malaysia mempunyai satu sistem yang ganjil dimana seseorang itu perlu membuat laporan polis sebelum polis mengambil sebarang tindakan. Itu sebabnya, oleh kerana tiada laporan polis dibuat, maka polis tidak dapat menjalankan siasatan. Dan misteri hanya kekal misteri. Faekah Husin, Setiausaha Politik Khalid Ibrahim, merasakan bahawa Azmin Ali dibelakang semua ini. Dan oleh kerana dia berkata begitu, Azmin telah mencuba untuk menyingkir beliau dari jawatannya. Sekarang, kita semua boleh faham mengapa Faekah diserang oleh Azmin sejak kebelakangan ini. Azmin pula, merasakan Khalid adalah orang dibelakang video "aiskrim' yang memalukannya baru-baru ini. Ini membuat kita tertanya-tanya, dengan pelbagai sabotaj yang berlaku, bilakah masanya mereka mentadbir negeri ataupun merangka strategi untuk PRU akan datang? Dengan PAS bergaduh sesama PAS, DAP bergaduh sesama DAP dan PKR bergaduh sesama sendiri, ditambah pula dengan setiap parti melawan parti yang lain, mampukah Pakatan Rakyat mengekalkan Selangor..atau adakah Selangor akan jatuh ketangan BN? Okay..aku tak sepatutnya bercakap tentang keburukan Pakatan rakyat atau mengkritik pembangkang. Aku sepatutnya bercakap perkara-perkara baik dan membodek mereka. Kalau tidak, BN akan menggunakan apa yang aku cakap terhadap Pakatan Rakyat. Jadi, aku aku akan bercakap perkara yang tak baik tentang PR. Biarkan mereka buat apa yang mereka sedang buat. Dan kemudian, bila Selangor tumbang ketangan BN, aku boleh tulis artikel "aku dah kata!" dan berbangga dengannya sama seperti bila Perak tumbang selepas aku bagi tau. Walaupun pada mulanya mereka menafikannya. Hey..aku belum pun menulis tentang apa yang mereka cuba lakukan terhadap Nurul izzah. So, jangan cabar aku tulis perkara tu. Sebab kalau aku mula menulis tentang perkara itu, hangpa semua malu. ***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/07/02/video-skandal-khalid-ibrahim-dengan-setiausahanya-didedah/ |
11 cedera 2 parah kemalangan bas ekspress berdekatan Restoran Jejantas Sg Buluh Posted: 02 Jul 2012 07:43 AM PDT 2 Julai 2012 KUALA LUMPUR - Sebelas penumpang cedera, dua daripadanya parah, selepas bas ekspres yang mereka naiki terbalik ketika dalam perjalanan ke Alor Setar, Kedah di Kilometer 457.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdekatan Restoran Jejantas Sungai Buloh di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata bas itu, yang membawa 28 penumpang dari terminal Pudu Sentral di sini, terbabit dalam kemalangan itu ketika hujan lebat kira-kira 3 petang. Beliau berkata pemandu bas itu mendakwa kemalangan berlaku setelah dia cuba mengelak sebuah lori yang memasuki laluannya secara tiba-tiba. "Ketika mengelak, pemandu bas ekspres itu gagal mengawal bas menyebabkan kenderaan itu terbabas ke laluan kanan lalu melanggar besi pembahagi di tengah lebuh raya sebelum terbalik di laluan paling kiri," katanya ketika dihubungi. Arjunaidi berkata bagaimanapun, beberapa penumpang bas itu menyatakan pemandu berkenaan memandu dengan laju sebelum kemalangan berlaku. Beliau berkata semua penumpang yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan manakala pemandu bas berusia 30 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan, termasuk menjalani ujian air kencing dan darah. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan laju hingga menyebabkan kecederaan. - Bernama |
Hampa ingat Najib nak minta maaf? .... hahaha sampai kiamat laaa Posted: 02 Jul 2012 05:39 AM PDT Najib mewah guna wang rakyat untuk peribadi- AzanKUALA LUMPUR 2 Julai: Tabiat gaya hidup mewah Datuk Seri Najib Razak mengguna wang pembayar cukai tidak sepatutnya diamalkan seorang bergelar perdana menteri, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota. Beliau mengulas jawapan kerajaan mempertahan percutian peribadi Najib, yang membelanjakan sebanyak RM273,799.57 dari 18 Mei hingga 25 Mei untuk bercuti ke Milan dan Washington, termasuk penggunaan pesawat rasmi negara. "Wang sebanyak RM273 ribu tidak menjadi apa-apa masalah dan tidak menjadi kesalahan bagi Najib Razak, kerana beliau dan isterinya memang suka gaya hidup mewah, "(Mereka) belanja apa saja demi kepuasan nafsu, tabiat seperti ini tidak sepatutnya ada bagi seseorang orang tertinggi dalam negara," ujarnya. "Kita dapat lihat, Najib Razak sentiasa saja mempunyai kaedah untuk mencari alasan demi menghalalkan setiap perbuatan yang sememangnya salah," kata beliau. Beliau dalam pada itu mencabar Najib supaya memohon maaf seperti mana pernah dilakukan Perdana Menteri negara lain, jika mereka membuat kesilapan. "Kita ambil contoh Perdana Menteri negara Komanwel seperti Perdana Menteri New Zealand, John Key, beliau sentiasa bertanggungjwab tentang apa juga masalah melibatkan kepentingan rakyat dan kerajaan. "Beliau secara terbuka akan memohon maaf kepada rakyat di negaranya jika membuat kesilapan," kata beliau. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32175 |
TGNA sokong Johor laksana hukum Hudud Posted: 02 Jul 2012 05:14 AM PDT PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong penuh cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat supaya Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia. Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau amat bersyukur dengan cadangan itu walaupun ia datang daripada orang Umno. "Pada saya, saya bersyukur sangat-sangat atas kesedaran ini. Tidak perlu cabar-mencabar, saya menyokong sepenuh hati. "Kelantan atau Johor dahulu tidak penting. Kelantan telah menghadapi halangan untuk laksanakan hudud. Jika Johor mendahului Kelantan, silakan. Insya-Allah giliran Kelantan akan tiba juga," kata beliau menerusi tulisannya di Facebook pada Isnin. Beliau mengulas mengenai kenyataan Ayub di sebuah portal pada Sabtu lalu mencadangkan supaya Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud. Nik Aziz berkata, beliau berharap agar cadangan ADUN Kemelah itu tidak akan ditarik balik dan menjadi kenyataan. "Mari kita bekerjasama memperlihatkan Islam yang sebenar kepada masyarakat Malaysia. Tahniah kepada Umno Johor dan saya menunggu langkah yang seterusnya," kata beliau. Dalam laporan itu, Ayub berkata, beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud "sebenar" yang menurutnya berbeza daripada hudud PAS. ADUN Kemelah itu berkata, perbezaan paling ketara adalah hukum sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS yang hanya tertakluk kepada orang Islam. Beliau turut mencabar PAS menyokong cadangan hukum hudud walaupun ia datang dari Umno sekiranya mereka benar-benar ikhlas mahu memartabatkan Islam. "Apabila Umno sebut tentang hudud, PAS kena sokong jugalah," katanya lagi yang dipetik dalam laporan itu. - mStar |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan